Lagu tema untuk post ni, Dewa 19 - Perasaanku Tentang Perasaanku Kepadamu.
Linda bersandar pada kerusi plastik kedai mamak. Linda menyedut nafas dalam-dalam, bersedia untuk menceritakan dekat aku satu epik, satu saga yang maha besar. Masihpon begitu, aku tak dapat nak teka langsung apa yang akan diluahkan Linda.
“Ok.. ceritanya…”
“Hmm.” Aku berpeluk tubuh, dan peluh sejuk merembes tak henti-henti.
“Awak mesti tertanya-tanya, Nana tu ada boyfriend ke tak, kan?” tanya Linda. Eh, eh, kata nak cerita, ini bukan cerita, ini pertanyaan.
“Hmm… kadang-kadang, ada gak terpikir.”
“Awak rasa?”
“Saya rasa? Ada. Takkanlah orang macam Nana tu takde.”
“Well, separuh betul separuh salah.”
“Huh? Saya tak paham. Maksud awak ape? Dia ada boyfriend, tapi dalam masa yang sama dia tak ada yang special? Camtu?”
“Hihi. Sabar Lan. Banyak sangat awak tanya ni.”
“Ok.. sorry. Teruskan…” aku menemteramkan diri aku.
“Memang dia ada. Bukan boyfriend, tapi tunang lagi. Diorang jumpa masa belajar dulu.” Terang Linda.
Ayat Linda tu menusuk jantung aku dengan kejam sekali. Aku rasa macam kena tikam berpuluh-puluh kali, tapi tak mati-mati. Kalaulah aku tengah menangis, pasti aku akan menangis sampai keluar air mata darah. Tapi aku rasa ayat Linda tu tak habis lagi.
“Tapi semuanya berakhir tahun lepas.” Sambung Linda pendek. Aku tak puas hati dengan ayat tergantung Linda.
“Maksud awak berakhir tu camne??” tanya aku.
“Tahun lepas, kitorang pergi berjalan dekat Janda Baik. Pergi mandi sungai.”
“Ok….” Aku menunggu ayat sambungan daripada Linda.
“Kitorang pergi naik 2 kete. Nana dengan boyfriend dia, dan saya dengan boyfriend saya. Piknik tu memang best, sebab kitorang baru lepas exam.”
“Tido sana???”
“Taklah. Pergi balik hari je.”
“OK…”
“On the way balik…”
Linda terhenti seketika. Macam menahan sebak. Aku kedepan sikit, sambil merenung muka Linda dengan seribu persoalan.
“Ehem. Sorry. On the way balik, kete Nana dengan boyfriend dia accident. Saya sendiri tak pasti macam mana boleh accident, tapi…”
“Hmm. Take your time Linda.” Kata aku. Semacam dapat mengagak apa yang terjadi.
“Boyfriend Nana, Rahim, meninggal di tempat kejadian.” Kata Linda pendek, menahan sebak.
“Oh. Innalillah…”
“Yang lagi sedih, pasal dia meninggal atas riba Nana sendiri. Nana sempat tarik Rahim keluar, tapi dah parah sangat. Ambulan sampai, Rahim dah pergi dah…”
“Oh…”
Aku terkedu. Tak ada perkataan yang mampu aku ucapkan. Itu baru cerita daripada Linda sendiri. Belum daripada Nana. Kalau Nana yang ada di depan aku, sah-sah aku buntu tak tahu nak buat apa.
Menurut Linda lagi, masa tu hujan lebat. Hari pulak baru lepas senja, diorang bertolak pulang lepas maghrib. Sebabkan keadaan gelap, jalan licin, arwah Rahim hilang kawalan, dan melanggar bukit di bahu jalan. Kereta terbalik dan terseret, menghimpit arwah Rahim. Nana terselamat kerana kereta tu terlebih senget dekat pemandu. Dan Nana terselamat itu pon satu keajaiban. Kereta… total lost kata Linda.
Simpati aku pada Nana melimpah ruah. Kalaulah aku boleh peluk Nana, memang dah lama aku buat. Kalaulah aku boleh pinjamkan bahu aku, dah lama aku kasi. Dan kalaulah Nana ada di depan aku menangis, akan aku kesat air matanya, tak memberi peluang ianya menitis ke tanah langsung.
“Lepas tragedi tu, Nana trauma. Dia tak dapat lupakan Rahim lagi. Sebab tu dia takde special.”
“Saya rasa saya paham…”
“Oh, awak tak paham sebenarnya.”
“Erk.”
“Nana pernah citer kat awak pasal ayah dia?”
“Hmm. Jarang. Ada skali yang saya ingat pasal computer kot.”
“Oh.. ok. Ayah Nana ni garang. Garang sangat. Kadang-kadang tegas melampau dengan anak-anak dia.”
