OST post nih pulak--> M.Nasir - Juwita Citra Terindah (klik untuk download, tunggu 10 saat, then tekan butang download kat bawah. Atau play kalau nak dengar terus)
OH~~!!!
MY~~~~~!!!!!
TUHAN~~~~~~~~!!!!!
Apa yang aku dah buat??? Adoiii malu malu ya rabbi malu nye aku~!!!
Aku tak boleh nak bayangkan betapa merahnya pipi aku, walaupun aku tak cerah, tapi aku yakin, siapa saja yang nampak pasti akan kata “HOI! MERAHNYE!! MERAHNYE!!”. Sungguh!
Pernah tersalah tegur orang, sebab rupa orang tu daripada belakang macam kawan korang?
Ini lagi teruk!
Pernah bertekak dengan cashier pasal barang yang korang tak puas hati, sampai semua orang tengok, di mana akhirnya korang dapat tau, korang yang silap?
Tak boleh lawan. Lagi teruk kemaluannya!!
Atau pernah tak korang jalan tengah-tengah bandar, kemudian tersadung kaki, pastu jatuh tergolek di khayalak ramai??
Aku rasa masih tak boleh lawan.
Takperlah, korang teruskan baca, nanti aku cerita ape yang terjadi.
Flashback… flashback…
Malam yang dijanjikan telah tiba. Mulanya aku ingat nak pergi satu kereta je, tapi kemudian Nana tulis kat SMS berbunyi ‘cya there’. Maknanye dia nak pergi dengan kereta dia lah. Melepas peluang nak berdua-duaan. Tapi aku tak kisah. Asalkan objektif tercapai, pergi dengan kereta siapa pon boleh. Lagipon ini first date (hint di sini, sape cekap, dapat tangkap klu), takkanlah aku nak mengada-ngada paksa Nana kan.
Lebih kurang pukul 8.45 malam, aku dah tercongok kat parking lot Satay Kajang. Aku tak tahu kedai mana yang Nana nak belanja, dan aku terlupa pulak nak tanya. Ikut hati aku, Haji Samuri je lah yang paling terkenal. Tapi sebab ada banyak lagi kedai satay yang lain, mungkin Nana ada kedai feveret yang tersendiri.
Aku masuk ke dalam food court satay kajang, yang dah banyak kali aku datang. Bezanya, selalu pergi ramai-ramai, keluarga atau tidak, tapi kali nih, dengan kawan secara berdua. Hmm, tipulah kalu aku kata tak nervous. Berdebar-debar jugak aku. Terutamanya bila memikirkan soalan-soalan macam…
OK ke baju yang aku pakai ni??
Adakah aku nampak terlalu berusaha keras untuk menjadi seorang lelaki terampil?
Apa yang Nana pakai malam tu? Heeheeehee~~ hins hins.
Apa topik yang patut aku borak??
Macam mana dengan posisi duduk? Diagonal lagi ke? Depan-depan ke?
…dan macam-macam lagilah. Tuhan saja yang tahu betapa bergetarnya aku malam tu.
Aku memanjangkan leher, tercari-cari mana lah si Nana ni duduk. Tak nampak pulak batang hidung Nana yang cumil tu. Aku awal sangat ke? Tapi tadi baru Nana SMS kata dah sampai. Kalu dah sampai, mananya??
Dan aku pon SMS lah…
Mane awak nih? Tak nampak pon?? Saya dlm food court satay kajang. Kedai yg mana?
Haih. Tak terjumpa ni yang buat aku lagi nervous. Jangan-jangan Nana mainkan aku tak? Dia kensel plan last minute, mana boleh kira perempuan ni. Aku pon dah biasa plan dikensel last minute oleh insan bergelar perempuan.
Tak lama lepas tu, aku dapat reply.
Sy kat main building Hj. Samuri. Across the road. Awk tau kan? Bkn dlm food court tu.
Fuh, lega kejap baca SMS reply ni. Maknanya Nana memang datanglah. Terpaksa menapak ke bangunan utama Satay Kajang. Nasib baik lah dekat. Kalau jauh, mesti dah berpeluh-peluh, mesti bau Davidoff yang aku spray macam orang gila tadi tak berbau. Demi awek, jalan sikitlah. No problem punya.
