Saturday, May 13, 2006

Bahagian 03: MAX Happiness!

Sidenote: Sblom aku teruskan cerite, aku nak tukar nickname awek kedai kasut daripada Enna kepada Nana. Ini disebabkan beberapa kontroversi yang berlaku menyebabkan aku terpakse tukar. Lagipon, NANA merupakan antara movie jepon feveret aku. So pakai jer lah. Bukan name sebenar pon kalu nak diikutkan. Hahahaha.

Apakah kemungkinan untuk kita, berjumpa dengan seseorang yang baru dikenali di tempat beliau bekerja?

Menghampiri 100 peratus.

Apakah pula kemungkinan untuk berjumpa dengannya, macam kes aku, di tempat jogging, yang mana dia selalu turun??

Melebihi 50 peratus.

Dan apakah kemungkinan untuk terserempak dengan seseorang yang kita baru kenal itu di tempat berbeza terus?

Menghampiri 0 peratus.

Okeh. Persoalan dan statistik dan survey di atas ni jelas sekali menunjukkan yang aku boleh jumpa Nana, tanpa sebarang masalah kat kedai kasut XXXYYY. Walau bagaimanapun, ada satu isu. Buat aper aku nak pergi sana kalu takde sebab kan? Memalukan je. Nanti nampak macam aku ni Desperate Bachelor pulak. Hehehe.

Jadi, tempat kedua paling sesuai untuk aku berjumpe lagi dengan Nana, ialah di tempat jogging. Cuma aku ni mungkin nasib tak berapa bagus. Sakit gak hati bila memikirkannya. Daripada percubaan aku jogging 2-3 kali seminggu, hatta hari yang sama macam hari yang aku jumpa dia waktu haritu, tak sekalipon aku terserempak lagi. Mungkin dia stop jogging dah kot. Mungkin jugak, dia berehat daripada jogging sementara waktu. Tak tahulah. Yang penting, AKU MEMANG TAK JUMPE KAT TEMPAT JOGGING DAH! Ahh… sedih…

Tapi….

Siapa sangka aku akan terjumpa dengan Nana, di tempat yang aku langsung tak sangka. Langsung langsung tak menjangka. Sedangkan kalu ikut ‘Apa Kata Survey’ yang aku buat kat atas, chances 0%. Eh, menghampiri.

San Francisco Pizza…

Satu-satunya kedai Pizza yang bukan Pizza Hut kat area Bangi nih. Ke ade lagi? Aku pon tak sure. Tapi aku bukanlah penggila Pizza Hut. In fact, aku sebenarnye tak suka Pizza Hut langsung. Bagi aku pizza di Pizza Hut tak sedap. Tak macam pizza Dominoes.

Berlainan dengan San Francisco Pizza, bebaru ni aku dapat peluang merasa keenakan pizzanya. Itupon pasal ayah aku bawak balik ke rumah. Woaah, sedap giler. Tak sangka langsung. Itu yang buat aku terase nak makan San Francisco Pizza sekali lagi. Tapi kalinih aku pergi beli sendiri.

Dan kat dalam kedai tu ler aku berjumpe dengan Nana.

Pelik kan? Time aku dok berharap nak jumper, tak de pulak. Time aku tak terpikir boleh terjumpe, time tgh kemaruk nak makan pizza, bolehlah pulak dia ada kat situ.

Bak kate member aku si Taqi, weirdness!

Yang sebenar-benarnye, aku amat gembira sebab dapat terserempak untuk kali ketiga. Semuanya lokasi yang berlainan. Mungkin tak betul lah kenyataan pasal aku ni nasib tak bagus. Malah aku sebenarnye seorang insan yang sangat bernasib baik! Hahahaha.

Tapi menjadi seorang AKU bukanlah senang. Sikap pemalu ni memang payah nak dibuang. Sebab tu walaupon aku nampak Nana ade dalam kedai, aku buat-buat tak tahu. Egoistik sungguh. Ataupon mungkin pemalu yang terlampau.

Jadi aku berjalan ke kaunter, terus saja, tanpa buat peduli keadaan sekeliling. Aku tau aku nampak Nana kat meja hujung sana. Duduk menghadap jalan, membelakangi kaunter. Tapi aku tak amik inisiatif untuk pergi dan tegur langsung. Dan aku rase Nana tak perasan lagi kehadiran aku dalam kedai. Ye, ye, korang leh kutuk aku seorang yang loser. Hehehe. Aku terima kalinih. Sob, sob.

