Wednesday, August 30, 2006

Bahagian 14: Bulan Baru, Buku Baru

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat Hari Merdeka yang ke-49 buat semua rakyat Malaysia tak kira di mana anda berada. Lagu tema post kalinih, Syurga - 8 Hari Seminggu.

----------------------------

Satu bulan… aku layan World cup.

Satu bulan… takde contact.

Dan satu bulan jugak… aku tak ketemu dengan idea nak menolong.

Parah.. parah. Aku dah janji nak tolong, tapi sampai habis world cup satu hapak idea pon tak mari. Tak keterlaluan kalau aku cakap, sebenarnya aku terlupa pasal janji aku. Hehehe. Keji sungguh diri ini.

Tapi sebulan World Cup tu terasa sunyi jugaklah. Tiada SMS. Tiada Call. Tiada jumpa -jumpa gurau senda. Kalaulah tak kerana bola, memang kesepian yang amat aku nih. Sedaya upaya aku memfokuskan diri pada bola tiap-tiap hari, supaya aku tak memikirkan sangat masalah ‘kerinduan’. Isk, jiwang la pulak ayat.

Masa sebulan tak berhubung, ramai jugak yang tanya aku…

“Ape citer Nana? Lama tak update.”

Aku diam jer. Balas soklan dengan senyuman.

Yoda pulak masa lepak rumah aku 2 hari tu tanya camni…

“Tak nampak pon hang ligat main SMS. Tak mcm orang bercinta pon.”

Aku senyum jugak. Geleng kepala sikit-sikit. Mana ada aku bercinta bai, jawab aku kat Yoda. Lepas tu aku diam tak menjawab soklan. Biarlah rahsia… (takde lah rahsia mana pon, dah ramai baca kat blog aku ni. Hehehe.)

Jadi kalau orang tanya aku, apa citer selama sebulan?

Jawapannya.. yilek. Totally takde ape. Sungguh-sungguh menyepikan diri.

Banyak kali jugak aku cuba nak SMS atau Call Nana… tapi memandangkan aku sendiri yang kasi idea untuk timeout (cewah macam kapel lak ade timeout-timeout nih), aku batalkan je hasrat aku tuh. Barangkali Nana pon camtu gak. Nak SMS atau Call aku tapi tak jadi. Aku dapat rasakan aura sebegitu… hehehe.

Kenapa aku cakap Nana tak sabar nak contact aku? Haaa. Ingat tak aku pernah post pasal Italy menang dulu? Tengah-tengah menaip post tuh tetiba dapat SMS. Kepada mereka yang tak ingat, atau tak pernah baca, atau nak refresh balik, aku citer balik.

Time tuh tengah seronok dengan kemenangan Italy, dan sebab tu jugak aku buat post khas. Tup-tup handphone aku berbunyi. Ada SMS rupanya…


Geramnye... France kalah.

Hehehe, SMS tu aku dapat daripada seorang peminat France yang setia. Atau boleh kata peminat Thierry Henry lah senang citer. Pompuan... bukannya nak tengok bola kat padang sangat. Bola lain mungkin. Sape lagi kalu bukan... Nana.

Terus aku reply;

Sorilah yer. France kena menang tahun lain. Tahun ni tahun saya. Tahun Italy.

Hehehehe.Beberapa saat lepas tu Nana reply balik;

Yelah. Yelah. Italy main kasar :p . So camne skang?

Aku reply dengan ayat camni.... Camne ape lagi, tunaikanlah janji awak tu yeeeeee. HEHEHE.

Ramai yang tanya aku, “Apa janji korang haa??”. Itulah, janji sapa kalah kena belanja makan. Ntah kenapa aku dalam bab-bab betting dengan pompuan nih untuk dapatkan date free selalu bertuah. Nasib badan, hehehe.

Sambungan daripada SMS tersebut, aku set dengan Nana untuk berjumpa pada hari Ahad. Memandangkan Nana pon dah start kerja, jadi takdelah peluang untuk jumpa dia pada hari-hari biasa. Kena hari minggu jugak baru boleh.

