Wednesday, July 26, 2006

Bahagian 09: Qada’ dan Qadar (part 1/2)

Padi - Prolog (klik link utk download)

Sepanjang malam aku rase telinga aku panas. Tak tahulah sebab ape. Mungkin sebab perasaan kecewa baru terasa kot. Cuma yang pasti, kalau telinga aku panas, merah, maknanya aku menahan marah.

Marahkah aku???

Bingkas saja aku bangun membersihkan muka, terutamanya part telinga. Fuh, lega kena air sejuk. Aku bukak TV, saja membuang masa, alang-alang tak dapat tidur dah. Takde citer menarik. Ataupon aku tak tertarik untuk tengok TV.

Pukul 2 pagi dah. Baik aku pergi tido, esok nak kene bangun pagi hantar adik aku pergi sekolah. Lupakan sajalah peristiwa yang terjadi semalam tuh. Harap-harap couple yang dapat tiket free tu seronok tgk citer Da vinci Code. Tolong seronokkan utk aku.

Memang aku penat badan dan otak. Buktinya, tak sampai 10 saat aku dah gone ke alam mimpi…

Esok paginya, lepas hantar adik ke sekolah, aku balik dan sambung tido. Dah tu ape lagi nak dibuat kan??? Tido jer lah. Moga-moga dapat mimpi yang best-best, kelakar ke. Sejuk sikit hati yang pasrah, cewah.

Pukul 12.30 tghhari (yer aku tau aku bgn lewat, hehehehe).

Handphone aku berdering macam orang gila. Sape la pulak call aku. Aku tengok jam dinding, hmm, 12.30, blom lagi tiba masanya untuk pick-up adik aku kat sekolah. Takkan balik awal kot. Haih, malasnye nak angkat…

Calling: Nana

Eh. Nana call? Pepagi buta camni? Eh tak pagi dah. Kena angkat nih.

“Hello.” Pendek jer aku jawab. Takde bunyi mesra langsung. Hahaha. Tapi mungkin sebab aku mamai.

“Hai Lan! Baru bangun tido ke?” suara Nana yang ceria melonjak-lonjak masuk ke dalam telinga aku.

“Hmm, terjage dengar awak call saya.. *yawn*”

“Sorry kacau awak tido. Anyway..hmm…” Nana terhenti separuh jalan.

“Hmm?? Anyway..? Kenape awak?” tanya aku, cuak.

“Camne nak cakap ek.”

“Cakap je. Saya dengar.” Aku tak sabar nak tau apa yang Nana nak cakap. Berita baik kah? Berita burukkah??? Berita Sensasi kah????

“Saya.. saya ade depan rumah awak nih! Hihihihi.”

Oh Shyte!!! Biar betul! Apsal Nana datang rumah aku??

“Awak ni biar betul. Kenapa tiba-tiba je nih?” aku macam tak percaya. Bermacam-macam soalan menusuk benak. Dia datang nak pujuk aku ker?? Dia datang nak kasi hadiah ke?? Dia, dia.. dia nak merisik aku ker!!????

“Awak taknak kasi saya masuk ke? Lama dah tercegat depan rumah awak. Dah le nak carik susah. Cepatlah bukak pintu nih.”

Cair aku dengar suara begitu. Isk.

“Ok2, saye turun. Awak tak kerja ke arinih?” tanya aku, sambil memakai pakaian yang bersih sikit. Takkan nak turun selekeh jer. Hmm, perlukah aku sembur minyak wangi? Karang kantoi tak mandi lagi. Perlu ke? Biarlah. Nanti boleh explain.

“Tak kerja. Saya amik MC arinih. Esok baru start. Cepatlah awak, panas ni kat luar.”

Aku kelam kabut turun tangga. Pergi ke ruang tamu, buka pintu dan…

Kosong. Takde siapa.

“Hello, hello. Mana awak??” tanya aku bingung.

“Hihihihi. Awak bukak pintu betul ker? Saya kat tempat kerjalah. Tipu awak je. Jangan marah yer!” dan disambungi dengan gelak kecil lagi.

ARGHH!! CIS CIS CIS!

Aku pandang je ke luar dengan pandangan kosong. Harapan aku tinggal harapan saje…

“Sampai hati awak tipu saya. Dah ler tengah mamai lagi. Kalu jatuh tangga tadi sape nak tanggung?” kata aku sambil mengeraskan sedikit suara. Gertak jangan tak gertak.

“Hihihi. Kalau jatuh tangga, saya tanggung! Aci tak?” kata Nana.

“Hish… awak nih… isk…” kelu lidah tak tau nak kata ape dah aku.

“Janganlah marah. Saya nak bergurau je ngan awak. Awak rindu kat saya sangat ke sampai boleh jatuh tangga?? Hahaha.” Gurau Nana lagi. Hish budak nih, karang aku ngorat kangggg!!!