Lepas beli pizza yang aku idam-idamkan tu (takeaway/tapau/bungkus je), terpaksalah aku berpusing dan menghadap meja Nana tu. Masih lagi dia tak perasan. Kusyuk membaca magazine ape tah. Mestilah dia tak perasan aku kalau membelakangi kaunter kan. Dia duduk sorang ke? Peliknya. Lepak sorang-sorang kat San Francisco Pizza siang hari. Mungkin dia loser mcm aku gak. Hehehe.

Berjalanlah aku menuju ke pintu keluar, sambil jeling-jeling sikit kat Nana. Manalah tau die perasan. Sumpah, memang aku berharap dia yang akan nampak aku dan tegur aku dulu. Korang leh kate aku macam-macam, tapi bukanlah perangai aku untuk pergi tegur orang yang baru sekali dua kenal. Sekurang-kurangnya kene rapat sikit baru aku tegur orang dulu. Dia macam tak perasan je… adehlah. Sedihnya.

Last-last, aku buat tatau dan berhenti mengharap bak nyanyian Sheila On 7. Aku teruskan je keluar daripada San Francisco Pizza dan menuju ke arah kereta. Kebetulan pulak, kereta aku parking kat sebelah sana, erk maksud aku, kena lintas depan Nana baru leh sampai kat kete. Bezanya, aku kat luar kedai, dia kat dalam. Yang memisahkan kami cumalah sepasang cermin semi-transparent.

Sambil jalan perlahan-lahan, aku pandang sekali lagi kat Nana. Masih membaca magazine dengan kusyuk. Dengan sebelah tangan menongkat dagu, ayu! Waduh. Betapa bestnya kalau aku dapat duduk kat sebelah dia, borak-borak, gurau senda, cucuk hidung masing-masing dengan straw ke. Hik hik. Lebih-lebih lak aku.

Tetibe Nana mengangkat muka. Ah. Ah. Ah!!! Dia nampak aku!!!

Terus Nana tersenyum. Mata dia memang bersinar-sinar lah. Aku je perasan kot mata dia sinar-sinar, tapi peduli apa. Janji nampak comel. Dan dengan tiba-tiba gak Nana melambai ke arah aku.

Apa yang patut aku buat? Lambai je lah balik. Aku dah kat luar pon. Segan gile kalu masuk dalam dan baru nak tegur.

Dan Nana menggamit aku. Macam suruh aku masuk dalam balik dan jumpa dia. Oh, dia ajak duduk sekali ke? Nak tak nak terpaksalah aku patah balik masuk. Nanti orang kata sombong pulak kan. Takmoh lah cenggitu.

“Hai Lan.” Tegur Nana sejurus aku mendapati tempat duduk dia.

“Erk.. Hai Nana. Hehehe.”

“Sorang? Takeaway je?”

“A ah. Nak tapau takyah bawak ramai-ramai. Awak tuh, kenape sorang je??” tanye aku curious. Aku perlukan confirmation, die mmg duduk sorang atau…

“I’m supposed to meet someone here. Tapi dia tak sampai-sampai lagi. Tak patut lah dia buat perempuan tertunggu-tunggu. Hihihi.”

Amboi… ada sikit nada manja kat situ, manja campur ceria. I like~~

“Oooo. Ade appointment ke.” Kemudian aku terdiam sebentar. Ah, memang nampak pelik aa situasi skang. Very the Awkward. Macam orang kehabisan kata-kata. Takde mende aku boleh cakap untuk meneruskan perbualan.

“Join lah duduk. Sementara nak tunggu orang tu sampai. Ke awak rushing?” tanye Nana.

“Eh eh. Taklah. Ni untuk saya je pizza ni. Takde share ngan sape-sape. Kejap-kejap lagi pun boleh makan.”

“Wow. Satu pizza ni untuk awak saja?? Banyak betul. Larat ke? Taknak share? Hehe.” Ah Nana, sesungguhnya aku memang sanggup bukak kotak pizza itu jam jugaaa. Share boleh. Nak suapkan pon boleh. Hahahaha.

