Friday, May 19, 2006

Bahagian 04: Bila Nana Memanggil.

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya...
Orang yang pemalu jangan difikir tiada daya…


Semenjak dapat nombor telefon Nana, boleh dikatakan hampir setiap hari aku tunggu SMS daripada dia. Aku taknak lah mulakan hantar SMS, pakcik segan. Lagipon, nanti Nana kata ape lak kat aku. Mesti dia ni nak ngorat, mesti dia ni nak itu, ini. Heh, walaupon mungkin dia tak fikir camtu, tapi aku lebih rela pertimbangkan worst-case scenario.

Tapi dah lebih 4 hari, masih tak ada ape-ape. Aku ingat dia dah lupakan akulah. Maklumlah, picisan saja aku nih. Rakyat jelata. Tak punya harta. Cewah, puitis la pulak. Ceit. Jadi, last-last aku amik keputusan untuk hantar jugak SMS. Terpakse buang ego/malu/prasangka, dan jadi orang pertama yang initiate.

Hello, pekabar?

Pendek jer aku antar. Nak testing market lah konon-konon. Tgk ade reply ker tak. Karang kalu antar SMS panjang, meluat pulak orang tu. Cukup sekadar aku hantar, supaya dia masih ingat kewujudan aku. Dan kewujudan janji Nana nak ganti phone holder aku tuh. Hehehe.

Tapi takde immediate respon. Mungkin dia ade hal lain kot. Janji aku dah start, so nanti Nana takleh blame aku kalu dia kate aku tak contact dia. Kan? Kan?

Dan sejam kemudian, ade SMS masuk AHH! Terima kasih tuhan! Hepi~ Hepi~

Hai Lan! Sorry x sms. Bz 2,3 hari. 2day baru setel. Timing awk baguslah!

Oooooooooo. Kan betol aku cakap, dia sibuk. Agaknya sixth sense aku dah mula memainkan peranan kot. Tapi aku takleh excited sangat, kene maintain cool. Bizi pasal ape pon aku taktau. Perlukah aku tanya? Hmm.

Lepas tu, aku dan Nana pon berbalas sms. Banyak jugaklah. Aku taknak call dia, nanti habis kredit. Kalu dia call aku takper gak. Sekurang-kurangnya, SMS memerlukan kedua-dua belah pihak mengeluarkan modal. Baru adil dan saksama.

Jadi, untuk hari-hari yang seterusnya, takde ape yang menarik sangat dalam SMS-SMS yang berjuta banyaknye tu. Tanye kabar, tanye itu, lawak-lawak sikit, itu-itu sikit, ini-ini sikit. Alah, mcm korang tak biasa main SMS lak. Korang tau ler ape maksud aku kan?

Aku tetap maintain cool. Takmoh jadi gila bayang. Takmoh angau. Kawan-kawan biasa je dahlah.

Sampailah satu hari nih…

Petang tuh aku tengah syiok layan tido. Hari pon tengah hujan. Peh, sedap gile tido. Sejuk. Kene pulak aircond aku rosak, so aku takde peluang nak pasang aircond sangat pada hari biasa (dan aku jarang bukak aircond siang hari, utk jimatkan bil letrik). Jadi bila hari sejuk, sedaplah aku buat taik mata.

Tengah melayan mimpi ala-ala Hindustan, aku dikejutkan dengan bunyi panggilan fon. Kaco sungguh, nak tido nih. Adoi laa… Dengan malas aku gagau carik fon aku. Manelaa aku letak nih. Hah, jumper pon.

Nana, Calling.

Uik??? Nana call? Pelik. Slalunye SMS jer. Apsal dia call nih. Takleh SMS je ke? Emergency ke ape??

Aku amik nafas dalam. Stabilkan diri dulu. Jangan kasi bunyi mamai sangat. Malu gue. Kelipkan mata berkali-kali, raup muka, tampar pipi sikit, kasi segar. Lepas dah 2-3 kali berbunyi tuh, aku pon dengan tenang, jawablah fon.

