Monday, November 06, 2006

Bahagian 19, bahagian terakhir: Yakinkan Aku Tuhan, Dia Bukan Milikku.

Lagu tema, Nidji - Hapus aku (klik utk download)

Seminggu menyepi. Tiada khabar. Tiada berhubung. Bagi aku, mungkin ini yang terbaik. Peristiwa bertemu dengan ayah Nana tu, cukup trauma untuk aku. Tak pernah dalam hidup, jadi sedemikian. Kadang-kadang aku terase hidup aku cukup tak adil, tapi aku gagahkan jua telan semua. Pahit pon pahitlah.

Meneruskan perhubungan dengan Nana, walaupon sebagai kawan, memang sangat mustahil sekarang. Bagai merokok di dalam air. Dipetik api, tak akan menyala. Rokok basah begitu saja. Usaha yang sia-sia. Lagi kempunan nak isap rokok adelah. Baik aku merokok kat daratan jer…

Aku cuba kenang kembali setiap bait ayat yang keluar daripada mulut ayah Nana, tapi setiap kali teringat, sebak rasa. Bergenang air mata, tapi tak menitis. Kenapa aku rase camni? Aku pon taktau. Mungkin aku btol2 suka kat Nana, tapi memandangkan situasi kronik, aku berjaya ketepikan sama sekali. Tapi dilayan seperti begitu sama sekali, adeh…

Dalam seminggu tu, aku tahan jer daripada nak SMS Nana, atau call, atau apa-apa saja! Berapa kali aku cuba delete nombor Nana, tapi tak sanggup. Aku takleh nak terima hakikat, sebab aku rasa, aku masih boleh berkawan dengan dia lagi satu hari nanti. Walaupon kita tak boleh tau apa akan jadi di masa depan, aku berharap sebegitu.

Patutkah aku berhenti mengharap?

Aku perlukan sesuatu utk alihkan perhatian aku. Mujur jugak member aku, Aan, datang jumpa aku, mempelawa aku jadi pengapit dia di hari persandingan. Walaupon dalam hati aku rase, sangat kucar, aku cuba tolak, tapi memandangkan Aan perlukan aku, dan aku perlukan sesuatu untuk fokus, aku terima akhirnya. Harap-harap ini dapat membantu.

Bagaimanapun aku terase macam ada kekosongan dalam hidup, walaupon aku buat-buat bizi dengan menghadiri gathering forum Aseana, menyibukkan diri cari baju pengapit, dan macam-macam lagi. Aku cuba lupakan terus Nana dalam kamus hidup.

Sampailah satu petang, beberapa hari sblom majlis persandingan Aan (belah lelaki). Aku terima satu SMS daripada Nana. Satu SMS yang cukup memilukan hati seorang lelaki.

Sy tau awk dipaksa ayah utk x contact sy, but I really really need u. I don’t hv anybody wif me now… please help me lan… u r my only hope…

Sebak giler rasa. Seminggu tak berhubung, tetibe dapat SMS camtu. Aku diam kan jer tak balas. Aku tahankan diri.

Kemudian datang satu lagi SMS…

Sy tau awk tgh paksa diri tak reply.. at least awk bgtaulah sy, u don’t want to be my friend anymore..

Aku tekup muka aku dengan dua tapak tangan, dan melepaskan satu nafas berat. Tidak, aku tak reply. Diamkan lagi…

Dan tiada lagi SMS daripada Nana. Agaknya dia sendiri pon malas nak ckp apa-apa. Aku lega sebentar. Aku tenung jer kipas dalam bilik aku sambil berbaring, lengan atas kepala. Memang kalau orang tengok, mcm ada masalah dunia. Beban yang tidak terhingga.

Tah bila, aku tertido…

Aku cuma terjaga balik bila mendapat panggilan. Terkocoh-kocoh aku bangun, siapa pulak call aku. Oh, nombor rumah. Mesti member-member aku nak ajak lepak, dah kol 10 malam camni. About time lah. Aku pun perlukan member untuk kasi hilang rasa sengal nih.

“Yerp, Hello..”

“Assalamualaikum..” terdengar suara pompuan. Aku tak berapa tangkap suara siapa.

“Wassalam… siapa ni?”

“Lan… tido ker… Nana nih..”

