Friday, October 13, 2006

Bahagian 18: Keluargamu, bukan Keluargaku.

Lagu utk post ni: Hinder - Lips of an Angel (klik untuk download) -mintak maaf lambat update.. sowie semua. bizi sikit lah.

Lama aku lepak dalam kereta. Lebih 45 minit jugak. Menunggu Nana di sebuah restoran mamak terkenal kat KL. Mujurlah aku tau macam mana nak pergi situ, pasal kalau jalan KL ni aku memang lemah sikit. Selalunya makan buah langsat (atau bahasa simple nya: sesat).

Mengimbas kembali macam mana aku boleh terdampar kat KL nih…

Kejadian bertemu dengan Syed dah berlalu hampir seminggu. Dan lepas tu Syed takde dah menghubungi aku, atau apa-apa. Aku pon tak cakap kat Nana pasal apa yang terjadi. Tak mahulah dia rasa risau. Dan aku juga tak call atau sms atau jumpa Nana langsung lepas pertemuan dengan Syed. Sehinggalah bila tiba-tiba Nana call aku satu malam…

“Hello Lan…”

“Hello. Ape kabar?”

“Sihat je. Awak camne?”

“Ok..kot.”

“Sure ok?”

“Hehehe. Ok. Sure.”

“Dah makan?”

“Emm, dah.”

Perbualan aku dan Nana seperti kaku. Seperti berlakon. Dibuat-buat. Tiada intipati. Ataupon mungkin tidak lagi sehangat dulu memandangkan bermacam-macam isu yang timbul, membuatkan aku dan Nana berhati-hati ketika bercakap. Banyak berdiam diri daripada rancak berbual.

“Saya tak selesa lah bila senyap macam ni.” Aku terpaksa beritahu rasa hati aku.

“Sorry.. sorry. Hmm..”

“Awak nak bagitau something ker..?”

“Saya nak jumpa awak.”

“Erk??? Kenapa? Aduh…”

“Saya nak discuss sikit lah pasal masalah saya… ngan awak. Boleh ker??”

“Saya sebenarnye tak kisah sangat.. hmm.. tapi…”

“Tapi??”

“Aiseh. Camne nak cakap ek..”

“Cakap ape???”

“Takde apelah. Abaikan. Awak nak jumpa saya bila?”

“Awak janganlaaa camni. Awak cakap camtu, now I’m curious. You hiding something right?”

“Erk. Saya tak sembunyi ape-ape lah…”

“Saya tak suka orang yang menipu!” keras sekali suara Nana. Dalam kelembutan dan kemanjaan Nana, bila marah, memang terasa bahangnya.

Perlukah aku beritahu? Atau baik aku diamkan saja??? Kalau didesak sekali lagi memang sah-sah aku akan bagitau kat Nana. Mungkin akan memburukkan keadaan. Aku cuba membuat pertimbangan paling praktikal dalam diri sendiri.

“Oklah, awak tak nak citer ape-ape, tak payah jumpa saya. Cancel the discussion.” Hampa bunyi suara Nana, berbaur sedikit suara marah merajuk.

Aku mana tahan kalau perempuan merajuk-merajuk nih!!! ADOI~!

“Ok, ok. Jangan letak dulu fon Nana. Saya bagitau. Hmmmm. Saya dah jumpa dengan Syed minggu lepas…”

“HAH??! You’re not joking right??”

“Nope. Tak caya boleh tanya Syed sendiri…”

“Why… Isk. No wonder…” Nana seperti berbisik, nyaris aku tak dengar apa dia cakap. “So boleh ke saya nak jumpa awak?” sambung Nana lagi.

“Kat mana?”

Dan Nana pon beritahulah sekian sekian sekian. Aku pon mengiyakan saja. Nak tak nak terpaksa berjumpa dengan Nana, walaupon aku tahu sangat yang sebenarnya kalau aku pergi jumpa dia, macam-macam hal boleh timbul nanti. Kita nak tolong, tapi kalau dah sampai menyakitkan diri sendiri, buat apa lagi lah nak diteruskan. Itulah kadang-kadang aku terpikir, adakah aku ni seorang yang abnormal? Tidak mengikut logic akal? Atau semata-mata bodoh?

