Monday, May 08, 2006

Bahagian 02: Jogging Konon

Halo ape kabar? Sekali lagi aku lame tak update. Macam2 hal berlaku sepanjang minggu nih, macam2 masalah. Sampai terbakar network card. Tapi seperti yg dijanjikan, aku tulis gak bahagian kedua cerita nih.

Sebelom tuh, ramai gak yang tanye, sape awek kedai kasut nih? Kedai kasut mane? Macam2 name kedai kasut kuar. Tapi sorilah, aku takleh bagitau utk keselamatan dan kepentingan sejagat. Macam aku ckp seblom nih, kalau bagitau karang, ade yang pergi amik gambar mcm dulu. Susahnye aku jugak…

Sebut pasal gambar, erk.. gambar di bwh ni adalah gambar… bukan awek kedai kasut. Mintak maaf. Hahaha. Tapi menghampiri lah utk kebanyakan part wajah tuh. So korang leh guna gambar di bwh nih untuk reference korang semasa membaca cerita aku, sambil bace sambil imagine, nice kan? Huhuhu. Dan untuk pengetahuan korang, gambar inilah yang membuatkan aku rase macam kenal awek kedai kasut tuh, tapi rupanya sbb aku tengok gambar nih je.





(DISCLAIMER: Gambar di atas sesungguhnya aku tak kenal sape. Dan aku jumper dlm internet. So kepada sesiapa yang kenal tuan punya gambar nih, sudi-sudikanlah bagitahu aku secara private, jgn di komen, atau di shoutbox. Nanti sumer org tau, tak bestlah tak dapat makan sorang. Muahaha. YM atau email amat dialu-alukan. Sekian terima kasih)

So skang, korang dah paham maksud aku tentang hidung yang sedikit mancung, bibir yang berisi, dan mate separa bulat? Bagus. Mari kite teruskan sesi bercerite…

Nak dipendekkan cerita, takdelah aku sampai pergi ke kedai kasut tuh tiap-tiap hari. Malah, aku tak pergi dah pon selepas hari tersebut. Gile aper, bukannye nak gi beli kasut tiap2 hari. Ini bukan stesen minyak. Aaa, by the way, kepada mereka yang offer nak beli kasut, dan mintak aku teman, maaf, permintaan anda terpakse ditolak. Aku kalinih akan bersikap perahsia. Hehe.

Oh melalut. Sambung balik.

Nak dipendekkan cerita (terpakse ulang pasal tadi aku melalut), sekarang nih ade jugaklah 2-3 kali aku pergi jogging. Tapi bukan laluan jalan rumah aku ke stesen minyak Petronas dah. Kalinih aku pergi jogging kat Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi (btol ker name tasik nih? Ah pedulilah, aku slalu pergi jogging mane amik kisah pasal name tasik tu sgt pon).

Kenape aku pergi jogging? Pasal masalah kesihatan aku ni makin meruncing. Slalu jugak demam, tapi jenis sekejap2. Sehari sehari je. Tension laa jugak. Kata dah duduk rumah, memang aku buat lemak mcm tiada esok hari. Jadi aku pon pergilah jogging. Erk, bukanlah jogging sgt pon, lari-lari anak saje. Kebanyakkannya berjalan. Huhuh. Dan aku bukan pergi tiap-tiap hari. 2 kali seminggu lebih kurang.

Ape kene mengene jogging dengan awek kasut? Gini, satu hari yang bertuah, ketika aku berjogging dan kebetulan harituh semangat kuat untuk berlari lebih jauh (Erk maksud aku berlari anak lebih jauh, seblom berjalan santai), aku telah dipotong oleh seorang awek yang dengan selambenye jogging tanpa menunjukkan rasa penat. Peh, kirenye berdesup jugaklah. Macam kura-kura dengan arnab.

Aku tak nampak sape awek nih awalnye. Sbb die potong aku, cuma nampak belakang saje. Emm.. macam kenal. Tapi sebab aku punya semangat jogging tengah kuat, aku pon buatlah tak peduli. Tapi…

Tah camne, aku terase nak kejar minah tuh. Huahuahua.

Sebenarnye aku ade satu ability yang dipanggil, Short Dash. Hahaha. Short Dash nih maksudnye, memecut dengan cepat untuk jarak yang dekat dan masa yang singkat. Untuk memudahkan korang, bayangkan Bull Fighting di Sepanyol tuh. Oh jgn bayangkan aku Matador yang memegang kain merah, dan jugak jangan bayangkan aku badut-badut dlm arena tuh. Aku adalah seekor seladang yang rakus mengejar kain merah! Aaa.. itulah Short Dash.



