Wednesday, October 04, 2006

Dialog Aku pada Aku...

Sebenarnye ini adalah sajak yang aku tulis untuk forum Aseana.org tu, dan memandangkan ada orang request suruh letak dlm blog aku, maka aku pon bubuhlah. Harap korang dapat hayati sajak ini, sementara menunggu aku nak update cerita Nana nanti....

Lagu tema sajak ini: Mika Nakashima - Ai Shiteru (Love You) - klik link untuk download.


Dialog Aku pada Aku...

Aku campak sebiji batu...
Dan aku tenung semahu-mahu,
Bertanyalah aku pada diriku,
Apakah aku dalam rindu???
Mungkin, Tuhan sahaja yang tahu.

Aku campak sebiji batu...
Dan aku cermin diriku,
Adakah aku layak menjadi perindu???
Aku tidak tahu,
Mungkin, Hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Aku campak sebiji batu...
Terkena dua batu yang diam di situ,
Maka berseleraklah batu itu,
Adakah aku sanggup jadi begitu???
Aku tidak mahu!
Tetapi, Tuhan sahaja yang tahu.

Bangkitlah aku daripada dudukku,
Menyusun batu-batu yang tidak tahu menahu,
Bertanyalah aku pada batu-batu itu,
Sang Batu! Bolehkah cinta aku menjadi seperti dirimu???
Teguh dan keras, tidak mudah dimakan waktu,
Dan jikalau batu itu boleh bersuara berdayu,
Aku harapkan jawapannya hanyalah satu,
"Kau lebih layak menjadi seteguh dan sekeras itu,"
"Walaupon kami dikumpul seribu."
Mungkin begitu, Tetapi hanya Tuhan sahaja yang tahu...

Aku campak sebiji batu...
Aku pinta batu-batu itu mendoakanku,
Dan sajak ini kutujukan pada dirimu,
Walaupun apa yang aku buat hanyalah.....

Mencampak sebiji batu.

Nukilan,
Snubnosse, 4 Oktober 2006, 3.00 pagi.
Tepi Highway Besraya.

Sajak ini sesuai untuk korang yang merindui seseorang, biarlah pada sesiapa pon. Rindu pada Tuhan, keluarga, suami/isteri, kawan-kawan, mahupon yang tercinta...

18 comments:

Anonymous said...

lan, you can make a living with writing. trust me! yey org pertama ke comment?

Anonymous said...

yey.. i am org pertama!!!

Snubby, Don of Anime said...

tahniah mel! anda orang pertama comment. hihihihi.

Aku takleh buat duit ngan menulis lg, pasal ilmu tak cukup. sumenye bahasa yang sumer orang pernah dengar jer aku pakai.. tak gempak pon.

Anonymous said...

remember ahadiat akashah? he just used street language. do not under estimate your capabilities before you give it a shot!

circleinspoon said...

aku baca sekali pintas,
tentang snubby dan bebatunya,
cube gak aku berfikir ngan cerdas dan pantas,
tapi xdapat2 jugak maksudnya!!!

hai...sastera...
hai...susah...
hai...aku cube baca balik...

Gambatte snubby!!!jgn susah hati

Snubby, Don of Anime said...

mel: aku mane tahu channel yang sesuai kalu nak start pon.

circlespoon: haiyaa, sajak ni kire simple gak cik kak. tak paham ker? nak diterangkan ke? aaa, ape kate sesapa yang paham huraikan lepas nih.

F00 said...

saya lagi suka rindu saya menjadi air, tanpa ada rasa terganggu pada batu.

batu, cuma terlalu keras.

=)

squallion said...

haih..ingatkan updet ape..rupenya sajak nih..ohh btw..dah aku usulkan sajak ko pada kawan ku di utusan..tunggulah resultnya..hehehe...