Aku: Hello…
Nana: Hello Lan..?
Aku: Hmm..?
Nana: Boleh bercakap dengan Lan?
Aku: Yerp. Saye lah ni.
Nana: Erk..
Aku: Erk..? Kenape?
Nana: Suara awak lain.
Aku: Hahaha.
Nana: Btol. Kenape suara awak lain?
Aku: Oh. Ni suara baru bangun tido saya. Hehehe.
Nana: Awak tengah tido ke? Sori-sori, disturb you pulak.
Aku: Nah, no problem at all.
Nana: Tapi suara awak, saya ingat dah salah nombor tadi.
Aku: Kenape suara saya bunyi pelik sangat ke??
Nana: Bunyi husky, serak-serak basah.
Aku: Is that good or not? Huhuh.
Nana: Kinda… macho gak la. Hihi.

Hahahahahahaha. Peh kembang kempis hidung aku. Awek puji suara baru bangun tido aku best woooo. Sape tak kembang. Mungkin dia nak sedapkan hati aku je, tapi pedulik ape. Janji dia dah TERpuji aku cukuplah. Orang melayu kan terkenal dengan sifat sopan santunnya, walaupon mende tu tak best, dicakap best gak.

Ok sambung balik.

Aku: So, kenape awak call yer?
Nana: Takleh call ek?
Aku: Boleh je nak call. Tapi…
Nana: Tapi takleh call? Ganggu awak tido? Sori again…
Aku: Bukan, bukan. Awak tak pernah call, tetiba arinih call. Slalu sms je.
Nana: Memula ingat nak sms je tadi. Then terasa call lagi baik.
Aku: Wah. Mesti ada hal penting sampai awak rase call lagi baik.
Nana: Hahaha.
Aku: Tak mahal ke call? Nanti abis kredit awak.
Nana: Alaa, sama-sama 012, takde lah mahal sangat. Saya nak tanya nih…
Aku: Ok. Akhirnya, sampai jugak soklan maut.
Nana: Hahaha, jahatnye~
Aku: Hehe, sori2. Ape soklannye?
Nana: Saya dekat KL nih—
Aku: Saya dekat rumah, dalam bilik, atas katil, tgh cakap telefon.
Nana: Hei~ janganlah potong cakap saya. Tak habis lagi. Hihi.
Aku: Hahahaha. Sori lagi sekali. Saya memang macam ni bila baru bangun tido.
Nana: Oh, patutlah. Konon nak ngade-ngade dengan suara macho ye.
Aku: Itu yang saya fikir. Hehehe. Haa, ape yang awak nak tanya tadi?
Nana: Yerp, saya kat KL nih. Dah beli awak punye holder.
Aku: Ohhh, pasal tu je ke…
Nana: Awak ingat pasal apa??
Aku: Ingatkan awak nak saya turun KL, ajak ngedate ke ape.
Nana: Ngedate? Ape tuh?
Aku: Erk. Ngedate tuh dating.
Nana: Hahahaha. Kenape jadi ngedate?
Aku: Erk. Saya dah terbiasa pakai perkataan ‘ngedate’. Bunyi BM sikit.
Nana: Kelakar aa awak nih. Saya nak tanya, camne nak pass kat awak holder nih?
Aku: Pass je. Tak kisah bila-bila.
Nana: Sebab tu saya tanye. Bila dan di mana. Ada paham? Hihihi.
Aku: Hmmm.

Chance! Ini peluang aku untuk jumper Nana sekali lagi. Pandai-pandailah aku nak buat camne nanti. Aku sebenarnye byk free time. Sebab tu aku tak kisah. Kalu ikutkan hati, aku turun KL amik pon takper. Tapi orang tua kata, ikut hati rugi, ikut rasa binasa. Ikut apa yang oknya??

