Monday, April 13, 2009

Part 4: Tujuan yang Lebih Terbilang


Grey Sky Morning - Cinta Gila


Ah...

Oh...

Minggu selepas berkaroke agak suram. Sebabnya? Nur dan Na ada periksa. Maklumlah student. Dah belajar penat2, banyak2, kenalah diuji pulak kehebatan otak masing2. Aku yakin diorang akan cemerlang.

Dan sebabkan diorang periksa, maka aku tak dapatlah mengacau diorang lagi. Hatta nak berSMS pon susah, inikan pula nak keluar2. Aku kena respek juga hidup diorang sebagai student, bukan setiap masa boleh enjoy.

Oleh sebab itu, kerana kesangapan yang teramat sangap sangat, hari minggu seterusnya (hari kerja takde citer sangat laa bai, name pon kerja. Takkan aku nk tulis pasal ape aku buat kat konti), aku pon berjalan2lah ke Jusco Cheras Selatan. Seorang.

Ye kenape? Tak percaya? Huhuhu. Yer... aku kebetulan nak cari satu barang, dan barang tersebut aku hanya pernah terjumpa di Jusco Cheras Selatan. Walaupun aku jarang berjalan sorang2, aku lagi rela duduk lepak kat bilik, tapi kali itu aku terase nak keluar rumah. Macam ade sesuatu yang memanggil2.

Masuk kete... start engine... dan pandu ke arah Jusco Cheras Selatan kol 3 petang hari Sabtu.

Sesampai di sana, aku terus berjalan ke kedai yang ingin dituju. Aku dah hapal selok belok interior Jusco Cheras Selatan ni sebab satu waktu dahulu, aku memang rajin sangat datang sini. Dan aku juga slalu makan kat kedai Ichiban Ramen tingkat bawah.

Masuk2 kat kedai yang aku tuju tu...

"Hello amoi. Itu barang ******** ada jual lagi ka?" aku tanye.

"Ya, ada ada. You pergi rak itu," balas amoi tu sambil menunjuk satu arah.

"Toche," ucap aku terima kasih dalam bahase cina. Saja je. Amoi tu tergelak sket. Tatau laa sebab aku sebut tak btol ker, atau pasal dia rasa muka aku lucu ketika menyebut ke. Lantaklah. Bukan aku kisah kat ko pon amoi.

Aku membelek2 barang ******* itu. Huhuhu. Tak terjual ke? Rasanya dulu aku datang, macam ni gak rupa. Tapi rupa macam stok baru.. cantik berkilat lagi. Aku tengok harga, pon masih sama. Alah, malas nak pikir panjang2 dah. Aku ni jenis shopping bila aku perlukan sesuatu barang je. Jarang nak window shopping, kecuali kalu meneman orang. Hihi. So bila ada tujuan dan sesuatu utk dibeli, baru aku keluar shopping.

"Ini berape diskaun you boleh kasi?" tanya aku lagi pada amoi tu setelah meletakkan barang atas kaunter bayaran.

"No diskaun maa..." cebik amoi tu.

"Aih, kamon lah. I slalu datang kedai you la beli macam2. Regular customer maa. No diskaun ka? Dulu I datang sini, ini barang ada. Sekarang pon ada, macam tak jual," aku cuba menggunakan skil negotiation aku yang sememangnya dah berada di tahap kesepuluh powernye. Yang sebetulnya, bukan regular pon! Hahaha.

"Erk, betul ka you regular customer? I tak pernah nampak pon," kata amoi tu.

"Thats why you kena buat loyalty customer card. Mana you nak tau sapa slalu datang. So diskaun meh.." nego aku lagi. Pandai2 je aku, loyalty kad ler plak. Hahahaha. Kena kencing baek punya amoi tu dengan aku. Apepon, dapat kurang sikit pon jadilah. Barang *********** tu takdelah mahal sangat. Saja je aku nak jadi Haji Bakhil.

"Oklah, oklah. You tak tipu ya regular customer?" tanya amoi tu sambil menekan pepunat mesin daftar wang (cash register). "RM######" ujar amoi tu lagi. Yeah, dapat diskaun. Haha. Berjaya juga aku mengayat amoi nih. Aku gelak dalam hati macam orang jahat dapat culik bini hero.

