Tuesday, August 01, 2006

Bahagian 10: Qada' dan Qadar (part 2/2)

Daniel Powter - Bad Day (klik link utk download)

“Saya pegang tangan awak boleh?” tanya Nana.

“Erk. Kenapa awak nak pegang tangan saya????” jawab aku dengan pertanyaan jugak.

“Pasal, dalam wayang ni sejuk. Saya kerja harinih, tak bawak sweater…” selamba je Nana kasi sebab.

Kalau diikutkan hati, aku memang segan. Sentuh menyentuh walaupon luas permukaan yang kecik ni, memang bukan bidang aku. Aku lebih kepada seorang lelaki naïf dalam bab-bab camni.

Tapi setan dalam otak aku cakap….

Weh, dia yang kasi cadangan, bukannya ko yang memandai mintak. OK kan saja laaa.

Serba salah aku dibuatnya. Ape aku nak cakap nih… memang tak pandai sungguh. Nanti ada yang ternaik dalam wayang nih. Iskkkkkkkk.

Aku memandang muka Nana. Kusyuk jugak dia tengok wayang kat depan. Nana perasan aku pandang dia, lalu membalas pandangan aku dengan senyuman menanti sebuah jawapan. Oklah…

Zzaap. Tak sempat aku nak bukak mulut, terasa ada current elektrik menjalar tangan kiri aku. Kuat jugak sentapan current nih, nasib baik aku takde sakit jantung. Aku menoleh ke tangan kiri aku secepat mungkin.

Tangan Nana menggenggam tangan aku. Padanlaa terase current. Ahhh……..

Terbuai-buai aku dengan keindahan yang maha jarang sekali berlaku dalam hidup aku. Tak terkata ape dah. Peluh sejuk mula menitis. Tu diaa, dalam kesejukan aircond yang menyengat tulang nih, aku masih mampu berpeluh macam orang baru lepas jogging 100KM!!

Aku buat taktau saja, dan pandang ke depan. Nak tengok citer pon jadi tak kusyuk dah. Dalam otak aku macam-macam mende bermain. Naluri dan Waras dalam diri aku berperang, masing-masing kasi idea, sorang kata positif, sorang kata negatif.

“Lan..”

Aku hanyut…

Semakin kuat genggaman tangan Nana.

“Abang Lan….”

Hanyut lagi, makin jauh. Tangan aku dikocak-kocak.

“Abang….”

Yes my darling…??

Dan aku rasa tangan aku dipukul-pukul keras. Ape ke hal pulak nih?

“ABANG!!! BANGUN!”

Serentak dengan itu aku terjaga daripada tido. Aku kemamaian. Ke mana menghilangnya Nana? Ke mana perginya wayang kat depan? Kenapa aku kat sini..? Atas katil?

Alamak.. aku mimpi ke? Mimpi lagi.. citpoorah.

Yang ada depan aku cumalah Achik, mengejutkan aku daripada bangun tido. Rupanya dialah yang mengocak-gocakkan tangan aku. Dalam mimpi, otak aku telah mentafsirkan orang lain. Jahanam sungguh alahai.

“Huh? Huh?? Kenape? Apsal?” Masih lagi lembap untuk kembali ke dunia realiti.

“Abang bangun. Nah tefon abang bunyi.” Achik menghulurkan handphone aku yang masih rancak lagi mendendangkan ringtone lagu Dewa itu.

“Oh.. ok.. ok…” Jawab aku sambil melepaskan keluh kecil. Sigh……..

“Hello~!” suara riang itu menyapa aku dalam telefon.

“Erk. Hello. Sape nih?” tanya aku.

“Isk. Nana lah. Takkan tak save nombor saya?”

“Hehe, saya terjaga daripada tido. Main angkat je. Tak perasan nama lak. Sori sori.”

“Bila saya call je mesti tido. Awak ni kuat tido lah. Saya nak tanya, petang ni camne? Jadi ke?”

