Untuk post kalinih, aku kasi lagu Gio Mendes feat. Black Eyed Peas - Mas Que Nada utk korang.. hehehe.
Memandangkan ramai yang tanya aku;
“Ko tak takut ke Nana baca blog ko?”
“Dia tahu tak kewujudan citer ko?”
…Dan macam-macam lagi jenis persoalan, maka aku rasa elok jugak aku tulis satu citer. Berkenaan Kenapa Aku Tak Takut Nana Baca Blog Aku nih. Jawapannya, aku tahu dan yakin dan pasti Nana takkan baca blog aku. Dia bukanlah jenis blog-internet-computer stuff sangat… Anggap lah post kalinih filler episode.
Cerite ni sebenarnya ada kaitan masa aku mula-mula kenal dengan Nana dulu. Sebelom aku start menulis di blog ni lagi. Kalau korang nak tahu, reason kenapa aku tunggu sampai 2 minggu delay baru nak start tulis citer ni ialah, aku risau kalau-kalau tulis nanti terkantol.
Berlaku selepas aku jumper Nana di kedai San Francisco Pizza, ada lah satu time tuh aku lepak-lepak dengan Nana. Saja aku tak tulis sebelum ni sebab tak nampak sangat significant citer nih. Tapi lepas ramai orang bertanya, barulah aku teringat balik.
Macam biasa, bila dah jadi kawan, lepak melepak bersama Nana adalah perkara yang hampir menjadi kebiasaan. Takde malu-malu sangat dah. Kul 6 jer, Nana akan SMS aku, bagitau dia dah habis kerja dan tengah lepak-lepak dengan member sekerja. Pastu mesti offer nak join ke taknak. Aku pon tak amik kisah sangat kalu tak dapat berdua pon. Yang penting, dapat mengenal hati budi, cewah.
Tengah lepak-lepak minum air (macam biasa, aku cuba tak merokok depan Nana, hipokritkah aku??? Sob-sob), tetibe member sekerja Nana ni tanya satu soklan.
“Nana, ko ni asyik main SMS jer. Lepak buat cara lepaklah.” Kata mamat tuh. Nama dia Din kalu tak silap aku.
“Hehehe. Sorry. Aku SMS mak akulah. Bagitau tengah lepak ngan korang lepas kerja.” Balas Nana.
Aku tengok jer. Tak pandai sangat nak campur. Yerlah, aku ni pendatang baru. Lagipon perbezaan umur yang agak ketara membuatkan aku terasa sedikit kekok nak berborak. Tapi aku cuba jugaklah. Takdelah kaku terus. Nanti orang kata kera sumbang lak.
Pastu topik demi topik keluar. Mostly pasal internet, chatting, myspace, friendster dan yang seangkatan dengannya. Haih, bebudak muda macam ni lah. Takde mende lain kaa??
Din bersuara lagi… “Nana, ko kasilah Myspace id ko kat aku. Nanti boleh bangga aku kawan dengan orang lawa. Hehehe.”
Aku jeling je si Din nih. Cis lahanat lu.
“Aku punya taknak ke Din? Heheheh.” Aku bersuara sebelum sempat Nana jawab soalan si Din.
“Erk, boleh jugak. Hahaha. Bertambah laa kawan-kawan kan. Bak email ko. Nanti aku email kat ko ID aku.” Kata Din.
“Tapi aku takde myspace. Friendster adelah. Hahaha.” Jahat tak aku? Hehehe. Mementang diorang budak, selamba je aku memainkan hati dan perasaan mereka.
“Cis. Siot jer.” bengang kejap mamat Din nih.
Sebabkan topik dah menjurus ke arah I.T, aku terus amik peluang menanyakan Nana punya ID.
“Awak takde ke Nana. Sian si Din mintak tuh.” Saja je aku pakai nama Din padahal diri sendiri yang nak.
Nana diam kejap. Ape laa difikirkan agaknya…
“Saya tak ada lah mende-mende tu….” Jawab Nana perlahan.
UIK? Pelik gak aku. Slalunya remaja skang ni cukup aktif dengan MySpace, Friendster dan lain-lain.
“Kenapa takde? Orang lain semua register.” Tanya aku.
“Pasal.. saya tak pandai sangat pasal computer ni.” Jawab Nana dengan nada inesen. Alahaiiii.
Kendian salah seorang member Nana bersuara, “Ko takyah tau pasal computer pon. Tau camne nak menaip dah lah. Bukan susah sangat.”
