Sunday, July 02, 2006

Pengalaman Saya Sewaktu Mengejar Pencuri

"GOL!!! GOL!!!"

Pehhhh. Macam siot jer Henry score. Sampai habis game, Brazil tak dapat nak equalize langsung. Kecewa yang amat!!! Apatah lagi bila aku predict Brazil jumper Italy untuk final. Skang semuanya dah terlambat... Aku rase mesti ramai orang tak budget gak France menang dengan Brazil. Walaupon 1-0, menang tetap menang.

(hehehe, saje je starting post aku buat same macam previous post.)

Aku pergi lepak kedai mamak dekat kawasan rumah aku dengan 3 orang kazen dan adik aku. Hehe, semangat gile diorang sampai sanggup datang rumah kat bangi ni, pick up aku ngan adik aku, kol 3 pagi, semata-mata nak tengok Brazil v France. Nasib baik hari esoknya tak kerja. Dalam 5 orang yang pergi tengok bola tu, cuma sorang je sokong France. Yang lain balik rumah lepas game dengan rasa hampeh. Gile tuh... Bapak segala Upset nih!

Habis game, aku ajak kazen aku sambung lepak. Tapi dia kata dah pagi sangat, nanti tak larat nak drive. So terpaksalah aku mengalah. Tumpang orang kan, mana leh demand sangat. Dalam perjalanan balik, tetiba kereta kitorang dipintas oleh sebuah kereta Kancil polis. Laju nak mamposs!!

"Huih, apsal lorat semacam je kete polis tuh?" tanya kazen no. 3.

Aku cuba memberi jawapan berdasarkan teori aku, "Diorang meronda tuh..."

Tak puas hati dengan jawapan aku, adik aku keluar teori dia pulak, "Mana ada polis ronda bawak laju camtu. Mesti ada kes ni."

Ah lantaklah, ada kes ker tak. Janji dia tak tahan kitorang dahlah. Malas nak melayan macam-macam nanti. Mintak lesenlah, mintak itulah, mintak duit lagi.

Sekejap je kereta Kancil polis tu hilang. Memang nak cepat benar tu. Mungkin... pak polisi sakit perut kot.

Beberapa minit kemudian, tetiba daripada satu simpang, kereta Kancil polis tu keluar. Nyaris nyaris gak kitorang nak kene langgar. Agaknya dia tersalah simpang kot. Tapi mungkin jugak dia meronda, sebab tu keluar masuk simpang. Tapi apsal kalut gile nih??

Dah nak dekat je ngan kawasan rumah aku, kitorang ternampak kereta Kancil polis tadi parking kat sebuah rumah corner lot, bersama mereka ada sebuah lagi kereta Waja polis. Pehhh... Mesti ada mende berlaku nih. Menarik, menarik.

"Polis tadilah!" kata kazen aku no.2.

"Haa, kan dah kata. Bukan meronda ni. Pecah rumah kot." Adik aku menyahut.

"Pecah rumah laa tu. Bahaya aa indon-indon kat sini. Arituh dah 3 buah rumah kene rompak." Giliran aku pulak bersuara.

Kami berborak-borak pasal kes pecah rumah yang slalu terjadi kat bangi, sebelum kazen no.1 aku tetiba slowkan kereta.

"Nampak tak apa2?" tanya kazen no.1.

"Nampak apa?" aku memanjang-manjangkan leher. Yang aku nampak polis kat luar rumah, kereta polis, pastu ada pakcik naik motor jual sayur. Tak nampak pulak kesan tingkap pecah. Rumah gelap pulak tu. Lepas kena pecah selalunya orang bukak lampu.

Sesambil kitorang bercakap sesama kitorang, dengan kereta yang dipandu perlahan, tetiba muncul satu lembaga daripada halaman rumah. Memecut dia berlari keluar, cabut selipar, pastu sambung langkah seribu.

Tergamam kejap kitorang!!!

"Hoihh, tu dia pencuri! Dia lari!" jerit kazen no.1.

Gegar jugak laa dalam kereta sebab kitorang bising-bising dalam keadaan terkejut. Masing-masing ingat rumah tu dah kena pecah, dengan si penjenayah berjaya melepaskan diri. Rupanya Crime Scene in Action tuh!!!

Polis yang ramai-ramai kat luar tadi sempat menjerit suruh berhenti. Aku rase mamat indon lah. Serabai semacam je. Tengok fesyen rambut dah tahu. Ala-ala rasta gitu. Tapi mamat indon tu tak berhenti. Makin laju larinya. Seorang daripada polis tu (mungkin yang paling fit sebab dia sanggup lari), cepat cepat kejar. Berlakulah adengan kejar mengejar antara polis dengan mamat indon. Polis yang lain masing-masing naik kereta Kancil dan Waja, Hot Pursuit guna kereta.