Aku tergamam. Daripada mamai, terus bulat mata aku. Aduh tuhan, kenapa jadi camni?? Serta merta aku rasa satu badan aku lemah.

“Nana.. kenapa awak call saye…?”

“Awak tak mahu kawan dengan saya lagi ker…?”

Aku terdiam. Melepaskan keluhan sedih. Serentak dengan itu aku dengar suara Nana teresak-esak di hujung talian. Aduh, nangis lah pulak. Aku memang takleh dengar pompuan nangis. Memang cair sangat… Tuhan tolonglah daku.

“Saya bukan taknak kawan… saya terpaksa. Saya taknak merumitkan lagi keadaan.”

“Lan.. janganlah macam ni. Saya dah takde kawan yang memahami macam awak…” Nana menghabiskan ayat dia dengan susah payah, diselangi dengan esakan.

“Saya… saya tersepit sebenarnya. Bukan niat saya. Saya mungkin mampu berhadapan dengan Syed, tapi saya lemah dengan ayah awak. Ayah awak mungkin dah fikirkan yang terbaik untuk awak…”

“No…”


“Apa yang tidaknya…? Kalau awak kawin saja dengan Syed, masalah selesai.”

“Apa yang ayah saya cakap kat awak Lan…” hilang sikit bunyi tangisan.

“Tak payahlah awak tau… Saya ni menyusahkan keadaan je. Saya rasa saya dah terlibat terlalu dalam…”

“So what if that’s true? Awak kan kawan saya… awak sorang jer yang sanggup melibatkan diri…”

“Dan kalau saya dah tak sanggup?”

Nana terdiam. Aku terpaksa berkata begitu. Aku terpaksa buatkan Nana rasa benci kat aku. Habis tu apa cara lagi yang aku ada? Mungkin banyak, tapi aku tak sempat nak berfikir waktu itu.

“Saya tak sangka awak akan cakap camtu…”

“Saya dah letih laa awak… saya nak tolong, tapi saya kena lagi teruk daripada awak…”

“Mana awak tau betapa teruk saya kena?”

“Saya tak tau.”

“Then kenapa awak cakap camtu…”

“Pasal awak tak tau betapa teruknya saya kena dengan ayah awak. Total stranger…”

“Bagitaulah apa ayah saya cakap kat awak.”

“Tak perlulah awak. Baik awak fokus camne nak sayangkan Syed… awak tak perlukan saya…”

“I hate him so much!”

“You shouldn’t…”

“Give me 10 reasons why I shouldn’t?”

“Not until you gimme 10 reasons why I should involve with you..”

Senyap sebentar.

“Awak kasilah peluang pada Syed. Dia ada semuanya… mungkin dia nakal sekarang, tapi lepas kawin, dia akan sayang awak sepenuhnya. He should! Kalau tak, teruk dia kena ngan ayah awak… so awak patut rasa terjamin.”

“Saya tak dapat terima hakikat camtu… Lan, please help me…”

“Sorry Nana…saya mintak maaf sangat… saya tak boleh dah…”

“Kenapa awak berubah hati terus…?”

Giliran aku pulak terdiam.

“Nana, saya takut sebenarnya.”

“Awak takut apa?”

“Saya takut saya jatuh cinta kat awak…”

“Erk…”

“Sekarang awak faham kenapa kan? If I fall for you… I can’t begin to imagine what will happen… dan saya pasti akan dikecewakan dengan teruk.”

“Lan…”

“So sementara saya masih lagi boleh neutral, saya terpaksa jauhkan diri daripada awak. Awak tak mungkin akan suka saya, sebab saya mana ada apa. Sekadar kawan awak je.”

“Sebagai kawan pun tak boleh…?”

“Kasilah saya kesempatan untuk mengubat diri saya sendiri…”

“Saya tak akan jumpa dah kawan macam awak Lan…”

“Jangan cakap camtu. Awak akan jumpa lagi nanti. Awak bukaklah hati awak. Awak jangan pandang sempit pada orang lain…”

“Awak cakaplah sekarang, awak memang tak nak berkawan dengan saya lagi… dan saya tak akan kacau awak dah.”

