Sunday, September 17, 2006

Bahagian 16: Yang Busuk tetap Busuk.

Teman.

Siapa dalam dunia ni yang tak perlukan teman?

Maksud teman itu sendiri tidak terhad pada pasangan. Rakan juga teman. Keluarga pun teman. Cikgu pun teman. Sesiapa saja yang sudi bersama kita, baik masa-masa gembira mahupun sedih, dikira teman. Itulah istilah teman dalam hidup aku.

“Tapi ko takde hak untuk teman dia!” teriak suara garau di hujung talian.

Aku kekosongan, minda dan jiwa serentak. Kenapa aku tak berhak meneman dia? Lagi-lagi dalam masa macam sekarang. Lagi-lagi pada masa dia tengah kesusahan. Itulah tanggungjawab TEMAN!

“Aku mintak maaf kalau aku buat ko marah.. tapi—“ aku cuba membalas, hanya untuk dipotong oleh suara garau itu.

“Tapi apa lagi!!??? Ko tau ko buat aku marah, tapi apsal ko buat jugak?” sambung suara garau tersebut.

“Aku cuma teman dia pergi tengok wayang jer! Bukan berdua pulak tuh.” Kata aku cuba membela diri.

“Berdua ke tak berdua ke, kalau aku cakap ko takde HAK, maknanya ko takde HAK!” marah benar suara garau tuh dalam talian. Kalau aku berada depan dia sah-sah aku kena baham tanpa tinggal sikit sisa pun. Walau bagaimanapun aku cuba bertenang. Api lawannya air, kalau disimbah minyak lagi lah menjulang.

“Mende dah terjadi… aku takleh pergi ke masa dulu untuk TAK TEMAN dia. Bawak bertenang lah sikit. Cakap dalam keadaan marah, ape pon tak setel.” Aku cuba menenteramkan sang pemanggil.

“Ok. Sekarang, aku kasi sikit toleransi kat ko. Betul ko cakap, dah lepas. Tapi lepas ni aku taknak ko jumpe Nana lagi. Dia tunang aku. Bukan tunang ko. Bukan awek ko. Paham ke tak nih?” gertak suara garau itu. Syed.

“Aku paham dia tunang ko, tapi ko kene—“

Dan aku kene potong lagi….

“Ko ni benak ke? Ko ni pendek akal ke ape? Terencat!!? Ko ni belajar agama tak? Apsal ko nak tapi-tapi lagi. Ustadz ko tak ajar ke tunang orang jangan kacau? Mak bapak ko tak ajar ke???”

Bertubi-tubi soalan daripada Syed. Bukan soalan tapi caci makian. Aku tau Syed tidak mengharapkan jawapan, asalkan dia puas menghentam aku. Dah main mak bapak… terasa nak marah jugak. Teringat pesan arwah mak aku, dalam keadaan tegang, kita kena bijak memainkan peranan. Dalam apa jua hal. Tak jadi aku nak mengamuk…

“Encik Syed. Aku taknak cakap panjang dengan ko pasal ko tengah marah. Tapi aku nak ko tau satu perkara. Aku tak kacau tunang ko. Aku tak flirt, aku tak ngorat, aku tak mendekati, aku tak cuba apa-apa pon! Aku cuma jadi kawan. Ko tau kawan tu apa maksudnya kan??” giliran aku pulak cakap panjang lebar.

“Kawan kepala hotak!” tersentak aku dengar ayat Syed. Ini ke yang dikatakan orang alim? Syed menyambung ayat, “Kalau ko kawan je, kenapa sampai dia taknak jumpa aku. Sanggup jumpa ko lagi. Itu bukan namanya kawan. Ape racun ko dah bubuh kat dia pun aku taktau.”

Astaga… sampai tuduh aku meracun tuh. Sabar Lan. Sabar yang amat, pujuk diri aku sendiri.

“Kalau dia taknak jumpa ko, kenapa ko salahkan aku saje!? Kenapa ko tak salahkan kawan-kawan dia yang lain??? Silap sebenarnya. Kenapa ko tak salahkan diri ko sendiri????” aku nyaris hilang kawalan. Pantang aku dituduh mende yang bukan-bukan.

“Apsal aku nak salahkan diri aku sendiri? Memang salah ko.” tempelak Syed.

“Ko nak aku bagitau kat ko? Mana kejantanan ko???? Salah sendiri pun nak kena orang lain bagitau? Dayus. Aku panggil orang macam ko ni bodoh.” Oh, aku dah terlampau geram. Tapi aku cuba kekalkan suara aku, tidak terlalu tinggi, sebaliknya menekan.