Maka, begitulah serba sedikit flashback, macam mana aku boleh terdampar dalam kereta dekat 45 minit di parking sebuah restoran mamak terkemuka KL. Sebab Nana bagitau tadi seblom aku datang, dia akan SMS aku bila dia sampai. Sekarang takde bunyi apa pon. Aku tengok jugak laa fon aku, kot lah abis bateri atau aku tak dengar ke. Nothing. Yilek. Sabar aje lah…

Dalam kereta, aku melayan bermacam-macam lagu yang diputar oleh DJ radio. Kadang lagu best, kadang lagu tak best. Bayangkanlah dah 45 minit aku dalam kereta. Berapa batang rokok tewas kat mulut aku pon dah tak kira. Tak larat aku nak tengok jam lagi.

Ah aku nekad, cukup sejam, takde ape-ape berita, aku balik. Blah. Buat apa nak tunggu lagi. Macam orang bodoh je. Betul tak?

Tapi kemudian aku terima satu SMS daripada Nana, cakap dah nak sampai. Aku terus balas kata aku ada dalam kereta kat parking, menunggu dia. Aku jugak pesan suruh dia cepat sikit, dah lama betul aku menunggu. Naik kematu bontot aku duduk. Siap dah baring-baring dalam kereta lagi haaa.

Tengah aku leka hisap rokok kat dalam kereta, sambil layan lagu dangdut mana tah DJ tu pasang, tingkap kereta aku diketuk. Terkejut aku!

Eh Nana…

Aku terus mematikan radio, dan keluar daripada kereta, sambil menarik muka masam tanda tak puas hati.

“Lambat—“

“Sorry sorry sorry sorry sorry…….. saya minta ampun mintak maaf” Nana menekapkan dua telapak tangan dan menyilangkan jari jemari, kemudian membuat gesture seperti tengah bakar colok. Dipotong terus ayat aku, tak sempat nak cakap apa. Huhuhuhu.

Aku dah kata tadi, kalu pompuan buat camni, konfom cair. ADOI~~!

“Ok.. ok… cepatlah masuk kedai mamak ni, saya dahaga sangat…” Masa ni aku terpikir, kenapa aku tak masuk dan lepak terus je dalam kedai??? Konon-konon dramatic ala jiwang laa tunggu kat kereta. Heh, lucu gak aku ni kadang-kadang yer. Aku campak puntung rokok ke tanah dan memijak-mijak lepas geram, sebab tak dapat nak lepas geram kat Nana, tak sampai hati dohh.

Sambil berjalan menuju masuk dalam kedai…

“Awak memang hisap rokok ker??”

“Aah. Bukan awak tau ker?”

“Saya rasa saya tau, tapi ini first time saya nampak awak hisap rokok depan saya.”

GULP! Terlupa pulak, aku tak pernah nyalakan hatta sebatang pon depan Nana. Hari ini dalam sejarah, sebabkan terlalu lama menunggu, aku tak sempat nak amik kisah hal-hal kecil camtu. Tak sempat nak konon-konon jaga imej diri.

“Takpe, tak penting pon. Sekarang awak dah nampak, hehehehe.” Aku memberi ayat buat tak tahu, walhal dalam hati dah termenyesal. Cis cis cis cis.

“Saya tak kisah sangat, tapi saya harap awak tak merokok sekejap lagi…”

Terkejut aku dengar ayat Nana camtu. Memanglah aku tak menunjuk depan Nana, tapi untuk dia membawa isu itu seperti satu isu yang besar, bukan seperti Nana yang aku kenal. Mesti ada apa-apa nih… cuaknya.

Berdebar-debar bergegar-gegar.

