Wednesday, March 08, 2006

Dan Namanya

Orang kata, mereka yang lahir pada bulan 10 (Oktober) sensitif orgnya. Seperti kala jengking yang mewakili bulan itu. Sengit dan Berbisa. Jika diibaratkan pada manusia, sensitif ini bermaksud mereka mempunyai deria ke-enam, mampu merasakan sesuatu akan berlaku.

Aku jugak begitu. Beberapa kali aku berjaya merasakan sesuatu yang bakal berlaku pada diriku. Musibah, Peluang, Kebahagiaan. Macam2 perkaralah. Ia berjaya meletakkan aku dalam keadaan berjaga-jaga sepanjang masa. Takdelah aku tak bersedia bila tiba masanya nanti. Mungkin bagi sesetengah orang, ia hanyalah superstitious. Karut semata-mata. Aku pon bukanlah percaya sangat. Tapi alang-alang dah ada skil tu, guna sajalah. Utk kepentingan diri sendiri jugak. Tak menyusahkan orang lain langsung.

Cumanya, hari itu, deria ke-enam mahalku, menjadi lemau.

3 kali aku melawat stesen minyak Petronas. Hari yang sama. Sebelah pagi. Sebelah tengah hari. Dan sebelah petang. Aku merasakan aku dapat berjumpa dengan awek Petronas. Sungguh2 aku merasakannya. Tapi tak. Jangankan batang hidung, kelibat pon tak ternampak. Dah berhentikah dia???

Selepas menghantar adik aku ke sekolah, aku pulang utk bersiap2. Pergi jogging beb!!! Ini semua cadangan si Naqie lah nih.

*Semalam di Yahoo Messenger*
Naqie: Jogging pepagi, nnt sampai beli air sebotol. RM1 jer.
Aku: Menarik gak cadangan tuh. Hehehe.
Naqie: Boleh kasi first impression, "Abang Lan kuat bersukan~~" Hahahaha.
Aku: Best2. Nanti boleh buat.
Naqie: Jimat pun jimat. Takdelah kene bayar RM10 tiap2 hari.
Aku: OK!!! Esok akan kubuat!!!

Sesampai saja, singgahlah sebentar. Konon2 nak beli air mineral. Penat berjogging di pagi hari. Sengaja aku pilih pukul 9 pagi ke atas. Kereta kurang, ramai org dah masuk ofis. Maknanya banyak le peluang nanti. Tapi dia tak ada. Yang ade cuma awek kurang lawa tetapi masih comel menjaga kaunter. Maaf, aku tak berminat pada dirimu wahai awek kaunter sebelah pagi. Lepas membayar harga air mineral, cepat2 saja aku beredar. Buang masa... takper, sekurang2nya aku dah bersukan. Buang masa tapi buang lemak. Oklah tuh.

Pukul 2, tugasan ku beralih kepada mengambil adik di sekolah pula. Minyak kereta dah tak ada. Menyala-nyala lampu 'minyak nak habis dah oiii'. Aku katekan pada adikku, pergi isi minyak kejap. Pergi-pergi, awek kaunter pagi dah pulang, tetapi awek lain pulak yg amik alih. Masih bukan Awek Petronas yang ku cari-cari! Sialan. Maki hati aku. Oh tuhan, tolonglah hambamu ini~~. Heh, bile susah baru nak mintak tolong dengan tuhan..aduh, insaf sekejap.

Pulang dengan kecewa selepas mengisi minyak RM 10 yang sikit jer dapat. Tak berbaloi...

Mungkin dia kerja belah petang kot. OK. Petang ni pergi sekali lagi. Tapi minyak dah isi. Rokok ada lagi. Apa alasan nak buat... alasan utk diri sendiri je.

Dalam pukul 6 gitu, tiba-tiba adik ku yang paling kecik, berumur 4 tahun masuk bilikku. Ntah aper yg dia carik pon aku tak pasti. Tapi nampak gaya macam baru bangun tido. Masa tu aku tengah layan anime.

"Carik ape Nafal?"

Digosok2nya mata, terkebil2. Mamai lagi rupanya.

"Meh sini, duduk kat Abang. Tgk citer kartun." Hahaha, dah besar pon layan kartun. Aparaa.. Patuh jer adikku yang kecik tu. Nasib baik dia tak menangis. Kebiasaannya, bila bangun tido mesti nak nangis. Harinih tak pulak.

