Sunday, September 23, 2007

Selamat Berpuasa semua~~

Aku tau aku lame tak update blog.. bukan sbb takde citer baru, tapi sbb tatau nk tulis ape. Terlalu banyak citer baru pon payah jugak kan.. sume mende nk tulis last2 kantoi tak tulis ape2..

apepon aku rase tak terlambat lagi untuk mengucapkan selamat berpose kepada sumer, rajin2 jenguklah kedai tudung aku kat http://tudungku.fotopages.com

sape yg berminat nk beli tudung tu email jer aku... atau ym, harga kite negolah. special price utk member2 hihihih.

Tuesday, August 07, 2007

Promo Promo Promo!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 sekalian! Lama tak mengepost kat blog sendiri. huhuhuh. Tak sempat2 deh. Kalinih aku taknak post mende lain sangat, kecuali promo2 ttg website member. Kasi up sikit diorang. Harap2 korang kasi supportlah.

First, aku nk bagitau yang aku ade bukak
kedai tudung secara online kat http://tudungku.fotopages.com . Sile2lah melawat kalu nk beli tudung tuh. Stakat ni tak byk lagi, tp insya allah aku akan letak stock yang mantap2. Harga pon aku jual dengan harga Kota Bharu, bukannya harga Kuala Lumpur. So murah lagi daripada mana2 tempat yg korang slalu beli. Pos pon free (semenanjung) dan kalu tinggal dekat2 aku mcm area Bangi, Kajang, Putrajaya, Seri Kembangan, Serdang, aku gi hantar sendiri jer nnt. Bwh ni antara contoh gambar yang aku upload...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Jangan luper jenguk2
kedai aku tu yer! --> Tudungku.fotopages.com

Oh.. ade satu lagi kedai, bukan kedai aku, tapi kedai member aku. Kalu aku jual tudung, dia jual baju2 budak branded mcm oshkosh bgosh, guess dan lain2. Aku slalu gak beli ngan member aku ni (tp utk adik2 laa, mane ade anak lagi). Korang leh tgk kedai member aku tu kat sini -->
Pick-A-Dress

Secondly, aku nk bgtau korang,
kapasitor.net, tempat orang2 amatur mcm aku berkarya dah pon dinominatekan untuk award WSA (World Summit Award) dan APICTA (aku tak sure ape maksud die) mewakili malaysia dlm kategori e-content. Main produk kitorang adalah sistem kapasitor.net tu sendiri dan juga Prasasti! Content dalam Prasasti makin bulan makin fresh, so kalu korang ade masa utk buang masa kat opis atau rumah, baiklah korang buang masa dengan membaca Prasasti tuh.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Thirdly... kalu korang kaki game, aku slalu lepak kat satu forum nih. Namenye..
GamesSyok. Seperti namenye.. mmg byk game2 flash yang syok2 utk dimainkan.. tp awas! orang kat dalam tu sumer hebat2. Aku yang hebat pon dapat cilok berape je no. 1, itupun kene rampas balik... Rasenye dah habis max skill dah aku main. payah btol.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Akhir sekali, aku nk promo satu forum khas utk bbdak utp (tapi rasenye orang luar pon boleh masuk gak).
UTP.net.my -- Unite the people! Forum ni merupakan satu forum utk mengumpul bbdak utp dalam dan luar (masih study dan grad) supaya ikatan kite tak terputus. Memang dah pernah ade sblom forum utp, tapi sume bz. Aku harap kalinih kitorang berjaya maintain sambutan tuh, dengan cara, korang lah kene beri sokongan! (maksud aku bbdak utp). huhuhuhu.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


itu jerlah aku nk promo.. jgn segan silu bertanyekan pada aku ape2 yg korang tak paham tuh k. thx.

Thursday, July 05, 2007

Jom sepak buah kelapa!

Aku terjumpa game ni pastu rasa syok lak main. meh lah korang cube dapatkan lebih drpd score aku.. huhuhu.

Game die simple jer, korang kene sepak buah kelapa tu sejauh mungkin. Key dia cume tekan mouse di saat yg betul (angle, tinggi apa sume), ala2 game pukul penguin, sapa plg jauh dia menang.

try la beat score aku.. klik bwh utk main:

http://totebo.com/mko.php?c=qBorsBosBousBorFBoUBopBFossqso7NhGouBsq

Friday, June 22, 2007

Grapevine Gathering: Tumpang post.

Tamat sudah gathering, terima kasih diucapkan kepada semua yang berjaya menghadirkan diri. Kepada yang tak dapat datang, next time make sure korang free2 kan diri (ntah bile la next time tuh). Kerjasama korang sume amatlah dihargai, memang walaupun lama tak berjumpa, tapi semangat tu ada, dan kita masih lagi synch dlm membuat kerja (tukang bakar, tukang kemas, tukang shopping dll). Syabas2. Kalu ade ape2 cadangan atau kritikan, bolehlah sambung je kat komen dlm post nih.

"Ehem2. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Adapun post saya kali ini bukanlah utk menyambung tentang Saka Part 3 tetapi ingin menyampaikan satu pengumuman penting! Pengumuman utk...

Ahli2 Grapevine yang tercinta. Kalu anda memang grapeviners, maka anda tahulah apa maksud saya. Kalu anda bukan dan tidak ada kena mengena, maka leh abaikan post ini. Ini cumalah post menumpang kerana saya tak tahu nak letak kat mane dah. Sini plg senang. huhuhu.

Saya ingin memberitahu, bahawasanya, tentang Grapevine Gathering: Reunion yg dicadangkan dahulu akan tetap berjalan. Akan diterajui oleh saya, syukies dan kasabian sendiri.

