Sunday, August 20, 2006

Bahagian 13: Antara Aku dan Dia sahaja.

Memandangkan minggu depan aku bizi, dan tak mampu nak update, maka dengan segala sukacitanya aku update. Fuh, berturut-turut bahagian baru keluar! Semuanya demi korang. Aku juga ingin mengucapkan tahniah kepada Aan dan Suria di atas perkahwinan mereka. Semoga bahagia dan aman selalu ke anak cucu.

Lagu tema post nih, 6ixth Sense - Hari Ini dan Semalam.
---

Lagi 2 hari World Cup nak start. Kes dengan Linda tu aku tak setelkan lagi dengan Nana sendiri. Tah kenapa berat sangat rasa nak dail nombor dia. Nak jumpa jangan haraplah, terasa tak seronok. Nana mungkin masih dalam keadaan kelam kabut lagi kot. Kemudian aku dapat message daripada Yoda kata nak datang lepak kat rumah. Hmm, aku tak mahu member-member aku tau konflik nih.

Nak tak nak, terpaksa jugaklah aku call Nana. Mundar mandir aku dalam bilik. Nak call ke taknak? Nak call ke taknak? Haih. Takleh buat keputusan macam ni. Sakit otak aku. Aku letak balik handphone aku, pandang lama-lama, mengharapkan Nana yang call aku dulu.

Badan aku rasa panas, terutamanya part telinga. Semacam je resah nih. Cacing kepanasan kata orang tua-tua. Akhirnya aku buat keputusan, pergi mandi dulu. Kasi cool down sikit. Dekat sejam lebih aku duduk bawah shower air, sambil memikirkan apa yang patut aku cakap dengan Nana bila aku call dia nanti. Sampai berkerut-kerut jari jemari aku.

Lepas mandi, aku belek lagi handphone aku. Takde call. Kalau tunggu jugak, memang macam menunggu kucing tumbuh tanduk laa jawabnya. Tapi katakanlah aku call, kalau dia tengah ada konflik camne? Kalau ayah dia ada dekat situ pulak? Kalau Syed yang angkat??? Kalau..kalau.. arghh.

Tak kire. Aku kena beranikan diri call. Apa nak jadi, jadilah! Kalau aku kene marah, aku terima saje. Yang penting otak aku tak berserabut. Sampai bila aku mesti gembirakan orang lain dulu jika aku sendiri pon pening? Resolusi inilah yang membuatkan aku capai handphone, carik nama Nana, dan terus tekan butang hijau.

Trutt.. trutt…

Truttt… trutt…

Trutt.. trutt…

Alaa, angkatlah Nana. Dengar bunyi ringtone ni lagi buat aku nervous adalah. Lepas beberapa kali bunyi ringtone tak berjawab, masuk voicemail pulak. Aku cuba beberapa kali lagi, tapi semuanya sama. Aduhhh, sakit jiwa macam ni. Karang aku buat miscall sampai 50 kali, ada yang kata aku seorang pendesak pulak.

Aku campak handphone aku atas katil. Pastu aku campak pulak diri aku sendiri atas katil. Takde mood dah nak buat apa-apa. Nak chatting pon aku rasa malas. Nak surfing pulak, otak aku penuh dengan isu ni. Aku tatap siling bilik aku, tengok kipas berpusing. Syok lah pulak.

Titt, titt.

SMS!!!!

Terus aku carik handphone yang aku campak atas katil tadi. Mana lah pulak perginya. Ah.. jumpa pon. Tersorok dalam selimut pulak.

1 New Message.

Klik..klik… dan nama Nana terpampang dalam Inbox aku.

Aku baca SMS tu..

Lan.. I’m sorry. Sorry pasal x dpt dtg that other day, and sorry coz I don’t feel like answering any call. Linda dh cerite kan? About arwah and everthing.

Hmm, aku mengurut dagu. Memang Nana tengah bersedih. At least dia message aku, dapat tau keadaan dia macam mana pon dah ok. Takdelah letak halangan terus.

Yerp, Linda dah story. Sorry to hear about all that. Tak sangka awak tengah tertekan. I’m sorry again. Saya call sebab nak tau awak ok ke tak. Kalau awak tengah tak ok, saya tak kacau lagi.