“Padanlaa.. that’s explain kenapa Nana sampai fobia dengan computer.”
“Hmm. 2 bulan lepas accident, ayah Nana buat satu keputusan yang.. agak drastik.”
Aku mengangkat kening. Apalah agaknya keputusan yang drastik sangat tu. “Teruskan.. teruskan..” pinta aku.
“Ayah Nana, saya panggil Uncle, decide nak tunangkan Nana dengan anak kawan dia.” Kata Linda.
“Hoh?? Lepas 2 bulan accident? Nana dah recover ke belom??” tanya aku terkejut banyak.
“Itu lah masalahnya. Memang sah-sah lah Nana tak recover lagi. Physically and Mentally.”
“Tapi kenapa ayah dia buat camtu?”
“Pasal… dia taknak Nana teringatkan arwah Rahim tu lagi. Lagipon, Uncle taknak dengar orang mengata. Rata-rata kawan Uncle dah tau Nana tu dah bertunang. Walaupon arwah Rahim meninggal, tapi Uncle taknak orang tahu Nana dah tak bertunang lagi.”
“Walaupon pertunangan tu tak jadi sebab kematian??”
“Yes. Dan, kalau orang tau pon sebab accident, mesti orang akan tanya Nana. Takpon sekurang-kurangnya ucap takziah. Uncle taknak Nana teringat balik. Sebab tu dia tunangkan saja dengan orang lain.”
“Erk.. ridiculous…”
“Ridiculous pon, itu sebab Uncle sayang kat Nana. Cuma method dia mungkin tak kena.”
“Sebab tu Nana pressure? Tapi masa saya kenal dengan dia, happy-go-lucky je….”
“Awak nampak je camtu.” Balas Linda pendek.
“So maknanya, Nana dah bertunang lah..?” tanya aku meminta kepastian.
“Yes.”
“Hmmm….” Sungguh.. sungguh aku merasa sakit. Tapi apakan daya, ini bukan dunia aku. Aku takleh masuk campur. “Saya teka, anak kawan Uncle tu, mesti Jai.” Aku membuat serkap jarang.
“Oh tak.. tak. Jai tu kawan sekolej kitorang. Satu course. Memang Jai suka kat Nana jugak, tapi dia pon takleh nak buat apa.”
“Oh salah ke.. ok…” Sampai tahap ni, aku macam dah malas dah nak dengar apa yang Linda bakal cerita lepas ni.
“Anak kawan Uncle tu, namanya Syed. Umur dah 28. Saya dah jumpe. Baik orangnya. Alim, pandai agama, relaks.”
“Oh… ok…” Sudahlah tu Linda. Sedih mendengar nih, bisik hati aku.
“Syed ni saya nampak ok orangnya. Tapi Nana tak suka dia.”
“Kenapa?” Tetiba aku menjadi berminat semula. Adakah sebab aku merasakan ada peluang?
“Saya pon tak pasti, tapi bila saya tanya Nana, dia kata, Syed tu ringan tangan.”
“Hoh? Maksud awak kaki pukul?”
“Mungkin. Mungkin jugak ringan as in.. raba? Saya tak sure ape maksud Nana dengan ringan tangan tu. Tapi saya tak percaya langsung. Saya dah jumpa Nana dengan Syed banyak kali. Dia memang layan penuh. Sampai saya sendiri jeles tengok Nana dapat layanan macam tu daripada Syed.”
“Awak tak boleh nak judge orang daripada luarannya Linda…” aku cuba menyokong Nana. Mesti lah kukuh reason Nana sampaikan dia tak suka dekat Syed.
“Tapi awak kena ingat, Nana masih tak recover lagi. Kalau awak tanya saya, apa yang Nana cakap pasal Syed, rekaan saje. Sebab dia taknak terikat.” Linda membalas.
“Saya tak bermaksud nak mengajar awak, tapi awak sebagai kawan Nana, kenalah percaya cakap dia. I mean, awak rapat sangat dengan Nana kan, Linda? Sekurang-kurangnya kasilah peluang kat Nana untuk buktikan yang Syed tu ringan tangan.”
“Awak tak pernah jumpe Syed tu Lan. Kalau awak jumpa, mesti awak setuju cakap saya, dia seorang yang mustahil nak buat mende-mende camtu.” Linda menekankan sedikit suara. Nampak semacam tergugat dengan ayat aku tadi. Aku merasa serba salah.
“Ok.. ok. Tapi kenapa awak cakap saya ada kaitan dengan semua ni??” tanya aku.
“Pasal, semenjak Nana jumpa dengan awak, dia selalu berjaya mengelakkan diri daripada Syed.” Jawab Linda.
“So….?” Sekali lagi kening aku terangkat.
“So… Syed call ayah Nana, bagitau dia rasa macam kena avoid. Dan bila Uncle dapat tahu, awak imagine lah.”
