Tuesday, December 19, 2006

Nana 2: Episod 1 – Dua Pelanduk Nama Serupa.

Malam tu aku rasa bosan.

BOSAN TERAMAT!

Tak tau lah apa gila yang melanda, walaupon aku berada kat kedai mamak dengan kawan-kawan lain, tapi semuanya rasa serba tak kena. Resah jer aku. Sekejap pandang kiri, sekejap pandang kanan. Sekejap pandang tah mana-mana. Kadang-kadang pandang awek seksi yang melintas dekat kedai mamak tuh… hehehe.

Topik yang diborakkan pon tak berapa menarik. Mungkin semua penat melayan kerja masing-masing siang harinya, tapi malam tu nak jugak melepak. Taktau ler depa nih, huhuhu. Inilah akibatnya melepak kalau penat.

“Kita tunggu sapa lagi Sam,” Tanya aku pada sorang member.

“Bob. Dia kata nak datang tadi. Bawak 2 orang awek dia tulis dalam sms,” balas Sam. Segar sikit mata aku dengar ade awek nak join melepak. Malam tu, setakat ni, semuanya laki. Mau tak sangap.

Nak tak nak, aku pon menunggu jugaklah. Walaupon terase bosan yang amat, tapi nak buat camne, respek kawan punya pasal. Nanti dia datang aku takde, ada yang kecik hati karang. So baik tunggu… (alasan jer nih, hihi, aku memang keji).

“Weh Lan, aku rase aku kena balik jugaklah. Tak tahan mata ni, korang tunggulah Bob,” kata Jawi, sorang lagi member aku yang menjadi peserta lepak malam tuh.

“Baliklah…” balas aku pendek.

“Nak balik camne! Ko datang pikap aku tadi, takkan nak jalan kaki kot,” Jawi sedikit bengang. Aah, ye tak ye gak ek. Aku amik dia, takkan nak suruh dia blah camtu jer. Nasib baik rumah dia dekat jer dengan kedai mamak tuh.

“Aisehman, aku lupa laaaa. Weh kengkawan yang lain, aku hantar Jawi sat. Nanti aku datang balik,” kata aku, sambil bangun daripada tempat duduk. Aku mengeluarkan kunci kereta, sementara menunggu Jawi bersalam-salaman dengan member-member yang lain kat situ.

“Jom, kete ko park mane?” Tanya Jawi.

Aku tak membalas dengan jawapan, sekadar menuding ke satu arah saje. Tarak mood maa…

10 minit jugaklah aku amik masa memandu, walaupon rumah Jawi dekat sangat. Itupon pasal aku bawak slow, dan kawasan rumah dia tu banyak sangat lampu trafik. Jalan sikit ada traffic light. Pastu ada lagi. Dan lagi.. dan lagi…. Haduhhhh sakit jiwa btol. Tapi sampai jugak akhirnya…

“Ok, thanks Lan. Kem salam kat Bob nanti bila dia sampai,” Kata Jawi sebelum dia turun daripada kereta. Aku membalas dengan sedikit senyuman tawar dan mengangguk.

Elok jer aku nak masuk gear satu, handphone aku berbunyi. Titt titt titt.. Ada SMS. Aku tarik handbreak kejap, Jawi dah tak kelihatan kat luar. Cepat betul dia jalan masuk rumah berbentuk apartment tuh. Aku bace SMS yang diterima, kiriman Sam. Ape ke hal lah pulak.

Bob dh sampai. Dia bwk 2 awek. Cun jgk.

Hish, ni yang tak sabar-sabar aku nak patah balik. Tetiba terasa berkobar-kobar. Cepat-cepat aku masuk gear satu, turunkan handbreak, dan tekan minyak. Kalau tadi aku amik masa 10 minit, kalinih aku amik masa 5 minit jer. Agak pecut laa jugak.

Sesampai jer aku kat kedai mamak, daripada jauh dah nampak kelibat si Bob. Dan kat sebelah dia memang seperti yang dikata Sam, 2 orang awek tersebut. Wah wah, boleh tahan awek-awek Bob bawak. Mana dia kenal tah…

“Oi Lan, ko pergi mana tadi,” tegur Bob, tak sempat nyempat aku nak duduk.

“Antar Jawi balik rumah laa, dia tak tahan mata. Ngantuk sangat kot. Esok dia keje pagi,” jawab aku sopan. Hihihi.

“Orang lain keje pagi gak…” kata Bob lagi.

“Mana aku tahu, ko cakap ler kat Jawi sendiri, cakap kat aku pon tak guna,” aku balas balik kata-kata Bob.

“Hehehehe, Lan, kenalkan. Yang ni Mia. Yang satu lagi pulak, Nana,” tanpa membuang masa Bob terus memperkenalkan kawan-kawan dia kat aku. Aku rasa yang lain-lain dah berkenalan kot tadi masa aku hantar Jawi.

Nana??? Nana?????? Aduhhhhh, kenapa laa ramai sangat orang nama Nana kat dunia nih…

“Aku nak tanya ko gak nih, ni ke Nana yang sama macam citer dlm blog ko?” tanya Bob kat aku. Aku tersengih je.

“Tak, tak. Lain. Hai Mia, Hai Nana, saya Lan,” jawab aku dan memperkenalkan pula diri sendiri pada diorang.

“Hai Lan, nice to know you,” jawab Nana. Mia hanya tersenyum saja.

Wah… berdesir suara Nana ni. Kalu Nana yang sebelomnya bersuara manja, Nana yang ni pulak bersuara matang. Boleh tangkap lentok laa. Isk apa aku fikir nih. Astaga…
Seperti biasa, bila aku berhadapan dengan perempuan, aku memang tak bercakap sangat. Malu malu meow orang kata. Banyak gak nak tanya diorang tapi terasa segan. Diorang lagi banyak cakap dengan member-member yang lain. Dah aku senyap, nak berborak camne kan? Salah aku gak…

“Lan, you keje mana?” tanya Nana kat aku secara tiba-tiba. Mungkin pasal aku diam sangat kot.

“Erk, tak keje. Bisnes sikit-sikit mana yang ada,” jawab aku.

“Ooo, bisnes ker? Bagus gak tuh. You tinggal katne?” tanya Nana lagi.

Aku terase agak janggal, berborak dengan orang nama Nana semenjak kes lepas. Terasa macam semua orang yang bernama Nana ni mempunyai sifat yang serupa, walaupon sebenarnye amatlah berbeza. Boleh kira trauma gak kot.

“Erk. Tinggal kat Bangi,” jawab aku lagi.

“Eh, dekat jer dengan I. Nanti boleh laa lepak sama-sama,” kata Nana sambil memandang Mia.

“Boleh, boleh,” kata Aku.

“Lepak jer aaa, mende lain ko jangan buat,” kata Bob pada aku. Ceh sempat lagi nak menyampuk.

Malam tu borak-borak diteruskan macam biasa, dengan kejanggalan aku nak berborak, tapi berjaya gak laa bercakap sikit-sikit. Sebelum pulang, Nana mintak nombor telefon aku, senang nak contact nanti katanya. Sedikit sebanyak aku terasa bangga gak lah bila ada awek cun melecun mintak nombor aku, walaupon niat dia cumalah nak melepak bersama-sama.

Pulang daripada melepak, aku terfikir, Nana yang baru ni akan menghubungi aku ker tak laa agaknya… Hehehehe.

Perasan sungguh laa mu ni Lan!


-bersambung-

Monday, December 04, 2006

Aku mintak maap.

Mungkin nanti aku akan ada cerita utk ditulis kat sini.. tapi buat masa nih, aku terpakse mendiamkan diri daripada masyarakat. Demi untuk menenangkan diri daripada masalah yang tak putus-putus datang. Bak kata sorang bijak pandai... "Masalah takkan datang satu per satu, sebaliknya berturut-turut."

Bukan nak mengeluh atau apa kat sini, tapi diamnya aku adalah supaya aku dapat setelkan masalah tanpa ada distraction lain. Jadi diharap korang semua bersabar menunggu cerita baru aku nanti...

Insya Allah.

dan minta maaf yer...

Monday, November 20, 2006

My New Ride, Wooohooo!

Memula skali, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada korang yang sudi datang ke open house aku tempoh hari. Kedatangan anda semua amatlah dihargai. Lainkali aku buat, yang tak sempat nak datang tu bolehlah turun yer.

Aperpon, sekarang aku bergembira kerana dah dapat kereta baru! Yeay! Walaupon second hand, tapi belasah jer laaa, dah murah. Stakat nak pakai 3-4 tahun jer... pasni insya allah kalu ade rezeki baru pakai brand new, btol tak?


Photobucket - Video and Image Hosting

Amcam?? Dasat tak??? Huhuhuhuhu, mati ler aku abis duit isi minyak jer.... kehkeh.

Ape2hal nnt aku update citer baru. Insya allah, kalu ade. Hehehe, nantikan~~~ (Nana kawin pada 18/11 arituh, sbb tu aku buat open house. Kenapa? Tah ler. Terase nak buat open house di hari perkahwinan orang, Huhuhu).

Oh, dan aku skang tengah demam! Cipet sungguh.

Monday, November 13, 2006

Anda Semua... Dijemput!!!

Dengan ini, aku secara rasminya ingin menjemput kengkawan semua ke Rumah Terbuka aku pada 18/11/2006, bertempat di Bandar Baru Bangi. Masa open house aku start kol 4 petang hingga 12 malam. Kepada korang yang selalu bace blog aku, dan nak kenal aku (ceh poyo), dijemputlah datang. Huhuhuhu.

Jarang2 aku buat open house tau, next time punye, entah bile lah lagi. Rugi kalu tak datang weh. Sekian terima kasih.

oh.. ini mapnye. Senang kan?

Photobucket - Video and Image Hosting

Monday, November 06, 2006

Bahagian 19, bahagian terakhir: Yakinkan Aku Tuhan, Dia Bukan Milikku.

Lagu tema, Nidji - Hapus aku (klik utk download)

Seminggu menyepi. Tiada khabar. Tiada berhubung. Bagi aku, mungkin ini yang terbaik. Peristiwa bertemu dengan ayah Nana tu, cukup trauma untuk aku. Tak pernah dalam hidup, jadi sedemikian. Kadang-kadang aku terase hidup aku cukup tak adil, tapi aku gagahkan jua telan semua. Pahit pon pahitlah.

Meneruskan perhubungan dengan Nana, walaupon sebagai kawan, memang sangat mustahil sekarang. Bagai merokok di dalam air. Dipetik api, tak akan menyala. Rokok basah begitu saja. Usaha yang sia-sia. Lagi kempunan nak isap rokok adelah. Baik aku merokok kat daratan jer…

Aku cuba kenang kembali setiap bait ayat yang keluar daripada mulut ayah Nana, tapi setiap kali teringat, sebak rasa. Bergenang air mata, tapi tak menitis. Kenapa aku rase camni? Aku pon taktau. Mungkin aku btol2 suka kat Nana, tapi memandangkan situasi kronik, aku berjaya ketepikan sama sekali. Tapi dilayan seperti begitu sama sekali, adeh…

Dalam seminggu tu, aku tahan jer daripada nak SMS Nana, atau call, atau apa-apa saja! Berapa kali aku cuba delete nombor Nana, tapi tak sanggup. Aku takleh nak terima hakikat, sebab aku rasa, aku masih boleh berkawan dengan dia lagi satu hari nanti. Walaupon kita tak boleh tau apa akan jadi di masa depan, aku berharap sebegitu.

Patutkah aku berhenti mengharap?

Aku perlukan sesuatu utk alihkan perhatian aku. Mujur jugak member aku, Aan, datang jumpa aku, mempelawa aku jadi pengapit dia di hari persandingan. Walaupon dalam hati aku rase, sangat kucar, aku cuba tolak, tapi memandangkan Aan perlukan aku, dan aku perlukan sesuatu untuk fokus, aku terima akhirnya. Harap-harap ini dapat membantu.

Bagaimanapun aku terase macam ada kekosongan dalam hidup, walaupon aku buat-buat bizi dengan menghadiri gathering forum Aseana, menyibukkan diri cari baju pengapit, dan macam-macam lagi. Aku cuba lupakan terus Nana dalam kamus hidup.

Sampailah satu petang, beberapa hari sblom majlis persandingan Aan (belah lelaki). Aku terima satu SMS daripada Nana. Satu SMS yang cukup memilukan hati seorang lelaki.

Sy tau awk dipaksa ayah utk x contact sy, but I really really need u. I don’t hv anybody wif me now… please help me lan… u r my only hope…

Sebak giler rasa. Seminggu tak berhubung, tetibe dapat SMS camtu. Aku diam kan jer tak balas. Aku tahankan diri.

Kemudian datang satu lagi SMS…

Sy tau awk tgh paksa diri tak reply.. at least awk bgtaulah sy, u don’t want to be my friend anymore..