Kong..kongg.. Woh??! Batuk?

"Aik, demam ker?" tanye ku. "A ah" jwb Nafal dengan pelat budak keciknya. Sambil angguk2. Pandai sungguh mintak simpati. Tak padan dengan kecik. Padanler die tak nangis, kalu nangis, lagi teruk batuk. Lagi teruk batuk, lagi seksa. Agaknya umur dia ni dah pandai menilai situasi. Belajar daripada pengalaman.

"Heh..sian. Takleh makan eskrem. Baru igt nak belanje" aku cube mengusik. Tatau ler dia paham ke tak. Tapi yang pasti, keyword Takbleh, Makan dan Eskrem, mesti dia tau.

"Takleh kan skrem, fal tuk (takleh makan eskrem, Nafal batuk)." Wah wah! Gile bagus ini budak.

Tetibe aku dapat satu idea.

"Coklat nak? Twisties nak? Bukan eskrem." aku cuba memancing. Terus bersinar2 mata adikku itu. Nak ler tuh.

Cepat2 aku gapai kunci kereta, sambil memimpin Nafal. "Jom, kite gi beli, hehehehe."

Destinasi: Stesen Minyak Petronas!
Umpan: Nafal, 4 tahun, adikku plg kecik.
Pelaburan: Hanya RM2 utk sebungkus Twisties.

Bila sampai je di Petronas, aku parking kete aku di tempat yang disediakan. Padahal 7-Eleven lagi dekat. Hehehehe. Keji tak aku? Dalam kepala aku dah mcm2 skrip kuar. Otak aku nih ibarat Expert System, kalau ini tak jadi, ape patut aku buat. Kalau itu terjadi, apa pulak aku patut respon.

Masuk2 jer...HAMPA!!!! Mana ko menyuruk awek petronas???? Ko tak datang kerja ker?? Ko dah berhenti ker?? Kalau berhenti kenapa tak bagitau aku??? Kenapa tak tampal notis besar2 tulis Maaf, saya dah berhenti kerja, jangan cari saya lagi. Luper lak, die tak kenal aku pon. Perasan lebih lak aku...isk.

Lepas membayar Twisties adik aku, walaupon hati sedih, aku melayan adikku seperti biasa. Misi Gagal. Baru igt nak menggunakan adik aku utk menawan hati dia. Antara yang aku dah prepare:

Amik Twisties, letak atas Kaunter, Kuarkan RM5, Dukung Nafal, pastu ckp gini.. "Nafal amik duit nih..bagi kat Akak-- Erk, aper name saudari?" Hehehe. Pastu konfom die bagitau name dan tersenyum2.

Ataupon camni..

Biar Nafal amik sumer mende dia nak, Byk pon takper, Pastu stiap kali dia amik, aku soh Nafal letak sendiri atas kaunter (walaupon berjungkit..naya adik sikit, hehehe). Sementara tu aku buat2 tgk barang yg konon2 aku nak beli. Bile nampak mcm byk jer, cepat2 aku ke kaunter. "Byknyeee~ Mane Abang bwk duit! Amik satu je dah le ok? (buat gaye mesra)". Pastu bile dah letak balik semua yang tak perlu (kecuali satu), aku pon akan teruskan ayat..

"Heh, budak2. Mmg camni. Maaf yer. Saudari ade adik kecik?". Mesti dia akan jawab ada atau tak. Respon seterusnya bergantung pada jawapan. Kendian..

"By the way, nama saya Lan. Saudari?"

Hik hik. Geli ketiak aku memikir. Tapi nak kenal punya pasal, kena laa buang malu tuh.

Ah. Tinggal angan-angan je.... Aku kecewa, Nafal gembira. Dapat twisties free lah ko arinih yer...ces.

Sumpah aku tanak pergi buat kali ke-empat dah. Harinih hari tak bertuah. Aku punya deria ke-enam kata, pergi lagi sekali pon tak jumper gak.

Malam tuh, adikku yang lain mintak hantar pergi tuisyen. Kebetulan lalu dekat Petronas. Dan kebetulan juga, Mak tiri ku, yang aku panggil Kak Jah, mintak hantar sebakul baju kerja ayah di kedai dobi utk bergosok.