Memang banyak yang aku nak tanya kat Nana lebih lagi pasal permintaan Linda. Adakah Nana tau apa Linda buat? Adakah Nana yang mencadangkan perkara ni kat Linda atau Linda sendiri memandai? Tapi memandangkan situasi macam tak mengizinkan, itu sajalah yang mampu aku balas.

SMS aku tu tak berbalas. Tak apalah. Sekurang-kurangnya aku tau dia ada. Lega sikit aku. Lalu aku bangun mengadap computer. Apa lah aku nak buat skang…

Tetiba handphone aku mendendangkan lagu Dewa. Eh, itu tandanya ada orang call tuh. Sapa la pulak. Aku tengok nombor, bukan Nana. 03-XXXXXXXX. Hmm..

“Hello.” Jawab aku pendek.

“Assalamualaikum.” terdengar satu suara lemah.

Sapa pulak nih??? Cuak dah aku. Suara pemanggil tu mcm Nana jer. Tadi kate taknak bercakap dengan sape-sape..

“Wsalam. Nana ke?

“Ye saya. Pakai fon rumah…”

“Boleh pulak awak call? Takpe ke nih?”

“Takpe. Tetiba saya terasa nak bercakap dengan awak.”

“Ayah awak tak marah?”

“Dia takde. Oversea.”

“Owh ok.”

Nana diam. Aku pulak tatau nak kata apa. Terasa janggal bila ada lebih kurang 30 saat sunyi tanpa komunikasi.
“Hmm…” aku cuba memecahkan kejanggalan.

“Tanyalah.” Tetiba Nana bersuara tanpa sempat aku cakap apa-apa. Nampak sangat Nana tau yang macam-macam bermain dalam fikiran aku.

Tapi, bila disuruh tanya oleh Nana, taktau pulak aku nak tanya apa. Banyak sangat sampai yang mana satu patut didahulukan pon aku tak pasti. Kalau silap tanya karang, naya je.

“Awak tak bagitau pon saya, awak dah bertunang…”

“Sorry Lan…”

“Erk. Saya tak kisah pasal tunang tu. Cuma risau jugak kalau orang salah anggap. Saya taknak kacau hidup awak.” Aku memulakan bicara. Rasanya OK kot start pasal citer tunang.

“I’m Sorry…”

Aiseh. Blank sungguh aku bila Nana cuma mampu cakap sorry, sorry dan sorry. Aku mesti lakukan sesuatu.

“Cheer up Nana. Saya tak marah awak pon. Takde ape yang awak kena sorry ngan saya. In fact, saya rasa sayalah yang kena sorry dengan awak.”

“Saya tahu awak tak marah. You’re a very good friend Lan. Walaupon baru kenal. Sebab tu saya mintak maaf. Sebab tak bagitau awal. Saya takut awak tak berani nak kawan dengan saya.”

“Hehe. Saya tak kisah ler. Cuma mungkin saya lagi berhati-hatilah bile treat awak. Karang saya kene kejar ngan parang pulak.” Aku berseloroh, cuba mengembalikan mood Nana.

Ternyata selorohan aku tu menjadi. Dengar jugaklah ketawa kecil Nana. Tapi ketawa tu berbaur kesedihan yang membuak-buak. Lega sikit takperlah kot. Karang kalau ketawa besar, orang kata gila pulak.

“Awak ni… sapa nak kejar awak dengan parang. Mandai je.” Balas Nana. Daripada suara tu, aku dapat bayangkan Nana tengah tersenyum.

“Mana laa tau. Tunang awak ke. Ayah awak ke. Linda ke…”

“Linda? Kenape dia nak kejar awak dengan parang pulak?”

“Erk…” Aiseh. Awal sangat aku tersebut nama Linda. Nak bagitau ke taknak? Aku terase macam mengadu pulak kalau citer kat Nana. Dilema sungguh. Pastu nanti tak pasal je Nana dengan Linda bergaduh. Aku tak nak jadi punca.

“Linda ade bagitau menda lain ke kat awak?”

