Telus.
Kita mesti telus dalam semua perkara.
Sebenarnye takde kene mengena pon ayat kat atas ni dengan citer baru aku. Saja je aku nak kasi ade tulis something before aku mule merapu mengarang citer seterusnya. Jump start la lebey kurang. EH, tapi walaupun ayat merapu, ceritenye benar woo.
Yang sebenarnye aku pada bulan 12 yang lepas, aku telahpun menjadi seorang yang single mingle balik. Yeah, no big deal. Tp sebelum nk jadi single tuh, all hell break loose woo. Mmg gile btol time tu. Kalah mana2 pilihanraya kat malaysia nih (bg aku la hihi).
Dalam kata lain - Neraka semua memberontak (tak caya klik link ni tgk google translate ape). Eh, aku taknak citer lah ape jadi.. malas nk igt. Tapi....
Meh sini.. dekat sikit. Aku ade citer baru. Huhuhuhu.
Selepas single, boleh kata aku weng sekejap. Tapi kemudian aku sedar yang dunia ni masih luas. Banyak lagi perkara yang boleh aku terokai. Banyak lagi agenda yang perlu aku penuhi. Kenapa nak pening-pening lagi, yang sudah tu sudahlah. So dengan drastiknya, aku pun mintak izin utk tidak menjaga kedai di Kerteh, dan pulang semula ke rumah.. untuk memulakan hidup baru yang lebih positif. Nasib baik ada orang jaga kedai kat sana... Takleh blah lah, masa tengah pening-pening, duduk sana sorang2, lagi sakit jiwa. Baik aku balik je. Boleh jumpe kawan2, sanak saudara, dan skandal mendel.
Skandal mendel??? Hehehehehehe.
So antara aktiviti yang aku lakukan ialah, join satu kelas aikido bersama-sama ayah dan adik aku sendiri. Walaupun pada mulanya aku agak keberatan, tapi lepas tu rasa sangat best. Masa aku terisi dengan ilmu yang berguna. Kalu ade orang nak ragut aku nnt, beranilah diorang. Aku humban aje jauh2! Rapat rapat kalu berani!
Lagi, aku mula aktif dalam sukan badminton, tiap2 minggu mesti mau main. Bersama rakan2 subang a.k.a budak2 tanjung (tanjung tu name kedai mamak, pelik kan? mcm name kedai melayu je). Mula2 tu dalam 5-6 orang je, pastu makin lama makin ramai, plg ramai 16 orang!!! Mendapat sambutan yang hangat. N jumpe jugaklah member2 baru...
Oh, tapi belum sampai lagi pada citer yg sebenar2nye aku nak cerite. Sabar yer, sabar yer.
Ada satu hari, aku mendapat jemputan bermain futsal di subang. Waduh2. Lame tak main futsal. Ade la dekat beberapa tahun. Semenjak kawan2 ramai yg dah kawin, kerja, dan bermacam2 lagi alasan duniawi, susah nk kumpul orang. Aku pulak memang berancang nak memenuhi aktiviti2 sihat dlm jadual aku. Dengan senang hatinya, aku pon terima jemputan tersebut.
Sesampai nya aku di futsal tersebut.. terpandanglah aku pada 2 gadis cilik yang memang betul2 menarik perhatian aku!!!
Sorang kecik molek.
Sorang lagi tinggi melampai.
Wah2, tak kenal lagi diorang nih. Nak kenal ke tak.. bisik aku dalam hati. Aku berkira-kira sama ada aku masih mempunyai skill set penting bagi seorang lelaki iaitu - Menebalkan muka. Secara automatik mood aku untuk bermain futsal terus hilang, yang ada ialah mood lain. Main futsal pon aku tak kusyuk, tengah pikir camne laa nak break the ice. Susah.. susah... dah bape lame aku tak menyorongkan pipi.
Tetibe aku mendapat satu peluang.. yang sangat dan super best!!!!
-bersambung hehehehe-
The Rock ft Ahmad Dhani - Munajat Cinta
(kalau korang ade suggestion lagu2 menarik, bolehlah send kat email aku snubnosse@gmail.com utk disertakan dlm nih)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
wau, isian blog yang penuh rintihan jiwa.
selamat kembali ke bangi dan kembali berkecimpung dalam arena penebalan muke dan pengacauan kaum2 hawa.
shit always happen and the only thing that matter most is how we deal with the cleaning job of the shit to get the shine n sparle back in our life.
there is no shortcut or easy to clena all the shit except to outsource it. but to clean it up by yourself will give the uttermost satisfaction.
good to hear ur spending good quality time with the family, frens and also newly found chicks.
kalau ada lebeh2 tu pass2 la kat kawan kawan (aku la sekali) hahahhhha
aku dedicate lagu sheila on 7 - yang terlewatkan. dont let it happen to u babe. gila cynical aku.
p.s i guess i have to get started blogging back too. orang tua kutuk effi tu cilaka seh. sme org dia suh blog. aku rasa dia ada agenda rahsia ni.
effi mungkin ade agenda.. demmmit. aku termasuk jerangkap die.
thx dude.
time futsal tu bru trpandang eh? maka cerita kunun2 tegur tp xdgr dekat carlos tu adelah omongan kosong smata2?
ciss yuhhhhh! :p
shhh, jgn leak citer awal2. tau ler awak tau firsthand story huhuhuh. kasi depa saspen sket la.
haha..okeh!~
*zipped mouth*
uhum
seswatuh!
haha~
waiting for the next episode!!
=p
n***** ka?
schult: zip n gam skali ahahha.
caha: sesuatu itu belum lagi sebenarnye.. hehe.
mira: tunggu jgn tak tunggu. sape tu? lalala.
wah..sudah rasa best :D
Post a Comment