Thursday, March 29, 2007

Saka: Part 1

Anda pernah dengar apa itu Saka? Anda tahu apa itu Saka?? Mungkin yang suka dengar/baca cerita2 mistik ni, konfom tau. Yang tak tahu, jangan risau, meh aku nak cite...

Adapon Saka ni sama macam Tanah Pusaka. Bezanya Saka ni bukan Tanah. Sebaliknya sesuatu yang lebih interaktif daripada Tanah. Apa maksud aku? Maksudnya, Saka ni boleh berinteraktivi dengan kita, sama macam binatang peliharaan (kucing, ikan). Yang jadi lainnya pasal...

Kita tak pasti ia wujud ke tak.

Abis tu kalau tak pasti wujud, camne dia boleh ada? Mungkin ini yang korang pertikaikan. Hmmm. Saka ni dah jatuh dalam kategori benda ghaib. Kesahihannya aku sendiri tak dapat pastikan, boleh jadi dongeng, boleh jadi memang betul2 ada tapi kita tak nampak. Macam hantu laa. Tapi dia bukan hantu. Sebab hantu ni kerjanya nak mengacau orang jeeee. Saka nih sebaliknya. Apakah? Hehehehe...

Melindungi tuan punya Saka...

Amcam? Dah meremang bulu roma? Relaks. Ni baru mukadimah. Aku tak start story mory lagi...

Aku tak pasti sejak bila keluarga aku ada Saka. Erk, maksud keluarga ni bukanlah adik beradik & ayah mak aku. Tetapi keluarga besar, termasuk sedara mara atuk nenek dan sebagainya. Haaa, Keturunan! Tetapi setelah aku sendiri mengalami kejadian yang tak disangka beberapa kali, dan aku mula menyiasat, baru laa aku tahu...

Mulanya... adalah pada tahun 2004... masa tu cuti semester. Aku masih tinggal kat Shah Alam lagi. Nak dijadikan cerita, aku ada seorang kawan, namanya Naqie. Dia ni muda setahun daripada aku, dan kitorang ni sebenarnya jiran masa kecik2 dulu. Bila dah besar, keluarga masing-masing bawak haluan sendiri, aku pindah tempat lain, dia pun pindah tempat lain. Takdir tuhan, aku ketemu balik si Naqie ni.

Naqie ni belajar kat U.K, amik engineering kat sana. Kebetulan, time aku cuti semester tu, dia ada kat Malaysia. Selalu jugaklah aku gi lepak2 dengan Naqie nih. Biasalah, member baru jumpa, campur lagi dia jarang ada kat tanah air.

Hari tu, aku call Naqie kata nak lepak rumah dia kejap sebab dia nak balik U.K lagi 2 hari. Memandangkan family dia kenal aku, maka tak jadi masalah lah. Lagipun lepak kat rumah dia banyak berborak hal komputer dan grafik je (pasal dia ni gila buat 3D). Tapi.. Naqie kata, harituh ada ustadz nak datang diagnosis dia. So dia mungkin tak dapat layan aku sangat.

Aku pun kata oklah, nanti dah setel ke boleh aku datang kejap. Tapi Naqie kasi cadangan, katanya datanglah. Boleh tengok camne ustadz tu buat. Sebab dia kata menda ni special dan mistik sikit. Aku terkejut jugak pasal Naqie ni, yang memang aku tahu.. dia bukan jenis orang yang percaya dengan menda-menda camni. Moden gile. Hantu pon dia leh gelak2 kalu ada orang cite.

Maka aku pun pergilah kejap. Sempatlah Naqie bagitau aku, rupanya dia buat rawatan Color Vibration Therapy (CVT). Fuh... Apa tu? CVT nih adalah sejenis rawatan homopati, yang pakai tenaga kinetik dan sebagainya, menggunakan air yang dicampur khas dengan ramuan ramuan tertentu. Ramuan tu ada macam-macam color. Rawatan adalah berdasarkan diagnosis yang menentukan seseorang tu jatuh pada color apa. Sebagai contoh, kalau anda seorang yang hijau, anda punya karakteristik tertentu. Berdasarkan karakteristik tuh pula, dia akan diagnosis penyakit dalam badan (paru-paru rosak, buah pinggang rosak, etc), dan kemudian rawatan akan diberi dengan berendam dlm air campur ais campur ramuan berwarna tuh. Macam tu laa lebih kurang... Google ada kalu nak tahu keterangan lanjut.

Rupanya Naqie ni dah pon menjalani rawatan CVT... dia dah pergi berendam dalam ais tiap2 minggu. Hari itu sebenarnya hari untuk mendiagnosis sama ada penyakit dia masih ada lagi atau dah pulih.