Aku melabuhkan punggungku yang lebar atas kerusi. Duduk secara berdiagonal dengan Nana. Kalu duduk sebelah menyebelah, nanti nampak macam couple. Segan seyh. Kalu duduk depan-depan, nanti nampak intim sangat. Tak tahan aku menahan blushing sebabkan dek menatap muka Nana nanti. So aku pilih posisi diagonal, sesuai untuk kawan-kawan, nak lagi yang baru kenal.

Lagipon aku tanak jatuh cinta ngan awek cun camni. Kelak aku jugak yang merana. So better not get my hopes high in the first place, right?

“Awak tunggu boifren ke Nana?” tanya aku, konon-konon soalan trick lah. Soalan secara tak langsung yang juga membawa maksud “Awak dah ade boifren ke?”. Ini memang aku selalu pakai untuk memancing data sensitif.

“Yerp. Boifren.” Kata Nana sambil menutup magazine, tak salah aku, CLEO. Dia masukkan majalah tu ke dalam beg plastik. Macam baru beli je.

Adoilah, tunggu boifren ke. Kan dah tak pasal-pasal aku tau. Punah harapan. Eh, rasenye tadi aku pikir tanak berharap. Huhuhu. Bertenang, bertenang.

“Tapi Lan pun boifren saya gak kan? Ke Lan nih Girl Friend? Awak lelaki kan?”

ERK…

Sumpah, kalu dia ni laki, dah lama kuar kata-kata makian macam aku slalu dok kutuk-kutuk dengan member laki. Oooo, pandai ye memainkan perasaan aku. Hahahahha, tergelak aku dalam hati pasal kene tease.

“Saya bukan boy dah. Saya Man. Lelaki, bukan budak lelaki. Tapi kalu awak nak saya jadi Girl Friend pon boleh. Hehehe.” Aku cuba counter tease.

“Is it? Emm. Macam tak caye.. How old are you by the way? Don’t mind if im asking.”

Tanye umur lah pulak… Nak bagitau ke tak? Nak tipu? Nak exaggerate umur? Emm, aku cuba mensimulasikan apa akan jadi kalu aku tipu umur. Not good… Alah, apa salahnya berterus terang kan?

“Saya 25. Actually 24, tapi kalau ikut tahun, 25. Awak??”

“Kenapa dengan saya?”

“Erk, maksud saye, umur awak pulak?”

“Emm, awak nak tau ke?”

“Isk, tak aci laa saya bagitau, tapi awak tanak bagitau.”

“Hahaha. Awak boleh je kalau tanak bagitau umur awak tadi kan??”

“Alahai…”

“Hihihi. Jokinglah. Awak tua 3 tahun daripada saya.”

“23?”

“25 tolak 3 tahun, bukan jawapannya 22 ke?”

“I know. Saja je teka salah, supaya awak sebut jugak umur awak.”

“Oh… yer la tuh. Nak kenakan saya balik.”

Serentak kami ketawa. Waaaah. Best-best. Adalah satu penghargaan duduk sama ngan awek cun kat kedai makan sambil gelak-gelak. Walaupon sekali imbas orang akan kate Beauty & The Beast.

Ada satu kelainan pasal Nana nih. Maksud aku, takkan dia tak nampak aku nih tak hensem. Kenapa dia sanggup berkawan dengan aku? Ataupon memang dia ni jenis peramah, sape-sape pon dia akan kawan, kalau kene caranya?

Terima je lah rezeki… hehe. Kawan je pon. Kenapa mesti nak kene kapel kan? Kawan-kawan saje pon boleh.

Aku dan Nana meneruskan lagi borak-borak selama lebih kurang 15 minit gitu. Macam-macam laa yang kami borak. Aku dapat tahu yang Nana ni baru je graduate daripada ITM, tapi aku takleh bagitau course ape. Cukuplah sekadar aku sorang je yang tahu. Aku juga dapat tahu yang dia keje kedai kasut tu suka-suka je. Untuk sementara waktu. Dia kata daripada tak buat apa-apa, baik keje.

“Pukul berapa awak sepatutnye jumpa ngan ‘boifren’ awak nih??” aku melihat jam. Dah lama dia tunggu. Sian. Mamat yang buat dia menunggu ni patut dihukum. Ade ke patut buat seorang awek cun tertunggu.

“45 minit yang lepas. Dia kata dia stuck kat tol Sg. Besi tadi. Patutnye dah nak sampai.”

