Thursday, September 21, 2006

Bahagian 17: Menjerat dan Terjerat

Terkocoh-kocoh aku bangun daripada tidur petang, menuju ke bilik air. Masa untuk mandi. Syed dah sampai. Aku kena bergegas berjumpa dengannya, sebelum mamat tu meletup sorang-sorang kat kedai mamak.

Tadi dah 8 misscall aku dapat daripada Syed. Dan akhirnya sampai 1 SMS berbunyi camni;

Ko kecut ke taknak angkat fon? Kata nak bersemuka. Aku tunggu ko kat mamak ni sampai ko datang.

Kalau aku ikutkan hati, memang aku biarkan saja dia menunggu. Aku pedulik apa kan? Sekali sekala pedajalkan orang best jugak. Tapi memandangkan sifat tanggungjawab aku masih menebal, pergi jugaklah. Panggilan ke-9 daripada Syed berjaya aku angkat, dalam keadaan mamai.

“Halo..”

“Ko nak datang ke tak?”

“Sape nih?”

“Syed lah. Ko cakap nak datang.. bape lama aku kene tunggu?”

“Eh.. sorry.. sorry. Aku terlupa.”

“Turun skang.” Dan Syed terus meletakkan telefon. Lepas tu baru aku baca SMS dia yang aku tulis kat atas tu.

Adalah dalam 15 minit jugak aku mandi. Biarlah Syed menunggu kejap kat kedai mamak tu. Aku tak rugi apa-apa. Dia yang nak tau segalanya. Jadi, kalau dia tak sanggup menunggu bermakna dia tak serius lah.

Bila dah siap-siap nak keluar rumah, sempat aku tadahkan tangan, berdoa pada tuhan, agar aku dilindungi nanti. Huhuhuhu. Manalah tau tetiba kena tetak ke, kena tembak ke, takpon kene santau ke… Padahal aku dah berlagak konon-konon ada ilmu. Tuhan tolonglah…

Syed call lagi. Isk, dia ni, tak sabar-sabar. Lepak laa kejap sorang-sorang, tak boleh ker. Terpaksalah aku mengangkat.

“Elo. Mana ko?”

“Aku baru kuar rumah?”


“Ok. Cepat.” Macam biasa dia terus letak. Nasib baik dia tak hangin dalam telefon tuh.

Aku masuk dalam kereta, panaskan enjin yang sememangnya panas, dan dengan lembabnya memandu. Hehehehe, keji tak aku? Kalau nak dikira, daripada rumah aku ke mamak tu, cuma ambik masa selama 5 minit jer. Tapi disebabkan aku bawak perlahan, siap kasi orang potong jalan, jadilah 15 minit. Muahahaha, rasakan ko Syed!

Lupe pulak aku nak tanya Syed, camna nak kenal dia nanti? Aku cakap nak berjumpa ni macam dah kenal lama jer ngan Syed. Padahal time dia call dan maki aku tu lah first time aku kenal suara Syed dan siapa itu Syed al gonjeng. Hmm…

Aku termenung dalam kereta, sambil dengar radio. Konon-konon pikir lah. Tambahhh lagi 5 minit. Kihkih. Padahal aku boleh jer nak call Syed tanya camne nak kenal. Biarkan! Rasakan sapa suruh kerek.

Kendian Syed call lagi. Aku budget mamat ni mesti mengamuk gila-gila punya.

“Hello Lan… ko tak sampai lagi ker…” Hahahahaha, aku tersilap lah. Dia bunyi lesu dan lunyai. Penat menunggu kot.

“Dah sampai sebenarnya Syed. Tapi aku tak kenal ko yang mana satu.” Balas aku.

“HAH?? Kenapa ko tak call je aku tanya? Sial…” sempat lagi dia maki aku.

“Pasal aku takde kredit. Thanks for calling. Kalu ko tak call, agaknya sampai bila pon aku tatau. So camna nak kenal?” tanya aku dengan sinis.