Berikut adalah cadangan untuk Gathering:

1. Diadakan pada 30hb Jun 2007 bersamaan hari Sabtu.

2. BBQ kat rumah saya je (sebab ade kawasan lapang depan rumah),Bangi. Ataupun makan ikan bakar kat Bagan Lalang. Pendek kata, gathering ni takyah stay, sehari dah cukup. Sekadar utk melepaskan rindu dendam dengan member2 lame n bertanya kabar.

3. Masa, boleh buat start petang sampai malam. Asalkan bukan tengah malam.

4. Aktiviti, sesi borak2 dah cukup. Sebab masing2 lama tak jumpe, pasti byk citer nk tau.

5. Bayaran: Rm20 sorang. Kalu bwk pasangan, jadilah rm40. Kalu bawak anak, kita kasi canlah, rm5 sorang anak (yang saya pasti, mesti takde lagi yg mempunyai anak berumur 12 tahun ke atas huhuh).

6. Sile berikan confirmation anda dengan segera. Selewat2nye, 28hb Jun bersamaan hari Khamis utk tujuan pembelian barang2/persiapan yg sepatutnye. Gathering akan dijalankan sekiranya berjaya kumpul plg kurang 10 orang. Less than 10, kite buat lain hari.

Apa kata anda gviners? Boleh reply dlm komen kat bwh ni, atau email, atau ym je. Terima kasih di atas perhatian anda. Sekian."

Tuesday, June 19, 2007

Saka: Part 2

Ehem2. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca! Terima kasih kerana masih bersama saya dalam rancangan "Saka saka sedunia". Huhuhuhu.

Terlebih dahulu, harinih baru aku perasan aku tak update blog selama 3 bulan!!! Walaweii! Lama sungguh. Memang kebizian yang teramat aku nih (konon). Sekarang nih dah kembali normal. Maka aku akan sambung bahagian kedua saka.

Part kedua ni menceritakan tentang saka in action. Mungkin ada antara pembaca nih (yg tergolong daripada member2 rapat) yang dah tau cite nih, tapi takper, aku akan citerkan jugak kat sini. Supaya orang lain dapat pengalaman gak.

Adapun selepas part 1 tuh... aku pulang ke universiti. Pastu aku duduk melepak2 dlm bilik, borak2 ngan rumet & housemate tentang citer2 terkini. Sekali rumet aku tanya...

"Apsal ko balik lewat ah?"

Aku pun ceritalah tentang part 1 tuh. Fuyooo... masing2 kagum ngan experience aku. Aku sendiri pon setiap kali citer balik, terasa kagum. Kemudian, tengah dok syok2 borak, datanglah sorang member (aku namakan dalam citer nih Yeay) yang bukan duduk kat rumah tu pun. Saje datang melawat bila die dapat tau aku dah balik. Dan dia pun tanya soalan yang sama, dan aku pulak citer balik mende yang sama.

Korang tau ape respon member aku si Yeay nih?

"Huhuhu, best la ko ada saka. Tunjuk sikit la mana saka ko? Boleh aku main-main ngan dia. Pompuan ke laki?"

Ak elee.. hampeh sungguh. Untuk pengetahuan semua, si Yeay nih memang kepala otak dia gila-gila sikit. Bukannya dia menolak menda mistik, tetapi dia ni suka memutarbelitkan satu citer tu jadi tak siyes. Agak lucu la orangnya. Tapi hati dia baik, jangan risau.

Lepas mendapat respon bengong daripada si Yeay, aku pun nak kata hangin takdelah gak. Tapi dengan selorohnya aku mereply kat member aku nih,

"Haih.. ko main2 laa. Satgi aku soh dia datang bilik ko malam2, buatlah apa ko nak buat. Aku tak kisah."

Walaupun seloroh, terdetik dalam hati aku, biar mende tu datang sungguh melawat ko! Miahahahha.

Keesokan harinya, member aku si Yeay nih tercungap2 masuk ke bilik aku. Aku heran gak apsal dia nih. So dengan concern nye aku tanyalah ape yang terjadi, in case ada emergency ke, boleh gak beri bantuan. Sumpah, aku tak ingat langsung pasal statement saka aku semalam.

"Ko punya pasal laa soh datang melawat smalam. Cuak gila sial!!!!" kata si Yeay ni dengan muka separuh nafas.

"Erk, apa jadi? Datang melawat ape?" aku memang tak paham lagi dengan situasi masa tuh.

"Smalam kan ko ada kata nak kasi saka ko tuh datang melawat aku malam2. Dia datang sungguh laaa! Shittttoo giler!" beritahu Yeay.

Memang terkejut gak la aku, tapi aku dapat rasakan si Yeay ni tak siyes, seperti selalu2 dia buat. Aku gelak jer la, siap tepuk bahu Yeay lagi.

"Aku siyes la. Smalam dia datang! Kaco aku macam orang gila!"

Aku bila dah dengar si Yeay ni bersungguh2, tanyelah apa yang jadi. Dia kata dia takleh tido pasal kena kacau, kena hempap, dengar ngilai, orang usik2 dia, dan macam2 lagilah aku pon tak igt. Mungkin kalu Yeay bace blog aku, die leh citer kat ruangan komen tu ker.. huhuhu.

Kebetulan rumet Yeay, Syok yg baru abis kelas pon datang rumah aku gak. Agaknya dia dengar suara Yeay bising2 kat bilik aku, Syok pon datang laa menjengah. Terus dia tegur rumet die tuh.

"Oi Yeay! Ko apsal smalam hah? Cuak sial aku," tanya Syok.

"Apsal? Ape aku buat?" tanya Yeay. Aku tercengang jer kat tepi.

