Sunday, July 23, 2006

Bahagian 08: Simpatiku dalam Marahku...

Pretty Ugly - Diari Seorang Lelaki <-- Download lagu tema utk post ini di sana.

Bosannye…

Bosan sungguh!

Dah masuk 3 hari Nana balik kampung, ada hal penting katanya. Dan kalau dicampur 3 hari ni juga, dah dekat 2 minggu kejadian memalukan tu berlaku (ala, korang tau lah kejadian ape kan..?).

Post-event, selepas makan-makan satay kajang tempoh hari, aku boleh kate macam takde ape sangat yang berlaku. Cuak jugak kalau tetiba aku dijauhi, manalah tau kan. Tapi alhamdulillah selepas seminggu Nana tak kata apa-apa, maka aku yakinlah ‘date’ aku yang lepas tu berlangsung dengan jayanya. Kecuali part tuh.. sigh.

Tapi, sebelum Nana balik kampung, aku perasan dia macam lebih senyap. Takde lagi kerap menghantar SMS happy-go-lucky. Aku tak pasti apa yang berlaku pada Nana, kerana aku tak berani nak bertanya lebih-lebih. Nanti orang kata busybody. Kalu musclebody takpe gak. Kami jugak jarang dah lepak.

Mungkin dia bizi. Mungkin ada masalah ‘dalaman’ perempuan. Hehehhe. Mungkin jugak ada masalah dengan balak. Erk, balak?? Mintak jauh~~

Dalam keadaan senyap-tenggelam-timbul, sampailah satu SMS…

Lan, Sy nk blk kampung.. Atuk sakit. Sy amik cuti 3 hari.

Aku sebenarnye tak paham kenapa Nana hantar SMS dekat aku inform kate dia balik kampung. Yerlah, sapelah aku kan. Not even her balak! Hahahaha. Tapi orang dah hantar kan, takkanlah aku nak mempersoalkan lagi.

Ye ke? Balik elok-elok. Drive carefully. Kem salam kat semua. Bosanlaa saye nanti awak takde.

Itu je lah yang aku mampu reply menggunakan skill jiwang aku yang masih cetek.

Kendian aku dapat reply.

Hihihi. Kejap je, 3 hari. Rabu, khamis, jumaat. Tapi sy balik sini hari ahad. Awk bertahanlah ye :p

Hahahaha. Bertahan ape agaknye tuh. Kalaulah aku ni seorang mamat dadah, 5 hari takde dadah konfom dah menggeletar. Kalaulah aku ni dah kawin, sekurang-kurangnya seminggu 2 kali kena bersihkan batin. Nasib baik aku ni manusia normal. Bolehlah kot.

Ok. Tapi boleh SMS tak nanti?


Boleh, Cuma kalau sy lambt reply, jgn marah. Kat kampung coverage teruk sikit.

Ok then. Kalau ade rezeki saye, awak replylah. Terubat sikit rindu nanti. Hahaha. Take care.

Aku meletakkan handphone aku kat tepi katil. Alahai, terase kosong kejap hidup. Baru beberapa minit. Belom 5 hari lagi. Tapi aku dah biasa hidup tak berteman selama 24 tahun, sepatutnye takde masalah, pujuk hati aku.

Sambil membukak cerita anime yang patut, aku melayan sambil baring atas katil. Tapi sungguhlah. Aku tak paham ape yang aku tengok pon. Nak tido, mata cerah lagi. Nak concentrate anime, tak masuk pulak. Nak buat ape nih….

Titt titt. Eh ada SMS lagi.

Thx. Sy nk bertolak dh ni. Kalau sy rindu, sy sms awk dulu ye. Bye bye! Assalamualaikum…

Huhuhu. Walaupon lambat sampai reply terakhir nih, tp sekurang-kurangnya terase seronok. Hilang kejap blank aku tadi. Aku cuba nak reply, tapi malangnye kredit aku habis dah. Rupanya yang tadi aku hantar merupakan last sen. Nasib baik sempat. Terpakselah aku gi topup kejap lagi. Buatnye Nana sms, aku tak dapat reply, mesti frust gile.

Maka selama 3 hari aku sangap. Rabu berganti Khamis. Khamis berganti Jumaat. Tapi takde kabar berita daripada Nana. Biarlah, sekali sekala dia balik kampung, takkan aku nak kacau dia pulak. Cuma aku tak dapat gambarkan kat sini betapa sangapnyaaa aku.

Malam Jumaat tu (hehehe), dalam keadaan bosan, tetiba dpt SMS. Bukan apa, aku jarang mendapat call atau sms sebenarnye. Takde kepentingan, maka takdelah orang nak call/sms. Handphone aku lagi banyak sunyi daripada berbunyi.

