Wednesday, July 26, 2006

Bahagian 09: Qada’ dan Qadar (part 1/2)

Padi - Prolog (klik link utk download)

Sepanjang malam aku rase telinga aku panas. Tak tahulah sebab ape. Mungkin sebab perasaan kecewa baru terasa kot. Cuma yang pasti, kalau telinga aku panas, merah, maknanya aku menahan marah.

Marahkah aku???

Bingkas saja aku bangun membersihkan muka, terutamanya part telinga. Fuh, lega kena air sejuk. Aku bukak TV, saja membuang masa, alang-alang tak dapat tidur dah. Takde citer menarik. Ataupon aku tak tertarik untuk tengok TV.

Pukul 2 pagi dah. Baik aku pergi tido, esok nak kene bangun pagi hantar adik aku pergi sekolah. Lupakan sajalah peristiwa yang terjadi semalam tuh. Harap-harap couple yang dapat tiket free tu seronok tgk citer Da vinci Code. Tolong seronokkan utk aku.

Memang aku penat badan dan otak. Buktinya, tak sampai 10 saat aku dah gone ke alam mimpi…

Esok paginya, lepas hantar adik ke sekolah, aku balik dan sambung tido. Dah tu ape lagi nak dibuat kan??? Tido jer lah. Moga-moga dapat mimpi yang best-best, kelakar ke. Sejuk sikit hati yang pasrah, cewah.

Pukul 12.30 tghhari (yer aku tau aku bgn lewat, hehehehe).

Handphone aku berdering macam orang gila. Sape la pulak call aku. Aku tengok jam dinding, hmm, 12.30, blom lagi tiba masanya untuk pick-up adik aku kat sekolah. Takkan balik awal kot. Haih, malasnye nak angkat…

Calling: Nana

Eh. Nana call? Pepagi buta camni? Eh tak pagi dah. Kena angkat nih.

“Hello.” Pendek jer aku jawab. Takde bunyi mesra langsung. Hahaha. Tapi mungkin sebab aku mamai.

“Hai Lan! Baru bangun tido ke?” suara Nana yang ceria melonjak-lonjak masuk ke dalam telinga aku.

“Hmm, terjage dengar awak call saya.. *yawn*”

“Sorry kacau awak tido. Anyway..hmm…” Nana terhenti separuh jalan.

“Hmm?? Anyway..? Kenape awak?” tanya aku, cuak.

“Camne nak cakap ek.”

“Cakap je. Saya dengar.” Aku tak sabar nak tau apa yang Nana nak cakap. Berita baik kah? Berita burukkah??? Berita Sensasi kah????

“Saya.. saya ade depan rumah awak nih! Hihihihi.”

Oh Shyte!!! Biar betul! Apsal Nana datang rumah aku??

“Awak ni biar betul. Kenapa tiba-tiba je nih?” aku macam tak percaya. Bermacam-macam soalan menusuk benak. Dia datang nak pujuk aku ker?? Dia datang nak kasi hadiah ke?? Dia, dia.. dia nak merisik aku ker!!????

“Awak taknak kasi saya masuk ke? Lama dah tercegat depan rumah awak. Dah le nak carik susah. Cepatlah bukak pintu nih.”

Cair aku dengar suara begitu. Isk.

“Ok2, saye turun. Awak tak kerja ke arinih?” tanya aku, sambil memakai pakaian yang bersih sikit. Takkan nak turun selekeh jer. Hmm, perlukah aku sembur minyak wangi? Karang kantoi tak mandi lagi. Perlu ke? Biarlah. Nanti boleh explain.

“Tak kerja. Saya amik MC arinih. Esok baru start. Cepatlah awak, panas ni kat luar.”

Aku kelam kabut turun tangga. Pergi ke ruang tamu, buka pintu dan…

Kosong. Takde siapa.

“Hello, hello. Mana awak??” tanya aku bingung.

“Hihihihi. Awak bukak pintu betul ker? Saya kat tempat kerjalah. Tipu awak je. Jangan marah yer!” dan disambungi dengan gelak kecil lagi.

ARGHH!! CIS CIS CIS!

Aku pandang je ke luar dengan pandangan kosong. Harapan aku tinggal harapan saje…

“Sampai hati awak tipu saya. Dah ler tengah mamai lagi. Kalu jatuh tangga tadi sape nak tanggung?” kata aku sambil mengeraskan sedikit suara. Gertak jangan tak gertak.

“Hihihi. Kalau jatuh tangga, saya tanggung! Aci tak?” kata Nana.

“Hish… awak nih… isk…” kelu lidah tak tau nak kata ape dah aku.

“Janganlah marah. Saya nak bergurau je ngan awak. Awak rindu kat saya sangat ke sampai boleh jatuh tangga?? Hahaha.” Gurau Nana lagi. Hish budak nih, karang aku ngorat kangggg!!!

Aku tak jawab terus. Saja aku diamkan. Dengan langkah berat aku naik ke atas semula, ke bilik aku.

“Hello? Hello? Lan, don’t be mad. Saya gurau-gurau je. Lan sorry.” Rayu Nana meminta maaf. Tahu ko cuak. Hehehe.

“Tak marah sangat. Sikit je marah. Hehehe. Hampa pon ada. So, kenape awak call nih?” Tak romantik kan aku? Kasar semacam je bunyi. Pedulik.

“Amboi garang. Saya nak ajak tengok wayang! Boleh?” tanya Nana.

“Semalam ajak jugak, tapi tak jadi…” kata aku separa merajuk.

“Im so sorry Lan pasal smalam. Saya penat sangat, tertido tak sengaja…” slow je suara Nana. Menyesal tak sudah kot.

“Hehehe, saye tak marah sangat. Tapi lain kali, kalau awak rasa tak larat, boleh je set pada hari lain. Saya pelik jugaklah awak beria sangat nak tengok wayang tapi takkan tak penat. Kan betul ape saya pikir…” panjang gile aku kasi ceramah kat Nana. Sesungguhnya aku boleh toleransi lagi.

“Hmm. Baik boss. Saya paham. Janji tak buat lagi camtu. Mintak maaf banyak-banyak. Deep in my heart. Hehehe. So, camne dengan wayang arinih?”

“Pukul berapa? Citer ape?” tanya aku.

“Lepas saya habis kerja. Kol 6 nanti. Tak kisah citer ape pon. Kat mana-mana pon takper. Qada’ yang semalam. Saya belanja. Amcam?” sungguh-sungguh pulak si Nana nih.

“Hmm, ok. Tapi dengan satu syarat.”

“Ape?”

“Saya pergi amik awak. Baru awak tak lari. Hahaha.”