"Ko menggelupur2 sikit, pastu kuar suara garau gila, mcm singa mengawan pun ada. Tapi tak kelakar la, memang aku sampai takleh tido. Part suara ko tu aku memang cuak gile... bercakap sorang2."

Dan kami bertiga terdiam lama. Masing-masing pandang masing2. Aku pun tatau ler sampai camtu Saka nih leh buat. Dan aku pun tak berani nk ungkit2 citer saka tu sangat, takut nanti aku terlepas cakap macam apa yang aku buat kat Yeay.

Daripada mana datang saka nih? Sebenarnye saka family aku nih diturunkan daripada tok moyang aku belah arwah mak. Zaman hang tuah dulu kot. Sebabkan belah arwah mak aku nih, dulunya saudagar emas, maka biasalah. Security kena kuat. Zaman dulu mana ada alarm system. Jual pun bukannya ada kedai sendiri. Jadi senanglah kena target ngan pencuri, perompak dan sebagainya. Salah satu cara plg popular zaman tuh ialah dengan menggunakan saka. Masalahnya bukan senang nak buang.. proses dia panjang dan leceh. Saka tu protect family belah arwah mak aku ketat gila, takde gangguan pun. Akhirnya mende nih diturunkan sehinggalah ke generasi arwah mak aku.

Cumanya, bukan sume orang dapat saka nih. Saka ni akan membayangi ahli keluarga paling memerlukan dia. Aku taktau sapa yang jaga sebenarnya, yang aku tau, bukan sekor. Yerlah, family aku besar, maka logiklah lebih daripada sekor. Kebetulan arwah mak aku jatuh koma selama 5 tahun, membuatkan dialah yang paling lemah sekali. Lepas arwah mak aku meninggal... dia akan turun ke anak paling sulung, iaitu aku. Begitulah secara ringkasnya. Tetapi saka ni tak sepatutnye stay, cuma macam aku citer dulu, terperangkap dalam dinding buatan ayah aku, membuatkan dia sebati dengan keluarga aku. Terutamanya anak sulunglah.

Sebenarnya aku takleh nk citer sangat, boleh rosak akidah woo kalu terlalu percaya. Still, kami sekeluarga tak tolak kemungkinan saka nih. Jadi kami pun berusahalah sehabis mungkin untuk kembali normal. Di mana akhirnya ayah aku jumpa seorang ustadz (seorang anggota polis) kat rawang yang katanya boleh tolong.

Bersambung pulak part 3.. part camne kitorang buang saka tuh!

Thursday, March 29, 2007

Saka: Part 1

Anda pernah dengar apa itu Saka? Anda tahu apa itu Saka?? Mungkin yang suka dengar/baca cerita2 mistik ni, konfom tau. Yang tak tahu, jangan risau, meh aku nak cite...

Adapon Saka ni sama macam Tanah Pusaka. Bezanya Saka ni bukan Tanah. Sebaliknya sesuatu yang lebih interaktif daripada Tanah. Apa maksud aku? Maksudnya, Saka ni boleh berinteraktivi dengan kita, sama macam binatang peliharaan (kucing, ikan). Yang jadi lainnya pasal...

Kita tak pasti ia wujud ke tak.

Abis tu kalau tak pasti wujud, camne dia boleh ada? Mungkin ini yang korang pertikaikan. Hmmm. Saka ni dah jatuh dalam kategori benda ghaib. Kesahihannya aku sendiri tak dapat pastikan, boleh jadi dongeng, boleh jadi memang betul2 ada tapi kita tak nampak. Macam hantu laa. Tapi dia bukan hantu. Sebab hantu ni kerjanya nak mengacau orang jeeee. Saka nih sebaliknya. Apakah? Hehehehe...

Melindungi tuan punya Saka...

Amcam? Dah meremang bulu roma? Relaks. Ni baru mukadimah. Aku tak start story mory lagi...

Aku tak pasti sejak bila keluarga aku ada Saka. Erk, maksud keluarga ni bukanlah adik beradik & ayah mak aku. Tetapi keluarga besar, termasuk sedara mara atuk nenek dan sebagainya. Haaa, Keturunan! Tetapi setelah aku sendiri mengalami kejadian yang tak disangka beberapa kali, dan aku mula menyiasat, baru laa aku tahu...

Mulanya... adalah pada tahun 2004... masa tu cuti semester. Aku masih tinggal kat Shah Alam lagi. Nak dijadikan cerita, aku ada seorang kawan, namanya Naqie. Dia ni muda setahun daripada aku, dan kitorang ni sebenarnya jiran masa kecik2 dulu. Bila dah besar, keluarga masing-masing bawak haluan sendiri, aku pindah tempat lain, dia pun pindah tempat lain. Takdir tuhan, aku ketemu balik si Naqie ni.

Naqie ni belajar kat U.K, amik engineering kat sana. Kebetulan, time aku cuti semester tu, dia ada kat Malaysia. Selalu jugaklah aku gi lepak2 dengan Naqie nih. Biasalah, member baru jumpa, campur lagi dia jarang ada kat tanah air.

Hari tu, aku call Naqie kata nak lepak rumah dia kejap sebab dia nak balik U.K lagi 2 hari. Memandangkan family dia kenal aku, maka tak jadi masalah lah. Lagipun lepak kat rumah dia banyak berborak hal komputer dan grafik je (pasal dia ni gila buat 3D). Tapi.. Naqie kata, harituh ada ustadz nak datang diagnosis dia. So dia mungkin tak dapat layan aku sangat.

Aku pun kata oklah, nanti dah setel ke boleh aku datang kejap. Tapi Naqie kasi cadangan, katanya datanglah. Boleh tengok camne ustadz tu buat. Sebab dia kata menda ni special dan mistik sikit. Aku terkejut jugak pasal Naqie ni, yang memang aku tahu.. dia bukan jenis orang yang percaya dengan menda-menda camni. Moden gile. Hantu pon dia leh gelak2 kalu ada orang cite.

