Thursday, April 13, 2006

Bila dah Gila Kuasa...

Gila Kuasa.

Satu perkataan yg dah cukup sinonim dengan manusia. Berlaku di mana-mana. Aku masih igt lagi mase aku masuk kelas Business Organization dulu, yg diajar oleh Puan Noni (lecturer terbaik aku pernah jumper pasal kelas die tak pernah boring sikit pon). Negara kite, Malaysia, merupakan negara ke-tiga terbanyak menggunakan sistem birokrasi, iaitu sistem yg senang kate 'Ada kuasa baru sume jalan, takdak kuasa, sile2 kanlah hadapi karenah org atas' (mase tuh laa, tahun lepas..skang tatau ranking).

Pasal tu ler kite byk sgt dengar simpulan bahasa baru, 'karenah birokrasi'. Hahahaha.

Tapi aku tak salahkan org2 yg gila kuasa nih. Kite mmg sejak kecik dah dididik utk capai tahap plg tinggi dalam sesuatu perkara. Baik drpd segi pelajaran, sosial, sukan, dan sebagainya. Takde kompromi. Tak dapat gapai, kebanyakan parents akan berasa sgt kecewa (walaupon tak lame, still ianya mendidik rase serba salah kat anak2).

"Abang kene belajar elok2, jadi pandai. Biler periksa kene dapat no. 1 tau!"
"Akak kalu nak belajar piano, abah boleh kasi. Tapi mesti rajin2 sampai dpt konsert sendiri."
"Adik main bola nnt dapat aper? Mak soh gi skolah belajar, dpt jadi ketua kelas, nnt besar boleh jadi kaya. Nnt adik boleh tolong mak pulak."

Hehehe. Itu sebahagian sajelah. Tak cakap pulak semua parents macam nih. Tapi kalu korang teliti betol2, ayat yg menunjukkan 'betapa wajibnya kita capai tahap plg tinggi' mesti ada. Walaupon takde rase tekanan atau sikit jer tekanan kat anak2, tp secara tak langsung dah mendidik kite yg, biler ade kuasa baru semua mende boleh jalan.

Bagi aku pulak... gila kuasa ni tak salah. Dalam kes kuasa nih, ade 2 jenis org. Org yg Berkuasa, dengan Org yg Gila kuasa. Ada beza tau! Org yang berkuasa nih, ade ke tak kuasa, bagi dia itu semua rezeki. Bagi org mcm ni, dia neural.

Dan bagi org yang gila kuasa, terbahagi pulak kepada 2 jenis. Pertamanya, Berhajat utk Gila Kuasa, dan kedua, Memang Gila Kuasa. Hahahaha. Pening dah? Takper2 nnt aku explain satu2 supaya takde korang rase weng.

Berhajat utk Gila Kuasa nih maksudnya, orang tuh dia mmg mahukan kuasa. Kalau dia kerja, dia nak kejar tpt plg tinggi. KEJAR. Bukan terus dapat. Maknanya dia bersungguh2. Maknanya dia berusaha. Apa saja yang perlu dibuat utk dia capai hajat dia, akan dilaksanakan. Kebanyakan org macam nih, selalunya positif.

Sebagai contoh lah;

Ahmad ni baru join kerja kat Syarikat XXX (oops, bukan syarikat porno yer). Sejak kecik ahmad nih mmg suke kejar tempat teratas. Bagi Ahmad, kalau dia dapat position paling tinggi, bermakna dia dapat membuat lebih byk perkara. Terpulanglah perkara baik ke tak baik ker. Tapi Ahmad ni tiap2 hari pikir camne dia boleh naik atas. Memula dia kasi cadangan macam2. Tak putus2 usaha. Walaupon byk cadangan dia direject, esok dia datang dengan cadangan baru. Asalkan dia dapat tembusi orang atas dia sikit pon jadilah. Kemudian Ahmad buat macam2 perkara yang difikirkan sendiri. Dia menggunakan segala kekreatifan dia. Duit bukanlah motivasinya... tapi kuasa adalah motivasi Ahmad. Pendek citer Ahmad pon berjaya..

Ok.. so korang nampak tak aper yg aku cube tekankan kat sini. Tak salah kalu korang nak gila kuasa, tapi korang bermula drpd bwh. Jgn cuba terus menjadi power.

Sebaliknya ngan org yang Memang Gila Kuasa. Org cenginih, same jugak macam Orang yg Berhajat utk Gila Kuasa. Di peringkat awal. Tapinya, instead of KEJAR, diorang nih manipulate. Diorang bypass. Diorang buat apa saja asalkan kat atas.

Utk memudahkan korang nampak situasi mcm nih, aku kasi cerita contoh;

Abu ni baru join Syarikat XXX (sekali lagi bukan syarikat porno, maaf yer, haha). Abu ni memang suka berada di atas. Sama mcm Ahmad, bila dia kat atas, dia lagi mudah utk bekerja. Dia dapat buat mcm2. Lagi menyeronokkan, Abu tak perlu disuruh2. Sebaliknya dia yang boleh menyuruh. Jadi Abu pon start laa melobi diri sendiri. Dia rapat2kan diri dengan boss2 atas. Dia tak buat kerja sangat, apa yang Abu harapkan, boss2 ni sedar kewujudan diri dia. Dah cukup. Dia kalau boleh nak senang. Berada di atas dengan cara senang. Manipulate aper yg boleh dimanipulasikan. Akhirnya Abu berjaye berada di atas sbb contact2 dia sumer power...