Nana: So…?
Aku: Saya nih, bila-bila pon OK. Awaklah kene set. Tak kaco schedule awak yg bizi tu.
Nana: Esok malam boleh?
Aku: Waa, kenapa malam?
Nana: Pasal esok saya keje lah dear…
Aku: Erk…

Tergamam jap aku dengar perkataan ‘dear’ tuh. Bestnyeeeeeeeeeeeeee~!!!

Aku: Lepas keje takleh ke?
Nana: Aik, tadi dia yang suruh kita set. Lepas keje saya nak balik rumah. Mandi-mandi, solat.
Aku: Oh ok. Kat mana?
Nana: Awak set tempat. Saya dah set masa.
Aku: Betol?
Nana: Betul laa. Janganlah tempat mengarut pulak.
Aku: Isk. Nasib baik awak ckp camtu. Baru nak kata jumper kat Hard Rock Café tadi.
Nana: Eeii, ngade. Nasib baik dlm telefon. Kalu tak dah kene.
Aku: Kene ape?
Nana: Cubit.
Aku: Best tuh!
Nana: Ok, nanti time saye pass, saye cubit awak sekali.
Aku: Nyeh, nyeh. Jumper kat kedai Mamak je lah.
Nana: Byk kedai mamak, yang mana satu?
Aku: Emm, kat kedai mamak XYZ, awak tau kan?
Nana: Oh. Tau tau. Jumpe kat sana esok malam ye?
Aku: Jap! Pukul bape malam?
Nana: Pukul 8.30 boleh? Saye takleh lama sangat. Nanti mama marah kuar malam-malam.
Aku: Sebab tu le saye ckp tadi, kenapa malam. Saye takut mama awak marah je.
Nana: Amboi, awak ni fikir macam mama saye ye. So, ok ye nih?
Aku: Ok. Beres. 8.30 malam, kat kedai mamak XYZ, esok.
Nana: Yerp.
Aku: Anything else?
Nana: Emm, nope. See you tomorrow.
Aku: Okay~~
Nana: Got to go. Take care ye. Bye-bye.
Aku: You too, take care & bye.
Nana: Assalamualaikum.
Aku: Waalaikumsalam…

(perbualan telefon di atas adalah 80% yang aku ingat. Mende ni dah jadi lebih kurang 2 minggu lepas, susah maa nak igt exact words.)

Seronoknye aku! Aku tak kisah langsung pasal holder tuh. Janji dapat jumpe Nana. Lelaki sangap dan gersang macam aku ni memang sedih, sebab tu le aku jadi excited bila dapat peluang. Dan perbualan telefon tuh, walaupon sekejap (actually 10 minit jugak lah, aku dah potong-potong supaya memudahkan para pembaca), tapi terase high jugak! Macam baru lepas hidu gam, atau isap dadah. Hahahaha. Erk, aku tak pernah buat tuh, just metaphor saje.

Esok malamnye, TEPAT kol 8.30 malam di restoran mamak XYZ.

Aku memilih sudut yg agak terasing. Saja je, manelah tau Nana nak lepak lama. Lagipon aku segan nak duduk kat tengah, nanti kalu Nana sampai, sure sumer orang dalam kedai akan tengok kat kitorang. Yerlah, awek cun, mata mesti memandang punye. Demi untuk menyelamatkan Nana daripada pandangan mata liar dan pervert, aku pilih meja yang agak tersorok. Amcam? Berfikiran jauh tak aku? Hehehe.

Aku panggil mamak pekerja, dan order teh o ais satu. Air feveret. Ringkas dan mudah. Takde susu. Sesuai untuk orang macam aku.

Dalam 5 minit kemudian, elok-elok je air aku sampai, Nana sampai dengan kereta Kelisa biru beratap hitam dia. Kelisa special edition tuh. Dan kemudian fon aku berbunyi…

Nana: Hello Lan.
Aku: Hello.
Nana: Saye dah sampai. Awak kat mana ye?
Aku: Ada dalam kedai mamak nih. Tengah tengok kat kereta awak.
Nana: Dah sampai ke? Mana awak?