“Tido tu biasalaa. Lagipon nak balas dendam kat awak. Petang ni jadilaa. Pukul berapa dah skang?” tanya aku kat Nana.

“Pukul… 5.30 petang.” Pendek je dibalasnya.

“Erk. Ye ke?? Ok-ok. Saya datang amik awak skang. Tunggu yer? Nak mandi kejap.”

“Ok. Saya tunggu kat sini. Bye.”


Aku pantas bangun daripada katil. Mak aih, berpeluh-peluh aku tido. Mesti tadi cuaca panas. Dah lah tu, bilik aku pulak sememangnya panas. Macam tido dalam sauna rasanye. Ah, dalam mimpi pon aku berpeluh gak. Hihihi. Kan best kalu mimpi tadi betul.

Isk, takde masa dah nih. Lambat pulak karang. Aku menampar-nampar kedua pipi aku konon dapat segarkan diri ler. Alaa, macam yang selalu tengok dalam kartun tu. Gitulaa.

Dan aku pon pergi mandi.. takyah citer laa ye camne aku mandi.

Lepas siap-siap, hensem apa semua, aku melihat jam tangan. Kol 6 suku. Hadoii, lambat dah aku nih. Nasib baik dekat jer nak gi jumpe Nana. Kalu jauh, mau kene cerai nanti.

Masuk kete, start engine, masuk gear reverse, kendian.. ah tak payah citer jugaklah bab nih. Huhuuhuhu (ini adalah cubaan untuk memanjangkan post).

Sesampai saja aku di tempat kerja Nana, dia dah tertunggu-tunggu. Muka ada sedikit kerut. Hehehe, sebab aku lewatlah ni. Konfom kene marah kejap lagi. Takpe, sabar je. Aku melemparkan senyuman paling poyo daripada dalam kereta konon-konon buat tak bersalah. Nana pulak melemparkan senyuman bengkek. Hahahaha.

Petang itu, Nana memakai baju t-shirt biasa warna cream, dengan seluar jeans. Nampak simple tapi kasual. Bukannya nak pergi mana pon, nak tengok wayang je pon. Rindunye lama tak jumpe… Hihihihihi.

Belum sempat Nana bukak mulut sejurus masuk ke dalam kereta…

“OK. Jom cepat, dah lewat nih.” Aku terus bersuara.

“Erk Lan—“

“Ye ye. Saya mintak maaf. Lambat. Hehehe. Jangan laa marah.” Pujuk aku cepat-cepat.

“Tapi Lan—“

“Haa camne cuti kat kampung? Citerlaaa.” Terus menerus aku menyampuk taknak kasi peluang untuk Nana marah. Hehehe. Taktik beb, taktik…

Kemudian Nana pon ceritalah serba sedikit. Sampailah kami sampai ke Warta.

Lepas dah parking apa semua…

“Lan. Kenapa datang Warta?”

“Tengok wayanglah.”

“Erk. Awak dah beli tiket ker?”

“Lom lagi. Tapi tadi dah survey, ada tiket.”

“Hihihi. Kelakarlaa awak ni Lan. Siap pergi survey.”

“Hehehe. Preparation kene power. Jom lah cepat. Nanti tak sempat.”

“Tapikan Lan, saya taknak tengok kat Warta…”

Terkedu kejap aku. Kenapa tetibe Nana demand nih? Adakah ini yang dikatakan dengan fenomena Songeh Perempuan??

“Ape salahnye tengok kat Warta. Tak best ke? Sebab murah ke? Lagipon kalu kat Warta, takyah le belanje saye yg mahal-mahal kan?”

“Emm…” Nana merenung aku. Aiseh, macam tak puas hati je nampak.

“Erk.. ala-kadar je. Hehehe. Wayang je pon..” Aku tatau nak cakap ape dah.

Nana memuncungkan mulut. Uik. Gaya comel ke ape nih? Kami berdua terdiam, terpaku dalam parking lot Warta nih. 10 saat… 20 saat… 30 saat….