Hani Mialystic said...

aai rindu2 an pulak..

baper hari je be di..~

la la la~~

deraman said...

hurm.....layan sajak lak ko lan.

kali ni lagu yg aku rasa kene dgn sajak ko is lagu ni...kasi layan

Putri, jangan menangis
Hapus air mata
Di wajah cantikmu

Putri, kepergianku
Tak akan lama
Tahan rindumu

Putri, seandainya saja
Kubisa, menghentikan waktu
Kuhentikan waktu

Bila kau rindukan aku putri,
Coba kau pandangi langit malam ini, aku di situ
Bila itu tak cukup mengganti
Cobalah kau hirup udara pagi, aku di situ

Mungkin dengan perpisahan
Kita kan mengerti arti pertemuan

Putri, percaya padaku
Ini hanya likuan hidup
Yang pasti berakhir

/arar
/ps jumaat ni futsal ada ka?

-:hakcipta terpelihara..dpt teka lagu sapa ni aku kasi belanja minum:-

circleinspoon said...

chet...

"Aku campak sebiji batu...
Terkena dua batu yang diam di situ,
Maka berseleraklah batu itu,
Adakah aku sanggup jadi begitu???
Aku tidak mahu!
Tetapi, Tuhan sahaja yang tahu."
~dalamnyer...

baik kau p main batu serembanla...lagi srunuks (~o~)

qwerty said...

Jap......sajak nie di buat selepas/semasa kes syed dan nana......klu tekaan aku dgn time-line nih betul......aku rasa sajak tuh ada kaitan dgn ending citer nana......btol tak ?????

Bagi aku sajak ni umpama lukisan.....terbuka utk intrepertasi dan aku percaya hanya penulis/pelukis shj yg tau maksud sebenar karya mrk.....
Bagi kita audience nie......tahap pemahaman kita adalah mengikut jiwa kita sendiri.....besar maka dlmlah ia.....kecil maka ceteklah ia.......

mangifera said...

hola sunabi.

uiks..ko dah datang area sri gombak tu, sila2 singgah rumah aku. aku dah kat taman melati dah sekarang ni. cam best plak ko gi ngurut tu. (ringkasan dari entry yang aku baca sebelum2 ni).

cam best plak ko dengan batu ni. jiwang seeh. layan...aseana.org tu best sgt ke? kalau best leh jgk aku join. setakat ni baru satu jer forum yang aku agak aktif (sejak dari UTP). join forum, terkenang masa grapevine kat UTP dulu. keyboard warrior!!

pasal kes nana tu, kesian pun ada, begang pun ada jugak. bagi aku, nana tu patut rakam jer perbuatan syed tgh harass nana tu guna phone. pastu tunjukkan kat bapak nana. itu jer la pun caranya. orang cakap kalau motion picture ni susah nak tipu. lagi plak ada timestamp. just my stupid idea, tapi itulah idea paling bernas aku boleh pikir.

lepas dapat tangkap video harass tu, nana patut tunjuk kat bapak dia sambil nangis2. cakap la yang syed tu dah lama dah buat benda camtu cuma takder orang nak caya. lagi bagus kalau dapat send kat member2 nana jugak demi mencari ally. kalau tak nak bagi obvious sgt (kalau dalam kereta ke), letak la atas dashboard. hopefully, things turn out well.

baik la abg snubi ni, ni wat saya horny ni. hahaha.

Snubby, Don of Anime said...

huhuhuhu makasih kepada kamu semua yaaa.

Anonymous said...

menusuk kalbuu sajak ni, huhu...owh yeah

Sayuti said...

lan gendut~
menusuk kalbu sungguh sajakmu itu. hingga bergoyang perutku.

joinlah geng jurnal atau e-sastera pulak lan.

Snubby, Don of Anime said...

huhuhu, aku malulah nak join geng e-sastera, ayat aku bukannye best sangat. ayat cikai2 jer. nnt kene gelak besar, kalu gelak kecik leh terima lagi.

hehehehe.

Anonymous said...

hmm...tht was a really touching sajak..love it!