Tuesday, August 15, 2006

Bahagian 11: Cempedak jadi Nangka

Lewat sikit bubuh lagu tema. Samsons - Bukan Diriku.

Semuanya berjalan dengan lancar. Malah, terlalu lancar sampai aku terase tak best pulak. Pergi tengok wayang diapit 2 orang perempuan ayu, lepas tu pergi makan, sambil sesi suaikenal dengan cik Linda yang aku baru kenal. Takde kejadian menarik berlaku. Takde kentut mengentut keluar. Pendek cerita, lepas tengok wayang tu, semuanya normal belaka.

Oh mungkin ada satu lah kot. Dapat nombor telepon Linda. Yippee~~

Lepas tengok wayang arituh, hidup berjalan seperti biasa. Tapi mungkin kurang sikit berkomunikasi dengan Nana pasal dia kata dia bizi. Jadi aku pon malas nak kacau. Lagipon kalu ade acara keluar dengan Nana pon, semuanya macam biasa, macam orang lain selalu buat. Tak ada yang istimewa.

Kemudian, satu hari, lebih kurang seminggu sebelum world cup, aku perasan yang Nana tak contact aku lame dah. Ada dekat seminggu jugak. Membuatkan aku tertanya-tanya, apa yang berlaku. Aku memang tak akan contact Nana lah, pasal awal-awal lagi dia kata dia akan bizi. Hanya akan balas sms kalau dia sms aku dulu. Tapi ini dah seminggu senyap.

So bak kata orang putih, ingin tahu membunuh kucing itu. Hahaha. Maaf, direct translation pulak. Maksud aku, curiosity killed the cat. Jadi aku mengambil inisiatif untuk call terus Nana…

“Hello.. Nana?”

“Hello. Hai Lan..”

“Erk. Hai. Apasal lemah je suara ni? Penat kerja ke?”

“Hihi. Tak kerja dah.”

“Hoh?? Siyess?? Dah berenti ker?”

“Isk awak ni Lan. Kalu tak kerja dah mesti laa berenti…”

“Mana tau kene pecat ke.”

“Mulut… takmoh kawan ah.”

“Alololo. Sorry, sorry. So bila awak berhenti ni?”

“Hihi, tau cuak. 2 hari lepas.”

“Kenapa berhenti???”


“Pasal saya dapat offer kerja dah.”

“Oh. Dah nak start kerja betul-betul ker… bestnya.”

“Itu lah. Lan..”

“Yerp? Kenape? Awak ni saya dengar lemah je bunyi. Sakit ke ape???”

“Huhu. Sakit gak.”

“Sakit ape??? Dah gi jumper doktor??”

“Sakit hmm.. sakit orang pompuan. Takde doktor leh rawat pon…”

“Ye ke? Hmm. Meh sini, Doc Lan power. Ok cik, sile bagitau cik sakit kat mana.”

“Hihihi. Memain yer? Sakit kat hati. Boleh tolong ke doc???”

“Erk. Insya Allah. So kenapa cik Nana sakit hati??”

“Hmm.. takmoh cakap kat teleponlah.”

“Kalau camtu, cik Nana boleh set appointment dengan saya.”

“Ooo ye ke? Doc Lan tak bizi dengan patient lain?”

“Sekarang ni tak ramai patient. Jadi masa utk cik banyak.”

“Ok. Kalu camtu kite jumpe petang ni? Banyak mende nak cakap kat awak.”

Terkejut aku dengar ayat Nana tuh. Banyak mende? Aku rase macam luahan hati, tapi entah kenapa, perasaan tak seronok tu membuak-buak. Walaumacammanapun, sebagai seorang kawan yang sejati, aku mesti bersedia untuk meminjamkan telinga. Bagi pinjam part lain pon aku sedia kasi. Hehehe.

“Kalau camtu..hmm.. oklah. Kat tempat biasa kan?”

“Taknak tempat biasa. Nanti bebudak tempat saya kerja tu ada. Awak ada cadangan lain?”

“Hahaha. Kalau awak tanya saya, mamak dekat rumah saya ni atau dekat seksyen 15. Awak sanggup ke datang?”

“Tak kisah. Kite jumpe dekat Petronas Seksyen 15, boleh?”

“Jumper kat Petronas buat ape. Bukannya boleh minum pon.”