Aku turut saja langkah Nana, tanpa sepatah kata pon keluar daripada mulut kami berdua. Yang kedengaran cumalah hingar bingar suara orang lain dalam kedai itu. Dengan mamak-mamak pekerja yang berlari ke sana sini, sibuk mengalahkan menteri. Tapi masih ada banyak meja kosong, pelik jugak kenapa Nana tak duduk je. Nak duduk kat sudut kedai ke ni? Privacy?

Hinggalah kami sampai ke sebuah meja, barulah aku tahu jawapan sebenarnya. Kenapa Nana tak kasi aku merokok, kenapa Nana tak berhenti kat meja kosong tadi, dan paling utama… kenapa Nana nak jumpa aku sangat-sangat.

Sebabnya, di meja itu, duduk seorang lelaki dalam 50-an, berpakaian baju melayu biru pekat dan seluar slack hitam. Ada sedikit uban di kepala dan mukanya iras-iras seperti Nana.

Sah… aku rasa aku tahu siapa lelaki ni.

“Lan… Ini ayah saya.” Suara Nana tersangkut-sangkut, semacam takut.

Erk! Tepat sekali jangkaan aku. Aduh, bala apakah yang bakal menimpa aku sekejap lagi. Kena bertenang ni. Walau apa pun terjadi, aku akan pastikan nafsu amarah dan emosi tak menguasai.

“Assalamualaikum.” Tegur ayah Nana, sambil menghulurkan tangan. Daripada nada suaranya saja aku dah tahu lelaki ini tengah bengang, menahan marah. Pandangan meleret melampaui aku itu membuatkan bulu roma aku tegang semacam. CUAK!!!

Aku balas salam ayah Nana, dan menyambut tangan, tapi cepat-cepat ditarik. Terasanya aku… takpelah, nak buat camne kan. Takkan aku nak maki hamun kata kurang ajar pulak. Gilo apo.

“Ok Lan, duduk dulu. Order apa-apa air. Nana, boleh balik dah. Mama tunggu kat rumah.” Mendatar jer suara ayah Nana ni. Siap suruh Nana balik. Waduhhh makin cuak aku. Aku telah kene set up????!! Menyesal datang. Menyesal, menyesal, menyesal!

“Datang asing ke tadi uncle?” aku saja bertanya untuk nampak mesra.

“A ah.”

Pendek gila jawapan. Haih…

Aku pandang Nana yang masih tercongok sebelah ayah dia. Macam taknak balik. Mungkin dia risaukan aku kot.

“Nana, pergi balik. Ini urusan lelaki. Now. Balik.” Tegas sungguh ayah Nana.

Nana mengangguk lemah, dan membuat lambaian kecil kat aku. Aku cuma mampu tersenyum dan mengangguk, tanda paham. Tak berani aku nak balas lambaian Nana depan ayah dia yang tengah panas, panas dan panasss tu. Hish.

Seelok Nana hilang daripada pandangan…

“Ok. Uncle straight to the point. Boleh tak jangan jumpa Nana lagi. You tau dia dah tunang kan?” kata ayah Nana.

“Erk.. saya..” aku memang tak tahu nak balas jawapan apa.

“Syed, tunang Nana, ada jumpa uncle this week. Dia kata you jumpa dia dan maki-maki dia, all that stuff. Kenapa buat camtu?”

Aku tergamam. Bila pulak aku maki dia??? Memang dasar penipu agung!

“Saya tak pernah maki dia uncle..” jawab aku lemah.

“You suka Nana?” tanya ayah Nana semacam tidak menghiraukan jawapan aku.

“Suka kawan, not more than that.”

“Habis tu kenapa kacau hidup dia? Kenapa you insult Syed?”

“Saya cakap dah tadi uncle, saya tak pernah maki dia. Dan tak pernah kacau hidup Nana pun. Kawan-kawan je.” Aku cuba membela diri.

“Kawan mana buat perkara macam ni!”

“Erk.. saya cuma tolong kawan yang dalam kesusahan. Kawan yang datang jumpa saya mintak tolong.”

