AMARAN: Post kalinih mengetengahkan isu2 yg agak sensitip bagi sesetengah pihak, kerana ianya berkaitan dengan agama dan bangsa. Bacalah dengan penilaian anda sendiri, dan penulis telah cuba sedaya upaya utk mengelakkan tulisan yg berbau kancah2 perkauman.
Phew~ berjaye jugak aku sampai ke rumah. Setelah hampir 4 hari pusing semenanjung (sebenarnye takde laa pusing pon.. KL- Kota Bharu - Kuala Trgganu - Kuantan - KL jer). Kenduri kawin kene pergi, sbb dah dijemput. Wajib woo pergi. Melainkan ade hal2 yg tak dapat dielakkan.
Korang sumer aper khabar? Camne ngan sambutan (atau lebih dikenali sebagai cuti :p ) Awal Muharram/Tahun Baru Cina? Bagus2. Sumer ade aktiviti tersendri. Bagus2. Aku punye lak, mcm aku kate td, attend kenduri kawin je lah. Tapi kenduri kawin kalinih, agak spesel sket. Da very da spesel. Meh aku nak citer sket.
Majlis perkawinan kalinih sebenarnye majlis kawin kazen perempuan aku, Kak T. Aper yg menariknye?? Sebab, kazen aku Kak T memilih seseorang yg bukan melayu sebagai suami terchenta. To be exact, seorang India lah. Tapi itu tak menjadi masalah pon. Pilihan dia kan. Aku hepi je biler Kak T kawin, takdelah mende2 tak elok terjadi btol tak?
Tapi..hehe, mungkin disebabkan kami2 ni berasal drpd Kelate (root family je, mcm aku ni dah campur2 ngan negeri lain dah..huhuhu), maka penerimaan tuh agak susahlah. Protes dan kontroversi tuh dah patut diexpect. Lebih2 lagi drpd kalangan pakcik2 dan makcik2. Takleh nak salahkan sape2 sebenarnye. Pakcik2 dan Makcik2 aku nih dibesarkan dlm zaman berbeza drpd kite, so persepsi diorang pon lain. Mcm generasi muda seperti aku ni, kite bercampur gaul dengan bangsa2 lain hampir tiap2 hari.
Walaubagaimanapon, menghampiri tarikh perkawinan, byk kontroversi dah setel. Sumer dah tenang. Byk org redha. Byk yg cube membuka minda mereka. Tak kurang jugak yg bersetuju seratus peratus. Yerlah, mestilah suke, saudara baru maa. Baru masuk Islam. Berjaye tarik diorang masuk.
Walaupon ade desas desus yg mengatekan keturunan pengantin laki itu penting, tp pada pendapat aku lah, aper kisah mcmmane keturunan/salasilah die sblom ni kan? Dulu die bukan Islam, skang dah masuk. Kire dah void dah kisah2 dulu die. Bukak buku baru. Btol tak? Tggjawab kitelah camne nak educate die jd yg lebih baik.
Huhuhuh. Di Kuantan, sebenarnye merupakan pihak pengantin lelaki punye majlis. Majlis Menyambut Menantu lah ni. Tp sbbkan pengantin lelaki ni bukan Melayu, dan satu mase dahulu bukan Islam, maka Majlis Menyambut Menantu tuh jadilah Hi Tea (tp makan2 kat hotel, sedap giler woo...siyes best). Yg menariknye, family pengantin lelaki dan sedara maranye pon datang gak. Aku tatau nak describe camne, cume boleh ckp, majlis tuh mmg multiracial. Jarang giler lah dlm family aku ade majlis campur2 camtu.
Tertarik aku dengan salah satu ayat dlm ucapan bapak pengantin lelaki.
"Just to be cleared, we never against his choice for this, for him to be Muslim and marrying a Malay girl. We wish them the very best.."
( Sebagai penjelasan, kami tak pernah melawan kehendak dia (pengantin lelaki), utk menjadi seorang Muslim dan mengahwini perempuan Melayu. Kami doakan yg terbaik utk mereka.. )
Wow. Sporting giler. Aku pon tatau nak ckp aper. Aper yg membuatkan mereka sekeluarga begitu open? Rupe2nye bukan aku sorang jer lah yg teruja. Kazen aku yg sorang lagi, Zaem namenye, rase teruja gak. Dan die pon mengeluarkan satu statement yg..erk..agak payah utk dijawab.