(mase nih Nana dah turun daripada kereta, tapi tercari-cari aku kat mana.)

Aku: Nampak tak saya lambai??
Nana: Oh nampak-nampak.

Pastu Nana berjalan ke arah aku sambil tersenyum, menjinjing sebuah plastik hitam kecik. Mak aih, lawa shial~~. Rambut pony tail, cute. Dengan baju kasual warna macam pink, dan seluar, Nana memang nampak sempoi tapi cantik. Ah, kalulah korang dpt tengok sendiri… Ade satu perbezaan malam nih. Dia pakai cermin mata.

“Saye tak tahu awak pakai cermin mata.” Tanye aku.

“Kabar baik.” Pendek je Nana jawab. Adoilah. Terkene aku.

“Hahahahaha. Sori. Ape kabar?” aku terpakse bertanye kabar selepas termalu.

“Hehehe, kan saye dah kate tadi, kabar baik. Padan muke.” Nampak sangat Nana tersenyum puas mengenakan aku.

“Berbalik pada soalan saya tadi, tak tahu pulak awak pakai cermin mata.”

“Awak baru kenal saya, mesti lah banyak lagi mende awak tak tahu kan?”

Damn. Btol gak tuh. Terkene lagi aku. Malam ni saja, awal-awal dah 2-0. Nana 2, aku 0. Aku mesti counter tease balik! Musti!

Kendian Nana bagitau aku, dia jarang-jarang pakai cermin mata, kecuali time nak driving je. Lagipon power dia tak kuat sangat. Takdelah kronik sampai kene pakai setiap masa. Pelik betol aku, byk dah kes budak perempuan yang aku kenal camni. Diorang lagi rela tak pakai cermin mata. Adakah takut nampak huduh? Bagi aku, pakai cermin mata akan membuatkan seseorang nampak lebih matang. Dan aku lagi suke tgk org pakai cermin mata.

Nana duduk kat kerusi kosong, sebelah kiri aku. Bukan duduk sebelah menyebelah, tapi belah kiri je. Korang tau lah meja mamak kan rupanya petak. Bau haruman mandian Nana memang semerbak. Hampir turn-on aku. Gile best. Isk, ape ko pikir nih Lan. Udah-udah laa jadi pervert.

“Nah.” Nana menghulurkan plastik hitam kecik kat aku.

“Ini holdernye? Janganlah beli yang mahal-mahal. Yang ni pon RM20 jer.” sambil aku menunjukkan holder lama aku.

“Eh tak mahallah. In fact lagi murah. Tapi kualiti dia nampak lagi cantik. Saya hairan jugak kenapa awak beli sampai RM20.”

“Berapa awak beli?” tanye aku kehairanan.

“RM12 je.”

“Kat mana nih? Isk, saye tak terjumpe lak yg murah.”

“Hehe, kat mana tu rahsia.” Nana tersenyum, menampakkan sebaris gigi putih tersusun. Damn nice!

“Ooo, rahsia yer. Nanti saye nak beli lagi, next time terpakselah bawak awak. Boleh?”

“Boleh jer.”

Sambil aku bukak plastik hitam tuh, Nana order fresh oren. Hmm, takmoh minum air biasa-biasa yer? Mahal jugak minah nih.

Aku menumpukan perhatian dengan plastic hitam depan aku nih. Holder ni dlm kotak lagi. Tak berbukak lagi. Tapi apsal rase lain macam je.

“Erk, Nana..” aku memandang Nana. Something happen. Hehehe.

“Kenape? Awak suke tak? Saye amik ni pasal nampak classy. I like the design.”

“Tapi..”

“Tapi…???” Nana menjengilkan mata yang cumil tuh.

“Yang ni kecik laaaa. Tak muat pon. Tgk nih.”