“You nak tolong apa? Takde perkara yang menjadi masalah sekarang, kecuali you kacau anak I. Right now, im being very considerate, jangan kacau Syed, ataupun Nana.”

“Uncle, masalahnya sekarang, Nana bagitau saya yang Syed buat perkara tak elok kat dia.”

“Nana pernah bagitau Uncle. Tak boleh pakai. Dia tengah unstable. Simple as that.”

“Uncle nak dismiss kata-kata anak uncle sendiri macam tu?”

“Dia anak uncle, so jangan nak bagitau uncle camne nak ajar anak!”

“Sigh…”

“Sekarang, uncle tanya lagi. Boleh atau tidak you jangan kacau diorang?”

“Uncle…”

“No no no. You jawab boleh atau tak saja. Uncle taknak buang masa. Banyak kerja lain lagi.”

“Erk..”

“So sekarang camne? Uncle taknak you contact Nana lagi.”

“Kalau dia yang contact saya?”

“Then you kena ignore dia.”

“Sigh…”

Ayah Nana merenung tajam ke muka aku. Terasa bahang panas kat seluruh wajah, terutamanya part telinga. Merah jer. Kalau dengan Syed mungkin aku boleh berbahasa lagi, tapi dengan orang tua, sebabkan rasa hormat, memang aku terkedu.

Sekarang, apa yang perlu aku buat kawan-kawan pembaca sekalian???

Adakah aku perlu menurut kata ayah Nana? Ataupon adakah aku perlu bertegas dengan pendirian aku? Adakah berbaloi kalau aku mempertahankan prinsip aku untuk menolong kawan? Pikiran aku berkocak-kocak!
Lama jugak aku berfikir. Dan terdiam. Dua-dua senyap. Cuma bezanya, aku kena kasi jawapan, tetapi ayah Nana hanya perlu dengar jawapan. Tak pernah lagi dalam hidup aku, konflik sampai ke tahap melibatkan ayah atau mak ni.

“Saya tak boleh buat macam tu uncle…” Entah kenapa aku terjawab camni. Mungkin terasa diri ini masih susah nak melepaskan Nana begitu saja.

“Expected. Ok. Uncle tak nak pakai kekerasan, so uncle buat camni.”

Dikeluarkan satu buku check. Hahh????

“Baper you nak?”

“Uncle! Saya bukan nak duit.”

“Uncle tahu. Tapi duit ni catalyst. Cepat sikit kerja.”

Aku menggeleng kepala. Terase macam nak nangis bila tengok keadaan camni. Memang terdesak sungguh ayah Nana untuk menyingkirkan aku dalam hal ni. Terasa hina sangat aku ni pada pandangan ayah Nana. Kalau lah aku ni mata duitan, aku kasi amount yang gile-gile!

“Oklah uncle. Saya back off. Kalau sampai camni uncle tak nak saya tolong Nana.”

“Baguslah kalau you sedar sendiri. Nobody needs your help.” Pedih betul dengar ayat ni. Ayah Nana menyambung, “So, mulai esok, no Nana in your life. Understood? Uncle puji you satu perkara, sebab you tak ambik duit ni.”

Aku merenung, kesedihan. Tiada kata yang dapat aku luahkan masa nih, hanya kedengaran bunyi nafas aku saja. Aku cuba nak berkata…

“Saya—“

“Ok, eh, apa nama you tadi? Anyway, uncle balik dulu. Ada hal lain. Nice to meet you. Hope I will not ever see you again.” Dan bingkas ayah Nana bangun menghulurkan tangan ke aku. Nak tak nak, terpaksalah sambut dengan hati yang berat.

Berlalulah ayah Nana tanpa sebarang perasaan, dan tinggallah aku kepasrahan. Aku terpaksa telan semuanya, lagipon aku sendiri yang buat keputusan macam tu. Dah tak mampu nak buat apa dah… Semuanya berlalu dalam waktu yang singkat sangat dan semudah itu pula ayah Nana berjaya mensaikokan aku.

