Monday, March 20, 2006

Romantika Minyak Petronas: Snubby's Angels

Ehem2.

Selamat sejahtera kepada semua pembaca blog. Nama aku Snubby. Itu cuma nama virtual aku jer. Kat luar org panggil aku Lan. Kenape org panggil aku Lan?? Sebab tu name sebenar aku laa. Adeh.

Kalinih aku nak bercerita pasal konspirasi kerajaan menyembunyikan hal sebenar tentang kemasukan makhluk asing di Negara kita! Korang mungkin akan terkejut—

CUT!!! CUT!! CUTTTT!!!!

“Ape ko buat haaaaa?” jerit Direktor Ahmad Nifsu.
“Erk..berlakon..?” jwb aku.
“Buduh! Buduh! Apa ko igt kite shooting berita? Shooting dokumentari!!??” marah benor die nih.
“Erk..bukan ke Tuan Direktor?”
“Astaga apa punya baghal daa.. Buduh! Setan!! Baca papan kenyataan tu elok2!” jerit Direktor Ahmad Nisfu lagi sambil menudingkan jarinya ke arah papan itu.

Filem: Romantika Minyak Petronas
Di bawah Arahan: Ahmad Nisfu.
Sutradara: Snubby the Don.
Lakonlayar & Cerita Asal: Snubby the Don.
Tagline: Hari-hari isi minyak.. Hari-hari boleh jumpak!


“Oh..citer awek petronas ke Tuan Director..” balas aku perlahan.
“Habis tuh ko igt apa Setannnn! Cepat siap2. Aku tak mau buang masa.”
“Laku ke citer ni Tuan Director..” tanye aku lagi. Hehe.. degil.
“Sekali aku lesinggggg..” tangan Direktor Ahmad Nisfu dah terangkat dah!!
“Ok2. Sori2. Hehehehe.” Dengan pantas aku berlari capai skrip bertajuk ‘Romantika Minyak Petronas’.

READY… CAMERA…. ACTION!!!

“Erk.. saye mintak maaf..” balas Diela, awek Petronas tu.
“Aaa..aaa, kenape..erk..mintak maaf?” terketar2 aku bersuara sambil memandang 3 dara pingitan kat luar kedai Mesra, Yong, Dila & Rozie. Diorang nampak aku pandang diorang, lalu membalas senyuman2 berbau usikan.
“Saye sebenarnye..dah kahwin.” Kata Diela sambil mengalihkan pandangannya ke luar.
“Erk!! YE KER!?? Erk..erk…” aku dah jadi super gementar.
“Betul.. tapi kalau setakat nak kawan boleh lah.” Ujarnya lagi.

Tapi aku macam dah tak paham bait2 ayat seterusnya. Dunia aku rasekan berputar2. Aku memandang ke luar, meminta Yong, Dila & Rozie lakukan sesuatu. Apa-apa saja! Memang aku terase nak pengsan dah nih.

Sekonyong-konyong badanku terase melayang. Aku nampak pandanganku menjadi sangatlah kabur. Daripada jauh, kelihatan 3 dara pingitan tu berlari2 ke arah aku memasuki kedai Mesra Petronas.

Tolonglah sambut aku wahai Yong, Dila & Rozie.. Tolonglah.

BEDEBUKK!!

ADEHLAH! Sakit belakang aku. Mimpi ngeri.. mimpi ngeri. Sampai aku terjatuh drpd tempat tido. Ini petanda malang!!

Aku capai jam tangan aku yg diletakkan atas meja bersebelahan tilam aku. Pukul 1 tengah hari. Waduh… matahari dah meninggi. Tapi aku tido lewat malam sebelumnya. Kalau nak dikira-kira, baru 4 jam aku tido. Tak cukup lagi nih.

Eh? Aku mcm terlupa sesuatu. Ape yer? Emm.. aku tak pernah ada organizer mcm member2 yg lain. Kalau ade meeting ker gathering ker temujanji ker, slalunya aku lekatkan pada otak terus. Tapi kadang-kadang terlepas jugak.

Ah baru teringat. Harinih hari 3 org dara tuh datang ‘melawat’ aku. Konon-konon nak membantu. Adehlah. Yang sebenarnye aku cuak bile idea begitu disarankan pada aku beberapa hari sebelom.. Aku terase mcm tikus putih makmal, menjadi bahan eksperimen. Tapi sebanyak mana aku tak mahu, sebanyak itu jugaklah sebahagian diriku kate “Biar sajaaa~~”.

Teringat aku kate2 Yong haritu…

“Sabtu ni aku datang, tak kira ko suke atau tidak. Yg penting, aku nak tolong ko. So ko ready jer lah.”

Huhu, nak tolong, tapi tak bgtau aku ape2. Aku diletakkan di dalam gelap. Itu yg buat aku cuak gile!

