Monday, May 01, 2006

Bahagian 01: Kasut Bola

Haih! Minta maaf lah kawan-kawan sekalian pasal lama tak update blog aku. Tak tahulah ade lagi ke tak org nak membaca kat sini, tapi aku rase aku dah berehat cukup lama. Tibalah masanya untuk aku update cerita-cerita ngam ho lagi sensasi, yer tak?

Sebelom aku mulakan lipurlara ni, sudi-sudikanlah check column kat bawah shoutbox tuh, iaitu Rekemen Pilihan Anime/Manga/J-Movie. Citer2 tuh aku sangat suka tengok/baca sampai meleleh2 air liur. Jadi aku pon nak kongsi ngan korang. Klik untuk bace synopsis ye.

Okeh. Skang mau citer pasal apa ye. Emm.. Haaa. Sebenarnye ade satu citer best. Tapi dalam masa 2 minggu nih, aku dok pikir, patutkah tidak aku tulis kat sini. Timbang punya timbang, last2 aku rase bolehlah kongsi. Mane tau ngetop. Citernye bermula gini…

4 hari lepas...

Nazwan, salah seorang kawan universiti aku, datang melawat Bangi. Dan alang-alang die dah datang, kami pon lepak2 lah minum kat kedai mamak. Saje tukar2 cerita, tanya khabar. Ah, itu tak penting. Yang penting, satu soklan drpd Nazwan membuatkan aku teringat balik satu kisah nih.

Nazwan: Aper cite awek petronas ko??

Aku : Heh, aku dah ‘dump’ dia. Hahahaha.
Nazwan: Hoh! Dump apenye.. kapel pon tidak, dah nak dump. Hahahaha.
Aku : Salah tuh. Kenal pon tidak, dah nak dump. Keji tak aku?
Nazwan: Mmg keji! Hahahahaha.
Aku : Aku malas aa nak pursuit. Siap kuar gambar ape sume. Jadi tak seronok.
Nazwan: Alaa, ko pedulikkan je lah ape org nak cakap.
Aku : Kalu aku boleh buat gitu, dah senang hidup aku. Ko tau la aku ni camne kan.
Nazwan: Hehe, takpe. Stay single. Seronok ape.
Aku : Hahahahaha.

Balik daripada melepak, aku teringat kisah yg berlaku sejurus selepas kisah awek petronas ni reda.

Flashback 2 minggu seblom..

Adik aku yang darjah 6 tu, Achik, sibuk mintak aku bwk die gi beli kasut bola. Penat gak aa nak melayan. Bukan takleh pergi, tapi saje aku malas nak bawak. Lagipon mane aku ade duit nak belikan kasut bola utk dia.

“Ayah dah kasi duit laaa. Abang bawak je pergi kedai.”

Eh, ye ke? Still aku malas lagi nak pergi. Harituh mmg aku malas gile nak pergi mana. Aku cakap kat adik aku, esok-esok je lah. Takkan lari nye kedai kasut tuh.

“Tak boleh. Achik dapat masuk pasukan bola sekolah. Tapi takde kasut bola. Cikgu suruh beli. Esok nak pakai untuk training.”

Pakai kasut sekolah je takleh ker?? Hadoi laa… baru igt nak memalaskan diri arinih.

“Kalu takde kasut bola, nanti cikgu tak kasi masuk team sekolah. Tolonglah Abang..”

Aiseh. Tak sampai hati aku nak korbankan impian adik aku main bola untuk sekolah, semata-mata kerana aku nak memalaskan diri. Memang aku tak layak dipanggil abang sulung lah kalu aku berperangai keji gini.

“Okeh.. okeh. Gi siap2.” Arah aku. Cepat2 aku capai kunci kereta, pakai seluar jeans, tukar baju bersih sikit. Takkan le aku nak gi ngan pakai selekeh2. Jatuh standard maa buat gitu.

Pastu aku bawaklah adik aku gi kedai sukan terdekat ngan rumah aku. Malas lah nak gi jauh2. Tak cukup duit kang, aku topup le sikit mane yang mampu. Kalu mahal sangat, pergi kedai lain je. Tapi aku yakin kedai sukan aku pergi nih, tak mahal. Maaf, aku takleh bagitau name kedai sukan tuh, demi kepentingan manusia sejagat. Hahahaha.

Dalam kedai, aku soh adik aku usha kasut pilihan hati. Carik yang bagus2 tp jangan mahal sangat, pesan aku kat Achik. Sementara tuh, aku sendiri pon usha kasut bola untuk futsal. Walaupon aku dah ade kasut, tapi saje je nak tgk. Manelah tau ade yang murah dan seronok untuk dipakai dan dibanggakan depan kawan2 nanti. Hehehe.