“Isk. Jumper lepas tu kite pergi laa minum. Awak ni….”

“Hehehehe Ok, ok. Jangan marah.”

“Its’kay. Oklah, petang ni kol 5. Bye.”

“Erk.. ok… bye.”

Tak sempat aku nak bergayut panjang dengan Nana, dia dah bye dulu. Memang kedengaran suaranya macam banyak masalah. Aku tak dapat nak mengagak masalah apa, mungkin masalah keluarga. Mungkin masalah kawan-kawan. Kalau masalah cinta camna??? Aduh…. Tetiba terasa perut aku tak sedap. Kepala pon pening. Redha je lah…

Petang tu, seperti yang dijanjikan, aku tunggu dekat Petronas seksyen 15. Resah menunggu. Kejap-kejap aku tengok skrin telefon aku. Takde call. Hmm. Lupe ke Nana?? Aku nak hisap rokok pon susah ni, dekat stesen minyak. Terpaksalah aku melangut sorang-sorang sambil menunggu.

Tukk tukk. Cermin tingkap aku diketuk. Terbantut kejap lamunan aku. Hehe, dia sudah datang~~~ Lama tak nampak muka, ada sikit rindu lah. Kihkih.

Eh?? EHHHH??? What the…???

Kat luar kereta, aku nampak Linda tersenyum memandang aku. Aik, Nana yang janji nak datang, takkan Linda yang sampai? Ke secara kebetulan je Linda berada dekat situ? Oh, pening-pening. Kantoi aku tengah tunggu nak jumpa Nana.

Aku matikan enjin kereta, dan cepat-cepat keluar untuk bersapa dengan Linda. Lagipon tingkap kereta sebelah driver takleh pakai. Nak tak nak memang kena keluar jugak.

“Assalamualaikum Lan…” Linda beri salam.

“Waalaikumussalam. Tak sangka jumpa kat sini ye.”

“Hehehe. Sebenarnye memang dah dijangka.”

“Hoh? Maksud awak?”

“Apa kata kita pergi minum dulu. Awak takyah tunggu Nana dah.”

Otak aku kosong. Mata aku taktau nak pandang mana. 5 Deria aku berterabur. Deria keenam aku langsung takleh pakai. Aku sesungguhnya tak paham apa yang Linda cakap nih. Tapi aku mengangguk jer dengan muka penuh kebuntuan.

Kami pergi minum dekat restoran Farees, berdekatan dengan stesen minyak Petronas nih. Lepas dah pesan air apa semua, aku pandang Linda dengan rasa tak puas hati. Apa yang berlaku sebenarnya? Mulalah perkara-perkara buruk bermain dalam otak. Nana eksiden lah, Nana lari daripada rumahlah, Nana itulah inilah. Haih… rasa gemuruh macam aku ni salah seorang pelajar Akademi Fantasia pulak. Cool man, cool..

“Saya tak paham ni Linda.”

“Relaks, relaks. Takde apa yang buruk berlaku kat Nana tu pon.” Tenang je Linda jawab.

“Oh, ok. That’s good to hear. Saya dah pikir macam-macam.”

“Hahaha. Saya paham. Mesti awak suka kat dia kan?”

“Erk. Too obvious ke? Hahaha. Suka pon apa saya leh buat.”

“Well, that is exactly why I’m here to see you Lan.”

“Hoh?? Maksud awak??”

“Memula skali biar saya sampaikan pesan Nana. Dia mintak maaf pasal tak dapat datang, sebab something comes up. So Nana mintak saya datang jumpa awak.”

“Tapi.. dia nak jumpa saya pasal kata nak cite banyak mende.”

“Saya tahu. Nana suruh saya ceritakan kat awak dulu. Briefly. Mungkin nanti dia citer kat awak yang panjang punye.”

“Oh.. ok. Bunyi macam serius je.”

Linda memandang aku tepat ke mata. Sampai aku rasa tak selesa. Memang daripada riak wajah Linda nampak serius. Aku tak berani nak buat lawak apa-apa.

“Ok.. Mula-mula, saya cite dulu apa yang Nana nak suruh saya cite kat awak.”

“Ok…”

“Kemudian, saya akan cite pulak daripada pandangan saya.”

“Erk? Ok… satu soalan.”

“Ye?”

“Ada kene mengena dengan saya ke? Sebab saya ingatkan Nana just nak cerita2 je.”