Kat sini Abu tak KEJAR kuasa tuh, sebaliknya dia MELOMPAT. Lompat2 nih mmg buat org lain sakit hati. Yer laa, ko tak buat keje, tp ko dapat naik. Sapa tak marah kan??? Camtulah.

Ok, tujuan aku bercerita gila kuasa ni pulak pasal, dlm hidup aku, dah banyak org Gila Kuasa aku jumper. Terlalu banyak! Sampai satu tahap, aku berjaye meletakkan konklusi mcm kat atas. Memula dulu, zaman naif2 dulu, aku anggap org Gila Kuasa ni semuanya Negatif. Tapi ternyata aku salah. Ada jugak org Gila Kuasa yang bagus...

Sbg contoh, katekanlah aku berada di dalam satu komuniti. Dan sbg contoh juga katekanlah aku pada waktu antara org ngetop dlm komuniti tuh. Org atas2 jugaklah (jgn luper ini hanyalah contoh). Aku berkenalan ngan Mamat A dan Mamat B. Mamat A nih seorang yg berhajat utk gila kuasa manakala mamat B nih seorang yg memang gila kuasa.

Mamat A: Weh snub, aku ada satu idea. Apa kata kalu kite buat *gini gini dan gini*
Aku: Huih, menarik jugak idea ko. Tapi kitorang pon mcm tak sempat aa nak buat.
Mamat A: Kalu ko rase menarik, aku tak kisah kalu nak tolong buatkan.
Aku: Maksud ko, amik ko jadi pengerusi utk idea ko?
Mamat A: Kalu korang tak kisahlah. Lagi senang keje aku nnt utk realisasi kan idea yg ko sendiri kate menarik kan?
Aku: hmm...

Aku sangat respek org mcm Mamat A. Dia tak terus jer mintak. Tapi dia sertakan skali dengan idea2. Tak semestinya bernas. Tapi dah cukup membuatkan aku rase org nih bersungguh2. Walaupon nampak sangat dia nak masuk komuniti atasan, tapi sekurang2nya dia dah janji nak buat keja.

Dan kemudian datang pulak Mamat B.

Mamat B: Hello bro Snub!
Aku: Yo, helo2. Pekabar.
Mamat B: Aku ok je. Hensem mcm ni gak. Tapi ko lagi hensem laa.
Aku: Hahahaha. Bodek le plak.
Mamat B: Mane ade bodek2. Tapi kalu aku dapat jadi *position yg tinggi*, lagilaa ko hensem.
Aku: Adeh. Bukan aku tanak kasi beb..
Mamat B: Alaa.. kate kawan2. Ko kan dah lame kenal aku.
Aku: Kenal tu kenal jugak beb..
Mamat B: Kalu aku naik, meriah sikit nnt. Hahaha. Amcam?
Aku: Erk..

So, aper aku nak kate? Kalu jenis jage hati mmg payah. Tapi sibbaik aku lagi pentingkan kualiti drpd kuantiti. Kawan tu kawan jugak. Tapi tunjukkan kemampuan anda, baru laa aku terima. No pain no gain.

Tapi sbbkan dunia skang mcm dah dapat terima org2 mcm nih, jadilah keadaan yang huru hara. Semua decision pon buat mcm main2. Tak siyes. Tak memikirkan consequences yg akan terjadi. Akibat drpd org MEMANG GILA KUASA!

Aku pulak org kate GILA KOMEN. Hahahaha.

Apa kata anda??? Nyeh2.

-------------------------

CoolFacts!
1. Disebabkan kekurangan besi, trofi OSCAR AWARD pada zaman Perang Dunia Ke-2 diperbuat daripada plaster (tanah liat).
2. Pada tahun 1987, American Airlines telah berjaya menjimatkan 40K USD dengan tidak menghidangkan satu buah zaitun pada hidangan salad First Class mereka.

20 comments:

Dils said...

Quote Snub:

. Disebabkan kekurangan besi, trofi OSCAR AWARD pada zaman Perang Dunia Ke-3 diperbuat daripada plaster (tanah liat).

Bile perang dunia ke3 berlaku?

Snubby, Don of Anime said...

aiyakkkkkkkk aku typo!! sori2.

Perang dunia ke-2 lah. gomenn.

Anonymous said...

hehe.. org yg mmg gile kuasa = err.. politik sket, khairy jamaluddin menantu paklah. lalala~~

Snubby, Don of Anime said...

oh..apsal ko kate die gile kuasa yer?? aku tgk bground die mcm power jer.

jgn tertukar antara menganggap org tuh gila kuasa, dengan jeles org tuh ada kuasa.

Anonymous said...

kuasa = voltan x arus

Anonymous said...

Aku bukan orang giler tapi aku perlukan kuasa(yang manusia mampu).

