Wednesday, May 24, 2006

Bahagian 05: Perihal Lelaki Budiman.

OST untuk post nih --> Samson - Naluri Lelaki (klik link utk download lagu. Tunggu 5 saat, dan kendian klik kat button download di bwh page). Makasih Yap pasal kasi aku lagu nih.

Seminggu setengah sudah berlalu lepas kejadian Nana tersalah beli holder. Takde apa yang menarik sangat berlaku, kecuali SMS-SMS, call sikit-sikit, dan kalu ada peluang, aku akan join Nana minum petang lepas kerja. Tapi minum petang tu jarang-jarang. 2 kali jer. Itupon dengan member-member keje kedai kasut dia.

Ada satu hari tu, Nana terpaksa keluar time tengah kerja sebab ada hal. Tapi kereta dia buat hal aper tah. Nasib baik member laki dia ramai, jadi semua orang berebut-rebut nak tolong tengokkan. Hehehe. Dasar geng motor (Luper nak cakap, member laki yg dimaksudkan di sini, ialah rakan sekerja, budak-budak keje kat kedai bersebelahan, dan yang sewaktu dengannya). Tapi kalau semua orang tolong tengok je tak guna kan?

Masa tu aku tak ada kat tempat kejadian, lagipon, kalu aku ada kat situ, bukannya pandai nak godek sangat pun. Setakat basic-basic je. Aku masa tu baru lepas hantar adik aku ke pusat tuisyen berdekatan dengan rumah.

Sambil hantar adik, aku bawak sekali 2 budak kecik, juga adik aku. Sian pulak tengok diorang melangut kat rumah layan CD Ultraman Neo, ulang-ulang mende sama. Tak boring ke bebudak nih? Itu pasal lah aku offer diorang ikut aku. On the way balik nanti boleh singgah gi kedai beli cokelat barang sekupang dua, takpon aiskrim.

Nak dijadikan cerita, selepas aku drop adik aku kat tuisyen, Nana call. Aku taktau lagi pasal kes kereta dia buat hal tuh.

Nana: Hello~ hello~

Amboi cerianya bunyi dia.

Aku: Hello kitty! Hehehe. Yes Nana, apa yang boleh saya bantu?
Nana: Lan kat mana tuh??
Aku: Dalam kereta. Baru lepas hantar adik saya tuisyen lah.
Nana: Oooo. Dah keluar lah ek?
Aku: Kalau dalam kereta tu maknanya bukan kat rumahlah. Kenapa?? Pelik soklan.
Nana: Hehe.
Aku: Macam pelik je awak nih. Mesti ada apa-apa? Kan? Kan?
Nana: Sebenarnya saya nak mintak tolong nih.
Aku: Heh, dah agak dah. Kalau bunyi semacam je mesti ada something. So apekah?
Nana: Can you pick me up?
Aku: Eh? Bukan awak kerja ke? Nak amik kat mana nih?
Nana: Kat tempat keje lah. Saya kene pergi setel something.
Aku: Hmmm, aper nye?
Nana: Nanti, kalau awak amik saya, I’ll story you. Bolehlah ek?
Aku: Kereta awak mana?
Nana: Haa, kereta saya ada masalah sikit. Takleh gerak.
Aku: Hmm, ok… tapi ada pengerasnya. Hehehehe. Mana ada mende free dalam dunia nih kan?
Nana: Whatever you wish! Datang amik Nana skang kay? Boleh kan?
Aku: Boleh saja. I’m coming. Dalam 5 minit saya sampai.
Nana: TQ Lan!

Aku sebenarnye sedikit teruja bila part last tuh dia bahasakan diri menggunakan nama, bukannya ‘saya’. Walaupon aku tahu dia saja buat camtu, konon-konon manja, konon-konon nak kasi aku cair, tapi tak kisahlah. Memang dah perangai si Nana nih suka buat camtu. Nasib baik aku pro. Kalu orang lain mungkin dah layu.