Aku demo kat Nana, betapa keciknya holder tu untuk handphone aku. Apolah dia nih.

“Erk!! Eh, eh!” Nana nampak mcm gelabah sekejap.

“Hahahahaha, takper takper. Haih…keciwa.” Aku saje je buat-buat kecewa. Kata nak lawan-lawan tease kan? Skang dah 2-1. Kasi dia gelabah lagi. Kasi dia tak tentu arah. Kasi dia tak tau nak buat ape. Muahahahahahaha.

“Saye ingatkan handphone awak kecik lagi… sorry Lan..”

“Takper. Kecewa sikit jer. Ehehe. Ingatkan awak tau saye pakai Nokia 6600.” Aku saje mempermainkan hati Nana lagi. Jahat seyh aku.

“Ye ke? Saye dah lupe. Saya ingatkan Nokia yang satu lagi. Yang kecik tu. Alaa, camne nih..”

Yes! Berjaye aku buat Nana rase blank.

“Tell you what.. saye ade idea menarik.”

“Hmm..? Awak nak saya bawak awak pergi tempat saya beli?”

“Tak tak. Awak takyah ganti tapi…”

Nana mendengar dengan penuh perhatian. Mungkin sebab dia rasa serba salah, jadi dia tak berani nak loyar buruk.

“Awak belanje saye makan pon dah cukup. Takyah ganti pon takpe. Amcam?”

Ini adalah plan aku. Aku memang suke buat pompuan terpakse menerima cadangan aku di atas kesilapan/kekalahan mereka sendiri. Dengan cara ni, aku boleh mendekatkan diri dengan lebih banyak lagi. Lagipon belanja makan tak mahal, untuk 2 orang, tak sampai pon RM10. Aku tak makan banyak pon kalu berdua dengan perempuan. Segan maa. Nyeh2.

Aku menekan lagi cadangan aku kat Nana, “So camne?”

“Betul ni awak taknak holder baru?” Nana tanya meminta kepastian.

“Betul. Holder ni selagi boleh pakai, saya pakai. Takde hal sangat. Tapi since awak kata nak ganti gak, baik awak belanja makan je. Puas hati.”

“Habis tuh yang nih?”

“Hmm, awak simpan je lah. Buat kenangan. Nanti bila awak tengok holder baru nih, mesti awak gelak teringat silap awak. Betul. Hehehe.”

“Hehehe. Ok then. It’s a deal.”

Dan berjayalah aku mendapatkan date dengan Nana, awek cun di depan aku nih. Orang yang pemalu jangan disangka tiada daya…

Malam tu kami berborak lebih kurang 45 minit jugaklah, dan kemudian Nana meminta diri. Dah lewat katanya. Aku pon tak kisah, taknaklah kasi Mama risau. Eh2. Mama kepada Nana. Hahahahaha. Lagipon aku tak tahan dengan mata-mata liar kat kedai mamak tuh, semua dok tengok kat meja kitorang.

Aku mengiringi Nana ke kereta dia. Nasib baik dekat. Nana menekan punat kunci kereta.

Titt.

“Eh?? Awak tak kunci pintu ke tadi???” cuak aku tengok. Nasib baik laa Nana parking kete di tempat yang kitorang boleh nampak drpd tempat duduk. Kalu tersorok, tuhan saja yang tau. Silap haribulan kene curi.

“Ish. Saye tak perasan lah. Saye selalu confuse. Mane bukak, mane tutup…”

Kendian Nana menekan sekali lagi. Titt Titt. Baru le bukak.

“Hmm, meh nak ajar awak camne nak tau. Bak sini kunci kete. Tutup pintu tu.”

Nana kasi kunci kete die kat aku.

Aku tekan sekali. Titt.

“Ok. Kalau awak tekan, bunyi Titt tu sekali, maknenye tutup. Kalu bunyi dia dua kali, titt, titt, maknenye bukak.” Ajar aku.

“Tapi itu yang saye slalu confuse.”

