Monday, March 23, 2009

Part 3: Tiada lagi Mimpi Sedih

Ran Feat Shiela - Tunjukkan Cintamu

Aku tengok jam tangan aku... pukul 8.30 malam.

Aku masih lagi berada di dalam kereta, memarkir di luar alamanda sambil menunggu 2 orang tu sampai. Sampai awal kah aku? Atau diorang yang lewat? Aku pun dah lupe janji kol 8 malam ke.. kol 8.30 malam.. bengong tak aku. Alamanda pulak dekat jer dengan rumah aku, drive 10 minit dah sampai. Utk tidak membuang masa, aku SMS Nur.

Sy skang dah sampai, di manakah anda berdua?


Sambil menunggu tu, aku terpikir2 nak nyanyi lagu ape nanti. Tetibe terase segan la pulak. Berape lame dah aku tak karoke. Pulak tu, aku tak pernah karoke kat alamanda, yang aku tau memang wujud lah. Teringat dulu masa aku training di Secret Recipe Alamanda, kawan aku menggunakan waktu rehat 1 jam yang sangat berharga tu untuk pergi karok. Sanggup tak makan, padahal kerja sangatlah memenatkan.

Titt.. titt.. Ah, ade reply.

Sori Lan. Kitorang baru nk gerak daripada rumah. Ada hal jap tadi. Awak dkt mana? Nanti kitorang pergi kat awak.


Duhhh... baru nk bertolak ke. Haha. Aku rupenye tersampai awal laa nih. Semangat btol gue. Lantas aku menekan butang-butang huruf kat henfon aku.

Oh.. baru nak bertolak ke. Takpe, dah sampai nanti bagitaulah. Tunggu kat mane2.

Memandangkan kol 8.30 baru nak bertolak, aku kira dalam kol 9 gak lah kot baru nak sampai. Maka aku pon tutup radio kete, tutup aircond kete, dan akhir sekali tutup enjin kete. Hmm, mane aku nak gi jalan2 nih. 30 minit gak tuh. Bosan jalan sorang2, tapi nak wat camne kan... Aku ikut sajalah kaki aku melangkah.

Dalam sedar tak sedar, aku dah berada kat kawasan kolam besar di Alamanda, berhadapan dengan deretan kedai2 makan seperti Secret Recipe, Manhattan Fishmarket, dan mcm2 lagi. Nostalgia sungguh. Dulu masa aku kerja kat Alamanda, sinilah tempat aku menghadap hari2 time rehat. Makan nasi bungkus di atas kerusi kayu panjang yang disediakan, bawah pokok2 merimbun, sambil tengok air kolam berkocak ditiup angin. Kalu penat sangat, aku tertido jer atas kerusi kayu tu, tak mengendahkan langsung pengunjung2 yang datang berpacaran kat situ. Name pun penat..

Tapi malam ni lain, tiada nasi bungkus. Nak duduk bawah kerusi, macam gelap sangatlah pulak sbb cahaya dilindungi pokok. Jadi aku pon lepak kat pembahagi kolam tu.. Tapi takdelah sampai bermain2 gigi air, itu mcm jiwang sangatlah pulak. Stakat lepak kat atas batu, relaks2 isap rokok sebatang dua, usha orang2 tengah makan. Terase macam kutu habrak lak, cuma bukan kat tepi sungai atas tembok sambil pegang gitar jer. Hahaha.

Sedang aku dibuai khayalan...

"Eh bro. Lepak sini plak ke?"

Aku menoleh ke arah suara itu. Siapa pulak tegur aku bro bro nih. Aku bukan abang ko okeh.

"Hoh??" Laa.. Zizi rupenye. Aku igtkan sape laa tadi. Zizi merupakan salah seorang pekerja di Secret Recipe Alamanda yang aku kenal dulu. "Laa.. ko keje sini lagi ke? Aku tengok orang lain semua dah berhenti.."

"Takde duit la bro... Aku kena kerja gak.." jawab Zizi.

"Dah tu kenape ko tak sambung belajar jer?"

"Hmm.. aku result SPM tak ok laa bro... So nak taknak kena kerja gak.. Bro sihat ke? Makin kurus aku tengok."
Amboi, ni puji ni nak ape2 ke. Tapi kesian kat dia... nak hidup, terpaksalah bersusah payah. Aku sedikit sebanyak kagum dengan Zizi, sebab aku tau kerja macam dia sangatlah memenatkan. Tapi dia terpaksa bertahan.