Maka aku pun pergilah kejap. Sempatlah Naqie bagitau aku, rupanya dia buat rawatan Color Vibration Therapy (CVT). Fuh... Apa tu? CVT nih adalah sejenis rawatan homopati, yang pakai tenaga kinetik dan sebagainya, menggunakan air yang dicampur khas dengan ramuan ramuan tertentu. Ramuan tu ada macam-macam color. Rawatan adalah berdasarkan diagnosis yang menentukan seseorang tu jatuh pada color apa. Sebagai contoh, kalau anda seorang yang hijau, anda punya karakteristik tertentu. Berdasarkan karakteristik tuh pula, dia akan diagnosis penyakit dalam badan (paru-paru rosak, buah pinggang rosak, etc), dan kemudian rawatan akan diberi dengan berendam dlm air campur ais campur ramuan berwarna tuh. Macam tu laa lebih kurang... Google ada kalu nak tahu keterangan lanjut.

Rupanya Naqie ni dah pon menjalani rawatan CVT... dia dah pergi berendam dalam ais tiap2 minggu. Hari itu sebenarnya hari untuk mendiagnosis sama ada penyakit dia masih ada lagi atau dah pulih.

Tak lama kemudian ustadz tu pun sampai. Namanya Ustadz Din. Orangnya takde lah tua sangat, sekitar 30-an, tapi memang nampak jernih laa air muka. Paling best, Ustadz Din ni baik orangnya, tak sombong nak bercakap. Kira borak ngan dia rasa senang lah.

Post-Diagnosis akhirnya berlangsung. Hehehe, part ni memang best. Mesti korang nak tau camne dia diagnosis kan? Camni... Ustadz Din keluarkan beberapa jenis botol kecik (macam batu marmar pon ada), sebesar botol minyak atar tuh. Ada macam2 color. Tak salah aku ada 20 lebih.

Dia suruh Naqie ni genggam botol pada tangan kanan.. dan jatuhkan tangan macam orang tengah berdiri tegak. Manakala sebelah tangan lagi diangkat depang, alaa, macam kita ukur jarak masa nak berbaris kat sekolah dulu. Tapi ke kiri, mendepang, bukan ke depan. Nampak tak camne? Kira bentuk T tapi belah kanan kepala T tuh jatuh ke sisi.

Lepas tu, Ustadz Din ni pun explain kat aku (sebab Naqie dah tau, dia dah selalu buat). Katanya, dia akan tanya Naqie ni dalam hati dia... tugas Naqie adalah untuk kekalkan posisi yang aku terangkan tadi. Satu tangannya hampir menyentuh dada Naqie, manakala satu lagi tangannya bersiap sedia di atas tangan yang didepangkan tadi, ibarat nak tolak ke bawah.

Cara diagnosis ni berfungsi camni. Ustadz Din akan beri satu soalan, tetapi dia tak sebut. Dia hanya berbisik dalam hati saja. Maknanya takde sape dengar. Kemudian, soalan tersebut akan bergetar ke arah tangan dia yang dekat ngan dada tu... sebagai tenaga kinetik (kot). Soalan tu akan berpindah masuk ke dalam minda separa sedar Naqie, dan otaknya akan respon. Dengan cara ni, tubuh badan yang jawab, dan tak akan ada penipuan dlm jawapan. Ini penting katanya, sebab selalunya, kalau doktor tanya pesakit, sebagai cth "Ada sakit kat perut tak?". Tapi pesakit tak pasti yang dia sebenarnya sakit kat perut, mungkin sebab dia terasa kat dada. Maka pesakit akan jawab "Tidak" walhal puncanya di perut. Kalau tanya terus pada tubuh badan, maka jawapan akan lebih accurate. Itu kata ustadz tu laa...

Seterusnya, bila otak dah respon, Ustadz Din akan menekan tangan yang depang tadi. Jawapan berdasarkan berjaya atau tidak dia tekan tangan tu. Sebab tu Ustadz tu suruh relakskan tangan, tapi dalam masa yang sama jangan lembut atau keraskan. Sekadar maintain ia berada kat posisi depang.

Aku tanya Ustadz tu.. "Senanglah kalu camni, doktor tak perlu laa nak teruk2 diagnosis". Ustadz tu kata, diagnosis camni kena prektis banyak, dan bukan senang, pasal dia sendiri kena relaks tanpa sebarang gangguan lain dalam otak dia. Maksudnya, masa dia diagnosis tu, dia takleh pikir pasal lepas ni nak makan apa, apa jadi kat anak bini dia dan sebagainya. Hanya fokus pada soalan.

Kemudian Ustadz tu kasi contoh.

"Katakanlah saya kasi soalan; 'awak dah mandi ke belum? Kalau sudah, tangan jatuh, kalau belum, tangan tetap'. Kemudian, kalau Naqie ni dah mandi, otak dia akan jawab dah. Bila saya tekan, tangan dia akan jatuh. Pasti jatuh. Soalan saya tu juga boleh bertukar jadi 'Kalau sudah tangan tetap, kalau belum tangan jatuh' (terbalik daripada soalan tadi). Kalau macam ni soalannya, dan dia dah mandi, pasti tangan dia tak akan jatuh."

Oooo begitu ker.. menarik2..

Lepas tu, untuk membuktikan yang dia dah bersedia, Ustadz Din kasi soalan testing2. Masing-masing diam.. kemudian Ustadz Din tolak tangan dia... ditekan-tekan, tapi tak jatuh. Nampak macam kuat jugak dia cuba turunkan tangan Naqie tuh.