Kitorang semua cuma mampu memerhatikan dalam kereta. Nak kejar tak larat sekor-sekor. Tapi tetiba kazen no.1 cakap gini,

"Depan tu ada jalan keluar tak??"

"Ada. Jalan dia lari tu bentuk U. Kita ni main road. Hujung sini, keluarnya hujung sana." kata aku.

"Ok, ok, ready, kita nak kejar dia. Potong dia kat depan sana!" kazen no.1 aku semangat gile.

Daripada jauh, aku nampak polis yang kejar mamat indon tu ketinggalan. Jauh gila kene tinggal. Bekas sprinter agaknya mamat indon tu. Tapi takleh cakap gak, mamat indon tu bukak selipar, polis tu pakai kasut. Mungkin payah nak lari. Kat belakang diorang, kereta kancil tu tengah memecut. Ah, konfom dapat tangkap punya, kalu pakai kereta.

Sebabkan kitorang kat jalan besar dan straight, kazen no.1 budget nak sampai jalan hujung satu lagi ngam-ngam bila mamat indon tu sampai. Kiranya tak laju lah, sebab kitorang jalan straight, diorang kejar mengejar kat jalan U. Tapi memandangkan kereta kancil tu dah berjaya sampai, kazen no.1 terus slowkan kereta.

"Weh, tengok, tengok! Dia lari ke sini!" jerit kazen no.2 pulak.

Ok, di antara jalan U dengan jalan besar nih, ada padang permainan. Mamat indon tu berjaya meloloskan diri daripada polis yang kejar dia (berlari dan kereta kancil), dengan memintas padang permainan tu. Tapi dia berlari straight ke arah kitorang!!!

"Turun turun! Tangkap dia tuh!" arah kazen no.3 yang duduk kat belakang.

Cepat cepat kazen no.2 dengan aku turun kereta. Konon-konon nak terjah je mamat indon nih. Masa kitorang turun daripada kereta, dia dah dekat ngan kitorang. Kereta kancil tu terpaksa buat pusingan. Polis yang berlari tu pulak semput, tak larat nak kejar.

Sekarang, kami berdua face-to-face dengan mamat indon tu. Kazen no.2 kat depan (sebab dia turun awal), dan aku standby kat belakang. Kazen no.2 aku mendepangkan tangan, menghalang jalan, dan mamat indon tuh terpaksa berhenti sebab kitorang block jalan dia.

"Saya tengok TV ajaa! Saya tengok TV ajaaa!!" jerit mamat indon tuh menagih simpati.

Pala hotak mung tengok TV kat rumah orang kol 6 pagi camni. Mana ada citer best. Kalu nak tengok bola, pergi jer kat kedai mamak, semua pasang projektor. Bisik hati aku. Hehehehe.

Aku menjerit ke arah Kazen no.2,"Weh, tangkap dia cepat!"

Kazen no.2 aku tak berani nak terpa, risaukan senjata. Mana boleh percaya orang pecah rumah nih, kalau dia sisip pisau kat mana-mana. Tak pasal jer nanti kene tikam. Instead of award, masuk ward. Tapi dalam pada tak berani nak masuk tu, sempat gak laa dia acah-acah macam nak tangkap.

Elok jer mamat indon tu berhenti dekat kitorang, sambil mengambil nafas, daripada tepi sampailah kereta Waja polis tadi. Brek kecemasan. Selamba jer diorang drift. Ngam-ngam je sebelah kitorang. Memang cuak gak kalu kena langgar. Tapi sebabkan polis berkereta Waja dah sampai, mamat indon tu lagi cuak.

Straight je dia berlari ke arah aku. Aku pon apa lagi, readylah nak kasi terjahan maut!!! Kat belakang aku kazen no.3 dengan adik aku dah standby, kalu kalu terlepas.

Aku berlari ke arah mamat indon, dan mamat indon tu berlari ke arah aku. Aku bukak langkah besar, ala-ala melompat, nak terkam dia, dan tiba-tiba, mamat indon tu membelok. Cilake!!! Dia lari zigzag!! Dia dummy aku!!!!

Sebabkan dia memang dah lari straight kat aku, tetapi tiba-tiba tukar arah, aku tak sempat nak stop. Inersia tinggi beb. Tergelincir aku (jalan berpasir gak...). Tapi takdelah sampai terjatuh. Aku lost balance, dan hanya mampu melihat mamat indon tu tinggalkan aku. Tak sempat dah nak kejar. Macam nak tangkap ayam pon ade...