Perjalanan pulang aku hari tu terasa sangat jauh dan memeritkan. Dalam hati pulak, aku terjerit-jerit macam orang gila, tapi di mulut terkunci tiada kata.

Haram sungguh!!!

39 comments:

Anonymous said...

aku yakin betul aku adalah pembaca pertama!
akhirnya muncul jua episod baru yg aku tunggu..
cuma sedikit kesal..
kenapa lan menjadi begitu lemah?
mana hilangnya semangat nak tolong member?
atau adakah hanya kerana ayah nana lebih terror saiko dari lan?

-kaki cuba gebang-

Anonymous said...

nampak macam pengarang dah nak endingkan cerita ni..
adakah cerita lain akan menyusul tiba?
takpela, encik pengarang jangan bersedih hati..
bila satu pintu tertutup, pintu lain masih terbuka? dah jumpa pintu baru?

sekian..

-kaki anti gebang-

[rikku] said...

saiko nye...huhuhuhu!!~ yg membace pun cuak bak..mmg superletop la bapak si nana tu..ni kes suke bakal menantu drpd anak..sakit ni..

[re-arrange] said...

....

aku tak reti nk komen camne. btw.. tahniahlah.. ko tak amek duit. dua.. ko still dapat respek org tua. aku rasa kalau aku kat situ.. dah letop dah..

but then.. if this is what syed is planning.. he isn't playing a fair game. not even close to fair!

dan baru skang aku paham nape status2 ym ko sll jiwa kacau. huhuh..

play the game or leave the game. if i were u.. i leave the game.. (tapi itu la yg membezakan aku dgn ko kan? hahaha!)

nagacyber said...

haih.. sedey nyer.. sob sob
patut la kene trauma jiwa kacau

Anonymous said...

dang!mcm drama swasta lak aku rasa..aku sokong re-arrange tuh...u better leave it sbb obviously it won't bring u any good plus bila ayah dia dh masuk dalam itu gambar..kenapa aku rasa yg ko ni mcm nakkan nana more than a friend??hehehe...

anyway bro,sempena bulan pose nih..apakata ko mintak petunjuk utk jiwa ko yg meracau tuh..aku mmg saspek la ko tak amik duit tuh...nampak sgt ayah dia tuh tak pikir panjang..ko doa² la agar ayah dia tuh nampak jugak the
dark side of syed tuh...

Anonymous said...

bro snub,

walaupun lu suda melakukan satu perkara yg baik dan sesetengah orang tidak dpt terima, biarkan shj. tp DIA maha adil. pasti ada balasannya. pasti.cuma lambat dgn cepat shj. kalau bukan dihayat sekarang, tentu di hayat lain. sabar je la....

gua mau bg tau satu perkara sama lu...gua punya mentor dulu pesan...DIA telah bgtau, lelaki yg baik adalah utk perempuan yg baik dan sebaliknya, perempuan yg baik adalah utk lelaki yg baik. mentor gua pesan lg, kalau kita mau jodoh (perempuan @ lelaki) yg baik, kita mesti jadi baik dulu. mana boleh kita je nak jodoh yg baik, tp diri sendiri tarak baik.
ada betul ka gua ckp ini? Ini tidak adil!! so, sendiri mau ingat la....

dalam lu punya kes sekarang....gua tak tau nak ckp apa la...sbb gua bukan orang yg baik sgt pun utk bgtau lu sapa yg betul, sapa yg salah...kalau gua bgtau, sapa akan ckp gua betul??gua sendiri pun tak tau...

tp gua puji lu punya tahap kesabaran...biasa la..zaman sekarang semua materialistik dan plastik. semua bertopengkan wajah2 kemanusiaan shj.

bro snub,

mentor gua juga ada berpesan, kalau seorang bapak sayangkan anaknya, dia akan marah setiap perbuatan anaknya yg salah walaupun dia pasti akan dibenci oleh anaknya yg tak tau apa2. tp kalau dah bapak tu tak sayangkan anaknya, dia akan terus biarkan dia punya anak hanyut dalam dunianya sendiri. sama juga denagn seorang kawan. so, sendiri mau ingat la...