Ustadz Din tersenyum. Pastu dia bersuara... "Tadi saya tanya dalam hati, awak dah makan ke belum. Jatuh kalau sudah, Tetap kalau belum. Saya tekan-tekan tak jatuh. Tak makan lagi ke Naqie?" tanyanya. Naqie pulak tersengih2.. "Belum lagi Ustadz, saya biasa makan lewat sikit. Hehehe."

Fuh.. dasat2.

Bila dah semua ok, maka sesi diagnosis tu pun bermula. Disuruhnya Naqie genggam botol kecik macam botol minyak atar tuh. Kejap2 tangan jatuh. Kejap2 tangan tetap. Tapi yang kagumnya, dia tekan tangan Naqie tu bersungguh2... part tak jatuh tu yang aku kagum sangat. Hahahaha. Lepas setiap botol digenggam, Ustadz tu catit sesuatu.

Bila dah setel baru aku tau.. botol tuh sebenarnya untuk fokuskan pada bahagian badan tertentu. Contohnya, botol yang color biru tu, utk bahagian kepala. Vibration akan difokus pada kepala. Soalan pun berkaitan dengan kepala. Sakit kepala ke, migrain ke, ada pendarahan ke... macam tu lah. Ada botol untuk hati, jantung, perut, pundi, kaki, saraf dan macam2.

Lepas setel diagnosis Naqie, Ustadz tu pun bagi result. Katanya penyakit sesak nafas Naqie nih dah pulih sikit, tapi banyakk lagi nak kena buat. Cuma memandangkan Naqie nak pergi U.K dah, maka dia pesan Naqie jaga sikit buah pinggang.. (yang mana pada tahun lepas, member aku Naqie nih buat operation buah pinggang, doktor kat U.K kata penyakitnya idiopathic, iaitu tatau punca camne buah pinggang boleh rosak). Nampaknya Ustadz Din ni awal-awal lagi dah tahu...

Berbalik pada citer, lepas setel Naqie, dia mencadangkan supaya aku pulak diagnosis. Ustadz Din pun tanya taknak cuba ke? Free jer... pastu nak gi merawat dalam ais tu terpulang pada aku, tiada paksaan. Aku mende free ni ok sajeeeeee.

Maka berlangsunglah diagnosis ke atas aku pulak. Aku cuba keraskan tangan, tapi kadang2 tu terase mcm lembik jer, senang je dijatuhkan Ustadz Din. Pelik sungguh!

Dah setel tuh.. Ustadz Din terang kat aku.. fuh.. ade lebih kurang 15 organ aku yang sakit2. Banyak jugak. Biasalah orang badan besar memang camni. Tapi katanya tak kronik, kalau aku usaha senaman dan jaga pemakanan, boleh normal semula. Tapi akhir skali...

Ada satu botol ni yang Ustadz tu pandang aku semacam. Dia mengeluh, pastu geleng-geleng kepala. Aku tanya laa apsal. Dia kata botol yang last ni diagnosis dia ada tiga je. Sama ada aku gila, atau ada sesuatu dalam badan aku, atau normal. Maksudnya, botol tuh untuk menentukan sama ada jiwa aku normal atau terganggu.

Aku pon gelak laa. "Saya tak gila laa ustadz" kata aku. Ustadz tu pon tersenyum. "Saya tau awak tak gila, tapi diagnosis ni catit awak tak normal. Maka jawapannya satu je, ada sesuatu dalam diri awak."

Aku cuak bila ustadz tu cakap camtu. Kemudian Ustadz tu tanya macam-macam kat aku... aku jawab laa sejujur yang mungkin. Antara soalannya, rumah awak suram tak, awak pernah ada sejarah dengan ilmu hitam tak, contoh macam kena santau, dan sebagainya. Rumah aku memang suram semasa kat Shah Alam. Sangat suram, sampai ada sorang kawan aku pernah cakap...

"Rumah ko ni, takde langsir, cahaya masuk terus, rumah sentiasa berkemas, tapi bila aku masuk mesti rasa suram, pastu nampak semak. Tapi bila aku tengok btol2, ruang tamu takde mende sangat..."

Dan perihal santau, aku tak pernah kena. Ayah aku pernah kena. Aku bagitaulah ustadz tu camtu. Akhirnya Ustadz tu kata... memang sah ada sesuatu dalam aku, mungkin jugak dalam family aku... iaitu.. JIN. Dia kata dia takleh tolong, walaupun melalui CVT tadi. Nasihatnya ialah pagar rumah tu sekali lagi. Pagar rumah di sini maksudnya baca yassin, dan letak garam beserta cili kering di setiap penjuru rumah, untuk memagar rumah daripada makhluk halus pengacau.

Aku pun cuak, tapi aku dapat bertenang lagi... Balik rumah, aku call ayah aku untuk menceritakan pasal hal ni. Ternyata jawapan daripada ayah aku amat mengejutkan.

Rupanya ayah aku dah tau. Rupanya ada orang cuba santau ayah aku, tapi tak berjaya pasal ayah aku ada pendinding yang kuat. Nak-nak lagi dia selalu amalkan bacaan ayat al-quran utk lindung diri daripada gangguan syaitan. Dan ada sekali tu, dia pagar rumah macam yang diajar oleh seorang alim nih. Tetapi agaknya plan ni backfire.. pasal mende tu dah masuk rumah, kemudian kena pagar, kemudian dia terperangkap takleh keluar. Jalan lain untuk keluar? Menetap dalam badan orang paling lemah semangatnya... iaitu aku.. (masa tu aku pening pasal macam2 hal... study pon terganggu).

