Tuesday, January 30, 2007

Antara Aku dan Manis...

Hai semua ape kabare anda? Lama btol aku tak update blog yer. Sungguh lama. Entah kenape laaa terase malas bebenor. Nak kata bizi tu, takdelah bizi sangat sampai tak update. Tapi aku ni suka menulis bila ada mood jer. Macam sekarang, ada lah mood.. sikit. Hehehe.

Jadi.. apa kaitannya dengan aku dan manis? Jangan salah anggap, aku bukan nak kata aku ni seorang yang manis apatah lagi hitam manis sekalipun (nak kata diri sendiri tak hitam lah ni hehe). Tapi aku nak citer aku ni ada masalah sikit dengan menda-menda manis. Aiseh...

Kepada yang dah kenal aku, mesti tau aku jarang sangat makan menda manis macam kek, cokelat, ataupun minum air manis selalu. Aku banyak makan makanan ruji kita jer, iaitu NASI. Air pulak lagi sedap kalau air kosong jer.

Baru-baru ni aku pergi buat medical check-up, yang free, tajaan Gleaneagles Intan Healthcare. Sebenarnye diorang nak promote program kesihatan diorang, caranya ialah kasi medical check-up free. Program tu agak murah lah jugak, memang bagus, cuma aku takde budget nak join. Huhuhu. Kalu korang berminat nak join, nanti tanyalah pada aku.

Daripada result medical check-up aku, glucose (sugar level) aku sangat tinggi. 14.9!!! Menghampiri 15. Agak kronik jugak tuh. Bak kata Jo kapasitor, kalu dah tahap tu patutnye kena masuk wad. Hahahaha. Tapi mungkin pasal aku sarapan dengan nasi lemak kot. Lepas check, ada sesi perbincangan sikit, dan aku dinasihatkan kurangkan makan nasi biasa. Elok makan Nasi perang (guna beras padi huma tuh). Macam-macam laa diorang nasihatkan aku, dan aku pulak semakin cuak. Kalau dibiarkan nanti aku akan dapat Kencing Manis pada usia semuda 25 tahun! Aaaaaaaaaaa tak mahu~~~


Nak kata aku minum air manis, tak sangat. Sukan pun selalu. Tapi aku yakin nasiklah keparat sebenarnya. Malaysia ni negara paling banyak ada pesakit diabetis dalam Asia, seramai 25%! Semuanya disebabkan makanan ruji kita adalah Nasik. Tapi kalu tak makan nasik nanti, susah pulak. Nak-nak lagi kita ni orang melayu, nasik tu takleh dipisahkan dah.

Kepada korang semua, aku nasihatkan rajin-rajinlah pergi buat medical check-up. Korang takkan tahu apa sakit yang korang ada. Tengok macam aku, umur 25 dah tinggi dah sugar level. Sekarang hari-hari aku cuba makan menda pahit. Teh itu inilah. Peria Kataklah. Air yang dah difilter khas lah. Huih macam-macam. Nak sihat punya pasal.

Haih.. manis sungguh darah aku nih...

10 comments:

axim said...

orgnya pun manis gak.. ;)

Anonymous said...

setiap mati itu pasti maka kenapa peduli?

hahaha. saje je. elok jgk jaga kesihatan, takder la susah orang nak jaga.

yurp, nasik yang byk kita makan tu diproses jadi gula so macam menelan gula jgk la sebenarnya even kita tak byk minum/makan benda2 manis.

kalau tak silap aku, semangkuk nasik bersamaan 10 tea spoon sugar. disaster gile kan?

Anonymous said...

org tua2 kata org darah tgh manis kene kawin.

Unknown said...

peria katak?? eergghh pahit..pahit..

Hani said...

well abead darah manis tu tak putus dalam keluarga kita.

cube cek sorg2 makcik pakcik kite, sape xde kencing manis.

keturunan pon punca jugak. so jaga kesihatan setakat mana mampu. jangan la sebab dh tau keturunan so xleh nk elak putus asa pulak. hehe.

btw bile nk blanje yankies hut. berkurun dah tunggu neh. hehe.