p/s: kalau gua, gua suruh pakcik tu tulis dlm 20K ke 30K...lepas tu gua masuk pinang itu nana la....masyuk2...kalau tak pun...gua angkat satu superbike yamah R6 .... itu nan gua boleh carik lain punya nana.....muahahahhahahaha

maka sekian lah adanya dari gua....

gua ucap selamat,
FEQA

p/s: ini bukanlah satu pegangan yang total....sekadar pendapat suku sen shj...

suis_aircond said...

finally, but not as "fun" as the earlier post. sebijon cam drama swasta.

meet the daddy, as simple as she's unstable, for how long? seorang boleh jadi seorang yang very protective, tp ayah nana ni dah masuk bab dungu, x reti menyiasat langsung ker.

Anonymous said...

assalammualaikum lan..
for the first time i would like to leave a comment here.. selama aku dok baca citer2 ang ni.. sampai part ni mmg aku pun dapat rasa apa yg ko rasa.. there's a story behind every friendship, each friend we make is a start of each story.. ur story with nana had a wonderful beginning.. and i was hoping this story never has an ending.. anyway, aku doakan sempena bulan ramadan yg mulia ni, semoga ko tabah menghadapi segala dugaan,never borrow trouble k, imaginary things are harder to bear than real ones.. dun let people set ur standards.. juz be urself, plg penting ingat tuhan selalu.. amik kesempatan di bulan puasa ni utk tenangkan hati.. selamat berpuasa...

kind regards,
fly_egirl

Anonymous said...

Lan,

nasihat aku, bahagiakan hati sendiri dulu, baru pk pasal hati org lain.. wat ape ko nak happy kan hati nana if hati ko sendiri yg sakit..

lg 1, ape la motif nana bawak bapak dia jumpa ko?

Jojo said...

aku rasa ade kepentingan tu. bapak nana ada kepentingan ngan bapak syed ke.. 2-2 business man ke, so in order utk dapat harta bapak syed, bapak nana kena jadik haram jadah macam tu ke.. bla bla..

aku tak rasa lak citer Nana ni tinggal lagi 2-3 episode. So, mesti ko nak panjangkan lagi citer ni.. btul tak? agagaga

sembah!

squallion said...

sigh..aku tak mampu nak komen. tapi aku happy tgk ko dah ceria skrg..hehehe..SIAL LA SYED! Arghhh!!! Opss..sori..

Hani Mialystic said...

watever la bapak nana wehhhhh

iktkan hati mintak je riban2.hahaha. bagi benkrap tgk ape syed tuh leh wat.hahaha!

khairul said...

hebat kawan saya ni ya... track records utk jadi psychiatrist sungguh cemerlang.... kewl2...

qwerty said...

Dude,

U brave dude, I give u dat. Overall u still did fine to me.
Neways, wat u got to loose bro.... go for it !

Lets asses the situation, klu ko teruskan....... u migh win or u migh loose nana.
Tapi klu ko stop skarang u have already loose her and worst, u'll neva know wat can happen.
Thats not the way to live life bro..... not by guessing wat should have been !
So... wat u have got to loose......

Hmm...... citer nie dah lama kan ??? Anggaplah saja comment di atas sbg antisipasi drp pembaca ko terhadap post seterusnye :-)

Chow !!

Anonymous said...

Be urself until the end of ur life, my friend. Stand firm and cool. Use wait-and-see method. Be an opportunist. Kalau Tuhan nak balas tuh, memang cepat balasannya, sedar ataupun tidak, Insya Allah. Lebih-lebih lagi tetengah Bulan Ramadhan Mulia ini, lagi laju balasannya (terhadap perbuatan samada baik atau tidak).

You cool, Nadlan. You are cool!!!!






Macho

Farah Wahidda said...

erm...gile bongkak bapak nana tu. apa laa yg dipkkan...isk56

takpe lan, sabar banyak2. klu dah bulat hati nak pilih jalan tu, awal kene amik pahit dan manisnya sekali. yg pasti, pahit akan manis juga akhirnya...

missdee said...

ah.. emo2.. malas aa tulis pape

girlfriday said...