“Hahaha. Ok je. Oklah, saya nak kene sambung kerja. Petang ni yer? Bye-bye.”

“Bye.”

Kalau diikutkan hati, memang dah tawar dah untuk pergi tengok wayang. Malas pun ada. Tapi sebabkan tak mahu Nana kecik hati, aku bersetuju sajelah. Lagipon dia dah janji nak belanja, baik aku paw cukup-cukup. Bila lagi nak merasa jadi pisau cukur version jantan kan? Hahahaha.

Nak aku sambung ke citer tgk wayang nih??

..
...
.....

Oklah, aku sambung jer terus. Hehehe.

Lepas amik adik aku kat sekolah, aku terase nak pergi ke Warta, kompleks beli-belah yang tersohor di Bangi. Walaupon tak besar macam Tesco, Jusco, dan sebagainya, tapi ia cukup untuk memenuhi keperluan anda. Macam-macam ada. Tapi selalunye reason aku pergi Warta cumalah nak carik game PS2 terbaru ataupon game PC terbaru.

(perenggan di atas ditaja oleh WARTA)

Alang-alang aku dah pergi Warta, aku naik ke tingkat atas sekali. Apa ada kat tingkat atas? Ada bowling centre beb! Jangan tak caya. Dan paling aku terkejut, ada wayang beb atas tuh!!! Huhuhuhu. Walaupon cikai-cikai jer, menurut member aku, wayang dia boleh tahan aa bagus. Jadi aku naik ke tempat wayang Warta (lupe dah name panggung die, tapi yang pasti bukan TGV mahupon GSC), manalah tau ada rezeki citer best. Tengok kat situ je senang.

Oh ada pun citer Da Vinci Code. Hehehehe.

“Ehem.. satu tiket baper ringgit dik?” tanya aku pada penjaga kaunter wayang.

“RM5 je bang. Nak tengok citer ape?” tanye penjaga kaunter tu balik.

“Murah je ye. Takpe, nanti saya datang balik. Agak-agak citer Da vinci Code tu penuh tak orang?” aku meminta kepastian.

“Haha. Tak akan penuhnye bang. Lagipon cite ni dah hampir 3 minggu. Mesti le lagi kurang orang.”

“Ok. Nanti petang saya datang balik. Terima kasih ye.”

Aku tersenyum sambil menuruni escalator. Tengok sini jerlahhh. Tak payah gi jauh. Harap-harap takde masalah.

Aku pandang jam tangan aku. Lagi 3 jam nak pukul 6. Hihihiihi. Bestnye.

Seronoknya!!!

-bersambung ke bahagian 10 pulak daaaah-

Sunday, July 23, 2006

Bahagian 08: Simpatiku dalam Marahku...

Pretty Ugly - Diari Seorang Lelaki <-- Download lagu tema utk post ini di sana.

Bosannye…

Bosan sungguh!

Dah masuk 3 hari Nana balik kampung, ada hal penting katanya. Dan kalau dicampur 3 hari ni juga, dah dekat 2 minggu kejadian memalukan tu berlaku (ala, korang tau lah kejadian ape kan..?).

Post-event, selepas makan-makan satay kajang tempoh hari, aku boleh kate macam takde ape sangat yang berlaku. Cuak jugak kalau tetiba aku dijauhi, manalah tau kan. Tapi alhamdulillah selepas seminggu Nana tak kata apa-apa, maka aku yakinlah ‘date’ aku yang lepas tu berlangsung dengan jayanya. Kecuali part tuh.. sigh.

Tapi, sebelum Nana balik kampung, aku perasan dia macam lebih senyap. Takde lagi kerap menghantar SMS happy-go-lucky. Aku tak pasti apa yang berlaku pada Nana, kerana aku tak berani nak bertanya lebih-lebih. Nanti orang kata busybody. Kalu musclebody takpe gak. Kami jugak jarang dah lepak.

Mungkin dia bizi. Mungkin ada masalah ‘dalaman’ perempuan. Hehehhe. Mungkin jugak ada masalah dengan balak. Erk, balak?? Mintak jauh~~

Dalam keadaan senyap-tenggelam-timbul, sampailah satu SMS…

Lan, Sy nk blk kampung.. Atuk sakit. Sy amik cuti 3 hari.

Aku sebenarnye tak paham kenapa Nana hantar SMS dekat aku inform kate dia balik kampung. Yerlah, sapelah aku kan. Not even her balak! Hahahaha. Tapi orang dah hantar kan, takkanlah aku nak mempersoalkan lagi.

Ye ke? Balik elok-elok. Drive carefully. Kem salam kat semua. Bosanlaa saye nanti awak takde.

Itu je lah yang aku mampu reply menggunakan skill jiwang aku yang masih cetek.

Kendian aku dapat reply.

Hihihi. Kejap je, 3 hari. Rabu, khamis, jumaat. Tapi sy balik sini hari ahad. Awk bertahanlah ye :p

Hahahaha. Bertahan ape agaknye tuh. Kalaulah aku ni seorang mamat dadah, 5 hari takde dadah konfom dah menggeletar. Kalaulah aku ni dah kawin, sekurang-kurangnya seminggu 2 kali kena bersihkan batin. Nasib baik aku ni manusia normal. Bolehlah kot.

Ok. Tapi boleh SMS tak nanti?


Boleh, Cuma kalau sy lambt reply, jgn marah. Kat kampung coverage teruk sikit.

Ok then. Kalau ade rezeki saye, awak replylah. Terubat sikit rindu nanti. Hahaha. Take care.

Aku meletakkan handphone aku kat tepi katil. Alahai, terase kosong kejap hidup. Baru beberapa minit. Belom 5 hari lagi. Tapi aku dah biasa hidup tak berteman selama 24 tahun, sepatutnye takde masalah, pujuk hati aku.

Sambil membukak cerita anime yang patut, aku melayan sambil baring atas katil. Tapi sungguhlah. Aku tak paham ape yang aku tengok pon. Nak tido, mata cerah lagi. Nak concentrate anime, tak masuk pulak. Nak buat ape nih….

Titt titt. Eh ada SMS lagi.

Thx. Sy nk bertolak dh ni. Kalau sy rindu, sy sms awk dulu ye. Bye bye! Assalamualaikum…

Huhuhu. Walaupon lambat sampai reply terakhir nih, tp sekurang-kurangnya terase seronok. Hilang kejap blank aku tadi. Aku cuba nak reply, tapi malangnye kredit aku habis dah. Rupanya yang tadi aku hantar merupakan last sen. Nasib baik sempat. Terpakselah aku gi topup kejap lagi. Buatnye Nana sms, aku tak dapat reply, mesti frust gile.

