Ran Feat Shiela - Tunjukkan Cintamu
Aku tengok jam tangan aku... pukul 8.30 malam.
Aku masih lagi berada di dalam kereta, memarkir di luar alamanda sambil menunggu 2 orang tu sampai. Sampai awal kah aku? Atau diorang yang lewat? Aku pun dah lupe janji kol 8 malam ke.. kol 8.30 malam.. bengong tak aku. Alamanda pulak dekat jer dengan rumah aku, drive 10 minit dah sampai. Utk tidak membuang masa, aku SMS Nur.
Sy skang dah sampai, di manakah anda berdua?
Sambil menunggu tu, aku terpikir2 nak nyanyi lagu ape nanti. Tetibe terase segan la pulak. Berape lame dah aku tak karoke. Pulak tu, aku tak pernah karoke kat alamanda, yang aku tau memang wujud lah. Teringat dulu masa aku training di Secret Recipe Alamanda, kawan aku menggunakan waktu rehat 1 jam yang sangat berharga tu untuk pergi karok. Sanggup tak makan, padahal kerja sangatlah memenatkan.
Titt.. titt.. Ah, ade reply.
Sori Lan. Kitorang baru nk gerak daripada rumah. Ada hal jap tadi. Awak dkt mana? Nanti kitorang pergi kat awak.
Duhhh... baru nk bertolak ke. Haha. Aku rupenye tersampai awal laa nih. Semangat btol gue. Lantas aku menekan butang-butang huruf kat henfon aku.
Oh.. baru nak bertolak ke. Takpe, dah sampai nanti bagitaulah. Tunggu kat mane2.
Memandangkan kol 8.30 baru nak bertolak, aku kira dalam kol 9 gak lah kot baru nak sampai. Maka aku pon tutup radio kete, tutup aircond kete, dan akhir sekali tutup enjin kete. Hmm, mane aku nak gi jalan2 nih. 30 minit gak tuh. Bosan jalan sorang2, tapi nak wat camne kan... Aku ikut sajalah kaki aku melangkah.
Dalam sedar tak sedar, aku dah berada kat kawasan kolam besar di Alamanda, berhadapan dengan deretan kedai2 makan seperti Secret Recipe, Manhattan Fishmarket, dan mcm2 lagi. Nostalgia sungguh. Dulu masa aku kerja kat Alamanda, sinilah tempat aku menghadap hari2 time rehat. Makan nasi bungkus di atas kerusi kayu panjang yang disediakan, bawah pokok2 merimbun, sambil tengok air kolam berkocak ditiup angin. Kalu penat sangat, aku tertido jer atas kerusi kayu tu, tak mengendahkan langsung pengunjung2 yang datang berpacaran kat situ. Name pun penat..
Tapi malam ni lain, tiada nasi bungkus. Nak duduk bawah kerusi, macam gelap sangatlah pulak sbb cahaya dilindungi pokok. Jadi aku pon lepak kat pembahagi kolam tu.. Tapi takdelah sampai bermain2 gigi air, itu mcm jiwang sangatlah pulak. Stakat lepak kat atas batu, relaks2 isap rokok sebatang dua, usha orang2 tengah makan. Terase macam kutu habrak lak, cuma bukan kat tepi sungai atas tembok sambil pegang gitar jer. Hahaha.
Sedang aku dibuai khayalan...
"Eh bro. Lepak sini plak ke?"
Aku menoleh ke arah suara itu. Siapa pulak tegur aku bro bro nih. Aku bukan abang ko okeh.
"Hoh??" Laa.. Zizi rupenye. Aku igtkan sape laa tadi. Zizi merupakan salah seorang pekerja di Secret Recipe Alamanda yang aku kenal dulu. "Laa.. ko keje sini lagi ke? Aku tengok orang lain semua dah berhenti.."
"Takde duit la bro... Aku kena kerja gak.." jawab Zizi.
"Dah tu kenape ko tak sambung belajar jer?"