"Apsal tak gosok sendiri?"
"Pasal Ayah soh hantar kedai. Lagipon byk sgt tuh. Takut tak sempat kalau buat. Baik hantar dobi."
"Pelik...tak pernah2 hantar dobi. Oklah. Kak Jah ikut?"
"Emm...Jom2. Sementara budak kecik 2 org tuh tido. Kalu tak mesti nak ikut."

Aku paham perasaan Kak Jah yang kebosanan duduk di rumah saja. Sekali-sekala bwk die kuar jalan2 hatta ke kedai dobi. Bagi lega sikit drpd tekanan membuat kerja2 surirumah.

Dobi terletak di arah berlawanan dengan tempat adik aku tuisyen.

Lepas menghantar je, seperti yang aku katekan tadi, akan lalu Petronas. Cube jugaklah aku panjang2kan leher, manelah tahu si awek kerja malam pulakkan. Walaupon sebenarnye aku tak mengharap sangat.

Dan tetibe aku nampak kelibat dia. Daripada jauh, mmg aku cam sangatlah! Itu dia!!! Kerja Malam pulak ker??? Kene berhenti nih.

"Kejap yer Kak Jah. Pergi Petronas kejap." ujar aku.

Lalu kami berdua masuk ke kedai Mesra Petronas. Seperti yang dijangkakan, mmg btol Awek Petronas itu. Wooo hooo, hepi hepi, lucky lucky. Sronot, sronot! Kak Jah cuba mengUshar barang2 yg boleh dibeli. Peduliklah dia. Depan mate aku nih lagi best.

Ehem2...

"Emm, kasi saya Pall Mall Lite 20 satu ye." gugup jer aku bersuara. NERVOUS BEB!! Kalu bercakap dengan org yang ko suke, mesti gini punye.

"Aik? Kan kite nak pergi dobi. Apsal tak beli kat kedai runci jer nanti?" tiba-tiba Kak Jah menyampuk daripada belakang. Aiseh................................

"Erk. Aa..takperlah. Nak beli kat sini. Alang2 dah lalu." Aku cuba mengkaver. Haaaaa kantoi big time.

"Ooooooooo, nak jumpe awek petronas rupenye..." kate Kak Jah separa berbisik. Tapi separa berbisik dia tuh masih boleh didengari. Waduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Tidakkk, jangan rosakkan rancangan sayaaaaa.

"Eh?" minah tuh terkejut. Mungkin dia dapat tangkap agaknya.

Aku mmg dah merah muka. Walaupon aku tak putih, tapi boleh nampaklah mukaku kemerahan keblushingan kemaluan.

Cepat2 minah tuh amik duit RM10 daripada aku, dan nak masukkan dlm cash register. Tah camne, die tersepak botol air kat atas lantai dlm kawasan kaunter. Hampir2 nak terjatuh laa jugak!! Terdengar sikunya berlaga dengan tepi kaunter. Adeh... bagi dia. Bagi aku pulak..

Chance!!!! KCHING KCHING mata ku bersinar.

"Oops oops, bwk bertenang. Awak ok ke?" aku tetibe bercakap. Anggaplah mcm latah. Kalau keadaan yg tetibe jadi tak tentu, mmg aku dah luper aku sebenarnye tgh nervous.

"Hahahaha. Sampai terlanggar. Ni anak saya ni nak kenal ngan awak. Ape name awak?" tanye Kak Jah secara tiba-tiba. WOIHHH!!!! WADUHH!!! AHHH!! TIDAKK!!!! MALU!!!! OHHH!!!!!!!

Sambil menggosok2 sikunya yang sakit, minah tuh tersenyum.

"Diela." Camne aku tau ejaan name dia? Sbb pada masa yang sama aku bace nametag dia. Camtulah ejaannye.

"Sori2. Aa..aaa, makasih yer. Jom2 Kak Jah. Hish." Cepat2 aku mencapai duit baki yang diletak oleh minah tuh. Sian dia siku cakit...

Aku tersenyum kambing sambil mengheret Kak Jah keluar. Aku nampak minah tuh pon blushing2, pastu daripada luar, nampak kawan sekerjanya mcm tgh usik2 dia. Adehlah..