“Oh… Syed bagitau ayah Nana pasal saya?? Mana dia kenal saya.”
“Bukan. Dia bagitau pasal Nana avoid dia je. Uncle taktahu pasal awak.”
“Oh… “ Lega aku mendengar penjelasan Linda tu. Tak pasal je ada bapak orang datang serang aku nanti.
“Sekarang awak dah paham??”
“Hmm… macam tak caya.”
“Itulah kebenarannya…”
Aku mengeluh… keluhan yang sangat berat. Rupanya banyak perkara yang dihadapi Nana, sedangkan aku tak tahu apa-apa langsung. Yang aku tahu, nak berseronok je. Kalaulah Nana sanggup kongsi sikit dengan aku…
“Jadi sekarang, saya nak bagi pandangan saya pulak.” Sambung Linda selepas kami berdua terdiam untuk beberapa ketika.
Aku menyedut air Teh-O-Ais, dan mengangguk.
“Saya mintak awak berhenti jumpa Nana.”
Tersedak aku. Ayat Linda pendek tapi penuh bermakna. Ianya bukan satu permintaan tapi satu arahan buat aku.
“Kenapa awak cakap camtu Linda????”
“Satu, sebab saya suka Nana dan Syed. Saya tak mahu sebab awak, semuanya jadi tak tentu hala. Dua, sebab saya taknak Nana kena marah teruk dengan ayah dia. Sebagai kawan Nana, saya rasa tanggungjawab saya untuk menolong dia, walaupon saya mungkin dibenci awak.” Padat jawapan Linda, macam dia dah bersedia dengan skrip ini untuk dilontarkan pada aku.
Apa yang harus aku cakap? Apa yang harus aku buat? Buntu… pening… keliru…
“Saya cuma berkawan saje dengan Nana. Saya tak mungkin approach dia, lebih lagi bila dapat tau dia dah bertunang macam tu.”
“Saya tau awak ikhlas Lan. Tapi kalau awak ikhlas pon, dan Nana guna awak sebagai alasan, yang sakitnya dia sendiri jugak. Harap awak paham.”
“This.. is not right…” menggeleng kepala aku.
“Then tell me, what will be the right way?” tanya Linda tegas.
Terdiam.
“Awak sendiri patut tahu, lebih daripada orang lain, yang awak tak akan dapat Nana. Kenapa nak jumpa dia lagi? Lagipon saya rasa, kalau awak tak jumpa Nana, awak takkan sakit hati.”
“Tapi saya dah kata tadi, saya berkawan saja dengan dia! Kawan pon salah ke???”
Aku mengeraskan suara, memang rasa tak puas hati. Inilah pertama kali ada orang cakap macam ni dekat aku. Sebijik macam drama swasta melayu. Bezanya, selalu dalam drama, mak bapak yang mintak, tapi ini kawan rapat pulak.
“Sebenarnye… if you try hard enough, tak mustahil Nana akan suka dekat awak.”
Terdiam aku… sekali lagi.
“Maksud awak? Nana suka kat saya?”
“Dia suka berkawan dengan awak. Dia kata dia rasa selesa, happy. Tapi saya tak rasa suka as in fall in love.”
Hehe. Fall in love ke… Berat perkataan tu untuk aku. Rasa macam tak layak je untuk mendengar daripada sesiapa.
“Habis tu, kenapa awak risau sangat saya berkawan dengan dia?” tanya aku, bengang jugak.
“Pasal, kalaulah ditakdirkan Nana betul-betul suka kat awak, dia dengan Syed tak akan jadi apa-apa, padahal Syed tu bagus. Tak keterlaluan lah kalau saya kata Syed tu lagi bagus daripada awak. Saya taknak tengok kawan saya menderita lagi.”
Oh pedasnya ayat Linda. Macam aku ni hampas. Macam aku ni tak berguna langsung. Aku ni haprak ke? Apa ingat aku ni tak tahu agama ke? Dan Nana tak pernah kata aku ringan tangan. Hendak saja aku cakap semua tu dekat Linda, tapi aku tahan saja dalam hati.
“So, itu sajalah. Saya harap awak pikir elok-elok. Demi kebaikan awak jugak. Dan kebaikan Nana. Its so simple, kalau awak tak jumpe die dah, awak takkan heartbroken. Dia pon takde alasan nak ngelak daripada Syed. Dan Syed pon senang hati, automatik Uncle pon tak akan marah Nana. Semua orang happy.”
“Kecuali sorang…” balas aku perlahan, masih tak puas hati.
“Siapa lagi?”
“Nana. Dia takkan gembira langsung. Daripada awak soh saya pikir, awak pikir lah elok-elok. Saya cuma berkawan dengan dia, semasa dia tengah tak happy. Kalau dia kenal saya dan happy, saya tak kisah kalau tak bercouple dengan Nana pon. I’m a very flexible guy.”