Bezanya, lepas Short Dash, habis semua stamina aku. Habis sehabisnya. Pancet gile. Kalu lah aku seladang dlm bull fighting, dah lama kene buang kerja, kene sembelih jadi lauk untuk makan malam, pasal pancet cepat sangat. Begitulah halnya dalam situasi jogging aku tadi. Aku cubalah Short Dash nih untuk mengejar awek jogging yang dah potong aku, tapi malangnya dia terlalu jauh. Kalu dekat sikit confirm aku leh potong dia.

Sia-sia je aku Short Dash. Tak pasal-pasal dah penat.

Lalu aku pon berehat kejap kat pondok tepi tasik, yang dibuat khas untuk pasangan-pasangan bercinta melepaskan halwa nafsu mereka. Hampeh. Tapi sebab Mastika dah kantoikan banyak pasangan dengan bantuan Biro Surau Bangi, dah kurang lah aktiviti-aktiviti panas. Bermakne, kosonglah pondok tadi, maka bolehlah aku berehat dengan tenang, tanpa perlu tengok org bercium dekat publik. Malu nanti aku, blushing. Hik hik.

Mulanya aku ingat nak berehat sekejap saje. Tapi tah kenapa, terase penat gila. Pancet, Flat, Penat, Tak Larat… semua lah! Mungkin pasal objektif tak tercapai, jadi rasa penat tu bertambah tambah.

Daripada 5 minit, jadi 10 minit. Daripada 10 minit jadi 15 minit. Hish, betul punye penat aku nih. Disebabkan ini, aku akhirnya mengambil keputusan untuk balik je. Sumpah dah tak larat nak berlari lagi. Ade laa sikit-sikit dalam hati aku menyumpah awek jogging tu tadi, pasal dia, aku penat. Huhu. Tapi aku terpakse berjalan ke seberang nun di sana jugak, sebab kereta aku parking sana (nampak tak aku tuding arah sana tuh?? Tak nampak kalu, 3 jumaat saja lagi tinggal untuk korang. Huhuh).

Dalam letih-letih berjalan, tetiba aku nampak awek yang aku gagal untuk potong tadi, tengah berehat kat pondok yang lagi satu. Aku cam laa jugak daripada jauh pasal baju dia colorful. Rase-rase aku, semua kaler ade. Hijau kuning merah ungu biru.. huhu. Macam baju Hawaii lak. Pelik kan? Pada firasat aku, awek yang pakai baju colorful gini mesti awek Rasta.

Bila dah dekat ngan awek tuh, pandangan kami bertembung. Alah, macam korang tak biasa lak. Staring staring ni normal lah. Lagipon masa tu, hanya ada aku dan awek tu saja. Orang-orang lain yang turut jogging petang tu semua jauh lagi. Mestilah mata bertentang mata kan?

Eh.. betol ke mata bertentang mata? Aku pon tak sure. Mungkin mata bertentang.. hehehe.

Dan… macam yang korang boleh agak, pasal cerita ni mengenai kisah awek kedai kasut tuh pon, memanglah betol. Itulah dia, awek kedai kasut tengah duduk berehat kat pondok kepenatan. Aku agak terkedu jugaklah masa tuh. Macam telah set-set pulak yer. Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Dan sekarang tuhan telah menentukan yang aku akan berjumpa awek kedai kasut nih kat Taman Tasik Cempaka. Fewitt!

Ramai-ramai orang pasti akan mulakan langkah dulu. Oh tidak bagi aku. Aku nih memang agak pengecut dalam hal dan bab perempuan. Apatah lagi bila aku tak kenal. Tengok lah apa jadi dengan Awek Petronas tuh. Sampai sudah tak jadi ape. Sian aku.

Dan bila aku dah nak melintas awek kedai kasut nih, tetibe terdengar satu suara menegur.

“Haih, buat-buat tak kenal ke?”

ERKK!! Malunye aku! Malunyaaaa! Masa tuh aku terase macam dibogelkan oleh 100 orang perempuan di khalayak ramai! Sampai tahap tu aku terase malu. Apa mesti aku buat skang. Terhenti kejap langkah aku.

“Erk. Yer? Saye kenal awak ke??”

Satu cubaan mengkaver daripada aku. Harap-harap dia rasa dia silap orang lah. Nanti dia akan mintak maaf, pastu aku akan berjalan ke kereta tanpa rasa serba salah. Walaupon ini adalah chance aku, tapi, sungguh aku cakap, aku betul-betul rasa malas nak pikir pasal perempuan.