Tak lama kemudian ustadz tu pun sampai. Namanya Ustadz Din. Orangnya takde lah tua sangat, sekitar 30-an, tapi memang nampak jernih laa air muka. Paling best, Ustadz Din ni baik orangnya, tak sombong nak bercakap. Kira borak ngan dia rasa senang lah.

Post-Diagnosis akhirnya berlangsung. Hehehe, part ni memang best. Mesti korang nak tau camne dia diagnosis kan? Camni... Ustadz Din keluarkan beberapa jenis botol kecik (macam batu marmar pon ada), sebesar botol minyak atar tuh. Ada macam2 color. Tak salah aku ada 20 lebih.

Dia suruh Naqie ni genggam botol pada tangan kanan.. dan jatuhkan tangan macam orang tengah berdiri tegak. Manakala sebelah tangan lagi diangkat depang, alaa, macam kita ukur jarak masa nak berbaris kat sekolah dulu. Tapi ke kiri, mendepang, bukan ke depan. Nampak tak camne? Kira bentuk T tapi belah kanan kepala T tuh jatuh ke sisi.

Lepas tu, Ustadz Din ni pun explain kat aku (sebab Naqie dah tau, dia dah selalu buat). Katanya, dia akan tanya Naqie ni dalam hati dia... tugas Naqie adalah untuk kekalkan posisi yang aku terangkan tadi. Satu tangannya hampir menyentuh dada Naqie, manakala satu lagi tangannya bersiap sedia di atas tangan yang didepangkan tadi, ibarat nak tolak ke bawah.

Cara diagnosis ni berfungsi camni. Ustadz Din akan beri satu soalan, tetapi dia tak sebut. Dia hanya berbisik dalam hati saja. Maknanya takde sape dengar. Kemudian, soalan tersebut akan bergetar ke arah tangan dia yang dekat ngan dada tu... sebagai tenaga kinetik (kot). Soalan tu akan berpindah masuk ke dalam minda separa sedar Naqie, dan otaknya akan respon. Dengan cara ni, tubuh badan yang jawab, dan tak akan ada penipuan dlm jawapan. Ini penting katanya, sebab selalunya, kalau doktor tanya pesakit, sebagai cth "Ada sakit kat perut tak?". Tapi pesakit tak pasti yang dia sebenarnya sakit kat perut, mungkin sebab dia terasa kat dada. Maka pesakit akan jawab "Tidak" walhal puncanya di perut. Kalau tanya terus pada tubuh badan, maka jawapan akan lebih accurate. Itu kata ustadz tu laa...

Seterusnya, bila otak dah respon, Ustadz Din akan menekan tangan yang depang tadi. Jawapan berdasarkan berjaya atau tidak dia tekan tangan tu. Sebab tu Ustadz tu suruh relakskan tangan, tapi dalam masa yang sama jangan lembut atau keraskan. Sekadar maintain ia berada kat posisi depang.

Aku tanya Ustadz tu.. "Senanglah kalu camni, doktor tak perlu laa nak teruk2 diagnosis". Ustadz tu kata, diagnosis camni kena prektis banyak, dan bukan senang, pasal dia sendiri kena relaks tanpa sebarang gangguan lain dalam otak dia. Maksudnya, masa dia diagnosis tu, dia takleh pikir pasal lepas ni nak makan apa, apa jadi kat anak bini dia dan sebagainya. Hanya fokus pada soalan.

Kemudian Ustadz tu kasi contoh.

"Katakanlah saya kasi soalan; 'awak dah mandi ke belum? Kalau sudah, tangan jatuh, kalau belum, tangan tetap'. Kemudian, kalau Naqie ni dah mandi, otak dia akan jawab dah. Bila saya tekan, tangan dia akan jatuh. Pasti jatuh. Soalan saya tu juga boleh bertukar jadi 'Kalau sudah tangan tetap, kalau belum tangan jatuh' (terbalik daripada soalan tadi). Kalau macam ni soalannya, dan dia dah mandi, pasti tangan dia tak akan jatuh."

Oooo begitu ker.. menarik2..

Lepas tu, untuk membuktikan yang dia dah bersedia, Ustadz Din kasi soalan testing2. Masing-masing diam.. kemudian Ustadz Din tolak tangan dia... ditekan-tekan, tapi tak jatuh. Nampak macam kuat jugak dia cuba turunkan tangan Naqie tuh.