Linda separuh senyum, separuh mencemik bibir. Nampak sangat ayat aku tu diperlekehkan, seolah-olah aku dapat baca apa yang bermain dalam pikiran Linda. Lelaki semua camtu, cakap je bolehlah. Mungkin itu kot.
Digamitnya mamak yang berdekatan. Linda meminta mamak mengira air. Aku mengeluarkan dompet siap-siap untuk bayar bahagian aku.
“Takpe. Saya belanja.” Kata Linda sambil menghulurkan duit cukup-cukup dekat mamak tu.
“Thanks..” kata aku.
Linda bangun daripada kerusi. Dipandangnya aku sekali lagi lama-lama, mungkin ada lagi yang nak disampaikan untuk kali terakhir sebelum berpisah petang tu.
“Lan. Saya tak kisah kalau awak benci saya. Tapi saya minta tolong sangat-sangat. I hope you’ll consider it. Oklah Lan. Saya balik dulu. Bye.”
Dan beredarlah Linda daripada situ meninggalkan aku keseorangan dekat meja mamak tu. Aku mengurut ubun-ubun kepala, tak paham kenapa perkara pelik-pelik mesti terjadi kat aku. Yang aku paling tak paham, apa rasionalnya mintak aku berhenti jumpa Nana, untuk kegembiraan dia sendiri. Kalau Nana sendiri taknak jumpe Syed, kenapa tak disiasat je yang tu? Kenapa aku yang menjadi kambing hitam?
Aku perlu call Nana. Tapi aku rasa macam tak sesuai call pada waktu itu. Sebab aku sendiri pon tengah panas lagi. Mungkin bila aku dah tenang sikit. Mungkin esok lusa aku call.
“Mamak!”
“Yess boss.” Sahut mamak tersebut.
“Kasi saya teh tarik kaw-kaw punya.” Aku terasa takde mood nak balik lagi.
“Ok boss. You punya girlfriend sudah balik, you duduk sorang sorang kaa?”
“Pala hotak mu girlfriend. Itu kawan saja. Banyak tanya pulak. Bawak sini teh tarik tu.” Tak pasal-pasal mamak tu kena marah dengan aku. Nasib baik aku tak maki dia berbakul-bakul.
“Ok sori boss. Tanya saja. Hehehe.” Mamak tu pon beredar...
Masa duduk sorang-sorang, ayat Linda tadi terngiang-ngiang kat telinga aku. Daripada seorang yang cantik, sekarang aku nampak Linda tu macam seorang… Nenek Kebayan!
-bersambung-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
49 comments:
tak bestnyer ada kisah eksiden tu..
tapi..
saya blajar satu perkataan baru yg menarik hari ini.. 'NENEK KEBAYAN'
eheheee... nice word..
i like..!!
tragic sungguh kisah ko ni snub..
tp aku rasa baik ko tanya nana dulu ler, kang ko tak kawan dgn dia, maybe dia lak sedihkan...so tanya la tuan punya badan...
ape2 pun, semoga ko tak keciwa..
Cisss.......
panas2....brani dia ckp cam tue.....
Pegang aku Lan.....pegang kuat2.....kang aku blasah suma org dlm citer nih !!!!!!!!
Fuhhh.....emo emo.......
MAMAK !!!! BAGI TEH O AIS GELAS BESAR SATU......AIR KURANG KASI AIS LEBEH !!!!!!!!!!
Poorahhhh cit #$!#$#$%$%$#@%^%@#$%%^&&*(%@!@#$%^&**&^%$#@!!!!!!!!!!!
Encik Snub,
Pendapat suku sen aku, tanya sendiri pada Nana dan minta dia berterus terang.
Kalau dia kawan kau, di a mesti berterus terang.
Apa guna ada kawan?
Mungkin juga Linda buat@reka cerita?
Atau dia syok dengan kau dan dia jealous tgk hubungan kau dan Nana.
Ada kemungkinan tu……
Kawan yang terbaik adalah melihat kawan yang dia cintai berbahagia. Tak kira la dengan sesiapa....
P/s: Macam Dr. Fazleey plak aku nih…..
Good luck Encik Snub.
sadis sungguh.... tp ko mmg tabah aa beb... nanti aku rasa, ko bleh kasi script ko nie kat afdlin aa beb... so drpd kisah lucu, dia bleh plak buat kisah sedih... bleh aa ko kongsi citer ko nie dgn lebih berkesan lagi...
Fuhh....kesian sama itu nana. Hilang somebody thru eksiden memang sedih lah....
Aku x paham masih ada jugak spesis manusia camni....sebab tak mahu kawan kawan tahu anak dah x bertunang dah, slambe tunangkan anak dia. Ingat zaman P. Ramlee je ade macamni.