Aku tak jawab terus. Saja aku diamkan. Dengan langkah berat aku naik ke atas semula, ke bilik aku.

“Hello? Hello? Lan, don’t be mad. Saya gurau-gurau je. Lan sorry.” Rayu Nana meminta maaf. Tahu ko cuak. Hehehe.

“Tak marah sangat. Sikit je marah. Hehehe. Hampa pon ada. So, kenape awak call nih?” Tak romantik kan aku? Kasar semacam je bunyi. Pedulik.

“Amboi garang. Saya nak ajak tengok wayang! Boleh?” tanya Nana.

“Semalam ajak jugak, tapi tak jadi…” kata aku separa merajuk.

“Im so sorry Lan pasal smalam. Saya penat sangat, tertido tak sengaja…” slow je suara Nana. Menyesal tak sudah kot.

“Hehehe, saye tak marah sangat. Tapi lain kali, kalau awak rasa tak larat, boleh je set pada hari lain. Saya pelik jugaklah awak beria sangat nak tengok wayang tapi takkan tak penat. Kan betul ape saya pikir…” panjang gile aku kasi ceramah kat Nana. Sesungguhnya aku boleh toleransi lagi.

“Hmm. Baik boss. Saya paham. Janji tak buat lagi camtu. Mintak maaf banyak-banyak. Deep in my heart. Hehehe. So, camne dengan wayang arinih?”

“Pukul berapa? Citer ape?” tanya aku.

“Lepas saya habis kerja. Kol 6 nanti. Tak kisah citer ape pon. Kat mana-mana pon takper. Qada’ yang semalam. Saya belanja. Amcam?” sungguh-sungguh pulak si Nana nih.

“Hmm, ok. Tapi dengan satu syarat.”

“Ape?”

“Saya pergi amik awak. Baru awak tak lari. Hahaha.”

“Hahaha. Ok je. Oklah, saya nak kene sambung kerja. Petang ni yer? Bye-bye.”

“Bye.”

Kalau diikutkan hati, memang dah tawar dah untuk pergi tengok wayang. Malas pun ada. Tapi sebabkan tak mahu Nana kecik hati, aku bersetuju sajelah. Lagipon dia dah janji nak belanja, baik aku paw cukup-cukup. Bila lagi nak merasa jadi pisau cukur version jantan kan? Hahahaha.

Nak aku sambung ke citer tgk wayang nih??

..
...
.....

Oklah, aku sambung jer terus. Hehehe.

Lepas amik adik aku kat sekolah, aku terase nak pergi ke Warta, kompleks beli-belah yang tersohor di Bangi. Walaupon tak besar macam Tesco, Jusco, dan sebagainya, tapi ia cukup untuk memenuhi keperluan anda. Macam-macam ada. Tapi selalunye reason aku pergi Warta cumalah nak carik game PS2 terbaru ataupon game PC terbaru.

(perenggan di atas ditaja oleh WARTA)

Alang-alang aku dah pergi Warta, aku naik ke tingkat atas sekali. Apa ada kat tingkat atas? Ada bowling centre beb! Jangan tak caya. Dan paling aku terkejut, ada wayang beb atas tuh!!! Huhuhuhu. Walaupon cikai-cikai jer, menurut member aku, wayang dia boleh tahan aa bagus. Jadi aku naik ke tempat wayang Warta (lupe dah name panggung die, tapi yang pasti bukan TGV mahupon GSC), manalah tau ada rezeki citer best. Tengok kat situ je senang.

Oh ada pun citer Da Vinci Code. Hehehehe.

“Ehem.. satu tiket baper ringgit dik?” tanya aku pada penjaga kaunter wayang.

“RM5 je bang. Nak tengok citer ape?” tanye penjaga kaunter tu balik.

“Murah je ye. Takpe, nanti saya datang balik. Agak-agak citer Da vinci Code tu penuh tak orang?” aku meminta kepastian.

“Haha. Tak akan penuhnye bang. Lagipon cite ni dah hampir 3 minggu. Mesti le lagi kurang orang.”

“Ok. Nanti petang saya datang balik. Terima kasih ye.”

Aku tersenyum sambil menuruni escalator. Tengok sini jerlahhh. Tak payah gi jauh. Harap-harap takde masalah.

Aku pandang jam tangan aku. Lagi 3 jam nak pukul 6. Hihihiihi. Bestnye.

Seronoknya!!!