Aku tekup muka aku dengan dua tapak tangan, dan melepaskan satu nafas berat. Tidak, aku tak reply. Diamkan lagi…

Dan tiada lagi SMS daripada Nana. Agaknya dia sendiri pon malas nak ckp apa-apa. Aku lega sebentar. Aku tenung jer kipas dalam bilik aku sambil berbaring, lengan atas kepala. Memang kalau orang tengok, mcm ada masalah dunia. Beban yang tidak terhingga.

Tah bila, aku tertido…

Aku cuma terjaga balik bila mendapat panggilan. Terkocoh-kocoh aku bangun, siapa pulak call aku. Oh, nombor rumah. Mesti member-member aku nak ajak lepak, dah kol 10 malam camni. About time lah. Aku pun perlukan member untuk kasi hilang rasa sengal nih.

“Yerp, Hello..”

“Assalamualaikum..” terdengar suara pompuan. Aku tak berapa tangkap suara siapa.

“Wassalam… siapa ni?”

“Lan… tido ker… Nana nih..”

Aku tergamam. Daripada mamai, terus bulat mata aku. Aduh tuhan, kenapa jadi camni?? Serta merta aku rasa satu badan aku lemah.

“Nana.. kenapa awak call saye…?”

“Awak tak mahu kawan dengan saya lagi ker…?”

Aku terdiam. Melepaskan keluhan sedih. Serentak dengan itu aku dengar suara Nana teresak-esak di hujung talian. Aduh, nangis lah pulak. Aku memang takleh dengar pompuan nangis. Memang cair sangat… Tuhan tolonglah daku.

“Saya bukan taknak kawan… saya terpaksa. Saya taknak merumitkan lagi keadaan.”

“Lan.. janganlah macam ni. Saya dah takde kawan yang memahami macam awak…” Nana menghabiskan ayat dia dengan susah payah, diselangi dengan esakan.

“Saya… saya tersepit sebenarnya. Bukan niat saya. Saya mungkin mampu berhadapan dengan Syed, tapi saya lemah dengan ayah awak. Ayah awak mungkin dah fikirkan yang terbaik untuk awak…”

“No…”


“Apa yang tidaknya…? Kalau awak kawin saja dengan Syed, masalah selesai.”

“Apa yang ayah saya cakap kat awak Lan…” hilang sikit bunyi tangisan.

“Tak payahlah awak tau… Saya ni menyusahkan keadaan je. Saya rasa saya dah terlibat terlalu dalam…”

“So what if that’s true? Awak kan kawan saya… awak sorang jer yang sanggup melibatkan diri…”

“Dan kalau saya dah tak sanggup?”

Nana terdiam. Aku terpaksa berkata begitu. Aku terpaksa buatkan Nana rasa benci kat aku. Habis tu apa cara lagi yang aku ada? Mungkin banyak, tapi aku tak sempat nak berfikir waktu itu.

“Saya tak sangka awak akan cakap camtu…”

“Saya dah letih laa awak… saya nak tolong, tapi saya kena lagi teruk daripada awak…”

“Mana awak tau betapa teruk saya kena?”

“Saya tak tau.”

“Then kenapa awak cakap camtu…”

“Pasal awak tak tau betapa teruknya saya kena dengan ayah awak. Total stranger…”

“Bagitaulah apa ayah saya cakap kat awak.”

“Tak perlulah awak. Baik awak fokus camne nak sayangkan Syed… awak tak perlukan saya…”

“I hate him so much!”

“You shouldn’t…”

“Give me 10 reasons why I shouldn’t?”

“Not until you gimme 10 reasons why I should involve with you..”

Senyap sebentar.

“Awak kasilah peluang pada Syed. Dia ada semuanya… mungkin dia nakal sekarang, tapi lepas kawin, dia akan sayang awak sepenuhnya. He should! Kalau tak, teruk dia kena ngan ayah awak… so awak patut rasa terjamin.”

“Saya tak dapat terima hakikat camtu… Lan, please help me…”

“Sorry Nana…saya mintak maaf sangat… saya tak boleh dah…”

“Kenapa awak berubah hati terus…?”

Giliran aku pulak terdiam.

“Nana, saya takut sebenarnya.”

“Awak takut apa?”

“Saya takut saya jatuh cinta kat awak…”

“Erk…”

“Sekarang awak faham kenapa kan? If I fall for you… I can’t begin to imagine what will happen… dan saya pasti akan dikecewakan dengan teruk.”

“Lan…”

“So sementara saya masih lagi boleh neutral, saya terpaksa jauhkan diri daripada awak. Awak tak mungkin akan suka saya, sebab saya mana ada apa. Sekadar kawan awak je.”

“Sebagai kawan pun tak boleh…?”

“Kasilah saya kesempatan untuk mengubat diri saya sendiri…”

“Saya tak akan jumpa dah kawan macam awak Lan…”

“Jangan cakap camtu. Awak akan jumpa lagi nanti. Awak bukaklah hati awak. Awak jangan pandang sempit pada orang lain…”

“Awak cakaplah sekarang, awak memang tak nak berkawan dengan saya lagi… dan saya tak akan kacau awak dah.”

Aku sebak. Patutkah aku cakap sesuatu yang aku sendiri tak mahu? Untuk kebaikan Nana…

“Ehem. Yer… Saya taknak berkawan, dan berhubung dengan awak dah. Awak lupakan saja saye. Awak tumpukan pada Syed tu. Saya..mintak maaf sangat-sangat……”

Dan sekali lagi, aku terdengar Nana menangis, walaupon perlahan bunyinya, aku tau dia menahan kesedihan.

“Ok Lan. Saya mintak maaf gak… Terima kasih kerana jadi kawan yang paling best saya pernah ada. Terima kasih Lan…”

“Sesama…” aku tatau nak cakap aper dah sebenarnya.

“Goodbye Lan. I will miss you so much my dear…”

Aku diam je, walaupon aku tersentak. Dalam hatiku, aku membalas.. I will miss u too.. have a good life…

Dan Nana pon meletak telefon.

Tamatlah sudah kisah Nana dan aku… satu cerita yang agak perit, tapi penuh dengan kenangan. Mungkin aku tak akan berjumpa dengan Nana lagi… tapi aku rasa Tuhan sengaja menemukan aku dengan Nana, supaya aku dapat belajar susah payahnya hidup ni. Aku terima dengan redha, walaupon sakit merata-rata.

Seminggu kemudian… aku terima satu SMS daripada Nana.

Hai Lan.. sihat? Wpon sy dah berjanji xnk kacau awk, tp sy rasa sy kene inform gk. Sy akan berkawin dengan Syed selepas raya ni, dalam bulan 11. Sy nk jemput awk tp ayah sy tak kasi.. Sy harap awk xkn lupakan saya sampai bila2, n if awk fall for me, sy pasti akan sambut… take care Lan. Take a very good care of urself dear…. Will miss u as much as I can.

Tak semena-mena, mengalir air mata aku membaca SMS Nana tu. Mungkin aku rugi, tapi aku tak rasa kerugian pon. Inilah yang dinamakan bukan rezeki aku. Bukan masa aku. Dan aku tak patut merasa menyesal.

Aku delete SMS Nana tu… dan aku delete juga nombor Nana.

Terima kasih Nana, kerana berkenalan dengan saya!!!

TAMMAT.


Lagu penutup, Hattan feat. Dia Fadilla - Tangisan Marhaenis (klik utk download)

Saturday, October 21, 2006

Aidilfitri datang lagi!!!

Takde aper sangat yang aku nak tulis kat sini melainkan...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua sahabat handai ku, dan juga kepada semua pembaca blog ini!! Aku mintak maaf secara zahir dan batin sekiranya ada ayat-ayat aku yang membuatkan korang terkecik hati dan sebagainya lah.

Raya elok-elok yer semua~~~!!!

(lepas raya baru aku update huhuhu)

Friday, October 13, 2006

Bahagian 18: Keluargamu, bukan Keluargaku.

Lagu utk post ni: Hinder - Lips of an Angel (klik untuk download) -mintak maaf lambat update.. sowie semua. bizi sikit lah.

Lama aku lepak dalam kereta. Lebih 45 minit jugak. Menunggu Nana di sebuah restoran mamak terkenal kat KL. Mujurlah aku tau macam mana nak pergi situ, pasal kalau jalan KL ni aku memang lemah sikit. Selalunya makan buah langsat (atau bahasa simple nya: sesat).

Mengimbas kembali macam mana aku boleh terdampar kat KL nih…

Kejadian bertemu dengan Syed dah berlalu hampir seminggu. Dan lepas tu Syed takde dah menghubungi aku, atau apa-apa. Aku pon tak cakap kat Nana pasal apa yang terjadi. Tak mahulah dia rasa risau. Dan aku juga tak call atau sms atau jumpa Nana langsung lepas pertemuan dengan Syed. Sehinggalah bila tiba-tiba Nana call aku satu malam…

“Hello Lan…”

“Hello. Ape kabar?”

“Sihat je. Awak camne?”

“Ok..kot.”

“Sure ok?”

“Hehehe. Ok. Sure.”

“Dah makan?”

“Emm, dah.”

Perbualan aku dan Nana seperti kaku. Seperti berlakon. Dibuat-buat. Tiada intipati. Ataupon mungkin tidak lagi sehangat dulu memandangkan bermacam-macam isu yang timbul, membuatkan aku dan Nana berhati-hati ketika bercakap. Banyak berdiam diri daripada rancak berbual.

“Saya tak selesa lah bila senyap macam ni.” Aku terpaksa beritahu rasa hati aku.

“Sorry.. sorry. Hmm..”

“Awak nak bagitau something ker..?”

“Saya nak jumpa awak.”

“Erk??? Kenapa? Aduh…”

“Saya nak discuss sikit lah pasal masalah saya… ngan awak. Boleh ker??”

“Saya sebenarnye tak kisah sangat.. hmm.. tapi…”

“Tapi??”

“Aiseh. Camne nak cakap ek..”

“Cakap ape???”

“Takde apelah. Abaikan. Awak nak jumpa saya bila?”

“Awak janganlaaa camni. Awak cakap camtu, now I’m curious. You hiding something right?”

“Erk. Saya tak sembunyi ape-ape lah…”

“Saya tak suka orang yang menipu!” keras sekali suara Nana. Dalam kelembutan dan kemanjaan Nana, bila marah, memang terasa bahangnya.

Perlukah aku beritahu? Atau baik aku diamkan saja??? Kalau didesak sekali lagi memang sah-sah aku akan bagitau kat Nana. Mungkin akan memburukkan keadaan. Aku cuba membuat pertimbangan paling praktikal dalam diri sendiri.

“Oklah, awak tak nak citer ape-ape, tak payah jumpa saya. Cancel the discussion.” Hampa bunyi suara Nana, berbaur sedikit suara marah merajuk.

Aku mana tahan kalau perempuan merajuk-merajuk nih!!! ADOI~!

“Ok, ok. Jangan letak dulu fon Nana. Saya bagitau. Hmmmm. Saya dah jumpa dengan Syed minggu lepas…”

“HAH??! You’re not joking right??”

“Nope. Tak caya boleh tanya Syed sendiri…”

“Why… Isk. No wonder…” Nana seperti berbisik, nyaris aku tak dengar apa dia cakap. “So boleh ke saya nak jumpa awak?” sambung Nana lagi.

“Kat mana?”

Dan Nana pon beritahulah sekian sekian sekian. Aku pon mengiyakan saja. Nak tak nak terpaksa berjumpa dengan Nana, walaupon aku tahu sangat yang sebenarnya kalau aku pergi jumpa dia, macam-macam hal boleh timbul nanti. Kita nak tolong, tapi kalau dah sampai menyakitkan diri sendiri, buat apa lagi lah nak diteruskan. Itulah kadang-kadang aku terpikir, adakah aku ni seorang yang abnormal? Tidak mengikut logic akal? Atau semata-mata bodoh?

Maka, begitulah serba sedikit flashback, macam mana aku boleh terdampar dalam kereta dekat 45 minit di parking sebuah restoran mamak terkemuka KL. Sebab Nana bagitau tadi seblom aku datang, dia akan SMS aku bila dia sampai. Sekarang takde bunyi apa pon. Aku tengok jugak laa fon aku, kot lah abis bateri atau aku tak dengar ke. Nothing. Yilek. Sabar aje lah…

Dalam kereta, aku melayan bermacam-macam lagu yang diputar oleh DJ radio. Kadang lagu best, kadang lagu tak best. Bayangkanlah dah 45 minit aku dalam kereta. Berapa batang rokok tewas kat mulut aku pon dah tak kira. Tak larat aku nak tengok jam lagi.

Ah aku nekad, cukup sejam, takde ape-ape berita, aku balik. Blah. Buat apa nak tunggu lagi. Macam orang bodoh je. Betul tak?