Tak sabar aku nak jumpa dia… sebulan tu, lama beb. Rasa nervous pun ada. Nervous kerana pada hari Ahad aku akan menatap muka comel Nana. Nervous kerana aku tak mempunyai penyelesaian yang patut dipersembahkan padanya. Nervous kerana Nana yang start contact aku balik, sejurus selepas World Cup. Bukannya aku yang mula dulu.

Hari Ahad pon tiba… janji Nana pada aku ialah makan malam. Tapi kebetulan malamnya aku ada hal. Hal keluarga. Aku kena pilih antara dua. Keluarga atau Nana. Hmm. Terpaksalah mintak ubah tarikh…

Aku SMS Nana tengah hari tu.

Nana, saya ada hal malam ni. Rasa macam tak dapat lah kita berdinner. Next time boleh? Saya free kan schedule saya nanti.

Dalam hati, cuak jugak nak hantar mesej tu. Mana lah tau dia merajuk ke. Mana lah tau takde next time untuk aku ke. Lagipon orang nak belanja, aku pulak tak dapat pergi. Aku menunggu penuh sabar reply daripada Nana.

Tapi takde balasan. Senyap je. Aduh. Adakah aku dah termasuk dalam fasa silent treatment? Nana marah ke sampai tak reply balik? Atau dia malas fikir sampai dia malas nak balas. Entahlah. Sampai ke petang aku menunggu. Kalau takde reply jugak, terpaksalah aku call Nana terus.

Pukul 4 petang. Masa yang sesuai kot untuk call dia. Orang tengah siap-siap nak balik kerja. Gamble sajalah. Aku terus dail nombor telefon Nana.

Oh, Nana dah pakai caller ringtone lah pulak. Tiada lagi bunyi trutt-trutt mcm biasa. Lagu sape tah nih. Layan je lah… Bunyi pecah habis. Tu yang aku tak suka pakai caller ringtone, kualiti bunyi macam hampeh. Tapi ramai suka, konon-konon macam cool. Diorang tatau ker si pemanggil yang sakit telinga. Alahai.

Kelecakk! (bunyi telefon berjawab. Aku tatau sound efek apa yang lagi sesuai, so aku tibai je nih.)

“Hello Lan.” Jawab Nana.

“Erk. Hai. Hello. Samekom. Hehehehe.” Jawab aku pulak.

“Malam ni tak jadi ek…?” terus Nana bertanya, nampaknya dia dah baca SMS aku.

“Haa, itulah. Saya SMS awak, tapi takde reply. Takut awak tak perasan dengan SMS saye jer.”

“Dah baca tadi, tapi takde kredit pulak nak reply. Tapi saya tahu kalau tak reply mesti awak call. Betul cakap saya. Hihi.”

“Hish, awak ni buat cuak saya. Ingatkan marah. So camne? Boleh ker..?”

“Boleh ape?”

“Boleh ke tukar date?”

“Oh. Hmmm… hmmm…” panjang la pulak si Nana ni memikir. “Ok... Awak ada hal, takkan saya nak kacau. Tapi…”

Ah sudah. Ada tapi pulak. Tapi-tapi ni yang tak best.

“Tapi…? Isk. Tapi apa?” tanya aku tak bersabar.

“Hehhehe. Tapi… petang ni awak takde hal kan?”

“Awak nak belanja saya makan petang ni ker???”

“Tak tak. Bukan. Saya nak tanya dulu, petang ni awak tak pergi mana kan?”

“Erk.. tak kot.”

“Kalau saya ajak awak keluar petang ni, nak tak?”

“Erk.. boleh kot.”

“Ok. Kalau camtu, jumper dekat Taman Tasik Cempaka Bangi tuh.”

“Hoh???”

“Saya nak ajak awak jogging petang ni. Awak dah lama tak jogging kan?”