“Kalau camtu, nanti dia sampai, saya kene baliklah.”

“Tapi kalau awak takde hal, join je.”

Nana mencapai telefon aku atas meja. Lupe nak cakap. Aku ni jenis bile keluar makan, aku akan letakkan handphone, kunci kereta dan segala mende dalam poket atas meja. Tak suka lah poket penuh time duduk. Selalunya 2 perkara tu je. Oh kotak rokok skali. Hehehe. Tapi aku tak letak kotak rokok depan Nana kalinih. Respek sikit.

Aku tengok je dia pegang handphone aku. Ape laa yang dia nak buat. Sambil-sambil tu kami masih lagi berborak.

“Awak tak boring ke tunggu lama-lama? Patutnye bila dia nak sampai nanti baru turun.” Aku memberi cadangan. Sungguh memang aku kesian tgk Nana yang daripada tadi menunggu.

Nana keluarkan handphone aku daripada sarungnya. Aku letak handphone aku dalam sarung supaya senang nak sangkut kat pinggang. Nampak eksekutif sikit.

“Emm. Its’kay. Kalau saya tak datang awal tadi, tak mungkin terjumpe ngan awak lagi, kan? You should be grateful.”

Amboi, memang aku bersyukur. Ketahuilah.

Tengah-tengah borak, sambil Nana bermain dengan sarung handphone aku, tiba-tiba…

“Alamak Lan.” Cemas je bunyi Nana.

“Kenape??”

“Erk, your holder nih…” sambil menunjukkan sarung handphone aku.

“Aaa, kenapa? Saya beli kat Petaling Street je. Hehe.”

“Bukan. Magnet dia tercabut lah….”

Pelepekkk aku tepuk dahi secara imaginasi. Takleh tepuk dahi betol-betol, nampak tak senonoh.

“Ye ke? Biarlah. Memang dah nak rosak.”

Alaa, sorry Lan. Tangan saya ni gatal, kan dah tercabut magnet. Camne nih?”

“Takper, abaikan saja. Nanti saya beli baru.” Takkanlah aku nak mintak duit kat awek pulak kan. Kene lah bersikap macho sekali sekala.

“Emm, nanti saya ganti yang baru. Boleh?”

“Erkk..?”

Tak sempat aku nak sambung kata-kata, Nana cepat saje sambar Nokia 6600 aku. Aper die nak buat nih??

“Ok. Saya dah masukkan nombor saya dalam contact awak. Nanti bile dah beli ganti, saya call awak. Boleh kan?”

“Erk, erk, awak ade nombor saye ke?”

“Awak miscall lah.”

Dan di situ berlakulah kejadian di mana aku dapat nombor telefon Nana. Totally Unexpectable. Max Happiness!! Terima kasih magnet kerana tercabut. Walaupun sebenarnye mmg dah lama longgar. Keji sungguh aku.

Dalam pada aku tengah dok bergembira pasal dapat nombor Nana secara tak sengaja, tah bila, sampailah mamat yang ditunggu-tunggu daripada tadi. Waaa, sikit punya handsome. Tak boleh lawan laa aku. Kalu main bola, korang boleh bayangkan aku kalah 100 – 0. Mati woo ini macam.

“Haaa. Sampai pon. You buat I tunggu lama.” Kata Nana, dengan nada separuh, merajuk. Haih…

“So sorry. I sangkut tadi, tak sangka lama sangat. You dah lama tunggu ke???” mamat tuh mintak maaf, tapi, aku perasan dia jeling kat aku. Macam tak puas hati jer. Apa mau gado ka??? Bring it on!! Ewah.

“Lama. Sangat lama. Nasib baik ‘boifren’ I, Lan nih yang teman.” Nana buat muka merajuk, tapi dia pandang aku dengan senyuman. Aku pasrah saja. Takmohlah terlibat kalu kapel gado.

“By the way, Lan, kenalkan ni ‘boifren’ I satu lagi, nama dia Faizal.”

“Faizal, panggil Jai je.”

Jai menghulurkan tangan untuk bersalam. Aku sambut je, dengan gaya penuh sopan santun. Waduh, kemas gile genggaman si Jai nih. Sama ada dia tak puas hati, ataupon memang dia jenis bila salam orang genggam kuat-kuat. Aku dapat rasakan yang pertama tuh. Paranoid sungguh aku nih.