“Erk.. camne ek nak cakap.”

Cepat wahai aku pikir jalan nak ngelakkan daripada tercerita.

“Linda ada cakap pasal Syed…”

“Oh ye ke. Dia kata apa?”

“Dia kata, Syed tu baik. Alim. Cool.”

“Oh…”

“Linda kata lagi, awak tak suke Syed. Btol ker?”

“Aah. Benci dia.”

Ok, part ni betul. Bukan rekaan.

“Kenapa?” tanya aku pendek.

“Pasal, isk.. segan saya nak citer.”

“Its ok. Kalau awak taknak cite pon takper… tak paksa.” Aku kasi ayat pancing. Padahal nak tau sangat-sangat.

“Hmm, ok ok saya cite. Tak tahu laa awak percaya ke tak. Setakat ni takde orang yang percaya saye.”

“Uiks, macam serius je bunyi.” Aku buat-buat tak tahu. Walhal Linda dah bagitau dah kenapa.

“Memang pon. Awak tau tak ape tu ringan tangan?”

“Erk.. ringan tangan? Maksudnye rajin kan?” Aku berdalih lagi.

“Itu ringan tulang. Saya cakap ringan tangan…. Asyik naik je tangan tu.”

“Pukul?” aku mendapatkan kepastian.

“Tak. Isk, camne nak cakap nih.”

“Ok. Ok. Slow slow. Saya tunggu.”

“Haih… saya nak cerita tapi saya malu.”

“Then let me help you. Dia suka pegang-pegang?”

“Erk. Aaa.. haa…” aku dapat rasakan nada malu daripada suara Nana.

“Linda kate die alim. Takkan lah dia suka buat camtu.”

“Itu lah pasal kenapa orang tak percaya saya… Sebab depan orang lain dia tunjuk baik.”

“Ooo, dia suke berlakon rupenye. Tapi awak selalu keluar dengan Syed kan?”

“Mula-mula dulu. Tapi dia makin menjadi-jadi. Sebab tu kalau boleh taknak keluar dengan dia.”

“Awak dah cakap kat ayah awak?” tanya aku lagi.

Nana terdiam. Tak tahulah diam sebab dia dah cakap, atau diam sebab dia tak pernah cakap.

“Dah..” jawab Nana perlahan.

“Then apa ayah awak buat?”

Lagi sekali Nana diam. Mungkin teringat sesuatu.

“Saya kene marah dengan ayah.”

Pelik aku. Kenapa ayah sendiri taknak percaya cakap anak dara dia? Kawan pulak lagi mementingkan apa yang dia nampak. Tunang perangai macam hampeh. Macam sial. Berderu-deru darah mengalir dalam badan aku, memang marah lah nih.

“Awak rasa kenapa orang tak percaya cakap awak…?”

“Pasal dia pandai berlakon lah.”

“Itu satu sebab. Tapi yang paling penting, pasal diorang rasa awak nak larikan diri. Reka cerita. Sebab tu orang tak percaya…”

“Hmm. Tapi awak percaya?”

“Saya?? Entahlah. Tapinya saya tak percaya dia tu baik sangat macam Linda cakap. Mana ada orang dalam dunia sekarang yang melampau baik, sampai Linda sanggup compare saya dengan Syed tuh.” Kata aku, dalam keadaan mendidih bila terkenang kembali.

“Linda compare awak????”

“ERK.” Terrrrkantoi lagi. Cis.

“Apa dia cakap???”

“Haih. Saya taknak cerita kat awak. Nanti korang bergaduh, jadi salah saya pulak…”

“Bagitau je kat saya. Saya tanggung semua.”

“Betul ni? Tapi saya harap awak tak gaduh dengan Linda.”

“Insya Allah tak. Saya dan Linda pernah gaduh kes lagi besar, tapi kitorang remain best friend.”

“Ok…” aku ragu-ragu, tapi dalam masa yang sama aku nak cerita jugak.

“I’m listening.”

“Linda mintak saya jauhkan diri daripada awak, for your sake. Sebab dia kata Syed tu memang dah cukup bagus. Dia kata pasal saya, awak selalu lari daripada Syed. Dan dia kata jugak, Syed ada report kat ayah awak, lepas tu awak kene marah.”