"Ala, semua customer pon regular maa. Tq, tq. Nah.." aku menghulurkan sekeping not duit.

Selepas selesai shopping (itu satu barang je aku nk shopping pon), aku terpikir alangkah ruginya kalu aku balik rumah terus. Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai lengan jadi masam. Ye dak? Memanglah aku ni jenis jarang window shopping, tapi sekali sekala tak ape, tak akan melukakan aku pun. Entah kenapa, aku rase tujuan aku datang ke Jusco tu bukan setakat nak beli barang ******, tapi utk ada something yang lebih besar menunggu aku. Hehe. Kuat betul imaginasiku.

Sedang aku berjalan menyusuri kedai2 yang ada, aku berhenti untuk tengok satu kedai yang jual TV besor. Bestnye kalu dapat... Aku dah berangan2, nak gantung TV ni kat dinding. Pastu sambil baring sambil layan movie. Dah le cantik, resolusi tinggi, kaler die pon sharp. Fuh fuh fuh. Meleleh2 aku. Bile laa dapat beli TV... yang kat bilik aku tu dah agak usang.

Ok ok... takleh berangan lebih2. Nanti diri sendiri tertekan. Haha. Aku pon melangkah ke belakang untuk menjauhi TV besor tersebut. Satu langkah.. dua langkah.. tiga langkah.. selamat tinggal TV be---

"Aduh!"

"Adeh opocot!" aku terlatah cikit. Sikit jer...

Nyaris2 aku nak tergolek jatuh atas lantai kedai. Aku tatau ape yang terjadi, sbb aku sibuk mengimbangi diri aku daripada mencium lantai. Ntahlah bagaimana rupa aku masa tu, mesti kalut sangat.

"Tgk orang sikit jalan tu... adeh.." aku terdengar suara halus milik seorang wanita. Masa tu aku dah separa bongkok, so aku tak nampak siapa ada depan aku. Yang aku nampak, hanyalah sepasang kaki yang panjang disarungi seluar jeans biru pekat. Kaki kanan empunya itu, terjengket2 kesakitan.

Astagaaa.. aku terpijak kaki orang la plak!!!! SIANNYA! Dah le aku ni besar. Berat berKG-KG aku nih menimpa kaki mulus seorang wanita pulak. Adeh.....

Dengan perlahan, aku mendongak melihat si empunya kaki...

Daripada kaki.... aku nampak peha... then aku nampak pinggang... seterusnya badan... tangan... dan akhir sekali...

"ERK??!"

"HAA???"

Kami berdua terkesima dan terkejut!!!

-bersambung lah lagi-

-nota penulis: maaflaa tak update dengan kadar segera. Minggu lepas sangat2lah bizi, manjang kat luar opis. huhuhu. walaupun citer dah ade dlm notepad, tapi aku still perlukan masa utk mengadjust2 ayat. Huhuhuhu.-

Grey Sky Morning - Cinta Gila

6 comments:

Anonymous said...

Daripada kaki.... aku nampak peha... then aku nampak pinggang... seterusnya badan... tangan... dan akhir sekali... ye ke badan? bukan nampak lain aa? lalala~

Snubby, Don of Anime said...

aku kene behave ketika menulis beb.. hehehehe. maka begitulah ayat yg ditaip. LOL!

s.c.h.u.l.t said...

nampak peha? sungguh pervert! haha

Snubby, Don of Anime said...

peha yg ditutupi kain ok~~~

huhuhu. bukannye peha yg terdedah. mau berdarah hidung kalu gitu.

easternC said...

[komen ini di tulih lepas bace status anda yg terbaru]
hahaa kali ni ader unsur saspen... agak teruja gak, tapi tak cukup teruja... hahaha
btw kain ape yg ko nampak? igtkan awek tu pakai jeans... haaaaaaaa ~

Snubby, Don of Anime said...

kain jeans ler. huhu.

ke jeans takleh dikategorikan sbg kain eh??

aku silap ke? konfius dah konfius.