“Aku tengah mengangkat tangan, nampak?”

“Ok, ko jangan turun tangan ko tu.” Aku pulak meletak telefon secara mengejut. Dia ingat dia sorang je boleh buat macam tu?

Bergegas aku keluar daripada kereta, menuju ke Restoran Fareez. Dalam kedai tu, aku nampak seorang mamat terkial-kial mengangkat tangan. Mamak yang bekerja pulak bila nampak pelanggan angkat tangan, terus dia datang. Pastu aku nampak mamat tu geleng-geleng kepala. Ok, sah lah itu Syed.

Takdelah besar mana pon Syed nih. Aku lagi besar! Dia ni lagi rendah daripada aku, mungkin tinggi sikit daripada Nana. Orangnya kecik-kecik kurus dan berkulit gelap. Bibir hitam, tanda hisap rokok yang kuat. Mata pulak besar, nampak menyorot ganas, tapi sebenarnya tak ganas.

“Syed?” tanya aku sopan sebaik saja menghampiri mamat tu.

“Ye. Ko Lan?” tanya Syed.

“Ye. Boleh duduk?”

Tanpa menjawab, Syed mengangguk. Budi bicara aku tak diendahkannya. Takperlah, asalkan aku dah bersopan tu sudah.

Elok jer aku duduk…

“Ok, citerlah.” Tanya Syed tak menyabar.

“Sabar Syed. Kasi aku order air dulu.”

Nampak sangat Syed ni resah berhadapan dengan aku. Mungkin sebab saiz kami berbeza jauh. Kalaulah kata dia buat hal, harapan untuk aku menang agak tinggi. Tapi aku bukanlah jenis macam tu.

“Ane, kasi saya.. milo ais satu.” Aku memesan air kegemaran kalu lepak kat Restoran Fareez. Milo Ais dia semacam sedap tau.

Syed memandang aku tak puas hati. Aku buat-buat taktau. Sambil membelek handphone aku, konon buat macam tengah balas sms orang. Pastu check ntah hape-hape tah dalam phone. Semuanya sengaja aku lakukan untuk sakitkan hati Syed. Tiada sepatah perkataan pon aku keluarkan.

“Ini milo ais. Ok?” tanye mamak.

“Ok ane. Tenkiu.”

“Ok citerlah!” agak tinggi sikit suara Syed.

“Apa yang ko nak tau skang Syed..?” aku memulakan ayat sambil menghirup sikit air milo ais. Ah.. sedap. Tenang.

“Ko ni pandai putar alam ye Lan. No wonder Nana boleh buat macam ni kat aku.” Amboih. Syed kena kan aku balik? Cis bedebah.

“Aku tak pandai sangat. Aku rase ko lagi hebat Syed. Bukan stakat putar alam, putar semesta terus. Hehehe.” Aku tembak Syed dengan cara halus. Sekarang ni perang tak bermula lagi, masing-masing menghantar mesej dingin dalam setiap ayat.

Syed terkebelakang sebentar mendengar ayat sinis aku tuh. Mungkin tengah carik idea nak tembak aku, tapi peraturan dalam sesi tembak menembak ni ialah, lebih 5 saat berpikir, ko dikira kalah. Hahahaha.

“Ko nih—Cepat cite. Aku ade banyak keje lain.”

“Boleh, tapi ko kena tenangkan diri dulu Syed. Kite lepak-lepak. Taknak suasana jadi tegang. Nanti tak pasal je bergaduh kat sini. Betul?”

Syed diam. Mungkin bengkak jugak hati dia. Tapi dia terpaksa mengalah sebab aku lah kemudi kapal sekarang, Syed cuma pencacai.

“Dah tenang?”

Syed angguk. Malas bercakap.

“Ok. Meh aku bagitau ko…”

Syed terkedepan merenung aku tajam.

“Nana benci dengan kau.” Pendek je ayat aku, tapi cukup kejam untuk Syed.

“Itu je ke? Kenapa ko cakap camtu??” Syed sedikit bengang. Tapi aku tak peduli.