Anonymous said...

huhu... jagalah kesihatan tu snubby :) aku ni terbalik la pulak, selama ni mmg aku pasan aku kalo lambat makan, aku akan menggigil pastu terus pucat + sejuk2.. dulu jarang jd. but akhir2 ni selalu la plak..seminggu 2-3 kali :( Lps g jumpe doctor, die kate glucose lvl aku senang drop jd terlalu rendah. tu yg jd pucat2 nk pengsan tuh..

kesimpulannye.. tiap2 kali aku rase mcm nk pengsan, aku kene mkn glucose tablet. takpon.. mkn la nasik sket...

sob..sob...

Snubby, Don of Anime said...

axim: ceit, geli aku dengar ko cakap camtu~!! hahaha.

mangifera: siyes ker semangkuk sama ngan 10 sudu??? berapa sudu ler agaknye aku dah makan. hahahaha. no wonder laa cepat jer naik. yang aku tau, hisap rokok lepas makan sama seperti hisap 10 batang rokok serentak. Disastrousphylantry!!

iceroll: hahahahahaha, kalu aku dah mampu utk kawin, aku kawin dah skang bang. sebolehnya aku nk kawin bile sumer dah ok, financially, and physically. Bila sihat dan kuat baru sedap nak mengawinkan diri (atau mengawan, yang mana lebih sesuai untuk dibaca).

mel: damn rite! pahit giler giler giler giler giler giler punye pahit!!!! sekali minum, terase kepahitan tu sampai ke malam!!! tak payah banyak pon takper. 1 suku cawan jer dah cukup. Ada sekali tu adik aku yang kecik (umur 4 tahun) pergi minum jugak, terus muntah kat situ. Pastu dia kena marah;

"Apsal minum jugak!? Ni utk orang yg ada kencing manis jer"

"Adik ada kencing manis gak"

"Toksah mengarut la"

"Abang ada kencing manis boleh minum, apsal adik takleh minum?"

Blank aku nak jawab...

hani: huhuhu, keturunan tu yang mempercepatkan segalanya. Kalu tak takdelah jadi camni. Tapi takdelah sampai pasrah. Abg AD buat macam2 treatment sekarang, untuk mengelakkan daripada kerosakan pankreas. Doktor kate pankreas ok lagi... kalu dibiarkan barulah kena diabetis yang betol2. Kira sekarang ni macam acah acah jer lah. Btw, masa buat check up tuh, biological age organ abg ad (umur organ lain dengan umur sebenar) adalah 56 tahun. Saya seorang pakcik tua!!! ah tidak~~~

celes: hahaha. aku pulak setiap kali lepas makan rasa macam pening2 lalat sesak nafas dan sebagainya, walaupun sikit jer nasik tuh. Bile check darah, mesti melambung2 menjulang2 macam orang nak mati dah. Huhuhuhuhu. Tapi mcm ko ade low sugar level agak pelik gak. Nampak macam patutnye dah ok. Selalunye orang low sugar level nih kurus2 belake. Sob sob gak...

rosealley said...

huhu,scary2,dasat ah,kalo ko yg xmkn manis kene mcm 2, apatah lg aku yg dahle tiap2 ari makan nasik, kadang bukan skali jek, minum air manis tiap2 ari pulak 2, huhu xnak2,xsanggup,huh,berusehe berubah,no more KM!!!

Johari Rahmad said...

sental food supplement byk2. air masak tu definately lah kan.

Snubby, Don of Anime said...

untuk mendapatkan result yg accurate... korang puasa 10jam, kemudian pergi test darah tuh. normal result dlm 4-8 bergantung saiz tubuh badan. lebih daripada tuh... bahaya. double? lagiiii bahaye! hahahaha.