"Sihat2... Ko?"


"Macam ni je lah. Bro buat ape kat sini? Lepak sorang2 tepi kolam plak tu."
Tanye Zizi pada aku sambil sengih. Heheh. Segan la plak ada orang perasan aku dok hanyut dengan dunia aku sorang2 kat tepi kolam Alamanda.

"Aku tengah tunggu orang.. nak gi karok satgi."
Jawab aku jujur.

"Fulamakk. Layan karok ke bro. Hahaha. Ngan awek?"


"Taklah. Ngan awek-awek. Hahahaha."


"Peh bro... dasat laa ko. Nampak je montel n chubby, tapi mantap."
Hek eleh, siot je si Zizi nih. Dalam pada nak puji, sempat die kutuk aku. Hampeh sungguh.

Kemudian Zizi pon join lepak2 dengan aku kat tepi kolam, rupanya shift kerja dia dah habis. Padanlah relaks jer siap leh lepak ngan aku. Kami borak macam2, baguslah, ade jugak aktiviti sementara nk nunggu diorang ni tak sampai2.

Aah kan. Mane diorang nih??? Dah kol 9.15 dah, tak sampai lagi ker?? Baru aku teringat. Aku pon mencapai fon aku nak SMS.

Tengok2, ade 2 misscall, dan 2 SMS. Astagaa... rancak borak, aku tak sedar pulak ade call n sms kat fon. Hish... Btol punye loklak. Satu misscall daripada Nur, dan satu lagi daripada Na. SMS dua-dua daripada Nur.

Aku pun bace SMS plak.

Awak kat mane? Kami dah sampai... Ada dekat food court alamanda.

SMS kedua plak.

Kami dah sampai lama dah nih. Tunggu awak tak reply2 ni, kitorang makan dlu ye. Jumpa awak dekat kedai W*********.

Aduh. Daripada sampai awal, skang jadi aku pulak yang lambat. Memalukan sungguh lah. Dengan pantas aku minta diri dengan Zizi, bagitau dia yang orang2 aku tunggu dah sampai. So kami pon bersalam-salaman, dan aku terus hampir berlari-lari anak ke food court alamanda.

Daripada kejauhan, aku dah nampak Nur dan Na tgh sedap makan. Aku pon daripada berlari-lari anak, terus berjalan perlahan. Tak bolehlah nampak sangat kan... kena buat2 cool biarpun dalam hati tak cool sket pon. First impression tu penting!!! Eh.. ni dah kire second impression dah. Lantaklah mane2 pon.

Dalam 50 meter nak sampai kat diorang, baru diorang perasan kehadiran aku. Dan daripada jauh tu jugaklah mereka berdua melambai2 tangan ke arah aku. Aku pon lambai baliklah sket.

"Hehe, sori. Saya ade kat depan tadi tu. Lame dah ke sampai?" tanya aku sopan.

"Takdelah lame sangat. Sepatutnye kitorang yg sori sbb lewat. Janji kol 8, tapi ada hal tadi. Tu yang lewat sket."
Kata Nur.

"Awak taknak makan ke?"
tanya Na pada aku.

"Ah takpe2. Saya dah makan kat rumah tadi sebelum datang. Lagipun takleh makan banyak2, nanti tak keluar suara time karok, hehe,"
sengih aku.

"Eleh.. bukannya nak jadi penyanyi profesional pon,"
cebik Nur pada aku. Amboiii.. cubit kang bibir tuh.

"Mane awak tau...? Nanti dah jadi penyanyi pro, korang gak cari saya nanti.. hehehe. Sibuk nk mintak autograf. Kalu nak, baik mintak autograf skang,"
aku saje memoyo kan diri. Sebenarnye aku bukan jenis poyo pon, tapi somehow, kena selit2kan sikit. Ini penting utk menarik perhatian orang di langkah pertama. Tapi janganlah lebih2 plak. Stakat menduga reaksi sudahlah.

"Eee... ok. Kite tengok awak nyanyi sedap ke tak nanti,"
kata Na plak sambil mulut die penuh dengan makanan. Takdelah penuh sangat, saja aku ckp gitu hahahaha. Tapi mereka berdua ni sangat comel tingkah kalunya.