Sesampai je, aku menjenguk-jenguk lagi sekali. Kat dalam ke kat luar? Aku cuba jenguk kat luar dulu. Haaaa, nampak pon. Walaupon daripada belakang, aku yakin sangat itu adalah Nana. Kenapa korang tanya? Pasal cara dia ikat rambut ala-ala ponytail tu memang aku familiarlah sangat-sangat.
Aku menghampiri Nana yang memakai baju warna merah tu. Fulamak, warna merah, fewit. Aku pun pakai baju warna merah yang aku beli masa sales hari raya dulu. Macam dah janji-janji pulak ye. Jarang-jarang lah nak tengok aku pakai warna merah, tapi malam ni, special occasion.
“Lan. Over here.” Terdengar suara Nana kat sebelah aku semasa aku berjalan.
Eh?? Aku pandang belah kiri. Nampak Nana tengah duduk dekat meja paling tepi. Ah! Aku dah salah orang rupanya! Nasib baik aku tak tegur lagi awek kat depan tuh.
“Laju je jalan. Tak nampak saya ke?” tanya Nana sambil tersenyum.
Hmm, pertama-tama sekali, aku nak cakap… PEH!!! KO MEMANG DABOMB LAH NANA! Tapi aku cakap dalam hati je. Tiada ponytail, tapi rambut lepas tak berikat, tapi kemas, melepasi sedikit paras bahu. Memang nampak lain. Sedikit rambut Nana diselit celah belakang telinga, menyerlahkan lagi keanggunan dan keayuan yang sedia ada.
Kedua-duanya, aku sungguh respek pada Nana kerana tidak mengenakan make-up tebal mcm opera cina. Dengan sikit-sikit camtu pon dah nampak gorgeous, marvelous, superb, bombastic, ko memang da bomb! (haih, kali kedua perkataan da bomb keluar..).
Ketiganya, fesyen yang dipakai, nampak simple tapi relevan. Aku ni bukannya jenis ambik tau pasal fesyen sangat, jadi aku tak reti nak kasi nama. Warna pon macam nak pink, tapi sebab kawasan tu tak baper cerah, nampak macam maroon pun ada. Belasahlah labuuu.
Keempat, baunya sungguh sedap…. Ah~
“Saya ingatkan awaklah tu kat depan sana.” Kata aku sambil menuding ke arah awek baju merah pony tail.
“Ye lah tu. Nampak perempuan lain terus cepat-cepat kejar. Hihi.” Aku tau Nana bergurau, tapi bunyi macam jeles pon ada. Boleh jadi paranoid aku camni kalau Nana suka tease dengan ayat-ayat cair. Aku mesti jadi tough!
“Boleh saye duduk?” tanye aku sopan.
Nana tak menjawab, sebaliknya menunjukkan gaya tangan mempersilakan aku. Oh, sambil tersenyum (kene bubuh gak ayat nih).
“Lama ke awak tunggu?” soalan pembuka daripada aku.
“Takdelah lama mana. Hmm, dalam 10 minit kot.”
“Hehehe. Sorry, sorry. Saya dah sampai 10 minit tadi. Tapi saya pergi kat bangunan satu lagi. Kat situ je pon yang saye slalu makan satay kajang.”
“Its’kay. Awak tak biasa makan kat main building ni ke?”
“Pernah sekali je. Dengan member sekolah dulu.”
“Mesti pompuan kan?”
“Takdelah. Lelaki sajeee. 2 orang. Itupon pasal lame tak berjumpe. Awak mesti selalu makan sini, dating kan?” aku cuba serkap jarang.
“Haha. Ade la sekali sekala.” Nana berterus terang. Aduiii. Tak pasal-pasal aku terase sikit cemburulah. Tapi sikit jer, tak efek sangat.
Aku duduk secara depan-depan dengan Nana, untuk menampakkan lagi formaliti ‘ngedate’ dalam definisi hidup aku. Ada jugak aku terpikir nak beli bunga, tapi nanti nampak jiwang sangat bai! Aku mana pernah beli bunga untuk awek. Lagipon bukan senang nak pilih bunga yang betul, silapharibulan, salah tafsir lak. Hehe, lain kali je lah beli bunga.