“Hmm…”

“Jadi, dia taknak awak kene marah dengan ayah awak lagi. Lagipon dia kata awak takleh lupakan arwah, sebab tu awak selalu carik alasan…”

“Hmm…”

“Itu jerlah..”

“Ok. First thing first. Saya dah lari daripada Syed seblom saya kenal awak lagi. Secondly, memang saya kena marah teruk dengan ayah. Kalau saya silap, saya tak kisah. Tapi saya betul. Saya mangsa. Thirdly, saya dah berjaya lupakan arwah sebenarnya. Tapi tak terbukak hati untuk new person in my life. Itu saje. Takkanlah tak boleh nak jadi single kan?”

“I see…Awak tak pernah cuba report polis pasal kelakuan Syed?”

“Tak berani lah…”

“Hmm. Complicated jugak masalah awak nih. Macam mana nak kantoikan orang yang suka buat harassment nih.”

“Itu yang saya pening awak… Bila cakap, orang tak mahu percaya.”

“Mungkin pasal awak selalu ringan-ringan kot dulu.. hihihihi.”

“Hish AWAK! Ape nih. Saya baik tau. Dulu dengan arwah, setakat pegang tangan je. Not more than that. Linda pon tahu. Saya bukannya jenis murahan, kasi pegang sana sini.”

Adeh, tak pasal aku kena marah. Itulah sapa suruh mulut celupar sangat aku nih. Hehehe. Tapi sekurangnya suara Nana dah tak lemah macam tadi. Sudah bertenaga sikit.

“Ok, ok. Saya percaya. Hehee. Sorry, buat lawak je tadi. Gurau-gurau je. Janganlah marah.”

“Tak marahhhh. Huh.”

“Adeh. Berbalik pada kes sekarang, awak kan tunang Syed. Nanti dia dapat jugak awak bila kawin.”

“Tapi Lan, dah kawin dengan belum kawin kan lain. Seblom kawin kene buat cara seblom kawin. Dia takde hak nak buat camtu kat saya. Lagipon, kalu seblom kawin camni, perangai mesti teruk. Berlakon, menipu, harass..”
“Saya paham. Jadi sekarang kenalah buat sesuatu. Memandangkan World Cup dah nak start, saya rasa untuk sebulan ni, baiklah saya tak contact awak sangat. Masa tu awak tunjukkanlah kat Linda, tanpa saya, perkara yang sama pon terjadi. Dan awak cuba slow talk dengan Linda pasal kes awak nih.” Aku memberi cadangan yang panjang lebar.

“Awak taknak contact saye? Sedihnya…”

“Erk. Bukan takmahu, tapi sekarang kalau saya dan awak je, memang tak cukup untuk buktikan pasal Syed. We need more allies. So perkara pertama yang awak kena buat ialah, dapatkan kembali kepercayaan kawan-kawan awak tuh.”

Memang benar, kalau seorang diri, susah nak buat apa-apa. Tujuan aku memberi cadangan sebegini kat Nana ialah supaya, aku dapat tunjukkan kat Linda, tanpa aku, semuanya masih sama. Aku bukanlah penyebabnya. Syed lah gunting dalam selimut. Lagipon, tanpa aku, mungkin Nana lebih senang mendapatkan kepercayaan Linda.

“Awak bagitaulah Linda, saya dah tak contact awak semenjak Linda jumpa saya. Tapi awak buat-buat tak tahulah apa yang terjadi. Then awak slow talk dengan Linda, pillow talk ke, tak kisahlah ape-ape. Dan jangan lupa bagitau isi hati awak Nana. Biar Linda tau yang awak tak teringatkan arwah dan lain-lain. Awak cuba yakinkan dia. Nanti lepas World Cup, insya allah saya contact awak balik…”

“Ok…”

“Hehehe, itu je lah kot. Nanti sepanjang World Cup, saya cuba fikirkan satu cara untuk tolong awak. Ok?”

“Hmm… ok…” jawab Nana macam sedih.