“Lan..” aku memperkenalkan diri. Tak bagitau name penuh. Saja.

Aku melepaskan salam. Tak boleh duduk lama-lama nih. Nanti ada yang jadi lain. Silap haribulan aku kene pukul. Yer lah, kaco awek orang. Bertuah lah aku kalu si Jai ni tak rasa jeles langsung. Which is not the case, I think.

“Hehe. Oklah Nana. Since ur real boifren dah sampai, boifren tipu-tipu ni nak balik dululah.” Aku bangun dan meminta diri.

“Nak balik dah? Tak mau join kami?” tanya Jai.

“Erk, takper-takper. Mesti ade hal penting. Taknak kaco. Hehehe.”

Tersengih je aku macam kerang busuk. Dalam hati tuhan saja yang tahu betapa pilunya hati bila si dia sudah berpunya. Cewah. Tapi sebabkan aku dah biasa dengan perkara camni, dan aku pon dah level 99 dalam bab-bab HeartBroken, aku berlagak pro saja.

Selepas adengan lambai melambai, dan salam kali kedua dengan Jai tanda perpisahan, aku pon berangkat pulang. Nasib baik rumah dekat. Sekurang-kurangnya takdelah harituh bosan sangat, dapat jumper Nana, dapat nombor fon lagi. Aku kene lah bersyukur.

Lagipun aku kene ingat, tak mungkin awek cun macam tuh nak berkapel dengan aku. Sebab tu dapat kenal je pon aku rasa bersyukur gila. Kalu Nana nak kat aku, itu mcm Too Good To Be True. Betul tak? Bukan tahap Beauty & The Beast, tapi The Princess & One Ugly Duckling nih. The Beast kurang-kurang macho la jugak ngan tough, suara garau nya.

Dalam kereta, semua dialog perbualan aku dengan Nana di San Francisco Pizza tuh terngiang-ngiang balik. Oh tolonglah jangan jadi angau. Angau pon sikit-sikit sudahlah. Aku kena sedar sape diri aku nih.

Lampu Trafik menunjukkan kaler merah menandakan aku patut berhenti. Sementara nak tunggu lampu hijau balik, ade laa beberapa kali aku mengeluh. Apsal mengeluh pon aku tak tahu.

Titt titt bunyi SMS kat handphone aku.

Lampu tak hijau lagi, baik aku tgk sape yang sms.

Thx Lan teman Nana td. Klu x, mesti boring. U really saved my day. Nnt bila sy dh beli ganti, I call u ok? TQ. Keep in touch. Bye Again :)


WAaaaaaaaaaaa, aku dapat SMS daripada Nana!!!

PONNN! Erk, lampu sudah hijau, Sori kereta belakang, sori-sori, lalu aku meneruskan pemanduan ngan senyuman gaya angau. Hehehe.

31 comments:

zai said...

adeh.. kdg² keterbetulan yg x disangka² ni la yg lg bes dr things yg kita da plan siang² kan? huhuhuhu.. besnyerrrrr la klo jd cam awak ni lan.. huhuhu.. pasni ape lagi.. ajak kuar ar!! haha.. xkan asyik org pompuan je kene mula dulu.. ini enggak affair~

Snubby, Don of Anime said...

zai: best ke?? emm.. tah. Nak berkawan ni, tak kira sangat sape yang tego sape dulu. Btol kan? Pasal kuar, citer tuh dlm bahagian seterusnye.. nyeh2.

Dila said...

hahah dh kuar yee..

Improvement. Bagus sesgt. Die nampak ko segan kut. Tu masukkan no fon. hahaha.. aggresive cikit.
Tp ko kena aggresive jugak la....


Mnarik menarik. Tertarik.

Snubby, Don of Anime said...

dila: well... pelakuan memasukkan no. telefon dlm fon aku tuh ade 3 maksud.

1. die mmg jenis peramah, takde nak kaver2.

2. die senang berkawan dengan aku, mungkin pasal aku ni pasif, sedap kot nak dibuli dan ditease (i like~~).

3. zmn skang, generasi muda mudi dah bukan mcm dulu. Tarak malu-malu dah nak berkawan. Bbdak skang lebih maju dan sentiasa aggresif. Aku ni batch org tua...

hehehhe.

Hani Mialystic said...

yeay yeay citer bes!

aiyak final! final!

be di wish kami2 kt utp neh gudlak!!!!