Aku tumpang sedih kepada orang yang giler kuasa kerana disebabkan giler, dier menjadi kuasa(pelik jugaklah).

Lain pulak citer nyer untuk orang yang kuasa giler, pergh..... abeh sumer orang jadik giler sebab dier ader kuasa buatkan orang jadik giler.

Kesimpulannyer, jadiklah orang yang waras kuasa.

Terima kasih.

Anonymous said...

Kalo boleh, jikalau anda mempunyai kuasa tu, gunakanlah sebaik mungkin contohnya menjaga kemaslahatan manusia di muka bumi ini, meletakkan sesuatu perkara atau benda di tempat asalnya dan memimpin manusia supaya maju ke hadapan.

Kadang2 ada member tu tak tau guna cara kuasa itu bila dah dpt dalam tangan. Kebiasaannya, orang yg mempunyai kuasa ni, mestilah berkemampuan memimpin. Jangan la pulak dah dpt kuasa tuh, blank seminggu tak tau nak buat ape selepas tuh.

Jadi, aku sokong lah Orang Yang Hendak Gila Kuasa itu diberi jalan kepadanya naik dan mentadbir manusia sejagat kerana mereka inilah yang tahu bagaimana hendak mentadbir.

Jangan lupe, bila berkuasa, jgan lah selalu sangat menjaga perut sendiri sahaja. Pemimpin yang berkaliber senantiasa menjaga perut-perut bawah pimpinannya. Sesungguhnya, mereka akan mengingati pemimpinnya itu.

Heheheeee...

Snubby, Don of Anime said...

danial: ko..mmg nerd.

waras kuasa: ko pulak.. sigh..

fadhli: makasih kerana mengepost komen. perut aku besar, so kene jage gak ler.

Anonymous said...

aku gile kuasa. tgk aje la zaman jadik IRCop dulu. hahaha

to think again, IRCop lagi byk power dr MPPUTP. patut le org berebut nak jadik Cop. haha

Snubby, Don of Anime said...

iceroll: dan aku berjaye jd IRCop utk kedua2 server. Selama 5 tahun aku jadi IRCop. Byk mende aku belajar... dan byk tanggungjawab aku kene buat.

Sbb tu biler ade org nempel2 mintak gitu jer nak jd IRCop, aku rase jelek. sbb diorang mcm nak dptkan post semata2 kerana kuasa. tp tatau aper tanggungjawab sebenar...

Anonymous said...

GIIIIIILLLLLLLEEEEERRRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!

Wah kah kah kah kah kah kah kah kah kah

Kedai kopi peveret dobot........

Aku pernah nampak hikmat bersatu dengan dinding tu....seolah2 tak nampak si snub. Camouflage giler.

Oh ya.....kau lupa satu lagi hikmat Naga....hikmat mengoyak seluar yg dia blajar masa join silat dulu. Power seh.....

Anonymous said...

Dengan adanya kuasa, boleh jadi kaya.

Snubby, Don of Anime said...

ah sudah..komen sumer mengarut dah. hahahaha. apa2 sajalah korang nih. tak dapek pakcik nak nolong.

Snubby, Don of Anime said...

ini adalah cth2 terbaik apa yg dikatakan.. SPAMMING!

Spamming bukan saja menyusahkan aku, malah menyusahkan para pembaca lain, sbb isi kandungannya yg sampah, tak berguna, tak related ngan topik skalipon. LANGSUNG2 takde kene mengene.

Kalu kat forum dah lama kene warn, ban, kick, dan sebagainya.

Post sampai 17, yg bukan spam hnaye 2, 3. Topik tak dipandang serius langsung! INI KER ORG MALAYSIA?? SEMUA MENDE TAKNAK SIYES??

Sikit2 boleh terima lagi..ah bad mood aku.

Sayuti said...

aku nak komen, tapi takde idea plak nak tulis. saja nak tunjuk aku dah baca apa yang ko tulis. kira gila kuasa gak la aku ni, gila kuasa membaca.

Snubby, Don of Anime said...

terima kasih kerana mengomen sbg tanda dah bace.

aku sebenarnye bad mood arinih. hahaha. habih ramai org kene marah. tp marah yg mmg boleh dimarahi laa, bukan saje2 marah.

sian lak nagacyber pergi delete sumer komen die, atas dasar respek. terase jahat la plak aku. sob2.

maaf naga.

Dils said...

waahh lan
ish ish ish

garang~~

Sayuti said...

lan garang. tapi dia jiwang. dan tak gila kuasa.

kan?

dueng said...

erk..i just wondering, where is my comment? i remember that i posted it here. and no problem when i posted it. aaaaa...where my comment?

ah..and the idea already gone with the rain. btw, this post remind me how people fight each other for power. power corrupts. absolute power corrupts absolutely. i think when in HR form or in watikah perlantikan jawatan, should put "HANDLE WITH CARE" sign. amanah dan kepercayaan lagi berharga dan fragile dari kaca.

Snubby, Don of Anime said...

dueng: mungkin komen ko yg sblom ni, mase internet ko tgh weng. sbb tak masuk database pon. emm..sori dueng.