“Awak nanti sokong mana? I mean World Cup.” Tanya aku memujuk Nana secara indirect.

“France. Awak?”

“Oh, Italy kot. Hehehe.”

“Sapa kalah kena belanja makan. Ok?” Nana memberi cadangan, yang agak bernas.

“OK. Saya tak kisah. Janji awak tak ngelat dah le.”

“Hehehe, tak mainlah ngelat-ngelat nih.”

“Oklah Nana. Lame dah kita bercakap, karang tinggi bil awak. Tak pasal je kena marah dengan ayah nanti. Don’t miss me alright? Hehehe.” Aku terpakse tamatkan perbualan telefon ni. Semuanya sudah jelas. Aku mesti menolong Nana!

“Hihi. But I will. Thank you very much Lan. See ya after World Cup lah. Bye2”

“Bye…”

Sejurus letaknya telefon.. ligat otak aku memikirkan jalan! Takpe, aku ade sebulan masa untuk carik idea.

Dan selama sebulan jugaklah, kami tidak berhubung langsung….

38 comments:

Anonymous said...

yey.. aku org fes comment lg =p

huhu.. dh lepas sebulan drpd world cup ni, ape resolusi die?

Anonymous said...

aiyooo..
bahaya wooo.. ckp guna tepon umah..
woo woOooo..
nanti kalau bapak dia detect nomo tepon.. aihh..

Anonymous said...

owh...
baru paham...
ceriter ni sebelum W.Cup..
skarang ape citer ???
dah lama dah abih W.Cup..
x contact lg ke ???
xkan penulis x cukup ayat kot...

Anonymous said...

aih..snub update citer yg berlaku 1 bulan lepas...so whuts up sekrang ni?

Anonymous said...

ler citer ni dah lame ke.. sengalnye.. asal x ckp awal2.. nway lan.. tlg citer sket ape dah berlaku.. ke mmg x de pape since wold cup nih? isk..

Anonymous said...

snub dah bagitau awal2 ler.. cuba try tgk2 yang lepas2 nyer.. adeh la korang ni.

Well, one two words for you snub.

LEVEL UP!

Unknown said...

kesian sgt kat nana
hopefully lps world cup dpt selesaikan masalah tu *ikon doa

Snubby, Don of Anime said...

huhuhu. cepat korang ni yer..

celes: resolusi die nanti aku ceritalah. kalu aku citer sumer sekaligus, nanti aku takde mende nak ditulis. korang jugak yang merana kalu takde bahagian dah.

idacs: yeay idacs pandai! hehehe, tuh satu hint dah berjaye diteka oleh ida.

masterpiece: dah bagitau awal2 mende ni sblom worldcup. mesti bace start tengah2. hehehe. penulis tak pernah kekurangan ayat, tapi pembaca kene sabar, sebab kalau penulis bagi semuanya skali, dah takde thrill utk pembaca.

anonymous: sekarang nih, tunggu jelah the next episode. hehehe. ok, more hints: campur tangan orang tertentu yang lebih dasat.

missgui: lepas worldcup, dah berkontek2 balik. tapi sebulan tu mmg cuti. hehehe.

marq: hehehe, terima kasih, terima kasih. level aku tetap same jer.

aeisya: hmm, hints lagi: separuh setel separuh tak setel. hehehe.

Hani said...

Dan selama sebulan jugaklah, kami tidak berhubung langsung….

dan selama sebulanlah kite semue kene tunggu update baru...

ps:abead, dtg x konvofair?

Snubby, Don of Anime said...

hani: isk dia nih. cube tulis sikit satu citer, kite tengok baper bulan baru update. Mesti setahun baru ade sambungan. payah woo nak maintain, pasal, menulis kene ada mood. bila takde mood, tulis pon takbest, orang bace pon ngantuk.

aa..tak datang kot konvofair. hehe. takde sape yang best utk ditengok. kenangan2 silam yang pahit je lah kot ade. HAHAHA.

Anonymous said...

cerita macam dulham hei le jayenge. apa lagi shah rukh khan kena berbaiklah dengan bapak kajol, huhu.

Anonymous said...