Alamak! Ajak jogging? Aku dah cakap aku takde hal. Takkanlah aku nak menolak pulak. Nanti nampak sangat aku macam nak lari, walhal takpon. Tapi kenapa jogging? Ni yang lemah nih. Jogging bersama wanita, yang agak aktif pulak tuh. Sah-sah aku kena tinggal nanti.

“Pukul berapa..?” tanya aku lemah.

“Pukul 5.30 boleh? Jumpa kat tempat kita terserempak dulu.”

“Ok.. kot. 5.30 ek. Hmm. Baiklah! Jumpa awak kat sana.”

“See you there then. Bye.”

“Bye…”

Letak je telefon tuh aku terase peluh menitis-nitis. Ni belum pergi jogging lagi. Kalu jogging, mau basah lencun. Apa apa pon aku kena remain cool. Haih, lama tak jumpa, bila nak jumpa, jogging pulak. Memang terasa pelik.

Pukul 5.45… (biasalaa janji melayu)

Nana dah berada kat pondok yang dijanjikan. Daripada jauh aku nampak Nana tengah memanaskan badan, buat stretching sikit. Dengan tshirt warna kuning cair, seluar trek, simple je nampak. Aku pulak, tshirt ala-ala jersi dengan seluar pendek (aku takde seluar trek, lama sangat tak pakai). Malu lah pulak pakai seluar pendek. Nasib baik jenis tak pendek sangat. Tutup betis. Huhuhu.

Semakin aku menghampiri Nana, semakin berdegup jantung aku. Aku cuba menyusun ayat sapaan, tapi serabut sangat otak. Alah, biarlah, nanti pandai-pandai ler aku cakap satgi.

“Hai. Dah sampai pon.” Tegur Nana.

“Hehe. Sori lewat sikit. Tak jumpa carik kasut tadi.”

“Its’kay. So.. Lan. Dah ready?”

“Saya pon nak warming up jugak… tunggu ler.”

“Hihihi. Ok, ok. Nak saya ajar ker?”

“Hahahahaha. Boleh jugak.”

Nana pon ajar aku cara-cara memanaskan badan, padahal aku dah tau. Tertunggang tonggek aku buat stretching. Tengok Nana buat senang jer. Aku buat terase payah. Tapi terasa seronok bila ada awek yang mengajar. Betul tak???

-bersambung dalam masa terdekat, sumpah!-


23 comments:

mahathir said...

oi tipu nih.. smalam tengok cerekarama tv3 sebijik cam cite ko nih..

Hani Mialystic said...

be di

cite yg nana sms france kalah tuh post mane ehr?

Yap Ah Boon said...

APA ni.....

kau dah start buat cerita ni draggy cam naruto!

Hahahaha......

Snubby, Don of Anime said...

mahathir: hahahaaha. aku cerekarama pon tak tengok. layan jugak ko yer.

hani: post forza italia.

yap: hahaha. sori ler yap. minggu ni aku susah nak dapatkan mood. itu yg post pon ko rase draggy. aku dlm keadaan pressure nk kene update, hehehe. kene kasi cool down sikit pasni baru ok.

[re-arrange] said...

aish..potong stim toll..

tgh stim2 baca dipanaskan badan oleh awek.. bersambung lak pulak.. isk..

brew said...

aku suka bab stretching-stretching ngan pompuan nie...terasa tgh belajar brake dance..apa-apa pon..aku tunggu sumpah kau..jgn sampai aku ketap bibir, parkinson menunggu update seterusnya.

iceroll said...

Eh eh die minat thierry henry la. same la kite :P

Anonymous said...

adehlaa...sket punye lamaa nak tunggu dienye apdet...tapi seciput jek??huh!!naseb baik ko janji nak apdet cecepat...weh,xbek sumpah2 tau..kene makan sumpah kang baru tau!!huhu~~

-mizz_aszni-

Anonymous said...

aku rasa kumpulan lagu tu ialah syuga...kenapa jadi syurga pula ek...hahahha

the 11th Alphabet said...

haha haha haha haha.. nko mmg cilaka lan.. macam itik gantung..

anyway selamat menyambut hari kemedekaan yg ke 17885 to all.