-bersambung ke bahagian 10 pulak daaaah-

25 comments:

Anonymous said...

owh update yang sunngguh pantas. Napela banyak sangat bersambungnyer nih.. hish

Anonymous said...

fuh
ada part 2.jeng jeng jeng tul

Farah Wahidda said...

wah..warta! bowling alley nye yg senget...klu baling, mesti masuk longkang! (takmo salahkan diri sendri. ahah)...

cepat laa cepat...part 2! :)

Anonymous said...

aduh....ini sudah start jadi episod2 naruto....matilah mak nak layan....huhuhu

Hani said...

aaa ngade nye~~~

cite je la be diiiii

:emo2:

Anonymous said...

hai lan
lamenye aku tak mengusha blog ko..
al maklum saye budak baru bekerje..kene jadik budak baik..ngeh3..
klakarla plak bace blog ko nih
ilang sket busan aku tunggu calls fr cust (aku keje call centre).
weii..bile lagik ko nk letak gamba betol nana kt blog ko nih..
takkan gamba awak tah memane tu je kot..huhu

Snubby, Don of Anime said...

wahh, bangun2 jer ramai lak komen (bangun dprd tido petang).

marq: byk sambungan ke? aku rase kalu ko amik pembaris, ko ukur setiap satu post, same panjang kot. hahahahaha. Panjang doh satu2 post, nanti pening nak membace.

naga: 1 hour special tp dlm mase seminggu. hahaha. name pon "SpeSIAL".

syuk: hahaha. saje aku nak kasi ade variasi. muahaha.

Snubby, Don of Anime said...

farah: uyoo pernah gi main bowling kat warta ke? hahaha, murahan punya maa, senget tu beselaaa. ke sbb tak terer? hahaa.

yap: hahahahaha cipet lu. dah jadi macam naruto ker? Orang tak layan naruto dah skang yap. Orang layan anime lain. Bleach ke, ok gak.

hani: mane ade ngade2. penat woo nak tulis byk seperti kat atas. memerlukan mood yg baik, concentration yg penuh, dan ingatan yang tajam (nak kasi igt balik details2 dahulu).

rozie: tukar kerja dah ker?? peh dasyat. tu laa sape soh tak bace. Mmg blog aku ni tpt orang boring bekerja/belajar membuang masa. Kire kalu dlm dunia realiti, ala-ala Arcade Center. Huuhuhu.

Tentang gambar, aku telah berjanji pada diri sendiri takkan letak di sini atas sebab2 keselamatan. Lagipon, gunakan imaginasi korang, lagi seronok kan? Description sume dah kasi detail dah.

Dils said...

Gamba? alaa.. asalkan bawak jumpa sbelom ko tunang ngan minah tu.

Kalo tak.. aku tataw la nk kate ape. Muahehehe.

Da vinci code.. gile lama la. jeng jeng jeng.. tgk my super ex girlfriend.

Anonymous said...

heheehe
aku dah agak dah, mesti part2 tu ade unsur2 kesedihan....
tape lan, aku tunggu je

Anonymous said...

nice~

Farah Wahidda said...

tuh arr, mmg sengeeet (taknak ngaku gak ni..huhuhu).

cepat laa...part 2!

Snubby, Don of Anime said...

dila: tunang? wooahh, itu perkataan besar tuh. not gonna happen...hehe.

syuk: unsur kesedihan? tunggu sajaa.

squallion: tq~~

farah: sabarrr~~

Dils said...

hahaha.. ala.. cuma gurau je.. kira mcm jgn dah kad kawin dh print br nk bgtaw.. camtuh la.. Hahaha . Not necessarily that you get togeder2 or not.

As if :P

Unknown said...

mabeles!

Snubby, Don of Anime said...

dila: insya allah tak. kawin kalu, bukan stakat kad kawin, rombongan menjemput pon ade. hahaha.

aeisya: erk, TQes!

Sayuti said...

bila peristiwa2 ni berlaku Lan. macam dah lama je...

Snubby, Don of Anime said...

mmg dah lame sayut. time da vinci code kat wayang, hmm, agaknye sebulan before worldcup kot.

jgn risau, aku akan update supaya at least dapat kejar sampai ke skang.

Anonymous said...

oh cerita lama rupanya.. harapnya belum basi yah lan..
kenapa tidak diajak menonton di rumah kamu sahaja lan? kamu kan mempunyai koleksi cerita ceriti yang agak tersohor di segi bilangan nya dan juga kualitinya..

Snubby, Don of Anime said...

gilo apo ajak tgk kat rumah. takut mende lain yg ditengok. hehe.

Anonymous said...

haha...aku tau name cineplex tu...MBO Warta...

Snubby, Don of Anime said...

tq anonymous kerana menginform.

Anonymous said...

hai abang lan
mana update nyer abang lan
takkan sebab 'malam ni ade futsal'
terus tade update
:P

Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read Consolidate credit card debt incorporate in nevada second Provigil shop connecticut divorce law Seroquel feline how to install h1 lowbeam for mazda 6 http://www.bbwmaturefree.info

Anonymous said...

Keep up the good work » » »