“Don’t worry. Awak ingat camni jer. OPEN & CLOSE. O-PEN, 2 suku kata, so 2 bunyi titt. CLOSE, satu suku kata, so sekali titt.”

“Waaah. Betul lah! Bestnye, lepas ni tak confuse dah. Thx Lan!”

Seronok tengok awek cun yang riang nih. High lagi sekali aku.. ah~~ Aku perlu berterima kasih pada Eija pasal dia yang ajar aku dulu. Berguna gak ilmu nih yer.

Dan lepas Nana balik, aku terus merancang apa yang patut aku buat pada hari ngedate nanti. Kat mane ape sume. Nanti bila dah rancang, Nana soh aku sms je details.

Alangkah seronoknya aku!!!


-ur comment is my motivation, hehehehe.-

--------------------

Cool Facts!

1. Medal Nobel Peace Prize menggambarkan 3 lelaki bogel memeluk bahu sesama mereka.
2. Lembu memberikan lebih banyak susu bila mereka mendengar muzik.

35 comments:

Farah Wahidda said...

wah...bahagianya~~ gile pandai pancing dia.
lepas ni cam ada 2 chances lg nak jupe...gi mkn2 dan pegi beli holder baru (walaupun kata selagi boleh pakai kan?)...huhuhu

mangifera said...

snub, bukanlah nak downkan ko tp menurut kata2 dari member aku terhadap aku sendiri;

"kalau kata2 sayang and dear tu dah biasa bagi perempuan, derang sesame sendiri pun memang guna word tu"

so, jgnlah terlalu berharap sgt dgn word "Dear" tu. aku pernah kena...so, better not believe that.

selebihnya, gud luck. you go steady man. cayalah. takder arr segan2 sgt cam awek petronas dulu. kali ni lebih teratur sikit. cayalah bro.

Normal Member said...

Damn You Dude (DYD), come back to the world where you belong, where you should be, world of no boundaries, no pressure, no women no cry, world where we welcome you always and acknowledge you of who you are, please come back to the world of sword fighting. Guys here miss you a lot especially our president who lives in ss15.

Snubby, Don of Anime said...

farah: hahaha. Pancing tu kene lah pandai. Diam-diam ubi berisi. Bukan senang nak memancing nih... memerlukan daya konsentrasi yang tinggi.

dueng: yes dueng. Im well aware of that. Huhuhu. Biasa dah org pompuan ni berDear dear. Aku slalu kene ngan bini nagacyber. Hahaha. So aku dah lali laa. Just that, aku saje emphasize kan dlm citer nih, supaya nampak best. Bab teratur tuh, pasal dulu, aku takde sbb nak gi tegur. Dan for both arc, aku tak pernah initiate (losernye aku). Thats why laah.

normal member: ceh, zmn aku takde mende, korang sumer bizi. Zaman ade fling-fling, baru nak ajak lepak. Cit poorah! Hahahaha. Aku masih mcm dulu, tak berubah. Dont worry. Ade awek ke takde awek ke, bini ke ape ke, kengkawan tetap diutamakan.

[re-arrange] said...

hahahahahaha!!! babiey2~~ pancingan mengena!!

syabas2~

next!!

teslarage said...

ler.... ade member jiwang la plak....

agagagagagaga.... keep it up bro!

F00 said...

bila nana datang memanggil.
penting bunyinya tu.
a la izrail datang memanggil!

ngahaha. saje kasi cuak.

"Seronok tengok awek cun yang riang nih" - snubby

betul la weh. aku pun dah lupe camane haih *loser*

Snubby, Don of Anime said...

rearrange: Hahahahaha, tergelak aku bace aksi seronok ko. Suke yer! Hahahaha.

teslarage: tak jiwang sgt laa. Lebih kepada bermain-main. Itu lagi seronok!

foo: Cis. Jgn dikau samakan Nana dengan Malaikait Maut. Serem sejuk gue. Huhuhu. Dah lupe feeling tgk awek seronok? Ko kan ade awek, buat lah die seronok. Nnt ko igt lah balik.