“Awak dah order ke?”
“Belum lagi. Saya tunggu awak je.”
“Eh, eh, saya tak kisah satay apa pon. Awak yang nak belanja. Karang saya order 40 cucuk, mau ternganga nanti mulut tu.” Aku membuat lawak bodoh. Mana mungkin aku akan order sampai 40 cucuk dengan keadaan camtu. Biarpon nafsu makan aku agak kuat, tapi semuanya kene jaga. Its all bout control dude~!
Nana tergelak dengar lawak bodoh aku. Tak tahulah apa yang dia fikir. Mungkin dia terbayang aku tengah melahap 40 cucuk satay kot. Kebetulan pelayan ada dekat kami, dan cepat-cepat Nana panggil untuk order.
“Iya cik. Satay apa mau cik?” pekat sungguh loghat jawa pelayan satay kajang nih.
“Hmm, Lan?” Nana menjeling ke arah aku.
“Erk, Tak kisah. Hehehehe.” Adoii, aku terase macam pak turut je malam tu. Tak aggresif langsung. Relaks, relaks.. aku cuba tenangkan diri.
“Kasi 20 cucuk ayam, 20 cucuk daging. Ok tak Lan? Cukup?” Nana ingin mendapatkan confirmation daripada aku.
Hoih! Ape ke banyak sangat tuh!!!
“Banyaknya awak! Sape nak makan banyak camtu.”
“Awak lah. Kan saya belanja nih. Rugi tak makan banyak kalau orang belanja tau.”
“Erk, btol tu memang btol, tapi banyak sangat.” Aku memang tak sanggup makan banyak-banyak.
Pelayan tu pandang jer kitorang. Nampak gelisah pon ada. Mesti dia nak cepat, yerlah, ramai lagi orang yang dia nak kena layan selain daripada aku dan Nana yang tetiba banyak songeh.
“Tukarlah. 15 ayam, 15 daging. Saya nak air Mango. Ada kan?”
Pelayan tu mengangguk saja sambil menulis order kat atas kertas kecik dia. Kemudian dipandangnya aku, konon-konon tunggu air apa aku nak. Amboi, kerek sungguh. Tak profesional langsung.
“Mango gak. Hehehehe.” Jawab aku sambil memandang ke Nana. Padahal aku tak suka pon minum air Mango.
“Tiru~~. Tukarlah, saya nak Fresh Orange. Taknak sama dengan dia nih. Hihihi.”
Cis cis cis. Sempat tukar tuh. Kalu aku tukar karang nampak ngade-ngade pulak. Biarlah, aku terima je. Mango, adoi, tak seronoknya. Silap pulak aku cuba tiru air Nana.
Habis je amik pesanan, pelayan tu cepat-cepat berlari ke belakang. Aku pulak tak tahu nak buat apa. Mati akal. Takde idea. Janganlah jadi kaku, tolong~~
“Kenapa botak?” keluar satu soalan daripada Nana.
“Dah aritu suruh potong rambut.”
“Haha. Sampai botak? Awak tak sayang kat rambut ke? Saya tak expect awak terus botak…” kata Nana.
“Botak ni kan, adalah design paling senang untuk kepala macam saya. Tak hensem ke saya botak? Hehehe.”
“OK laa~. Nampak macam askar pon ada. Nampak ganas.”
“Awak tak suka ke nampak ganas?” Ini, kawan-kawanku, adalah soalan perangkap. Hehe.
“Suke gak…”
“Peh, mesti awak ni ganas kan?”
“Haa, nak kene cubit lagi?”
“Erk, taknak, ampun. Hehe. Sakit kene cubit haritu masih terasa lagi. Nak tengok kesan lebam?” Aku cuba mengada-ngadakan diri seboleh mungkin. Bukan senang nak bermanja-manja dengan awek cun yang bukan awek sendiri.
"Takmoh tengok. Biarkan." Elelelelelele. Eiii geramnye aku tengokkkkk.
Kitorang pon sambung berbual macam-macam perkara. Daripada topik satay kajang tu sendiri, pergi ke topik hal-ehwal semasa, kemudian jadi topik biografi (bercerita perihal masing-masing). Tak lama kemudian sampailah satay dan air yang kami order. Dan kami pun makan sambil meneruskan borak.