Kesian sama kau juga sebab kene dengan Linda, nenek kebayan itu. Geram pulak aku...hinsh...
wah,sgt byk emotion dlm post kali ni..sedih,amarah..nenek kebayan!
patut la snub amek mase nk posting,cool sungguh anda..
nk bg pendapat pun,mende ni da lepas kan.skang ni mesti kisah ni da advance..
pape pn,be cool..
qemmal~
Apa hak dia nak ckp sapa lagi baguz !!! Syed pon dia baru kenal apatah lagi ko yg dia langsung x kenal (takat tengok wayang jer......cess....). Ni lah dia ....... PIKIRAN SINGKAT !!!!!!
Gile ahh qwerty... emo gile ko... hahahaha... adeh sakit perut aku bace...
Anyway khairul ckp mcm ade betul... wat filem gerenti gempak beb... aku xnah tgk lg cite mcmni...
Ko chet dgn aku mcm ok je lan... so aku assume anything that goes beyond this story mesti ade neutral ending laa kalo x happy pon hehe... aku spoil ke :P... aku agak je...
Rase2 aku ramai pembaca blog ko nk bekenalan dgn nenek kebayan tu hehe... hahahah
saye benci same itu linda.
hinsss!!!!
die pk die sape. hemo hemo hemo
saye yg knal si snub neh pon xpnah kate ade org lg bagus de die
ape die pk manusia neh ade satu takat didih takat lebur je ke nk ukur2 sape lagi bagus.
hemmmoooohhhhh
jdnye sbln slps kisah itu a.k.a sekarang... ape jadi???
fuh masa aku baca part eksiden.. terus lam pala otak aku terpikir nana tu hantu haha.. rupanye bukan.. gile ah drama cam carekarama tv3.. ko kapel ngan linda je lah lan
wau.. commando linda dihantar untuk over the enemy line intrusion n bombing mission.
selambe je lan.. tekel je.. g jumpak bapak die stret.. bapak die garang.. nko lagi garang.. hoho
nice! imaginasi ku berputar2..
nagacyber : kalau nak gi visit tu ajak2 la aku.. wiken ni ke..
unta : nko tanak bekenalan ke?
psst.. sabtu minggu depan nko pegi bape kendurik?
ah.. begitukah?
Aku igtkan lagi tragis lagi.. Rupanye kurang tragis cikit. Tapi still agak tragis.
Tapi as many said.. mende ni dh lama. So ... tunggu je la ape yg seterusnye.
You had done what you think is right. Kami hanye pemerhati.
Motive Linda tu.. mcm ade udang di sebalik mee aje. Hahaha. Tapi, tah. Can't imagine bgtaw org tu stay away from somebody else. Sungguh drama swasta rtm 1.
OMG! ramai nye kasi komen~! terharu aku. bangun2 tido tgk ramai yang kasi buah pikiran masing2. byk ni nak kene reply...
satu2 yer aku reply.
idacs: best tak best itulah satu hakikat. Ada antara pembaca yang pernah mengalami sendiri... memang sedih. Takdir tuhan. Nenek kebayan tu sebab die masuk campur hal orang lain.. alaa, macam nenek kebayan dalam citer2 tuh.
anonymous: aku memang dah tanye. Ceritenye.. pada bahagian seterusnya.
qwerty: Hahahaha. Sabar weh sabar. jangan ikut perasaan sangat. Sebab tu mende ni tak jadi kat ko, konfom terbang pinggan cawan mamak tu nanti. Hahahahaha.
anonymous lagi: sebenarnye pompuan memang camni, bile rapat, diorang jadi sangat rapat, kadang2 aku sebagai seorang lelaki tak paham jadinye. Hihihi. Tapi part reka tuh, tak betul. Memang Linda bersungguh.
kerol: ko ade lubang camne nak kontek afdlin tak? Takpon sesape pergila bagitau afdlin shauki address blog aku. Hihihihi.
sambungan...
yap: Erk, aku rasa ko mesti paham ape Nana rase. Cuma ko bayangkan, tetibe parents ko buat camtu, tak ke sakit jiwa? Haih.. kene sama Linda tu, tak pernah2 seumur hidup kene sound gitu maa..
purplechoc: Yes. Anda betul. Saya mengambil masa sebab taknak kasi emosi dia lari. Dan utk pengetahuan semua, lepas kejadian ni, dan ade satu kejadian lagi, sebulan tak berkontek2. huhu.
unta: jangan kate ko, aku sendiri first time berhadapan dengan situasi camni. Aku neutral chat dengan ko? Baper kali sangatlah kite chat bang oi. Neutral Ending? Dunno bout that yet... (skang pon tengah bermasalah sebenarnye..tapi aku malas nak citer2 kat orang selain kat blog sahaje).
nagacyber: walaupon sebulan lepas, harus diingat, sebulan mase worldcup, hampir takde komunikasi langsung antara aku dan nana. Nak kate ok skang.. tak jugak.
hani: mungkin linda evaluate mase kuar tengok wayang tuh. Sebab perasan gak die tanye macam-macam. Ape jadi skang? tunggu...
waklu: gile hape hantu. kalu aku tulis citer dongeng bolehlah. Hahaha. Takmoh aku kapel ngan linda, terase tak sesuai. die tinggi gak.
sambung lagi...