Appa Nana tuh suda utang hape2 ke ngan syed? Cam ada sesuatuh je. Tak pepasal gile2 beking syed... kekompiusan haku!
Take care of ourself lan!

girlfriday said...

erk kibod keras maka urup y tetinggal.. ourself=yourself, kang maksud lain lak :D

Snubby, Don of Anime said...

kepada: korang semua yang menulis komen.

perkara: tentang komen anda.

Aku, Lan, sangat-sangat terharu dengan komen korang semua. Tiada perkataan yang mampu untuk aku reply, hanya terima kasih saja yang mampu aku tulis. Korang memang supportive, memahami situasi, dan sebagainya. Mungkin ada yang tak puas hati dan lain2, tapi apepon aku paham apa yang korang ingin sampaikan. Motivasi untuk diri aku!

Terima kasih!!!! (sambil mengalirkan air mata terharu, hehehehe poyo lak rase)

ILynn said...

snub..
biar la mule2 kene fitnah org
ko doakanlah dibuka hati ayah nana tu utk tgk yg mana betol dan yg mana salah
dan terangkanlah hati die utk percaya kat anak sendiri

lg satu
sambil dlm bulan ramadhan ni
ko doa byk2 utk kebenaran
sbb sememangnya dlm bulan mulia ni,semua doa dr org yg berpuasa akan dimakbulkan. Insyallah...
=)

Anonymous said...

lan, nk tulis komen formal..tulis dlm word..letak attachment aa! :p
anyway, aku sokong bab yg bahgiakan diri ko dulu..like always

wei macho, lain macam je skang ni sejak duduk di bumi hijau. kene "dera" ke? hahaha

-yang x terikat-

jaja said...

abg ad,

i knew the ending but i didnt know in between things got so messy. anyways i know u. u've been thru a lot more challenging things in life so ni mesti mcm mkn kacang pis je kn, insyaAllah =)

but someone once told me, care Allah nk bgtau kite sumthing ni byk care. one of them is Dia sshkn satu jln tu so that kite amik jln lain. doala Dia tunjukkan kite semua jln yg sepatutnye kite amik, insyaAllah.

Genjo_Sanzo said...

Snub, aku sekarang dok Bangi.. bandar Baru Bangi seksyen berapa ntah.. Dari highway seremban, masuk ronabot kul 12, pastu kat ronabot lagi satu tu kul 12, betul2 depan Petronas ada trafik light, masuk kanan. Tu seksyen berapa aaa?

Aiyooo Snub.. Mana pergi lu punya salam mesra? Astagaaa... Penat2 je bagi pengeras.. Tapi in the moment of truth, trus lupa..

Orang yang jenis salam cepat tarik ni kengkadang join geng tiga jalur tu. Apa ntah organisasi Melayu yg tiga jalur tu. Lupa ah nama dia. Tu salah satu trademark dia kalau nak kenal member yg sama geng. Tak semestinya sebab dia tak berkenan..

Snubby, Don of Anime said...

jaja: thanks for the comforting words. huhuhuhuhu. jgn citer kat orang ending die. nnt spoil :p

genjo: GENJO!!! ko duduk kat kawasan dekat giler ngan rumah aku tuh. itu namenye seksyen 3 tambahan. same place. camne mau kontek ko???

