Monday, October 09, 2006

Dialog Hati Aku pada Hati Dia...

Huhuhuhuhuhu, mintak maaf laaa sesangat geng2 semua! Sebenarnya, aku dah pon menaip citer Nana sampai ke bahagian 20. Sungguh! Kemudian masa aku nak post bahagian 18 (rasanya), ade satu virus weng telah masuk ke pc, dan merosakkan microsoft word aku. Habis berterabur semua wording dalam word tuh. Terpaksalah aku susun balik satu-satu ayat, kutip balik mana yang telah bersepah... haih. Bayangkan word yang bersepah setelah 20 bahagian, 100 lebih page, mau tak pening. Sekarang ni, dalam sehari, aku berjaya susun balik 2 perenggan.. itu yang amik masa yang lama. Nak tulis balik, takde mood. Huhuhuhu. Apepon, dah nak siap dah... so korang terpaksalah bersabar sikittt jer lagi. Boleh yer? Makasih...

Jadi sementara korang menunggu bahagian 19 (yang akan dipost tak lama lagi, insya allah!), terimalah sebuah sajak yang aku cipta tatkala kebosanan (yer ker kebosanan? hmmm, mengurut dagu...).


Dialog Hati Aku pada Hati Dia.

Hati Aku, tenung Hati Dia,
Lalu Hati Aku bertanya,
Dikau kesedihankah dinda?
Lalu Hati Dia mengangguk tak bermaya,
Dan Hati Aku memujuk seraya berkata,
Hati Aku kan ada...

Hati Aku, pandang Hati Dia,
Lama Hati Aku pandang tanpa batasnya,
Dan Hati Dia pula berkata,
Janganlah resah kerana dinda,
Hati Aku terus bersuara,
Masakan tiada gundah gulana!
Kerana Hati Dia satu sifat yang cukup bermakna...
Hati Aku kan ada...

Hati Aku, merenung Hati Dia,
Ternampak titisan air mata,
Suci bersih naifnya berganda,
Langsung Hati Aku mengusap pipi Hati Dia,
Keluarkan sahaja air mata itu wahai dinda,
Janganlah bersedih lagi kerana sang angkara,
Hati Aku kan ada...

Hati Dia, senyum pada Hati Aku,
Apa yang difikirkannya, Hati Aku tidak tahu,
Hati Dia seperti ingin berkata sesuatu,
Pantas saja Hati Aku menutup mulutnya yang gebu,
Tak perlu... tak perlu...
Yang penting, Hati Dia sudah hilang sendu,
Kerana ingatlah perkara yang satu,

Hati Aku kan ada... untukmu.

Nukilan,
Snubnosse,
3.30 pagi.
Di dalam bilik menunggu waktu sahur.

Sajak ini sesuai untuk mereka yang ingin menenangkan sesiapa yang gusar, ada masalah, jiwa kacau dan sebagainya. Huhuhuhuhu.

10 comments:

Hani said...

saya mahu nana

-endif-

Snubby, Don of Anime said...

saya akan beri nana. sabarlah. hahaha. nak cepat, bak sini rm 50. pantas saja akan kusiapkan. huhuhuhu.

Anonymous said...

saya mahu na jugak...tapi a different na...

Anonymous said...

woi ko kata nak post bhg 19, bhg 18 tak post lagik.aku tahu la ko dua alam skrg nie... alasan virus.... sondel.we want Nana we want Nana we want Nana we Want Nana we want Nana.

jaja said...

your poem touches my heart over n over again :)

Farah Wahidda said...

oh Hati Dia, Hati Aku nak nana :p

Anonymous said...

adehhh tu virus btol2 ke jd mcm tu????
cam tak logik je
arrrggghh nak cite!!!
ehheheheheh

slamat maju jaya dlm menyelesaikan masalah2 ye

dueng said...

inilah hidup seorang penglipur lara popular. pressure yang meninggi dari pembaca. inilah harga yang perlu dibayar tapi bersyukur lah kerana ramai yang concern. untung kan?

teruskan baiki, aku sabar menanti.

Anonymous said...

Nanananananananananananananananananananananananananananananananananananananananananananananananananananana
nanananananananananananananananananananananananananananananananananananananananananananananananananananananananananananananananana
nanananananananananananananananananananananananananananananananananananananana...

Anonymous said...

suke... sukeeeeeeeee..
saya sukeeeee 'sajak' nie...
uuu..
saya melayang2...
uuu.. cepat tarik sayer....

uuu...
i like~~