Tapi kemudian aku terima satu SMS daripada Nana, cakap dah nak sampai. Aku terus balas kata aku ada dalam kereta kat parking, menunggu dia. Aku jugak pesan suruh dia cepat sikit, dah lama betul aku menunggu. Naik kematu bontot aku duduk. Siap dah baring-baring dalam kereta lagi haaa.

Tengah aku leka hisap rokok kat dalam kereta, sambil layan lagu dangdut mana tah DJ tu pasang, tingkap kereta aku diketuk. Terkejut aku!

Eh Nana…

Aku terus mematikan radio, dan keluar daripada kereta, sambil menarik muka masam tanda tak puas hati.

“Lambat—“

“Sorry sorry sorry sorry sorry…….. saya minta ampun mintak maaf” Nana menekapkan dua telapak tangan dan menyilangkan jari jemari, kemudian membuat gesture seperti tengah bakar colok. Dipotong terus ayat aku, tak sempat nak cakap apa. Huhuhuhu.

Aku dah kata tadi, kalu pompuan buat camni, konfom cair. ADOI~~!

“Ok.. ok… cepatlah masuk kedai mamak ni, saya dahaga sangat…” Masa ni aku terpikir, kenapa aku tak masuk dan lepak terus je dalam kedai??? Konon-konon dramatic ala jiwang laa tunggu kat kereta. Heh, lucu gak aku ni kadang-kadang yer. Aku campak puntung rokok ke tanah dan memijak-mijak lepas geram, sebab tak dapat nak lepas geram kat Nana, tak sampai hati dohh.

Sambil berjalan menuju masuk dalam kedai…

“Awak memang hisap rokok ker??”

“Aah. Bukan awak tau ker?”

“Saya rasa saya tau, tapi ini first time saya nampak awak hisap rokok depan saya.”

GULP! Terlupa pulak, aku tak pernah nyalakan hatta sebatang pon depan Nana. Hari ini dalam sejarah, sebabkan terlalu lama menunggu, aku tak sempat nak amik kisah hal-hal kecil camtu. Tak sempat nak konon-konon jaga imej diri.

“Takpe, tak penting pon. Sekarang awak dah nampak, hehehehe.” Aku memberi ayat buat tak tahu, walhal dalam hati dah termenyesal. Cis cis cis cis.

“Saya tak kisah sangat, tapi saya harap awak tak merokok sekejap lagi…”

Terkejut aku dengar ayat Nana camtu. Memanglah aku tak menunjuk depan Nana, tapi untuk dia membawa isu itu seperti satu isu yang besar, bukan seperti Nana yang aku kenal. Mesti ada apa-apa nih… cuaknya.

Berdebar-debar bergegar-gegar.

Aku turut saja langkah Nana, tanpa sepatah kata pon keluar daripada mulut kami berdua. Yang kedengaran cumalah hingar bingar suara orang lain dalam kedai itu. Dengan mamak-mamak pekerja yang berlari ke sana sini, sibuk mengalahkan menteri. Tapi masih ada banyak meja kosong, pelik jugak kenapa Nana tak duduk je. Nak duduk kat sudut kedai ke ni? Privacy?

Hinggalah kami sampai ke sebuah meja, barulah aku tahu jawapan sebenarnya. Kenapa Nana tak kasi aku merokok, kenapa Nana tak berhenti kat meja kosong tadi, dan paling utama… kenapa Nana nak jumpa aku sangat-sangat.

Sebabnya, di meja itu, duduk seorang lelaki dalam 50-an, berpakaian baju melayu biru pekat dan seluar slack hitam. Ada sedikit uban di kepala dan mukanya iras-iras seperti Nana.

Sah… aku rasa aku tahu siapa lelaki ni.

“Lan… Ini ayah saya.” Suara Nana tersangkut-sangkut, semacam takut.

Erk! Tepat sekali jangkaan aku. Aduh, bala apakah yang bakal menimpa aku sekejap lagi. Kena bertenang ni. Walau apa pun terjadi, aku akan pastikan nafsu amarah dan emosi tak menguasai.

“Assalamualaikum.” Tegur ayah Nana, sambil menghulurkan tangan. Daripada nada suaranya saja aku dah tahu lelaki ini tengah bengang, menahan marah. Pandangan meleret melampaui aku itu membuatkan bulu roma aku tegang semacam. CUAK!!!

Aku balas salam ayah Nana, dan menyambut tangan, tapi cepat-cepat ditarik. Terasanya aku… takpelah, nak buat camne kan. Takkan aku nak maki hamun kata kurang ajar pulak. Gilo apo.

“Ok Lan, duduk dulu. Order apa-apa air. Nana, boleh balik dah. Mama tunggu kat rumah.” Mendatar jer suara ayah Nana ni. Siap suruh Nana balik. Waduhhh makin cuak aku. Aku telah kene set up????!! Menyesal datang. Menyesal, menyesal, menyesal!

“Datang asing ke tadi uncle?” aku saja bertanya untuk nampak mesra.

“A ah.”

Pendek gila jawapan. Haih…

Aku pandang Nana yang masih tercongok sebelah ayah dia. Macam taknak balik. Mungkin dia risaukan aku kot.

“Nana, pergi balik. Ini urusan lelaki. Now. Balik.” Tegas sungguh ayah Nana.

Nana mengangguk lemah, dan membuat lambaian kecil kat aku. Aku cuma mampu tersenyum dan mengangguk, tanda paham. Tak berani aku nak balas lambaian Nana depan ayah dia yang tengah panas, panas dan panasss tu. Hish.

Seelok Nana hilang daripada pandangan…

“Ok. Uncle straight to the point. Boleh tak jangan jumpa Nana lagi. You tau dia dah tunang kan?” kata ayah Nana.

“Erk.. saya..” aku memang tak tahu nak balas jawapan apa.

“Syed, tunang Nana, ada jumpa uncle this week. Dia kata you jumpa dia dan maki-maki dia, all that stuff. Kenapa buat camtu?”

Aku tergamam. Bila pulak aku maki dia??? Memang dasar penipu agung!

“Saya tak pernah maki dia uncle..” jawab aku lemah.

“You suka Nana?” tanya ayah Nana semacam tidak menghiraukan jawapan aku.

“Suka kawan, not more than that.”

“Habis tu kenapa kacau hidup dia? Kenapa you insult Syed?”

“Saya cakap dah tadi uncle, saya tak pernah maki dia. Dan tak pernah kacau hidup Nana pun. Kawan-kawan je.” Aku cuba membela diri.

“Kawan mana buat perkara macam ni!”

“Erk.. saya cuma tolong kawan yang dalam kesusahan. Kawan yang datang jumpa saya mintak tolong.”

“You nak tolong apa? Takde perkara yang menjadi masalah sekarang, kecuali you kacau anak I. Right now, im being very considerate, jangan kacau Syed, ataupun Nana.”

“Uncle, masalahnya sekarang, Nana bagitau saya yang Syed buat perkara tak elok kat dia.”

“Nana pernah bagitau Uncle. Tak boleh pakai. Dia tengah unstable. Simple as that.”

“Uncle nak dismiss kata-kata anak uncle sendiri macam tu?”

“Dia anak uncle, so jangan nak bagitau uncle camne nak ajar anak!”

“Sigh…”

“Sekarang, uncle tanya lagi. Boleh atau tidak you jangan kacau diorang?”

“Uncle…”

“No no no. You jawab boleh atau tak saja. Uncle taknak buang masa. Banyak kerja lain lagi.”

“Erk..”

“So sekarang camne? Uncle taknak you contact Nana lagi.”

“Kalau dia yang contact saya?”

“Then you kena ignore dia.”

“Sigh…”

Ayah Nana merenung tajam ke muka aku. Terasa bahang panas kat seluruh wajah, terutamanya part telinga. Merah jer. Kalau dengan Syed mungkin aku boleh berbahasa lagi, tapi dengan orang tua, sebabkan rasa hormat, memang aku terkedu.

Sekarang, apa yang perlu aku buat kawan-kawan pembaca sekalian???

Adakah aku perlu menurut kata ayah Nana? Ataupon adakah aku perlu bertegas dengan pendirian aku? Adakah berbaloi kalau aku mempertahankan prinsip aku untuk menolong kawan? Pikiran aku berkocak-kocak!
Lama jugak aku berfikir. Dan terdiam. Dua-dua senyap. Cuma bezanya, aku kena kasi jawapan, tetapi ayah Nana hanya perlu dengar jawapan. Tak pernah lagi dalam hidup aku, konflik sampai ke tahap melibatkan ayah atau mak ni.

“Saya tak boleh buat macam tu uncle…” Entah kenapa aku terjawab camni. Mungkin terasa diri ini masih susah nak melepaskan Nana begitu saja.

“Expected. Ok. Uncle tak nak pakai kekerasan, so uncle buat camni.”

Dikeluarkan satu buku check. Hahh????

“Baper you nak?”

“Uncle! Saya bukan nak duit.”

“Uncle tahu. Tapi duit ni catalyst. Cepat sikit kerja.”

Aku menggeleng kepala. Terase macam nak nangis bila tengok keadaan camni. Memang terdesak sungguh ayah Nana untuk menyingkirkan aku dalam hal ni. Terasa hina sangat aku ni pada pandangan ayah Nana. Kalau lah aku ni mata duitan, aku kasi amount yang gile-gile!

“Oklah uncle. Saya back off. Kalau sampai camni uncle tak nak saya tolong Nana.”

“Baguslah kalau you sedar sendiri. Nobody needs your help.” Pedih betul dengar ayat ni. Ayah Nana menyambung, “So, mulai esok, no Nana in your life. Understood? Uncle puji you satu perkara, sebab you tak ambik duit ni.”

Aku merenung, kesedihan. Tiada kata yang dapat aku luahkan masa nih, hanya kedengaran bunyi nafas aku saja. Aku cuba nak berkata…

“Saya—“

“Ok, eh, apa nama you tadi? Anyway, uncle balik dulu. Ada hal lain. Nice to meet you. Hope I will not ever see you again.” Dan bingkas ayah Nana bangun menghulurkan tangan ke aku. Nak tak nak, terpaksalah sambut dengan hati yang berat.

Berlalulah ayah Nana tanpa sebarang perasaan, dan tinggallah aku kepasrahan. Aku terpaksa telan semuanya, lagipon aku sendiri yang buat keputusan macam tu. Dah tak mampu nak buat apa dah… Semuanya berlalu dalam waktu yang singkat sangat dan semudah itu pula ayah Nana berjaya mensaikokan aku.

Perjalanan pulang aku hari tu terasa sangat jauh dan memeritkan. Dalam hati pulak, aku terjerit-jerit macam orang gila, tapi di mulut terkunci tiada kata.

Haram sungguh!!!

Monday, October 09, 2006

Dialog Hati Aku pada Hati Dia...

Huhuhuhuhuhu, mintak maaf laaa sesangat geng2 semua! Sebenarnya, aku dah pon menaip citer Nana sampai ke bahagian 20. Sungguh! Kemudian masa aku nak post bahagian 18 (rasanya), ade satu virus weng telah masuk ke pc, dan merosakkan microsoft word aku. Habis berterabur semua wording dalam word tuh. Terpaksalah aku susun balik satu-satu ayat, kutip balik mana yang telah bersepah... haih. Bayangkan word yang bersepah setelah 20 bahagian, 100 lebih page, mau tak pening. Sekarang ni, dalam sehari, aku berjaya susun balik 2 perenggan.. itu yang amik masa yang lama. Nak tulis balik, takde mood. Huhuhuhu. Apepon, dah nak siap dah... so korang terpaksalah bersabar sikittt jer lagi. Boleh yer? Makasih...

Jadi sementara korang menunggu bahagian 19 (yang akan dipost tak lama lagi, insya allah!), terimalah sebuah sajak yang aku cipta tatkala kebosanan (yer ker kebosanan? hmmm, mengurut dagu...).


Dialog Hati Aku pada Hati Dia.

Hati Aku, tenung Hati Dia,
Lalu Hati Aku bertanya,
Dikau kesedihankah dinda?
Lalu Hati Dia mengangguk tak bermaya,
Dan Hati Aku memujuk seraya berkata,
Hati Aku kan ada...

Hati Aku, pandang Hati Dia,
Lama Hati Aku pandang tanpa batasnya,
Dan Hati Dia pula berkata,
Janganlah resah kerana dinda,
Hati Aku terus bersuara,
Masakan tiada gundah gulana!
Kerana Hati Dia satu sifat yang cukup bermakna...
Hati Aku kan ada...

Hati Aku, merenung Hati Dia,
Ternampak titisan air mata,
Suci bersih naifnya berganda,
Langsung Hati Aku mengusap pipi Hati Dia,
Keluarkan sahaja air mata itu wahai dinda,
Janganlah bersedih lagi kerana sang angkara,
Hati Aku kan ada...

