Saturday, July 01, 2006

Cerita Edisi World Cup

"GOL!! GOL!!!"

Sorak orang kat sekeliling aku. Aku nak bersorak gak, tapi aku cuma dapat mengagumi jer gol tu. Yerlah, duduk sorang-sorang kat kedai mamak, takkan lah aku nak bersorak bagai nak rak. Lainlah kalu ade geng join.

Tapi bukannya aku takde member untuk diajak join tgk bola. Memang kalinih aku saja je duduk sorang. Aku terase nak bersendirian. Melayan depress. Sekurang-kurangnye, kalu duduk kat luar ni, takdelah aku makin murung. Walaupon berseorangan.

Yer.... Depress, adalah perkara yang amat sinonim dengan aku. Dah hampir jadi nama tengah.

Boleh dikatakan, setiap sebulan mesti aku depress. Dah jadi macam datang haid laa pulak kan? Hehehe. Tapi aku bukan depress saja-saja. Banyak perkara yang aku hadapi dan telan, sampaikan muka nih, dah jadi tak ceria.

Teringat aku ayat Ida Sazliana dulu time kat Universiti, awek si Jubs tuh (member aku);

"Abang Lan ni baik, tapi nampak garang sangatlah."

Haih....

Takpon ayat si Aesha bebaru ni...

"You nampak unapproachable. Garang. At least muka you nampak garang. Not until you bersuara baru orang tahu you tak garang."

Aku sebenarnya sangat paham apa yang dimaksudkan diorang nih. Bukan diorang je cakap, dah ramai yang kenal aku cakap cenggitu. Tapi aku bukannya saja-saja buat muka garang.. Semuanya bersebab.

Mungkin.. semuanya bermula bila arwah mak aku koma dulu kot... Kurang kasih sayang? Huhuhu.

Bila seseorang mengalami trauma dalam hidup dia, masakan pemikiran orang itu akan sama macam dulu, btol tak? Aku nih, banyak sangat trauma. Kalah cerita tv melayu! Pada umur aku yang baru 25 tahun ni (sebenarnye 24), cakap jer jenis trauma apa, semua ada. Erk, hampir kesemuanya ada.

Percintaan? Fuh, toksah cakap... sampai dah jadi pro.
Keluarga? Dengan situasi sekarang, aku sebenarnya telah mengambil alih pucuk pimpinan keluarga aku.
Akademik? Terumbang ambing macam kapal berlobang.
Kewangan? Pernah gagal bisnes sampai berhutang-hutang. Sampai skang tak setel.
Sosial? Mungkin tak trauma sangat, tapi cukup memberikan aku rase kesepian.

Menda-menda ni mungkin semua orang akan mengalaminya. Sedikit demi sedikit, sebagai manusia biasa, memang pasti akan kena. Tapi aku? Tu dia. Serentak. Sekaligus.

Time aku tengah takde duit, time tu jugaklah bisnes gagal sampai hutang beribu-ribu. Time aku perlukan kasih sayang keluarga, time tu jugaklah gado sana sini. Time aku perlukan insan istimewa, time tu jugaklah aku kecewa. Time aku.. ah, banyak lah time.

Aku tak dapat nak citer spesifik, sebab ianya umpama membuka pekung di dada. Tapi trauma-trauma ni cukup membuatkan aku, sentiasa berkerut. Seolah-olah 24jam aku berfikir camne nak lepas diri daripada trauma, secara tak disedari.

Entahlah.

Namun aku cuba jugaklah untuk mempositifkan diri. Suara tak sedap, tapi aku tibai gak nyanyi time jamming. Cakap tak pandai, tapi aku bercakap gak untuk dapatkan perhatian. Nak bercerita pon tak pandai, tapi memandai jer aku tulis (contohnye blog aku). Sampaikan aku selalu praktis depan cermin cara jalan yang betul sebab aku rase tak konfiden dengan style jalan lama aku. Semuanya sebab aku nak lawan trauma-trauma aku. Tak tahulah boleh berjaya ke tidak... Senang cerita, apa yang orang nampak aku kat luar tu, sebenarnye berbeza sekali kat dalam. Hipokritkah aku???

Si Mero pernah cakap kat aku;

"Ko kene ade awek, baru le semua masalah ko setel. Sekarang ko tak dapat fikir btol. Tak tenang."

Huhuhu. Sesungguhnya sape laa dalam dunia ni taknak ade awek dan kendian berkahwin dan kendian berkeluarga (kecuali beberapa orang seperti gay, playazz, dan yang sewaktu dengannya). Tapi macam orang-orang cakap, muka aku terlalu garang, sampaikan awek pon tak berani. Hihihihi.

Sudahnya, bila pening sangat memikir, bila depress sangat, mesti aku akan pikir.. "Ah lantaklah." Tak sihat sungguh. Sampai bila problem tak setel. Sampai kapan (cewah bahase indon sikit) aku akan terus depress.

Post kalinih takde kene mengena ngan tajuk tu pon. Aku saja letak. Pastu taktau nak tulis ape, sedangkan orang mintak update. Last-last aku tulis mende nih. Itupon tah hape hape mengarut. Cerita Nana, macam yang dijanjikan, lepas world cup baru aku nak sambung.

Sorry, sorry. Hehehehe. Amikah lagu Official World Cup 2006 ni sebagai hadiah mintak maaf pasal ngarut. Celebrate The Day!!!