Kemudian.. ayah aku cerita lagi. Tapi mende yang menetap tu bukannya menda yang ditujukan melalui santau. Rupanya menda yang disantau tu tak berjaya kena kat ayah aku, tapi kena kat aku dan keluarga. Cuma, ada satu lagi entiti yang me-nyah-kan santauan tersebut. Iaitu Saka... dan Saka itulah yang terperangkap!!!

Bila aku tanya mana datang Saka tu, ayah aku tatau nak explain. Dia sendiri tak pasti mana datang. Dia pun terkejut bila ada orang alim kata keluarga aku dibayangi Saka. Pelik sungguh. Tapi akhirnya jawapan tu aku tau juga tahun lepas... tidak selepas beberapa kawan aku diganggu. Hehehe.

Bersambung pada part lain pulak!

Wednesday, March 14, 2007

Jam 3.33 pagi... EEEEEEiiieeeeeeee!

Tahun 2005...

Body clock aku dah punah ranah. Orang lain tido malam, aku tido siang. Kalau pun aku berjaya tido waktu malam, pukul 12 malam lebih kurang mesti terjaga. Kalau dah terjaga maknanya susah aku nak tido balik. Dan kalau aku berjaya tido balik, mesti terjaga-jaga. Rosak rosak...

Hari tu, seperti biasa, rutin 'terjaga' tengah malam aku kembali. Pukul 12 malam aku terjaga, kemudian aku cuba tido balik. Mujurlah berjaya. Tapi malangnya pukul 2 pagi aku dah terjaga balik. Bilik panas... Aku pandang roommate aku kat katil sebelah. Cissss syoknyaaa Bebeh tido. Takleh jadi. Aku tarik balik selimut, pejam mata, tak dapat jugak. Aku kira kambing khayalan lompat pagar (macam dalam cite katun tuuu), dah dekat seratus ekor tapi tak dapat lelap jugak. Haih....

Apa laa aku nak buat pepagi buta macam nih. Lagi 2 hari nak puasa dah. Peliknya, hari tu semua tido awal. Yoda pun dah tido. Syuk pun dah tido. Pendek kata semua tido awal, termasuklah aku, kecuali aku boleh terjaga pulak! Ini yang tak syoknya... Selalu diorang tak tido lagi, boleh jadi geng borak sesi pagi hari, takpun main game sama-sama.

Nak tak nak terpaksalah aku bangun, pergi basuh muka, kemudian masuk bilik balik dan bukak monitor komputer. Hmmm. Apa yang menarik nak disurfing? Aku bukak macam-macam website, semua tak ada yang baru. Masih tak update lagi. Chattinglah kalau camni...

Aku bukak mIRC, tengok sape yang ada. Semua nick ada, tapi barangkali semua dah masuk tido. Aku taip 2-3 patah perkataan.. "Sapa belum tido lagi???" tapi takde orang menjawab pulak. Cis... keseoranganlah aku macam nih. Lama aku tenung monitor, nak tengok anime ke siri TV ke, takde mood pulak. Aku pasang headphone aku, dan mainkan mp3. Layan lagu sorang-sorang, peh jiwang rasa.

Eh? Tiba-tiba ada orang private message aku kat mIRC. Hehe, ada lagi orang tak tido rupanya. Ju tak tido lagi, hehehe, bolehlah chatting ngan dia kejap. Memula memang aku ingat nak chatting kejap je ngan Ju, tapi jadi lama pulak. Mungkin pasal 2-2 tak dapat tido. Kami chatting pasal macam-macam. Tak payah lah aku tulis kat sini.

Pukul 3.30 pagi, aku dah mula rasa mengantuk balik. Aku tulis kat Ju, mintak diri nak berundur nak cuba tido balik. Sebelum aku tido, Ju ada send satu mp3 ni, lagu klasik beethoven ke apa tah. Dia kata cuba dengar lagu tu, mana tau boleh buat aku rasa tenang, dan seterusnya boleh pergi tido. Mujarab sungguh, skang aku dah rasa mengantuk balik.

Aku mainkan semula lagu Beethoven tu tadi sebelum tido, saja-saja nak dengar. Tengah relaks layan lagu tiba-tiba aku dengar ada suara perempuan.

Hahhh... heii...

Berdengus-dengus bunyinya. Terkejut aku. Apasal lagu ni ada bunyi pelik. Tadi tak perasan la pulak. Aku fokus pada lagu tu, tapi masih lagi dengar bunyi perempuan mendengus. Cepat-cepat aku stopkan lagu. Hmm, takde dah.

Elok aku nak play balik, dengar lagi! Kalinih lebih terang dan jelas pasal tak ada lagu. Aku dah mula cuak. Aku tanggalkan sikit headphone aku, nak pastikan daripada mana datang bunyi tuh...

BELAKANG!

Ohhh siot sungguh. Aku mendengar bunyi tu betul-betul kat belakang aku. Dan kat belakang aku pulak sebenarnya katil aku. Pendek kata, bunyi tu datang daripada katil aku. Aku cuba bertenang... mungkin aku salah dengar ke apa ke. Tapi malangnya, daripada bunyi mendengus, sekarang bunyi macam orang mengerang sakit.

Ahhhh... arghhh... arghh.. hiss... hiss... arghhh....aaaaaahhh... hummmm..

Suara perempuan tu langsung tak menyetimkan aku!!! Sebab takde nilai-nilai kesedapan, tapi nilai-nilai keseraman je. Aku nak pandang belakang tak berani. Buatnya ada pontianak ke langsuir ke tengah sedap melepak atas katil aku sambil mengerang... kusss semangat! Tapi aku cuba berfikir secara positif.

Heh.. mungkin Bebeh mengigau kot. Melampau betul mengigau buat bunyi camtu!!!