Snubby, Don of Anime said...

honey: yeay yeay makasih sbb kate best!

gudluck final, buat leklok, jgn ronggeng sana sini, jgn drive laju2, igt org tersayang, dan paling penting, mase jwb exam, jgn tido atas kertas.

F00 said...

ooo. kamu.
bila aku kata best tak ada balasan cakap manis pun. ooo kamu. ooo.

hahaha.
cerita bagus doh!
aku tegelak besar pasal happy.
bagus bagus!

Marq said...

Lan, aku dah lama tak baca blog ko disebabkan ketiadaan internet melampau yang dialamai, tetapi keahuilah bahawa aku sesungguhnya tumpang gembira dengan cerita2 kau.. muahahaha.. habis brapa banyak post sekali aku baca hari ni. Best, tapi jangan plak pastu ko buat ending "Ini adalah cerita dongeng semata2 tiada berkenaan dengan yang hidup atau mati". Lepas tu tobat aku malas nak baca blog ko lagi.. hahaha :p

iceroll said...

aku rase aku setanding ngan ko aa lan. aku pun level 99 gak dlm bab2 heartbroken nih.

tp lan ko kene hati2. jinak2 merpati tuh. burung merpati kan putih, cantik. senang nak rapat. tp bila nak ditangkap, ia lari.

h a r n i said...

bleh imagine muka lan terkulat2 bile jumpe org.. sungguh pemalu.. jgn tunjukkan sangat kalo frust sbb dia ade pakwe.. sikit2 xpe tp lebih2 nanti x sempat dia nk suke dia dh lari.. tunjuk mcm xde rase pape.. br dia rasa tersentak.. slalunye org cantik akan rasa sume org suke kt dia..ala2 bleh petik jari dtg 10.. tp bile ade lelaki yg xde perasaan kt dia, dia rasa tercabar skit.. gudlak!!

shaheeran said...

mak suka... mak suka... (sambil tepuk tangan).. Bila nak ajak dia lepak dengan kitorang kat Tanjung?

Anonymous said...

be di,
tuh je ke wish be di.

xmo wish mende len ke?

mcm contoh:jage diri ke~~~

=p

Khairul said...

hihihihi bravo lan!!! Kisah hidup yg sungguh besh... sapa ckp ko nyer kisah hidup boring?!! gaya penceritaan yg selamba dan mengancam... lepas nie ahadiat akashah bleh offer ko aa buat novel dgn dia.. kali nie novel kisah benar plak... ;))

Farah Wahidda said...

wah...seronok! apa sambungan seterusnya, call? sms? date? cepat laa....

Snubby, Don of Anime said...

foo: hahaha, jgnlah marah saya abang afiq! Ade ke kamu cakap sedemikian pada saya? kalu ade, terimasss~~ (walaupon terlewat). Aku seronok dengar ko tergelak. hehehe. Gelakmu adalah gelakku jua..

marq: Padanlah lama terputus hubungan. Rupanya ada masalah online. Hahaha. Terima kasih pasal bace sume sekaligus dlm sehari. Dan citer kalinih juga bukan dongeng tp hikayat epik yg amat menarik utk aku share. Itupon selepas beberapa minggu consider nak tulis ke tanak.

iceroll: nnt kite bukak kelab heartbroken master nak? Aku jd founder, ko jadi principal. Btw, kenapa aku yang kene berhati2? Kan ke merpati tu yang nak kene tangkap, bukan aku. Hahahaha. Tapi aku tak reti tangkap burung pon.

harni: Waaaaa, menarik gak ilmu nih. Takde aa tunjuk frust. Im neutral, siyes! Hahaha. Kate dah power bab-bab frust kan. Leh buat muke toye padahal dlm hati tuhan saje yg tahu camne rabak. Itu mungkin salah satu kelebihan aku. Nyeh2.

shaheeran: oops! Lepak tanjung? Not yet. Maybe not. HAhahaha. Nanti aku akan terase tercabar. Korang sumer power2 tahap hanjeng. Sorang femes kat subang, sorang muke cine melayu, sorang pandai cakap, sorang cool, and the list go on. Biar aku makan sorang dulu yer~~

honey: haha, ok2, selain gudlak, sile jage diri anda elok2. makan biar cukup, hati mau hepi slalu.