Farah Wahidda said...

btul..pancing mmg memerlukan konsentrasi yg tinggi dan strategi yg mantap. klu langsung tak dpt ikan, sendri kecewa. tp..klu dpt tp ikan terlps dr mata kail, diri kecewa..ikan cedera...hehehe..

bak kata org, mcm tarik rambut dlm tepung...rambut jgn putus, tepung jgn berselerak ;) (trus je pandai madah2 sejak baca blog ni :p)

Unta@Jitra said...

ni 2 minggu lepas punye cite ke? hohoho...

ah tggu aku tanye kondisi ko skarang aa... hahahahaha

Dila said...

heh, jumpa? mkn? awek tu blanje mkn? haih~

awek tu beli holder pulak? haih~

skang sume pompuan nk kena initiate sendri. Lepas tu dh initiate. Nanti laki ade la batu keras? batu balas utk ckp bile gado and all. "But you started it... "

And then the guys bitch about, it have to be the guys doing the chase. Haih. And the gals initiating the chase would felt so dumb and all, that in the end, she don't think any guys is worth it anymore.

shaheeran said...

batu keras? apa ni cakap pasal hard rock ni?! hmm... rindu sama hard rock..

Snubby, Don of Anime said...

farah: peh, madahlah madah. dasat benar. Blog ni tak bermadah sangat pon, tp makasih atas penghargaan anda. hehehe.

unta: lebih kurang 2 minggu lepas. Nyeh, nyeh.

dila: Wowo, calm down girl. Janganlah marah saye. Jumper tuh pasal nk kasi holder, holder tu die beli pasal nak ganti, dan makan-makan tuh, aku sendiri yg suggest. Belanje makan? Itu denda dia. Takdelah pasal initiation sgt, lagipon aku dah ckp, betapa losernye aku sbb tak berani nak initiate. Lagipon, takdelah sampai gado mcm kapel, sbb aku tak kapel pon ngan dia. And if i do (which is very unlikely... unrequited love), aku tak tau ape akan jadi, jadi berserahlah pada tuhan.

Kalu nak difikirkan secara general, memang laki kejam. So do women. Sbb tu kite takleh pikir secara general, tapi lagi menarik kalu kite tgk relationship tuh secara individu. Unik dan penuh dengan kejutan. What happen to you, doesnt mean happen to others. Dan apa yang terjadi kat diri kita, jadikanlah satu pengalaman, satu pengajaran, dan satu kenangan.
Sekarang kite mungkin terase bersedih, kemudian hari, bila pikir balik, gelak saja. Kan? Kan?

Snubby, Don of Anime said...

shaheeran: ko mmg gile hard rock. isk2. Nanti batu nisan ko pon keras semacam. Hahahahahaha.

shaheeran said...

Kenapa Dila cakap macam tu eh? Dila ni pernah ada ex-bf macam gitu ker? Kesian eh.. I kenal tak mamat tu? hehe

Kudos to you Lan! Aku gembira tengok kawan-kawan aku happy. Sekarang ni semua macam dah ada awek/atau tgh geli-geli nak ada awek.

F00 said...

dils,

somehow. things that you wrote.
you, women, had started doing it since, forever.

now its our turn hihi.
jokinglah.

*abort gender war. i need you as you need me. pling*

mangifera said...

i have to agree with dils. sebab dalam dunia ni, terlalu byk lelaki loser cam aku ni. so, nak tak nak, girls la kena start.

guys yang bitching around tu jenis yang tak suka or tak sayang kat that girl. entahlah. manusia ni buruk bila gaduh. segala benda pun dia nak ungkit. begitulah adanya. so, either way...samaada lelaki ke perempuan ke yang start, kalau dah gaduh tu, sama je.

kalau cakap psl sakitkan hati, dari dulu lagi decision nak suka atau taknak suka, terletak pada perempuan. sebab dari dulu, lelaki yang chase perempuan. we're mortal, full of flaws. sekian. :)

snub, nak update lagi. :)

Dila said...

oh.. tidak marah. Skadar, meluahkan ketidak puasan hati. Muehehe. And mcm .. well kate2 peringatan; maybe the initiator would be like.. tired of it all. Tapi kira ok la bg sms dulu kan kan?