Snubby, Don of Anime said...

re-arrange: huhuhu biasalah. nak kasi orang tertunggu2.

brew: hahaha, baik abang brew.

iceroll: bezanya ko laki, dia pompuan. jadi kalu dia minat henry, dia normal, ko gay. haha.

miss aszni: seciput2 ni pon dah dekat 8 page dlm microsoft word. lenguh jari menaip. blom kire otak nak mengingat kembali. blom kire idea kreatif lagi. maka maafkan saya...

anonymous: syuga ek? aku tak perasan lah. main tibai jer. masa tengah post tadi mood kurang baik. itu yang typo. belasahlah.

11 alphabet = k : sian aku kene cilake, pastu disamakan pulak dengan itik gantung. hina sangatkah diriku??? sob2.

nagacyber said...

Lan,, pendek sangat lah.. takpe kumpul cite banyak2 dulu baru post, bleh dload batch torrent.. :P

K, pandai betul ko buat kira2

aku juga ingin mengucapkan kepada seluruh warga malaysia, SELAMAT HARI REMP-IT!!

wcj38 said...

wadus2, kurang memberangsangkanlah citer ada sambung2 nih..

Snubby, Don of Anime said...

nagacyber: pendek ker? sorilah. not in da mood nak menaip panjang2.

wcj38: kurang memberangsangkan ker? sorilah, tengah tertekan skang nih.....

Anonymous said...

aduh! apsal ada bersambung tu...

MaSTeRPieCe said...

perghhh..
klasik gler..
apohal ada sambungan lak..
mcm citer p ramlee jer...

iceroll said...

alamak baru aku sedar. thierry henry agak ensem gak orgnye. dah le kaya.

Farah Wahidda said...

adus..potong nye!~~

~purplechoc~ said...

takpe2,rilek lan..
take ur time updating..
kang cepat2 tak besh plak..
kitorg mmg tak sbr tapi kena sbrkan diri gak.
huhu

aeisya said...

adakah teknik itu sama seperti yoga secara duet? kami perlukan lebih informasi di situ (saje nk kasi komen agak tersasar)
btw, good job dude! ni ala-ala bawang merah bawang putih ni (yg sumeorg di sekeliling ni sebok dok tgk)

Anonymous said...

Eh Lan, aku dah ajar ko cara2 berjogging kat UTP dulu sampai kat Resort seberang jalanraya nun. Ko tak praktikkan ke? Lagipun, ko dah biasa main futsal, sure boleh kasi makan asap la si Nana tuh. Lepas tu, ko ajak dia join futsal. Ajar la skali stretch sama dgn kitorang. Pastu join main skali. Baru la berseri semasa bermain. Sure ramai turun punya lah.Mau RM2.00 sorang bayar. Pompuan RM1.00. Gentlemen la beb. Kalu boleh ajak Suria & Mel turun, takde la janggal dia sorang je.... Just a thought.



Macho

sQuaLLion said...

balik² sambung..balik² sambung..grrrr..~~!

Snubby, Don of Anime said...

anonymous: oklah, next post nnt takde sambungan dah. finish. wakakakaka. nak ke camtu?

masterpiece: hahaha tau ler peminat citer p.ramlee..

iceroll: ghey..euww~~~

farah: potong aper farah? potong kek ek?

purplechoc: terima kasih kerana memahami diriku ini.

aeisya: infomasi akan diberikan pada next citer. and thx! hehehe.

macho: sebenarnye aku mmg dah boleh berjogging tak mcm dulu. jauh dan lebih lama. tapi, mana aku leh lawan Nana. dia mmg jenis athletic punye orang... dan satu lagi, aku taknak bwk die gi futsal! kakakakaka.

squallion: kakakak jgn marah bro.