Aku sebak. Patutkah aku cakap sesuatu yang aku sendiri tak mahu? Untuk kebaikan Nana…

“Ehem. Yer… Saya taknak berkawan, dan berhubung dengan awak dah. Awak lupakan saja saye. Awak tumpukan pada Syed tu. Saya..mintak maaf sangat-sangat……”

Dan sekali lagi, aku terdengar Nana menangis, walaupon perlahan bunyinya, aku tau dia menahan kesedihan.

“Ok Lan. Saya mintak maaf gak… Terima kasih kerana jadi kawan yang paling best saya pernah ada. Terima kasih Lan…”

“Sesama…” aku tatau nak cakap aper dah sebenarnya.

“Goodbye Lan. I will miss you so much my dear…”

Aku diam je, walaupon aku tersentak. Dalam hatiku, aku membalas.. I will miss u too.. have a good life…

Dan Nana pon meletak telefon.

Tamatlah sudah kisah Nana dan aku… satu cerita yang agak perit, tapi penuh dengan kenangan. Mungkin aku tak akan berjumpa dengan Nana lagi… tapi aku rasa Tuhan sengaja menemukan aku dengan Nana, supaya aku dapat belajar susah payahnya hidup ni. Aku terima dengan redha, walaupon sakit merata-rata.

Seminggu kemudian… aku terima satu SMS daripada Nana.

Hai Lan.. sihat? Wpon sy dah berjanji xnk kacau awk, tp sy rasa sy kene inform gk. Sy akan berkawin dengan Syed selepas raya ni, dalam bulan 11. Sy nk jemput awk tp ayah sy tak kasi.. Sy harap awk xkn lupakan saya sampai bila2, n if awk fall for me, sy pasti akan sambut… take care Lan. Take a very good care of urself dear…. Will miss u as much as I can.

Tak semena-mena, mengalir air mata aku membaca SMS Nana tu. Mungkin aku rugi, tapi aku tak rasa kerugian pon. Inilah yang dinamakan bukan rezeki aku. Bukan masa aku. Dan aku tak patut merasa menyesal.

Aku delete SMS Nana tu… dan aku delete juga nombor Nana.

Terima kasih Nana, kerana berkenalan dengan saya!!!

TAMMAT.


Lagu penutup, Hattan feat. Dia Fadilla - Tangisan Marhaenis (klik utk download)

51 comments:

Anonymous said...

Speechless....

Sob*Sob

Sekailite

Anonymous said...

aku tumpang simpati gak aa snub.

Anonymous said...

ish...sdeh ;_;

jaja said...

abg ad,
i've always regard u s my big brother. jaja pn rapat dgn arwah che' nor. so bile jaja bace cerite ni rs mcm, cubit pehe kiri, pehe kanan pn terasa.

ok tanak la buat luahan rs kt sini kn. but then abg ad tau cerite jaja kn? jaja lg la. rs mcm worthless. kene tipu sie2 je for almost 2 yrs. tuhan je tau mcm mane rs jantung ni. mcm xde jantung dh.

but abg ad think about it this way. kite di uji, so Allah tgh bg attention dkt kite. doa yg x dikabulkn akan mendpt balasan kt syurga.

somebody once said to me...bile kite rs mcm dh lelah dh n xberdaye n mcm usahe sie2...Allah tau betape keras kite dh usahe...bile kite dh xlarat menangis n rs lg pedih...Allah dh hitung air mata kite..n bile rs mcm dh xtau nk buat mcm mane dh rs mcm dh buat sume bende, Allah je yg tau jawapannye.

so since jaja pn jauh. jaja pn ssh nk bgtau abg ad problem jaja. but when i did, rs lege. so may b pertolongan dr Allah tu di turunkn dlm bentuk jaja tenang ckp dgn abg ad. so jaja akan doakan abg ad jumpe whut u r searching for.

oh merepek pulak pjg. nila akibat duduk dpn komp berjam2 nk siapkn assignment.

Dils said...

herm.. keraskan hati sesungguhnye2.

Its the only way I guess. Best for both.