Bila aku sampai kat tempat kerja Nana, aku nampak 3-4 orang lelaki-lelaki budiman tengah godek kereta Nana. Diorang nih, tau ke ape nak kene repair? Karang makin rosak pulak. Biarlah.

Nana masuk dalam kereta sejurus selepas aku sampai sambil menyapa aku. Dan kendian aku nampak mata liar daripada lelaki-lelaki budiman yg jadi mekanik sementara, tepat menuju ke aku. Jeles? Anda jeles? Muahahahaha. Nak je aku cakap camtu kat diorang. Tapi tak eloklah buat camtu. Diorang dah susah payah tolong kan…

“Sorry, kete saye bersepah.” Aku merendah diri. Erk, sebenarnye memang bersepah pon.

“Hehe. Its’kay. Orang bujang memang camtu." Adoi, tepat je die sindir aku. Buat-buat tatau jer dah le, lalalala.

“Hahaha. Hmm. Ramai betul yang nak menolong tu.” Aku meneruskan pemanduan sambil memuncungkan mulut ke arah ‘mekanik-mekanik’ sementara. Topik pemalas tu berjaya aku alihkan. Segan seyh nak ngaku diri sendiri pemalas.

“Tu lah. Ramai pulak yang nak tolong tengokkan. Tapi sebab saya nak cepat, terpaksa tinggalkan diorang kejap.”


”Kenapa tak mintak diorang tolong hantarkan je?” tanya aku.

“Pasal diorang sume naik motor. Segan laa nak naik motor.” Nana menarik seat belt.

“Oh, high class ye. Motor taknak naik~~” Perang tease sudah bermula. Kalinih aku yang mulakan dulu.

“Eiii. Bukan taknak naik motor. Tak pandai bawak motor lah. Lagipon, mesti kene bonceng. Bonceng ngan laki? Haih, tak mau tak mau.” Waah. Perempuan melayu terakhir! Bagus btol.

“Ok, ok, jangan marah. So kemana kita nih?”

“Kita pergi pejabat pos. Saya nak bayar duit lesen. Dah mati dah harituh.”

Oh… padanlah nak cepat. Mesti jenis patuh pada undang-undang. Baru mati lesen 2-3 hari dah kelam kabut nak bayar. Aku pernah dulu sampai sebulan lebih tak renew lesen, relaks je.

“Ayol, Afal, duduk elok-elok kat belakang tuh. Nanti jatuh.” Risau betul aku tengok budak kecik 2 org kat tempat duduk belakang tuh.

“Eh?” Nana macam baru perasan kewujudan diorang. Cepat-cepat dia pandang belakang. “Waaaa, comelnye!”

Hehehe. Macam abang dia gak comel, kan? Kan?

“Saya tak tahu pulak…” tetiba suara Nana macam mendatar. Kenapalah pulak….

“Awak tak tahu ape nih?” cuak kejap aku. Sebab aku pandang kiri, dan nampak Nana pandang tajam.

“Yang awak dah kawin dan ada 2 orang anak. Hmmm, baru saya tau.”

Amboiiiii. Cubaan tease aku balik yer? Nak kene nih. Pikir Lan, pikir camne nak counter balik.

“Takkan awak tak ingat anak sendiri kot? Tuh anak awak laa 2 orang kat belakang tuh. Ape lah mak nya tak tahu.” Hehehehehehehehehehehe.

“Anak saya ker??? Kalau camtu nanti lepas kerja saya nak bawak balik rumah. Nak bagitau mama, saya dah ada 2 orang anak. Boleh daddy???”

Holy Shytto!!! Mane leh lawan counter tease jenis camni!!! Hampir-hampir hidung aku nak berdarah dengar statement ‘olok-olok-tapi-seronok’ Nana. Kalaulah ianya sebuah realiti, aku sanggup!

“Adeh, adeh. Takleh lawan laa saya bila awak cakap camtu. Sikit lagi nak cair.” Aku mengaku kalah. Sigh.

“Hehehe. Saya menang. Ni adik awak yang paling kecik ke?” tanya Nana.