“CELAKE! Ko memang—“


Kali ini giliran aku pulak potong.

“Memang ape??? Tak guna? Ko simpan makian ko tu, pastu tuju kat diri sendiri. Nana ada masalah dengan ko, tau tak? Aku dan orang-orang lain sekeliling dia semua cuma menyokong jer.” Hambikkkkkk~!

“BABI!” marah Syed. Agaknya kehilangan kata-kata, itu je dia mampu cakap.

“Ini ke yang orang bagitau kat aku, Syed tu alim. Macam ni ke orang alim cakap? Dah lah maki aku tak tentu pasal, apa kes pon ko tatau. Ko ni dah dibutakan dengan dunia, ko berlakon, ko hipokrit tahap dewa. Apa lagi ko nak? Stupid punya orang.”

Apa ingat aku tak pandai marah ke? Hehehe. Sabar pun sabar jugak. Tapi kadangkala, kalau air tak menjadi, kita kena pakai pasir untuk padam api. Pasir walaupun sifatnya halus dan kecil, tapi kalau dilemparkan, sakit jugak. Padam jugak api.

“Bagitau aku apa Nana cakap kat ko pasal aku.”

“Untuk apa? Supaya ko dapat marah dia balik? Ko ingat ko dah tawan hati ayah dia, ko boleh buat ape je?” bidas aku lagi.

“Celake. Kalau aku tak tau camne aku nak betulkan keadaan.” Suara Syed mula kendur. Agaknya dia lunyai kena tembakan-tembakan pasir aku kot. Lantaklah.

“Sebab tu aku kata ko ni dayus. Ok aku bagitau ko. Tapi sebelum tu aku nak tanya ko something dulu.” Kata aku.

“Tanya apa lagi? Bagitau sajelah.” Jawabnya.

“Ko tunang dia kan? So ko tau perbezaan antara tunang dengan dah kawin?” tanya aku.

Syed diam. Dia tak menjawab. Agaknya dia dah dapat tangkap apa yang aku cuba sampaikan.

“Skang ni kenapa ko diam? Ko tau ke tak?” desak aku lagi. Kalini aku tinggikan sikit suara.

“Kalau aku cakap tau?” soalan aku dibalas dengan soalan.

“Kenapa ko cakap KALAU? Ko ni belajar agama ke tak? Ustadz ko tak ajar ke kat sekolah?” aku memulangkan paku buah keras.

Dia terdiam lagi.

“Syed. Kalau ko nak tau, baik aku bagitau ko secara berdepan. Cakap kat telefon ni tak sesuai. Aku tak nampak ekspresi muka ko. Aku tak tau kalau ko dengar sebabnya, ko buat acuh tak acuh atau amik serius.” Aku menyambung ayat, sebab Syed diam.

“Heh. So ko nak ajak jumpa lah ni? Berani jugak ko ni. Tak takut kena pukul?” terdengar sedikit gelak kecil daripada Syed. Merendahkan aku yer.

“Aku memang tak berani jumpa ko kalau aku takde ilmu. Sekarang camne?” gertak aku pulak. Nak tergelak pun ada, bila masa lah aku ade ilmu-ilmu nih. Tapi penipuan yang baik tak akan dikesan. Harap-harap Syed terasa gerun…

“Hmm.. Ko datang tempat aku.” Balas Syed. Aku tau kenapa dia ajak ke tempat dia. Sebab dia sudah termakan gertakan aku. Dia takut. Dia akan rasa lebih selamat kalau berada kat kawasan dia sendiri. Kalau apa-apa jadi, senang orang nak capai dia. Loser sungguh dia nih.

“Takut ke nak datang tempat aku? Bangi je bang. Ko yang nak tau sebab, ko kena datang jumpa aku lah. Lagipon aku baru pindah Bangi ni, so ko tak perlu risau. Aku takde geng untuk dipanggil pukul ko. Kalau Shah Alam atau Subang mungkin.” Gertak aku lagi. Pancing jangan tak pancing. Orang yang dikelabui dengan seks dan dunia ni memang senang nak diputarbelitkan.

“Ok. Aku datang. Kat mana?” tanya Syed.

“Esok. Kat seksyen 15, tau? Restoran mamak Farees. Petang. Ko SMS aku saja nanti.” Aku memberi cadangan.