"Hmm.. aku result SPM tak ok laa bro... So nak taknak kena kerja gak.. Bro sihat ke? Makin kurus aku tengok." Amboi, ni puji ni nak ape2 ke. Tapi kesian kat dia... nak hidup, terpaksalah bersusah payah. Aku sedikit sebanyak kagum dengan Zizi, sebab aku tau kerja macam dia sangatlah memenatkan. Tapi dia terpaksa bertahan.
"Sihat2... Ko?"
"Macam ni je lah. Bro buat ape kat sini? Lepak sorang2 tepi kolam plak tu." Tanye Zizi pada aku sambil sengih. Heheh. Segan la plak ada orang perasan aku dok hanyut dengan dunia aku sorang2 kat tepi kolam Alamanda.
"Aku tengah tunggu orang.. nak gi karok satgi." Jawab aku jujur.
"Fulamakk. Layan karok ke bro. Hahaha. Ngan awek?"
"Taklah. Ngan awek-awek. Hahahaha."
"Peh bro... dasat laa ko. Nampak je montel n chubby, tapi mantap." Hek eleh, siot je si Zizi nih. Dalam pada nak puji, sempat die kutuk aku. Hampeh sungguh.
Kemudian Zizi pon join lepak2 dengan aku kat tepi kolam, rupanya shift kerja dia dah habis. Padanlah relaks jer siap leh lepak ngan aku. Kami borak macam2, baguslah, ade jugak aktiviti sementara nk nunggu diorang ni tak sampai2.
Aah kan. Mane diorang nih??? Dah kol 9.15 dah, tak sampai lagi ker?? Baru aku teringat. Aku pon mencapai fon aku nak SMS.
Tengok2, ade 2 misscall, dan 2 SMS. Astagaa... rancak borak, aku tak sedar pulak ade call n sms kat fon. Hish... Btol punye loklak. Satu misscall daripada Nur, dan satu lagi daripada Na. SMS dua-dua daripada Nur.
Aku pun bace SMS plak.
Awak kat mane? Kami dah sampai... Ada dekat food court alamanda.
SMS kedua plak.
Kami dah sampai lama dah nih. Tunggu awak tak reply2 ni, kitorang makan dlu ye. Jumpa awak dekat kedai W*********.
Aduh. Daripada sampai awal, skang jadi aku pulak yang lambat. Memalukan sungguh lah. Dengan pantas aku minta diri dengan Zizi, bagitau dia yang orang2 aku tunggu dah sampai. So kami pon bersalam-salaman, dan aku terus hampir berlari-lari anak ke food court alamanda.
Daripada kejauhan, aku dah nampak Nur dan Na tgh sedap makan. Aku pon daripada berlari-lari anak, terus berjalan perlahan. Tak bolehlah nampak sangat kan... kena buat2 cool biarpun dalam hati tak cool sket pon. First impression tu penting!!! Eh.. ni dah kire second impression dah. Lantaklah mane2 pon.
Dalam 50 meter nak sampai kat diorang, baru diorang perasan kehadiran aku. Dan daripada jauh tu jugaklah mereka berdua melambai2 tangan ke arah aku. Aku pon lambai baliklah sket.
"Hehe, sori. Saya ade kat depan tadi tu. Lame dah ke sampai?" tanya aku sopan.
"Takdelah lame sangat. Sepatutnye kitorang yg sori sbb lewat. Janji kol 8, tapi ada hal tadi. Tu yang lewat sket." Kata Nur.
"Awak taknak makan ke?" tanya Na pada aku.
"Ah takpe2. Saya dah makan kat rumah tadi sebelum datang. Lagipun takleh makan banyak2, nanti tak keluar suara time karok, hehe," sengih aku.
"Eleh.. bukannya nak jadi penyanyi profesional pon," cebik Nur pada aku. Amboiii.. cubit kang bibir tuh.
"Mane awak tau...? Nanti dah jadi penyanyi pro, korang gak cari saya nanti.. hehehe. Sibuk nk mintak autograf. Kalu nak, baik mintak autograf skang," aku saje memoyo kan diri. Sebenarnye aku bukan jenis poyo pon, tapi somehow, kena selit2kan sikit. Ini penting utk menarik perhatian orang di langkah pertama. Tapi janganlah lebih2 plak. Stakat menduga reaksi sudahlah.