Aku pon ceritalah serba sedikit pasal keluarga aku, pasal adik aku tuh, datang daripada mak tiri. Itulah 2 orang anak mak tiri aku, tapi adik tetap adik, tak kiralah datang daripada mana. Aku takleh letak perasaan benci mcm dalam drama melayu kat TV tuh. Yang bestnya, budak kecik 2 orang tuh senyap je duduk kat belakang. Baik la pulak. Tadi ganas semacam. Mentang-mentang ade awek cun.

Sampai je kat pejabat pos, aku soh Nana masuk je. Aku tunggu kat luar ngan adik-adik aku. Malas nak keluar kereta sebenarnya. Hari dah le panas. Baik layan aircond kereta. Lagi masyuk.

Lepas setel semua, Nana kene masuk keje balik. Boss tak kasi keluar lama-lama, katanya.

“Sblom tuh, ape pengeras yang awak nak?” tanya Nana.

“Hmm, awak belanja adik saya cokelat atau eskrem. Kire setellah tuh.”

“Itu jer?”

“Yerp, itu jer. Tak gentleman lah kalau laki mintak lebih-lebih kan?”

“Hahahaha. Saya tak kisah pon, jangan awak mintak mende ngarut dah le. Singgah lah kedai mana-mana.”

Nana masuk kedai dan beli 2 eskrem Mat Kool. Seronok gila budak-budak kecik tu dapat hadiah daripada ‘Kak Nana’ diorang. Tak sabar-sabar, terus makan dalam kereta. Aku senyum jer tengok diorang. Masa untuk hantar Nana balik ke keje.

Dalam perjalanan, Nana tanya aku pasal ‘date’ yang dijanjikan. Bila, kat mana, macam-macam dia tanya. Yang sebenar-benarnya, aku sendiri takde idea lagi. Walaupon aku tertunggu-tunggu, tapi siyes aku mati akal. Susah woo nak decide. Tempat takleh lah nak lekeh-lekeh, tapi dalam masa yang sama takleh mahal sangat.

“Saya pon takde idealah Nana.” Aku mengeluh.

“Kalau camtu, saya ada satu tempat.”

“Huik. Kat mana? Saya tak kisah. Lagi bagus kalau awak sendiri yang kasi cadangan. Sebab tukang kuar duit bukan saya, tapi awak kan? Hehehehe.”

“ I’ll SMS you the details nanti. Dah sampai dah… see you later Lan. And thank you very very much.”

“Okeh. No problem. Kalau ada masalah lagi, call je. Tapi jangan lupe pengeras yer.”

“Ngade-ngade.” Halahai, senyum la pulak.

Nana tutup pintu kereta, dan menuju ke arah kereta dia yang masih digodek-godek oleh lelaki-lelaki budiman tadi. Tak tahulah dah siap ke belom. Tapi aku taknak masuk campur pasal ramai sangat. Nanti nampak aku nih lebih-lebih pulak.

Seblom balik… aku bukak cermin tingkap belah penumpang depan.

“NANA!” jerit aku.

Nana berpaling merespon panggilan aku.

“Awak lupa barang! Meh amik nih.” Kata aku.

Nana blur. Muka dia penuh ngan seribu tanda tanya. Nampak sangat blank. Best tengok awek cun blank. Hehehe. Rase nak geget pulak.

Dia datang dekat kat kereta.

“Saya tak bawak apa-apa sangat pon tadi. Saya tertinggal aper?” tanya Nana sambil membongkokkan sedikit badan menjenguk kat tingkap.

“Nih haa. Anak awak 2 orang nih. Daddy nak pergi keje. Mama tolonglah tengokkan. Hahahahaha. Tadi kate nak bawak balik rumah.”

Muahahahahahahahahaha. Seronok syial~~~!

“Eiiiiiii, geramnye. Saya ingat aper laa tadi. Jahat aa awak. Isk.” Bengang kejap Nana. Tapi cepat-cepat disusuli dengan sebuah senyuman.

“Lan…” tetibe suara Nana jadi slow.

Aku dah merasakan something yang tak elok akan berlaku. Hmm..