Dlm kereta aku berleter kat Kak Jah atas tindakan drastiknya. Malu beb. Mana nak letak muka nih. Kak Jah gelak2 jer. Bile setel hal dobi tuh, cepat2 aku masuk bilik... kasi kurang berdebar. Damn lah. Lucu pon ade.

Baru aku sedar aku tak beritahu nama aku. Aku dapat nama dia je. Dan aku pon mule merangka episod seterusnye...

Emm.. Diela ek name. Comey...hik hik.

Oh~~ Diela... klasiklah namemu.

---------------------

Cool Facts!
1. Kerana perempuan, deria ke-enam lelaki boleh menjadi sangat tak berguna. Cth seperti kisah di atas..
2. Setiap kali citer Awek Petronas ditulis, respon para pembaca naik sebanyak 50% di dalam blog ini. Hehehe.

64 comments:

Anonymous said...

dah kata dah... dia mesti ada someone yg buat langkah drastik baru jadi.... wah... kalau watashiwa ada situ pun boleh akan ku lakukan seperti tu jugak.... haa.. pasni camna nak jumpa nih... heh heh...

Anonymous said...

Hahaha. Unik betul criter ko ni snub.

Kalau korang nak tahu, stiap kali snubby ada kisah percintaan, mesti byk plot twist, lain daripada yg lain, pelik, mcm drama melayuss.

Sapa stuju angkat tangan!

Sayuti said...

satu permulaan dalam chapter percintaan Lan. Mari kita perhatikan perkembangannya.

seronok2.

good luck Lan!

Anonymous said...

alkisah aku pun ada citer pasal gewe2 ni jugak tp kat sini citer pasal si-tuan- punya blog lah lagi sensasi dari story aku...

*perhatian! semua perbualan dibawah sudah diubahsuai untuk bacaan umum*

Naqie: eh
Naqie: kalau2 lah
Naqie: awek petronas tu pun ada blog
Naqie: pastu dok baca blog ad
AD: hahahahahahahahahhahahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahahahahahahahahaha
Naqie: mcm mana perasaan?
Naqie: hepi ler
Naqie: ha...
AD: aper lagi
Naqie: ookey
Naqie: apa maksud
Naqie: kerana perempuan
Naqie: deria keenam lelaki jadik sgt tak berguna
AD: hahaha
AD: pandai2 ler tafsir
Naqie: hmmm
Naqie: bukan lagik berguna ker?
Naqie: bagi naqie ler
AD: nah
AD: tak berguna
AD: yg berguna...ur luck jer
Naqie: hmmm
Naqie: haaa....
AD: deria..kite takleh folo
AD: kalu terase mcm boleh dapat
AD: konfom takleh dapat
AD: kalu rase mcm susah jer
Naqie: duh-
AD: tup2 dapat
AD: so luck ler plg berguna
Naqie: part tu setuju
AD: deria..takleh nak ikut sgt
AD: sbb kite dah dikabusi
****

hmm.. part yg kata 'kalu susah nanti tup2 dpt' haa... ada kebenarannya disitu...

*pergh jadik mat romantic kejap :P* power2...

Anonymous said...

Hooray for Kak Jah!
Hahahahahahahhahaha.

Dils said...

alerr
aku igtkn ko tanye..

Kak Jah tanye rupanye

Hani said...

hahahahahahahahha
seb bek ade kak jah..
pe r be di neh...
bwk kak jah la bwk naufal la
bwk diri xleh ke..
nk gak berteman..~

Anonymous said...

haha..nice aaa :)

err.."bawak bertenang?" aiya..hahaha malu la awek tuh..hahah nmpak sgt die kantoi nervous..haha
neway..its gr8. wish u d very best! sket lg tu.. ur one step closer..haha
/me mood yang tensi dikale byk keje dan test neh jd happy reading this :) keep up..keep up..

Snubby, Don of Anime said...

anonymous: plan seterusnya? huhuhu, tah..blank plak skang.

jebon kg dusun: haha, adehlah begitu encik jebon. (sape ko aa?)

sayuti: hehehe, permulaan yang mungkin takde kesudahan, silap2 takde kesinambungan. ade mule jer.

anonymous: sedia menjawab segala soalan maut drpd petikan ym itu. BTW AD tuh aku. hehehehe. hanya kenalan rapat atau keluarga jer panggil aku AD. Atau Diela. :p

marisa said...