Kata Zaem:
" Tgk, kalu org die masuk Islam, diorang leh ckp camtu lagi. Siap datang lagi majlis perkawinan anak diorang. Walaupon ade unsur2 Islam mcm doa. Tapi kalu kite? Kalu cth org melayu masuk kafir ker, ade ke kite datang majlis kawin die? Mesti huru hara. Kite org melayu ni tak open-minded langsung..."
Haaa...camne korang nak jwb?? Well, aku cube jugaklah berdebat ngan Zaem tuh, kasi point2 penting, huhuh, tapi tak ke mane pon. Lagipon aku tak pandai sgt dlm hal2 camni, sekadar yg asas jer. Karang aku sendri terpesong, lagi payah. Daripada segi logiknye, mmg btol. Tapi dlm hidup ni kite takleh nak berpandukan logik semate2, sbb nnt kite akan stuck tak mendapat jawapan yg memuaskan satu hari nnt.
Aper2pon, perkawinan antara-bangsa (huhuhu), sebenarnye amatlah bagus. Tp kite org Melayu gagal melihat advantage kawin bangsa lain nih. Kite org melayu ni risau sgt pasal keturunan, tp harus diingat lah, keturunan bukan bangsa. Yg Nabi dok pesan tuh, cariklah keturunan yg baik2, bukan carik keturunan same bangsa. Dan bangse kite bukanlah satu2 jer bangsa yg baik, btol tak?
Klasik tak? klasik tak? Blergh...
--------------------------------------
Cool Facts!
1. Nylon diperbuat daripada arang batu (coal) dan petroleum.
2. Di U.S terdapat lebih ramai Jutawan Wanita drpd Jutawan Lelaki.
Monday, February 06, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
kalu aku, aku cakap kat zaem:
"IMHO, its not about open-mindedness, its about the law of the religion. once ur in, the only way to get out is thru death, unless u r force to embrace the religion against ur own will.
According to the religion, by willingly embracing Islam, you have bought a non-refundable, one-way ticket to heaven. You can choose the path though. You can take a detour to hell, but you'll reach heaven sooner or later based on the luggage of sins ur carrying, as long as you have at least a little bit of that ticket with you when you face Death.
So, the question is, did you choose to embrace Islam at your own will after you reach the age of puberty, or is it because you were born and raised as a Muslim and you are just following what you are educated to do without making your own choice?
But, being a Malay Muslim will be a different story. In this case, it is more about the Malay race instead of the Islamic religion. Make a research on the mentality of Malays on this issue. There is no such thing as 'Melayu masuk kafir' like you said. Malay will always be Malay, and Indian will always be Indian. However, Muslim can turn to Hindus, vice versa, just as the father of the groom meant in his statement at the wedding.
You cannot choose your race, but you can always choose your religion and your destiny.
Well, Islam just don't allow people to come and go as they are please. Thats just the rule of the religion. If you choose to enter the religion, live by the rule, else, don't enter the religion at all. But if you are a Malay, then, it will be a VERY difficult decision. But its your destiny, so, the choice is yours..."
pertuturan di atas assuming zaem nih tere berbahasa Inggeris la kan. Untuk lebih pemahaman (atau kekeliruan) tentang pemikiran dan mentaliti orang Melayu, bacalah blog Genjo Sanzo atau Abdullah Jones. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang hukum Islam, bacalah tafsir Quran dan bertanyalah pada ustaz2 bertauliah. Kalau nak tahu tentang Islam sebagai ad-Din (cara hidup), bacalah hadith dan sirah Nabi dan bertanyalah kepada pemikir2 Islam.
Sekian, terima kasih.
p/s: post ko nih patut letak kat forum, Lan. sbb memerlukan diskusi yang panjang lebar dan bukan sekadar komen2 pendek.
i concur with my friend above posting. "melayu itu islam dan islam itu melayu" ayat tersebut hanya boleh diguna pakai di tanah melayu. di tanah melayu, semua orang melayu adalah otomatis nya islam. jika ada yg ingin keluar islam, bukan nya tidak ada, ada tetapi bilangan nya kecil umpama menggali lubang kubur sendiri awal2 lagi sebelum tarikh luput.
bukanlah tidak open minded, tetapi harus di ingat hukum murtad yakni keluar dari islam. betulkan jika saya tersilap. harus dinasihat dan jika masih lagi enggan harus dibunuh sahaja.hari ini boleh kita lihat ramai melayu nya pada nama sahaja.. termasuk la penulis ini. sembahyang tinggal tinggalkan, masjid sepi kecuali tengah hari jumaat. malam minggu berpeleseran anak2 muda melayu di kelab2 yg terbuka di waktu malam.