Nana bukak pintu kereta dan duduk balik. Tapi pintu dia tak tutup. Ape dia nak buat nih??? Cuak lak aku.

“Lan, awak ingat lagi tak janji saya harituh?”

“Hmm, banyak janji awak. Yang mana satu? Hehehe.”

“Tak ingat yer? Takpe. Meh nak ingatkan.”

PIATT~~ ADOI!!!!

“Kan arituh saya cakap nak cubit awak. Baru teringat sbb awak mainkan saya tadi. Sedap tak?” terus Nana keluar daripada kereta sambil tersenyum.

Aku kene cubit kat bahu kiri. Peh, kuat btol dia cubit aku. Ganeh sungguh haih. Sakitnye. Mesti lebam. Hahahaha.

“Sedap tapi sakit. Nih awak taknak amik ke anak awak?”

“Takmoh layan. Bye-bye.” Terus Nana jalan buat tak peduli. Hahahaha. Kunun-kunun marah lah tuh.

Tapi dia sempat pusing dan melambai bila aku nak blah daripada situ. Aku balas je lambaian dia. Aku tau dia tak marah. Tapi taktau lah dia suka ke tak.

Balik tuh, aku cek bahu kiri aku. Nasib baik takde lebam. Tapi terase gak laa sakit. Walaupon tangannya yang mencubit itu dipisahkan dengan baju yang aku pakai, boleh jugak lah rasa kulit tangan Nana yang lembut selembut kulit bayi. Aku mule merancang nak pakai baju jenis tak berlengan pulak pasni, mesti lagi seronok kalu kene cubit kan? Tapi buruk lah pulak rupa aku nanti.

Malam tu aku dapat SMS daripada Nana.

Lan, kite mkn satay kajang ok? Sy dh lama x mkn satay kajang. How bout this coming Saturday?

Satay kajang ker? Menarik gak idea tuh. Aku membalas SMS Nana.

Ok gak tuh. Tapi Saturday ni saya janji ngan kawan nak kuar lah.

Memang aku ade janji ngan budak-budak nih, nak tengok wayang sekali. Tapi plan tu kensel. Cumanya pada waktu itu, aku taktau lagi plan nak tengok wayang tu akan kensel.

Titt, titt. SMS reply drpd Nana. Nyeh-nyeh.

Kalau cmtu, Sunday Nite?

Aku terus reply; Sunday ok. Nanti saya bagitau camne plan ok?

Dan akhirnya set jugaklah date kami. Hari Ahad. Best. Satay Kajang. Ngebest. Malam. Huuhuuu, lagi laa best. Mesti dia kasi cadangan malam pasal dah dapat kebenaran mama dia.

Elok jer aku letak telefon lepas reply SMS, tetibe berbunyi satu lagi. Amboi-amboi, suke yer main SMS. Aku bukak dan baca.

Jgn lupa potong rambut tu. Nampak serabut. Just a suggestion. Hihi. :)

Alamak! Rambut aku serabai! Nana perasan pulak tuh. Malunye aku.

Keesokan harinya, aku pergi kedai gunting mamak dekat kawasan rumah aku. Bila mamak tu tanya “Mau potong macam mana?”

Aku jawab...

“Kasi botak!”


Hehehehe.

25 comments:

Hani Mialystic said...

yeayeay first to comment

mst die xde bf kn kalo xngape die xmntk tlg bf die. hehehehe.

*cough*

annnyywwwaayy...rendu la pulak ngn nazrul ngn naufal walopon xpnah jumpe.hehe.cm saluh jumpe je sb saluh bc psl derang.hehe.

kemsalam same kaknana yer.welcome to wcj..(?) hehehe.

semoga dpt ape yg dihajati. baik2 ye!

mangifera said...

huhu~~

abg snub dah botak. wheee~~. cam mawi la bang snub. horny saya dibuatnya. hahahaha. bayangkan dialog ini kuar dari mulut nana. opsssiee. lawak mengom dari aku. :P

wah wah wah...makin menarik. deting tu...jeles2. eh..deting tak bawak anak2 ke? takkan berdua je kot. hahaha. keep up good work dude!!! /me membayangkan muka comel nana tersenyum. *melting*

cahatomic sucimuci said...