Lalu aku capai satu kasut nih. Jenama Nike. Mak aih! Mahal woo. Sampai RM150. Beli mahal2, pastu pakai kat kaki gak. Sepak bola jugak. Lunyai jugak nanti. Rugi jer. Siapalah agak2 yang beli kasut mahal2 gini.. mesti orang2 kaya je.

“Haa, yang tu sesuai dengan abang.”

Tetibe ade suara perempuan menyapa aku daripada belakang. Sebabkan masa tu posisi duduk aku ialah posisi tgh test kasut, aku hanya menoleh sedikit je. Oh, pekerja kedai ni rupenye. Ingat awek mane laa yang tetibe tegur aku. Tak perasan muka pon.

“Awak memang lah cakap bagus. Awak yang jual.” Kerek je aku balas. Selamba lah. Kate arinih aku malas2 sikit. Mood pon so-so saja.

“Tapi kaler kasut tu masuk ngan abang. Design die pon nampak funky.”

Eh, eh! Minah nih. Bersungguh2 nampak nak jual aku kasut tuh.

“Mahal sangatlah. Saye nak tengok2 je. Terima kasih ye.”

Elok je aku bangun, si Achik datang bawak kasut yang dia pilih. Harga pon tak mahal. Bagus. Design pon OK. Bagus, bagus.
“Achik nak yang ni ke?” tanye aku kat adik aku.

“Aah. Nah duit.”

“Saiz? Ni besar sangat. Nanti tercabut time main bola.” Hehehe. Aku pernah ade pengalaman, sepak je bola, dengan kasut-kasut terbang. Malu gile. Yang masuk dlm gol bukannye bola, tapi kasut. Jadi taknaklah adik aku mengalami pengalaman yang memalukan macam abang dia nih.

“Tak tahu saiz. 7 kot.”

“Hish. Ape nih, dah besar pon tatau saiz kaki. Kasut sekolah baper?”

“Kasut sekolah bukannye kasut bola.”

Aku memandang sekeliling, mane pulak pergi minah promoter kedai nih. Tadi iyo-iyo promote kasut Nike mahal bapak, skang dah hilang pulak. Emm. Cis. Sumer org hilang?? Tinggal aku dengan adik aku je dalam kedai?? Ape diorang buat nih. Nak berniaga tapi tinggal kedai gitu. Kalu ade orang datang curik tak ke naya. Nasib baik aku bukan jenis panjang tangan.

“Halo~! Halo~~?? Mane pergi orang nih. Helo helo, tuan punya kedai~~” aku separa menjerit untuk mendapatkan perhatian. Agaknye diorang kat belakang kot. Lepak2. Haih, bahaya sungguh kalu jenis berniaga gini.

Dan akhirnya muncul minah yg dok promo-promo kat aku td. Barulah aku dapat tgk muke die dengan dekat. Eh…????

“Yer bang? Dah pilih kasut?”

“Erk.. kasut nih..eerr… kasi saiz tujuh ngan lapan. Nak test dulu.”

Minah tuh mengangguk sambil melemparkan senyuman. Adehlah. Macam kenal je. Kat mana aku pernah tgk ye?? Sekolah? Asrama dulu?? Satu universiti??? Hish. Aku cuba membayangkan muka minah nih, dan bandingkan ngan memori-memori silam aku. Cube mengenalpasti dengan lebih tepat.

Kulit sawo matang. Tak cerah, tapi tak gelap. Emm, bolehlah dikatakan cerah jugaklah, tapi tak putih gile2. Sbg perbandingan, korang boleh bayangkan warna kulit Nasha Aziz, versi gelap sikit. Dengan rambutnye yang diikat tocang, ponytail, nampak cute lah pulak. Orangnye tak tinggi mana, lebih kurang paras bahu aku, mungkin 168-170cm je.

Gemuk? Kurus? Aku boleh kate minah ni mempunyai bentuk badan yang ideal bagi seorang wanita asia. Ngam-ngam je. Huhuhuh. Hoih2. Mule dah pemikiran pervert aku kuar. Jangan begini wahai aku… kat public nih kenelah behave sikit.


“Bang. Ni saiznye. Cube try. Kalu tak muat, saye amik saiz besar lagi. Tapi rasa macam ok dah tu.”

Memancar-mancar sinar cahaya ceria daripada mata awek tuh. Oh luper. Meh aku describe sikit rupe minah nih. Paling senang, korang kenal Sofea Jane tak?? Pelakon wanita melayu dulu2. Aaa. Minah ni takde rupe die pon. Hahahaha. Tapi die ade hidung Sofea Jane. Kecik dan sedikit mancung. Comel-comel laa kirenye. Mata dia, macam biasa, bulat-bulat tapi tak terlalu besar. Pipi die paling menarik, sebab macam pipi seorang baby. Tak chubby sangat tp cukup chubby utk seorang dewasa. Mulut? Memang sesuai utk hidungnya yang comel, iaitu jenis kecik2 comel. Aku panggil mulut camni, mulut ikan. Tebal sedikit dan nampak penuh dengan air. Huhuhuh.