"Sori ye snubby, kitorang memang makan lambat.."
kata Nur.

"Its ok, its ok.. take your time. Nanti tercekik lak. Saya takde hal pun. Tapi saya tak sabar ni nak dengar korang berdua nyanyi hehehe. Jarang jumpe gadis2 yang tak rasa malu sangat.."


"Heehee, kitorang biasa je. Nak malu ape sangat, bukannya datang sorang2.. Ada kawan kan."
Kata Na sambil menjeling kat Nur. Nur pon mengangguk2.

Selepas itu, sementara tunggu diorang habis makan, aku pon dengarlah celoteh dua gadis ini. Macam2 diorang citer, kadang2 citer sesame diorang, kadang2 citer dengan aku, dan kadang2 diorang tanye2 pasal aku. Get to know lah lebey kurang. Aku tak banyak cakap sangat, mungkin sbb perasaan malu tu masih ada. Tapi oklaa kan, berbanding tahun dulu2... nak bukak mulut pon rase berat. Bak kate Dila Dils, ada emas dalam mulut agaknya (ni citer waktu aku memula kenal die dulu). Aku memang seorang jejaka pemalu dahulu, tapi masa dan keadaan telah mengubahnya... ecewah.

"Ok siap!! Jom Na, masa untuk bernyanyi!"
Kata Nur separuh jerit.

"Yeah. Jom Snubby."
Kata Na plak.

"Jom. Tapi... saya tatau katne karoke dlm alamanda ni. Tak pernah datang pon..."
jawab aku.

"Laa.. ingatkan awak slalu datang. Jom, ikut kitorang."
Kata Na lagi. Nur dah jalan dah. Mak aih, naik syeikh nampaknye.

Sesampai di pusat karoke alamanda, aku terpegun. Besar jugak! Dan ramai gak!! Aku tengok senarai harga, murah gak!!! Terus kitorang pergi ke kaunter...

"Nak sejam je,"
kata Nur. Diorang dah biasa karok kat sini ngan kawan2 diorang... so aku biarkan diorang je yang lead.

"Ok. Bilik 805, RM28 yer..."
kata awek kat kaunter tu. Sebelum diorang kuarkan duit, aku cepat2 hulur not kertas rm50. "Nah,"

"Eh???"
Serentak Nur dan Na bersuara.

"Takpe, saya belanje. Kalu rase2 nak sambung sejam lagi, then korang bayar plak. Ok?"
Aku memberikan cadangan.

Dan sekali serentak dengan itu, Nur dan Na senyum besar dan mengangguk2. Suka laa tu. Eee.. geram tengok dua orang nih, aku rase mcm nak cubit je pipi sorang2. Hahahaha. Sabar Lan.. sabar.

Sesi karok pon bermula. Mula-mula sume orang macam malu2. Nyanyi pon slow2 je tak dengar suara. Giliran aku tak tiba lagi, aku kasi can diorang dua nyanyi dulu. Makin lama, makin kuat suara. Yeah, sudah selesa untuk bernyanyi. Aku paham... aku dulu kan pemalu, memang kena amik masa sket untuk menyanyi nak2 lagi bila orang lain tu baru 2 kali je jumpa.

Kemudian tibalah giliran aku. Yeah, aku berjaya memukau 2 gadis ini dengan suaraku yang merdu feewit. Yaa, baru mereka tau aku pandai nyanyi. Hahahaha. Perasan. Sebenarnye diorang buat endah tak endah je, tapi aku yang terase macam diorang teruja. Kasi canlaa nak perasan... takkan takleh kot.

Daripada lagu slow2... makin lama makin rancak kami menyanyi. Kadang2 berduet, kadang2 solo, kadang2 berdiri, kadang2 duduk. Menari? Hehe, takdelah sampai cenggitu skali. Diorang pon takdelah berani nak menari2. Walaupun aku sangat berharappp mereka bernari2 di depan aku. How i wish....

Dah habis sejam, rasa macam tak cukup. Nur pon pergi tambah sejam lagi, seperti yang dicadangkan oleh aku awal2 sebelum bermula sesi karoke. Semangat btol!