Ilmu ko tuh, mmg aku nak apply. Aku igt lagiiii. setakat ni berjaya dlm friendly environment, tp tak jadi plak dlm hostile environment. terkedu pakcik.

name organisasi tuh 3 Line. Tak terpikir lak aku sampai camtu.. mungkin ade benarnye. hmm...

waklu said...

dey macha.. ko pegi lah setup pekene si syed plak.. soh bapak dia dok ujung bucu meja.. ko jumpe syed soh bapok dia tgk sendiri mamat tu..

p/s: kalu aku.. aku mintak 500k beli skyline wahhahahahah

GomBuX_TwiN 1 said...

heh..u need her more than a friend, is it?? hurmm...but anyhow...u did the right thing..don't worry....satu hari sure ada petunjuk..wether she really needs ur help or not.. be patient.. :)

Anonymous said...

ah benci plak aku ngan bapak nana tu.. kayo sangat ke sampai nak sogok prg ngan duit?? chett.. kalo dah kayo pi la buat amal jariah sedekah kat anak yatim.. ni nak bg kat ko lan.. membazir jer. wahahah baik bg kat aku leh shopping raya.. wahhahahah.. sori la. aku memain jerk..... tapi aku suka cara ko lan.. mengalah bukan erti ko kalah dlm hal nih..


fuzzy_2_u aka fadzyjemi

mangifera said...

alahai...sikit lagi. apa kata ko wat lari jer nana tu? amacam? power tak idea aku? kesian nana tu. nana yang suci murni tu dikasari oleh syed yang durjana. cam siti nurhaliza yang suci murni dinodai oleh misai tentekel datuk K. jijik nya~~~

aku rasa ko dah beri the best utk tolong nana, selebihnya kalau tak membahayakan nyawa ko, ko teruskan lagi. itu nilai peri kawan. since ko berahsia sgt psl nana ni, tak dapat la kami nak turut serta pergi rush bapak nana tu kasi ubah pikiran. takpun ko ajak la sepupu ko yang ramai2 tu pergi brainwash bapak nana. sound cam best jgk. hehehe.

kasi torture syed tu sampai dia ngaku. best woo. tp kena ada powerhouse player la. sepupu ko yang polis tu ada kan? pepandai la ek. still worth another shot, damn this game.

~purplechoc~ said...

sedey..
nape cmni?

Snubby, Don of Anime said...

waklu: aku tak reti aa buat camtu.

gombux: need her more than friend? maybe. tapi lepas insiden ni, tak langsung.

fuzzy: stuju. Lose the battle but win the war.

dueng: tak pernah aku bwk lari anak orang dohh. hahaha.

purplechoc: dah takdir cenggini. accept jer lah. Huhuhuh.

Anonymous said...

Hmmm... berdasarkan komen ko, aku rasa, Nana yang buat hal kan? Hahahahaa...










Macho

Genjo_Sanzo said...

012-7678456
Memalam leh minum2 & lepak sesama.. Aku tgh sangap gila. Hosmet semua jenis rajin gile karja sampai balik malam gila.

(Gadis kat stesen PETRONAS tu ke yg dulu jadi isu tu? Mcm menarik je.. Tu yg seronok je isi minyak.. Wahahahah!!)

Snubby, Don of Anime said...

hahahahaha. boleh2. akhirnya ade gak geng lepak meminum sambil menimba ilmu.

gadis petronas tu dah bertukar, tp gadis skang pon mcm boleh tahan menariknya. ko stuju ngan aku tak genjo?

genjo_sanzo said...

Stuju.. Stuju.. Kalau bukan sebab dihalang kaunter pembayaran tu, dah lama aku terkam dia.. Nyiaaa~~~!!

Anonymous said...

sedeh gler episode nie...btw,gadis petronas maner korunk cter nie???yg kat umah ko tu ke genzo???

Anonymous said...

encek snub!!!kenapakah begitu mudah mengalah??tapi bapak si nana tu betul2 kurang assam!!sampai ati ek die tak caye kat anak dia sendiri...tapi asal bapak dia tu nampak cam desperate sangat ek?best sangat si syed tuh??tapi yang pasti, takkan kau nak tinggalkan nana gitu je?tak sian kat die ker??

-mizz_aszni-

diane said...

hye mr lan..
aku tak rase kau anggap nana as a friend,tul tak??she's more than a friend..skunk kau cuba mengiakan kepalsuan dan menidakkan kebenaran..ssh kn..hmmmm..kau cuba tipu diri kau..da la,life must go on..she's not worth it,get ur closure..say 'NEXT' and muv on...