Tetibe Nana gelak. Ah sudah. Something fishy and crabby telah berlaku. Aku hilang arah pasal dah lame tercegat kat situ tatau nak buat ape. Takut jugak kalu tetiba Nana jadi tak siuman pasal tetiba gelak.

“Ape laa awak ni Lan. Saya tunggu je awak pujuk. Sekali awak lost pulak. Hihihi.” Dan akhirnya Nana bersuara.

Aik. Aku kene test ke tadi? Oh cis natang demit. Wahai rakan-rakan ku sekalian, kalu koranglah, ape yg korang akan buat dalam masa 1 minit tercegat kosong tadi?

“Erk.. aa..hm.. so.. camne? Jadi tak nak tengok kat Warta? Kalu awak nak tukar takpe.” Aku tergagap kejap.

“Baru nak pujuk ke. Hehehe. Sebenarnye kan, saya dah book tiket kat Mines.” Kata Nana.

“Laaaaaa. Apsal tak cakap tadi. Isk isk isk…”

“Dah nak cakap, tapi awak asyik menyampuk je. Last-last saye diam, nak tengok awak bawak ke mana. Hihihi.”

“Hahaha, padan laa daripada tadi dok Lan, Lan. Rupanya awak nak bagitau dah book tiket ker. Kol berapa punye?” tanya aku menyesali dengan tindakan menyampuk tak senonoh aku.

“Kol 6.50. Ada lagi 30 minit. Hihihi.”

“Iskk. Sempat ker? Kalu sempat pon, nak amik tiket booking kene amik setengah jam awal.”

“Tiket dah amik dah.”

“Uik? Sape amikkan?”

“Kawan saya sorang join skali. Die tunggu kat sana. Cepatlah.”

“Ok2.” Aku menghidupkan enjin kereta. “By the way, member awak laki ke perempuan?” tanya aku.

“Kenape? Tak kisahlah laki ke perempuan kan??”

“Erk.. ok…”

Dan memandulah aku ke Mines macam orang gila!!!

***

Kami tiba di Mines dalam pukul 7 camtu. Bayangkanlah betapa lajunya aku bawak semata-mata nak sampai ngam-ngam kol 6.50. Tapi sebabkan petang, orang semua balik daripada kerja, maka jalan yang sesak itu menidakkan objektif aku. Aku cakap kat Nana, wayang selalunya start lambat 10 ke 15 minit daripada waktu tayangan asal. Kira nak pujuk diri laa nih.

Bergegas kami lari naik ke TGV Mines. Nasib baik aku dah datang sini banyak kali, parking pon tempat yang sama je. Jadi aku tau ler shortcut ke TGV. Sampai je depan TGV, aku menoleh ke sekeliling, mencarik kawan Nana yang dah amik tiket tu.

Mesti si Jai. Aduh… rosak plan nak berdua-duaan tengok wayang. Biarlah…

Nana berlari ke satu arah. Aku mengekori Nana, tapi tak nampak pulak kelibat si Jai nih. Mana laa pulak pergi mamat tu. Wayang dah start, tiket takde dalam tangan lagi. Mesti terlepas scene awal.

“Nana. Awak pergi amik tiket. Saya nak beli popcorn. Nak pesan ape-ape?”

“Awak belikan saya air coke je boleh?”

“Ok.”

Aku terus beratur di kaunter popcorn. Tak ramai orang. Senang keje aku. Lepas membayar harga satu Large PopCorn dengan 2 air coke, aku mencari Nana.

Haa tu dia. Eh sape kat sebelah dia?

“Lan. Kenalkan, ni Linda. Dia dah amikkan tiket.”

“Hai. Linda.” Katanya sambil mengangkat sedikit tangan tanda melambai.

Woah~! Comel jugak si Linda nih. Lagi tinggi daripada Nana. Macam model. Cumanya Linda pakai tudung, dan Nana tak. Mungkin kawan Nana masa belajar dulu kot.