K: aku garang ker? hehehe, nanti ade satu citer. PASAL BAPAK DIA. Hint nih utk korang. Btw, aku ade 3 kenduri kawin, termasuk kene jadi pengapit utk Aan nanti.
dila: tragis lagi? Takleh imagine ape yg lebih tragis. Huhuh. Nasib jugak laa tak tragis gile2. Kalu tak konfom aku weng. Rasanya Linda boleh cakap camtu pasal die baru kenal aku.. kalu dah lame kenal mesti macam teragak2.
rearrange: ko tertekan ke beb? sori ler.. kadang2 citer hidup ni ade yg hepi. Tapi tak lengkap tanpa yang sedey2 nih...
eh lan, aku igtkan aku bace buku citer tadik..alaa..mcm lam novel slalu citer tragis2 tu..peh jadik eksiden mati sane cni, cinte ngn mamat yg pastu hancuskan ati dier.last2 mamat yg hampeh tu pon berubah sayangkan dier.errr..takkan jadik camtu gak ending ko kot?i hope not.
pehal linda tuh.. jeles ke.. kot ye pun xyah aa ckp mcm tu.. syed tu bgs sgt ke.. org kate syed2 ni bahaye.. hahaha.
siasat lan.. siasat.. kalo x hati x senang.walaupun kebenaran mungkin menyakitkan, tp at least kita tau. u know nana better, then you shud know whats your next step..pedulikkan linda, syed atau uncle.. sbb yg plg penting nana.. chewah..
lan,
kau punyai emosi dan empati yang kuat dalam penulisan, aku kagum. kalau plot cerita ini, begitu, ya aku terima.
linda ke nana ke syed ke foo ke. yang penting lan. aku tak peduli, teruskan menulis!
tahniah =)
kah kah nana aku ponya~~
jk
Ish.. selalunya kalau dalam cerita drama TV3 lah.. Nama Syed mesti keluar punya. Kekadang watak baik, kekadang watak jahat. Tapi, kalau nama Farouk selalunya watak jahat. Jeng Jeng Jeng...
Tapi, nama Lan selalunya nama budak2. Rasanya, dalam cerita ni, Lan version melangkah ke alam remaja yang bergelora. Caya la Lan! Kawal emosi anda!
Uish... aku pikir, aku sorang je accident teruk, ada lagi yang dahsyat yee... isk isk isk....
Inalillah...
wahh...linda itu kelihatannya sangat berani memperlekehkan kau,Lan...what the hell is goin' on anyway?? Lan,ntah2 nenek kebayan tu ada plan dgn bapak si nana tu tak? kelihatannya dia begitu bersungguh membekap si syed tu? huh!! ai het linda!! by the way...apakah yang terjadi pada nana sbnrnye??
-mizz_aszni-
weiii... teruknye bapak linda tuhh.. nak kaver malu dia jerrr..
yang linda tuh, satu hal... dia plak yg lebeh2...dia suke tgk nana merana kot, w/pun tau jantan tu ringan tangan...
syed tu lagi laa... siap report kat bapak linda, apa punya jantan ntah....
wahhh.. baguslah ko lan, tahap kesabaran yang mmg tinggi.. bagus, bagus.. yg ni baru seswai jadik boifren/tunang/dsbg...
hehehe, ramai orang komen ni yang buatkan aku semangat nak sambung citer... tq kengkawan (yg dikenali mahupon tidak dikenali).
rozie: Hahaha. Sebetulnya, aku sendiri pon tatau mana hala tuju citer aku, sumernye bergantung pada keadaan. Tapi dlu ade sorang menteri dlm kabinet komplen, drama swasta merosakkan imej negara. Cuma, apa yang dipotraitkan dalam drama/novel tu lah yang selalu berlaku kat sini. Mungkin ni first time aku sendiri yang kena. Huhuhu.
missgui: tak ade sebab linda nak jeles. die ade boyfriend sendiri, die ade kete sendiri, die ade duit/kerja sendiri. Memang semata-mata sebab die nak tolong, tapi pemikiran tu yang salah. Tapi lepas kenal ayah si Nana, paham jugaklah kenape linda buat camtu..