Aku amik kasut yg diberi tu kat Achik. Soh die cuba try test. Sambil tuh aku dok mikir-mikir lagi, kat mane aku pernah jumper minah nih… Emm. Susah-susah, aku tanye jelah.

“Sori ye. Awak skolah kat mana dulu?”

Aiseh. Aku rase silap soklan nih. Mampos aku. Patutnye soklan yang nak ditanya; Macam pernah nampak tp tatau kat mane. Apsal aku tanye dia skolah mana?? Buduh me.

“Erk?? Saya skolah asrama. Kenapa?”

“Shah Alam?? Muar??” aku tanye lagi. Memang tak puas ati lah bile rase mcm kenal, tp tak dapat nak recall kat mana korang kenal. Btol tak??

“Tak. Kat Johor.”

Haaaaa. Silap lah aku. Kan dah tak pasal2 malu. Tension ah gini.

“Kenape? Awak skolah kat mana?” Aik!? Minah ni pulak tanye aku skolah kat mana. Ade ke patut. Huhuhuh.

“Sori. Saya rase mcm pernah jumper tapi tak igt kat mana. Itu yang tanya, mane tau skolah sama ke dulu. Junior ke. Salah pulak. Kolej?”

Aku memang mengharap kalu dia kate universiti yang sama ngan aku. Supaya otak aku boleh berehat dengan tenang, takyah pikir kat mana aku jumpe minah nih. Banyak kali aku jumpe balik member2 lama kat mana-mana tah, tapi tak igt kat mana kenal. Selalunya aku sebut semua tempat, last2 mesti ada persamaan. Tapi kalinih blank. Mungkin aku yg paranoid kot.

“ITM je. So same tak? Tapi saya tak pernah nampak awak.”

Tetibe adik aku nyampuk..

“Abang, ok dah ni. Yg ini.” Adik aku tunjuk kasut saiz yang sesuai. Aiseh. Baru igt nak setelkan masalah aku.

Aku amik kasut tuh, pastu berpaling kat minah tu tadi.

“Emm, tak sama gak. Tah lah kat mane saye pernah nampak. Sori-sori. Ok, saye amik yg ini.” Minah tu menyambut kasut yg dah sesuai daripada tangan aku, lalu menuju ke kaunter pembayaran. Aku tgk je drpd belakang, baju merah, seluar hitam, uniform kedai tu.

“Satu lagi, jangan biarkan kedai kosong takde orang tengok. Bahaya.” Hehe, aku cuba memberi nasihat bisnes. Saje je, ikhlas tuh nasihat aku.

“Erk. Sori2. Tak sengaja tadi. Haa, semuanya RM75.” Siap dengan kotak, minah tu kasi kat aku kasut yg telah pon diisi dlm beg plastik.

Aku kasi duit cukup2 je utk harga kasut tuh. Pastu aku amik beg plastik tuh, dan kasi kat adik aku soh die bawak. Sukelah tu dapat kasut baru.

“Emm, kalu tak pernah jumper pon takpe. Kalau ade rezeki, boleh je terjumpe lagi kat mana2. Takpon abang datang je kedai ni beli kasut lagi. Nanti jumpelah saya.” Tetibe minah tuh kate kat aku. Terkejut kejap aku dengar. Huhuhuhu. Aku pulak gugup bile ade pompuan kate camtu kat aku.

“Aaa..err.. ok2. Insya Allah. Makasih ye.”

“Makasih kerana membeli di kedai kami. Datang lagi.”

Dalam kete aku terpikir2 lagi… kat mana aku jumper minah tuh. Kalau bukan kat tempat belajar, mungkin aku pernah tgk gambar dia kat mana-mana. Tapi puas dah fikir, tak jugak jumper jawapan. Lama-lama aku fedup.

Malam tuh, aku gelisah. Tak sedap hati. Sebab aku tak berjaya selesaikan masalah. Aku ni jenis, sekali dah berfikir, kecik camne pon, akan ku fikir sampailah penat atau selesai masalah. Last-last aku tertido…

So agak-agak korang, ape akan jadi pasni? Hehehehe. Aku dah ade citer sambungannye, tapi nak gak tau ape korang akan buat kalu jadi aku.

10 comments:

Anonymous said...

Pernah suka org ?..Tipulah kalau tak pernah..