Maka selama 3 hari aku sangap. Rabu berganti Khamis. Khamis berganti Jumaat. Tapi takde kabar berita daripada Nana. Biarlah, sekali sekala dia balik kampung, takkan aku nak kacau dia pulak. Cuma aku tak dapat gambarkan kat sini betapa sangapnyaaa aku.

Malam Jumaat tu (hehehe), dalam keadaan bosan, tetiba dpt SMS. Bukan apa, aku jarang mendapat call atau sms sebenarnye. Takde kepentingan, maka takdelah orang nak call/sms. Handphone aku lagi banyak sunyi daripada berbunyi.

Hi Lan. Ape kabar? Sihat?

Seperti yang dijangkakan, daripada Nana. Huh, dah lepas 3 hari baru nak SMS. Merajuk karang. Hahahaha. Oops, buruk perangai kalu merajuk. Dan berikutnya adalah sms berbalas sms antara aku dan Nana.

Sihat je. Tp bosan sikit. Takde member nak borak. Duduk rumah je keje nih.

Ala siannye dia. Takpe, hari ahad ni kite gi tgk wayang. Nak?

Erk. Tertelan air liur aku kejap. Balik daripada kampung je terus ajak aku tgk wayang? Mesti sangap benar kat kampung. Hahahaha.

Boleh je. Saye tak tgk lagi Da Vinci Code. Btw, awak sihat? Ape kabar atuk awak?

Da vinci code mcm best. Sy sihat je. Makin ayu duduk kampung, hihihi. Atuk sy dh makin sihat. Thx for asking.

Sesame. Asking is caring. Hehehe. Kalau btol nak tgk hari ahad, saya book awal. Ok?

Ok. Sy tak kisah. Tp petang ye. Ahad tghhari sy sampai. Petang free sikit. Malam nk tido awal.

Dan selepas tu kami terus berbalas-balas SMS. Ape yang diSMSkan? Taklehlaa bagitau semua… RAHSIA! Hehehehe.

Hari Ahad, pukul 3 petang….

Aku dah SMS Nana tadi beritahu die wayang start pukul 5 petang. Pukul 3 aku dah nak bergerak pergi ke MINES. Kat situ jer lah wayang paling dekat untuk aku. Lagipon, surprisingly, tak ramai la pulak orang tgk citer Da vinci Code hari minggu camni. Best sikit kalu kurang orang, takde laa terase banyak mata memandang nanti.

Tapi, bila aku sampai kat MINES, Nana masih tak membalas SMS aku. Apa pulak masalah dia kalinih. Padahal pagi tadi awal dia SMS aku tanye plan jadi ke tak. Sekarang dia pulak yang senyap. Takkan tak sampai lagi kot.

Tercongoklah aku sorang-sorang kat MINES, menghabiskan beberapa batang rokok sambil menunggu Nana. Duduk kat tepi sungai buatan MINES, sambil melayan ikan yg besar-besar dalam tuh, aku termenung. Kat tangan aku dah ade 2 tiket, seat best, utk citer Da Vinci Code. Lepas sebatang, sebatang lagi aku isap. Isk takleh jadi nih.

Skang dah pukul 4.15, tapi batang idung Nana tak kelihatan langsung. Batang rokok adelah bersepah kat lantai. Walaupon start pukul 5, tapi penantian itu satu penyeksaan. Aku check balik handphone aku manelah tau ada SMS tapi tak perasan.

Kendian aku check balik SMS yang aku dah hantar kat dia, manalah tau tak sampai. Hmm, report kata sampai. Sebabkan aku ada banyak masa, aku baca balik SMS aku.

Ya allah, baru aku perasan. Aku cuma bagitau Nana wayang start pukul berape dan kat mana. Tapi aku tak bagitau yang aku tunggu kat MINES awal. Padanlaa tak datang-datang. Mesti dia turun ngam-ngam je citer dah nak start.

Cepat-cepat aku SMS Nana.

Awk, saya dah ade kat Mines nih. Kol berape awak sampai?

30 minit berlalu tapi takde reply. Aiseh. Pukul 4.45 dah nih. Mane kamu Nanaaaaaaaaaa.

Akhirnya aku terpakse call Nana. Gilo apo kalu tunggu lagi karang tak sampai terus.
Trutt.. trutt… Bunyi orang angkat tepon.

“Hello…” kedengaran sore Nana kat hujung talian. Macam lemah je suara.

“Hello Nana. Lan nih.”

“Haa.. Lan. Pukul berape wayang…” bunyi mamai.

Sah! Mesti tertido nih. Alahaiiiiii…. Nak marah pon tak sampai hati.

“Erk. Awak tak dapat SMS saye ke..”

“Sorry Lan. Saye tertido. Penat drive tadi. Singgah banyak tempat.”

“Ye ke… Hmm. Wayang kol 5 Cik Nana. Sekarang dah pukul 4.50. Lagi 10 minit…” kata aku dengan nada sedih.

“Hahh!! Ye ke??? Alamak Lan, camne nih. Tak sempat kalau saya datang pon. Nak mandi lagi…”

“Busuk, tak mandi lagi yer. Takperlah, nak buat camne, kire burn je lah harinih… Saya paham, awak mesti penat tu.” Kata aku.

“Im so so so sorry Lan. Kesiannye awak. Lame ke tunggu kat sana…?” tanya Nana, suara dah macam segar dah. Mesti die rasa serba salah tak beringat punyaa.

“Tak lama sangat. Adalah daripada kol 3 tadi.” Jawab aku selamba. Biarkan, biarkan kamu merasakan serba salah itu. Muahahaha. Alang-alang aku tak jadi tengok wayang, sakat lah. Best jugak.

“Lamanyaaaaa!!! Camne nih Lan… im so sorry…. So sorry…” Ada sedikit bunyi macam nak nangis daripada suara Nana. Hikhik. Dahlahtu, cukuplah aku menyakat Nana. Sian pulak ke dia.

“Its ok. Mende dah lepas. Awak pergi sambung tido balik yer. Esok-esoklah kita sambung. Saya nak balik dulu. Best jugak kalu tido nih.” Jawab aku.

“Hmm, ok… Tapi nanti saya akan ganti balik duit tiket tuh.” Bersungguh-sungguh Nana menyatakan ayat tu.

“Don’t worry bout that. Oklah. Saya nak balik dulu. Bye-bye. Tido puas-puas ye. Esok awak nak keje.”

“Ok… bye Lan. Sorry Lan. Bye..”