“Hmm.. ade…”

“Erk!!!”

“Ok.. ceritanya…”

Aku mendengar dengan penuh minat. Cerita yang dikatakan ada kaitan dengan aku. Cerita yang dikatakan sangat serius. Jangan lah kata aku telah termengandungkan Nana pulak. Itu ada yang nak kena sebar fitnah nanti.

Linda asyik bercerita dekat aku. Patah demi patah keluar daripada mulut Linda. Dan semakin banyak Linda bercerita, semakin ternganga aku. Memang aku tak terfikir langsung mende camni boleh terjadi! Aku menggeleng-geleng kepala…

Dan daripada citer Linda juga, aku rasa banyak persoalan aku tentang Nana terjawab.

“Sekarang awak dah paham??”

“Hmm… macam tak caya.”

“Itulah kebenarannya…”

Aku mengeluh… keluhan yang sangat berat.

-bersambung lah lagi lah-


30 comments:

qemmal~ said...

waa,nape tergantung di sini setelah berkurun lame menanti.menggugat keimanan nie..

byk nye persoalan di minda,apakah yg berlaku?

Yap Ah Boon said...

Arghhhhh.....

Apa sudah jadi....

waklu said...

kaninna.. ape linda cite woi

circleinspoon said...

kurengla kau!!! cter tak abis. adoi... sapsen btol!!!

Dila said...

kureng... tulis punye tulis.. skali duk tulis foreword aje.

Ni dh abes tulis ke belom yg cite penerangan sebenar ni?

Huhuhuhuhu. Nak aku agak kee.. aku rase mcm leh agak.. Tapi mcm spoilt aje. So aku ...tungguuuuuu

celes said...

isk.. sakit jiwa.. cepat sket sambung.. isk3... saspen~

Snubby, Don of Anime said...

qemmal, waklu, yap, circle: diharap bersabar. next post apa yang linda story tu akan ditulis. mind u, its not a good thing though. kalu aku letak citer ni skali dlm bahagian 10, nanti jadi sangat panjang.

insya allah dlm 2-3 hari lg.

dila: cite penerangan tu nanti aku akan tulis. tp kalu ko nak agak, dipersilakan. nak tengok gak sejauh mana korang punye jangkaan. nanti kite compare, tgk dasyat ke tak dasyat citer linda tu. huhu.

Snubby, Don of Anime said...

celes: itulah..sakit jiwa gak aku. Hehehe. Kadang-kadang aku terpikir kenapa aku selalu sangat jumpe kes pelik2 dalam arena percintaan. hahaha, dah nasib.....

Rozie Rais said...

aaa..demm aa lan..slalu tergantung camnih..tertekan aku..ngeh3

melmuhd said...

haihh.. baru nak suspen dah terbantut. brek mengejuttt siall..

Khairul said...

hihihi melampo aa lan.. ni dah lebih dari trilogy dah ni panjangnyer....

F00 said...

lan,
arghhh!

sekian.

Snubby, Don of Anime said...

mintak maaf semua~~~ aku bukannya saje2 nak biarkan citer tu abis gitu. tapi kalu aku citer sekaligus, nanti korang takde feel bace the next episode. Sebab bahagian 12 ni aku kira salah satu kemuncak jugak laaa.

Semuanya berlaku sebelom worldcup itu hari....

Farah Wahidda said...

isk56...citer separuh jln!

tp bile dah lama2 baca kisah Nana ni, terasa mcm drama arr pulak! cihihi...

!Next

danial17 said...

ko patut try anta manuskrip kat kampeni wat novel la lan

[re-arrange] said...

snub...

fak u!!

penat aku baca...tergantung??? arghhh saket jiwa!!!

afadhli said...

Nice sequel. Can't wait to read the next one. TENGAH BORING GILER NIH!!

Anonymous said...

pergh...apesal lah suke nak tinggalkan question marks kat setiap post? penat r..nak tunggu next chapter..anyway..nice flow...makes me can't wait for the next post...gambatte' ne!!

-mizz aszni-

k said...

buku novel yg nko copy paste tu terbelah 38 ke lan? still mencari part sambungan die yer..
dari nana ke linda.. jgn pasni janda sudah

anyway nice update... its been so long dat i haf read a gud malay story.. by a damn kewl story teller..

Hani Mialystic said...

ok fine.

fineeeeeee.

sambungla taun depan.