wahh .. snabi pun dah nak ade gf . dem tinggal la aku loser sensorang !! dem dem dem . hahah!

marq said...

snub, hari ni kan, aku kan, cam kan, tade modd kan, nak duduk ofis buat keje kan, tapi kan, lepas baca cerita blog ko ni kan, terasa hilang bosan sebab kan, aku tersengih2 kan, seorang diri kan, noktah

Tapi kan, aku kan tak dapat bayangkan kan, camne ko botak kan, sambil makan satay kajang kan, berdating, noktah 3 kali

p/s : ini biler minggu nyer kejadian?

Snubby, Don of Anime said...

LAJU SEYH KORANG REPLY! kagum2..

hani: die takde bf? hmm, tu kene tunggu nanti punye citer. Tanak spoil. Kem salam? Boleh-boleh.. insya allah. Welcome to WCJ? Rase mcm tak jer.. HEhehe.

dueng: Hoit kamu horny jangan cakap kat aku~ Nanti orang kate ghey. Hahahahaha. Pergi cakap dengan foo ker, mochi ke, sape2lah geng ghey kamu mat dueng. Well, aperpon, the whole theme of citer nih sebenarnye "Tease War". Hehehehe. Mcm star wars lak.

cahatomic: Hey hey, memandai jer ko yer. Bile pulak aku dah nak ade gf? Kawan-kawan saje. Walaupon aku tulis citer nih, tapi keadaan semasa masih lagi kawan. Dan mungkin hanya kawan. Hehehe, opps terbagi spoiler lak.

Snubby, Don of Anime said...

marq: haha, tengah2 type reply komen, tup2 masuk satu lagi komen. so reply ko aku jwb asing.

Baguslah ko ade mood nak buat keje lepas bace. Aku tumpang seronok. Anggap citer aku nih mcm Chicken Soup for Soul. Hahahahaha.

Sungguh, aku botak skang. Bukan ko dah biasa tengok aku botak ker? Aku botak bila aku malas nak fikir fesyen rambut camne yg patut aku buat. Botak lagi senang. Sbb tu Mawi botak. Die malas nak pikir. Aku dan Mawi ade persamaan rupenye.

Citer nih, sumer citer2 aku, sumer lagg 2 minggu. Walaupon aku tulis bunyi mcm baru jer, tapi sebenarnye dah 2 minggu sudah. Aku saja buat camni, supaya aku dapat edit mende2 yang tak penting, dan selit2 mende yg menarik.

Dila said...

aiks bile tak gi tengok wyg? Da Vinci tu ke? Kenselkah minggu lps? ish ish ish..

Ah, sudah maju? Dating2 makan sate. Lps ni.. memuvi laks..
Pastu deting gi zoo. Pastu bawak gi umah jumpa mak bapak. Huhuhu

( Aku kasik idea dulu )

Farah Wahidda said...

uwa...menarik, tertarik kau mmg da bomb. terer laa lan. tp, nape dila kate deting kat zoo? err...

melmuhd said...

im hepi u're hepi! keep up! update cepat2!

Snubby, Don of Anime said...

dila: bukan bukan. Da vinci tu minggu nih. Yg citer ni dah lame dah.

Macam familiar jer bwk pergi zoo tuh. Lalalala.

farah: Toche toche. Arigato gozaimasu! Dila kate kat zoo pasal die pernah pergi zoo. Rumah die dekat jer tuh. Mesti nak spy. Zoo:Kensel!

mel: hepi hepi. mane leh update cepat2. kasi peluang kat org lain yg tak sempat bace arinih utk bace esok. atau lusa. atau sampai takde org nak bace dah. baru aku update.

Jojo said...

horait, bertambah lagi sorang ahli geng botak. Hohohoho ~!

F00 said...

shcweet like chocolate =)

dueng dah dump aku haritu.

shaheeran said...

Botak sudah. Bila pulak nak belah kening kau? Hahahaha..

shaheeran said...