Diakhir sesi karok tu, Nur & Na dah keletihan. Suara pon dah nak hilang. Hehe. Mesti diorang stress belajar, sampai bila karok, habis habisan diorang kuarkan suara. Kesian. Aku rase rindu plak zaman belajar aku, bile stress, leh gi buat macam-macam ngan member untuk lepaskan tekanan. Skang ni susah, tak ramai yang available, apatah lagi semuanya dah ade komitmen masing2. Inilah realiti hidup. Sebab tu aku constantly mencari kawan2 baru walaupun umur mereka muda-muda. Aku tak kisah.

Keluar daripada pusat karok alamanda, aku pon cakap kat diorang...

"Amcam? Seronok tak?"


"Seronok sangat!"
kata Na. "Kitorang dah lama tak karok, thanks Snubby," kata Nur lak.

"Hehehe, bagus2. Korang seronok, saya pon seronok."


"Yerp. Tak sangka awak terer nyanyi."
Wah.. Nur puji aku.

"Tu lah pasal... tak sangka btol."
Na pon puji aku.. Wah~!

"Isk, mane ade. Biasa2 aje lah. Yang penting jangan malu2. Korang berdua not bad at all. Boleh ajak karok lagi nanti."
Kata aku pulak.

"Boleh2. Eh, kitorang balik dulu lah. Dah pukul berapa dah ni. Lewat dah."
Kata Nur.

Aku senyum dan mengangguk. Baliklah.. terima kasih kerana sudi menemani aku berkarok, kate aku dalam hati. "Saya parking kat sebelah sana, korang?"

"Kitorang parking arah situ.."
tunjuk Nur.

"So.. sampai sini jelah. Sampai jumpa lagi keh."
Kata aku sambil memberikan senyuman puas hati. Diorang mungkin tak tahu betapa aku perlukan sesi karok ni. Bukan karok tu yang aku perlukan sangat2, tapi teman... untuk membalut luka dalam hati aku yang sangat besar ni. Sedikit sebanyak, aku memang terubat.

Sesampai aku di kereta, 2 SMS masuk ke henfon ku. Hehe. Ni mesti diorang berdua. Aku pon bacelah...

Msg daripada Nur:

Thx belanje kitorang karok! Sangat2 hepi! Tak pernah karok sampai 2 jam tau! Sayang Snubby!!


Msg daripada Na:

Snubby, tq very much tau. Sampai abis suara org... hehe. Syg Snubby sangat2!!!


Hins hins. Kembang kucup hidung aku. Walaupun aku tau itu cuma gesture saja, tapi, dihargai oleh orang lain, sangatlah aku suka. Aku dengan ringkas pon reply SMS diorang...

Ur welcome. Semoga korang dapat release tension. N terima kasih utk korang gak... teman saya. U guys dunt have any idea how much i need it. Haha. Nite. Cya guys later, insya allah.


Malam tu... utk pertama kalinya... aku dapat tidur dengan sangat tenang selepas sebulan mimpi sedih...

-bersambung-

Ran Feat Shiela - Tunjukkan Cintamu

11 comments:

easternC said...

hahaha tido time tu mesti sengih...
btw, taleh blah, sms dengan ringkasnye, tapi longer dari deirang pny sms :P~

Snubby, Don of Anime said...

ah.. kalu sms aku tak ringkas.. lagi panjang dohhhh. tu kire ringkas giler2 lah tuh.

hehehe.

Cahatomic said...

sayang senabi, wahahahahaha
aummm!

the 11th alphabet said...

hoh, aku pun nak sayang snubby jugak boleh?

hahahahhaa.

keep on doing what u felt best for yourself. keep on living life to the fullest as u had been doing.

Snubby, Don of Anime said...

caha: hahaha, kamu mahu menjadi seekor harimau kah caha?

k: boleh2.. silakan2. thx dude.

s.c.h.u.l.t said...

comel sungguh nur & na tu~

Snubby, Don of Anime said...

mereka mmg sangat comelllll.

Farah Wahidda said...

kikiki...sy pon ikut teruja ;)

Sayuti said...

tl,dry.nnl.

Farah Wahidda said...

sila la update!

Anonymous said...

respek2! ilmu mmg tinggi. silap2 dua-dua yg sangkut nnt. kene kerje kuat.