Perlahan-lahan aku telengkan kepala menoleh ke arah katil bebeh di belah kiri belakang. Dengan cara ni, aku masih boleh nampak Bebeh tengah tido, dan mengelakkan daripada nampak katil sendiri. Hmm, normal. Bebeh tak mengigau. Dengkur pun tidak. Tenang je dia tido. Tapi...

Bunyi tu masih ada!!!

Hahhh... Heihh.. Arghhhh... arghhhhhhhh.... aaaahhh... hiss... hisss...

Aiseh.. makin kuat laa bunyi dia. Tadi aku cuma dengar bunyi camtu macam orang berbisik, serak-serak. Sekarang aku dapat dengar bunyi jelas suara perempuan! Memang sah suara tu suara perempuan!!! Aku mati akal. Nak bangun aku tak berani. Sekarang aku duduk tegak depan komputer, ketakutan!

Badan aku membatu, 4 deria aku buntu. Kecuali deria pendengaran saja. Rasa macam kena pukau! Aku duduk depan komputer macam tu selama 2 jam lebih. Badan aku dah mula lenguh pasal duduk tak bergerak walau seinci, tapi takut punya pasal, aku tak buat apa-apa.

Suara tu makin lama makin perlahan... walaupun masih kedengaran, tapi dah tak agresif macam tadi. Aku mula rasa lega. Tapi aku masih tak berani nak pandang belakang. Ada orang pernah cakap, kalau bunyi hantu tu kuat, maknanya dia jauh. Tapi kalau bunyi perlahan, maknanya dah dekat sangat. Oh shitto! Takkan dah dekat gila nih????

Makin lama makin perlahan, dan bulu roma aku meremang serata badan. Aku dapat rasakan macam menda tu bangun daripada katil aku dan merapati belakang aku. Aku memang dah cuak gila masa tu, pening kepala pun ada. Mungkin pasal darah jalan tak stabil.

Tiba-tiba, azan subuh berkumandang daripada surau hostel. LEGAAAAAA!!!! Aku mengambil peluang ni untuk merelakskan badan aku yang macam batu daripada tadi. Mau taknya, 2 jam lebih aku macam tu. Walau bagaimanapun, aku masih lagi tak berani nak pandang belakang...

Lebih kurang 5 minit lepas azan, aku dengar ada di antara housemate aku yang dah bangun menuju ke tandas. Bersiap sedia nak solat subuh. Aku mesti ambil peluang nih!!! Tak kanlah aku nak duduk camni sampai siang kot. Tak larat.

Perlahan-lahan, aku berpaling ke belakang. Suara tu sebenarnya dah hilang masa azan subuh tadi, membuatkan aku jadi lebih berani. Perlahan... perlahan....

Kosong. Takde apa. Yang aku nampak cumalah cahaya koridor rumah yang masuk menembusi ruang bawah pintu bilik aku. Kemudian aku nampak bayang-bayang housemate aku berjalan ke tandas. Lega yang teramat sangat! Aku rasa macam nak pitam sebabkan darah yang terhenti tadi jalan laju. Cepat-cepat aku bangun dan bukak lampu bilik.

Katil aku... cadarnya tertanggal sana sini. Aku bangun tadi tak tertanggal lagi. Yang peliknya sarung bantal aku semua tertanggal gak. Seperti ada orang yang duduk kat katil aku, dan sengaja buat camtu. Aku cepat-cepat gi amik wuduk, dan solat subuh.

Lepas tu aku tido kat lantai jer.. tak berani nak tido atas katil hari tu!!!

-------------------------

Ini merupakan pengalaman sebenar aku ketika menuntut di Universiti dulu. Walaupun aku ada cite kat housemate (tak semua), aku tak pernah sebut dah pasal nih kat sapa-sapa lagi... kerana ada kemungkinan menda ni ada kaitan dengan Saka.

Friday, March 09, 2007

Prasasti dah siap~~~









Yeah sori laa kawan-kawan sebulan tak update blog. Sebenar-benarnya aku bizi nak terbitkan ezine Prasasti isu satu nih. First time lah jadi editor... jadi banyak menda aku tatau nk buat dan terpaksa belajar satu-satu. Alhamdulillah, berjaya jugak dengan bantuan Jojo Kapasitor yg memberi sokongan padu secara teknikal, dan mental.

Prasati nih adalah satu majalah online yang aku n geng2 kat http://kapasitor.net strukturkan utk memperhebahkan kewujudan novel2 amatur kat website tuh. Tapi personal objektif aku, nak menggalakkan orang kita membaca. Korang leh download prasati ni sbb ianya percuma, kitorang tak charge aper2 pon. Klik kat iklan kat atas nih, atau pergi jer kat link di bawah.

http://kapasitor.net/ms/dloads/view.asp?id=16

Apepon, memandangkan isu satu dah kuar, dan aku pon dah tau camne nk buat utk next2 isu, jadi lepas ni aku takdelah super bizi lagi. Meaning, aku boleh update blog seperti sediakala. So stay tune, dan jgn luper download Prasasti #1 keluaran MAC!!!

Friday, February 02, 2007

Tolong aku sikit kengkawan.

Aku nak mintak tolong sikit. Aku tengah main game Dark Throne nih, dan memerlukan askar2 yang banyak. Huhuh. So ape yang aku perlukan ialah, korang klik link kat bawah nih, dan klik pada gambar perkataan mane2 sebanyak 2 kali. Nanti dapatlah aku askar2 hehehe.

Anyway, kalu korang berminat nak main, register jer lah lepas tu. Percuma jer pon. Aku tak kisah korang register ker tak, yang penting nk mintak tolong korang klik aje. Hihihi.

Klik sini, page Dark Throne aku.

Tuesday, January 30, 2007

Antara Aku dan Manis...