Yeay!!! Yeay!!!! Dapat nama!!!!! ....tapi takde number phone...huhu.

Snubby, Don of Anime said...

yap: hahahahaha. cis...

nagacyber: dah kawin pon ade jugak yer skill Final Fantasy. hihu.

re-arrange: mulakan kerja dengan tersenyum??? huhuhuh, power sungguh blog aku kat diri ko. Macih2.

dila: hahahahahha. itu ler aku kate agak lucu citernye. Well, aku tak mengharap bantuan, tetibe ade lak..adehlah. bahaye sungguh.

honey: bwk diri sendiri jer dah byk kali. tapi tak dapat extend sampai dpt name. Lagipon peristiwa di atas tuh bukan lah dlm rancangan. hehehe.

raje: hehehe, nerves gak kot..comel2. tq for da support. haahha.

Snubby, Don of Anime said...

zetty: no fon???? Awal benorrr nak dapatkan nombor. hahahahaha.

Anonymous said...

Ok memandangkan kau dah tahu nama minah tu, ko kene pikir apa langkah seterusnya. Takkan nk biar mcmni je. Jangan sampai terlepas plak....hehehe.

marisa said...

awal sgt ke???.."jangan tunggu lama-lama..nanti lama-lama..dia diambil orang....~~~" (takpun dia gi carik keje lain?mcm mana?)

Snubby, Don of Anime said...

yap: ituler problem aku skang. aku blank doh~~ tatau nak wat aper dah skang. Blank se-blank, blanknya. Abih nasihat2 org seblom nih tak dapat nak buat.

Any suggestions people???

OMG!! NAIK PULAK JERAWAT SEBIJIK KAT MUKA AKU YG LICIN!! CISS!

Snubby, Don of Anime said...

zetty: adeh...takde rezeki ler kalu gitu..

Anonymous said...

wey nie citer betul ke x? ahhaaha demmit....best plak.....cam drama samarinda ke citer spanyol tu plak.....ketagih sial....ahahaha

Anonymous said...

Betui ker nie...sat sat nak cari mata satu lagi dan nak baca yg perenggan terakhir ni dulu, satgi kang jadi cam lagu Tipah Tertipu lak.....

Cantikkkkkkklah! camtu lah Snubb penuh bersemangat dan berusaha tanpa jemu bak kata orang bijak pandai..Usaha itu tangga kejayaan.

Sebenarnya Shubb, Minah tu pun suka dan ada hati kat hang tapi dia pun malu2 kucing gak tuh.

Pasni hang cuba lah langkah ke3 cam cadang kan kak CN tu. Baru lah boleh confirm yg dia pun ada windu2 sikit kat hang.

Apa2 pun kak CN ucapkan Selamat Berjaya menawan hati 'Minah Idaman'.

DewA LavaU said...

hebat2.saya tersenyum sendirian membaca kisah percintaan hebat ini.go snubby go!

Snubby, Don of Anime said...

washing: hahaha. btol lah nih. takde keje aku nak mengelat sepanjang mase.

kak CN: AMINNNN!! Harap2 menjadiklah doa akak. Hahahahahaha. Tapi terlalu awal nak kate die suke tuh. Sblom dpt buat step2 lain, kene pikir ape langkah seterusnye...terase blank sangat skang.

dewaLavau: Tersenyum sendirian? terrrJiwang ker bace post aku? Hahahahaha.

re-arrange: tu psl, ramai memberikan sokongan. Aku pon turut berpeluh.. -_-"

Anonymous said...

akhirnya...gud2

Anonymous said...

eh incik snub..next time camne anda nak gi petronas tuh lagi??maseh kemalu maluanke?
ke camne??
daa ready ke??
kak jah tak ikot ok ke?
lepas neh kene pantas la sket buat ayat~

ai~

kechi said...

apa lagi lan.. habuan depan mata.. bak kata peribahasa.. bangkai depan mata, ngap saja laa.. hahahaha... aku turun kl sabtu neh.. kita jumpa.. hehe

marisa said...