“Pasal dia cakap kat aku camtu.”

“Ko percaya?”

“Mula-mula tak jugak. Tapi bila ko maki aku, dan jumpe ko nih, aku rase aku percaya dah.”

“Maksud ko?”

“Maksud aku, kawan-kawan Nana cakap ko baik. Tapi Nana tak cakap camtu. Dan daripada cerita kawan-kawan Nana, memang bunyi alim sangat. Sekali…”

Syed diam. Dah terkantoi ngan aku baru tahu nak senyap.

“Kenapa ko diam?”

“Erk..”

“Baru nak berlakon baik depan aku ke??? Tak payah laa bang. Aku dah tau daripada cara ko maki aku semalam. Ko memang pandai berlakon.”

“Aku tak paham maksud ko, aku ni pandai berlakon?”

“Ko mengaku tak kalu aku tanya, ko suka harass Nana?”

“Erk.”

“Diam tanda setuju. Dalam kes ni, diam tanda mengaku. So..?”

“Erk…”

“Itu masalah sebenar ko. Nana dah laa memang taknak kat ko. Kemudian, ko masuk line sebab ayah Nana. Kemudian, belom kawin lagi ko dah kasi impression buruk kat dia. Harass lah apalah. Sebab tu aku kata ko bodoh.” Direct jer aku kasi tepat kena atas muka Syed.

“Ko jangan main tuduh-tuduh je. Ko ade bukti ke untuk prove kan citer Nana?” tanya Syed balik.

“Takde.” Jawab aku selamba.

“Habis tu ko nak tuduh-tuduh jer?”

“Oh, macam aku cakap tadi, aku tak main tuduh je. Kalaulah aku jumpa ko skang nih, dan ko sama seperti apa yang diceritakan oleh member-member Nana… memang aku reject citer Nana. Skang ni kenapa dengan aku ko camni, tapi depan orang lain ko jadi ALIM sangat??? Cukuplah macam tu untuk aku…” aku jawab panjang lebar.

Syed diam lagi. Haih, semalam dalam telefon bukan main mencanak-canak maki hamun.

“So skang ko dah tau kenapa kan? Ko nak berubah ke tak?”

“Dia tunang aku. Aku boleh buat ape saje ngan dia. Nanti kitorang kawin gak.”

“Haaa, itu masalah ko. Ko keje nak buat projek jer! Kalau ko kate nanti ko akan kawin, kenapa ko marah dia susah nak jumpe ko skang??? Sebabnya, ko dah gatal tapak tangan. Takkan ko tak nampak Nana taknak?” aku bidas lagi.

“Erk.. Dia tak tolak pon..”

“Heh. Nak jadi penipu lak ke? Aku tau ko tipu pasal aku tau baca ekspresi muka orang tengah menipu.”

“Karang ade jugak aku pukul budak nih…” cakap Syed secara berbisik. Tapi aku dengar.

“Nak pukul ke? Tak gentleman lah main pukul. Aku bagitau ko ni supaya ko leh berubah. Kalau betul ko nak kawin dengan Nana dengan bahagia. Kalau macam skang, ko kawin dengan Nana pon, porak peranda punya. Tak berkat.”

“Tapi ko kacau tunang aku.”

“Aku tak kacau tunang ko lah Syed. Dia yang terasa kacau dengan sikap ko. Kebetulan aku layan dia tak pilih kasih. Purely as friend. Sekarang aku tanya ko, nak berubah ke taknak?” aku rasa macam aku ni seorang Pahlawan Agung masa lampau yang berjuang demi negara.

Lama Syed diam. Entah ape agaknya dia pikir.

“Ko takyah masuk campur.”

“Aik???”

“Walaupon ko dah tau, tapi orang lain tak tahu. Apa ko boleh buat pon?”

Mak aih. Cilakak punye mamat. Dia pandang rendah pada aku ke..? Tapi memang betul, apa aku boleh buat. Aku sebenarnye taknak kasi Syed pikir camtu, mungkin Syed ni tak sebodoh yang aku jangka.