Makin lama aku baca cerita ni, makin aku dapat rasakan yang Yap boleh kamceng dengan si Syed tu... HAHAHAHAHA...

Anonymous said...

Hahaha ceharem...
pasni confirm nama aku jadi Syed Yap..

Snubby, Don of Anime said...

wcj38: adeh tak tgk hindustan lah. sori. hahahaha.

rearrange: korang mmg bukan kenangan pahit, tapi korang jugak bukan apam manis. Hahahaha. Aku buat lawak je. Insya allah kalu sempat aku datang. Itupon kalu aku berjaye carik baju melayu hijau(nak pakai hari sabtu nanti). Dah setel baru dapat pergi.

Shaheeran: hahahahahaha abih dengan ko tak kamceng?

Yap: nice idea! Syed Yap. Byk sungguh huruf 'Y'...

Anonymous said...

lan

tade istilah gunting dalam selimut
samada...
gunting dalam lipatan...
atau
musuh dalam selimut
hehehehehe

(ko nak aku komen...ni je aku mampu)
hehehe

Anonymous said...

Haha... Syed Yap... ada bunyi Arab sikit..

Snubby, Don of Anime said...

syuk: wahai encik.. saya sebenarnye menggabungkan kedua-dua peribahasa tuh. Hahahaha. (malu seyh aku kantoi bahasa melayu. tp sekurang2nye dah cipta peribahasa sendiri).

afadhli: arab tp cina. macammana tuh? HAhahaha.

Dils said...

haha.. ye le tu gabungkn dua2 peribahasa.

Aku ekceli tadek mende nk komen. Haha. Gatal jugak la nk naip.

Syed. Bile cakap org nama syed mesti terbayang, putih2... ade misai jambang or goatee cikit2.

Hehe. Persoalan lepas ni . Adakah Linda akan memakan kata2nya sendri.

Anonymous said...

hurm pada dila dia rasakan syed tu putih2... ade misai jambang or goatee cikit2.

pada aku syed ni tak ubah mcm mamak n iras2 mcm india cuma gelap kopi susu tak mcm kopi kaw.

tpi pada aku lan, ko dah jdi sama mcm puisi yg aku karang ni....

/sambungan dari komen episod sudah

Terjaga dari tidurku, Terima panggilan dari jauh, Katakan saja kau rindu (kata lan dlm ati, tapi segan2 nak ckp), Setahun kuhilang arah...(puisi aku sethn tapi lan sebulan), Kutempahkan tiket sehala
Malam ini kitakan bertemu, Tunggu dibawah lampu...(bwh lampu limpah WC2006, muahaha)

/deraman

Anonymous said...

Erkk.. No Comment.... next post please.. Hahaha

Fadhli

Anonymous said...

wah....sedikit sebanyak,cam terungkai sket persoalan..tapi,spanjang wc tu,mmg xde mende yang berlaku ke?mane tau nenek kebayan tu carik kau ke,syed tu tetibe ajak bergasak ke...xde eh?anyway...cecepatler post the next chap yerk!!

-mizz_aszni-

Anonymous said...

Tak semestinya kamceng dengan Yap, bermakna kamceng dengan aku hehe. Sebagai contoh, Yap kamceng dengan Izard, tapi aku tak kamceng dengan Izard... HAHAHAHAHAHAnjret...

Btw, See you guys this Friday night! Main futsal (kalau ada). Aku sampai KL jam 3pm Jumaat ni. Sempat la aku melacur kejap kat KLIA pastu balik tido, bangun gi main futsal dan lepak minum dgn korang kat Tanjung.

Snubby, Don of Anime said...

dila , deraman: syed tu rupa dia macam melayu biasa. tak putih, tak mamak pon. Sekadar melayu biasa yang tak baper cerah, ade jerawat sikit2, berjanggut tak bermisai(konon2 alim) ngan mata mcm lebam (konon2 celak).

fadhli: no reply for the comment.

miss aszni: nope. sepanjang worldcup, memang kitorang clean. Erk, maksud saye, memang takde ape2 berlaku sebab tak kontek langsung. Apa yang terjadi kat Nana pulak.. semuanya dapat tahu lepas WC.