Sebagai seorang chikas, saya rasa elok la encik "Densha Otoko" approach dia secepat mungkin! Cammon! Be a jantan-men!...umm...gentleman. Tapi jangan gentle sgt, nnt jadik aponen.

Buat-buat la beli rokok lagi...beli cikedis untuk Nafal lagi ke...(saya pun nak jadik Nafal la kalau gitu...best je ada abang rajin ajak jenjalan ngan belikan jajan)

Masa dah singkat dah ni. Buatnya awek Petronas tu kerja sementara tunggu result SPM kuar? Kang dah result SPM kuar(dah kuar belum?belum kan?) pastu dia kene masuk U, dah tak sempat dah...

Cadangan ayat untuk start mengayat.
Densha: (sambil nak bayar rokok)"Urm..ingat saya lagi tak? Sorry la pasal hari tu. Mak saya usik je tu..Jangan amik atie tau?"
Awek : " Aaar..takpe...tak kisah" (kalau dia balas sambil senyum2..gud sign...ayat lagi!!!)

Go-go encik Snub!!!

Snubby, Don of Anime said...

squallion: hehe tq2.

anonymous: aiseh, buat mase terdekat tak lagi kot. masih kemalu-malu-malu-tahi-kucin lagi. kasi calm down dulu.

ned akechi: hahaha, sowie, aku tak ngap bangkai. Ko nak bangkai, sile2. Aku masih ade dignity utk ngap mende2 lain..but not bangkai. Nak jumper aku bleh, nak soh aku bwk jumper awek petronas, no way man. Especially ko. Haahahahahahahahaha.

zetty: hehehhe, tq2. akan dipertimbangkan cadangan tuh.

Anonymous said...

aler ko gi petronas ko kasi le website blog ko nih soh dia baca hahahahaha

Hani said...

sy sokong waklu

kamon2...aja2 fighting!

Anonymous said...

teringat aku kisah densha otoko

Snubby, Don of Anime said...

waklu: HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHa. Lucu aa ko nih.

Anonymous said...

cipet laa lu lan... sajer jer cover ari tuh... dasar!!!

Snubby, Don of Anime said...

kerol: oh harituh pasal aku tanak korang sumer tau mane awek petronas tuh. Nnt aku ade rival. Muahhaahha. Lagipon time tuh aku tatau name die lagi.

Anonymous said...

kitorang tak kacau line member lah Lan hehehe... Sedih kitorang tau hari tu tak tahu mana satu awek Petronas tu. Tapi boleh agak la kot.. yang putih2 tu : )

Snubby, Don of Anime said...

shaheeran: huhuhuhu. sori2. saje je buat2 kedekut sikit. Kalau btol tekaan ko tu..amcam? Ok tak? Hehe.

Anonymous said...

du~ du~ du~

ramainya bagi support.. :P

phe phe phep phe...

Snubby, Don of Anime said...

erk..first of all...

"du~ du~ du~" tuh bunyi sound effect aper????

secondly..

"phe phe phep phe.." tuh aper lak??

konfius pakcik..

Sir Mute Key Chicks said...

erm..kesah perchintaan..

teringat aku satu kisah aku kat rantau abang pat taun lepas masa aku balik dari kelantan..(nek moto)

ada dua orang awek jaga petronas kat rantau abang tuh..sorang tuh tak ler kacak sgt, tapi yang sorang tuh leh aa..can do jugak..

memula aku nak isi minyak jer..
then terasa plak nak kencing..
pastuh terasa plak nak merokok..

sesambil melepak isap okok tuh, aku jeling la kat awek yang can do tuh..

then dia macam tersipu-sipu malu kan.. aku pon dengan aura kejantanan macho terus pegi dekat awek tuh..

sembang trus tanpa ada pelapik kata(masa singkat sebab aku ingat nak melepak isap okok jer)..
so aku trus sound mintak phone number..dia kasik..tulis atas tisu..aku pon tulis phone num aku kat atas tisu gak..

sampai umah aku jer..(kuantan) terus aku received call dari minah tadik tanya aku dah sampai ker blum..ahaks..terkezut aku..

tapi kami berhubung tak lama..dua bulan lebih jer pasal budak tuh ader orang meminang dia dlm masa aku mengayat tuh..

haha..melepas..