Anonymous said...

btolla tu ape kate jaja, tp lega dah bile sume bende dah selesai.. dunt worry lan u'll get someone better for sure. hehe

dueng said...

at last, habis jgk. kadang2, aku rasa jenis cam kita ni jadik R&R jer. Plaza R&R utk rehat dan rawat. aku byk kali kena camtu, but in someway, aku redha. walaupun kadang2 rasa cam tak mahu tolong orang sebab ramai sangat suka amik kesempatan.

benda camni la wat aku jadi cold hearted and ruthless. people not appreciated your help. tp luckily dalam kes ko ni, NANA sgt hargai ko. it's a good sign in human being. maybe that's restore back my belief towards my fellow mate.

takper la...apa yang jadi dah banyak ubah ko either ko sedar ataupun tak. ko lebih matang dari dulu, lebih byk pengalaman yang dikutip, so bersyukurlah walaupun ending nye tidaklah seberapa best. maybe next time it'll worked out.

jgn pernah mengalah. go go!~

Taqiyuddin said...

Takpe snub. Allah jadikkan manusia kat dunia nih berpasang pasangan. Yang baik untuk yang baik, yang jahat untuk yang jahat, yang neutral untuk yang neutral. Tak caya ko nengok kat Siti Nurhaliza ngan Datuk K. Serasi kan tuh.

Anonymous said...

ending yg sepatutnya!
jika tidak maka hari ini ko bukan akan bahagia malah lebih sengsara..
percayalah...aku tak suka gebang~

Anonymous said...

"What makes a man......??

Is it his religions.....
Is it his beliefs.....
or is a man defined by his principles.....

What makes a man.....??

A man is defined by his choices in life.....
To choose between whats easy and whats right.....
Even in the most difficult situation."

Hellboy 2004

SALUTE !!!!!

Anonymous said...

syed ni kaki gebang..mmg patut kena tikam belakang..
kasi tikam sampai tembus..kasi tikam sampai mampus..
berlalu jugak si nana..datang pulak sorang lagi *na..
berpantun plak aku tengahari buta ni..apepon semoga bahagia selalu bersama si dia..hihihi..

Hani said...

"once u take me, that means u r ready to lose me."

its not easy to let go.

abead cerite ini sgt sedeh hingga sy mengalirkan airmate.

meraselah nangis waktu study week. back to work. chaiyok be di!

*layan lagu dharma-why jap.*

FM said...

Aku masih mencium bau syurga. Wangiannya meresap ke dalam sukma. Aku ingin masuk ke dalamnya. Di sana ku berjanji akan mempersiapkan segalanya dan menunggumu untuk bercinta. Memadu kasih dalam cahaya kesucian dan keredhaan Tuhan selamanya. - Ayat-ayat Cinta

Dunia ini bukan sebesar daun anggur. Banyak lagi lelaki soleh yang bisa kita termui. - Ayat-ayat Cinta
The same goes for girls too.

Ayat-ayat Cinta (versi Malaysia) di MPH Bookstore
Resensi 1
Resensi 2

Not a typical love / romantic novel though.

Anonymous said...

snub,
setelah berkurun lama aku duk ikut citer hang...tammat nyer begini deh??? macam citer tamil aku nengok semalam..sedihsedihsedih....mesti ari raya kau tak bes kan??..ape2pon idup mesti diteruskan..aku tak tau nak tulis apa mcm org lain atas2 ni..ayat power2...sebab aku terkelu...tergesot hati dan hempedu..begini kah endingnyer snub??ka ko saja nk test nih???..iskiskiskisk...aku sedey aku sedey...nak lempang ayah nana and syed ari mereke kawin leh tak????aku benci syed, nana n ayah dia...gerammmmm...emo plak..

Anonymous said...

kadang, semua yg terjadi ni utk buatkan kite lebey kuat di mase hadapan ;)

aku cakap mcm tu utk diri aku sendiri jugak...

Anonymous said...

hye~ assalamualaikum
erm..
i start to read ur posts..dh lame sgt dah..since back in kapasitor.net...

but then..sekali pun tk pernh terpikir nak give any comment..because...maybe i dont think i should..probably u still can handle all ur probs..with helps from all ur frens beside you..

but this time...i just feel ..cm tk patut if i dont leave any comment..or words atleast...dont ask me why..it is just like dat..

i think you might have know dis..but i just want to say..

sumtimes...we will just love sumone or sumthing so much...so..so..much..like we feel if we get it dat thing...we will be the happiest man in d world..

but..unfortunately..we just wont get it..

why ek?
why god are being so cruel to us..why did God take dat thing away from us wat did we do?

maybe...
God have sumthing more better to give to us....as a gift for the loss we had before..

or maybe..
he wants us to learn...dat sumtimes we wont get what we wants..becoz, in this world..it is like dat..u can only survive is you can accept all ur loss..and be grateful with what ur gain .He loves you..He wants you to be a better man..never get down when u lose and never be ungrateful when u win or gain...

or maybe..it is fate~
what happening to you is just fate..dah ditakdirkan~

so..whatever happens...life must be go on~ and..luckily you have lots of gud frens beside you..to be with u...every time and moment~

GOOD LUCK lan~

assalamualaikum

Anonymous said...