"Eee... ok. Kite tengok awak nyanyi sedap ke tak nanti," kata Na plak sambil mulut die penuh dengan makanan. Takdelah penuh sangat, saja aku ckp gitu hahahaha. Tapi mereka berdua ni sangat comel tingkah kalunya.
"Sori ye snubby, kitorang memang makan lambat.." kata Nur.
"Its ok, its ok.. take your time. Nanti tercekik lak. Saya takde hal pun. Tapi saya tak sabar ni nak dengar korang berdua nyanyi hehehe. Jarang jumpe gadis2 yang tak rasa malu sangat.."
"Heehee, kitorang biasa je. Nak malu ape sangat, bukannya datang sorang2.. Ada kawan kan." Kata Na sambil menjeling kat Nur. Nur pon mengangguk2.
Selepas itu, sementara tunggu diorang habis makan, aku pon dengarlah celoteh dua gadis ini. Macam2 diorang citer, kadang2 citer sesame diorang, kadang2 citer dengan aku, dan kadang2 diorang tanye2 pasal aku. Get to know lah lebey kurang. Aku tak banyak cakap sangat, mungkin sbb perasaan malu tu masih ada. Tapi oklaa kan, berbanding tahun dulu2... nak bukak mulut pon rase berat. Bak kate Dila Dils, ada emas dalam mulut agaknya (ni citer waktu aku memula kenal die dulu). Aku memang seorang jejaka pemalu dahulu, tapi masa dan keadaan telah mengubahnya... ecewah.
"Ok siap!! Jom Na, masa untuk bernyanyi!" Kata Nur separuh jerit.
"Yeah. Jom Snubby." Kata Na plak.
"Jom. Tapi... saya tatau katne karoke dlm alamanda ni. Tak pernah datang pon..." jawab aku.
"Laa.. ingatkan awak slalu datang. Jom, ikut kitorang." Kata Na lagi. Nur dah jalan dah. Mak aih, naik syeikh nampaknye.
Sesampai di pusat karoke alamanda, aku terpegun. Besar jugak! Dan ramai gak!! Aku tengok senarai harga, murah gak!!! Terus kitorang pergi ke kaunter...
"Nak sejam je," kata Nur. Diorang dah biasa karok kat sini ngan kawan2 diorang... so aku biarkan diorang je yang lead.
"Ok. Bilik 805, RM28 yer..." kata awek kat kaunter tu. Sebelum diorang kuarkan duit, aku cepat2 hulur not kertas rm50. "Nah,"
"Eh???" Serentak Nur dan Na bersuara.
"Takpe, saya belanje. Kalu rase2 nak sambung sejam lagi, then korang bayar plak. Ok?" Aku memberikan cadangan.
Dan sekali serentak dengan itu, Nur dan Na senyum besar dan mengangguk2. Suka laa tu. Eee.. geram tengok dua orang nih, aku rase mcm nak cubit je pipi sorang2. Hahahaha. Sabar Lan.. sabar.
Sesi karok pon bermula. Mula-mula sume orang macam malu2. Nyanyi pon slow2 je tak dengar suara. Giliran aku tak tiba lagi, aku kasi can diorang dua nyanyi dulu. Makin lama, makin kuat suara. Yeah, sudah selesa untuk bernyanyi. Aku paham... aku dulu kan pemalu, memang kena amik masa sket untuk menyanyi nak2 lagi bila orang lain tu baru 2 kali je jumpa.
Kemudian tibalah giliran aku. Yeah, aku berjaya memukau 2 gadis ini dengan suaraku yang merdu feewit. Yaa, baru mereka tau aku pandai nyanyi. Hahahaha. Perasan. Sebenarnye diorang buat endah tak endah je, tapi aku yang terase macam diorang teruja. Kasi canlaa nak perasan... takkan takleh kot.