“Tau. Siaplah ko besok.” Giliran Syed menggertak aku. Heh, ingat aku takut? Insya Allah takde apa-apa. Berani aku bertempat. Bukan semberono.

“Ok. Ada apa-apa lagi?” tanya aku tenang.

“Takde. Esok kita citer.” Jawab Syed dan terus meletakkan telefon. Takde salam, takde apa. Kurang ajar sungguh.

Aku menghela nafas panjang. Lepas satu perkara. Badanku terasa menggigil lagi menahan kemarahan. Telinga aku panas, jelas nampak merah dekat cermin. Dulu masa kecik-kecik, aku ni cepat marah. Silap sikit je aku marah. Tapi berkat didikan arwah mak aku dan ayah aku, campur lagi masuk sekolah asrama, aku berjaya kawal kemarahan aku, dengan kadar yang banyak! Sampaikan sekarang, orang susah nak nampak aku marah. Cuma bila dah terjadi tuh, bahaya jugak lah. Insya Allah takde apa…

Mana laa ayah Nana ni jumper si Syed. Bagai jatuh ditimpa tangga. Ayah tegas tak bertempat, tunang pulak sang hipokrit nombor satu dalam dunia. Aku pernah jumpa ramai orang yang hipokrit, tapi kes ni lain sama sekali. Memang berlakon habis-habisan, tapi dengan aku, semuanya terbongkar. Syed dah tunjuk sifat sebenar dia.

Kesian aku kat Nana.

Dan aku pelik, macammana Syed dapat tahu cerita aku dan Nana. Mana dia dapat nombor telefon aku. Aku syak sama ada dia paksa Nana, atau seseorang yang ada nombor aku dan berkait rapat dengan Nana kasi. Linda lah sapa lagi. Tapi aku tak berani nak tuduh. Esok aku akan tanya.

Sebut pasal esok, aku terbaring atas katil menatap siling. Apa aku nak cakap? Apa aku nak buat kalau keadaan jadi teruk? Tawakal sajalah… aku pun pandai berlakon jugak. Kena berlakon orang ada ilmu lah camni. Macam mana agaknya rupa orang berilmu di dada. Haih.

Petang tu merupakan petang yang kacau. Mengimbas kembali sebelum Syed call, sedang aku tengah lepak-lepak berseronok tengok anime, tetiba dapat panggilan, nombor tak pernah nampak. Angkat-angkat je, tanpa salam, terus Syed tu tanya aku camni.

“Ko Lan?”

“Ye saya. Siapa nih?”

“Aku Syed. Tunang Nana. Jangan kacau dia lagi.” Masa ni suara Syed masih tenang.

“Erk. Syed ke..?” aku terkejut.

Dan selepas itu, Syed terus soal siasat aku macam orang gila. Diselang seli dengan kutukan pedih. Hinggalah sampai ke part dialog seperti aku tulis kat atas mula-mula tuh.

Tak sanggup aku nak tulis semua yang Syed cakap… Cukuplah sekadar apa yang aku dah tulis tadi.

Lama sedikit selepas mendapat panggilan hangat daripada Syed, aku memandang telefon. Perlukah aku beritahu Nana tentang apa yang terjadi? Atau aku tunggu saja selepas tragedy esok hari?

Dalam keadaan dilema tu, tetiba aku dapat SMS. Daripada Nana. Macam ada satu kuasa pulak yang menggamit Nana untuk SMS aku masa kritikal camni.

Hai Lan. Sihat ke? Petang ni taknak jogging?

Aku tersenyum je baca SMS Nana. Tak jadi aku nak bagitau dia dulu. Mood Nana macam tengah elok. Taknak aku keruhkan keadaan.

Sihat je. Petang ni.. hmm, takpelah. Takde moodlah Nana.

Itu jer yang mampu aku reply. Dia tak tahu aku baru lepas kena serang ngan Syed.

Aduh… JIWA KACAU lah beb!

44 comments:

id_z3r0 said...

nie yg buat x sabar nak tunggu part seterusnya....isk..apa la jadi agaknya yer...jeng..jeng...jeng...cepat update weh...

nostradamus said...

memang tak guna punye jantan..
kesian nana, dpt tunang camtu...

bagus lan ko jumpe dia ko kasi educate sikit jantan tuh.. ingat bagus sgt ker... baru tunang jerr laa...

otai subang said...

fuh ganas ganas.. oi ajak aku skali pegi jumpe.. mana tau kot kot bleh aku tolong call ambulans wakkakakaka.. ke dah lepas sume ini~~!! kayu baseball aku dahagakan daarahhh

Anonymous said...