Hi AD,

Dari sehari ke sehari kak ty dok tgk blog ni,time tension, bosan ngan keje dok gak la melepak baca apa2 yg patut kat sini.

Anyway,kak ty doakan semoga apa yg berlaku ni akan mematang lg diri AD. Tabah & Sabar amat perlu dlm hidup kita, yang patah kan tumbuh, yg hilang akan berganti ... doa2kan lah semoga yg tumbuh & berganti tu yg terbaik buat diri kita.

Apa yg kita idamkan tak semestinya kita dpt.. yg penting berusaha.Kak ty setuju ngan jaja, Allah bg dugaan pada kita kerana DIA sayang pada kita. Pahit tu kan PENAWAR...InsyaALLAH akan datang MANIS bila tiba masanya.

Take care ...

P/s: Bila nak dtg Kuantan, release tension ke .. bwk awex baru ke ...

Salam Sayang
Kak ty & Abg Vijay

Anonymous said...

...

Anonymous said...

Bro Snub,

akhirnya lu punya cerita habis jua...
seperti air dicurah kat daun keladi pun ada....
tp takpe..byk pengajaran yg lu boleh dpt dan belajar..
bukan lu shj..gua pun turut sama terkedu...

mentor gua ada berpesan...Tuhan itu maha adil…
dugaan dan cabaran yg DIA bg sebenarnya adalah mengikut kemampuan seseorang itu…
DIA takkan bg yg berat2 kalau orang tu sendiri pun tak mampu memikulnya…
Pendek kata….apa yg DIA bg sebenarnya adalah di dalam lingkungan kemampuan kita sebenarnya…..

Semoga lu tabah menghadapi apa jua cabaran mendatang….

FEQA

Anonymous said...

"Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi..!!"

Anonymous said...

Hoh..?
Nice..

Congratulation!!
Welcome to the club, my friend..

Ada beberapa lagi ahli kelab kami yang mana ex masing2 (atau 'special friend' masing2) yang nak berkahwin, mahupun sudah berkahwin (termasuklah yang tengah menulis komen ni).

To join the club, you don't need any regsitration fees. Also there are no annual fees or annual grand meeting. It's free bebeh!! Uyeah~!!

WNA said...

woh,sedey sungguh.
isk sebak je cite bro snub nie.
tabah sungguh..

best of luck bro!

Snubby, Don of Anime said...

sesungguhnya tidak mampu aku mereply sesatu comment korang.. kerana terlalu terharu. aku terima apa yang korang kate, apa yang korang nasihat, apa yang korang tak puas hati dan sebagainya dengan hati terbuka!!!

ini blom campur email aku dapat.. lom campur kat ym lagi....

apepon, aku mintak maaf kalu terpakse cut shortkan citer ni jd 19 episod jer, takde budget lah nak teruskan huhuuhuh. Memang pada awalnya aku nak buat 24 eps, tp nnt jd meleret2 citer die.. so aku buang mane yang patut tuh...

kalu aku rajin, nnt aku tulislah pasal part2 yang aku edit. Kalau aku rajin. Mungkin ada cerite lain plak yang kuar.

hehehehe.