Tengah-tengah makan, kami berhenti berborak kejap. Aku rase pasal ada kereta racing kat jalanraya, bunyi yang kuat tu membuatkan kitorang terhenti. Kaco sungguh lah depa nih. Nak racing pergilah tempat lain. Lagipon awal sangat kalau nak racing. Kat sini aku nak berkenalan dengan Nana lebih lanjutlah. Hish, tarak sivik sungguh.
Nana tetiba menanyakan aku satu soalan… agak maut.
“So Lan. Awak takde girlfriend ker??”
Serentak dengan itu, aku yang tengah menyucuk satay ayam ke dalam mulut, telah tercucuk lidi yang tajam tu kat lelangit mulut.
Dan, serentak dengan itu, bunyi kereta racing untuk kali kedua kedengaran.
Dan….. serentak dengan ini semua, aku telah melakukan perkara paling memalukan dalam sejarah hidup aku. Seolah-olah aku hilang kawalan diri, mende ni terjadi secara spontan. Aku takleh nak control langsung!
Cuba korang teka apa dia???
Jawapannya… walaupon malu nak tulis, tapi sebab point ni penting, terpakse gak bagitau.
Kentut… sedikit.
Muahahaha. Amcam? Paham dah perasaan yang aku cakap tadi??? Perasaan malu yang melampaui batas norma-norma kehidupan???
Mungkin sebab aku terkejut dengar soalan Nana tu, tambah lagi tercucuk lidi, tambah lagi bunyi yang tetiba kuat, sistem saraf motor aku tak dapat dikawal, mengakibatkan aku melepaskan sesuatu yang jarang jarang jarang aku lepaskan di publik, hatta bersama kawan-kawan lelaki sekalipon.
“Eh, awak ok ker??”
Ah sudah! Oh tuhan, janganlah kasi Nana perasan yang aku telah terkentut di depan dia. Aku tatau camne nak sembunyi air muka nanti. Aku mesti kaver!!
“Adeh, sakit. Tercucuk lidi pulak.” Cubaan mengkaver daripada aku.
“Erk, mesti sakit. Macam mane boleh tercucuk lidi nih. Ingatkan budak je yang senang tercucuk. Orang tua pon 2 kali 5 je ek.” Raut muka Nana yang tadi macam risau dah kembali tenang. Siap buat lawak perli lagi. Ceh.
Mungkin aku boleh kaver bunyi syaiton tuh, tapi aku tau, dalam beberapa saat lagi, bau syaiton akan menjelma. Jadi, seblom bau syaiton tuh dihidu oleh Nana, dan kemungkinan untuk Nana sedar apa yang telah terjadi, aku mesti carik jalan!
“Nana, ada mende kat mulut awak.” Plan kaver pertama; EXECUTED!
“Eh?” Nana menyapu-nyapu mulutnya, sebab bagi seorang perempuan, cebisan makanan yang tertinggal kat mulut boleh dikategori sebagai memalukan.
“Tak hilang lagi. Kiri sikit, eh, kanan sikit. Eh, payah btol nak hilang.” Sambil aku memberi arahan palsu kat Nana, aku berdoa supaya bau syaiton tu tak menjelma lagi.
“Awak pergi lah tempat basuh tangan tu, ada cermin. Senang sikit.” Plan kaver kedua; EXECUTED!
Nana sedikit kecewa sebab tak berjaya buang ‘mende’ yang aku cakap ada tuh. Memanglah sampai bila pon takkan berjaya. Aku tipu. Semuanya semata-mata untuk Plan Ketiga aku iaitu…
Dia cepat-cepat bangun dan menuju ke sinki bercermin tu. Nampak bersungguh-sungguh. Aku terase simpati gak kat Nana sebab bersusah payah, semuanya terima kasih pada plan kaver bau syaiton. Sementara Nana masih kusyuk ‘membuang mende’, aku cepat-cepat kibas kawasan sekeliling aku. Fuh fuh, sambil kibas sambil aku tiup angin, konon kasi lagi efisen laa. Tak tahu menjadi ke tak.