Linda memang nampak menarik. Dengan baju kurung warna pink, tudung pink, dan serba serbi pink, ketinggian seorang model, kulit yang tak cerah sangat menonjolkan lagi ciri-ciri wanita melayu. Aku terpikir, adakah perempuan cantik ni berkawan dengan perempuan cantik saje???

Malam itu, aku tengok wayang ditemani oleh 2 orang awek yang bukan awek aku. Buy 1 free 1? Hehehe. Seronoknye!!

33 comments:

celes said...

uik.. aku org fes post ke? miahaha... lame dah aku x usha blog ko neh~

aku igt cite betul la mula2 tuh, rupeny2 mimpi.. igt ko dh advance dah :p

heheh.. good luck nway!

Yap Ah Boon said...

WAHHHH!!

ada karekter baru...awek cuns lak tuh. Haih~~~ besnyaa

huhu....jeles banget begini...kau asik bertemu aweks2 baru...

harusla aku menjadi pria kesepian...hahahaha

syukies said...

kekeliruan fakta

1) ko kata nana kata wayang start kol 6.30 (sebab kat warta tu kata masa lagi 30 min sebelum wayang start)
2) sampai mines kol 7, dan ko kata start wayang kol 6.50 (10 min lambat, tp biasanya wayang ada iklan2, so sempatlah)

yang mana satu btol ni lan?

Anonymous said...

satu nama nana satu lagi nama linda satu tak pakai tudung satu pakai tudung hmmm... bunyi cam familiar tah2 org yg aku kenal... wooo.. :D

Snubby, Don of Anime said...

celes: sejak kebelakangan nih, aku mmg byk bermimpi. tapi takleh letak sumer citer mimpi, nanti orang marah. hahaha. tp ko jgn risau, aku takkan boleh lagi advance drpd ko wahai cik celes.

yap: itu masalahnye yap. bertemu, mungkin byk. berdapat.. tak pernah terjadi. hahahaha. aku hanyalah noobie.

syuk: aaaa. maaf! aku nk tulis 6.50 tp sebab dah weng mase menulis, lagipon nombor 30 asyik muncul dalam otak aku, tertypo dah. sori2. aku betulkan segera.

anonymous: haha, tah tatau. ko kenal ker? lalala. aku rase tak kot.

Hani Mialystic said...

haha

snubby telah kekantoian disitu. watak ditambah masa pon berubah.

hehe.

ai. mane lg cun?

Snubby, Don of Anime said...

mane ade masa berubah, cume kesilapan kecil jer. ponin aa tulis byk2.

mane lagi cun? nana ler.. lagi mau tanye.

Anonymous said...

kalo nana lg cun,pas linda kat aku la...
:)

Farah Wahidda said...

igt kejadian dlm mimpi tu btul! gile untung badan :p

wah3...ada watak baru! watak baru tu, ttp ada ke smp skrang? hehehe

Hani Mialystic said...

"Aku terpikir, adakah perempuan cantik ni berkawan dengan perempuan cantik saje???"

be di lupe lak nk betau. hmm itula ade gk pk2 ape betol yg be di tulis tuh.

well, patutler me and lin still rumet smpi skrg. the statement suggests so gk. la la la~~~

Dila said...

*Blur* Terkedu baca awal2. Haha. Ah well..

Dah maju. Dulu kuar ngan laki2. Pastu kuar ngan segerombolan.. laki2 and puang2. Pastu kuar ngan puang aje. Pastu kuar dabel date lak tu.

Ish ish. Manyak maju.

Anyway...

Snubby, Don of Anime said...

anonymous: haa, ade sebabnye kenape aku tak pass kat ko si linda tuh. Hehehe. nanti aku tulis citernye.

farah: a ah untung badan tp dalam mimpi je laa untung. Linda masih ade sampai skang, walaupon saye jarang dah kontek die.

hani: oh.. betul ker hani ngan lin ni cun? meragukan...

dila: hahaha. dabel date ke orang panggil? setahu aku, dabel date nih, 2 laki 2 pompuan. aku punye leh diconsider sebagai, sandwich date. Miahahaha.