Hi Lan. Ape kabar? Sihat?

Seperti yang dijangkakan, daripada Nana. Huh, dah lepas 3 hari baru nak SMS. Merajuk karang. Hahahaha. Oops, buruk perangai kalu merajuk. Dan berikutnya adalah sms berbalas sms antara aku dan Nana.

Sihat je. Tp bosan sikit. Takde member nak borak. Duduk rumah je keje nih.

Ala siannye dia. Takpe, hari ahad ni kite gi tgk wayang. Nak?

Erk. Tertelan air liur aku kejap. Balik daripada kampung je terus ajak aku tgk wayang? Mesti sangap benar kat kampung. Hahahaha.

Boleh je. Saye tak tgk lagi Da Vinci Code. Btw, awak sihat? Ape kabar atuk awak?

Da vinci code mcm best. Sy sihat je. Makin ayu duduk kampung, hihihi. Atuk sy dh makin sihat. Thx for asking.

Sesame. Asking is caring. Hehehe. Kalau btol nak tgk hari ahad, saya book awal. Ok?

Ok. Sy tak kisah. Tp petang ye. Ahad tghhari sy sampai. Petang free sikit. Malam nk tido awal.

Dan selepas tu kami terus berbalas-balas SMS. Ape yang diSMSkan? Taklehlaa bagitau semua… RAHSIA! Hehehehe.

Hari Ahad, pukul 3 petang….

Aku dah SMS Nana tadi beritahu die wayang start pukul 5 petang. Pukul 3 aku dah nak bergerak pergi ke MINES. Kat situ jer lah wayang paling dekat untuk aku. Lagipon, surprisingly, tak ramai la pulak orang tgk citer Da vinci Code hari minggu camni. Best sikit kalu kurang orang, takde laa terase banyak mata memandang nanti.

Tapi, bila aku sampai kat MINES, Nana masih tak membalas SMS aku. Apa pulak masalah dia kalinih. Padahal pagi tadi awal dia SMS aku tanye plan jadi ke tak. Sekarang dia pulak yang senyap. Takkan tak sampai lagi kot.

Tercongoklah aku sorang-sorang kat MINES, menghabiskan beberapa batang rokok sambil menunggu Nana. Duduk kat tepi sungai buatan MINES, sambil melayan ikan yg besar-besar dalam tuh, aku termenung. Kat tangan aku dah ade 2 tiket, seat best, utk citer Da Vinci Code. Lepas sebatang, sebatang lagi aku isap. Isk takleh jadi nih.

Skang dah pukul 4.15, tapi batang idung Nana tak kelihatan langsung. Batang rokok adelah bersepah kat lantai. Walaupon start pukul 5, tapi penantian itu satu penyeksaan. Aku check balik handphone aku manelah tau ada SMS tapi tak perasan.

Kendian aku check balik SMS yang aku dah hantar kat dia, manalah tau tak sampai. Hmm, report kata sampai. Sebabkan aku ada banyak masa, aku baca balik SMS aku.

Ya allah, baru aku perasan. Aku cuma bagitau Nana wayang start pukul berape dan kat mana. Tapi aku tak bagitau yang aku tunggu kat MINES awal. Padanlaa tak datang-datang. Mesti dia turun ngam-ngam je citer dah nak start.

Cepat-cepat aku SMS Nana.

Awk, saya dah ade kat Mines nih. Kol berape awak sampai?

30 minit berlalu tapi takde reply. Aiseh. Pukul 4.45 dah nih. Mane kamu Nanaaaaaaaaaa.

Akhirnya aku terpakse call Nana. Gilo apo kalu tunggu lagi karang tak sampai terus.
Trutt.. trutt… Bunyi orang angkat tepon.

“Hello…” kedengaran sore Nana kat hujung talian. Macam lemah je suara.

“Hello Nana. Lan nih.”

“Haa.. Lan. Pukul berape wayang…” bunyi mamai.

Sah! Mesti tertido nih. Alahaiiiiii…. Nak marah pon tak sampai hati.

“Erk. Awak tak dapat SMS saye ke..”

“Sorry Lan. Saye tertido. Penat drive tadi. Singgah banyak tempat.”

“Ye ke… Hmm. Wayang kol 5 Cik Nana. Sekarang dah pukul 4.50. Lagi 10 minit…” kata aku dengan nada sedih.

“Hahh!! Ye ke??? Alamak Lan, camne nih. Tak sempat kalau saya datang pon. Nak mandi lagi…”

“Busuk, tak mandi lagi yer. Takperlah, nak buat camne, kire burn je lah harinih… Saya paham, awak mesti penat tu.” Kata aku.