Beberapa minit kemudian (yer, beberapa MINIT, betapa lamanya dia concentrate depan sinki…), Nana kembali ke meja. Aku yakin dah bau syaiton tu tak akan menjelma lagi. Tapi kejadian tadi menyebabkan aku tak selesa dah untuk meneruskan date yang hampir musnah. Shilake shungguh.
Setelah Nana balik ke meja, kami meneruskan perbualan, dan aku rasa danger alert dah turun daripada 100% kepada 20%. Tak risau sangat dah. Aku buat tak tau je. Dan soalan Nana tentang aku ade awek ke tak, terus tak diungkit balik.
Akhirnya, tibalah masa untuk balik. Aku insist untuk membayar semua, walaupon sepatutnye dia yang bayar, kunun-kunun gentleman lah. Tapi Nana cakap camni;
“Kalau awak bayar, nanti saya terikat dengan janji saya lagi.”
“Awak tak nak terikat ker? Hehehehe.”
“Kalau nak terikat, better janji yang baru, kan?”
Haha. Aku dah takleh kata apa. Lagipon mengikut apa yang aku belajar dalam kelas mengorat satu ketika dahulu, kalau kita offer nak bayar, tapi ditolak, dan bila offer sekali lagi, masih ditolak, tak payah lawan dah. Biarkan saja orang tu nak bayar. Kita boleh bayar untuk ‘date’ yang akan datang pulak. The Code of Gentleman. Tak tahulah betul ke tak, boleh pakai tak boleh pakai, sila rujuk pada pakar di kawasan anda.
Lepas setel bayar…
“Kereta awak kat mana?” tanya aku.
“Dekat situ je. Dekat. Awak?” tanya Nana pulak.
“Dekat ngan bangunan satu lagi. Kat situ.” Tunjuk aku. Tak nampak pon mana, tapi cukuplah sekadar memberi idea pada Nana mana aku parking kereta.
“So I guess, we’ll part our way here then.”
“A ah. Makasih yer belanja saya makan.”
“Haha. Sure. Seronok tengok awak makan tadi. Saya pon nak berterima kasih kat awak.” Dia tak tahu padahal aku dah melakukan satu mende keji. Kalu dia tau, mungkin perkataan seronok tuh tak disebut punya.
“Hehe, my pleasure. Hmm, OKlah. See you later. Ape-ape hal nanti contact lah.” Kata aku.
Kami pon berpisah ke kereta masing-masing. Tapi seblom sempat aku melangkah, tetiba Nana tegur aku sekali lagi daripada belakang (macam deja-vu pulak kan? Dia memang suka buat camni lah aku rase. Time jogging pon camni).
“Lan. Saya rasekan..hmm..”
Ah sudah. Takkan aku kantoi lagi sekali kot. Demmit! Aku kene prepare kemaluan yang besar camni.
“Erk..yes..?”
“Saya rase awak tak jawab lagi soalan saya pasal girlfriend tuh. Kan?”
FUH!!! LEGA!!!! NASIB BAIK!!!! AKU TERSELAMAT!!!
“Awak nak tau sekarang ke?” tanya aku dalam nada kelegaan.
“Hmm, maybe later. Nanti-nanti boleh jumper awak lagi. Hihi. Bye Lan.” Kata Nana dan terus dia pergi kat kereta dia. Aku pon tak sempat nak rase ape dah melainkan kelegaan tadi.
Dalam kereta, aku terkenang betapa nyarisnya aku merosakkan malam yang best tuh. Hidupkan enjin kereta, bukak radio, XFresh.fm, keluar pulak lagu M.Nasir, Juwita Citra Terindah. Best pulak lagu nih.
Kau wanita,
Aku lelaki,
Ayuhlah kita, mengikat janji…
Hehehe, teringat aku ayat Nana tadi, untuk buat janji baru pulak.
Friday, May 26, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
34 comments:
kentut yer?
Beda'ah punye budak. nasib baik kentut tak bunyi PRUT!.
Tak pe, nice post weh. Cepat create Aku Budak Baik: Nana
Thanksss
Haha. Kentut.. welll.. at least ade plan utk selamatkn diri dgn memalukan awek itu plak :P
First date? Maknanye ade la 2nd date?