“Kedai Kasut? Kedai XXXYYY?? Yang haritu datang nak beli kasut untuk adik? Tak ingat?”

Ingat… ingat… Tapi saja buat-buat tak ingat. Aku kan akan menggeletar depan perempuan. Kalu aku duduk kat situ lagi lama, tuhan saja tau apa yang akan jadi. Silap haribulan aku pengsan pasal terlebih menggeletar. Dah laa awek cun!!!

“Emm…”

Itu saje yang aku mampu buat. Aku saja nak kasi reasonable doubt kat minah nih, supaya dia tak kacau aku dah.

“Tak ingat ke? Teruknya memori awak nih. Hmm. Haa, yang awak sound kata jangan tinggalkan kedai takde orang. Ingat?”

Shyte lah!! Aku ingatlaaaa. Tapi camne nak buat nih supaya kasi dia pikir dia salah orang???? Katil kat rumah betul-betul memanggil aku, meh laa tido, penat kan? Aku kene loloskan diri secepat mungkin.

“Saya tak berapa sure lah. Awak betul ke tak silap orang nih?? Kalau salah nanti malu. Hehe.”

Saja je aku kasi ayat gitu, supaya dia boleh fikir efek silap orang. Kemaluan yang Besar~.

“Harituh awak kata, macam kenal saya. Siap bersungguh-sungguh tanya sekolah lah, kolejlah. Mana boleh lupa muka orang yang tanya macam tu, kan?”

Tepat sekali! Aku kalah. Terpakse mengaku kalah. Terpakse mengaku aku kenal dia. Maaf sang katil, maaf air mandian, maaf segala perkara yang best selepas jogging, aku terpakse lupakan korang utk sementara waktu. Nantikan kepulanganku ye wahai barang-barang.

“Ohh!!! Baru saya teringat! Sorilah, tadi tak cam. Mungkin pasal penat jogging. Sori-sori.” Kata aku.

“Nah, its’kay. So dah tau ke kat mana awak jumpe saya?”

“Seblom tuh, boleh duduk sini?” aku memang penat. Kaki pon dah lenguh. Terpakse gak mintak izin untuk duduk. Untuk menunjukkan kesopanan saje.

“Duduklah. Bukannya tempat saya nak larang orang duduk.” Minah tuh mengalihkan botol air mineral.

“Hehe, makasih.”

Lepas duduk, aku pon cakaplah, sebenarnye tak pernah berjumpa. Tapi ada satu gambar kat internet nih yang macam muka dia (sila rujuk gambar di atas). Sebab tu lah aku kate aku macam pernah nampak. Dan aku jugak mintak maaf pasal tetiba bertanya macam-macam perkara personal.

“Mana awak tau gambar tu bukan gambar saya?”

Btol jugak kan? Tapi aku 100% sure itu bukan gambar dia.

“Pasal rupa dia lain sikit. Build muka dia cenggini dan cenggini, awak lain sikit. Confirm bukan. Iras-iras saja. Jangan risau. Sori lagi sekali.. hehe.” Bersungguh-sungguh jugaklah aku nak menyakinkan minah nih.

“Ooo. Hmm. Nama saya *****. Awak panggil Na je ok.”

Tetiba dia mengenalkan diri. Aiseh, camne lak boleh lupa nak bagitau nama sepanjang masa berborak. How rude of me! Isk2. Aku seharusnya memperbanyakkan lagi tatatertib aku.

“Sori Na. Saya lupe nak introduce nama sendiri. Nama saya Lan. Hmm, *****, panggil Na. Saya panggil Enna boleh?”

Ok, stop kejap. Part nama dia Na tuh adalah betul. Nama sebenar sekali lagi aku terpaksa mintak maaf, kene rahsiakan. Jangan tanyalah nanti, aku dah bagitau siap-siap. Nak tanya hal lain boleh. Part nama dia Enna tu pulak, tak betul. Ini adalah nama cikgu English aku kat MRSM dulu. Aku saja letak nama Enna sebab dua-dua pon cun. Cikgu English aku tu siap dapat nama jolokan ‘Walking Barbie Doll’ kat skolah dulu.

Dan satu lagi, panggil Na saja memang tak berapa seronok. Terlalu pendek dan terhenti kat situ je sebutan. Sebab tu aku kasi nama samaran.

“Enna? Wow. Pelik nye nama tuh. Boleh jer.” balas Enna. Nampak jugak lah riak muka yang seronok pasal dapat nama baru. Hehehe.