Ustadz Din tersenyum. Pastu dia bersuara... "Tadi saya tanya dalam hati, awak dah makan ke belum. Jatuh kalau sudah, Tetap kalau belum. Saya tekan-tekan tak jatuh. Tak makan lagi ke Naqie?" tanyanya. Naqie pulak tersengih2.. "Belum lagi Ustadz, saya biasa makan lewat sikit. Hehehe."

Fuh.. dasat2.

Bila dah semua ok, maka sesi diagnosis tu pun bermula. Disuruhnya Naqie genggam botol kecik macam botol minyak atar tuh. Kejap2 tangan jatuh. Kejap2 tangan tetap. Tapi yang kagumnya, dia tekan tangan Naqie tu bersungguh2... part tak jatuh tu yang aku kagum sangat. Hahahaha. Lepas setiap botol digenggam, Ustadz tu catit sesuatu.

Bila dah setel baru aku tau.. botol tuh sebenarnya untuk fokuskan pada bahagian badan tertentu. Contohnya, botol yang color biru tu, utk bahagian kepala. Vibration akan difokus pada kepala. Soalan pun berkaitan dengan kepala. Sakit kepala ke, migrain ke, ada pendarahan ke... macam tu lah. Ada botol untuk hati, jantung, perut, pundi, kaki, saraf dan macam2.

Lepas setel diagnosis Naqie, Ustadz tu pun bagi result. Katanya penyakit sesak nafas Naqie nih dah pulih sikit, tapi banyakk lagi nak kena buat. Cuma memandangkan Naqie nak pergi U.K dah, maka dia pesan Naqie jaga sikit buah pinggang.. (yang mana pada tahun lepas, member aku Naqie nih buat operation buah pinggang, doktor kat U.K kata penyakitnya idiopathic, iaitu tatau punca camne buah pinggang boleh rosak). Nampaknya Ustadz Din ni awal-awal lagi dah tahu...

Berbalik pada citer, lepas setel Naqie, dia mencadangkan supaya aku pulak diagnosis. Ustadz Din pun tanya taknak cuba ke? Free jer... pastu nak gi merawat dalam ais tu terpulang pada aku, tiada paksaan. Aku mende free ni ok sajeeeeee.

Maka berlangsunglah diagnosis ke atas aku pulak. Aku cuba keraskan tangan, tapi kadang2 tu terase mcm lembik jer, senang je dijatuhkan Ustadz Din. Pelik sungguh!

Dah setel tuh.. Ustadz Din terang kat aku.. fuh.. ade lebih kurang 15 organ aku yang sakit2. Banyak jugak. Biasalah orang badan besar memang camni. Tapi katanya tak kronik, kalau aku usaha senaman dan jaga pemakanan, boleh normal semula. Tapi akhir skali...

Ada satu botol ni yang Ustadz tu pandang aku semacam. Dia mengeluh, pastu geleng-geleng kepala. Aku tanya laa apsal. Dia kata botol yang last ni diagnosis dia ada tiga je. Sama ada aku gila, atau ada sesuatu dalam badan aku, atau normal. Maksudnya, botol tuh untuk menentukan sama ada jiwa aku normal atau terganggu.

Aku pon gelak laa. "Saya tak gila laa ustadz" kata aku. Ustadz tu pon tersenyum. "Saya tau awak tak gila, tapi diagnosis ni catit awak tak normal. Maka jawapannya satu je, ada sesuatu dalam diri awak."

Aku cuak bila ustadz tu cakap camtu. Kemudian Ustadz tu tanya macam-macam kat aku... aku jawab laa sejujur yang mungkin. Antara soalannya, rumah awak suram tak, awak pernah ada sejarah dengan ilmu hitam tak, contoh macam kena santau, dan sebagainya. Rumah aku memang suram semasa kat Shah Alam. Sangat suram, sampai ada sorang kawan aku pernah cakap...

"Rumah ko ni, takde langsir, cahaya masuk terus, rumah sentiasa berkemas, tapi bila aku masuk mesti rasa suram, pastu nampak semak. Tapi bila aku tengok btol2, ruang tamu takde mende sangat..."

Dan perihal santau, aku tak pernah kena. Ayah aku pernah kena. Aku bagitaulah ustadz tu camtu. Akhirnya Ustadz tu kata... memang sah ada sesuatu dalam aku, mungkin jugak dalam family aku... iaitu.. JIN. Dia kata dia takleh tolong, walaupun melalui CVT tadi. Nasihatnya ialah pagar rumah tu sekali lagi. Pagar rumah di sini maksudnya baca yassin, dan letak garam beserta cili kering di setiap penjuru rumah, untuk memagar rumah daripada makhluk halus pengacau.

Aku pun cuak, tapi aku dapat bertenang lagi... Balik rumah, aku call ayah aku untuk menceritakan pasal hal ni. Ternyata jawapan daripada ayah aku amat mengejutkan.