Oh.. tidak lama lagi~
wah2..dalam keadaan yg 'haru' tu pon leh pk nak buat ape? gile cekap! *clap,clap*
/me menanti bhg 07, 08, dan seterusnya..heheh
jojo: aku tergelak sakan baca perkataan beda'ah ko tuh! HAhahahaha. HAdoi, sakit perut, ni rase mcm nak.. mengeluarkan angin syaiton lagi sekali.
dila: mata anda... mata x-men ker? atau byk sangat baca buku Dan Brown? Nyeh2.
farah: manusia, bila dalam keadaan terdesak, memang jadi amat cekap. Pernah kene kejar ngan anjing, kemudian tetibe kita boleh lompat pagar yang tinggi gila? Sama je situasi ni dengan citer di atas. Bezanya, survival secara fizikal atau mental.
Hahahaha....babi la. Aku sudah gelak ceharem kat ofis nih. Ade ke dengar bunyi keter power leh kentut. Kah kah kah.
Ish ish ish...kau mmg semakin hari semakin arif psl wanita. Harusla aku berguru...huhuhu.
sila kosongkan perut anda sebelum pergi date dgn awek cun. hahah. igtkan apa la td tp siyes la...kalau terdengar la, malu gile babi la. ish2.
wah wah...semakin best. kaman2, kami menanti update sambil berdoa this relationship berjaya. eh...nana tahu tak psl blog ni?? karang jadik cam densha la plak. apapun, teruskan bercerita.
Lan...
ish ish. kentut sedikit, tapi bau syaiton. sah!
ko suka tahan berak...
takpe, latihan batin peringkat awal tu.
yap: Hoi hoi, bukan dengar bunyi kete power tu sebabnya. Bunyi keter power tu yg telah mengkaver 70% bunyi syaiton. Dan aku masih mcm dulu, takde arif sgt, tp pandai jugaklah. HEhehehe. Takdenye orang pggl Dr.Love kalu tak arif.
rearrange: jangan risau, date yg seterusnya takde dah angin-angin syaiton. Aku belajar daripada kesilapan (although i learned it in a hard way).
dueng: Dia tau ke tak kewujudan blog nih? hehehe, pasal itu, mungkin ada satu bahagian utk diceritekan. Tunggu~~~
sayut: Latihan batin peringkat awal?? Anda siyes??? Adakah ko selalu kentut ketika.....??? HAHAHAHA. LAwak aa ko ni sayut.
First date? Maknanye ade la 2nd date?
waalllaaa tersengal lak pesala de hint2 kt situh.
hehem.
/me menunggu bhgn 07, 08, 09, dan endless. =p
dueng: Dia tau ke tak kewujudan blog nih? hehehe, pasal itu, mungkin ada satu bahagian utk diceritekan. Tunggu~~~
wah...nampaknya ada something menarik ni. terpaksa la menunggu lagi. huhu~~. /me sabar menanti.
hani: tunggu jangan tak tunggu. Citer-citer yang lebih menarik akan disampaikan nanti.
dueng: indeed. Sebenarnye tak menarik, biasa saja, tapi aku akan cuba kasi ianya nampak menarik. Insya allah.
cayalah snub! m.nasir nyer lagu tu fav aku gak... tapi that part where you... HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!!!!!!!!!!!!
(gelak 3 juta kali)
suria: hahaha. relaks2. jgn gelak sampai ter tuut gak.
snub,
bukan cliche =)
tapi kentut adalah normal. dan intuisi ku berkata, nana melepak depan cermin lama lama,
sebab muntah.
selepas angin syaiton dilepas.
ihik.
foo: OMG!!! Teori ko mungkin btol! Ah sudah, aku tak terpikir lak pasal tuh. TOLONG~~!! Aku dah terase cuak balik. Ko jahat aa foo. jahat... sob sob.
hahaha potong gile terkentut dpn awek. aku rase la lan, die perasan kot tp wat2 tak perasan. taknak jatuh air muka ko. kalo la ditakdirkan nnt die jadik awek ko kan, sure nnt die akan cite balik kat ko yg die mmg dengar ko terkentut malam tuh. hehehe
anyway, kentut ko tuh bunyiknye cam silent but deadly type aje. kentut skit tp bau mak aihh. hahaha
iceroll: aku mewakili Persatuan Bekas Rumet Lan amatlah bersetuju akan komen kau itu. Hahahahaha.
kalau tengah date sakit perut & terasa nak kentut, apa korang buat selalunya?
iceroll: haih, harap2 bukan camtulah. Aku bukan lepaskan jenis silent but deadly. Yg jenis biasa2 je. Hehehe.