Aku dan beberapa orang yg lain mengangguk.
Nana tersenyum. Tak lama kendian Nana pon bersuara.
“Aku ni sebenarnye fobia dengan computer. Takde internet, takde computer kat rumah. Takperlah, takde mende tu pon boleh hidup jugak kan? Btol tak Lan?” Nana menghabiskan ayatnya dengan memandang aku meminta back-up. Haih, apelah yg harus aku katakan selain daripada…
“Btol lah takde computer pon boleh hidup jugak…” Hehehehe.
Bila ditanya, Nana pon ceritalah kenapa dia boleh fobia dengan computer nih. Citer die simple aje. Menurut Nana, masa zaman sekolah dulu, bapak dia pernah belikan sebuah computer. Power dan Mahal. Kerana terlalu seronok ada computer, digodek-godeklah mende tu. Pastu tah camne computer tu rosak. Aku tak sure rosak aper, mungkin rosak biasa, tapi sebabkan satu family jarang pakai computer, so diorang terus tak pakai. Baru bape bulan beli tuh padahal. Hahahaha. Kalu hantar kedai mesti boleh repair punye.
“Awak tak pergi tukar ke? Bukan ade warranty kan?” tanya aku.
“Masalahnya, ayah dah pergi tukar, tapi lepas tu sampai yang baru, rosak balik. Pastu ayah saya fed-up lah.” Jawab Nana sekali lagi dalam keadaan inesen.
“Camtu ker… Habis tu kenapa awak fobia pulak?” tanya aku lagi.
“Pasal 2 kali rosak, 2-2 time saya depan computer. Siap kena marah lagi ngan ayah. Hehehe. Sampai sekarang tak berani nak sentuh computer sangat.”
Rakan-rakan Nana yang lain diam, tekun mendengar cerite Nana.
“Kat kolej belajar takkan tak pakai computer?” tanya aku lagi.
“Pakai memang pakai. Tapi yang mana subjek kena pakai. Itupun bukak menda basic je. Saya selalu berdebar kalau nak bukak computer. Hehehe.” Eceh, buat-buat gelak kecil lak minah nih. Aparaa, dengan computer pon boleh fobia.
Jadi dengan cerita ini, aku pon yakinlah….bahawasanya Nana takkan pandai bukak blog aku. Kawan-kawan dia yang terer pon kalau terbukak, takkan perasan pasal nama dah diubah. Aku pon cuba menulis sedalih yang mungkin supaya orang-orang yang terlibat tak akan perasan.
Begitu sajalah post kali nih. Hehehe. Next time, baru aku sambung progress citer aku yer~~ sabarlah lagi.
25 comments:
sepandai pandai tupai melompat. akhirnya jatuh ke tanah juga.. hahahah...
takut tak? takut tak? :p
haha. Btul betul.
"Btol lah takde computer pon boleh hidup jugak…” ..
hahaha.. aku pon gelak2 aje baca ni. Yo la tu.
So.. skang cuma lepak ngan org muda2 aje la. Hehe. Lupa lak. Bape umo nana ni?
marq: takut aperkah? aku tak paham ni marq~~ Hahaha. cuba terangkan sikit.
nagacyber: ko ni.. antara org terawal bukak blog aku. Baru update sudah bace. Terharu sungguh aku dengan semangat kamu ini. Menjawab pernyataan hipokrit kamu... Biasalah~!!! MUAHAHAHA.
dila: Hahahaha. Betullaa. Si Nana laa takde komputer leh hidup. Aku takde komputer, gersang gak. Btw, harus diingat, citer ni dah lama, so dulu ye laa slalu lepak ngan org muda. Skang tak sangat. Nak tahu kenapa nanti kene bacelah.
Umor nana... 25-3. Berapa? Hehehehe.
Huahhhh... akhirnya. Lepas sebulan lebih.
Sepandai-pandai tupai melompat. Memang pernah tengok die jatuh.
Cicak pun leh jatuh tetiba.
Jadi berhati-hatilah. Eh silap. Kang die taknak tulis lak. Jgn la provok die lagi. Teruskan... teruskan.....
Apa kata ko ajar Nana tu pakai komputer. Hahahaha. Ada can lagi....
hihihi ko mmg keji lan.... sekian terima kasih...
faisal muthalib: hahaha. kalu aku ajar dia, bermakna habislah aku takleh bukak cerite kat sini. sanggupkah korang?
kerol: aku memang keji kerol, sekian terima kasih juga.