Hati Dia, senyum pada Hati Aku,
Apa yang difikirkannya, Hati Aku tidak tahu,
Hati Dia seperti ingin berkata sesuatu,
Pantas saja Hati Aku menutup mulutnya yang gebu,
Tak perlu... tak perlu...
Yang penting, Hati Dia sudah hilang sendu,
Kerana ingatlah perkara yang satu,

Hati Aku kan ada... untukmu.

Nukilan,
Snubnosse,
3.30 pagi.
Di dalam bilik menunggu waktu sahur.

Sajak ini sesuai untuk mereka yang ingin menenangkan sesiapa yang gusar, ada masalah, jiwa kacau dan sebagainya. Huhuhuhuhu.

Wednesday, October 04, 2006

Dialog Aku pada Aku...

Sebenarnye ini adalah sajak yang aku tulis untuk forum Aseana.org tu, dan memandangkan ada orang request suruh letak dlm blog aku, maka aku pon bubuhlah. Harap korang dapat hayati sajak ini, sementara menunggu aku nak update cerita Nana nanti....

Lagu tema sajak ini: Mika Nakashima - Ai Shiteru (Love You) - klik link untuk download.


Dialog Aku pada Aku...

Aku campak sebiji batu...
Dan aku tenung semahu-mahu,
Bertanyalah aku pada diriku,
Apakah aku dalam rindu???
Mungkin, Tuhan sahaja yang tahu.

Aku campak sebiji batu...
Dan aku cermin diriku,
Adakah aku layak menjadi perindu???
Aku tidak tahu,
Mungkin, Hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Aku campak sebiji batu...
Terkena dua batu yang diam di situ,
Maka berseleraklah batu itu,
Adakah aku sanggup jadi begitu???
Aku tidak mahu!
Tetapi, Tuhan sahaja yang tahu.

Bangkitlah aku daripada dudukku,
Menyusun batu-batu yang tidak tahu menahu,
Bertanyalah aku pada batu-batu itu,
Sang Batu! Bolehkah cinta aku menjadi seperti dirimu???
Teguh dan keras, tidak mudah dimakan waktu,
Dan jikalau batu itu boleh bersuara berdayu,
Aku harapkan jawapannya hanyalah satu,
"Kau lebih layak menjadi seteguh dan sekeras itu,"
"Walaupon kami dikumpul seribu."
Mungkin begitu, Tetapi hanya Tuhan sahaja yang tahu...

Aku campak sebiji batu...
Aku pinta batu-batu itu mendoakanku,
Dan sajak ini kutujukan pada dirimu,
Walaupun apa yang aku buat hanyalah.....

Mencampak sebiji batu.

Nukilan,
Snubnosse, 4 Oktober 2006, 3.00 pagi.
Tepi Highway Besraya.

Sajak ini sesuai untuk korang yang merindui seseorang, biarlah pada sesiapa pon. Rindu pada Tuhan, keluarga, suami/isteri, kawan-kawan, mahupon yang tercinta...

Thursday, September 21, 2006

Bahagian 17: Menjerat dan Terjerat

Terkocoh-kocoh aku bangun daripada tidur petang, menuju ke bilik air. Masa untuk mandi. Syed dah sampai. Aku kena bergegas berjumpa dengannya, sebelum mamat tu meletup sorang-sorang kat kedai mamak.

Tadi dah 8 misscall aku dapat daripada Syed. Dan akhirnya sampai 1 SMS berbunyi camni;

Ko kecut ke taknak angkat fon? Kata nak bersemuka. Aku tunggu ko kat mamak ni sampai ko datang.

Kalau aku ikutkan hati, memang aku biarkan saja dia menunggu. Aku pedulik apa kan? Sekali sekala pedajalkan orang best jugak. Tapi memandangkan sifat tanggungjawab aku masih menebal, pergi jugaklah. Panggilan ke-9 daripada Syed berjaya aku angkat, dalam keadaan mamai.

“Halo..”

“Ko nak datang ke tak?”

“Sape nih?”

“Syed lah. Ko cakap nak datang.. bape lama aku kene tunggu?”

“Eh.. sorry.. sorry. Aku terlupa.”

“Turun skang.” Dan Syed terus meletakkan telefon. Lepas tu baru aku baca SMS dia yang aku tulis kat atas tu.

Adalah dalam 15 minit jugak aku mandi. Biarlah Syed menunggu kejap kat kedai mamak tu. Aku tak rugi apa-apa. Dia yang nak tau segalanya. Jadi, kalau dia tak sanggup menunggu bermakna dia tak serius lah.

Bila dah siap-siap nak keluar rumah, sempat aku tadahkan tangan, berdoa pada tuhan, agar aku dilindungi nanti. Huhuhuhu. Manalah tau tetiba kena tetak ke, kena tembak ke, takpon kene santau ke… Padahal aku dah berlagak konon-konon ada ilmu. Tuhan tolonglah…

Syed call lagi. Isk, dia ni, tak sabar-sabar. Lepak laa kejap sorang-sorang, tak boleh ker. Terpaksalah aku mengangkat.

“Elo. Mana ko?”

“Aku baru kuar rumah?”


“Ok. Cepat.” Macam biasa dia terus letak. Nasib baik dia tak hangin dalam telefon tuh.

Aku masuk dalam kereta, panaskan enjin yang sememangnya panas, dan dengan lembabnya memandu. Hehehehe, keji tak aku? Kalau nak dikira, daripada rumah aku ke mamak tu, cuma ambik masa selama 5 minit jer. Tapi disebabkan aku bawak perlahan, siap kasi orang potong jalan, jadilah 15 minit. Muahahaha, rasakan ko Syed!

Lupe pulak aku nak tanya Syed, camna nak kenal dia nanti? Aku cakap nak berjumpa ni macam dah kenal lama jer ngan Syed. Padahal time dia call dan maki aku tu lah first time aku kenal suara Syed dan siapa itu Syed al gonjeng. Hmm…

Aku termenung dalam kereta, sambil dengar radio. Konon-konon pikir lah. Tambahhh lagi 5 minit. Kihkih. Padahal aku boleh jer nak call Syed tanya camne nak kenal. Biarkan! Rasakan sapa suruh kerek.

Kendian Syed call lagi. Aku budget mamat ni mesti mengamuk gila-gila punya.

“Hello Lan… ko tak sampai lagi ker…” Hahahahaha, aku tersilap lah. Dia bunyi lesu dan lunyai. Penat menunggu kot.

“Dah sampai sebenarnya Syed. Tapi aku tak kenal ko yang mana satu.” Balas aku.

“HAH?? Kenapa ko tak call je aku tanya? Sial…” sempat lagi dia maki aku.

“Pasal aku takde kredit. Thanks for calling. Kalu ko tak call, agaknya sampai bila pon aku tatau. So camna nak kenal?” tanya aku dengan sinis.

“Aku tengah mengangkat tangan, nampak?”

“Ok, ko jangan turun tangan ko tu.” Aku pulak meletak telefon secara mengejut. Dia ingat dia sorang je boleh buat macam tu?

Bergegas aku keluar daripada kereta, menuju ke Restoran Fareez. Dalam kedai tu, aku nampak seorang mamat terkial-kial mengangkat tangan. Mamak yang bekerja pulak bila nampak pelanggan angkat tangan, terus dia datang. Pastu aku nampak mamat tu geleng-geleng kepala. Ok, sah lah itu Syed.

Takdelah besar mana pon Syed nih. Aku lagi besar! Dia ni lagi rendah daripada aku, mungkin tinggi sikit daripada Nana. Orangnya kecik-kecik kurus dan berkulit gelap. Bibir hitam, tanda hisap rokok yang kuat. Mata pulak besar, nampak menyorot ganas, tapi sebenarnya tak ganas.

“Syed?” tanya aku sopan sebaik saja menghampiri mamat tu.

“Ye. Ko Lan?” tanya Syed.

“Ye. Boleh duduk?”

Tanpa menjawab, Syed mengangguk. Budi bicara aku tak diendahkannya. Takperlah, asalkan aku dah bersopan tu sudah.

Elok jer aku duduk…

“Ok, citerlah.” Tanya Syed tak menyabar.

“Sabar Syed. Kasi aku order air dulu.”

Nampak sangat Syed ni resah berhadapan dengan aku. Mungkin sebab saiz kami berbeza jauh. Kalaulah kata dia buat hal, harapan untuk aku menang agak tinggi. Tapi aku bukanlah jenis macam tu.

“Ane, kasi saya.. milo ais satu.” Aku memesan air kegemaran kalu lepak kat Restoran Fareez. Milo Ais dia semacam sedap tau.

Syed memandang aku tak puas hati. Aku buat-buat taktau. Sambil membelek handphone aku, konon buat macam tengah balas sms orang. Pastu check ntah hape-hape tah dalam phone. Semuanya sengaja aku lakukan untuk sakitkan hati Syed. Tiada sepatah perkataan pon aku keluarkan.

“Ini milo ais. Ok?” tanye mamak.

“Ok ane. Tenkiu.”

“Ok citerlah!” agak tinggi sikit suara Syed.

“Apa yang ko nak tau skang Syed..?” aku memulakan ayat sambil menghirup sikit air milo ais. Ah.. sedap. Tenang.

“Ko ni pandai putar alam ye Lan. No wonder Nana boleh buat macam ni kat aku.” Amboih. Syed kena kan aku balik? Cis bedebah.

“Aku tak pandai sangat. Aku rase ko lagi hebat Syed. Bukan stakat putar alam, putar semesta terus. Hehehe.” Aku tembak Syed dengan cara halus. Sekarang ni perang tak bermula lagi, masing-masing menghantar mesej dingin dalam setiap ayat.

Syed terkebelakang sebentar mendengar ayat sinis aku tuh. Mungkin tengah carik idea nak tembak aku, tapi peraturan dalam sesi tembak menembak ni ialah, lebih 5 saat berpikir, ko dikira kalah. Hahahaha.

“Ko nih—Cepat cite. Aku ade banyak keje lain.”

“Boleh, tapi ko kena tenangkan diri dulu Syed. Kite lepak-lepak. Taknak suasana jadi tegang. Nanti tak pasal je bergaduh kat sini. Betul?”

Syed diam. Mungkin bengkak jugak hati dia. Tapi dia terpaksa mengalah sebab aku lah kemudi kapal sekarang, Syed cuma pencacai.

“Dah tenang?”

Syed angguk. Malas bercakap.

“Ok. Meh aku bagitau ko…”

Syed terkedepan merenung aku tajam.

“Nana benci dengan kau.” Pendek je ayat aku, tapi cukup kejam untuk Syed.

“Itu je ke? Kenapa ko cakap camtu??” Syed sedikit bengang. Tapi aku tak peduli.

“Pasal dia cakap kat aku camtu.”

“Ko percaya?”

“Mula-mula tak jugak. Tapi bila ko maki aku, dan jumpe ko nih, aku rase aku percaya dah.”

“Maksud ko?”

“Maksud aku, kawan-kawan Nana cakap ko baik. Tapi Nana tak cakap camtu. Dan daripada cerita kawan-kawan Nana, memang bunyi alim sangat. Sekali…”

Syed diam. Dah terkantoi ngan aku baru tahu nak senyap.

“Kenapa ko diam?”

“Erk..”

“Baru nak berlakon baik depan aku ke??? Tak payah laa bang. Aku dah tau daripada cara ko maki aku semalam. Ko memang pandai berlakon.”

“Aku tak paham maksud ko, aku ni pandai berlakon?”

“Ko mengaku tak kalu aku tanya, ko suka harass Nana?”

“Erk.”

“Diam tanda setuju. Dalam kes ni, diam tanda mengaku. So..?”

“Erk…”

“Itu masalah sebenar ko. Nana dah laa memang taknak kat ko. Kemudian, ko masuk line sebab ayah Nana. Kemudian, belom kawin lagi ko dah kasi impression buruk kat dia. Harass lah apalah. Sebab tu aku kata ko bodoh.” Direct jer aku kasi tepat kena atas muka Syed.

“Ko jangan main tuduh-tuduh je. Ko ade bukti ke untuk prove kan citer Nana?” tanya Syed balik.

“Takde.” Jawab aku selamba.

“Habis tu ko nak tuduh-tuduh jer?”

“Oh, macam aku cakap tadi, aku tak main tuduh je. Kalaulah aku jumpa ko skang nih, dan ko sama seperti apa yang diceritakan oleh member-member Nana… memang aku reject citer Nana. Skang ni kenapa dengan aku ko camni, tapi depan orang lain ko jadi ALIM sangat??? Cukuplah macam tu untuk aku…” aku jawab panjang lebar.

Syed diam lagi. Haih, semalam dalam telefon bukan main mencanak-canak maki hamun.

“So skang ko dah tau kenapa kan? Ko nak berubah ke tak?”

“Dia tunang aku. Aku boleh buat ape saje ngan dia. Nanti kitorang kawin gak.”

“Haaa, itu masalah ko. Ko keje nak buat projek jer! Kalau ko kate nanti ko akan kawin, kenapa ko marah dia susah nak jumpe ko skang??? Sebabnya, ko dah gatal tapak tangan. Takkan ko tak nampak Nana taknak?” aku bidas lagi.