YOU ARE SHIT MOTHER F****R!!!!, SYED!!!! ALIM KONON!!!! It seems that you have balls disturbing my dear fellow friend. Ko tunggu la aku balik.... Lan, I'm with ya!!










Tastaghfirullah, did I cursing?

Macho

aznirul said...

WTF???
menggunakan topeng agama.. ramai dh makhluk camnih.. kalau aku ada kuasa.. dh lama aku bakar jer orang2 camni..

!@#$%^&*

Hani Mialystic said...

hehe

chaiyok sedare lan

semoge sedare lan berjaya menyedarkan tuan syed yg alim itu

utk kebaikan sedare lan dan sedari nana juger.

amin.

next!

Snubby, Don of Anime said...

idzero: tunggu ari rabu, akan ada update.

nostradamus: educate? hehehe. nantikan bahagian 17.

otai subang: oh mende ni dah lama dah lepas. Tah camne berjaye lak aku harungi sorang2. Cuak pon ada.

macho: Hahaha, siap sumpah seranah lagi ko nih. Dah lepas dah macho, ini cerite harituh, cerita dulu2. Cerita Klasik...

aznirul: kuasa macam mana maksud ko? kuasa macam xmen ker? Huhuhuh. Jangan kata ko, aku pon nak ada kuasa cenggitu.

hani: Hehehe, perkara dah lepas, tunggu jer hari rabu, utk bahagian ke 17 nnt.

Dan buat semua yang membaca komen ni... Komenlah lagi. Komen anda merupakan motivasi saya untuk meneruskan cerite. Kita kasi sumer post dpt komen lebey 30! Muiahahahahaahaha.

squallion said...

isk isk..dayus sungguh. hati aku panas je baca kutukan + cacian si syed tu kat ko. apa dia ingat dia gagah sgt? berani gertak² kawan aku..isk..geram nih..geram..

Khairul said...

dude... benda nie dah lepas ke blom??? nak ajak teman2 sama2 memukul? dah lama tak buat keje ni.... keje baik laa maksud aku... pukul memberi nasihat...

nur_za said...

waahh.. sungguh hebat. pdnla ko asyik jiwa kacau. ish3x.. sungguh dayus org itu.. kalao ko jiwa kacau lg YM jela aku ye.. hehe

[re-arrange] said...

*sigh*

ade lagi makhluk camtuh..

aku setia menunggu update camne ko basuh syed si dayus itu.. kamon2~

ReEN said...

yeah chaiyok Lan...kalu aku mmg aku basuh sebersih2 nyer...biar ilang sume gatal2 die tu...

next episode please..isk x sabo dah ni...

aeisya said...

wah! kesiannya. hailah..susah sungguh nak berkawan ni rupenye ye.
ye bahasakan syed tu, bahasakan cukup-cukup. yah yah!
ops sori. teremo.

Snubby, Don of Anime said...

squallion: die ingat die gagah sangat laa tuh.... huhhuhu.

kerol: mende dah lepas beb. lama dah terjadi. hahahaha. aku tak suke aa pukul2 ni cewah.

nurza: slalu jiwa kacau? ade gak orang yang perasan aku kekacauan kejiwaan rupenye..

rearrange: ada~!!! in fact, baru tadi ade orang ym aku ckp die pon pernah mengalami situasi sebegini. jangan memain. huhuhu. update pasni hari rabu. insya allah.

reen: kalau senang nak dibasuh takper gak, tapi ini kes susah mau basuh. tahap kotoran degil laksana dewa najis. huhuhu. next episod? ari rabu, insya allah.

aeisya: BTOL! nak berkawan pon susah. Ada jer mata-mata yang jeles. Ade jer orang yang tak paham bahasa. Memang syed tu telah dibahasakan habis habisan.. tapi.. tunggu~!

More comments please~~ Hahahahha.

deraman said...

ni sahaja kata2 yg dpt aku luahkan

"Apa salahku...Kau buatku begini
Dalam dilema...Di antara jalan derita...Tidak pernah kuduga
Ini semua terjadi

Oh!.............."

kasi layan saja

Farah Wahidda said...

wah..sungguh berani si syed tu menyerang2 org dlm phone! bagus lan. org kurang ajar mmg kene lyn kurang ajar gakss...