Eh aku lupa pulak nak komen hehe.. Aku perasan dalam entry kau tu dia ada cubit kau. So... Dah masuk fasa cubit2 tu kiranya dah bagus lah tu Hahaha... (Ni kawan aku si Yap yang kasitau aku dulu. Kalau dah masuk fasa cubit mencubit ni kiranya the chick digs you). Lepas tu baru lah masuk 1st base and so on (kot) lol

Snubby, Don of Anime said...

jojo: tu laa ko. Dah dekat sebulan aku botak, baru ko kate nak tambah geng botak. aparaa.

foo: indeed.. Apsal dueng dump ko? Mesti ko bad boy. Hehehehe.

shaheeran: Kening aku mahal woo, takkan terbelah punye. Lagipon takde org nak cabut bulu kening aku, mcm ex ko buat kat ko dulu! Hahahaha.

Btw dude, dunia kita berbeza. Cubit dalam dunia ko, maknenye green lite utk first base and so on. Hehehe. Cubit dalam dunia aku, hanyalah sebagai penambah perisa dalam hubungan berkawan. Macam kat barat gak, jumper kiss pipi, kat sini kiss pipi, sumer org pandang wooooo. Hahaha. (tapi aku tau ko dah bese, ko kan org german).

iceroll said...

'Kak Nana' diorang. cait. hahaha

[re-arrange] said...

demmm...aku tense kerja tros ilang. bagus2! sambung!!!

hoho...ade plan memuvi yg kansel?? kalo dila teka da vinci code..aku teka muvi MI3. spoiler sket?? hehehe

astaga..botak?? hurm..would it be a suprise for nana?? adekah nana suka atau benci dgn gaya botak ko?? demmit..tertunggu2 next story.

Next2!!!!!!

Snubby, Don of Anime said...

iceroll: oh ade gak org perasan part tuh. hehehe.

rearrange: salah. minggu seblom mi3 lagi. hehehe. Ko tanye nana suke gaya botak ke tak? Hmm, jawapannye pada bahagian 06. nyeh2.

shaheeran said...

Oh come on guys, it's a well-noted fact that chicks dig bald guys lol

Mighty Jacksparrow said...

...whoa...i can feel the love in the air, bro! ahaha..yo man whassap? been a long time since then dude.

hey you take care of that gurl eyh? good for you bro, good for you.

apa2 hal...polis carik mangi sebab sebarkan *cough*ehem*cough*...skali ngan mia skali ha ha ha ha...siap ko mangi :รพ

Khairul said...

hhihihihi.... gila gempak laa u nie bro.... eh aku igt botak cam shaheeran... rupanya 'botak' sket je.... so amacam lan? pas nie bleh aa pakai anting2 plak... pastuh tukar nama kpd shah... sapa tak kenal shah....

Yap Ah Boon said...

Wahhhh.....sudah kene cubit....matilah mak....hahahahahaha (mak suke mak suke)

p/s kerol: shah dah femes dlm frenster jugak skarang...muehehehe

Snubby, Don of Anime said...

shaheeran: hmm, to name a few, like you? ko botak gak. hehehhee.

jack: hahah. kengkawan je jack. takdelah sampai kene take care aper sumer.

kerol: biar aper pon yg terjadi, aku tak sesuai menjadi seekor shaheeran. Muahahaha. Cube ko bayangkan aku pakai anting2, botak licin, belah kening, pierce. Tak ke pelik tuh. Aku rase elok kite biarkan shaheeran sorang je dengan identiti tersebut, baru le die nampak unik. Barulah dia dapat kekalkan ayat "Sape tak kenal Shah kat Subang" tuh. HAHAHA.

Yap: Ah ayat mak suke lagi. Hadoi~~ Hahahahaha.

Hani Mialystic said...

be di...nak exam pon bole bukak blog be di agih.haih.

oioi pehal polis carik aku lak. tembak kang!

Anonymous said...

Best regards from NY! Www princess cruise lines oxycontin chat rooms Lincoln logo floor mats Free texas hold 'em for ppc Apply card chase credit