so snub..kalo ko taknak melepas, bek ko terus mintak no phone..tak pon beranian diri ko tuh ajak dia dating lepas dia abeh kerja..

then jaga dia elok-elok..ko cuba la cara aku nih..sure dapatnyer awek tuh nanti..

btw..zetty..umo budak tuh 22 thn la...
"Ooo..umur saye baru 22 tahun. Abang Lan bape?" eh eh, minah ni tanye umur lak. Ada respon.

so, ader ker budak umo 22 tahun amek spm??ahaks

Sir Mute Key Chicks said...

laaa..panjang nyer komen aku..dah jadik satu entry untuk blog ko dah snub weih..haha..sorry..

p/s : aku dapat webblog ko dari sayuti punyer komen.. session..

visit me if u want to..

semekom

marisa said...

owh ayang ku bta, bukan kah "Ooo..umur saye baru 22 tahun. Abang Lan bape?" eh eh, minah ni tanye umur lak. Ada respon. di quote dari posting hasil angan-angan si encik Snub kite? Snub tatau la umur dia brape...dia teka je tu, dia berangan. Tak caya tanya Snub...

Ni mesti kes tak baca posting dia betul-betul ni............

Anonymous said...

aku hampa! igtkan ari nie 9/3 dah kuar citer baru ttg awek petronas tu. :(

Sir Mute Key Chicks said...

ooo..angan-anag jer ker??bukan ker ayat ader respon tuh maksudnya bukan angan-angan..

Sir Mute Key Chicks said...

abeh tuh maner cik zetty darling nih tau yang dia baru abeh amek spm???

marisa said...

bta bebeh ni ada masalah memahami ayat ka?
Masa dah singkat dah ni. Buatnya awek Petronas tu kerja sementara tunggu result SPM kuar? Kang dah result SPM kuar(dah kuar belum?belum kan?) pastu dia kene masuk U, dah tak sempat dah... <----ayat ini bermaksud saya pun buat assumption jugak. Mana la tau, awek Petronas tu kerja sambil-sambil tunggu result SPM kluar...
adoi la bta....lenkali, baca btoi2 na...?

Anonymous said...

Ini dah macam forum Densha Otoko!!!

Snubby, Don of Anime said...

hehehe, jgn gado2 bta dan zetty. En bta, yg umur tuh tipu2 saje. angan2 saje. tp miss zetty pon tatau gak yg die lepas spm ker tak. Sumenye angan2. Kecuali dlm post camne aku dpt name nih.

washing: ko takleh expect aku ade citer tiap2 ari ngan minah petronas tu kan?? just bersabar yer.

marq: itu psl..jd forum densha otoko. hahahahahhahaha.

marisa said...

see!!! kan dah cakap !!! yeay!!! ehe... :P

dueng said...

snub....

cayalah dude. akhirnya, tahu jgk nama dia. eh...takder orang nak komen ke nama dia cam nama dila? comel cam dila jgk ke? hahahha.

mak aih.,..dramatiknya citer ni, kalah densha otoko. aku yang baca ni pun ternanti2, bilalah ko berjaya deting dgn minah tu. go go snubby. *mexican wave*

snub, aku doakan ko berjaya, ko doakan aku jugak. perempuan yang aku suka tu cakap, "abah suruh jumpa dia kalau awak betul2 serius". haa...amik ko, aku rasa aku kahwin cepat lah gini. tp sekarang dalam process mengenali satu sama lain lagi. dia pun cam segan2 nak kuar deting dgn aku. takpalah..biar dia rileks dulu.

come on snub..next time ajak dia kuar makan plak. go go snub.

"awek petronas tu sorang2, tp ko ada kami semua di belakang ko utk menyokong ko. ko tidak berseorangan. tolonglah deting dgn awek tu, demi kami semua. ko lah harapan kami semua. -----(^_^)-----"

Snubby, Don of Anime said...

zetty: huhuhu, sangat pantas mereply!!

dueng: OMG!!! Ko dah nak kawin ker dueng???? biar betol???? ohhh my ohhh my!

siap ade -----(^_^)----- lak..huhuhuhu. Takde sape2 nak lukih gambar stesen petronas????Hehe.

Sayuti said...

Lan, aku penat.