“Erk.. Dia tak tolak pon..”

“Heh. Nak jadi penipu lak ke? Aku tau ko tipu pasal aku tau baca ekspresi muka orang tengah menipu.”

“Karang ade jugak aku pukul budak nih…” cakap Syed secara berbisik. Tapi aku dengar.

“Nak pukul ke? Tak gentleman lah main pukul. Aku bagitau ko ni supaya ko leh berubah. Kalau betul ko nak kawin dengan Nana dengan bahagia. Kalau macam skang, ko kawin dengan Nana pon, porak peranda punya. Tak berkat.”

“Tapi ko kacau tunang aku.”

“Aku tak kacau tunang ko lah Syed. Dia yang terasa kacau dengan sikap ko. Kebetulan aku layan dia tak pilih kasih. Purely as friend. Sekarang aku tanya ko, nak berubah ke taknak?” aku rasa macam aku ni seorang Pahlawan Agung masa lampau yang berjuang demi negara.

Lama Syed diam. Entah ape agaknya dia pikir.

“Ko takyah masuk campur.”

“Aik???”

“Walaupon ko dah tau, tapi orang lain tak tahu. Apa ko boleh buat pon?”

Mak aih. Cilakak punye mamat. Dia pandang rendah pada aku ke..? Tapi memang betul, apa aku boleh buat. Aku sebenarnye taknak kasi Syed pikir camtu, mungkin Syed ni tak sebodoh yang aku jangka.

“Ko tak perlu tau apa aku boleh buat. Sekarang ko nak berubah ke tak?” aku cuba mengalihkan perhatian Syed, supaya dia tak dapat hidu yang sebenarnya aku tak mampu untuk buat apa-apa. Mungkin ini adalah satu-satunya peluang aku untuk membantu Nana…

Tetiba Syed bangun menepuk meja. Terkejut jugak aku bila dia buat camtu.

“Oklah Lan. Aku berubah ke tak, bukan masalah ko. Nana tu pon bukan masalah ko. Lagipon ko sorang je tau. Aku dapat rasakan ko tak leh buat ape-ape sangat. Skang ko jangan kacau kami lagi.” Kata Syed sambil menyeluk poket.

Aku pulak tergamam.

“Kalau camtu, ko jangan marah kalau sesuatu terjadi.” Aku cuba gertak. Peluang terakhir. Aduh… susah jugak.

“Heh. Nah duit. Kire aku belanje ko.” Syed melemparkan sekeping not RM 5 atas meja. Oh, baik jugak dia ni, siap belanja minum. Itu je lah kot kebaikkan Syed yang aku nampak.

Syed berjalan menuju keluar daripada Restoran Fareez. Aku pulak terkebil-kebil. Sekarang apa penyelesaiannya??? Adakah aku terperangkap dengan taktik aku sendiri? Adakah aku telah underestimate lawan aku? Peningnya kepala aku…

Kalau ikutkan hati, memang lah aku ni orang luar. Tak patut masuk campur. Tapi sebagai seorang kawan, tetiba datang satu tanggungjawab dalam diri aku untuk bantu Nana. Kenapa aku perlu pening-pening pasal orang kan? Itu secara logiklah. Aku ni kalu bab-bab perhubungan, memang selalu luar daripada logik.

Aku ada seorang kawan. Aku panggil dia RJ je. Motto dia senang. “Betina is not my problem”. Apa-apa saja kes pasal pompuan, dia akan buat tak tahu. Tak amik kisah. Bila aku tanya apsal, dia kata, nanti keadaan akan jadi lebih pening. Daripada kita yang neutral, tak pasal-pasal jiwa kita sendiri yang kacau. Kalaulah aku boleh jadi macam member aku RJ nih… masalahnya aku tak dapat buat camtu.

Dan sekarang.. aku tak tau nak buat ape melainkan abiskan air milo ais aku tadi. Dengan duit Syed! Cis.

Sunday, September 17, 2006

Bahagian 16: Yang Busuk tetap Busuk.

Teman.

Siapa dalam dunia ni yang tak perlukan teman?

Maksud teman itu sendiri tidak terhad pada pasangan. Rakan juga teman. Keluarga pun teman. Cikgu pun teman. Sesiapa saja yang sudi bersama kita, baik masa-masa gembira mahupun sedih, dikira teman. Itulah istilah teman dalam hidup aku.

“Tapi ko takde hak untuk teman dia!” teriak suara garau di hujung talian.

Aku kekosongan, minda dan jiwa serentak. Kenapa aku tak berhak meneman dia? Lagi-lagi dalam masa macam sekarang. Lagi-lagi pada masa dia tengah kesusahan. Itulah tanggungjawab TEMAN!

“Aku mintak maaf kalau aku buat ko marah.. tapi—“ aku cuba membalas, hanya untuk dipotong oleh suara garau itu.

“Tapi apa lagi!!??? Ko tau ko buat aku marah, tapi apsal ko buat jugak?” sambung suara garau tersebut.

“Aku cuma teman dia pergi tengok wayang jer! Bukan berdua pulak tuh.” Kata aku cuba membela diri.

“Berdua ke tak berdua ke, kalau aku cakap ko takde HAK, maknanya ko takde HAK!” marah benar suara garau tuh dalam talian. Kalau aku berada depan dia sah-sah aku kena baham tanpa tinggal sikit sisa pun. Walau bagaimanapun aku cuba bertenang. Api lawannya air, kalau disimbah minyak lagi lah menjulang.

“Mende dah terjadi… aku takleh pergi ke masa dulu untuk TAK TEMAN dia. Bawak bertenang lah sikit. Cakap dalam keadaan marah, ape pon tak setel.” Aku cuba menenteramkan sang pemanggil.

“Ok. Sekarang, aku kasi sikit toleransi kat ko. Betul ko cakap, dah lepas. Tapi lepas ni aku taknak ko jumpe Nana lagi. Dia tunang aku. Bukan tunang ko. Bukan awek ko. Paham ke tak nih?” gertak suara garau itu. Syed.

“Aku paham dia tunang ko, tapi ko kene—“

Dan aku kene potong lagi….

“Ko ni benak ke? Ko ni pendek akal ke ape? Terencat!!? Ko ni belajar agama tak? Apsal ko nak tapi-tapi lagi. Ustadz ko tak ajar ke tunang orang jangan kacau? Mak bapak ko tak ajar ke???”

Bertubi-tubi soalan daripada Syed. Bukan soalan tapi caci makian. Aku tau Syed tidak mengharapkan jawapan, asalkan dia puas menghentam aku. Dah main mak bapak… terasa nak marah jugak. Teringat pesan arwah mak aku, dalam keadaan tegang, kita kena bijak memainkan peranan. Dalam apa jua hal. Tak jadi aku nak mengamuk…

“Encik Syed. Aku taknak cakap panjang dengan ko pasal ko tengah marah. Tapi aku nak ko tau satu perkara. Aku tak kacau tunang ko. Aku tak flirt, aku tak ngorat, aku tak mendekati, aku tak cuba apa-apa pon! Aku cuma jadi kawan. Ko tau kawan tu apa maksudnya kan??” giliran aku pulak cakap panjang lebar.

“Kawan kepala hotak!” tersentak aku dengar ayat Syed. Ini ke yang dikatakan orang alim? Syed menyambung ayat, “Kalau ko kawan je, kenapa sampai dia taknak jumpa aku. Sanggup jumpa ko lagi. Itu bukan namanya kawan. Ape racun ko dah bubuh kat dia pun aku taktau.”

Astaga… sampai tuduh aku meracun tuh. Sabar Lan. Sabar yang amat, pujuk diri aku sendiri.

“Kalau dia taknak jumpa ko, kenapa ko salahkan aku saje!? Kenapa ko tak salahkan kawan-kawan dia yang lain??? Silap sebenarnya. Kenapa ko tak salahkan diri ko sendiri????” aku nyaris hilang kawalan. Pantang aku dituduh mende yang bukan-bukan.

“Apsal aku nak salahkan diri aku sendiri? Memang salah ko.” tempelak Syed.

“Ko nak aku bagitau kat ko? Mana kejantanan ko???? Salah sendiri pun nak kena orang lain bagitau? Dayus. Aku panggil orang macam ko ni bodoh.” Oh, aku dah terlampau geram. Tapi aku cuba kekalkan suara aku, tidak terlalu tinggi, sebaliknya menekan.

“CELAKE! Ko memang—“


Kali ini giliran aku pulak potong.

“Memang ape??? Tak guna? Ko simpan makian ko tu, pastu tuju kat diri sendiri. Nana ada masalah dengan ko, tau tak? Aku dan orang-orang lain sekeliling dia semua cuma menyokong jer.” Hambikkkkkk~!

“BABI!” marah Syed. Agaknya kehilangan kata-kata, itu je dia mampu cakap.

“Ini ke yang orang bagitau kat aku, Syed tu alim. Macam ni ke orang alim cakap? Dah lah maki aku tak tentu pasal, apa kes pon ko tatau. Ko ni dah dibutakan dengan dunia, ko berlakon, ko hipokrit tahap dewa. Apa lagi ko nak? Stupid punya orang.”

Apa ingat aku tak pandai marah ke? Hehehe. Sabar pun sabar jugak. Tapi kadangkala, kalau air tak menjadi, kita kena pakai pasir untuk padam api. Pasir walaupun sifatnya halus dan kecil, tapi kalau dilemparkan, sakit jugak. Padam jugak api.

“Bagitau aku apa Nana cakap kat ko pasal aku.”

“Untuk apa? Supaya ko dapat marah dia balik? Ko ingat ko dah tawan hati ayah dia, ko boleh buat ape je?” bidas aku lagi.

“Celake. Kalau aku tak tau camne aku nak betulkan keadaan.” Suara Syed mula kendur. Agaknya dia lunyai kena tembakan-tembakan pasir aku kot. Lantaklah.

“Sebab tu aku kata ko ni dayus. Ok aku bagitau ko. Tapi sebelum tu aku nak tanya ko something dulu.” Kata aku.

“Tanya apa lagi? Bagitau sajelah.” Jawabnya.

“Ko tunang dia kan? So ko tau perbezaan antara tunang dengan dah kawin?” tanya aku.

Syed diam. Dia tak menjawab. Agaknya dia dah dapat tangkap apa yang aku cuba sampaikan.

“Skang ni kenapa ko diam? Ko tau ke tak?” desak aku lagi. Kalini aku tinggikan sikit suara.

“Kalau aku cakap tau?” soalan aku dibalas dengan soalan.

“Kenapa ko cakap KALAU? Ko ni belajar agama ke tak? Ustadz ko tak ajar ke kat sekolah?” aku memulangkan paku buah keras.

Dia terdiam lagi.

“Syed. Kalau ko nak tau, baik aku bagitau ko secara berdepan. Cakap kat telefon ni tak sesuai. Aku tak nampak ekspresi muka ko. Aku tak tau kalau ko dengar sebabnya, ko buat acuh tak acuh atau amik serius.” Aku menyambung ayat, sebab Syed diam.

“Heh. So ko nak ajak jumpa lah ni? Berani jugak ko ni. Tak takut kena pukul?” terdengar sedikit gelak kecil daripada Syed. Merendahkan aku yer.

“Aku memang tak berani jumpa ko kalau aku takde ilmu. Sekarang camne?” gertak aku pulak. Nak tergelak pun ada, bila masa lah aku ade ilmu-ilmu nih. Tapi penipuan yang baik tak akan dikesan. Harap-harap Syed terasa gerun…

“Hmm.. Ko datang tempat aku.” Balas Syed. Aku tau kenapa dia ajak ke tempat dia. Sebab dia sudah termakan gertakan aku. Dia takut. Dia akan rasa lebih selamat kalau berada kat kawasan dia sendiri. Kalau apa-apa jadi, senang orang nak capai dia. Loser sungguh dia nih.

“Takut ke nak datang tempat aku? Bangi je bang. Ko yang nak tau sebab, ko kena datang jumpa aku lah. Lagipon aku baru pindah Bangi ni, so ko tak perlu risau. Aku takde geng untuk dipanggil pukul ko. Kalau Shah Alam atau Subang mungkin.” Gertak aku lagi. Pancing jangan tak pancing. Orang yang dikelabui dengan seks dan dunia ni memang senang nak diputarbelitkan.

“Ok. Aku datang. Kat mana?” tanya Syed.

“Esok. Kat seksyen 15, tau? Restoran mamak Farees. Petang. Ko SMS aku saja nanti.” Aku memberi cadangan.

“Tau. Siaplah ko besok.” Giliran Syed menggertak aku. Heh, ingat aku takut? Insya Allah takde apa-apa. Berani aku bertempat. Bukan semberono.

“Ok. Ada apa-apa lagi?” tanya aku tenang.