kerol: Hidup aku takdelah boring. Sapa cakap camtu? Tapi kadang-kadang pasal aku dah terbiasa tak boring, bile bosan sikit jer, mulelah aku mcm cacing kepanasan. Itu yg 2-3 kali terEMO. Maaf. Anyway, aku lebih berminat nak jadikan citer aku nih filem. Lakonan Afdlin Shauki lah sesuai sbb aku besar mcm Afdlin Shauki. Muahahahahha.

farah: Sambungan yang seterusnya?? Tunggu~~~ Kene pilih ayat yg sesuai, situasi yang paling menarik untuk diceritakan. Kalu tulis semua nanti org kebosanan. Biar selit2 saspens sikit.

DewA LavaU said...

nak cari aweks gak aar pasnih...

Snubby, Don of Anime said...

dewa lavau: carik jgn tak carik!! miuahahaha.

[re-arrange] said...

wohh...tak terkata aku. ini btol2 mencabar ini pompuan...

2. die senang berkawan dengan aku, mungkin pasal aku ni pasif, sedap kot nak dibuli dan ditease (i like~~).


ahaha..ko sbnrnya belom menjadik seorang AKU. kunun2 malu, tp dlm hati pervert syal..muahahah...tunjukkan kepervertan itu sket..(sket jer..kang byk2 org lari :p) lek aa snub..kata tanak letak high hope. nk jadik kawan je kan??? so lek2 jer men2 teasing2 lg dgn die..MORE!!!

muahahah

p/s: sori tak pat join ko tgk MI3. selain drpd sbb aku da tgk MI3 dlu, sbb len spt yg ko tau adelah..aku gi ronggeng kat PD wat gath dgn dak2 itisjan03. btw..ko ajak sape last2? nana ni ke?? ehem2...

date tgk MI3??? hurm.. ~

Snubby, Don of Anime said...

rearrange: btol2. nak kaw(a/i)n saje. tp taknak aa tunjuk pervert aku. malu nnt. jatuh saham. Nanti orang takut ngan aku. hehehe. Nak main2 teasing tuh.. aku terase aku lagi byk kene kot. but i like~~

btw, aku tak ajak sape2 lepas ko kate takleh join. So satu tiket tu burn saja. Tapi tak kisah sangat. Aku tak ajak Nana pasal... Hehehehe. Panjang citernye. Nantikan di bahagian-bahagian yg seterusnya.

Yap Ah Boon said...

Wah wah wah........mak suke mak suke! Muehehehe.
Jadi hero of the day. Sukenyerrrr sukenyerrr...
Hebat giler kuasa....awek cun kasi no fon ni. Mesti ayat power giler. Hikmat mak shah pun x power camtu. Huhuhu. Harusla aku berguru........

Sayuti said...

apsal aku rasa awek tu jenis gelik2 aa? ke aku jeles? haha

shaheeran said...

Aku rasa sebab kau jeles la Sayut Hahahaha

Snubby, Don of Anime said...

yap: berguru apenye... korang lg power. sumpah tak tipu.

sayut: ko jeles~! hahahahaha. mcm kate shaheeran. KO JELES! Mane ade gelik2. gedik2 pon takdak. totally matured! Miahahahaha.

Sayuti said...

matured? matang?

ah, aku dah terpikir mende lain. weekend, cepatlah tiba.

Farah Wahidda said...

seperti byk je sambungan di bhg2 lain? (dah pk apa kemungkinan yg akan terjadi)

Snubby, Don of Anime said...

sayut: ko memang gersang. padanlah tuhan kasi ko kawin awal. supaya kegersangan ko tu dapat disalurkan dengan care halal. hahahahha.

farah: oh, hahaha, mungkin byk, mungkin tak. tp kalu nak jadikan panjang pon takde masalah. semuanya bergantung pada takdir..cewah.

circleinspoon said...

yeah, nana memang best.


aku maksudkan the movie a... hoho(^o^)

Jojo said...

apsal mulut aku tak nak stop sengih2 bile
baca citer ko ni lan?? apsal aa??

Robie Fowler said...

I think you r veri handsome....
I think you r veri matured....
Women loves that....women need that....in a man.
You have the unfair advantage of having the best teacher about life.....EXPERIENCE !!!
(apologise for being too emo...I missed ur family...)

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! » »

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. video editing programs