Maka dengan begitu saja plan nak tengok wayang Da Vinci Code dengan Nana berkecai begitu saja. Haih, ruginye. Rugi masa, rugi duit tiket, rugi tenaga, tapi entah kenapa, aku terasa biasa. Mungkin dah selalu kena kot mcm nih. Marah sikit la kot.

Aku pergi semula ke tepi sungai buatan MINES, melayan ikan. Hisap sebatang lagilah, kasi hilang tensen sikit. Takde mende nak rushing pon kalu balik. Aku kuarkan tiket wayang tuh, tenung dalam dalam.

“Takde rezeki, nak buat camne…” bisik aku sorang-sorang. Hehehe.

Jam menunjukkan pukul 5. Dah start dah wayang. Habis sebatang ni, chowlah. Tepi aku ade sepasang kapel yang tengah berkhalwat di tepi sungai. Hehehe. Seronoknya jadi diorang. Isk.

Tah camne aku terdengar kapel tuh berborak.

“Takkan kite nak duduk kat sini jer bang.” Tanye si awek.

“Abih tuh awak nak buat ape? Balik rumah saye nak?” kata si balak. Cipet punye ayat. Rosak… rosak.

“Isk, mengade. Tengok wayang laa jom.” Cadang si awek.

“Citer ape ade…” si balak macam malas-malas je. Dia lagi rajin meringan-ringan laa tu.

“Saye tak tgk lagi Da Vinci Code. Jom laa..” merayu-rayu awek tu kat ‘Abang’ dia.

“Citer dah start laa. Next mesti malam. Saya janji ngan ayah awak hantar seblom kol 10. Mane sempat.” Si balak memberi alasan.

Aku bangun dan menuju ke arah kapel tuh.

“Sori kacau. Korang nak tengok Da vinci Code? Nih ada tiket pukul 5 utk 2 orang. Sempat lagi kalau nak masuk.” Aku menawarkan tiket yg tak jadi tadi.

“Erk. Takperlah bang. Saye tak bwk duit cukup nak bayar tiket tu.” Kata si balak.

“Takper, amik jer. Free, takyah bayar. Patutnye saye tgk tadi, tapi tak jadi. Korang amik je lah.” Kata aku, sambil membuka tangan mamat tu, dan meletakkan tiket ke tapak tangannya.

Tercengang kapel tuh.

“Amik jer, anggap saye belanje. Hehehe. Ok, selamat yer. Balik dulu. Sile enjoy citer. Sempat lagi.”

Dan aku terus melangkah ke parking, menuju ke kereta dalam keadaan pasrah…

Hadoilahhhhh.

-bersambung ke bahagian 9 pulak-

Thursday, July 13, 2006

Bahagian 07: Kenapa Aku Tak Takut Nana Baca Blog Ini.

Alhamdulillah, akhirnya habis jugak World Cup yer?? Mesti ramai yang dah berjanggut menunggu aku update citer. Kesetiaan dan kesabaran korang amat aku hargai!!! Sekali sekale kene kasi can kat aku berehat otak. Nanti bila ada mood baru sedap nak menulis, ayat pon tersusun, tak kelam kabut dan macam-macam.

Untuk post kalinih, aku kasi lagu Gio Mendes feat. Black Eyed Peas - Mas Que Nada utk korang.. hehehe.

Memandangkan ramai yang tanya aku;

“Ko tak takut ke Nana baca blog ko?”
“Dia tahu tak kewujudan citer ko?”


…Dan macam-macam lagi jenis persoalan, maka aku rasa elok jugak aku tulis satu citer. Berkenaan Kenapa Aku Tak Takut Nana Baca Blog Aku nih. Jawapannya, aku tahu dan yakin dan pasti Nana takkan baca blog aku. Dia bukanlah jenis blog-internet-computer stuff sangat… Anggap lah post kalinih filler episode.

Cerite ni sebenarnya ada kaitan masa aku mula-mula kenal dengan Nana dulu. Sebelom aku start menulis di blog ni lagi. Kalau korang nak tahu, reason kenapa aku tunggu sampai 2 minggu delay baru nak start tulis citer ni ialah, aku risau kalau-kalau tulis nanti terkantol.

Berlaku selepas aku jumper Nana di kedai San Francisco Pizza, ada lah satu time tuh aku lepak-lepak dengan Nana. Saja aku tak tulis sebelum ni sebab tak nampak sangat significant citer nih. Tapi lepas ramai orang bertanya, barulah aku teringat balik.

Macam biasa, bila dah jadi kawan, lepak melepak bersama Nana adalah perkara yang hampir menjadi kebiasaan. Takde malu-malu sangat dah. Kul 6 jer, Nana akan SMS aku, bagitau dia dah habis kerja dan tengah lepak-lepak dengan member sekerja. Pastu mesti offer nak join ke taknak. Aku pon tak amik kisah sangat kalu tak dapat berdua pon. Yang penting, dapat mengenal hati budi, cewah.

Tengah lepak-lepak minum air (macam biasa, aku cuba tak merokok depan Nana, hipokritkah aku??? Sob-sob), tetibe member sekerja Nana ni tanya satu soklan.

“Nana, ko ni asyik main SMS jer. Lepak buat cara lepaklah.” Kata mamat tuh. Nama dia Din kalu tak silap aku.

“Hehehe. Sorry. Aku SMS mak akulah. Bagitau tengah lepak ngan korang lepas kerja.” Balas Nana.

Aku tengok jer. Tak pandai sangat nak campur. Yerlah, aku ni pendatang baru. Lagipon perbezaan umur yang agak ketara membuatkan aku terasa sedikit kekok nak berborak. Tapi aku cuba jugaklah. Takdelah kaku terus. Nanti orang kata kera sumbang lak.

Pastu topik demi topik keluar. Mostly pasal internet, chatting, myspace, friendster dan yang seangkatan dengannya. Haih, bebudak muda macam ni lah. Takde mende lain kaa??

Din bersuara lagi… “Nana, ko kasilah Myspace id ko kat aku. Nanti boleh bangga aku kawan dengan orang lawa. Hehehe.”

Aku jeling je si Din nih. Cis lahanat lu.

“Aku punya taknak ke Din? Heheheh.” Aku bersuara sebelum sempat Nana jawab soalan si Din.

“Erk, boleh jugak. Hahaha. Bertambah laa kawan-kawan kan. Bak email ko. Nanti aku email kat ko ID aku.” Kata Din.

“Tapi aku takde myspace. Friendster adelah. Hahaha.” Jahat tak aku? Hehehe. Mementang diorang budak, selamba je aku memainkan hati dan perasaan mereka.

“Cis. Siot jer.” bengang kejap mamat Din nih.