“Takde. Esok kita citer.” Jawab Syed dan terus meletakkan telefon. Takde salam, takde apa. Kurang ajar sungguh.

Aku menghela nafas panjang. Lepas satu perkara. Badanku terasa menggigil lagi menahan kemarahan. Telinga aku panas, jelas nampak merah dekat cermin. Dulu masa kecik-kecik, aku ni cepat marah. Silap sikit je aku marah. Tapi berkat didikan arwah mak aku dan ayah aku, campur lagi masuk sekolah asrama, aku berjaya kawal kemarahan aku, dengan kadar yang banyak! Sampaikan sekarang, orang susah nak nampak aku marah. Cuma bila dah terjadi tuh, bahaya jugak lah. Insya Allah takde apa…

Mana laa ayah Nana ni jumper si Syed. Bagai jatuh ditimpa tangga. Ayah tegas tak bertempat, tunang pulak sang hipokrit nombor satu dalam dunia. Aku pernah jumpa ramai orang yang hipokrit, tapi kes ni lain sama sekali. Memang berlakon habis-habisan, tapi dengan aku, semuanya terbongkar. Syed dah tunjuk sifat sebenar dia.

Kesian aku kat Nana.

Dan aku pelik, macammana Syed dapat tahu cerita aku dan Nana. Mana dia dapat nombor telefon aku. Aku syak sama ada dia paksa Nana, atau seseorang yang ada nombor aku dan berkait rapat dengan Nana kasi. Linda lah sapa lagi. Tapi aku tak berani nak tuduh. Esok aku akan tanya.

Sebut pasal esok, aku terbaring atas katil menatap siling. Apa aku nak cakap? Apa aku nak buat kalau keadaan jadi teruk? Tawakal sajalah… aku pun pandai berlakon jugak. Kena berlakon orang ada ilmu lah camni. Macam mana agaknya rupa orang berilmu di dada. Haih.

Petang tu merupakan petang yang kacau. Mengimbas kembali sebelum Syed call, sedang aku tengah lepak-lepak berseronok tengok anime, tetiba dapat panggilan, nombor tak pernah nampak. Angkat-angkat je, tanpa salam, terus Syed tu tanya aku camni.

“Ko Lan?”

“Ye saya. Siapa nih?”

“Aku Syed. Tunang Nana. Jangan kacau dia lagi.” Masa ni suara Syed masih tenang.

“Erk. Syed ke..?” aku terkejut.

Dan selepas itu, Syed terus soal siasat aku macam orang gila. Diselang seli dengan kutukan pedih. Hinggalah sampai ke part dialog seperti aku tulis kat atas mula-mula tuh.

Tak sanggup aku nak tulis semua yang Syed cakap… Cukuplah sekadar apa yang aku dah tulis tadi.

Lama sedikit selepas mendapat panggilan hangat daripada Syed, aku memandang telefon. Perlukah aku beritahu Nana tentang apa yang terjadi? Atau aku tunggu saja selepas tragedy esok hari?

Dalam keadaan dilema tu, tetiba aku dapat SMS. Daripada Nana. Macam ada satu kuasa pulak yang menggamit Nana untuk SMS aku masa kritikal camni.

Hai Lan. Sihat ke? Petang ni taknak jogging?

Aku tersenyum je baca SMS Nana. Tak jadi aku nak bagitau dia dulu. Mood Nana macam tengah elok. Taknak aku keruhkan keadaan.

Sihat je. Petang ni.. hmm, takpelah. Takde moodlah Nana.

Itu jer yang mampu aku reply. Dia tak tahu aku baru lepas kena serang ngan Syed.

Aduh… JIWA KACAU lah beb!

Monday, September 11, 2006

Minggu yang penuh dengan pengalaman baru.

Assalamualaikum!! Dan selamat sejahtera kepada korang semua.

Aku ingat nak update bahagian 16, tapi memandangkan ade orang sound kata citer aku meleret-leret, aku batalkan dulu niat aku tu. Aku scrape balik, dan kendian aku tulis semula. Jadi di masa akan datang korang leh expect utk membaca citer Nana yang fast pace! Kasi debar, peluh menitik tak berhenti punya bila baca. Boleh yer?

Ape ape pon minggu ni aku nak citer pasal 2 pengalaman menarik aku sepanjang minggu lepas. Pertama, citer aku bersama kazen2 aku gi tangkap orang khalwat dalam rumah. Dua, citer aku pergi mengurut satu badan dan berbekam (urut batin takde lah tapinye, huhuhu). Mana satu korang nak tau? Biarlah aku citer dua-dua terus.

Ok citer pertama... Hehehehe. Aku kasi tajuk "Pengalaman saya sewaktu bersama sepupu sepapat, pergi menangkap orang tengah berkhalwat".

Sebenarnye semua ni tak dirancang pon. Rancangan asal kitorang, nak pergi main snooker. Kebetulan ramai kazen aku yang belajar kat UiTM tengah cuti, dan datang KL. Bila sekali sekala berkumpul, memang macam macam aktiviti laaa. Nak jamming lah, nak futsal lah, nak snooker lah. Layan ajeeee.

Jadi pada malam Nisfu Syaaban arituh, setelah pulang daripada Majlis Solat Hajat salah seorang kazen aku yang baru pindah rumah, kitorang berpakat nak gi main snooker kat Shah Alam. Antara kazen2 yang ada, aku kasi nama siap2: Kazen Polis, Kazen A, Kazen B, Kazen C, Kazen D dan aku.

Tempat perjumpaan sblom gi main snooker ialah kat rumah Kazen Polis (sebab die ni kerja sebagai special police, itu aku kasi name lain sikit). Aku datang dengan Kazen A, sementara yang lain2 sumer menunggu kami kat rumah Kazen Polis tuh.

Sesampai je aku kat sana, tengok semua dok berkumpul kat luar rumah, isap rokok. Tapi sekor-sekor muka serius jer. Takde ciri-ciri nak gi main snooker langsung. Pelik jugak aku dengan kazen A. Bile dah parking kete tuh, kitorang pon join laa diorang kat luar, sambil menyalakan rokok.

"Tunggu sapa ni?" tanya aku kat diorang. Sekor pon tak jawab. Sume geleng kepala, tanda takde tunggu sapa-sapa dah. Habis tu kenapa diorang ni taknak gerak lagi. Isk. Tak sabar aku nak menusuk kayu snooker. Lepas tu Kazen B pon citer lah kat aku...

Rupenye jiran Kazen Polis, yang didiami oleh sekumpulan budak2 bujang, salah sorangnye dah bawak balik pompuan masuk rumah daaa... Isk. Tak pro sungguh diorang nih. Bawak balik awek ke rumah, kawasan melayu, rukun tetangga kuat, jiran polis lak tuh! Carik nahas ajee.

Kazen C ngan Kazen D pulak tak sabar2 nak soh rush. Diorang tu muda lagi, baru 20 something. Sebab tu laa excited bila boleh buat camni. Tapi kazen polis aku kata, kasi diorang 30 minit. Tengok diorang kuar balik ke tak. Kalu tak kuar tuh, sah-sah aa tengah projek. Baru sedap nak ambush. Keji...

Sementara dok nunggu tuh, Kazen B sibuk citer masa budak tu bawak balik awek (seblom aku dan kazen A sampai). Katanya, diorang naik motor, nak balik rumah, tp sebabkan ade orang kat luar tengah lepak2, diorang round2 dulu. Tapi lepas 10 minit, datang balik, tengok ada orang lagi. Mungkin tak tahan dah nak berprojek, budak motor tu belasah je masuk dalam rumah. Bukak pagar daripada atas motor tuhhhh. Punyelah kelam kabut. Kazen B aku cakap, susah payah jugak diorang nak masuk rumah sendiri. Bila dah park motor, masuk rumah tak bukak helmet, risau takut orang nampak yang die bawak tu pompuan, padahal dah tau sebab nampak tocang rambut. Masuk rumah, terus tutup pintu, lampu rumah terus padam. Hehehe, projek laa tuh.

Lepas 30 minit, lepas berbatang rokok kitorang hisap, akhirnya kazen polis aku kasi signal untuk ambush. Masa tu jugak rukun tetangga kawasan tu sumer dah berkumpul. Lebih kurang 10 orang jugak laa kitorang. Kazen2 campur aku ade 6 orang, rukun tetangga ada 4 orang. Sekor2 bawak kayu. Dasat....

2 kumpulan dibahagikan. 4 orang jaga belakang rumah, takut-takut bila kena ambush diorang lari ikut pintu belakang. Yang lain-lain serbu kat depan rumah. Tapi aku konfiden pasal kazen aku polis, dia ada kad kuasa nak tunjuk. Jadi tercongoklah aku, kazen A, kazen polis dan sorang rukun tetangga kat belakang rumah bbdak bujang tuh. Lepas 5 minit start, takde bunyi bising2, kazen polis aku pon kata budak laki tu tak lari, mesti dah kene cekup kat depan. Jadi kitorang pon pergi ler ke depan rumah... join yang lain2.

Depan rumah mamat tuh, aku tengok salah sorang rukun tetangga tengah basuh. Dah laa pakcik tu tinggi, suara garau, muka ganas. Memang budak tu menikus cuak laaa jugak. Bila kitorang join, kazen polis aku take over, sambil tunjuk kad kuasa.

"Apsal ko bawak budak pompuan balik rumah nih?" tanye kazen polis aku.

"Sekejap je bang... tak buat ape2 pon bang.." kata budak tuh. Muda lagi aku tengok. Dalam 22-23 camtu.

"Sekejap ape. Aku kasi ko 40 minit chance sejak ko masuk rumah, tapi tak kuar2 lagi. Sekejap ape tuh. Kalau ko romen, dah setel lama tu ko tau tak??" gertak kazen polis aku. Fuh, gile ah nak saiko orang camni...

Tetibe pakcik rukun tetangga sambung lak. "Ko bukak pintu tadi, tengah betulkan baju. Pompuan ni lambat kuar. Bile kuar rambut serabai, baju senget benget. Apa ko nak cakap?" tuding dia kat pompuan tu yang menyuruk di balik tiang.

Pastu kazen polis aku mintak IC dua-dua. Budak pompuan tu umur baru 18 tahun rupanya... padanlah nampak muda sangat. Boleh tahan gak cun.. adeh.

"Aku takleh cakap apa. Aku call JAIS ok?" kata kazen polis aku. Menggeletar terus budak tuh. Budak pompuan plak macam nak nangis kat blakang tiang. Aku? Aku sibuk merakam video diorang kene basuh. Hehehe, tapi malangnye memory fon aku tak besar, jadi sikit2 jer dapat.

Budak laki tu sebenarnye nampak baik. Cakap pon lembut sopan santun. Die mengaku bersalah. Jadi kitorang sumer tak sampai hati nak basuh dia kaw-kaw. Tapi yang tak tahannya dengan perangai budak pompuan tuh. Kerek gile. Siap melawan lagi. Aku nampak pakcik rukun tetangga tu dah blah jauh sikit, tengah tahan sabar. Mau naik pelempang kalu dia tak buat camtu.

Setiap sorang daripada kitorang kat situ basuh budak 2 orang tu. Macam2 ayat kuar. Memang tak sakitkan secara fizikal, tapi aku dapat rasa mentally, budak tu dah tersaiko gila. Silap haribulan terus berubah jadi orang surau, hahaha. Darah pon mesti terhenti.

Akhirnye lepas sejam lebih basuh, kazen polis aku soh hantar minah tu balik. Takyah berhenti mana-mana dah. Tak report kat JAIS, tapi report kat balai jer, sebagai protokol satu ambush telah dibuat. Selamat budak tu tak kene kawin. Masa dia naik motor hantar minah tu, bawak motor pon dah senget benget. Darah baru mengalir laa tu.. Hahahaha.

Kesimpulannya... kalau korang horny sangat, janganlah bawak balik rumah yang dikenali kuat dengan rukun tetangganya. Pandai2lah korang, dosa pon korang punye. Tapi kalau buat mcm budak ni buat, tak ditangkap, dosa dapat kat semua orang yang tau kat situ. Fuh, first time tangkap orang tengah projek nih!

-------------------------------------------------------------------------

So korang nak baca citer pergi berurut dan berbekam pulak? Citer ni dengar macam biasa, tapi sebenarnye ada ciri2 18SX jugak. Cuma daripada segi kesihatan lah. Sapa2 yang terasa malu, baik toksah baca.


Citer kedua ni aku kasi tajuk.. "Pengalaman saya sewaktu berurut tubuh dan berbekam oleh Pak Mus".

Pukul 7.30 pagi aku dah bangun, bertolak ke Wangsa Maju, gi amik si Syr. Abang Azzauri dah booking awal-awal lagi hari Ahad, untuk kami bertiga pergi berurut dan berbekam. Inilah first time dalam hidup aku pergi berurut badan, suci murni lagi tubuh aku. Hahahaha.