Berbalik kepada Nana. Enna. Eh tinggi tak? tinggi macam aku? Drive kete ape? Ape no plet? (nk cek saman)

Yap Ah Boon said...

Bla bla bla....gender wars...hehe. Sampai bila2 takkan abis ni.

Ape lagi yg korang pk pasal initiation ni. Kalo nak...initiate je la. Apa yg akan happen belakang kira. A wise man once said

'He who hesitates masturbates.'

Snubby, Don of Anime said...

shaheeran: erk, jgn laa salah paham. takde nye aku tengah geli2. kawan saja.

foo: gurau gurau kang mau ade yang nangis. hahaha.

dueng: btol... kite manusia penuh dengan kecacatan. Hanya tuhan saja yang tau...Update? Hahaha, kasi le can org bace bahagian ni dulu.

dila: Tinggi ke tak? Rasenye aku ade ckp dlm bahagian 01 dulu. Rendah sikit daripada aku. Tp bagi seorang pompuan, nampak tinggi lah. Kete lak, kelisa biru special edition. No plet lak, eh! Mane leh bgtau!!! Bahaye2...

yap: I wonder who is the wise man, indeed full of wisdom. Hahahahaha.

iceroll said...

pehh ayat..patut le pompuan suka.

Snubby, Don of Anime said...

ko merujuk pade sape tuh? ayat aku ke ayat wiseman?

Khairul said...

hihihihihi.....

[rikku] said...

wahh lan makin cemerlang..~* tahniah..!!

deraman said...

hahahaha gila buat psyco perempuan tu...

apa2 pon lan teruskan...kalau tak berjaya pon aku setuju kata yap.

'He who hesitates masturbates.'

Snubby, Don of Anime said...

kerol: gelak...

rikku: makasih2. huhuhu.

deraman: hehehe, saiko saiko.

Mochi_In_Forest said...

Snub, best aa baca blog ko.. tambah2 part2 citer canih.. mmg Dr. Love aaa ko! Sile beri tunjuk ajar~ haha..

Nway, all the best to you! =) but at the same time, mcm Mangifera kata, kena beringat2 gak. Bukn apa, aku ni baru je terkena.. haha..

Sometimes girl ni unpredictable.. after all of the good & unexpected treats, suddenly die berubah.. dr kite mula2 x letak harapan kat die, sampaila kite dh letak sedikit harapan.. suddenly, she'll come up with something which will make us back off.. haih.. x faham la sy..

K la.. jaa ne~ Selamat berfutsal! =)

Snubby, Don of Anime said...

mochi: hehehe tq2.

Hani Mialystic said...

ehem.
*cough*
mochi kenapekah? ade masalahkah anda
*cough*

anyway be di.cepat2la smbg.jgn main tipu.ape lag sgt nehhhhh

brew said...

nice blog..full of flaws here and there..

Snubby, Don of Anime said...

brew: biasa dah tuh flaws. aku mmg takkan terlepas drpd kesilapan punye. huhuhu.

jess said...

good luck! all the best....

Farah Wahidda said...

cepat la update! dah kehabisan bahan bacaan ni~~ hehe

Jojo said...

nicee... super nice la lann!!

citer ni membuatkan aku sengih sorang2 sambil
membace, demit.

Snubby, Don of Anime said...

jess: good luck apo nih.. hehe.

farah: sabo sabo. nnt saye post yer.

jojo: hehe, kenape tersengih? terkenang kisah lama? terkenang nazihah? elelelele.