foo: terima kasih, terima kasih. kalu aku lambat post tu kadang2, sebab aku nak carik mood. Kalu aku tengah hepi2, tp mase menulis teringat kisah sedey, dah tentu tak jadi kan? Maka maafkan aku kalu lambat post.
syed: cis bedebah kau syed. hahaha. jk gak.
afadhli: nama 'Lan' tu name budak2? cis ko kutuk name aku.. hahahaha.
miss aszni: diperlekehkan itu, satu realiti. Bile2 saje orang boleh memperlekehkan kite, selagi die tak puas hati. Pasal plan ngan bapak die, tak sure, tapi yang pastu memang ade kaitan dengan bapak nana. Seterusnye.. kenelaa tunggu.
nostradamus: nak kaver malu, memang pelik. linda pulak die sebab tak percaye je, itu pasal die lebey2. syed pulak report pasal susah nak rapat (modus operandi?). tahap kesabaran aku? tinggi? hahahaha. makasih2.
hmm..lan..kejadian ni masa aku g jumpa ko kat bangi tuh ke? yg ko kata dah lama tak jumpa org tu ke? hmm..musykil2..
tangga ke syurga..atau lebuhraya ke neraka?
klasik btul laa post kali nih...
aku dah blur nak bg komen..next post please..
ohh..btw..cite ni lg best kalau layan lagu Once - Dealova...huhuhu..senyum sokmo lan!
squallion: hehehehe. tah tah tak igt lalala. Lagu Once tu dah lame, mesti ramai dah ade. Aku nak lagu yang orang tatau sangat, supaya boleh download. Ada cadangan?
Watak Syed tu mengingatkan aku pada Yap lah: RINGAN TANGAN = SUKA MERABA... HAHAHAHAHAHA...
sedih, marah, rasa nak balun....tpi sebab dia nenek kebayan aku tak berani. nnti kene sumpahan, hahahaha
hurm benda dia rasanya dah berlalu, dengan harapan ko lebih ariff dlm menentukan mana yg terbaik bg diri ko Lan.
kalau aku sebagai sorg lelaki nasihat aku is....
Lupakan segala ucapan Perpisahan yang kau pinta (berani linda ni nak kene rasanya)
Benar dikau kucinta, Setiap detik kupuja, Kau sering perhatiku, Sambil belai rambutmu. Tak ingin aku lupa, Kenangan yang tercipta
Berikan aku diari kutulis setiap hari.
/deraman
shaheeran: HAHAHAHAHAHA. Demn u. Lama tak nampak nick ko dlm blog aku. Mentang2 dah kat german skang.
deraman: wah wah, ayat ko deraman. Jiwang jugak yer. Aku pon tak reti nak berpuitis cenggitu. Sapelah aku.. cewah.
VAVIIIIIIIIIIIII
Cilaka kau Shah
Pergg... Caya la deraman. Ko pun ada buat novel ke? Bolah bagi URL add ko.
Tapi Lan, nama Lan akan selalunya muncul in a plot when a guy comes with his new appearance, emerger from the young, and surely will becoming a beloved hero. Jeng Jeng Jeng..
All da best, my pren! Next post please!
lan, bile aku pk balik2 adakah ini semua twist?
linda kawan baik nana kan.. tau serba serbi..
apakah linda sedang mengeTEST anda.. nko nak ke tanak si nana... tgk apa reaksi nko.. sanggup ke tak sanggup nko jadi teman pengubat jiwa lara luka nana
sedalam mana cinta nadlan pada nana? sejauh mana nadlan sanggup pergi? sedekat mana nana akan berada dgn nadlan?
apakah yg telah berlaku.. sama2 kita tunggu
Nenek Kebayan...kalau dalam vocab hidup aku bermaksud; Mama Bosan huhu
cess..
x guna pun ya Linda...
kalau gua dah lunyai dah minah tuh..
ape punye hal..
kalau Lan g tibai Syah je x leh ??
sisasat apa dier punyer 'ringan tangan' n den tibai die ke ??..
bwk jumpa ayah nana ke... baru gentleman sket..
kalu dah lupa pasal gentle x gentle, tibai jer...
Apa kau cakap ni Macho... I is not understanding what u said lah!
Zahir tak terucap...
!Next
shaheeran: Hahaha, aku pon tak paham ape yg si macho cakap tuh.
k: oh ini bukan test mahupon prank. ini memang betul2 punye dilema.
hafiz: tapi Mama ni tak bosan sangat. sedap jugak ditengok.
masterpiece: hahaha, kekerasan bukan jalan penyelesaian. Ya benar, saya mempunyai saiz badan seperti seorang penggusti, tapi utk tibai orang, bila perlu jer. Cth, tangkap pencuri. Itupon kantoi.
farah: jika zahir tak terucap, maka biarlah batin saja yang bersuara! Hehehe.
tak paham tak pe la.... (merajuk aku)
ok ok...
kalu bkn kekerasan, guna kelembutan lar...
ckp dgn die ker...
xpon maen sms ngan die..
kac chat sma die juga..
ok ok...
kalu bkn kekerasan, guna kelembutan lar...
ckp dgn die ker...
xpon maen sms ngan die..
kac chat sma die juga..