Anonymous said...

phuh..u shud be thankful that Nana still appreciate u..and bukan main2 kan u buta2 cam slalu org lain kena..so anggap je dia ditakdirkan utk singgah and tugas u hanya la utk menggembirakan dia sekejap saja...so u did contribute something and leave something in her life..be proud of urself..and i did believe..lepas ni u jumpa org yg lebih baik..balasan atas apa yg u tlah buat and trima dari perbuatan org lain..

and I gak rase, Syed takkan bahagia selamanya..attitude mcm gituh..ada balasannya...tak kejap..mungkin bertahun2 lagi ke..atau anak dia sendiri nanti yg dpt balasan..and by that time..mesti muka Lan tepampang2 depan mata dia..nyesal atas perbuatan dia..ok? kita tak dendam or meminta dia dibalaskan dgn kejahatan...tapi kita kena yakin..Allah itu maha Adil..kalau dia tak turun ujian sebegini..mungkin kita lalai or alpa..kita tak sujud or minta doa dgn dia..so He just misses us so much that He needs us to pray and stay with Him..saya jugak penah tesungkur..and tetanya2 ape salah saya...tapi lama lama saya sedar..saya lebih tenang..dan lebih rapat dgn Dia..dan saya sudah jumpa Hikmah di sebalik kejadian tu..mungkin lambat skit..tapi masa tu akan tiba..yg penting kena YAKIN and be STRONG..pedulikan...heheh cont ur life and enjoy with what u have now..stop questioning...sbb Allah ada hak utk tentukan hidup kita...kita sbg hamba hanya layak menurut dan berdoa supaya boleh survive dgn tentuan-Nya.

ILynn Virgobiru said...

adoiiiii
sedihnyeeeeeeeee
i dont think u deserve that la
Allahuakbar
Die lebih tau segala2nya
kt mintak kat Die tunjuk yg adil kat bapak si Nana tu
Nana deserve sumone much better than Syed
xpelah snub...jodoh pertemuan di tangan Allah
mane tau ntah2 Nana is ur jodoh after all and bende2 ni semua hanyalah ujian dr-Nya.
ade hikmah yg terjadi despite semua yg dh jadi kat ko.

Anonymous said...

hye..assalamualaikum~

glad to see ur comment back

u r okey~~and that is nice to know

GOOD luck

assalamualaikum~

Anonymous said...

isk...isk...
tatau nak cakap ape...
tabahkan hati ekk..
doakan nana bahgia..

'aku berhenti berharap..dan menunggu datang gelap..sampai nanti satu saat,takada cinta ku dapat..mengapa ada derita..bila bahagia tercipta..mengapa datang gelap,tika putih menyenangkan..'

'i've been sitting here..can't get u out my mind..i've tried my best to be a man and be strong..i drove myself insane and wishing i could touch your face..but the truth remain u're gone..'

be strong lan..
i know u can do it!!

-mizz_aszni-

Farah Wahidda said...

erm..sedihnya kesudahannya mcm ni. takpe, bersabarlah. ini semua dugaan Allah. Allah turunkan dugaan utk hamba-Nya mengikut kemampuan hamba-Nya itu.

dan saya rasa awak mmg kuat! :)

Sayuti said...

lan, kasik nombor nana kat aku lan. saje, nak wat gila.

Sayuti said...

eh, aku termiss ayat ko delete nombor nana. abaikan komen di atas.

Johari Rahmad said...

peh, sebak seh baca. Aku rindukan lawak kentut ko masa makan satay!!

super sebak, gud job Snub!

Taqiyuddin said...

err... so lepas nih nak baca apa lak? citer ko dah abis nih

Snubby, Don of Anime said...

Hahahaha, satu soalan yang menarik.

ade idea ker nak tulis pasal aper pasni??? hmm... (urut dagu).

lepas ni sure takde orang masuk blog aku dah. Aku mesti lakukan sesuatu! kihkih.

Anonymous said...

bkn heppy ending~ x'((
x pewrlaarh
nieyh sume dugaan kowt..manewrlarh tau ALLAH nk uji u..
nywy,best of lux in ur life ;D

khairulizwan said...

aku ikut citer ni dari awal lagi..
sedey2..
tapi tabik kat snubnosse..
kacak n gentlemen..

Anonymous said...