“Im so so so sorry Lan. Kesiannye awak. Lame ke tunggu kat sana…?” tanya Nana, suara dah macam segar dah. Mesti die rasa serba salah tak beringat punyaa.

“Tak lama sangat. Adalah daripada kol 3 tadi.” Jawab aku selamba. Biarkan, biarkan kamu merasakan serba salah itu. Muahahaha. Alang-alang aku tak jadi tengok wayang, sakat lah. Best jugak.

“Lamanyaaaaa!!! Camne nih Lan… im so sorry…. So sorry…” Ada sedikit bunyi macam nak nangis daripada suara Nana. Hikhik. Dahlahtu, cukuplah aku menyakat Nana. Sian pulak ke dia.

“Its ok. Mende dah lepas. Awak pergi sambung tido balik yer. Esok-esoklah kita sambung. Saya nak balik dulu. Best jugak kalu tido nih.” Jawab aku.

“Hmm, ok… Tapi nanti saya akan ganti balik duit tiket tuh.” Bersungguh-sungguh Nana menyatakan ayat tu.

“Don’t worry bout that. Oklah. Saya nak balik dulu. Bye-bye. Tido puas-puas ye. Esok awak nak keje.”

“Ok… bye Lan. Sorry Lan. Bye..”

Maka dengan begitu saja plan nak tengok wayang Da Vinci Code dengan Nana berkecai begitu saja. Haih, ruginye. Rugi masa, rugi duit tiket, rugi tenaga, tapi entah kenapa, aku terasa biasa. Mungkin dah selalu kena kot mcm nih. Marah sikit la kot.

Aku pergi semula ke tepi sungai buatan MINES, melayan ikan. Hisap sebatang lagilah, kasi hilang tensen sikit. Takde mende nak rushing pon kalu balik. Aku kuarkan tiket wayang tuh, tenung dalam dalam.

“Takde rezeki, nak buat camne…” bisik aku sorang-sorang. Hehehe.

Jam menunjukkan pukul 5. Dah start dah wayang. Habis sebatang ni, chowlah. Tepi aku ade sepasang kapel yang tengah berkhalwat di tepi sungai. Hehehe. Seronoknya jadi diorang. Isk.

Tah camne aku terdengar kapel tuh berborak.

“Takkan kite nak duduk kat sini jer bang.” Tanye si awek.

“Abih tuh awak nak buat ape? Balik rumah saye nak?” kata si balak. Cipet punye ayat. Rosak… rosak.

“Isk, mengade. Tengok wayang laa jom.” Cadang si awek.

“Citer ape ade…” si balak macam malas-malas je. Dia lagi rajin meringan-ringan laa tu.

“Saye tak tgk lagi Da Vinci Code. Jom laa..” merayu-rayu awek tu kat ‘Abang’ dia.

“Citer dah start laa. Next mesti malam. Saya janji ngan ayah awak hantar seblom kol 10. Mane sempat.” Si balak memberi alasan.

Aku bangun dan menuju ke arah kapel tuh.

“Sori kacau. Korang nak tengok Da vinci Code? Nih ada tiket pukul 5 utk 2 orang. Sempat lagi kalau nak masuk.” Aku menawarkan tiket yg tak jadi tadi.

“Erk. Takperlah bang. Saye tak bwk duit cukup nak bayar tiket tu.” Kata si balak.

“Takper, amik jer. Free, takyah bayar. Patutnye saye tgk tadi, tapi tak jadi. Korang amik je lah.” Kata aku, sambil membuka tangan mamat tu, dan meletakkan tiket ke tapak tangannya.

Tercengang kapel tuh.

“Amik jer, anggap saye belanje. Hehehe. Ok, selamat yer. Balik dulu. Sile enjoy citer. Sempat lagi.”

Dan aku terus melangkah ke parking, menuju ke kereta dalam keadaan pasrah…

Hadoilahhhhh.

-bersambung ke bahagian 9 pulak-

19 comments:

sQuaLLion said...

haduih..lama aku tak baca blog ko lan..yer laa terlampau bz yg amat..plus takde net kat rumah. bukak2 je baca cerita kejadian 'memalukan' tuh..then petang nih lak cite yg agak sedih..ape bole buat lan..sabar je lah. tapi dlm sedih ada hikmah nye...sekurang2 nya ko dah menolong 2 manusia tepi tasik tuh..hati suci mcm ko mmg payah nak cari..nak2 lam zaman skrg...adeh...pape pon lan..jgn putus asa..buckled up dude!

syukies said...