Shaheeran: Hahaha, nice example. Dah balik sini ke beb? Jumpe di futsal nanti....~~~

Anonymous said...

Owhh tuh ke maksudnye ringan tangan?? aku ingatkan die suka pukul...(aku naif)

Btw lan mase ko dok bawah shower selama sejam tuh, tangan ko kat mane? hehehehe

Snubby, Don of Anime said...

iceroll, atmostfear: sebenarnye, penulis tak silap guna peribahasa. Memang ringan tangan tu maksudnye pukul, bukan raba. Igt tak satu perenggan tuh.. penulis tulis..

[i]Linda: Saya pon tak pasti, tapi bila saya tanya Nana, dia kata, Syed tu ringan tangan.

Aku: Hoh? Maksud awak kaki pukul?

Linda: Mungkin jugak ringan as in... raba?[/i]

Kat sini penulis sendiri konfius sebab masa sekolah belajar peribahasa banyak! Penulis memang igtkan kes pukul! Tapi sebenarnye bukan. Jadi Nana dan Linda lah yang salah guna peribahasa, tapi memandangkan mungkin kamus kata-kata diorang terhad, penulis terima saja. Lagipon, agak2nye apa peribahasa yang sesuai utk kaki raba???

Rasa macam tak ada. Dulu-dulu mane ade kes raba-raba. Paling dekat term yg sesuai pon... sexual harassment.

Jadi pada pendapat penulis, demi utk mengekalkan ketepatan cerita, penulis pakai je term asal Nana dan Linda, iaitu ringan tangan.

Anonymous said...

Alahai...... lelaki sejati..... Sangup tungu 1bln......
"Mr Snub.... The Love Doctor....." Ouch !!

Anonymous said...

quote:"agak2nye apa peribahasa yang sesuai utk kaki raba???"

dalam konteks ni..'tangan yap'

Snubby, Don of Anime said...

qwerty: erk~!

anonymous: hahahaha.

Anonymous said...

Bagus Lan! Diamkan diri je buat sementara waktu. Kalau dia rindu nanti dia contact kau la tu nanti. PUSH & PULL strategy mah ~

Aku pun tengah buat macam tu sekarang. Dengan siapa? Biarlah rahsia ~ lol

Aku sampai KL Jumaat ni (25 Ogos). Abang iparku pula, Taufiq, sampai KL, 26 Ogos ni. Marilah kita menyambut Merdeka bersama-sama ~

Anonymous said...

alahai...sambung lagi...bak laa cerita aku taipkan...adeh...

Snubby, Don of Anime said...

shaheeran: sempat ke ko nak datang futsal drpd klia? tak penat ke flight drpd german, sampai2 terus ke futsal? huhuhu, gagah seyh.

squallion: alaa, takyah yg lain, cube ko karang balik post nih guna ayat ko. hehehe, tgk sikit camno. kalu menarik, cepat dan efektif, aku akan serahkan citer Nana kat ko utk ditulis, amcam? THehehe.

Farah Wahidda said...

erm...

Anonymous said...

wah snub berbaju ijau malaya.. hahaha.. bagus2.. nko bab mengayat mmg no.1..

menanti sebauh update lagi..

Anonymous said...

and that's why we hire you..we know you can do the job maah..hehehe..jgn laa marah senab...

Snubby, Don of Anime said...

farah: hmmm jugak.

huruf ke 11: aku mane pandai ngayat beb..adeh.

squallion: erk, dok ehh, mane ade marah. hahahaha.

Anonymous said...

haihh lah snubb... tinggi tul resistence level ko..

Snubby, Don of Anime said...

nostradamus: haha, resistence tinggi berkat pengalaman hidup. mcm2 berlaku, daripada situlah aku belajar. terutamanya belajar camne nak deal dengan situasi2 yang memerlukan quick decision/thinking dan bersabar walau ape pon terjadi.

nak belajar kalu, boleh lah jumper aku. jgn luper bwk pengeras - teh o ais limau segelas. hahaha.

Anonymous said...

hihihih... tak sangka sudah diupdate... gaya penceritaan hebat... bleh buat citer cam ang lee nie... bangiback mountain...