Dan kami pon berborak kat pondok tepi tasik tuh lepas jogging. Hilang sikitlah penat aku. Akhirnya aku pon menjadi salah sorang yang berendek kat pondok tepi tasik. Hehe. Cuak gak mana tau tetiba ada Biro Surau dan Mastika tengah skodeng amik gambar kitorang, pastu tak pasal-pasal aku kene tangkap basah. Tapi petang-petang camtu, mungkin tak kot. Lagipon aku duduk dengan jarak yang boleh dipanggil, safe distance. Tak menimbulkan rasa curiga dan syak wasangka. Aku rasa lah… Hehe.

Hari pon beransur gelap. Dah nak dekat Maghrib. Aku pon kenelah balik. Malam-malam dok berborak camtu, tak manis dipandang orang.

“Saya rasa saya kene balik dulu lah Enna.”

“Same here. Saya pon nak balik. Kereta awak kat mana?” tanya Enna.

“Kat situ.” Sambil menuding jari ke arah situ. Hehe.

“Saya kat sana. So, emm, esok jogging lagi??” Enna memandang tepat ke mata aku. Macam mahukan kepastian. Minah nih.. isk. Janganlah stare cenggitu. Cair tau tak!

“Saye pon tak sure. Tgklah. Kalu larat. Saya bukannye fit macam awak.”

“Hihi. Its’kay. Kalau ada rezeki, jumper lagi kan?”

“A ah. Macam harinih terjumpe.”

“Yerp. Oklah. Saya nak balik dulu. Nice to meet ya. Bye bye.” Enna akhirnya memintak diri untuk balik.

Lepas adengan lambai melambai (biasalah pompuan, mesti nak ade lambai tanda bye tuh), aku pon berjalan lah dengan langkah lemah keletihan ke arah kereta. Tapi baru 2-3 tapak..

“Lan!” terdengar suara Enna memanggil daripada belakang.

Aku pon pusinglah nak tau ape ke halnya. Manelah tau ade orang jahat tengah kacau Enna ke, ikat dia ke, ala macam citer Hindustan tu.

Nasib baik takde ape. Enna berdiri je kat jauh nuh (dalam 10 tapak kehadapan).

“Last question…”

Dungu kejap aku. Soalan terakhir ape lak nih??

“Awak sebenarnye, ingat siapa saya tadi tapi buat-buat tak ingat kan? Betul kan?”

Haaaa hadoi lahhh. Obvious sangatkah aku tadi? Adakah lakonan aku tak menjadi??? Malu seyh.

“Err… aaa… “ Aku sebenarnye nak menipu dan mengkaver tapi tah camna takde idea dan tak terkeluar lak apa-apa ayat.

“Its’kay. Hihi.” Enna tersenyum jer, sambil berjalan secara membelakang, menghadap aku.

“Mana awak tau??” tanya aku macam orang bodoh.

“Well, pernah dengar ayat, women are the best lie detector? Bye-bye. Hihihi.” Dan Enna pon pusing menuju ke kereta.

Aku, memang takleh cakap apa dah. Pernah dengar kot ayat tuh. Kat mana aku tatau. Tak pernah amik peduli. Tapi akhirnya kene kat diri sendiri balik. Waduh, untuk seketika aku terasa tak berani nak berlakon depan pompuan lagi. Huhuhuh. Berdiri tercegat aku kat situ. Kedu.

Dan di kejauhan, aku nampak Enna pusing sikit badan dan melambai sekali lagi. Peh… menarik sungguh dia ni!!!

27 comments:

Anonymous said...

Bagus2....akhirnya kau dah jumpa alasan untuk jogging hari2 di tempat yang sesuai. Beats walking dari shah alam ke tanjung btul tak.....hehehe

'Mak suke mak suke'

Snubby, Don of Anime said...

HAHAHAHAHAHAH! Siot! Mane leh lawan, jalan kaki daripada Shah Alam sampai Subang. Jauh tuh. Aku pon tatau camne aku leh buat gitu.. peh. power gak aku nih.

Anonymous said...

comelnye.....ayu ayam seme...

Snubby, Don of Anime said...

erk, aper maksud ayu ayam????? peliknye penggunaan peribahasa..

Anonymous said...

hahaha..saje je....dah ayu sgt cm ayam kat pasar jek..ayam dah mati le...lembut ....eehehehehehheee

Unknown said...

isk isk.. ketemu juga ya org yg leh lawan sifat malu ko tu. good good. (just hope this is not another novel story! better be true!)