Tp lan, aku rase Linda ade point disitu. Kalo kite pikir secara rasional.
Sbg kawan, mmg kite patut percaya ape yg kawan kite ckp. Tp sbg kawan baik, atau kawan rapat, mereka lah yg lebih mengenali diri kite drpd diri kite sendri. Kengkadang org yg slalu berada di sekeliling kite lebih mengenali diri kite dr diri kite sendri. Tuh pasal la aku rase Linda tau yg Nana cakap bohong pasal Syed tuh.
And satu lg point, mungkin jugak ape yg dikatakan Linda tuh btol. Better la ko back off, supaya org lain happy, kecuali ko dan Nana aje yg tak happy. Tp mungkin unhappy Nana tuh utk sementara aje. Kalo btol bak kate Linda tuh Syed tuh baik orgnye, berdoa la sama2 utk kebahagiaan diorang.
Mungkin nasihat nih agak pedih, tp tuh la hakikat.
Tp lan aku rase ko jgn call die. Buat tatau aje. Aku berani taruk jari die akan call balik. Hehehehe.
masterpiece: hehehe, tunggu...
iceroll: secara rasionalnya, apa yang linda cakap tu betul KALAU dia dah kenal Syed tu lama dan dia dah kenal aku lama. Then i dont mind at all.
Sebagai kawan baik, kenapa nak terus jump into conclusion yang Nana tu berbohong?? Kalau kawan baik, kenapa tak dengar cerita Nana tu betul-betul, instead of acuh tak acuh?
Aku kasi satu contoh berbentuk empathy lah. Ada byk nih boleh kasi...
1. Ko ada sorang kawan rapat dan satu hari ko jumper satu kawan baru. Kendian sesuatu telah terjadi yang membabitkan korang bertiga, dengan menyebabkan kawan ko sebagai center. Perkara yang melibatkan ko boleh hilang kawan kalau salah step. Ko citer kisah di pihak ko, dan kawan baru tuh citer pulak kat kawan rapat ko kisah dia. Tapi kawan rapat ko lagi percaya citer orang sana. Tak sakit hati? Nak-nak lagi bila ko tau ko cakap benar.
2. Ko suke sorang awek. Tapi masalahnya ko takleh dapat awek tuh pasal member awek tuh yang tak suke ko, bukannye awek tu sendiri. Pasal orang lain, ko takde chance.
3. Ko pergi beli baju, tapi ko tak dapat nak angkat baju tuh pasal member ko tak berkenan. Padahal yang nak beli ko sendiri, dah tuh suka sangat ngan baju tuh. Tapi member ko sungguh2 kate tak berkenan siap pakse ko jangan beli by force. Camno?
4. Ko nampak sebuah buku yang kulit bukunya cantik giler. Tapi bile ko beli, isi kandungannya hampeh, macam karangan budak darjah satu. Di hari lain, ko nampak satu buku lain yang plain je. Tapi ko beli gak dan ternyata isi kandungannya mantap. So...
Don't judge a book by its cover lah.
Nasihat ko tak pedih sangat pasal aku memang takleh nak approach dah pon. Huhuhu. Kate dah bertunang kan? Tapi satu perkaralah, kalau betul apa yang dikatakan oleh Nana, bahawa Syed tu ringan tangan, macammane?? Kalau salah tak kisah. Dan aku pulak jenis tak pernah backoff dalam berkawan, erti kata lain, putuskan perkawanan. Kalau ade pon, orang sana yang putuskan kawan dengan aku, bukan aku yang putuskan.
Bukan cara aku. Tak sesuai langsung dengan aku.
aku rasa kan lan.... linda tu adalah syed
waktu siang dia linda, malam dia jadi syed
sebab tu dia jeles tgk ko ngan nana. ko taknah tgk linda dan syed serentak kan?
linda saje je kata dia tgk syed dan nana tu serasi bersama...sebab dia lah syed sebenarnya.
dia tamo ko potong line dia jer. biasa lah tuh.standed la tuh
syuk: hahahahahhahahahahahahha! out of line sungguh! tapi idea yang menarik. kreatif..kreatif..
ini kalau masuk citer dah jadi SCI-FI thriller neyh..
menyeramkan sungguh..
huhuhuhu (saje spam blog sendiri nak cukupkan 50 komen).
aku nak update senin depan. heh ngan request lagu joe satriani 'what breaks heart'.. saje spam tulis ape yg ade dlm pala
Post a Comment