1. macho
2. cool
3. sian ko lan
4. cam dalam movie (part kasik tiket)
5. tunggu post seterusnya (aku)

k said...

syukies said...

1. macho << iya benar.. lan sekarang macho... aku dah kata dah... lan je tanak caye.. tgk.. yap dah kata syuk
dah kata
2. cool << tu pasal isap rokok bebatang2.. tu baru duk mines complex.. belum mines wonderland umah salji tu..
mau tuka isap cigar..
3. sian ko lan << sian jugak.. tapi die tetap macho
4. cam dalam movie (part kasik tiket) << hendak aku katakan apa lagi.. memang uber-macho lah.. kasik tiket..
nasib baik mamat tu ckp saya tak cukup duit je.. kalau die ckp awek tak
dtg ke bang.. mmg harus nko campak mamat u dlm sungai buatan tu kasik
ikan makan
5. tunggu post seterusnya (aku) << samelah jua aku ini

jgn lupe sms tanye awek dah mkn ke blum.. sian die penat tu.. takpun nko jadi la MCD ke PIZZA ke nasik bungkus delivery..




6:20 PM

syukies said...

hahaahaha
lek2 la (dato') k, kalo nak copy+comment aku nyer pon, timestamp aku nyer tu takyah la copy skali

lawak la ko

k said...

syuk, usah disebut lek2.. ct dah tak sabar.. kene mara je aku salu nieh..

iceroll said...

kat kampung die coverage teruk ekk?? lenkali pakai la line celcom. hehehehe

Snubby, Don of Anime said...

squallion: hehehe thx dude. silelah bace2 sokmo.

syuk: 6. tunggu jangan tak tunggu.

k: dato' k ni mmg pak lawak orangnye. mmg patut kene marah selalu.

Hani Mialystic said...

argh

!next

saya mahu post yang lebih warna dan ceria

Yap Ah Boon said...

Aiseh...tough luck.

Da Vincci Code? Aiseh lamanya cerita nih.....huhuhu.

Yap Ah Boon said...

Aiseh...tough luck.

Da Vincci Code? Aiseh lamanya cerita nih.....huhuhu.

Snubby, Don of Anime said...

iceroll: hahaha, kalu die pakai celcom, nanti tak pasal2 aku kene pakai celcom jugak :p Susah aa tukar2 nombor.

hani: ehem (clear throat), dalam hidup ini, elemen mono dan suram saling menemani yang berwarna dan ceria. Bagaikan sebuah lukisan, jika tiada garis hitam yang membataskan suatu warna, maka agak pincanglah rupa, sakitlah mata. Jika tiada warna gelap yang membezakan tona, nampak palsu lah ia, tidak mempunyai kerealitian. Hehehe. Maka citer Nana ni sebenarnye penuh dengan suka, dan juga duka.

Yap: apo nih sampai 2 kali post komen. hahaha. Memang lame, campur lagi cuti menulis sempena worldcup.

Farah Wahidda said...

huhu...sian Lan...

Snubby, Don of Anime said...

farah: jangan kesian dulu!! tunggu bahagian 9 hehehe.

nagacyber said...

muahaha.. nasib la ade couple tuh.. kalau tak sure ko asik tenung tiket tuh sampai kesudah.. huhuhu

ok.. next! ape la torrent delay, minggu ni kene up 2 episode lah.. hahaha

Snubby, Don of Anime said...

naga: nanti aku updatelah! hahaha. nampaknya semakin kurang orang membaca dan mengomen. kekeke.

Farah Wahidda said...

!Bahagian 09
cepat...cepat...cepat...heheh

nagacyber said...

tu lah.. lambat sangat, penonton dah lari.. huhu

Snubby, Don of Anime said...

Hehe, aku taknak cepat sangat. since makin kurang orang bace, so nak kumpul comment kasi kurang2 20 ker.. hahahaha. itu mau amik seminggu lebey tuh.

Lagipon, sbb makin kurang org bace, bermakne aku takde laa terase pressure sgt nak menulis cepat2.

Cuma sebenarnye takdelah makin kurang org bace, tgk counter same je increment, mungkin makin kurang org mengomen kot. Tak kisahlah.. hahahaha.

Anonymous said...

best regards, nice info Lamborghini schwarz car cover Edema adderall Babe and cars effexor xr intoxication Telephony fax voice http://www.2006lexusis350.info/Hybridminivan.html Software to convert text from scan Honda motorcycle salvage Allegenience health insurance Power jeep dealer Ritalin black box Wellbutrin and zoloft combinations Team honda critics say melting mesotherapy Jeep cherokee trailer hitch wiring 15pregnancy ultram http://www.inboundcallcenters.info/Aixan-minivan.html Fishing pc games