Lebih kurang kol 8.40, aku, Syr dan abang Azzauri menuju ke Seri Gombak, rumah Pak Mus. Mulanya aku ngan Syr ingat dia duduk rumah setinggan, bila sampai je, WAH, rumah teres corner lot lagi. Lawa pulak tu. Ada Honda City parking kat laman rumah. Kagum aku, keje berurut jer tapi boleh hidup camtu.

Kata Abang Azzauri, rezeki Pak Mus ni mudah pasal dia tak mintak duit kalau berurut. Seikhlas mungkin. Dan yang datang berurut pon bukan calang-calang orang, kerabat pon ada. Terasa bangga lak kalau aku dapat berurut dengan Pak Mus nih. Tak pilih orang, niat dia nak tolong, ada duit lebih, dia kasi anak yatim. Bagus sungguh.

Sesampai je kami, Pak Mus sambut ketibaan kitorang. Ingatkan dah tua! Nampak muda siot. Umur dah 50-an, tapi tegap dan fit. Maklumlah tukang urut. Aku cuak je tengok tangan Pak Mus yang nampak keras dan timbul urat-urat, tanda pengalaman dia yang tinggi. Lepas bersalam-salam dengan Pak Mus, tanpa berlengah lagi, Syr jadi orang pertama, masuk ke bilik urut. Tinggallah aku dengan Abang Azzauri kat luar melayan suratkhabar... Sorang sejam, lama jugak nak nunggu. Sambil-sambil tu berborak dengan bini Pak Mus pasal hal2 isu semasa.

Lepas sejam, Pak Mus panggil orang seterusnya. Kebetulan aku dah tertido kat sofa, mamai jugak lah bangun2 kene gi masuk bilik urut. Tapi nak sihat punya pasal, aku masuk jugak. Waaa, bilik urut tu memang bersih, konfiden aku tengok. Kat dinding tertampal carta pasal otot-otot dan tulang. Pastu aku nampak bekas kaca untuk bekam yang bersih-bersih. Menurut Pak Mus, sebulan sekali, Kementerian Kesihatan akan datang check kebersihan bilik dia. Lulus kata diorang. Boleh beroperasi.

Pak Mus soh aku tanggal sume baju, pakai tuala khas je. Pastu meniarap kat katil urut mcm stretcher kat hospital tuh. Elok-elok aku baring, dengar suara syr di balik langsir yang tertutup daripada tadi.

"Hehehe, sakit woo Lan. Aku tengah mandi wap ni. Sakit mcm kena hempap traktor." kata Syr.

Cuak jugak aku dengar. Tapi takde pulak dengar Syr terjerit-jerit, mesti nak kelentong aku. Tapi lepas beberapa minit Syr muncul daripada balik langsir, dah setel mandi Wap. Mak aih... berpeluh sakan! Nampak tanda bekas kat badan, sebab berbekam. Nampak macam sakit.. adeh.

"Aku nak terkencing laa Syr.. aduh.." kata aku.

"Haa, kalau ko nak kencing, baik ko buat sekarang. Nanti time urut mau terkencing atas katil tuh. Dah, aku nak duduk luar, taknak dengar ko jerit." jawab Syr. Cis... saiko aku siot.


5 minit jugak aku menunggu Pak Mus. Rupanya dia tengah panaskan minyak akar kayu yang nak dibuat berurut. Wangi. Aku dah cuak duduk sorang2 dalam bilik. Tengah dok pikir macam-macam, tetiba Pak Mus masuk.

"Haa, dah ready ye Lan??" tanye Pak Mus.

"Err.. ready kot." aku jawab dalam yakin tak yakin.

Pastu aku dengar Pak Mus terkumat kamit baca ayat al-quran, siap doa dalam bahasa melayu mintak dimudahkan time urut. Aku pon turut berdoa dalam hati, janganlah ade silap nanti.

Abis je baca doa, Pak Mus pon terus start berurut. ADOII! Baru starting aku dah tergeliat mcm haram. Tangan Pak Mus yang keras tuh rasa macam elektrik, tapi betapa smoothnye dia urut, rasa mcm Pak Mus tu ada 8 tangan! Siyes dohh!! Kagum aku.

"Banyak angin ko ni Lan." tetibe Pak Mus bersuara.

"Hehehe, ini first time saya pergi urut2 ni Pak Mus." aku jawab.

"Itulah. Badan tak berusik! Takpe ye Lan, nanti aku betulkan. Hehehe." cuak lak dengar dia cakap camtu.

Sepanjang dia urut belakang aku, memang sakit woo. Silap, bukan sakit, tapi nak cakap camne pon tatau. Korang amik satu kayu, pastu korang tekan kayu tu kat badan korang, pastu cuba turun naikkan kayu tu tanpa meninggalkan badan korang. Macam tu laa aku rasa. Sepanjang sesi mengurut, tak habis-habis bunyi letup dalam badan aku. Dengar kat telinga tau, bukan rasa daripada dalam badan!

"Haaa.. ini kita nak buang, bijik2 ni. Angin semua ni." kata Pak Mus.

Aku takleh nak cakap apa pasal aku sibuk mendengus. Ditekan-tekannya lengan kiri aku, dan serentak dengan tu jugak aku mendengus. Bak lembu baru lepas kena sembelih. Waduhhh, sakit yang teramat! Tapi bila Pak Mus urut tempat lain, part yang baru sudah diurut tu terasa lega dan segar mcm aku dapat tubuh baru!

Lepas dia dah urut belakang aku, tibalah masa untuk berbekam angin. Pak Mus tanya aku, boleh tak nak bekam ni, kira macam mintak izin. Aku cakap, teruskan saja, alang2 dah sakit kene urut tadi. Tergelak Pak Mus. Pastu aku terasa pedih, huhuhu, dah letak pon. PEDIH GILER mende ni sedut angin! Adelah dalam 3 bekas kaca die lekat kat belakang aku.. PEDIH!!!!

Sementara berbekam angin kat belakang, Pak Mus pindah kat kaki pulak. Haaa, yang ini, aku dah tak tahan. Kalau tadi aku mendengus, sekarang aku menjerit!!! Gile ko, rasa macam kene siat. Tapi lepas tu rasa best. Sakit, Pedih diganti dengan Lega dan Segar! Memula kaki kanan dia buat, pastu kaki kiri. Time ni, bunyi letup angin tu takleh nak kira dah. Macam lagu pon ada. Selang seli dengan jeritan aku.

Lepas urut, bekam angin pulak. Masa dia cabut bekam angin yang dah siap.. terdengar bunyi psssttt kuar.

"Ko dengar tak bunyi tuh?" tanya Pak Mus.

"Dengar..adeh.." jawab aku.

"Haaa, itulah angin-angin yang ada dalam badan ko. Banyak. Siap kuar bunyi macam kentut." seloroh je Pak Mus. Kahkahkah. Padan ler aku suke kentut (tapi bersendirian, depan orang aku tak buat, so korang jgn risau lah time lepak ngan aku).

"Hish, banyak asid urik kat kaki ko ni. Kaki Kanan dah bengkak. Aku buat bekam darah, boleh Lan?" tanya Pak Mus tetiba.

Cuak aku bila dia tanya camtu. Tapi aku angguk lemah. Buat sajaaaaa. Bila aku stuju, Pak Mus soh aku tahan nafas. Elok aku tahan, dia amik pisau dan buat 2 baris calar kat belakang lutut aku. Terasa pedih sikit, tapi sebab tahan nafas, tak terasa sangat. Gitu rupanya...

Skang ni kedua-dua belakang lutut aku tengah bekam darah. Aku pon tatau ler camne rupenye masa tu pasal aku meniarap. Tapi aku terdengar bunyi suara Abang Azzauri masuk bilik kejap, pastu tanya aku OK ke tak. Aku cakap je laa OK. Pastu dengar dia dok borak ngan Pak Mus, bunyi macam banyak je darah kuar.

Pak Mus suruh aku relaks... sementara tu diorang lepak kat luar berborak. Nasib baik dia pasang radio dalam bilik, bolehlah layan. Tapi cenel Klasik Nasional, first time aku dengar cenel ni kat radio. Layan je lahh tahan sakit...

Lebih kurang 10 minit camtu, Pak Mus masuk balik.

"Huish, banyak sungguh asid urik ko. Slalu makan udang, sotong? Kerang, ketam, seafood ape2?"

"Erk, udang ngan sotong Pak Mus."

"Haa, lepas ni ko kene kurangkan makan. Nanti dah betul2 ok, baru ko sebat macam biasa." nasihat Pak Mus. Adeh. Terpaksalah...

Pak Mus tanggal bekas bekam darah tuh, pastu terasa lega yang amat kat kaki aku. Terasa ringan, kalau boleh time tu jugak aku nak tendang bola. Lepas dia lap-lap darah yang kuar, Pak Mus tunjuk kat aku.

"Haaa, ko tengok nih." tunjuk Pak Mus. Wah wah. Aku igtkan darah yang kuar, tapi rupanya bukan. Mende tuh macam lendir-lendir sikit, macam hingus, tapi lagi pekat dan berwarna gelap merah darah. Itu ke mende yang dia sedut daripada tadi? Banyak lak tuh. Kata Pak Mus, itulah asid urik, yang sekat perjalanan darah. Selalunye terkumpul kat bahagian belakang lutut sebabkan tarikan graviti. Adanya mende berlendir ni membuatkan kalau berjalan rasa lenguh, kalau bersila boleh cramp.

"Ada rasa pening2?" tanya Pak Mus.

Aku jawab takde. Dia kata bagus. Sebab kalau pening-pening tu tandanya darah tak cukup dalam badan. Kata Pak Mus lagi, ada setengah orang buat 2 bekas bekam darah pon dah pening, ada orang buat 4 steady lagi. Tapi standardnya, 2 je.

Lepas dah bersihkan kaki, dia soh aku turun naikkan kaki macam tengah berenang. Fuyoooo, gile ringan! Laju melampau. Rasa taknak stop lak. Siyes tak tipu, kaki terasa mcm baru.

"Ok.. pusing."

Haaa??? Aiseh. Die ni sah-sah nak urut depan jugak. Aku dah cuak. Pasal Syr ngan Abang Azzauri dah cakap tadi, fullbody massage punye. Siap dengan bawah tu pon dia akan tarik.

"Erk, urut kat situ gak ke Pak Mus???" tanya aku malu-malu.

"Yer lah."

"Tapi malu ni.. saya tak pernah terdedah bawah tu kat sapa2...." aku cuba membangkang.

"Apa ko nak malu. Mana ade orang lain dalam bilik ni lagi. Aku dah tengok ramai dah, toksah malu." selambe je Pak Mus tu jawab.

"Aiseh..." aku mengeluh.. Risau ni beb.

"Alang-alang ko dah overhaul badan, overhaul sumer terus laah. Dah-dah cepat pusing, hehehe." kata Pak Mus sambil menyeringai menampakkan giginya yang berterabur. Aduh. Nak taknak terpaksa jugaklah aku.

"Ready Lan??"

"Erk... ok.. ready lah pulak. Cuak ni..."

TU DIAA!! Urut kat depan lagi dasyat daripada urut kat belakang! Kaw-kaw punye tekan, mungkin pasal aku nampak dia tengah urut kot. Mule2 kepala, pastu muka, pastu badan, pastu perut.. Tapi bila dia masuk kaki... Tak TAHAN!! Kadar jeritan aku yang biasa-biasa tadi dah bertukar mcm tengah menyanyikan lagu part korus! High PITCH!!

Part kaki tu dia urut memang gile. Terasa nak tertanggal. Ngilu ada, pedih ada, macam kene tumbuk pon ada. Nak lagi bila kat bahagian pinggang. Aku menjerit-jerit macam orang gila. Dengar jugak laa Syr ngan Abang Azzauri ketawa terbahak kat ruang tamu. Itu padahal pintu tutup. Kalau pintu bukak, lagi laaaaaa.

Akhirnya... sampai jugak part tarik bawah tuh. Aku dah berpeluh2 kecuakan. Tahan napasss kata Pak Mus. Cepat-cepat aku tahan... MELETUP MELETUP MELETUP MELETUP! Tu diaaaa, dia tarik mcm orang gilaaaa. Mulanya aku sangka, kalu urut bawah tu, macammana kalau stim kan? Tapi arituh dah terjawab. Tak sempat nak stim baiiii, ko menjerit adalah. 5 kali jugak dia tekan, erk, mende2 kat bawah tuh sampai aku tak larat nak jerit tapi terpakse menjerit gak. Last skali.. dia soh aku tahan nafas dalam-dalam. Pastu, 3 saat pastu, tarikan yang maha hebat telah dilakukan oleh Pak Mus sampai rasa macam nak tertanggal jambakan terunaku! SUPER POWER DUPERRRRRRR AAAAAAAAAAA SAKITTT YEOWWW WOOHOOOO GILER AH!!!