Tapi kerana usaha kami, polis dalam kereta Waja tu sempat kejar. Diorang siap keluarkan pistol lagi!!! Time dah stabilkan diri, polis dah berjaya rapatkan jarak. Daripada jauh dengar polis-polis tu jerit...

"Berhenti! Kalau tak kami tembak!!" tangan dah capai pistol. Sorang tu siap pistol dah hala ke arah mamat indon yang berlari tuh.

Tiada pilihan lain, mamat indon tu akhirnya mengalah. Takut kena tembak. Dia berhenti berlari, dan 2 orang polis tu tangkas saja menggari mamat indon. Memang sebijik macam dalam TV (bukan Gerak Khas). Kene hentak sekali, terus terbaring makan pasir jalan raya. Lepas kene gari, polis tu heret mamat indon pergi ke kereta Waja.

Kitorang? Tengah amik nafas untuk bertenang, lagi lagi aku yang telah didummy. Shitto lah!

Masa kene gari tuh, polis yang kejar mamat indon awal-awal tadi sampai kat kitorang. Termengah-mengah dia.

"Apsal tak terkam je tadi??" tanya polis tu kat kazen no.2.

"Takut dia ada pisau cik." jawab kazen aku.

Sambil termengah, "Terkam je lainkali." Dan terus berjalan ke arah rakan polis yang lain.

Sian jugak aku tengok indon tuh, dah lah kene gari, pastu selambe je kepala kena hentak kat bonet kereta. Peh. Ganas sungguh. Cuak pun ada. Membuatkan aku taknak bermusuhan dengan polis. 2-3 kali pulak tu kene hentak. Polis yang termengah tu pulak, sampai je terus balun. Ditendang perut mamat indon tuh berkali-kali.

Mengikut kata kazen no.3, polis buat camtu supaya dia tak ada daya dah nak sambung lari. Bila lunyai, memang dia akur jer lah. Takdenye nak sambung lari lagi. Logik gak.. Tapi aku rasa polis geramlah. Kejar-kejar tak dapat. Nasib baik last-last ok.

Lepas mamat indon tu masuk dalam kereta kancil, kitorang pon bersurai. Tak berani nak duduk lama-lama, nak lagi lepas tengok kebrutalan polis. Kitorang anggap macam tak nampaklah. Terus naik kereta dan blah daripada situ.

Salah sorang daripada polis yang tangkap mamat indon tu, mungkin pangkat sarjan, pasal dia tak beruniform, mengangkat tangan separa tabik kat kitorang yg dalam kereta. Tanda terima kasih pasal tolong diorang. Mau taknya, kalu kitorang takde kat situ, memang dah lesap dah. Jauh tu kene cicit ngan mamat indon. Orang tengah panik, dan nekad... memang ada kuasa misteri untuk survive.

Lepas kejadian tu, daripada taknak sambung lepak, terus je kitorang gi lepak kedai mamak berhampiran. Nak melegakan adrenalin rush. Hehehe. Sambil aku dikutuk pasal tak berjaya tackle ala ragbi. Cis, sakit hati bila kene dummy.

Itulah pengalaman aku lepas tengok Brazil v France. Kalu lah aku dapat tangkap mamat indon tu, konfom aku bagi barang sedas dua, mengalirkan kekecewaan brazil kalah. Nasib baik kau mamat indon.

Cerita ini adalah cerita benar. Hehehe. Merasa jugak aku menjadi hero dalam hidup.

27 comments:

marq said...

apsal ko ada banyak pegalaman menarik nih.. jeles aku...

Snubby, Don of Anime said...

amboi, cepatnye reply. Byk lagi pengalaman tak diceritakan. Ada yg sedih, ada yg kelakar...

marq said...

mana tak cpt.. tgh bosan tahap gaban ni weekend tp tak kuar.. sob sob

Unta@Jitra said...

kesian marq... ha ha ha...

eh power aa cite ko kali ni lan... siyes doo kalo aku ade, aku pon tatau nak wat ape... sialp2 aku brani baling slipar je kt mamat indon tu hahahaha...

police brutality? tu baru sikit beb... itu blom masuk bile dah sampai kt balai... byk gak cite aku dgr sendiri dr ayah aku... tambah2 lg kalo polis yg kejar die xdpt tu sokong Brazil hahahaha

Anonymous said...