Hai semua ape kabare anda? Lama btol aku tak update blog yer. Sungguh lama. Entah kenape laaa terase malas bebenor. Nak kata bizi tu, takdelah bizi sangat sampai tak update. Tapi aku ni suka menulis bila ada mood jer. Macam sekarang, ada lah mood.. sikit. Hehehe.

Jadi.. apa kaitannya dengan aku dan manis? Jangan salah anggap, aku bukan nak kata aku ni seorang yang manis apatah lagi hitam manis sekalipun (nak kata diri sendiri tak hitam lah ni hehe). Tapi aku nak citer aku ni ada masalah sikit dengan menda-menda manis. Aiseh...

Kepada yang dah kenal aku, mesti tau aku jarang sangat makan menda manis macam kek, cokelat, ataupun minum air manis selalu. Aku banyak makan makanan ruji kita jer, iaitu NASI. Air pulak lagi sedap kalau air kosong jer.

Baru-baru ni aku pergi buat medical check-up, yang free, tajaan Gleaneagles Intan Healthcare. Sebenarnye diorang nak promote program kesihatan diorang, caranya ialah kasi medical check-up free. Program tu agak murah lah jugak, memang bagus, cuma aku takde budget nak join. Huhuhu. Kalu korang berminat nak join, nanti tanyalah pada aku.

Daripada result medical check-up aku, glucose (sugar level) aku sangat tinggi. 14.9!!! Menghampiri 15. Agak kronik jugak tuh. Bak kata Jo kapasitor, kalu dah tahap tu patutnye kena masuk wad. Hahahaha. Tapi mungkin pasal aku sarapan dengan nasi lemak kot. Lepas check, ada sesi perbincangan sikit, dan aku dinasihatkan kurangkan makan nasi biasa. Elok makan Nasi perang (guna beras padi huma tuh). Macam-macam laa diorang nasihatkan aku, dan aku pulak semakin cuak. Kalau dibiarkan nanti aku akan dapat Kencing Manis pada usia semuda 25 tahun! Aaaaaaaaaaa tak mahu~~~


Nak kata aku minum air manis, tak sangat. Sukan pun selalu. Tapi aku yakin nasiklah keparat sebenarnya. Malaysia ni negara paling banyak ada pesakit diabetis dalam Asia, seramai 25%! Semuanya disebabkan makanan ruji kita adalah Nasik. Tapi kalu tak makan nasik nanti, susah pulak. Nak-nak lagi kita ni orang melayu, nasik tu takleh dipisahkan dah.

Kepada korang semua, aku nasihatkan rajin-rajinlah pergi buat medical check-up. Korang takkan tahu apa sakit yang korang ada. Tengok macam aku, umur 25 dah tinggi dah sugar level. Sekarang hari-hari aku cuba makan menda pahit. Teh itu inilah. Peria Kataklah. Air yang dah difilter khas lah. Huih macam-macam. Nak sihat punya pasal.

Haih.. manis sungguh darah aku nih...

Monday, January 08, 2007

Suka Duka 2006

Salam semua. Selamat tahun baru aku ucapkan, semoga 2007 ini membawa makna yang mendalam untuk korang.

Sorrylah pasal lame tak update blog, macam ler ade orang bace je lagi kat sini. Aku takdelah bizi sangat, tapi aku terase malas semalas-malasnya nak update. Nak2 lagi citer Nana 2 nih. Walaupon dah mendapat keizinan utk menulis, tapi aku terase macam tak proper kalu tulis gak. So dengan ini, dengan sepuluh jari aku susun, aku mintak maaf. Aku tak dapat meneruskan citer Nana 2... sori.

Apepon, aku akan terus update blog ni drpd segi yang lain. Macam mana tu, aku tak sure lagi, nanti ade idea aku tulislah something. Korang boleh melawat link2 blog member yang aku sediakan kat sbelah nih, diorang rajin update woooo. Huhuhuhuh.

2006, satu tahun yg penuh suka duka untuk aku. Tapi kebanyakkannya duka. Mungkin yang paling aku sedih skali bila tahun 2006 menjadi saksi terputusnya aku dengan beberapa orang yang aku panggil kawan. Putus kawan ni satu perkara yang menyakitkan, hendak lagi bila kita dah kenal lama. Kadang-kadang atas sebab yang entah hape2 jer...

Aku sendiri tatau kenapa 2006 ni byk kes putus kawan nih. Tapi setiap hari aku berharap aku dapat kawan balik dengan member2 yang memutuskan status kawan dengan aku tuh. Ada orang nasihat, buat aper lah tunggu lagi. Orang taknak kawan, sudahlah. Tapi aku rasa ralat benar sebab aku bukan jenis orang yang putus kawan secara tiba-tiba nih. Kalu ade pon dalam hayat aku tentang putus kawan, sebabnya memang btol2 kukuh dan logik dan takleh diselamatkan lagi. Tapi amat jarang berlaku selama 25 tahun aku hidup.

Mungkin ada antara kes putus kawan aku nih, salah aku sendiri. Tapi kalau tak bagitau, memanglah aku takkan tahu sampai bila-bila. Satu sebab kenapa aku berjaya maintain berkawan dengan ramai orang adalah, terus terang. Bila tak puas hati, member2 akan bagitau. Bila aku tak puas hati, aku akan bagitau. Tapi secara baik lah, takdelah maki kutuk ape.

Haih.. kepada member2 yang dah bukan member aku (sebab korang putuskan), kalu boleh, kite kawanlah balik. Aku bersedia 24 jam untuk mendengar apa yang tak puas hatinya, dan mungkin bleh buat satu solution kasi setel masalah...

Kalu takmoh gak.. nk buat camne kan. Anda tak rugi, cuma aku jer yang rugi pasal hilang kawan... dan aku akan menyesalinya sepanjang hayat.