Sebabkan topik dah menjurus ke arah I.T, aku terus amik peluang menanyakan Nana punya ID.

“Awak takde ke Nana. Sian si Din mintak tuh.” Saja je aku pakai nama Din padahal diri sendiri yang nak.

Nana diam kejap. Ape laa difikirkan agaknya…

“Saya tak ada lah mende-mende tu….” Jawab Nana perlahan.

UIK? Pelik gak aku. Slalunya remaja skang ni cukup aktif dengan MySpace, Friendster dan lain-lain.

“Kenapa takde? Orang lain semua register.” Tanya aku.

“Pasal.. saya tak pandai sangat pasal computer ni.” Jawab Nana dengan nada inesen. Alahaiiii.

Kendian salah seorang member Nana bersuara, “Ko takyah tau pasal computer pon. Tau camne nak menaip dah lah. Bukan susah sangat.”

Aku dan beberapa orang yg lain mengangguk.

Nana tersenyum. Tak lama kendian Nana pon bersuara.

“Aku ni sebenarnye fobia dengan computer. Takde internet, takde computer kat rumah. Takperlah, takde mende tu pon boleh hidup jugak kan? Btol tak Lan?” Nana menghabiskan ayatnya dengan memandang aku meminta back-up. Haih, apelah yg harus aku katakan selain daripada…

“Btol lah takde computer pon boleh hidup jugak…” Hehehehe.

Bila ditanya, Nana pon ceritalah kenapa dia boleh fobia dengan computer nih. Citer die simple aje. Menurut Nana, masa zaman sekolah dulu, bapak dia pernah belikan sebuah computer. Power dan Mahal. Kerana terlalu seronok ada computer, digodek-godeklah mende tu. Pastu tah camne computer tu rosak. Aku tak sure rosak aper, mungkin rosak biasa, tapi sebabkan satu family jarang pakai computer, so diorang terus tak pakai. Baru bape bulan beli tuh padahal. Hahahaha. Kalu hantar kedai mesti boleh repair punye.

“Awak tak pergi tukar ke? Bukan ade warranty kan?” tanya aku.

“Masalahnya, ayah dah pergi tukar, tapi lepas tu sampai yang baru, rosak balik. Pastu ayah saya fed-up lah.” Jawab Nana sekali lagi dalam keadaan inesen.

“Camtu ker… Habis tu kenapa awak fobia pulak?” tanya aku lagi.

“Pasal 2 kali rosak, 2-2 time saya depan computer. Siap kena marah lagi ngan ayah. Hehehe. Sampai sekarang tak berani nak sentuh computer sangat.”

Rakan-rakan Nana yang lain diam, tekun mendengar cerite Nana.

“Kat kolej belajar takkan tak pakai computer?” tanya aku lagi.

“Pakai memang pakai. Tapi yang mana subjek kena pakai. Itupun bukak menda basic je. Saya selalu berdebar kalau nak bukak computer. Hehehe.” Eceh, buat-buat gelak kecil lak minah nih. Aparaa, dengan computer pon boleh fobia.

Jadi dengan cerita ini, aku pon yakinlah….bahawasanya Nana takkan pandai bukak blog aku. Kawan-kawan dia yang terer pon kalau terbukak, takkan perasan pasal nama dah diubah. Aku pon cuba menulis sedalih yang mungkin supaya orang-orang yang terlibat tak akan perasan.

Begitu sajalah post kali nih. Hehehe. Next time, baru aku sambung progress citer aku yer~~ sabarlah lagi.

Monday, July 10, 2006

Forza ITALIA!!!

ITALY MENANG!!! ITALY MENANG!!! ITALY MENANG!!!!!!!!!!!!

FORZA ITALIA!! FORZA AZZURRI!!!

Photobucket - Video and Image Hosting

Untuk post kalinih, aku mencadangkan korang dengar lagu nih --> Shakira feat Wyclef Jean - Hips Don't Lie REMIX Bamboo ( World Cup 2006 Mix).

Fuh.... penat aku bersorak sakan. Nak terkeluar rasenye anak tekak aku bersorak. Mau taknya, pasukan yang aku tetibe predict masuk ke final (berdasarkan mimpi aku), betul-betul masuk, dan kendian, menang pulak tuh!!! Mungkin lari sikit ler sebab prediction asal aku Brazil V Italy. Ganti Brazil dengan France jer. Score pon dah predict same... penalty 5-3.

Walaupon aku tak dapat ape-ape dengan menyokong Italy, tapi sekurang-kurangnya aku puas! Sekurang-kurangnya ia membuktikan sixth sense aku masih ada. Tak tumpul macam yang selalu aku risau. Teringat aku memula start World Cup, aku bagitau dekat kazen aku (yang dah tua dan lebih berpengalaman...),

Aku: Italy masuk final nih!!
Kazen: Yer ker... hmmm (ragu-ragu).

Kebetulan masa tu tengah tengok Italy V U.S.A. Main pon agak tah hape-hape (walaupon bagi aku game tu menarik sebab banyak kad. Muahahaha).

Kazen: Tengok tuh. Macam mane abang kate Italy boleh masuk final nih.
Aku: Erk, awal lagi nih. Boleh tuh... (aku pon jadi ragu-ragu).
Kazen: Tak boleh masuk final kalau main macam nih. Hehehe.
Aku: Erk. Boleh-boleh. Tengoklah nanti.

Hampir sebulan lepas tu, ayat aku tadi menjadi kenyataan. Hepi beb!!! Sambil berBBQ dengan kazen-kazen aku yang lain, dan pasang projektor sendiri (selepas tgk kejayaan kedai mamak sume pasang projektor), aku takleh bayangkan betapa hepinye aku. Priceless!!

Ah.... lega hati aku. Tahun 2010, konfom aku kene pergi South Africa, untuk menyaksikan sendiri kehebatan World Cup secara live. Kalu ada rezeki, boleh laa pergi ngan bini yer tak?

Tengah-tengah aku menaip blog nih, tetiba aku dapat sms...

"Geramnye... France kalah."

Hehehe, SMS tu aku dapat daripada seorang peminat France yang setia. Atau boleh kata peminat Thierry Henry lah senang citer. Pompuan... bukannya nak tengok bola kat padang sangat. Bola lain mungkin. Sape lagi kalu bukan... Nana.

Terus aku reply;

"Sorilah yer. France kena menang tahun lain. Tahun ni tahun saya. Tahun Italy. Hehehehe."

Beberapa saat lepas tu Nana reply balik;

"Yelah. Yelah. Italy main kasar :p . So camne skang?"

Aku reply dengan ayat camni.... "Camne ape lagi, tunaikanlah janji awak tu yeeeeee. HEHEHE."