Abis dah semuanya... Pak Mus soh aku pergi balik langsir dalam bilik yang sama dan mandi wap. Masuk dalam beg khas, pastu zip tinggal kepala je keluar. Tujuannya ialah untuk mengeluarkan peluh2 toksik sebabkan bekam tadi. Duduk selama mana yang ko tahan, kata Pak Mus. Aku duduk dalam 15 minit pastu terpaksa keluar, dah banjir dalam beg tuh.

Keluar keluar, terasa diriku ini orang baru. Segar. Mantap. Power. Kalau main bola ni boleh tahan sejam lebih jugak. Sesi seterusnya ialah sesi borak2 dengan Syr sementara menunggu Abang Azzauri habis giliran dia pulak. Masing2 menceritakan pengalaman masing2...

Lebih kurang pukul 2 petang, kitorang beransur, itupon pasal tak larat nak layan Pak Mus bercerita. Kalu dilayan sampai ke malam pon tak habis. Syr ngan Abang Azzauri tak sabar-sabar nak balik rumah, nak test kat bini masing2. Cis. Aku nak test kat mana? Hehehehe, takde tempat nak test, so biar ajelah.

Dalam kereta, dalam perjalanan balik.. Syr cakap kat aku..

"Sian ko. Mesti ko ingat, orang pertama pegang bawah ko, bini ke awek cun ke.. sekali Pak Mus yang rasmikan dulu. KAHKAHKAH"

Cipet...

Sekian sajalah cerite daripada pengalaman aku..



Tuesday, September 05, 2006

Bahagian 15: Termengahku dalam Keseronokan

Lagu tema post kalinih... Crazy - Gnarls Barkley. Nanti korang tau apsal aku pilih lagu nih. hehehe.

------

“Salah tuh!!” kata Nana.

Adoiii, nak warming up pon sikit punya payah. Kalau kebiasaannya, aku belasah jer. Tapi apa boleh buat, karang tak ikut cakap ada pulak yang merajuk. Lembut sungguh hati aku bila dengan perempuan…

“Awak kena angkat lutut tu 90 degrees. Kalau tak nanti masa jogging cepat injured.” Arah Nana lagi. Waduh waduh…

“Macam ni??” aku mengangkat kaki 90 darjah. Tapi rasa macam nak tercabut kaki.

“Isk. Kejap.” Kata Nana lalu menghampiri aku. Eh, ehhh, apa dia nak buat nih??

Nana memegang betis aku, dan meluruskannya. Kemudian ditepuk-tepuk pulak keting aku, suruh tegak macam tiang. Aaaaaa, sakitnya otot aku kena paksa camni. Tapi seronok pon ada. Nasib baik ada kain yang memisahkan tapak tangan Nana dengan betis aku, kalau tak… hanya tuhan saja yang tahu.

Acara memanaskan badan yang sepatutnya berakhir dalam masa 15 minit, langsung jadi 30 minit. Berapa kali aku kena tegur dengan Nana pasal posture badan tak betul. Hmm, strict jugak minah nih. Padanlah dengan bentuk badan dia yang fit dan nampak berstamina tinggi.

Belum mula jogging, aku dah berpeluh sakan. Memang betul punya panaskan badan lah! Aku terlantar kat tanah dengan melunjurkan kedua-dua belah kaki aku, tanda kepenatan. Peluh pulak dah menitis masuk sampai ke mata. Tak habis-habis aku lap muka.

“Haih, baru warm-up awak dah berpeluh ker? Hihihihi.” Perli Nana. Cis.

Aku cuma mampu tersenyum lesu. Apo laie nak dikato jang~~

“Bila kite nak start lari nih?” tanya aku.

“Jom lah. Kita jogging slow-slow.” Balas Nana. Kemudian Nana menyeluk poket, keluarkan iPod dia, dan sangkut kat pinggang. Wow, ade iPod. Tak perasan langsung.

“Mana aci camni… awak jogging dengar lagu, saya dengar bunyi tapak kaki jer nanti.”

“Hihihihi. Sapa suruh awak tak beli satu. Jom Lan.” Ajak Nana.

“Ok… ok..” aku bangun kemalasan. Warming up pon dah macam jogging. Dah jogging ni tak tau ler camne.

Maka acara berjogging bersama si cantik pun bermula…

Mula-mula kami berjogging perlahan. Mungkin dalam 1 km/h kot. Hehehe. Mungkin slow lagi. Aku pon tatau berapa kadar kelajuan sebenarnya. Tapi memang perlahan sangatlah. Masa ni aku boleh ikut lagi.

Tapi lama kelamaan makin panjang pulak langkah si Nana. Makin laju. Aku yang tadinya jogging kat sebelah Nana, dah terkebelakang sikit. Pastu Nana menoleh kat aku, sambil membuat isyarat laju sikit. Terkedek-kedek aku ni dibuatnya pasal cepatkan langkah.

Adalah dalam 500 meter daripada tempat permulaan (aku tak pasti berapa jauh sebenarnye, jadi aku main bubuh 500 meter), aku berhenti terus. Sambil membongkok, aku mengaturkan kembali pernafasan aku yang dah macam kuda lemas. Aku panggil nama Nana tapi dia terus jer jogging. Mana nak dengar, telinga pasang iPod. Ceh.

Terpaksalah aku pendekkan masa rehat aku, untuk mengejar Nana. Karang jauh pulak dia tinggal aku. Padahal sifu aku ajar, time berjogging kena selang seli antara jogging dan berjalan. Terpaksaaaaalah!

Short Dash!!! Ni bukan jogging dah tapi lari! Nak kejar punya pasal. Tapi bila sampai dekat Nana, kepancitan mula terasa. Aku cuba tahan penat aku, ada beberapa sentimeter jer lagi aku akan berada sebelah Nana. Fuh, fuh, fuh, fuh!

Aku tengok Nana relaks jer berlari. Apa dia ni tak penat ker??? Maintain jer jogging, laju lak tuh.

Elok jer aku berada tepi Nana, terus aku cuit bahu dia. Terkejut si Nana, berhenti terus. Aku pulak tercungap-cungap membongkok macam tadi. Waaaaaa, penat giler. Cepat-cepat aku duduk. Tak tahan dah, pancit. Nana tersenyum je tengok aku keletihan. Dia ni tak rasa kesian ke tengok aku…

“Penat ke Lan? Baru 10 minit berjogging…” kata Nana.

“10 minit jogging ker… 10 minit lari, awak…?” aku membalas. Nafas sangkut-sangkut. Rasa nak pitam pon ade.

“Hihihi. Saya laju sangat ker?” tanya Nana pulak.

“Mau tak laju. Kalau saya dah terduduk camni, maknanya pancit ler cik adik oii~~”

“Ok.. ok. Kita take five ek?” Nana memberikan cadangan yang bernas. Aku memerlukan 5 minit rehat itu!!!

“Cun…” aku mengangkat ibu jari.

Nana melabuhkan punggungnya ke tanah, tepi aku duduk. Sambil-sambil tu, Nana tak henti-henti melunjurkan kaki, kendian rapatkan ke dada, kendian lunjur balik, kendian rapat ke dada balik, kendian.. erk korang tau lah kan. Rasanya dia taknak badan dia cool down tuh.

“Camne awak leh tahan yer?” tanya aku.

“Hehe. Rahsia!” jawab Nana.

“Eleh, kedekut. Mende baik pon nak rahsia ngan saya. Sejak bila awak pandai berahsia-rahsia ngan saya ek?” aku membidas Nana.

“Hmmm, sejak kecoh keluar lagu Siti biarlah rahsia dia dengan Dato’ K kot.”

Aku mencemik. Pandailaaa ko, lagu Siti lah pulak.

“Kalau awak nak lari dulu, pergilah. Saya jalan slow-slow kat belakang jer…” Aku memberi cadangan yang sesuai untuk mereka yang keletihan.

“Takper. Saya pun bukannya nak jogging sungguh-sungguh harinih. Just nak berjogging dengan awak jer.”

“Mesti awak rasa tak best jogging ngan saya kan?”

“Hahahaha. Best! Sebab boleh buli awak.”

“Adeh. Awak buli saya skang, saya buli awak balik nanti. Tak takut?”

“Takkkkk. Hehehehe.” Jawab Nana confident, sambil memberikan senyuman yang manis. Alahai, tengok dia senyum camtu, sesiapa pon taknak buli.

5 minit pon berlalu. Aku pun dah tak tercungap-cungap macam tadi. Rasanya boleh dah sambung jogging.

“Ok, saya dah ready. Jom kita sambung.” Kata aku pada Nana. Dia cuma mengangguk saja.

“Lan, amik nih.” Kata Nana sambil menghulurkan sesuatu pada aku. Apa dia lak nih?

Oh, earphone. Eh? EARPHONE??? Untuk apa?

“Kenapa awak kasi saya? Nak soh saya dengar ker?”

“Awak amik satu, saya amik satu. Jadi time jogging, kita dua terikat dengan earphone ni. Takdelah saya lari laju sangat. Boleh follow pace awak. Ok tak?”

Waaaa, berkongsi earphone? Tambah lagi, earphone tuh dah dipakai Nana, maknanya aku telah mendapat indirect bekas telinga Nana lah nih. Pervert kah aku? Pervert kaaaa???

“Bagus gak idea nih. Kalau laju, nanti earphone tertanggal. Hehehehe.”

“Yerp. Kejap, saya carik lagu best sikit.” Lalu Nana memutar-mutar punat kat iPod tuh.

“Ok.”

“Dah. Ready Lan?” tanya Nana.

“Ready, Nana. Hehehehe.” Jawab aku pulak.

Kitorang pon menyambung jogging. Kedengaran lagu Crazy nyanyian Gnarls Barkley berkumandang. Memandangkan aku dan Nana terikat dengan earphone tuh, jadi larian kami sangat perlahan. Dan aku mampu berlari lebih jauh daripada tadi. Kasi pelan-pelan kayuh~~

Bila aku penat, automatik aku akan jalan. Bila aku jalan, automatik earphone tu menegang, pastu terlucut daripada telinga Nana. Bila dah terlucut, Nana pun akan berhenti, dan kitorang akan rehat 5 minit lagi. Macam tu laa cycle jogging kami harituh. Pastu bila dah bersedia, kitorang buat lagi camtu untuk beberapa meter pulak.

Masa berjogging tak banyak yang aku dengan Nana borak pasal aku sibuk mengatur pernafasan. Kalau Nana tanya apa-apa, aku akan jawab seringkas yang mungkin. Dalam keadaan suara semput. Sebaliknya, kalau aku cakap apa-apa kat Nana, relaks jer dia jawab macam berlari tu seolah-olah tengah duduk. Kagum seyhhh.

Tapi aku tak berani nak bukak topik panas, topik jiwa kacau Nana tuh. Taknak kacau mood dia yang happy masa tu.

Akhirnya kami sampai ke tempat mula setelah hampir sejam berjogging. Aku rasa inilah kali pertama aku jogging dalam keadaan bersungguh-sungguh! Seblom ni banyak berjalan daripada berjogging. Terima kasih Nana, hehehehe.

Bila dah habis jogging ni, barulah aku nampak Nana berpeluh. Basah jugak baju dia, tapi aku tak berani nak tenung lama-lama, nanti ada pulak yang kata aku ni sang mata jongos. Teringat aku kata ustadz masa skolah dulu, sekali pandang, itu adalah rezeki. Tapi kalau dah 2 kali, jatuh haram dan berdosa. Jadi aku sekali pandang (lama sikit), pastu hafal, pastu baru alihkan pandangan ke tempat lain. Hihihihi.

“Puas tak jogging?” tanya aku.

“Puas. Best. Lepas ni bolehlah selalu jogging dengan awak Lan.” Jawab Nana sambil tersengih.

“Boleh, boleh. Awak ajak je bebila. Kalau saya free, kita jogging lagi.”

“Awak nak balik dah ke?” tanya Nana, semacam taknak lepaskan aku lagi.

Aku tengok jam tangan, dah pukul 7 lebih sikit. Nak dekat maghrib nih. Hmmm.

“Kalau nak pergi minum ni sempat.” Kata aku tersenyum kat Nana.

“Ok jom!” cepat saja Nana membalas. Memang sungguh dia taknak lepaskan aku. Hehehe. Mungkin aku je kot yang perasan. Tak kisahlah. Orang tengah berduka ni memang memerlukan teman.

Lantas kitorang pergi lepak kat kedai mamak dekat depan Kompleks PKNS bangi. Walaupon duduk tak lama pasal Maghrib, tapi sempatlah berborak-borak kosong. Masih aku tak berani nak timbulkan isu harituh, takut spoil mood. Lagipon Nana tak mulakan cerita tu, maka aku anggap semuanya masih OK.

Malam tu, aku tido awal. Penat woo. Tapi tak tahulah jogging aku tu menjadi ke tak pasal….

Masa lepak-lepak tu aku tibai roti canai dengan teh tarik lah pulak! Hahahahahaha.

-bersambung macam biasa-