7 comments:

melmuhd said...

x berapa tepat jugak kata2 Mero tu. x semestinya ada awek masalah akan settle. If you get the right one, who understands u and willing to accept you inside out, tenang lah sikit walaupun kekadang akan bergelora jugak. kalau rush just utk ade awek and it happens to be the wrong one, lagi bergelora hidup. So lan, take ur time. awek is not everything. sebulan sekali mesti kite akan terfikir tentang hidup kite, and be depressed. everybody is going through with it, im also going through it every mth. let it be about money, family, work, frens and loved one. u are not alone. so dont be tooo depress!!!!

jaja said...

abg ad semua org yg bernafas kt muka bumi ni ade masalah.semua kejadian tu ade hikmahnya kan?mmg la sng je ckp.but thats the fact of life.abg ad tak rs ke masalah2 kite tu yg colour our world.may b Allah bagi abg ad byk ujian,sbb Dia sayang sgt kt abg ad.Dia tgh beri perhatian dkt abg ad.die tanak satu saat pn dlm hidup abg ad berlalu without u thinking about Him.semua ujian ni diturunkan ikut kemampuan kite.Allah takkan turunkan ujian kalau Dia tau umatNya tu takley nk tempuhinya.kite patutnye risau if kite tak di duga.coz that is not a gud sign.Allah bagi kite ujian,so only Allah has the solution kan?bila ditimpa ujian,redha n doa Allah gantikan ape yg kite hilang dgn lbh baik.ckp nauzubillah,then senyum.selawat byk2.seriously gf bkn jawapannye.doa byk2.insyaAllah ok.jaja sentiase doakan kebahagiaan each n every single member of the family.if there's anything i can help, ckpla ey.w'pn jaja ni kecik semeot je.but i'll help anything i can.jgn sedih2 k abg ad.search His love coz it's an endless one.

robie fowler said...

Yeah dude !!!! Let it all out !!!!
Hope you feel lot better after writing this blog (it takes a real man to share his feelings... he...he...believe me)
You didn't turnout so bad after all(at least not yet he...he...he... jez kidding).
Let me see....lets count blessings...
1. U still have a father (no offence for the other half)
2. U have ur litle bro and sis who admire u (i'm sure they do)
3. U have admiring friends who reads ur blogs no matter what craps u threw at them (he...he..not true..its actualy good stuff. Which brings me to my 4th point n by no means the last)
4. You have a rare talent of inspiring people with ur writings. At least for me it did.
Now....don't u feel good 'bout urself. Please do continue with da list. I'm sure it will make u smile (in its true sense).
Cheers!

syukies said...

lek lan.cam aku slalu kata.lek3.
tade masalah taleh setel.hehehe.lek3

Snubby, Don of Anime said...

Waaaa, tak sangka ade orang bace gak. Hehehehehe.

Mel: Im not too depress, tapi boleh kata kerap jugaklah. Ape2halpon, aku still maintain diri yg macam nih. Tak mahu jadi makin teruk.

jaja: waa waaa, tersentuh bile bace ayat jaja. Betul kata jaja tuh, tapi dalam masa yang sama, betul2 menduga hidup. Nasib baik dah diajar sejak kecik supaya bersabar (kata slalu kene buli time kecik hehehe).

robbie fowler: tq bro. Very inspiring comment indeed. Siap ade count blessing lagi. Hehehehe.Yang baik tu memanglah ada, tak pernah lupa sebenarnye. Lagipon, daripada list bro nih, kebanyakkan dicipta oleh diri ini sendiri, supaya tak terlalu down. Tapi sehebat2 manusia, kalu dugaan datang tanpa putus, memang boleh mati akal. Mujur jugak ada orang support (at least part advise mengadvise). Cuma sampai bila laa orang nak support kite kan. Satu hari nanti pasti ade orang akan kate...

"Ko ni byk masalahlah! Banyak songeh. Malas nak melayan."

Harap-harap tak jadi cenggitu.

syuk: Masalah memang boleh setel. Hehehe, ko sendiri tau aper masalah2 aku kan? Terbaru, kes saka tuh. Sampai SAKA pon jadi masalah aku. Muahahahahaha. Takper, aku akan relaks2 jugaaa.

jaja said...

abg ad malu silap.ckp innalillah bile kene timpa musibah.huhu.saye bkn ustazah.so harap maklum la kan.malu je...

Azzkikr said...

Cara-cara aku menghandle stress:
1) main gitar sambil humming sorang2. untung2 dapat buat lagu.
2) isap rokok 2kotak dalam masa 4jam
3) drive laju2, bukak tingkap pastu menjerit dan mencarut suke2 ati
4) jumpe kawan2, minum teh tarik dan pau diorang..hehe
5) amik wudu', solat hajat mintak ditenangkan hati dan selesaikan semua masalah (ni kalau 4 cara tadi tak berkesan..heheh)

paling penting, jangan dipikirkan sangat masalah yang melanda kita tu bro. ko pandang kelangit, ko tengok berapa banyak bintang ada kat langit. bintang tu sebenarnya besar matahari kat satu sistem solar. so, kau bandingkan mana lagi besar, masalah kau atau bintang yang ade. bile ko pikir mcm ni, ko akan tau betapa keciknya masalah kita dibandingkan dengan anugerah yang Allah bagi kat kita, yakni hidup kita.