“Ko tak perlu tau apa aku boleh buat. Sekarang ko nak berubah ke tak?” aku cuba mengalihkan perhatian Syed, supaya dia tak dapat hidu yang sebenarnya aku tak mampu untuk buat apa-apa. Mungkin ini adalah satu-satunya peluang aku untuk membantu Nana…

Tetiba Syed bangun menepuk meja. Terkejut jugak aku bila dia buat camtu.

“Oklah Lan. Aku berubah ke tak, bukan masalah ko. Nana tu pon bukan masalah ko. Lagipon ko sorang je tau. Aku dapat rasakan ko tak leh buat ape-ape sangat. Skang ko jangan kacau kami lagi.” Kata Syed sambil menyeluk poket.

Aku pulak tergamam.

“Kalau camtu, ko jangan marah kalau sesuatu terjadi.” Aku cuba gertak. Peluang terakhir. Aduh… susah jugak.

“Heh. Nah duit. Kire aku belanje ko.” Syed melemparkan sekeping not RM 5 atas meja. Oh, baik jugak dia ni, siap belanja minum. Itu je lah kot kebaikkan Syed yang aku nampak.

Syed berjalan menuju keluar daripada Restoran Fareez. Aku pulak terkebil-kebil. Sekarang apa penyelesaiannya??? Adakah aku terperangkap dengan taktik aku sendiri? Adakah aku telah underestimate lawan aku? Peningnya kepala aku…

Kalau ikutkan hati, memang lah aku ni orang luar. Tak patut masuk campur. Tapi sebagai seorang kawan, tetiba datang satu tanggungjawab dalam diri aku untuk bantu Nana. Kenapa aku perlu pening-pening pasal orang kan? Itu secara logiklah. Aku ni kalu bab-bab perhubungan, memang selalu luar daripada logik.

Aku ada seorang kawan. Aku panggil dia RJ je. Motto dia senang. “Betina is not my problem”. Apa-apa saja kes pasal pompuan, dia akan buat tak tahu. Tak amik kisah. Bila aku tanya apsal, dia kata, nanti keadaan akan jadi lebih pening. Daripada kita yang neutral, tak pasal-pasal jiwa kita sendiri yang kacau. Kalaulah aku boleh jadi macam member aku RJ nih… masalahnya aku tak dapat buat camtu.

Dan sekarang.. aku tak tau nak buat ape melainkan abiskan air milo ais aku tadi. Dengan duit Syed! Cis.

34 comments:

Anonymous said...

ish...nampaknya tak setel² lagi la nih ek??kalau sekarang dia dh pandai walk away from HIS PROBLEM,bayangkan la kalau dah kawen nanti...cian kat nana lan...aku suka motto kawan ko tuh sbb mmg kacau jiwa bila ada hal yg berkaitan ngan org pompuan nih but as a friend it's not a crime if u really wanna help her...takpon ko kasik advice kt si nana tuh suruh dia sendiri confront ngan syed since mamat bodo tu tammo org luar masuk campur sbb pada pendapatan aku nana pon tak sepatutnya lari dari masalah...panjang lak komen aku kali nih...hehe

Farah Wahidda said...

ayak, abis mcm tu je?
btul kata anonymous tu. suruh nana setel sendri dgn syed. tp, mesti syed ckp lan yg hasut. isk56...
jahat arr syed ni...dah la penipu, penjahat, pelakon, dan segala pe- yg ada kat dia...

Hani Mialystic said...

eh jap eh

syed tuh memang kereekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk hanjing erh

bagi karang

eeeee

15 said...

akirnya kau update jugak snub..ari ni taknk comment smpai 30 lebey ker???
takde yg msk ICU ropenye...cume kamu yg best2 minum air milo free..tp kan kat umah aku ada jugak kedai yg air milo dia best thap atromen taro...hari2 aku menyedekahkan 1.20 kat pakcik tuh...bestnyer air milo...opppss...kuar topik plak...

qwerty said...