orang melayu pantang amat kalau makanan nya ada tidak halal. pantang mendengar kalau ada tercampur lemak babi, daging babi dan lain2 yg bersangkut paut dgn babi. lihat, gerai2 atau restauran cina, apa ramai kah pelannga melayu nya? semua nya takut kerana dikhuatiri ada babi.
tetapi lain pula dgn kelab malam.. eh apa salah nya setogok dua heineken dan calsberg.. enteng tidak enteng sahaja..
arak itu seken klass ka dgn babi?
yeah.. melayu sekarang agak open minded, tetapi dlm hal2 tertentu.. tidak percaya? perhatikan sekeliling.. dahulu ramai aja wanita2 tidak bertudung.. ibu penulis ini hatta sekalipun.. tetapi sekarang umpama trend sungguh ramai memakai tudung.. dahulu jika si fulan ini dan si fulan itu keluar bersama bercengkaram sudah tentu akan di tanay macam2 oleh keluargnya. sekarang anak gadis belasan tahun sudah berteman lelaki dan berdating2...
maaf jika pannjang komentarnya.. sekadar meniru rakan di atas ini... join the bandwagon
nasihat akan kekal nasihat jika hanya di mulut dan tangan (yg menaip sbg komen..huhu). beramal lah jugak. jgn hanya menegah di mulut tp hatta beberapa minit lepas tuh...mencarut marut, sembahyang tak pernah cukup, jgn kata arak...sembahyang pon dah jatuh kelas no berapa bila tiba time nak dating...kan? ingat laa sahabat2...jgn hanya menegur org...tp tegur lah diri sendiri jugak.
bab cerita ko lan..mmg klasik. sbb family aku pon dah start ada multi-racial wedding. tadahal laa..malahan..yg saudara baru nih lebih kukuh iman berbanding kite yg dr kecik lg diajar tentang agama yg satu nih...
klasik2...wehh cerita hantu laa plak...hahahaha....blerghh~
a ah,setuju dengan squallion. memang klasik post terbaru ko Lan.. isu "Melayu itu Islam" bak kata pemakai kain pelikat.
p/s: dah jadik macam forum lak tpt komen ko nih lan.
oh, aku tak kisah pon jd tpt berbincang.
Aperpon, poin2 sayut dan pemakai kain pelikat telah aku utarakan (walaupon bukan sepenuhnye). Sbb itu adalah antara perkare yg plg senang nak dickp bg org yg tak pandai sgt nak berdebat pasal agama. Mcm hukuman bunuh dan melayu itu islam dan sbgnye.
Tp jwpn yg aku terime pon pelik gak. Cth mcm hukuman bunuh tuh.. kazenku mereply dengan "samelah dlm agama diorang pon kene hukum bunuh", blablabla. Harus diingat, bukanlah bermaksud kazen aku ni sesat atau aper2, huhuhu, die cume jenis org curious je. Lagipon kazen aku yg sorang ni mmg terkenal dengan pemikiran yg lain sket drpd yg lain.
squallion: citer hantu?? tunggu sampai ari khamis mlm jumaat. Ade citer terbaek punye. Doakan aku tak luper citer yg baek tuh by the time sampai hari khamis. huhuhuhu.
good one rearrange. mmg ade org india or cina yg marah bile anak die masuk islam, tp ramai gak yg tak marah dan bersikap tenang. Tp stakat ni takde terdengar lak melayu yg bersikap tenang. Aku rase tuh le poin Zaem agaknye, die tertanye2 kenape takde. Mintak jauh..huhuhu.
Erk, kat sini pon leh jadi forum aper, diskas jer kat sini. Huhuhu. Kalu tak pon, korang bukak ler topik kat myutp.com tuh.
P/s: Murtad dlm english.. blasphemy kan? correct me if im wrong lah.
Ah teringat kate2 sorang member aku nih.
"Percaya pada tuhan menyatukan kita. Agama... memecah belahkan manusia."
Scary gak dengar. Aper kate korang?
murtad = apostasy IIRC...
Tak pnah laks dgr murtad ditranslate dlm agama lain . Converted je la yg aku dgr Christian to Jew, Buddha to Christian. Paling close pon Non Believer. But thats a different story altogether.