Dan setiap kali merasakannya, akan terfikir “.. mungkin ini agaknya org nya..”. Bila diingat2kan..tak pasti,adakah ia suka, atau sekadar tertarik, was it love at first sight, or infatuation, atau ,,semata2 permainan perasaan yg perasan.
Hmm..tapi yg pasti, semasa kita sedang ‘menyukai’ tu, kita mmg bersemangat. Bersemangat utk bangun pagi, utk ke tempat kerja dan ‘terserempak’ dgn org itu. Dan setiap kali itu, akan berharap dia akan melintas kat tepi, terpandang kita dan senyum. Paling melampau angan2, dia siap menegur ‘hai’. And that simple ‘hi’, was all u need to keep grinning for the rest of the day. A slight glimpse of that person, was enuff to make ur day. Wow, some feelings it was…=0D. Rasa nak senyum manjang.Tup tap, tup tap..esok lusa..hilang mcm tu je perasaan tu..
Jadi, kalau ditanya “..definisikan apa itu suka ?”. Hmm..seringkas yg mampu dkatakan, kita tahu kita suka bila kita mahu org itu gembira dan senang hati, sedaya mungkin nak tolong dan membantu bila melihat dia kesusahan. Berada dekat dengan dia, melahirkan satu perasaan yg istimewa. Kita tahu kita suka bila kita rasa bahagia, bila kita melihat hari lebih indah dari biasa, memandang dunia seakan lebih berwarna.
seorg kawan pernah berkata.." mungkin Tuhan tak bagi apa yg kita nak, sebab apa yg kita mahu tu, tak baik untuk kita.."
mungkin ada betulnya...
dan Al-Quran berkata...
."..kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, ( maka bersabarlah ) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak..." - Surah an-Nisa, ayat 19.
"... boleh jadi apa yg kamu suka itu tidak baik bagi kamu, dan boleh jadi apa yg kamu tidak suka itu baik bagi kamu. Sesungguhnya Aku ( ALLAH ) Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahui..." -
hmm..reality might not turns out the way we dreamt and envisioned our whole life, but it's okay, actually it's more than okay, it is wonderful if we choose to see it positively.be grateful with what life offers to u, be optimist and fight the urge of ur inner critics inside.
.."...it's about finding the reason to why it happens.."

Dils said...

pelik.

Or awek kedai kasut la ye?

Tapi agak mahal kalo nk gi kedai kasut slalu.

Anonymous said...

kasut laki dah le mahal, tak byk choice lak tuh. tak mcm kasut org pompuan. murah n banyak choice.

aihh jatuh chenta lg ke lan?

Sayuti said...

wah, ada tazkirah di atas.

bunga bukan sekuntum di stesen petronas. di kedai kasut pon ada.

Snubby, Don of Anime said...

re-arrange: target? emm, bukan target nih. ini boleh dikatekan insiden. tp tunggu sajalah, huhu.

anonymous: waaa.... tq..tq..

nagacyber: aku rase aku dah ade anime tuh. btw, aku rekemen ko tgk anime Spaceship Operators & Ichigo Mashimaro. Huhuhuh.

dila: Yes! Hehehe. Mmg laa mahal pergi slalu. Tapi aku tak pergi selalu. Takde keje aku.

iceroll: aku rase, bukan jatuh cinta, tp haa, korang kene tunggu dan bace nnt. HEhehe. Misteri nih. :p

sayut: Kuntum-kuntum bunga memang di mana-mana, hatta di longkang pon ada. haha.

Hani said...

di longkang nk buat ape.haih.sinis2.

awek kasut? bwkla sy ke kdai itu
nk cari nike cortez.hehe.

(gile la tetibe semerang nk bli kasut)

jumpe nnt famly day yerh.

DewA LavaU said...

oi snub kedai kasut kat mana tuhh??nak usha bleh tak??hahahaha :P

p/s:nak beli kasut baru.

Obefiend Weiland said...

to anonymous

get yourself a pair of balls and sausgages. and anonymous dick can post and refer to the scripture!

shoes.. aku ade sepasang saje. untuk all ocassion. pegi jumaat pun kasut. presentation.. kasut camping jugak. nak pegi date.. kasut tu jugak.kelas.. tu jugak.. takpa. kasut aku hensem. seswai dengan jenama dia, tuan dia muka macam Ramli Sarap.huduh blana.

ape lagi.. oh. kerja tak siap lagi. back to the slave ship!

Anonymous said...

oi nak beli kasut gak.. kasut dah koyak rabak pakai 8 taun.. help meh

Snubby, Don of Anime said...

honey: sape kate tak ada!!?? cube cek betol2. bunga ada di longkang, percayalah..

dewa lavau: usha? kedai kasut? takbleh takblehh. muahaha.

obefiend: aku tau kasut terkenal ko tuh! kasut yang ko pakai utk semua perkara. Peh, terase bangga lak kenal kasut tuh. haha.

president gay: pergi aa beli. hahahaha.