Hani Mialystic said...

sambungan citer ni akan kua 2 minggu slps ini, merangkap lebih kurg 2 bln citer sebenar terjadi.

kalau terjadilah. :D

(reverse saiko soh pos cpt2)

syukies said...

hahaahahahahha
sandwich date.lucas tul
huhuhhuhu
(tgh imagine sambil diikuti bunyi2 merdu)

Snubby, Don of Anime said...

hani: hahahaha. sabar yer. bukan senang nak menulis cerite nih. kadang2 perasan tak, ayat jadi kurang menarik? itu tandenye sudah penat atau mood tetibe tarak ketika menulis...

syuk: bunyi aper aa? kongsi sikit dengan aku bunyi bunyian itu~~

sQuaLLion said...

cerita tu masyuk..tp nape Bad Day? hmm..confuse..

Snubby, Don of Anime said...

squall: pasal lagu die best. hahaha.

Yap Ah Boon said...

Aku kelakar tengok poll blog kau nih....

ramai pula nak buat nana ni stock geli2...

hahahahah

Snubby, Don of Anime said...

yap: biasa ah. semua stok jantan pervert, berani dlm dunia virtual jer. Kat luar sekor2 menikus. Hehehe.

k said...

tapi nko tak menikus lan.. nko sekarang sudah jadi wombat...

bertuah badan.. tackle 1 get another one coming..

bile nak menikah? bulan ni je 2 org menikah.. tunggu nko plak lan..

Snubby, Don of Anime said...

k: hahahaha. wombat ker? cis. aku disamakan dengan seekor binatang kecil berbulu.

menikah? lambat lagi. lepas aku kaya jadi jutawan. untung2 dapat title dato', boleh menikah ngan artis2 bodo zaman akan datang.

iceroll said...

Quote - "Kalau diikutkan hati, aku memang segan. Sentuh menyentuh walaupon luas permukaan yang kecik ni, memang bukan bidang aku. Aku lebih kepada seorang lelaki naïf dalam bab-bab camni."

Cit poorahhhhh!! (sambil mengangkat tangan gaya Karam Singh Walia).

k said...

"menikah? lambat lagi. lepas aku kaya jadi jutawan. untung2 dapat title dato', boleh menikah ngan artis2 bodo zaman akan datang."

hoh heh.. tu la.. dato' Nadlan..

kalau siti ngan dato'K (tiada sebarang kaitan dgn aku).. dato' N dgn sapa? sesape leh kasi jawaban?

squallion said...

sitay laa kot..tak pon sitot...hahaha..

Snubby, Don of Anime said...

iceroll: sungguh tak tipu aa bang!!!

k: aku hanya menanti sebuah jawaban...

squall: sitay dah ade orang book. marah laki die karang. hahahaha. sitot lak mcm name orang asli. takmoh aku.

Sayuti said...

ko kan... ko kan... ko kan...

mimpi ke keje. baru nak layan.

Farah Wahidda said...

bila Bahagian 11 mau kuar? tak tahan lagi~~ :p

squallion said...

oit bila nak sambung nih..btw..cuba ko layan 'Night Head Genesis' anime...best dohh!

Snubby, Don of Anime said...

sayut: hehehehe, aku mmg kuat mimpi ler, tido tak basuh kaki punye pasal.

farah: maaf, minggu ni ada sedikit kedemaman kecil, jadi takde mood sangat nak menulis. insya allah hari minggu ni ade.

squall: nnt aku update sabtu ni. btw, night head genesis mmg best.

Anonymous said...

bile nak update baru da.. :)

afadhli said...

Hello, Lan. Way da go for ya blog. Wa baru nak join la, sebab sekarang baru nak start takde kerja. So, boleh join a? Hello Sume!

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... » »

Anonymous said...

I take pleasure in, lead to I found just what I used
to be looking for. You have ended my four day lengthy hunt!
God Bless you man. Have a great day. Bye
Look at my webpage ... insomnia