Dan aku ni pulak, bile cuak, suka tido. Utk menstabilkan pengaliran darah. Utk merendahkan suhu dalam badan. Byk jugak kelebihan tido nih. Sekurang2nye itu adalah pendapat aku. Bagi org lain, mungkin perbuatan tido bila cuak/malu/nervous hanyalah tak lain tak bukan cuma melarikan diri saje. Tapi aku pedulik hape. Jadi aku pon tarik baliklah selimut aku. Tido sekejaplah. Lagipon diorang tak sampai lagi. Nanti nak sampai konfom akan call punye.

Pukul 4 petang…

Tak henti-henti lagu Dewa – Risalah Hati dlm henfon aku. Aku terjaga drpd tido. Sape pulak call. Aku capai henfon aku, emm.. terpapar nama Yong kat situ. Dah sampai ke dia ni???

“Hello…” jwb aku lemah. Kate baru bgn tido.
“Hello! Lan! Bangun2.” Isk, semangat sungguh minah nih.
“Aa, dah bangun dah…” aku tipu. Tapi konfom kantoi suara baru bangun tido.
“Kitorang sampai dalam masa sejam lagi. Aku nak gi amik Dila pulak. Ko bangun lah ready ape2.” Terang Yong.

Aisehman. Aku cuak! Nak je aku cakap kat Yong, rancangan ni satu idea yg tak elok. Utk aku. Sbb aku masih teringat pada petanda mimpi tadi. Tapi orang kata mimpi itu mainan tido. Heh, aku dpt mainan tido yg tak best…

“Erk..Yong.” aku cuba berbicara.
“Aa..ko siap2lah. Aku takde byk kredit ni. Ok bye!” terus saje Yong letak.

Skang, aku dalam posisi cemas, tak boleh berpatah balik dah. Budak 3 org tuh mmg nekad. Aku pon sampai tak berdaya nak menolak. Daripada keadaan mengantuk, sekarang mata aku segar bugar. Otak aku ligat memikirkan apa patut aku buat. Tapi hampa. Tarak idea. Ceh…

Dengan malas aku bangun pergi bilik air.. masa utk mandi. Mungkin lepas mandi aku akan dpt idea. Biler badan dah mula sejuk sikit, aku pon dah tenang, bolehlah pikir jalan nak melepaskan diri.

Erk..takkan aper aku buat dlm bilik air pon nak kene citer kot!? Hampeh aa korang.

Lepas mandi, aku masih kebuntuan. Emm, kenape aku blank sgt ni. Selalu mcm2 je idea aku. Mungkin..mungkin sbb aku lapar kot. Ok..mase utk makan.

Tapi lepas makan pon masih takde idea. Masalah besar nih. Kalau aku tak jumper ape2 penyelesaian seblom diorang sampai, nahas laa aku. Lalu aku pon melayan beberapa anime utk menenangkan diri.

Sedar tak sedar..

Sekali lagi henfon aku berbunyi. Nama Dila terpampang di skrin henfon. Heh, Yong dah habis kredit le tu.

“Hello..” jwb aku lemah.
“Hey Lan. Kitorang dah sampai depan rumah ko.” Kedengaran suara Dila. “Tapi kitorang tatau rumah ko yang mana satu.” Sambung Dila lagi.
“Korang tak nampak kereta aku kat luar?”
“Aa..nampak. Kitorang tunggu kat kereta ko lah ye.” Kata Dila.
“Ok..nnt aku turun. Tunggu ye.”

Cepat2 aku salin baju yg elok sikit. Tanaklah turun dengan pakaian selekeh depan bebudak perempuan tuh. Nervous tu nervous gak, cuak pon cuak. Tapi imej kene jage beb.

Turun2 jer, aku ke luar rumah. Nampak dah 3 org dara pingitan tercongok belakang kereta aku.

“Erk..Halo halo, rumah aku di sini..” tegur aku.

Serentak ketiga2nya memandang aku. Waaa, diorang ni mmg excited tak igt. Sorang pakai baju oren, sorang pakai baju pink, dan sorang lagi pakai baju maroon.

Dengan gaya perlahan, Yong memancarkan sinar daripada braces giginya, Dila pulak membetulkan spek mata ala-ala seorang elit, dan Rozie tampil dengan gaya tudung yg cukup bergaya!

Mmg diorang nih.. Snubby’s Angels.

Dan aku pulak, makin cuak…

24 comments:

Anonymous said...

astaga naga bangkit... cerita tergantung lagi! habiskan semua dlm satu installment please lol

marisa said...

ntahnye!!!!! sampai situ je??????marah ni! marah!!!! tabley wat dlm satu posting terus ke???haiya!!!

Anonymous said...

panjang sgt nak bace ... satgi2 la .. ko nih .. panjang2 x warm-up laa .. hish .. seb baik dr komen nih dapat tahu cite ko tergantung lagi .. demm

Anonymous said...

celake tul.....
citer ni bleh download kt torrent ke?
malas aku nk tunggu....