Oops. Sampai di sini sajaaa. Terlebey-lebey lak aku cerita. Kalu korang nak tau ape kes sebenar, sabarlah, kan aku dah janji nak sambung citer lepas World Cup 2006. Insya allah beberapa hari lagi. Hehehehehehe.

---------------------

Fakta fakti!

1. Forza membawa maksud Power dalam bahasa Italy. Bermakna Forza Italia bermaksud Italian Power.

2. Azzuri pulak adalah nickname kepada pasukan Italy, yang bermaksud "Azzuro" atau "Sky Blue", kerana hampir kesemua sukan di Italy (kecuali sukan bermotor), menggunakan warna sky blue sebagai warna kebangsaan sukan mereka.

-------------------

PS: Aku sedey tgk Zidane headbutt mamat tu smalam... isk, isk, isk. Rase mcm nak nangis lak tgk Zidane jalan masuk ke changing room sambil kepala tertunduk, lalu sebelah piala emas tu. Walaupon aku sokong Italy, Zidane tuh dah tahap lain dah orang pandang. Haih...

Di bwh ini adalah apa yg mungkin terjadi (brainstorming ngan si Wan)...

Materazzi: Gol penalti ko huduh.
Zidane: Ape ko cakap???
Materazzi: Gol ko sampah. Kitorang saja kasi ko penalti tuh, sebab aku tau nanti Pirlo akan amik corner, pass kat aku cantek gile, pastu aku headbutt kan aje bola straight masuk dalam gol. Kitorang Italians dah plan sume, bukan macam ko gol penalti sampah.
Zidane: Oo, headbutt yer...

Berjalan ke depan sikit, tetibe meng-headbutt Materazzi seperti yang dirancang oleh coach France, Raymond Domenech. Keji, Domenech dah plan soh tanduk dada Materazzi rupanya.

Sunday, July 02, 2006

Pengalaman Saya Sewaktu Mengejar Pencuri

"GOL!!! GOL!!!"

Pehhhh. Macam siot jer Henry score. Sampai habis game, Brazil tak dapat nak equalize langsung. Kecewa yang amat!!! Apatah lagi bila aku predict Brazil jumper Italy untuk final. Skang semuanya dah terlambat... Aku rase mesti ramai orang tak budget gak France menang dengan Brazil. Walaupon 1-0, menang tetap menang.

(hehehe, saje je starting post aku buat same macam previous post.)

Aku pergi lepak kedai mamak dekat kawasan rumah aku dengan 3 orang kazen dan adik aku. Hehe, semangat gile diorang sampai sanggup datang rumah kat bangi ni, pick up aku ngan adik aku, kol 3 pagi, semata-mata nak tengok Brazil v France. Nasib baik hari esoknya tak kerja. Dalam 5 orang yang pergi tengok bola tu, cuma sorang je sokong France. Yang lain balik rumah lepas game dengan rasa hampeh. Gile tuh... Bapak segala Upset nih!

Habis game, aku ajak kazen aku sambung lepak. Tapi dia kata dah pagi sangat, nanti tak larat nak drive. So terpaksalah aku mengalah. Tumpang orang kan, mana leh demand sangat. Dalam perjalanan balik, tetiba kereta kitorang dipintas oleh sebuah kereta Kancil polis. Laju nak mamposs!!

"Huih, apsal lorat semacam je kete polis tuh?" tanya kazen no. 3.

Aku cuba memberi jawapan berdasarkan teori aku, "Diorang meronda tuh..."

Tak puas hati dengan jawapan aku, adik aku keluar teori dia pulak, "Mana ada polis ronda bawak laju camtu. Mesti ada kes ni."

Ah lantaklah, ada kes ker tak. Janji dia tak tahan kitorang dahlah. Malas nak melayan macam-macam nanti. Mintak lesenlah, mintak itulah, mintak duit lagi.

Sekejap je kereta Kancil polis tu hilang. Memang nak cepat benar tu. Mungkin... pak polisi sakit perut kot.

Beberapa minit kemudian, tetiba daripada satu simpang, kereta Kancil polis tu keluar. Nyaris nyaris gak kitorang nak kene langgar. Agaknya dia tersalah simpang kot. Tapi mungkin jugak dia meronda, sebab tu keluar masuk simpang. Tapi apsal kalut gile nih??

Dah nak dekat je ngan kawasan rumah aku, kitorang ternampak kereta Kancil polis tadi parking kat sebuah rumah corner lot, bersama mereka ada sebuah lagi kereta Waja polis. Pehhh... Mesti ada mende berlaku nih. Menarik, menarik.

"Polis tadilah!" kata kazen aku no.2.

"Haa, kan dah kata. Bukan meronda ni. Pecah rumah kot." Adik aku menyahut.

"Pecah rumah laa tu. Bahaya aa indon-indon kat sini. Arituh dah 3 buah rumah kene rompak." Giliran aku pulak bersuara.

Kami berborak-borak pasal kes pecah rumah yang slalu terjadi kat bangi, sebelum kazen no.1 aku tetiba slowkan kereta.

"Nampak tak apa2?" tanya kazen no.1.

"Nampak apa?" aku memanjang-manjangkan leher. Yang aku nampak polis kat luar rumah, kereta polis, pastu ada pakcik naik motor jual sayur. Tak nampak pulak kesan tingkap pecah. Rumah gelap pulak tu. Lepas kena pecah selalunya orang bukak lampu.

Sesambil kitorang bercakap sesama kitorang, dengan kereta yang dipandu perlahan, tetiba muncul satu lembaga daripada halaman rumah. Memecut dia berlari keluar, cabut selipar, pastu sambung langkah seribu.

Tergamam kejap kitorang!!!

"Hoihh, tu dia pencuri! Dia lari!" jerit kazen no.1.

Gegar jugak laa dalam kereta sebab kitorang bising-bising dalam keadaan terkejut. Masing-masing ingat rumah tu dah kena pecah, dengan si penjenayah berjaya melepaskan diri. Rupanya Crime Scene in Action tuh!!!

Polis yang ramai-ramai kat luar tadi sempat menjerit suruh berhenti. Aku rase mamat indon lah. Serabai semacam je. Tengok fesyen rambut dah tahu. Ala-ala rasta gitu. Tapi mamat indon tu tak berhenti. Makin laju larinya. Seorang daripada polis tu (mungkin yang paling fit sebab dia sanggup lari), cepat cepat kejar. Berlakulah adengan kejar mengejar antara polis dengan mamat indon. Polis yang lain masing-masing naik kereta Kancil dan Waja, Hot Pursuit guna kereta.