!update

Anonymous said...

siot tol jantan bernama syed tuh...tah mcm mana la bapak si nana tuh leh berkenan kt mamat sekor nih...hopefully u guys tader la sampai bertumbuk...bodo punyer olang!

Anonymous said...

siot tol jantan bernama syed tuh...tah mcm mana la bapak si nana tuh leh berkenan kt mamat sekor nih...hopefully u guys tader la sampai bertumbuk...bodo punyer olang!

Snubby, Don of Anime said...

deraman: ni lirik lagu mana lak ko petik?

farah: hehehe btol2. api dibalas pasir. hahahaha. update hari rabu, insya allah.

anonymous: bertumbuk? Hehehhee, tunggu jer nnt. tau ler tumbuk ke tidak.

15 said...

aku saja nk bagi cukup 30 lebey ni ko punye komen...cukup tak lg snub??????...pasal si syed tuh, aku rasa dia ni gila lah berlakon alim alim dinosour nih...ko kate mende nih dh lepas...sape yg msk icu? ko ke syed? ke pakcik kat kedai mamak tuh???ke kucing yg melintas masa tu???ke jiran aku????cepat la update...hohohohoho


kamon2...

Anonymous said...

nony rase brader lan kne kuat semangat...jgn asyik jiwa kaco..nnt tindakan x ikut akal tapi ikut hati...hurmmmm....wut is da next??

Dila said...

all this is very sad and depressing..knowing.. what could be.

Anonymous said...

bro Snubby,

Lu ckp sama itu Syed, "lu lelaki dayus....kasi potong lu punya barang bg anjing makan lg bagus"

To bro syed...lu punya lakonan sgt masyuk la....ingat boleh dpt hadiah kereta kot dari lu punya bakal bapak mertua??
gua pun berlakon juga beb....tp takde la dayus macam lu...

p/s: Sorry bro snubby...gue suda paneh sama itu syed nih....

dr gue,
FEQA

Anonymous said...

bro Snubby,
lupa mau pesan sama lu...
lu jgn susah2 hati bikin jiwa kacau....
better lu aaa ... suka2 hati bikin kacau jiwa sama awekz2 lain aaa.....

p/s: bikin awekz2 jiwa kacau sama lu lg syiok maa...tada peneng2 punya....

dr gue,
FEQA

F00 said...

lan,
untuk menjadi seseorang yang hebat, manusia cuma perlukan segala pengetahuan, sekuat perbuatan, dan takdir yang baik.

and i think you are in the right track.

i really do =)

Anonymous said...

Lan... ko tak steam roll kat Syed tu ke?

diyana88 said...

hallo bro,

hmm..sy kira mcm pembaca n peminat setia blog bro ni..lucu juga membaca al kisah bro ni..

but anyway, sy pun tulis la comment ni bagi membakar semangat bro utk menulis lagi yea..

and i want to thanks a lot to you bcoz i've learn so much from your blog-especially abt how men think.

senantiasa menanti episod seterusnya..bro telah memberi inspirasi utk sy membuka blog sendiri tapi bila fikir kn semula mcm xda apa2 yg menarik nk dikongsi..nnt la,tgk mcm mane..

lastly..thank you bro..

Anonymous said...

giler deraman..hafal lagu nora-persimpangan dilema tuu..asal ko tangkap lentok je skang ni..kat tpt futsal..dlm kete..blog snub pon ye gak

Anonymous said...

ikut rase binase, ikut hati mati...
haih..inilah dilema seorang single...

Snubby, Don of Anime said...

15: ko tanye sape masuk icu? jawapannya hari rabu nnt. tunggu.

nony: terima kasih cik nony di atas nasihat anda.

dils: ah, ko dah tau.. luper lak. tp teruskan membaca yer.

Feqa: wakaka, gua punye method aaa, bukan maki maa. Gua suka kasi ayat2 pedas. Kasi bakar. Sampai orang tu terasa marah gile babi, kemudian gua siram ngan air dan ketulan ais sekaligus! Terima kasih FEQA.