Unknown said...

bagus..bagus... perkembangan yg menarik. nama dah dpt, biler nak g minum? nombo tipon bile nak amik? apa kate kalau ko g keje kat PETRONAS tu jugak? aku rasa lg besar & cerah chances ko lan. apa kata kalau ko pertimbang kan, ok?

DewA LavaU said...

amikla gamba awek petronas itu secara sepintas lalu.post kat blog ko.mesti comel awek tersebut.agagagagaga~

Snubby, Don of Anime said...

sayuti: sian ko penat. huhuhuh.

mel: keje kat petronas??? oh no..takleh2. nnt meletakkan aku ngan die same taraf pulak. rakan sekerja. tak syiok maa. kene customer n worker relationship baru ada uhmm.

dewaLavau: well..the truth is..aku nak buat camtu byk kali gak. Amik gambar secara sepintas lalu. But part of myself said no, debating whether i shud do it or not..talking about ethical issues. Hhahahaha..silly me.

Anonymous said...

hoi lu jangan kacau awek petronas.. tu awek gua.. lu gi cari kat esso ke shell ke tarahal

so long n gudbye










lawak je.. jangan nangis pls

Sir Mute Key Chicks said...

erk..zetty nih tetap...hehe
anyway..aku harap assumption ko tuh betui..

by the way, aku nak pesan jer neh..

jgn terlalu mengharap, cuba sedaya upaya untuk dapatkan dia dengan cara dan gaya ko yang tersendiri.

bab gambo tuh, jgn ler amek secara cuti-curi, kang ko plak yang di tuduh TP.ahaks..

Dweng : nak kawen??rilek, awak masih muda..takut nanti menyesal pasal takleh nak over enjoy plak..

Zetty : kalo camtu aku pon nak buat gak lah satu andaian yang budak tuh umo dia macam yang snub cakap 22 tahun..haha..boley??

p/s : bagi meramaikan senarai blog friends aku, aku dah add ko nyer link dalam list aku..mr snubby..

Anonymous said...

Hangpa ni dah lari dari point la. Dekat sini nak tolong encik snub dapatkan awek, bukannya nak dengar kesah2 korang yang melepas awek ke, balak ke etc etc. Hinsh.....

circleinspoon said...

@@@@@@@@@@@@@@
@@ PETRONAS @@
@@@@@@@@@@@@@@
@@
@@
@@
@@
@@ `
@@ ` `
@@ ` ` `
@@ \(^ O^)/
==============================


sesungguhnya aku memng tak berbakat nak buat ketapi..
huhu...(~.~)

tapi...
trimalah-> Omedetto!!! akhirnya...kau tau nama dia

Gambatte!!! p(^o^)q

circleinspoon said...

ek...gomen2...jadik lain pulak bendanya bile d publish.

Anonymous said...

jadik lain ke mmg tak menjadik :p

Anonymous said...

cepat2 la mintak nombor telefon dia Lan. dah lama kitorang tak tengok kau berbalas SMS dan tersenyum sorang2 sambil lepak dengan kitorang.. Hehehe..

Snubby, Don of Anime said...

woh....aktifnye...

aku baru balik kelate ler kpd mereka yg tidak tahu.

Nnt2 aku update. Bizi lak skang. hehehe.

Obefiend Weiland said...

khas buat nadlan! dari aku. pahamilah!

Flower in Her Hands

See through those eyes and I often wondered
If there is a hole I can slither through
To dive deep into your heart and sleep there
Listening to your soul beating and thinking

How I see the true you from afar
When this feets fail to even step forward
The mere isght of you stops me from moving
My body went tight and everyting is alright

With that flower in hand I see the real me
Withering slowly in the beautifullest setting
With sunset on my face and a smile on your lips
Kiss me goodbye for this is peace

Day by day the yearning grows within
As days turn to years the vessel thus breaks
The blood will gush n the pain will fade
For youi think this is my fate

Obefiend Weiland said...

oh tu aku type tadi jeks.. 5 minit semua karya aku.. tak tiru

Sayuti said...

pergh. terel la kau effi.

Anonymous said...

WAHAAHAHAAHAHAHA...
aku dah tengok dah awek petronas yang lan kata tuh....
heheeh...hebat la lan nyer taste....
bagus2... keep it up, lan~ heheeheh....

mmg cun~ heheeh....

tahniah utk lan... :)

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! »