Xdpt nk dibayangkan nnt lan berlati2 sampai bepeluh baju... oleh sebab kite2 ni dok pressure die... die sampai2 kt pintu rumah nana nk terangkan hal sebenar, debumm adik die ke abg die ke yg laki tetapi nampak macho rambut ah beng gitu terus tumbuk ko...
Ko pun terduduk didepan rumah nana sambil menangis...
Al kisah Densha Otoko versi M'sia... hahahahahahaha... aku tau deep down inside ko lan, ko ade gak chuak sket... ala Hermes-san tu pon mule2 tatau pasal PC gak... haa ko jgn :P
unta: oh shit!!! aku tak igt langsung citer densha otoko camtu. Hermes tak reti pasal pc. Oh demmit! siot ko yoda...... terpakse carik jalan untuk menghalusinasikan si Nana.
alahhhh
mmg btol pon kata nana....
tade komputer pon leh idop gak
aku pon kata gitu gak...
btol aa statement tuh
kan kan kan
A'ah ye.. memang takde komputer leh hidup. Tapi hidup merana. Hahaha!
Ayat hipokrit tuh En Snubby. Sesungguhnya semua anime dimuat-turun menggunakan komputer. Hahahah.. lagi~~~
Lihat saja bagaimana bebudak UTP takde network dulu.. enthernet ye, bukan internet, boleh menggigit kuku sambil belajar dengan tekun.
Kalau takde komputer~~~
nana?
syukies: btollaa kan? heheh, bagus aa ko syuk sbb menyokong aku. marilah kita sama-sama tidak memegang komputerrrr. hehee.
faisal: orang zaman dulu boleh je hidup tgk anime kat tv jer. takde komputer pon. muahahahaha.
wcj: erk..
heh. Insya allah takkan jadi itu macam punya...
Erk, life bbdak tu mmg bosan. Aku tengok adik perempuan aku bukak internet pon masuk myspace jer. Pastu chatting blablabla. Tapi ko jangan samakan bebudak around Nana dengan Nana. Hehehe. Diorang tu rakan sekerja je. Bukan rakan karib or whatsoever.
Cewah, backing la pulak aku nih. Huhuhu.
lan, jgn la sedalih mungkin.. jgn dalih ngan org2 yg bace dah la.. huhu lan sekarang sudah macho.. tidak takut awek.. sudah jadi kembar fadli macho..
anyway.. terime kasih dude.. lagu tu best.. nko sekarang mmg ada class.. dgr lagu2 hebat.. tak salah nana kawan ngan nko.. dan juga kami2 kawan ngan nko.. hahaha
lagu snub tak takut - mas nana ku tak reti pc
oooooooooooo aria aiyooo
opa opa opa opaaaaaaaaaaa
oooooo a aria aiyooo
opa opaaaa opaa
mas que nada
sai da mina frente
Ee quero pasa
poi oo samba
esta animadoh
ooo que eu
quero ee samba
este sambaa
que de misto
de maracatu
e samba de preto velooo
Ssmba de preto tu
Mas que nada
em samba como esse to legal
Vo ce na vai querer
que eu chekgue no final
oooooooooooooooooooooooooooo
aaa aria aiooooo
opa opa opaa.
apo daa ko mengarut k. betul ke lirik lagu mas que nada tuh??? rase mcm ade english lyrics..
lan,
ada sorang ahli geng jurnal, nick misznana. beliau telah kembali ke rahmatullah 4 hari lepas.
al fatihah.
p/s: sori, takde kaitan dengan post ko.
erk, al-fatihah utk arwah...
err....saya rasa arini dah isnin. nape lom ada Bahagian 08:?
/me tgh prektis jerit....
Hahaha...Lan sudah jadi kembar fadhli macho...wah! Boleh la kau amik Macho jadi wingman kau lan...
farah dan naga: sabarrr. tgh bizi nih. nak gi amik mykad adik, nak uruskan tuisyen diorang, nak blablabla. sabar sikit lg
yap: apsal aku jd kembar macho lak???? tak paham.. hahaha.
begitu ceritanyeh.. bagus2.. jgn ada member dia barua nanti sudey~
Lan: Haha....kan khairil azlan a.k.a. kai sopie kata kau macam kembar macho. Aku cuma mengiyakan.
Hello.. I smell something..
Looking for information and found it at this great site... » » »
Post a Comment