Snubby, Don of Anime said...

foo: aku bukanlah nak jadi manusia yang hebat, cuma manusia yang beradab je.... TQ yer.

anonymous: steam roll? tak perlu. aku kasi die flying back kick heel and toe je. Wakakaka, panjang la plak name.

diyana88: terima kasih kerana sudi membaca. Pemikiran lelaki sebenarnye adalah sangat direct. Huhuhu.

anonymous: deraman mmg jiwang.

anonymous lagi: HAHAHAHAHAH, aku tau. Tiada orang lain yang tau ayat 'dilema seorang single' cuma kau sorang jer ADAM! Jangan curik ayat aku~~!

nagacyber said...

hmm.. impressive~! mmg terserlah kejantanan snubby.. kene lah selalu macam ini.. ahah

tapi nak tau kesudahan dulu.. baru nak komen lebih2 sket.. eheh

sok post cerita awal2 sket

missdee said...

lan.. caner nk komen ek.. erm.. yg pasti lan x salah ah.. nana tu nmpk mcm melayan lan sape suh.die yg ajak2 lan kan.. lagipun korg kawan aje.. jumpe syed nnt.. kasitau die elok2.. kasi dia paham sket.. alim ape macam tu. setakat ade name syed kat depan sape2 pun leh letak.si linda pun satu. mate ade akal ade tp x pakai. x nmpk.ckp ngan syed dgn penuh hikmah.. biar die tau kite ni berilmu.kite sume kat sini know who you are.u r not that type of person yg tah hape2..kalo nk ikut marah mmg marah.. kite sini pun emo2.. tp tu la yg bezakan org tu berilmu ke x.. kan2? ape yg lan dah jawab dlm phone ngan syed tu btol dah. marah yg bertempat.erm nana mmg x tau ke ni

missdee said...

"“Tau. Siaplah ko besok.” Giliran Syed menggertak aku. Heh, ingat aku takut? Insya Allah takde apa-apa. Berani aku bertempat. Bukan semberono."

KERAS~~
hahaha ape la die tu nk buat..MCM BGS JE

shaheeran said...

Yes Macho, I think you is cursing here. You is bad boy. I is not liking when people is cursing! Pls don't cursing in Lan's blog.

qwerty said...

OOoooOOOooo...... patutler pegi berurut.
Mula2 buang racun.....pastu baru masuk power.....he...he...
Jaga2...klu darah dlm bdn tuh bkn sembarangan......jgn main masuk..... kot panas nanti....

Snubby, Don of Anime said...

nagacyber: terima kasih.. terima kasih.. kejantanan ku biasa2 saja.

missdee: waaa panjang dee komen. terima kasih di atas nasihat anda..

shaheeran: wakakakakakaka.

qwerty: darah dalam badan bukan sembarangan? maksud ko? darah aku darah alien ker?

kingkafan said...

aku rasa Nana yang salah!!! kakakaka .. .abis semua org ban aku pasnih... kekeke... lek Lan ... bak sini no. Nana aku tolong ko! heh

Anonymous said...

ari ni dah ari rabu...tapi bile citer nak kuar nih?...

Anonymous said...

Previous comment by Snub

"steam roll? tak perlu. aku kasi die flying back kick heel and toe je. Wakakaka, panjang la plak name."

So, there are some FLYING BACK KICK AND TOE? Memang aku tak sabar nak baca next post!!!!! Pergi berurut pun sudah. Ada awek sebagai inspirasi. Kawan-kawan dalam blog memberi sokongan and dorongan. Huh.. Memang menarik lah nanti...

Kasi semangat lagi kepada kawan kita, LAN!!!!!!!!!!




P/S: 1) Jogging 30 minutes, lepas tak?
2) Shaheeran! I see you,ha!

Macho

Anonymous said...

Bro Snubby,
Bila lu mau update lu punya blog?
hari ni shj 12 kali gua check lu punya blog suda update ka blom...
1 jam 2 kali....
sampai kepala gua pun suda ada blok..
lu jgn memain bro snubby...
nanti gua sumpah sama lu.....

P/S: jgn terasa aa bro Snubby...
gue hanyalah kipas susah mati lu shj....
lu skarang ni demand tinggi beb...
gue sayang lu...
muahahahahhahahaha

dr gue,
FEQA

Snubby, Don of Anime said...

kingkafan: mana leh kasi nombor! bahaya woo..

anonymous: dah update dah kat atas tuh.

macho: tq2.

anonymous: isk, siannye ko feqa... siap 12 kali cek. maaf!

Anonymous said...

pergh....begitu kongajo skalik si syed tu ek??inike orang yang berdarah syed??serabai tol!!!then,ape yang terjadik??

-mizz_aszni-

Murad said...

assalamulaikum bro,
aku nak tanya ko pasal berurut dengan pak mus yg kat wangsa maju tu, boleh kasi aku no phone dia tak? makasih