Lan bangun Lan. Ko bermimpi disiang hari ker aper? Aku tak nak dengar citer nih dari mulut ko, at least dari mulut adik ko. Baru aku caya. Anyway, my France go through. Long live Zidane.

Snubby, Don of Anime said...

unta: aku agak risau pasal polis tu balun mamat indon tuh depan kitorang. Dah lah time tuh org baru habis tgk worldcup. Lepas kitorang kejar tuh, dan polis berjaye tangkap, tetibe byk lak mat motor, kete2 lalu situ.

anonymous: duh. ko igt aku tipu ker? tak caye boleh tanye aa adik aku. Hahahaha. Bukan senang beb dapat pengalaman camni. Berkat Zidane...hahaha.

[re-arrange] said...

wahahaha..menarek2. jadik hero dummy. wahahhaa!!!

ades..camne la ko leh dielak begitu mudah..hurm...

kene jogging lg neh snub..ahahhaha!!

Snubby, Don of Anime said...

rearrange: hampeh! kutuk aku! Hahahahahahah. Selipar aku licin laa, jalan berpasir. Memang laa mudah kene dummy.

syukies said...

hahaha. caya la lan. at least, ko termasuyk dalam usaha n ak membenteras kejadian pecah rumah kat bangi(eh, skema lak ayat aku, tade idea nih)

usaha lagi. pasni leh masuk rukun tetangga

Snubby, Don of Anime said...

kalu masuk rumah tangga boleh tak? hehehe.

syukies said...

hahah.nak masok rukun rumah tetangga batu pon boleh...

wakau macam mana pon, mamat indon tu hensem tak?
heheeh

Snubby, Don of Anime said...

tak hensem. muke huduh. ganas nak mampos. tapi suara die kelakar. kecik jer. hahaha. mcm kartun.

Sayuti said...

termengah gak aku baca nih sebab cuba menghayati suasana. pastu baca komen syukies ngan ko terus gelak semput2. hahaha.

tahniah lan, tahniah!

Snubby, Don of Anime said...

terima kasih..terima kasih.. huhuhuhu.

shaheeran said...

Giler berani eh kau nak kejar pencuri camtu je. Kalau aku lar... Aku cari kayu atau stearing lock ker apa untuk hentak mamat tu.. Anyways, Kudos to you Lan : ) Ni tengah malam nanti kalau nak tengok Germany vs. Italy sama2 kasitau sama wa. Aku sudah siapkan baju Germany untuk dipakai malam ini Miahahaha...

KEF said...

What were you thinking when you were choosing the colour for the text in your blog?

Did you write so that no one can read?

Do something about it dude.

Snubby, Don of Anime said...

shaheeran: hahaha, cis ade baju german! tak aci. aku nak gak satu.

kef: hoh?? ni iklan @ bot ke nih???

ahdee aka missgui said...

hahaha lawakla lan.mcm2 bende leh jd dalam hidup kite.tp x sangka lak bende ala2 aksi gerak khas leh jd.. tp bgsla.. leh share kan

syukies said...

kef buta kaler ke? taK reti nak beza kontras?

adehhh.....

zye said...

hahaha...nice one lan...tp ko kene naikkan DEX n AGI baru senang sket tangkap pencuri kot...kekee

Snubby, Don of Anime said...

dee: hehehe. takmoh aa jadi gerak khas. memenatkan. pastu kelakar lak tuh.

syukies: biarkanlah die..

zye: aku tatau camne nak naikkan dex n agi dlm dunia sebenar. ade idea?

circleinspoon said...

dasat2...lama tak menulis, trus ko hidangkan kitorang dgn crita2 yg padat dgn aksi2. bleh 2lis skripler....

Snubby, Don of Anime said...

isk, tak berani aku tulis skrip. tapi nak gak try. cume tatau camne format tulis skrip yg sebenar.

nur_za said...

kalo ko kejar, konfem ko makin kurus kan? huhu.. satu lg pengalaman best, beside pengalaman aku stuck dlm lrt la.. :P~

eross said...

zig zag???dummy???hahaha

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. concerta .net link loan online payday 600 gb external hard drives Big dog paintballing Free roulette secrets Lancaster pennsylvania hotel data miner spyware program Rv awnings texas 96 buick dash 1994 isuzu pick with v8 swap Orange county court records ca Female nude teens models concerta+drug phentermine cialis poker tramadol Branch circuit breaker News accutane Custom wall unit bookcases Hard drive not formatted 18 concerta mg 4 color digital jose printing services

Anonymous said...

http://connections.blackboard.com/people/7f7182205e Buy Accutane Online,
http://connections.blackboard.com/people/16ca99c49e Buy Aciphex Order