-away:kelas-

nostradamus said...

"Sbenarnyakan Lan, Nana balik kampung ari tuh bukan sebab atuk dia sakit pon..." kata Linda.

"Huh.. Pastu sebab apa lak...?" tanya aku..

"Dia balik sebab ade org masuk minang.. Dia x leh nak wat apaper pon sebab family dia suka kat mamat tuh..." Balas Linda.

"Erk...."

"Nana sbenarnya suka gak kat awak Lan, tapi ye lah nak wat camner, pilihan keluargakan.."

Heheh...tul tak Lan????!

Snubby, Don of Anime said...

farah: Hidup ini memang sebuah drama pon. HEhehe, jadi tak hairanlah kalu awak terase macam ada persamaan. Kita takleh lari dengan kancah kehidupan.. cewah.

danial: hahahaha, sah2 aku kene reject punya. Bahasa aku pakai ni bahasa simple, rojak. Nak antar novel kene tulis ayat skema. Tapi teori aku laa, sebabkan bahasa simple ni orang lagi selesa sebab lebih dekat dengan kehidupan seharian kite. Maksud aku, ade ke orang malaysia yg cakap melayu skema 24jam? Huhuhu.

rearrange: hahahahahhaha, relaks dude. bukan tergantung, tapi aku berhenti kat situ supaya korang sumer lagi excited nak tau next citer. Lebih anticipation. Dan mungkin jugak supaya korang lebih ready utk bace lepas ni, something shocking~~ OMG! Huhu.

afadhli: jangan aa time boring jer ko bace. Bace time ko tengah bizi gak ler. Hahaha. Boleh ilang stress, itu yang orang cakap kat aku ler.

mizz aszni: sebab, citer ni citer benar. Maka, bila ianya kisah benar, banyaklah yang tergantungnye. Kita mana tau apa akan jadi pada masa depan kan? Bayangkan, kalau anda semua rase sakit jiwa ke, ape ke, dengan hanya membaca citer ni, apa pulak yg saya rasa?? Im in the frontline, berganda2 rasa cuak sakit dan sebagainya. At least let me share the pain and laughter with u guys the way i perceived it. Cewah..lagi sekali.

k: sesungguhnya, aku jarang menulis banyak2 chapter pastu baru post. Selalunya, bila aku kate ada update, maka bermakna aku memang baru je habis menulis chapter tuh. Aku tak tulis awal-awal sebab, sumer plot dah ada dalam otak aku, after all its all my memories beb. Good malay story? Hahahaha, makasih2.

hani: hahahaha, jangan laa marah saye cik adik oiiii. keluarga kene support keluarga kan?

nostradamus: close.. but not quite the truth. Cuba lagi~!

circleinspoon said...

from snubby : "Im in the frontline, berganda2 rasa cuak sakit dan sebagainya. At least let me share the pain and laughter with u guys the way i perceived it. "

Iya snubby!!!kami akan menyokong anda!!! jgn mudah putus asa!!! Aku harap, betulla ni citer benar. kalo citer kelentong2 aje...kenala kau...

afadhli said...

What the... Snubby quoted,"Close.. but not quite the truth"? I think I'm also felt the same way as nostradamus.

Anonymous said...

hahaha~pandai syial snub nie wat cter...kalo dh close tu kn,maknenyer kecewa la nie???huhu~

btw,nk lepak fareez ajak la aku lenkali....leh cter secara details...maner la tau bley wat script...masuk samarinda...hahaha~


p/s:kecewa fareez dh xder gelas besar:(

sQuaLLion said...

arghhhhhhhhhhhhh..!!!!!!!!!!!!
senabbbbbbbbbb....!!!!!

Snubby, Don of Anime said...

circle: makasihhh.

afadhli: hehehhe. tungguu.

anonymous: kecewa..tapi....hehehe.

squallion: iyaaaaaaa~~

Snubby, Don of Anime said...

circle: makasihhh.

afadhli: hehehhe. tungguu.

anonymous: kecewa..tapi....hehehe.

squallion: iyaaaaaaa~~

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! »

Anonymous said...

This is very interesting site... Porno+interracial 1973 buick riviera parts area rug in frisco tx Arizona aguila accutane lawyer rating Xanax pregnancy sanax How long does imitrex stay in your boby winsor pilates on ebay Lexapro problems