Yap: ko mmg keji!
anonymous: Buat macam aku. Lepaskan aje. Hahahahahaha.
tapi ko punye kentut setan tu bleh lawan kentut bau bangkai wan?
hehe.. baru jek baca.. sori lambat lak apdet cite awk kali ni.. tp seperti biasa.. mmg tersengeh2 da depan monitor ni haa.. haha
nway.. rasanya dia dengar la lan awk kentut tu.. cuma dia ni gentlelady jek.. xmo kasik awk malu.. haa.. jgn ingat ade gentleman je tau.. kire, mmg kool habis la.. bes bes.. da la cun.. gentle plak tu.. cantik, menarik, tertarik.. nana mmg da bomb!
sanggitar: takboleh. itu maut. Toksik Hazardous! Silapharibulan terrorist kejar wan semata-mata kerana kentut iblis dia tuh.
cai: gentlelady? Ada rupa mcm ladybug tak? Huuhuhu. Takperlah kalu dia tau. The fact that dia buat-buat taktau tuh pon saye dah bersyukur yg amat. Hehehe.
Hehehe... bace post ko aku gelak sorang2... bace komen korang2 pon aku gelak sorang2... haramjad punye blog, bikin aku hampir gila...
Okeh fes date kentut... seken date... any guess? walo bagaimana teruk pon aku rase kentut mmg ranking nomo 1 aa most humiliating thing that can happen on a first date...
Tp btol... ade girl yg gentleladies (gentlegirl? gentlewomen?)... mane tau kot2 die dgr tp tanak malukan ko...
Muke ko agak2 berubah warna x lepas ko release dat syaiton bomb? Hahahhahaha
second date, 'sharted'.
definisi sharted leh dicari dalam filem along came polly.
unta: muka aku... toreh tak berdarah! Begitulah perumpaan betapa malunye aku. Nasib baik malam, disimbahi dengan lampu-lampu jalan yang tak begitu terang, mungkin tak perasan sangat.
sayut: hehe, jadi promoter filem pulak ke bang? Nanti aku carik maksud sharted.
Janji baru dah diikat, bila post baru mau keluar? hehe
tunggu saye lepaskan penat lelah berfamili day dulu yer. Huhuhuhu.
nate beghuk ni gi lepok nge gewe leh prot pulok! natelaa....
hurm!!!! kentut
kenapa kejadian tu teringatkan aku pada sesuatu yg penah berlaku dlm kelas database di DK2 semasa di UTP dulu.
Lan ko mmg pengimbau zaman lalu yg cekap. hahahaha
btw: masa ko ckp @ apa2 perkara yg Enna pastikan ko bagi dia ckp @ lakukan dulu, bila dia insist pendapat ko @ selesai berckp. Baru ko respon, sebab nnti perempuan tu akan anggap ko tak beri tumpuan
definisi sharted:
"i want to fart, but a little shit came out..."
"you're disgusting!"
- dialog dalam filem Along Came Polly.
Demm.. penat aku tahan gelak baca kat ofis nieh.. nice one.. nice one!!
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Farney as Hell DUDE !!!!! ha..ha..ha...
Patutla meeting x jadi........kuang kuang kuang.....
Apapun majlis perasmian berjalan dgn lancar....(isk...kira okletue..)
That's a great story. Waiting for more. Bear pride license plate frames wholesale http://www.printing-digital-photo.info/blackberrycrazyfrog.html suzuki sv650s chin spoiler bunnomatic coffee maker recall mature adultfriendfinder 2006 mustang convertible buy ambien Ambien lorazepam together Roulette baikalguide the shield tv show merchandise isuzu oasis exhaust manifold Buick rendezvous billet grill bontril delivery saturday Panasonic air purifier arizona alpine water bed comment Fioricet online works City rankings insurance business
Post a Comment