Kitorang semua cuma mampu memerhatikan dalam kereta. Nak kejar tak larat sekor-sekor. Tapi tetiba kazen no.1 cakap gini,

"Depan tu ada jalan keluar tak??"

"Ada. Jalan dia lari tu bentuk U. Kita ni main road. Hujung sini, keluarnya hujung sana." kata aku.

"Ok, ok, ready, kita nak kejar dia. Potong dia kat depan sana!" kazen no.1 aku semangat gile.

Daripada jauh, aku nampak polis yang kejar mamat indon tu ketinggalan. Jauh gila kene tinggal. Bekas sprinter agaknya mamat indon tu. Tapi takleh cakap gak, mamat indon tu bukak selipar, polis tu pakai kasut. Mungkin payah nak lari. Kat belakang diorang, kereta kancil tu tengah memecut. Ah, konfom dapat tangkap punya, kalu pakai kereta.

Sebabkan kitorang kat jalan besar dan straight, kazen no.1 budget nak sampai jalan hujung satu lagi ngam-ngam bila mamat indon tu sampai. Kiranya tak laju lah, sebab kitorang jalan straight, diorang kejar mengejar kat jalan U. Tapi memandangkan kereta kancil tu dah berjaya sampai, kazen no.1 terus slowkan kereta.

"Weh, tengok, tengok! Dia lari ke sini!" jerit kazen no.2 pulak.

Ok, di antara jalan U dengan jalan besar nih, ada padang permainan. Mamat indon tu berjaya meloloskan diri daripada polis yang kejar dia (berlari dan kereta kancil), dengan memintas padang permainan tu. Tapi dia berlari straight ke arah kitorang!!!

"Turun turun! Tangkap dia tuh!" arah kazen no.3 yang duduk kat belakang.

Cepat cepat kazen no.2 dengan aku turun kereta. Konon-konon nak terjah je mamat indon nih. Masa kitorang turun daripada kereta, dia dah dekat ngan kitorang. Kereta kancil tu terpaksa buat pusingan. Polis yang berlari tu pulak semput, tak larat nak kejar.

Sekarang, kami berdua face-to-face dengan mamat indon tu. Kazen no.2 kat depan (sebab dia turun awal), dan aku standby kat belakang. Kazen no.2 aku mendepangkan tangan, menghalang jalan, dan mamat indon tuh terpaksa berhenti sebab kitorang block jalan dia.

"Saya tengok TV ajaa! Saya tengok TV ajaaa!!" jerit mamat indon tuh menagih simpati.

Pala hotak mung tengok TV kat rumah orang kol 6 pagi camni. Mana ada citer best. Kalu nak tengok bola, pergi jer kat kedai mamak, semua pasang projektor. Bisik hati aku. Hehehehe.

Aku menjerit ke arah Kazen no.2,"Weh, tangkap dia cepat!"

Kazen no.2 aku tak berani nak terpa, risaukan senjata. Mana boleh percaya orang pecah rumah nih, kalau dia sisip pisau kat mana-mana. Tak pasal jer nanti kene tikam. Instead of award, masuk ward. Tapi dalam pada tak berani nak masuk tu, sempat gak laa dia acah-acah macam nak tangkap.

Elok jer mamat indon tu berhenti dekat kitorang, sambil mengambil nafas, daripada tepi sampailah kereta Waja polis tadi. Brek kecemasan. Selamba jer diorang drift. Ngam-ngam je sebelah kitorang. Memang cuak gak kalu kena langgar. Tapi sebabkan polis berkereta Waja dah sampai, mamat indon tu lagi cuak.

Straight je dia berlari ke arah aku. Aku pon apa lagi, readylah nak kasi terjahan maut!!! Kat belakang aku kazen no.3 dengan adik aku dah standby, kalu kalu terlepas.

Aku berlari ke arah mamat indon, dan mamat indon tu berlari ke arah aku. Aku bukak langkah besar, ala-ala melompat, nak terkam dia, dan tiba-tiba, mamat indon tu membelok. Cilake!!! Dia lari zigzag!! Dia dummy aku!!!!

Sebabkan dia memang dah lari straight kat aku, tetapi tiba-tiba tukar arah, aku tak sempat nak stop. Inersia tinggi beb. Tergelincir aku (jalan berpasir gak...). Tapi takdelah sampai terjatuh. Aku lost balance, dan hanya mampu melihat mamat indon tu tinggalkan aku. Tak sempat dah nak kejar. Macam nak tangkap ayam pon ade...

Tapi kerana usaha kami, polis dalam kereta Waja tu sempat kejar. Diorang siap keluarkan pistol lagi!!! Time dah stabilkan diri, polis dah berjaya rapatkan jarak. Daripada jauh dengar polis-polis tu jerit...

"Berhenti! Kalau tak kami tembak!!" tangan dah capai pistol. Sorang tu siap pistol dah hala ke arah mamat indon yang berlari tuh.

Tiada pilihan lain, mamat indon tu akhirnya mengalah. Takut kena tembak. Dia berhenti berlari, dan 2 orang polis tu tangkas saja menggari mamat indon. Memang sebijik macam dalam TV (bukan Gerak Khas). Kene hentak sekali, terus terbaring makan pasir jalan raya. Lepas kene gari, polis tu heret mamat indon pergi ke kereta Waja.

Kitorang? Tengah amik nafas untuk bertenang, lagi lagi aku yang telah didummy. Shitto lah!

Masa kene gari tuh, polis yang kejar mamat indon awal-awal tadi sampai kat kitorang. Termengah-mengah dia.

"Apsal tak terkam je tadi??" tanya polis tu kat kazen no.2.

"Takut dia ada pisau cik." jawab kazen aku.

Sambil termengah, "Terkam je lainkali." Dan terus berjalan ke arah rakan polis yang lain.

Sian jugak aku tengok indon tuh, dah lah kene gari, pastu selambe je kepala kena hentak kat bonet kereta. Peh. Ganas sungguh. Cuak pun ada. Membuatkan aku taknak bermusuhan dengan polis. 2-3 kali pulak tu kene hentak. Polis yang termengah tu pulak, sampai je terus balun. Ditendang perut mamat indon tuh berkali-kali.

Mengikut kata kazen no.3, polis buat camtu supaya dia tak ada daya dah nak sambung lari. Bila lunyai, memang dia akur jer lah. Takdenye nak sambung lari lagi. Logik gak.. Tapi aku rasa polis geramlah. Kejar-kejar tak dapat. Nasib baik last-last ok.