Farah Wahidda said...

hehe...awek kedai kasut lakss..nih baru btul rezeki. berusahalah!! :p

Anonymous said...

giler lah... apasal semua orang tgh jiwang ni. aku sorang je tak jiwang2 jugak nih. keep up the good work Lan. kalau boleh jalan dari Bangi ke Tanjung ok jugak hehehe. Nanti aku tunggu kat tepi jalan pass air coke kat kau

Anonymous said...

mak suka.. mak suka.. (sambil tepuk tangan)

Dils said...

interesting character. hahaha.. jenih awek yg tak kisah ajak gi minum kat mamak and knalkan kat membe2.

Psst~ jgn sangkut kat membe laks.

Anonymous said...

betul tu Dila. entah bila lah Lan nak bawa Enna tu lepak minum kat Tanjung dengan kitorang. So bila Lan? hehe

Snubby, Don of Anime said...

jess: ooooo...itu ke maksudnye.

mel: hehe. ketemu tuh dah biasa. dapatnye tak biasa.

farah: haha. awek kedai kasut, tapi not my awek. harap maklum.

shaheeran: tunggu aku body fit mcm arnold susah-nak-eja baru jalan bangi ke subang. bwk lepak? i dont think so... hehehe.

re-arrange: haha, harus diingat, ini baru kali kedua berjumper (2 minggu lepas la). Cerite2 selepasnye ade lagi.

nagacyber: hahahha. apa punya nasihat daaaa.

Anonymous said...

waaaaaaaaaaaaaaa
sgt seronok dgn pos yg gembira
menanti hari esok!

Anonymous said...

Arasa kalau aku jadi kau aku akan selalu 'menyerempakkan' diri kat tempat jogging la tu kot. Tapi sebelum tu aku akan khatamkan buku "The Art of Approaching" dan applikasikan ilmu2 yg ada dalam buku tu. Aku ada sorang member (Yap - Bukan nama betul dia) dia buat macam tu, awek yg dia approach semua cair lah. Tak kisah lah kat mana pun atau siapa pun, i.e. kat konsert, kat Hard Rock, kat depan mak minah tu pun boleh jalan je jugak... Hahahaha.. Semua respon baik lah kat dia pendek kata.

Anonymous said...

Mak shah!
Hanjeng btul statement mu itew!

Mak bukan player k........hinsh!

Anonymous said...

Jangan lah nak kekwat pulak nyah.. Mak saje je buat lawak hanjeng kat sini Hahahaha...

Snubby, Don of Anime said...

rearrange: hahahaha, musti simpan citer. kasi release sikit2. 2 minggu tu bai, byk perkara boleh berlaku. Well, kalu nak ikut btol2, dah sebulan.

hani: erkk~~

shaheeran & yap: natam lu orang, buat lawak mak nyah kat sini. buduh! hahaha.

Anonymous said...

Quote - "Manelah tau ade orang jahat tengah kacau Enna ke, ikat dia ke,..."

masih tak ilang lg rupanye taste bondage ko tuh snub.

aku rase aku pun nak kene pegi jogging jugak la lps nih.

circleinspoon said...

very interesting.
naper aku rasa macam benda ni akan jadik lebih gempak dari citer petronas dulu2 tuh? hoho...

Snubby, Don of Anime said...

iceroll: duh~~ mane ade taste bondage. ko silap org tuh. hehehe.

circleinspoon: indeed... prediction anda hampir tepat. hehehe.

Farah Wahidda said...

wah...cite lg best akan menanti? tak sabar nye...cepat la..cepat la..hehe

Sayuti said...

kalau Lan ajak korang minum dengan Enna, aku nak join jugak. Tapi susah plak.

Bak kata Yoda, karenah birokrasi.

Huu...

harni said...

very very very interesting.. kamon lan u can do it!! tips skit - kalo slalu sakit2 nih amik la supplement.. multivitamin.. nanti bleh jd mcm arnold susah-nak-eja n bleh rescue enna kalo2 dia kena ikat dkt pokok.. ;p tpkan..pompuan mmg lagi attracted dkt lelaki yg agak2 jual mahal tu.. drpd yg kasanova tup2 dh duduk kt seblah tegur tah hape2.. n terkantoi tu agak cute.. baguslah snub..menuntut dr sape nih?? kalo nk tips multivitamin sile msg di ym ye :D

Anonymous said...

hurm hebat ko lan sekarang. start ngan jog date, permulaan yg bagus - next step jogging lama sikit then kalau ada jumpa gerai belanja minum air mineral ker @ sebagainya.
lepas tu baru ajak kuar ke tempat lain.

Anonymous said...

dah x der sambungan ker? isk...sure lupa sbb layan bola nie..

Anonymous said...

ni rupanya detik lan bertemu nana..

Anonymous said...

tu gambar super-junior aku tu... mana korang dapat ni? aku rasa aku tau mana sumber gambar ni...