Aik....skang dah takdek soundtrack ker ??? Klu ader lagu fast number mungkin dpt melebatkan lagi peluh di dahi aku neh......lebeh mendebarkan....he....he....he....
Pandangan aku le kan......Nana ni berpontensi utk menjadi seorg ahlil politik yg berjaya di masa hadapan....sbab....dia pandai menggunakan sumber di sekeliling dia utk beroperasi to her advantage tanpa sumber2 itu sedari (i.e rakan sekerja, linda, syed dan hero citer ni iaitu En. Snub)
Erk.....jgn marah lan...ini hanyalah hipotesis aku yg tidak lengkap berdasrkan maklumat yg berat sebelah.....
Isk panjag lak.....(patutkah aku pecahkan komen ni pada 8 bahagian)

suis_aircond said...

pergh, salute kat ko, boleh tahan berani ko. keduanya, apsal ko x rekod je apa yg ko sembang ngan dia tu, takpun cuba ko tanya mamak tu, mamak skang manyak pasang cctv heheh. ketiganya, betulke nana tu purely your friend? i doubt so hihi

adios

GomBuX_TwiN 1 said...

“Dia tunang aku. Aku boleh buat ape saje ngan dia. Nanti kitorang kawin gak.”
poyo nak mamp!!!!!!!! can anybody let her (Nana) know pls.... I'm begging!!!!

Khairul said...

hihihi lan.... sadis2... tp aku puji sikap ko yg kool di depan mamat yg tak kool tuh... ko nie mcm ll cool j laa lebih kurang... kira nana tuh J Lo?

Anonymous said...

cite ni makin lame makin mendebarkan la..hihi.. ni sume salah ayah nana.. sesedap rase die je pilih laki utk nana.. kalo laki baik x pe la gak.. ntah2, ayah nana ade hutang kot ngan syed ni. pastu die soh kawen ngan anak die.. haha mcm drama tv le pulak..

kingkafan said...

Pada pendapat aku laa Lan ... Aku rasa ko silap taktik laa dalam kes nih... tapi takpa ... cerita ni pun dah lama berlalu ... mari kita tengok what has happened lepas tuh in the next episode ... ehehe...

[re-arrange] said...

....

aku ckp ko snub. ko kalah first battle dgn syed. die leh nampak ko takleh wat ape. fak! 1-0.

mmg kerek nak mampos. aku rasa.. mungkin lg baik dr awal2 ko ckp "mmg aku kacau tunang ko. psl tunang ko dah tak suka ko. back off je la syed.. stkt nk berlakon2 tuh..gi mati aa.."

maka.. kalau camtuh.. mungkin.. syed tak walk away.. dan ko lebih lama dapat bertarung. one fight settle it all.

aku bet lepas nih ade lg 2nd fight, 3rd fight, 4th fight.....

Unta@Jitra said...

Niat ko nk tolong kawan tu mmg murni lan weih... tapi dalam keadaan mcm ni, attempt ko nk tolong tu bole jd makin parah, mungkin disalah anggap, entahlaa

Citer ni sure habis kalo Syed tu ckp die nk berubah hahaha

Ko dah ade installment baru ke kalo citer nana ni abis?

Anonymous said...

[re-arrange] had a point...

Tapi, kena standby sorang dua kalau-kalau dah mula angkat tangan...







Macho

[re-arrange] said...

hehe.. kalo dah mula angkat tangan.. mau 30 kaki dan tangan naik sekali paling kurang. announce sini jer.. ramai aa turun bekap snub.. haha!

Anonymous said...

ha ha ha
"Ko nak berubah ke tak?"
how lame is that? sorry can't help it
itu bukan cara nak solve something imo itu dah macam memaksa
bravo! bravo!

Anonymous said...

camnie lak jadinye?so,xde lah solve sangat ek masalahnye??sangat pening arr...tapi terus terang cakap si syed tuh memang hanjing!!huhuhu...hate that guy!!