Lepas mamat indon tu masuk dalam kereta kancil, kitorang pon bersurai. Tak berani nak duduk lama-lama, nak lagi lepas tengok kebrutalan polis. Kitorang anggap macam tak nampaklah. Terus naik kereta dan blah daripada situ.

Salah sorang daripada polis yang tangkap mamat indon tu, mungkin pangkat sarjan, pasal dia tak beruniform, mengangkat tangan separa tabik kat kitorang yg dalam kereta. Tanda terima kasih pasal tolong diorang. Mau taknya, kalu kitorang takde kat situ, memang dah lesap dah. Jauh tu kene cicit ngan mamat indon. Orang tengah panik, dan nekad... memang ada kuasa misteri untuk survive.

Lepas kejadian tu, daripada taknak sambung lepak, terus je kitorang gi lepak kedai mamak berhampiran. Nak melegakan adrenalin rush. Hehehe. Sambil aku dikutuk pasal tak berjaya tackle ala ragbi. Cis, sakit hati bila kene dummy.

Itulah pengalaman aku lepas tengok Brazil v France. Kalu lah aku dapat tangkap mamat indon tu, konfom aku bagi barang sedas dua, mengalirkan kekecewaan brazil kalah. Nasib baik kau mamat indon.

Cerita ini adalah cerita benar. Hehehe. Merasa jugak aku menjadi hero dalam hidup.

Saturday, July 01, 2006

Cerita Edisi World Cup

"GOL!! GOL!!!"

Sorak orang kat sekeliling aku. Aku nak bersorak gak, tapi aku cuma dapat mengagumi jer gol tu. Yerlah, duduk sorang-sorang kat kedai mamak, takkan lah aku nak bersorak bagai nak rak. Lainlah kalu ade geng join.

Tapi bukannya aku takde member untuk diajak join tgk bola. Memang kalinih aku saja je duduk sorang. Aku terase nak bersendirian. Melayan depress. Sekurang-kurangnye, kalu duduk kat luar ni, takdelah aku makin murung. Walaupon berseorangan.

Yer.... Depress, adalah perkara yang amat sinonim dengan aku. Dah hampir jadi nama tengah.

Boleh dikatakan, setiap sebulan mesti aku depress. Dah jadi macam datang haid laa pulak kan? Hehehe. Tapi aku bukan depress saja-saja. Banyak perkara yang aku hadapi dan telan, sampaikan muka nih, dah jadi tak ceria.

Teringat aku ayat Ida Sazliana dulu time kat Universiti, awek si Jubs tuh (member aku);

"Abang Lan ni baik, tapi nampak garang sangatlah."

Haih....

Takpon ayat si Aesha bebaru ni...

"You nampak unapproachable. Garang. At least muka you nampak garang. Not until you bersuara baru orang tahu you tak garang."

Aku sebenarnya sangat paham apa yang dimaksudkan diorang nih. Bukan diorang je cakap, dah ramai yang kenal aku cakap cenggitu. Tapi aku bukannya saja-saja buat muka garang.. Semuanya bersebab.

Mungkin.. semuanya bermula bila arwah mak aku koma dulu kot... Kurang kasih sayang? Huhuhu.

Bila seseorang mengalami trauma dalam hidup dia, masakan pemikiran orang itu akan sama macam dulu, btol tak? Aku nih, banyak sangat trauma. Kalah cerita tv melayu! Pada umur aku yang baru 25 tahun ni (sebenarnye 24), cakap jer jenis trauma apa, semua ada. Erk, hampir kesemuanya ada.

Percintaan? Fuh, toksah cakap... sampai dah jadi pro.
Keluarga? Dengan situasi sekarang, aku sebenarnya telah mengambil alih pucuk pimpinan keluarga aku.
Akademik? Terumbang ambing macam kapal berlobang.
Kewangan? Pernah gagal bisnes sampai berhutang-hutang. Sampai skang tak setel.
Sosial? Mungkin tak trauma sangat, tapi cukup memberikan aku rase kesepian.

Menda-menda ni mungkin semua orang akan mengalaminya. Sedikit demi sedikit, sebagai manusia biasa, memang pasti akan kena. Tapi aku? Tu dia. Serentak. Sekaligus.

Time aku tengah takde duit, time tu jugaklah bisnes gagal sampai hutang beribu-ribu. Time aku perlukan kasih sayang keluarga, time tu jugaklah gado sana sini. Time aku perlukan insan istimewa, time tu jugaklah aku kecewa. Time aku.. ah, banyak lah time.

Aku tak dapat nak citer spesifik, sebab ianya umpama membuka pekung di dada. Tapi trauma-trauma ni cukup membuatkan aku, sentiasa berkerut. Seolah-olah 24jam aku berfikir camne nak lepas diri daripada trauma, secara tak disedari.

Entahlah.

Namun aku cuba jugaklah untuk mempositifkan diri. Suara tak sedap, tapi aku tibai gak nyanyi time jamming. Cakap tak pandai, tapi aku bercakap gak untuk dapatkan perhatian. Nak bercerita pon tak pandai, tapi memandai jer aku tulis (contohnye blog aku). Sampaikan aku selalu praktis depan cermin cara jalan yang betul sebab aku rase tak konfiden dengan style jalan lama aku. Semuanya sebab aku nak lawan trauma-trauma aku. Tak tahulah boleh berjaya ke tidak... Senang cerita, apa yang orang nampak aku kat luar tu, sebenarnye berbeza sekali kat dalam. Hipokritkah aku???

Si Mero pernah cakap kat aku;

"Ko kene ade awek, baru le semua masalah ko setel. Sekarang ko tak dapat fikir btol. Tak tenang."

Huhuhu. Sesungguhnya sape laa dalam dunia ni taknak ade awek dan kendian berkahwin dan kendian berkeluarga (kecuali beberapa orang seperti gay, playazz, dan yang sewaktu dengannya). Tapi macam orang-orang cakap, muka aku terlalu garang, sampaikan awek pon tak berani. Hihihihi.

Sudahnya, bila pening sangat memikir, bila depress sangat, mesti aku akan pikir.. "Ah lantaklah." Tak sihat sungguh. Sampai bila problem tak setel. Sampai kapan (cewah bahase indon sikit) aku akan terus depress.

Post kalinih takde kene mengena ngan tajuk tu pon. Aku saja letak. Pastu taktau nak tulis ape, sedangkan orang mintak update. Last-last aku tulis mende nih. Itupon tah hape hape mengarut. Cerita Nana, macam yang dijanjikan, lepas world cup baru aku nak sambung.

Sorry, sorry. Hehehehe. Amikah lagu Official World Cup 2006 ni sebagai hadiah mintak maaf pasal ngarut. Celebrate The Day!!!