Rupanya ayah aku dah tau. Rupanya ada orang cuba santau ayah aku, tapi tak berjaya pasal ayah aku ada pendinding yang kuat. Nak-nak lagi dia selalu amalkan bacaan ayat al-quran utk lindung diri daripada gangguan syaitan. Dan ada sekali tu, dia pagar rumah macam yang diajar oleh seorang alim nih. Tetapi agaknya plan ni backfire.. pasal mende tu dah masuk rumah, kemudian kena pagar, kemudian dia terperangkap takleh keluar. Jalan lain untuk keluar? Menetap dalam badan orang paling lemah semangatnya... iaitu aku.. (masa tu aku pening pasal macam2 hal... study pon terganggu).

Kemudian.. ayah aku cerita lagi. Tapi mende yang menetap tu bukannya menda yang ditujukan melalui santau. Rupanya menda yang disantau tu tak berjaya kena kat ayah aku, tapi kena kat aku dan keluarga. Cuma, ada satu lagi entiti yang me-nyah-kan santauan tersebut. Iaitu Saka... dan Saka itulah yang terperangkap!!!

Bila aku tanya mana datang Saka tu, ayah aku tatau nak explain. Dia sendiri tak pasti mana datang. Dia pun terkejut bila ada orang alim kata keluarga aku dibayangi Saka. Pelik sungguh. Tapi akhirnya jawapan tu aku tau juga tahun lepas... tidak selepas beberapa kawan aku diganggu. Hehehe.

Bersambung pada part lain pulak!

14 comments:

rosealley said...

interesting...next please...

Anonymous said...

eeeeeeeeeeeiiieeeeeeeeee!!! tak ske nyer citer bersambung!! we want moreee!! hahaa

nagacyber said...

eh? tak ramai org komen? tu maknenye kene post 2nd part cepat2! huhu..

oo.. aku ingatkan CVT dalam cerita ni same cam geabox kete aku, Continuous Variable Transmission.. ahahah

Snubby, Don of Anime said...

tau ler kete ko power nagaaaaa. ceit.

takper, tak ramai orang komen pon. huhuhuhu. aku kan malas2 sikit nk update blog skang :p nk jenguk pon lepas 2-3 hari baru perasan aku ade blog. wakakakaka.

Lestat said...

cerita lu gempak beb..gua suka..masih menanti part 2...

Sayuti said...

saksikan filem waris jari hantu... cerita pasal saka harimau.

gile offtopic komen aku.

ILynn said...

kirenye ko punye saka ni bukan btol2 keturunan ko ke???

aku ade member yg btol2 ade saka.
mcm2 citer die...seram siotttt

Remi said...

gila ah..aku terasa macam tgk filem lak baca post ko.. any chance dapat super power? instead of jd kategeri citer hantu, jd citer anime atau superhero..

Snubby, Don of Anime said...

lestat: ok2, nnt update. sori laa lambat, pc aku bengong arituh.

sayut: uih? citer aper tuh? taknampak promosi pon?

ilyn: saka ni keturunan. tp tak sepatutnye dapat kat aku. panjang citernyeeeeeee.. nanti~~

remi: super power? ade gak. hehehehe super power menulis blog. :p

Farah Wahidda said...

next!

Hani Mialystic said...

wey tau xade kazen yg bace blog neh.

dhla kazen yg tatau mende2 psl saka2 neh.

tau x horor? tau x! grr!

ps: nk part 2 gk hehe :D

^AnGeL iN DiSguiSe^ said...

Saka..?
Well, basically..ia adalah "sesuatu" yang ada pada keturunan kita..maybe tok-nenek kita dulu ada bela saka..say untuk mengurut badan ke atau apa ke...kadang² bidan² ni pun pakai saka..so urut dia insya allah tak silap..

selepas "pembela" saka ni meninggal, sakat itu harus diserahkan kepada org lain (selalunya dlm family sendiri laa) tapi, if xsempat..saka itu sendiri akan carik (selalunya anak ke cucu ke cicit ke bongsu pompuan..laki is 2nd choice)..

tapi, if saka tu pi carik sendiri tuan baru..(tuan baru tu sah-sah tak sedar) so tuan baru tu secara tak langsung, tidak akan menjalankan "rutin" seperti tok nenek dia...

Akibatnyer, akan "sakit"...

Luv,
Ms MysticaL

Farah Wahidda said...

ala...lambat nye nak tgu part 2...

AZMIL said...

MMG BTL BNDA 2 ADA....TAPI JANGAN LUPA ALLAH.