-mizz_aszni-

missdee aka gui said...

gi mampos aa syed tu.ensem xpe gak.ni lan citer mcm x ensem je.die harass caner ek.. nk tau gak haha. rabe2 ke? ke lebih?
lan ni.tp papehal pun lenkali bawak recorder pastu leh suh nana dgr ape syed ckp.pastu pasni citer lak kat kitaorg nana tau ke x pasal ni.

ares^vasilios said...

haih..setelah beberapa abad ku menunggu..rupenya ini shj bah.17. aku baru je nak setim baca cerita tuh..tetiba anti-climax..ape daa lan. nway..takpe..aku sabarkan lg diri ini. hins hins...geram...

Snubby, Don of Anime said...

hehehe, meh nak jwb..

anonymous 1: advise die soh confront syed slalu aku soh buat, tp die tak berani.

farah: hahah, sort of camtu ler.

hani: hahahahha. emonya die.

15: takde sape masuk icu.. sibbaik.

qwerty: soundtrack tak sempat nak dicarik memandangkan permintaan orang ramai yang ingin membaca post terbaru dengan cepat.

suis aircond: rekod? tak terpikir time tuh. Doubt 'purely as friend'? Hahahaha. Ok, not purely, partly. For me only.

gombux twin: hahahah, sorang lagi emo.

Snubby, Don of Anime said...

kerol: sadis ek? Hahaha, tahlah. aku tak cool pon. dah ler aku ade satu hari untuk confront Syed, ape sangatlah mende yang aku boleh buat.

anonymous 2: hmmm, nnt ade citer ayah nana.

kingkafan: mungkin silap, sbb tak jadi. lagipon dalam jangka masa yang pendek, apa sangatlah idea yang aku boleh dapat. at least aku dah cuba something. kan?

rearrange: adeq, aku bukan taknak cakap kasar camtu ngan dia, tapi aku tak sanggup. Apatah lagi kalau cerita ni diceritakan kat orang, buang nama, mmg nampak macam aku yang bersalah. Kacau tunang orang. padahal tak. Sbb tu aku relaks2 je ckp.... sob2. Lose a War but Win the Battle!

unta: mcm aku ckp td, dalam masa sehari lepas kene maki, apa sangatlah idea yang dapat dicapai kan? Installment baru.. in fact aku ade, tapi.. mungkin tak tulis kot.

macho: hahaha, standby? ko paham aku yer macho. hehehehe.

rearrange: ayat ko '30 orang turun' tuh membuatkan aku terase takut untuk menulis final cerita.

Snubby, Don of Anime said...

anonymous 3: Lame? Hehe, ko boleh ckp camtu pasal ko ada masa untuk berfikir DAN ko tau ape dah terjadi. Kenapa tak post komen solution sblom ni? baru aku terima ayat Lame ko. Orang yang cakap orang lain Lame, adalah die sendiri Lamers. Bravo to u too, coz ko dah provekan ko Lamers.

miss aszni: sangat pening? tu ler. rase mcm malas nak masuk campur. Hahaha.

missdee: Huhuhu, dia mungkin ur taste dee. Saje teka gitu. Tak rekod pasal tak terpikir. Harass camne? HEhehe, ntah ler. Lalalala.

ares: anti climax? Biasalah, ini bukannya movie bang. Ini based on true story.. So, dalam real life, kita takleh nak expect all the time climax. Selalu terjadi time2 happy, tetibe tak happy, pastu happy balik, pastu tah ape2.. dan mcm2 lagi. Climax dan Anti-Climax mmg tak dapat nak dielakkan dalam dunia sebenar.

orchid said...

cite ni mmg dh ade ending ke?

Raja Jilat said...

"Betina will NEVER be my problem" jangan salah quote wei.

Snubby, Don of Anime said...

orchid: blom lg. nak ending dah.

rajajilat: aduh, aku salah quote ke rupenye. nnt aku edit balik.