Unknown said...

oitt...habeskan citerrr laaa!!! terganggu mood first aku keje.

Anonymous said...

...

(tak terkata....)

~dengar lagu mas idayu~ =P

Snubby, Don of Anime said...

sesungguhnya..kalu aku tulis terus satu post..

KORANG TAK AKAN LARAT BACA!

Percayalah!

Lagipon, take it easy la kengkawan. Kalu citer habis sekaligus..nnt korang dah takde aper nak bace lagi.

Snubby, Don of Anime said...

shaheeran: penat mengarang..terpakse aku pecah2kan post.

zetty: takleh sumer dlm satu post. post ni saje dah mengambil mase 4 jam. Campur editing.

tokey rhino (oops): kalu aku bagitau terus, di manakah keseronokannya?

yap: torrent masih tak ada lagi. Nnt dah kuar ade laa HDTV.XVID-LoL. Hahahahah.

mel: aiseh! jgn sbb blog aku kerja ko terganggu...tak seronok laa mcm ni...

naqie: erk, mas idayu?????

rearrange: aku tambah2 tuh utk menyedapkan lagi cerita. Kalu tak.. mmg dull tahap maksima. Percayalah.

Dils said...

tulis tulis, aku pon tak saba nk taw ape kesudahannye

::blur::

Hani said...

neh nk kne anta kak jah pulak neh
bia stret fowed
takyah liku2 dah

sapekah diela yg betuah~~~

Anonymous said...

hahahahaha.. adeh.. merah2 muka aku thn gelak. weh, jln citer ade yg menyerong la.. mula2 kan aku call ko kul 3 yg ko tdo lg. aku tanye plan camne, jd tak.. aku gerak pas asar. peh tu kul 5 baru aku call lg bitau nak amik dila lak.

lg satu tak thn: snubby's angels?? LOL

Dils said...

Hahaha, tuh la pasal. Aku gelak aje baca,

betulkan spek mata gaya2 elit?

Mcm cikgu skolah laks

Snubby, Don of Anime said...

jgn ler beritahu exactly aper yg terjadi...adeh. nnt kurang seronok ler.

Anonymous said...

wahahaha. mmg power lan. aku rase lps nih ko patut tulih novel la

-iceroll-

Snubby, Don of Anime said...

makasih bro iceroll. makasih. aku agak kebizian skang, sbb tuh ler lambat update. sori yer sumer.

Anonymous said...

xpe la wat cam drama bersiri....ada pelakon tambahan skg....a.ahahahaha

Johari Rahmad said...

cepat update! jgn berlengah lagi!

Sayuti said...

siot. suka buat citer tergantung cemgini. cepat aa sket Lan! yong, kasik aa spoiler lagi.

Kemon Lan, kalu sempat kenduri sekali ngan aku Sabtu ni.

IKLAN: kepada kawan2 Lan yang juga majoritinya kawan2 saya, silalah jemput ke majlis kenduri tertangguh saya pada hari Sabtu, 25/3/2006. Kad jemputan virtual bleh di dapati di sini atau leh singgah kat blog saya.

Mekasih.

nota: iklan di atas tidak berbayar.

p/s: ko wat aper dalam bilik air tu Lan?

Snubby, Don of Anime said...

washing: tau takper.

jojo: ko update aku budak setan, aku update citer awek petronas. hahahaha.

sayut: hehe, insya allah aku datang kenduri ko sayut. btw, citer bilik air, top secret, confidential level 99.

Sayuti said...

datang Lan. lauk udang. ayam takde, sbb ader bird flu. btw, next week nak tido umah ko bleh. ader course kat permata 2 hari. non-residential.

Obefiend Weiland said...

udang?? udang ape ni sayuti.. ya allah.. kamu pun layan UDANG!! hahaa

by the way....... tak dapat datang lakot saya. al maklumlah ada penyakit resdung. makan udang kalu... sakit hidung kaluuuu

Anonymous said...

What a great site »

Anonymous said...

favorities yzrfr

[url=http://hig-cha-measurin.blogspot.com]high chair measuring[/url]
[url=http://laleargyl.blogspot.com]lava lee argyle[/url]
[url=http://advancepottinformati.blogspot.com]advanced potter information[/url]
[url=http://diamon-pho-car.blogspot.com]diamond phone card[/url]

mostly viewed twanr

Anonymous said...

mostly voted jfbaw

[url=http://flaphobons.blogspot.com]flash phone bonsai[/url]
[url=http://ga-ho-voti.blogspot.com]gas home votive[/url]
[url=http://flashmemorys.blogspot.com/2009/10/read-flash-memory-not-working-properly.html]read flash memory[/url]
[url=http://till-ri-m.blogspot.com]tilley ring mac[/url]
[url=http://parabolpanefu.blogspot.com]parabolic panel fuel[/url]

recent lamar