Blasphemy tu mcm murka, well not exactly ,kiranye contoh mcm bile a Christian saying something teruk, then org ckp " That is blasphemous", More like the words being uttered is dreadful.. . If what I think is correct.
owh... kata2 itu. aku rasa aku tahu sape la yang cakap tu. cuba tukarkan kata 'agama' kepada 'politik', 'apartheid', atau 'ideologi'.
sebab itu la kadang2 kita dengar ulama berkata Islam itu adalah ad-din atau Islam itu adalah cara hidup, bukan sekadar agama... tapi, ini bukan persoalan bahasa atau istilah.
percaya pada Tuhan memang menyatukan manusia. Itulah sebenarnya yang di ajar dalam Islam, iaitu percaya kepada Tuhan yang sebenar. Satu Tuhan sahaja. Monotheism. Sebab itu kita boleh mengahwini ahli Kitab, kerana mereka juga percaya kepada Tuhan yang sama. Agama mana lagi yang percaya kepada satu Tuhan sahaja? Agama mana lagi yang memberikan segala kekuasaan hanya pada satu Tuhan sahaja?
Dalam perenggan terakhir pasal perbezaan bangsa dan keturunan dalam post ko tu betul. Tapi statement "orang Melayu gagal melihat advantage kawin bangsa lain" tu sangatlah aku tak setuju. Ramai je orang Melayu kawen lain2 bangsa. In fact, MANA ADA orang Melayu yang betul2 PURE Melayu dah skang? Kalau ada pon, maybe kat Indon atau gugusan Melayu lain kat dunia. Kat Malaysia aku yakin tadak.
Dalam majlis hi-tea tu, ada tak ko tanya agama sorang2 saudara-mara pengantin laki2 tu? Aku rasa tak ramai yang beragama Hindu yang rajin ke Kuil atau pernah memikul kavadi. Atau, saudara-mara jauh, atau sekadar kawan2.
Situasi huru-hara bila Melayu keluar Islam hanya berlaku pada masyarakat Melayu Malaysia sahaja. Melayu Singapore ok je. Dekat Malaysia pon aku yakin ada, cuma tak keluar paper atau dihebahkan. Sebab isu agama Islam sangat sensitif. Tengok lah isu memorandum 10 menteri hari tu. Juga isu kartun surat khabar Denmark skang nih, sampai kena bakar konsulat kat Lubnan. Tapi sensitiviti itulah yang mengekalkan Islam sebagai satu2nya agama yang masih mempunyai kitab yang asli yang tak banyak versi.
Sebab tu aku cakap kaji mentaliti Melayu. Melayu nih, pantang haknya dicabar. Di Malaysia, Islam itu adalah hak orang Melayu, walaupon berapa kerat aje yang betul2 mengamalkan Islam?
Contohnya: kalau ada orang Melayu keluar Islam, ramai yang mengamuk. Tapi mereka juga mungkin mengamuk kalau anak mereka tak mahu bersanding. Dan mereka juga mungkin mengamuk kalau anak mereka tidak bersetuju jika kenduri nak dibuat secara grand2. Padahal bersanding itu dicedok dari agama Hindu. Membazir pula amalan syaitan. Nampak tak kontradiksi di situ?
Apa2 pon, komen Adek memang bernas dan itulah hujah paling baik utk si Zaem.
dila: oh..salah ek. takde word yg sesuai ek? i see.
uhuhuh. panjang btol sayut. Berkenaan kate ko yg "melayu gagal melihat advantage kahwin bangsa lain" tuh salah, mungkin ade benarnye. Tp bagi aku, itulah realitinye. Dan mcm ko tulis gak, bape ramai yg pure melayu? Yg kacuk2 ni kebanyakkannye generasi mude, generasi X atau Y, di mana pemikiran mereka lebih adaptif. Cumenye, tak kirelah kacuk atau tak kacuk, aku lebih suke letak satu name general, iaitu Melayu. Asalnye mmg kite takde pure Melayu pon.
Sbb aper aku kate gagal? Emm, sbbnye, bile ade kawin campuran ni, perkare pertama yg mesti dihadapi oleh pengantin.. ialah tentangan keluarga. Tak kirelah drpd aspek mane pon, mesti ade tentangan. Sekecik2 tentangan ialah risaukan bagaimana org yg bukan serumpun sebangsa ni, yg daripada keciknye dibesarkan dlm suasana dan didikan yg berbeza, dapat hidup serumah tanpa masalah. Walaupon perkare ni sebenarnye bukan masalah besar.