Ini adalah direct learning dari Allah. Dia lah yang bagi watak-watak yang real untuk ko belajar pasal dunia sekarang nih. Walaupun aku heran jugak, ada jugak orang perangai macam tuh. Rasa 'kesian' jugak kat mereka yang berperangai sebegini. Kotoran dengki dan syirik di dalam hati mereka ini tidak dapat dibersihkan oleh Hidayah daripada-Nya. Allah sudah stop supply Hidayah kepada hati mereka sehingga mati segala rasa bersalah dan taqwa, sehingga ia menjadi hitam legam dan keras macam batu. Jadi, ingatlah sahabatku Nadlan, inilah sistem pembelajaran langsung dari Tuhanmu. Kalau kau bertahan dengan ujian ini dan senantiasa bertaqwa kepada-Nya, Insya Allah, pahala ganjarannya, mungkin engkau diberi life extension, murah rezeki, mungkin chicks better than Nana dan macam-macam lagi. Kisah dulu sudah berlalu, open a new chapter. Kisah dulu ko compile, boleh bawak modal berborak kat Tanjung, mengutuk Si Syed tuh.

Hmmm... masa ko dtg raya open house aku hari tuh, ko bawak sorang chick. Jeng Jeng Jeng.. Cute siot. Tengok, bukannya lambat sangat balasan Tuhanmu, sekejap aje kan? Magic Magic... Alhamdulillah... Aku pun tengok ko sudah happy jugak ye masa tuh. Nampak ar ko control. No problem, we all undersetanding and seporting.

OKlah. For a new story, kena lah buat research sikit lagi what kind of material we would like to read.

Aku suka cerita kentut...


Macho

Snubby, Don of Anime said...

haiyaa.. jgn laa cerita itu mcm macho. diam2 sudah.. huhuhuhu.

nk aku tulis pasal kawan2? malu korang nanti kahkahkah.

Anonymous said...

Erkk.. panjang sgt ke aku beri komen?








Macho

Snubby, Don of Anime said...

eh ok jer macho. tak panjang pon. huhuhuhu. maksud aku, cerita awek cute yg datang bersama aku ketika open house ko tuh.. malu ler i.

ILynn Virgobiru said...

ohhhhh
adakah incik snub dh ade pengganti??????

cepat sungguhh.................

Snubby, Don of Anime said...

pengganti? apa yg anda katakan ni? :p

citer nana ni sebenarnye tamat pada 30 Ogos 2006, sehari sblom merdeka....

apa yang anda bace kat sini adalah cerita yg berlaku 2 bulan lepas.

Snubby, Don of Anime said...

laaa ikut aku ler, blog aku. hahahahahahaha.

Unta@Jitra said...

Ala Lan suda hepi skarang... muehehehe... lucky for my Rozie bawak digicam mlm tu...

dapatlaa aku ushar2 sket rupe... nak kate mix korean + chinese + japanese ke lan? terer ko... hahahaha

so skarang lu suda hepi, just wish u all the best laa... (susahlaa aku nk lepak rumah ko dah pasni :P)

Anonymous said...

sh*t...aku ketinggalan 4 ari...

sedey tp best gler cter ko.....nk simpati???x perlu kot coz we r men n we r always tough;outside n inside...truskan blog anda n akan ku sokong;insyaAllah....

-sejhok-

Anonymous said...

erk...dah 2 bulan yg lepas...ceh~
mati2 aku nak bersedih...

takmo rr simpati kat ko dh..cess~

-anonimos-

circleinspoon said...

aku baru nak tumpang2 sedey baca blog kau nih(ngan comment2 semangat sekalianlah)...skali rupa2nya kau dah ada pengganti ka!! chett...
bagusla kalo gitu. keep goin'

HafizChan said...

tabik springg sama snubb...hidup kena diruskan btw.

Anonymous said...

wei korang semua tertipu wei... pengarang janjikan aku epik yang bekesudahan pada episod 30.... kenapa jadi pendek!!!!! REFUND OI REFUND!!!!!!!!! dasar produser citer melayu nak untung lebih!!!! REFUND!!! REFUND!!!!!!

Anonymous said...

adesss.. sedey tol.. kes nie same cam aku.. dah 2 kali menghadapi masalah camni.. wuuuuu... sedey~~~

فيصل said...

Waaaaa.. sedih sedih.. aku terasa... ko memang cool... adui.. aku kena wat die tak suka kat aku.. tapi camne... bleh tolong... tapi bukan tunang orang la... adui..

khan said...

sedih mmg sedih..tp tu ah..kalau aku jadi ngko,never give up kalau btul2 sukakan nana..hehe..xpe la,benda da berlalu,jadikan pedoman mcm ngo cakap tu kan?moga jumpa yang lebih baik nnti..