ILynn said...

i dont think nana should ever be with syed
dah die xsuke..kalo kawin pon, xkan jd ape2 punye
syed nak berubah? helo...lelaki bak2 berubah ni,sgt lah susah dow...so..buang mase je.
baik ko cilok je nana tu,lg baguih

~purplechoc~ said...

syed bodo!

tu je nk komen ;p

circleinspoon said...

how to say...
baca bulan Ramadhan nih, kena jaga emosi, bersabar, xleh nak naik angin ngan kata2 n behaviour Syed tu (yg aku br dr apa yg snubby tulis) Mebe, satu langkah yg boleh diambil oleh nana untuk perangkap Syed ialah dgn merakamkan aksi c syed tuh. Hp dia musti type yg canggih2kan.. kanke bley record vid. Cube letak kat lokasi yg strategik skit.
Bila ada bukti, kan dia boleh bgtau kat ayah dia. Kalau ayah dia dah tau perangai sebenar c syed tu, bolela langkah2 yg sepatutnya diambil...

((c syed buat aksi "ringan tangan" dengan nana x rela. Harapnyer bulan posa ni, laki2 mahupun perempuan, tidaklah ber"ringan-ringanan tangan" ya..bukan bulan posa ajer.. Bulan2 lain pn xleh selagi x diisytiharkan laki bini. Good luck!))

Adi Ramli said...

Two options:

1) Tolong member (Nana) sedaya mungkin. Yg mana ia akan lebih membebankan kepala otak.

2) Buat tatau (lantak deme laa). Kepala otak tak terbeban, tapi memerlukan hati yg kental utk tidak ada rasa bersalah.

Kalau pilih option 1, ada dua pilihan:

1) Perbaiki si Syed - yg mana memang sangat susah nak ubah orang jenis kepala batu.

2) Bersekongkol dengan Nana - to plan, crush & destroy the relationship (this one, i like it bebeh!! Untuk menghancurkan itu lebih mudah daripada membina. Oyeh!!).

Or would you prefer to open Door Number 3?
- Kebas Nana tu dari dia, buat jadi bini sendiri..

Buahahahah!!

jaqas said...

hoho..aku baru terbace kisah ko nih snub, dari bhg 1 smpi 17 nih..at least terluang lah mase aku kat opis y xde keje nih...

kesian ko jadi mangse keadaan..kalau aku jadi ko..aku tatau nk watpe da..nana tu pon patut bgtau ko y de dah bertunang awal2..ni smpi dah kuar2 detink, dinner, dll baru nk bgtau..erm,de ade option utk berkeras kat syed n ckp y de x suke syed 'ringan tangan'..or mcm circleinspoon ckp rekod je ape tgn syed y ringan tu n tunjuk kat ayah de..

bkn syed sorg je y perangai camtu..ramai lg org y pndi berlakon..n mmg susah nk ubah org camtu..

last but not least,keep updating bro...dah seminggu nih.hehe :D

Sayuti said...

ohh...

baiklah2.

(merujuk perbualan di YM sejurus sebelum berbuka puasa sebentar tadi)

Snubby, Don of Anime said...

aku nk update.. tp minggu ni merupakan satu minggu yang menyesakkan! mcm2 perkara berlaku.. aku takde peluang nak update ngan tenang langsung.

maaf...

fa-ya-sod-lam said...

uah.. sedangkan kahwin boleh bercerai inikan pula bertunang... sedangkan bertunang boleh putus inikan pula berkawan... sedangkan berkawan..kalo berkawan kita kawan selama-lamanya ye tak... apehal syed.. sapa yang tak blaja agama sebenanya ni...

tak pasal-pasal aku bg pendapat aku.. hu hu hu.. ops lupe.. aku dapat tau blog ko guna blog sue.. circleinspoon

Anonymous said...

bestla citer kau..sekian lame aku ikutinya!

Anonymous said...

bestla citer kau..sekian lame aku ikutinya!