Lagi satu, gagal di sini bukan ler bermaksud tak boleh terus. Kadang2 perkahwinan tetap dilangsungkan, tp byk sgt soksek dan rumours dan kate belakang. Kite terima, kite senyum, kite sambut, tp dlm pada masa yg same kite perlekehkan. Gagal lah tuh, at least bagi aku. Still, gagal di sini bukan bererti sesuatu yg buruk dan meloyakan, sbb transition kpd sesuatu perkare mmg susah. We still have a long way to go..
btw, terima kasih kpd yg memberikan pandangan dan pendapat yer. huhuhuhu.
huhu~~~
kalau aku post aritu, sure aku jadi poster first. sekarang yang ke-13.
aku rasa, cuba ko tanya parent pengantin yang open minded tu, derang kisah tak psl agama derang?
sebab itu derang open-minded, sebab THEY JUST DON'T GIVE A DAMN ABOUT THEIR RELIGION. contoh paling baik kenapa orang Islam ni kisah sgt psl murtad (apostle) ni kerana murtad ni bukan benda kecik bagi kita. bukan tu jer, biar pun jenis tunggang langgang dan solat pun byk berlubang, tp Islam tu menyatukan hati orang Islam ni. psl tu orang Islam ni sensitif, sama cam orang kutuk mak bapak kita. even kita ni anak durhaka tahap mmg konfirm masuk neraka dgn ekpress tiket, tp bila ada orang mengata mak bapak kita, kita jadi marah jugak sebab kita terasa derang macam kutuk kita jgk. itu tanda kita masih sayang dgn mak bapak kita.
orang macam ni, masih boleh diselamatkan, hatinya masih ada Islam cuma meluntur. masih boleh diajak ke pangkal jalan.
so, kalau kita masih terasa marah bila ada orang hina Islam, maksudnya kita ni masih sayangkan agama kita ni. so, bawak2 la kembali ke pangkal jalan.
bagi aku, zaem tu just curious. sama jgk macam orang tanya kenapa perlunya pakai tudung. nampak macam dia cuba mempersoalkan hukum Allah tp kita tak tgk dari sudut dia yang cuba memahami agama dia sendiri. aku dulu pun pandang slack orang camni...tp setelah tahu niat dia, terasa betapa berdosa kita ni ada syak wasangka pada orang.
kalau agama kristian dan hindu, kalau murtad derang akan hunt dan bunuh. just a matter either they take their religion as lifestyle atau sekadar agama sebab kelahiran.
apostle tuh murtad ker? setau aku..
1.
a. Apostle - One of a group made up especially of the 12 disciples chosen by Jesus to preach the gospel.
b. A missionary of the early Christian Church.
c. A leader of the first Christian mission to a country or region.
2. One of the 12 members of the administrative council in the Mormon Church.
3.
a. One who pioneers an important reform movement, cause, or belief: an apostle of conservation.
b. A passionate adherent; a strong supporter.
silap eja...it's should be apostate. means traitor, runaway or something like that.
salah eja terus jadi lain maksud. thanks sebab betulkan.
define:apostate kat google. ;
one who leaves a religious order after having professed (usually via vows) to remain in the order
www.brigatta.com/a_k.shtml
tu la Lan, aku dah cakap. nih topik forum.
takpe, janji klasik.
hahaha. tak kisahlah kat mane2 pon kan, yg penting leh diskas. Korang kalu nak letak kat myutp.com tuh silekan. Forum gak tuh. Aku mane ade tpt nak host webserver utk forum.
pergh...komen2 pon klasik...hahaha. tahniah to abg lan kerana berjaya membangkitkan cerita yang telah mengerahkan berjuta-juta neuron yang selama ni mandom je kat otak2 kami..hehe. cuma last one dr aku..ape pon gaya hidup kita...ape pon kepercayaan kita...mcm mana sekali pon cara kita dibesarkan...sebagai seorang hamba Allah, yg percaya pd Allah yg satu dan percaya pd Nabi Muhammad SAW, dan juga yg percaya pd Agama Islam, berpegang lah pada semua kehendak agama islam, jangan nak ingkar kerana hukuman ingar tu amat lah berat...so, hukuman pd mereka yg murtad = bunuh.
that's it. blergh~
Post a Comment