Daripada lagu slow2... makin lama makin rancak kami menyanyi. Kadang2 berduet, kadang2 solo, kadang2 berdiri, kadang2 duduk. Menari? Hehe, takdelah sampai cenggitu skali. Diorang pon takdelah berani nak menari2. Walaupun aku sangat berharappp mereka bernari2 di depan aku. How i wish....
Dah habis sejam, rasa macam tak cukup. Nur pon pergi tambah sejam lagi, seperti yang dicadangkan oleh aku awal2 sebelum bermula sesi karoke. Semangat btol!
Diakhir sesi karok tu, Nur & Na dah keletihan. Suara pon dah nak hilang. Hehe. Mesti diorang stress belajar, sampai bila karok, habis habisan diorang kuarkan suara. Kesian. Aku rase rindu plak zaman belajar aku, bile stress, leh gi buat macam-macam ngan member untuk lepaskan tekanan. Skang ni susah, tak ramai yang available, apatah lagi semuanya dah ade komitmen masing2. Inilah realiti hidup. Sebab tu aku constantly mencari kawan2 baru walaupun umur mereka muda-muda. Aku tak kisah.
Keluar daripada pusat karok alamanda, aku pon cakap kat diorang...
"Amcam? Seronok tak?"
"Seronok sangat!" kata Na. "Kitorang dah lama tak karok, thanks Snubby," kata Nur lak.
"Hehehe, bagus2. Korang seronok, saya pon seronok."
"Yerp. Tak sangka awak terer nyanyi." Wah.. Nur puji aku.
"Tu lah pasal... tak sangka btol." Na pon puji aku.. Wah~!
"Isk, mane ade. Biasa2 aje lah. Yang penting jangan malu2. Korang berdua not bad at all. Boleh ajak karok lagi nanti." Kata aku pulak.
"Boleh2. Eh, kitorang balik dulu lah. Dah pukul berapa dah ni. Lewat dah." Kata Nur.
Aku senyum dan mengangguk. Baliklah.. terima kasih kerana sudi menemani aku berkarok, kate aku dalam hati. "Saya parking kat sebelah sana, korang?"
"Kitorang parking arah situ.." tunjuk Nur.
"So.. sampai sini jelah. Sampai jumpa lagi keh." Kata aku sambil memberikan senyuman puas hati. Diorang mungkin tak tahu betapa aku perlukan sesi karok ni. Bukan karok tu yang aku perlukan sangat2, tapi teman... untuk membalut luka dalam hati aku yang sangat besar ni. Sedikit sebanyak, aku memang terubat.
Sesampai aku di kereta, 2 SMS masuk ke henfon ku. Hehe. Ni mesti diorang berdua. Aku pon bacelah...
Msg daripada Nur:
Thx belanje kitorang karok! Sangat2 hepi! Tak pernah karok sampai 2 jam tau! Sayang Snubby!!
Msg daripada Na:
Snubby, tq very much tau. Sampai abis suara org... hehe. Syg Snubby sangat2!!!
Hins hins. Kembang kucup hidung aku. Walaupun aku tau itu cuma gesture saja, tapi, dihargai oleh orang lain, sangatlah aku suka. Aku dengan ringkas pon reply SMS diorang...
Ur welcome. Semoga korang dapat release tension. N terima kasih utk korang gak... teman saya. U guys dunt have any idea how much i need it. Haha. Nite. Cya guys later, insya allah.
Malam tu... utk pertama kalinya... aku dapat tidur dengan sangat tenang selepas sebulan mimpi sedih...
-bersambung-
Ran Feat Shiela - Tunjukkan Cintamu
Monday, March 23, 2009
Monday, March 16, 2009
Part 2: Ais Batu Telah Cair
"Uno, Uno game!!! Yeah, menang!"
Ya, terima kasih ke atas ciptaan kad Uno, aku berjaya menggunakan permainan kad ini untuk merapatkan ape2 yang tak rapat hehehe. Oh, terima kasih juga aku ucapkan utk member2 subang kerana memperkenal dan mengajar aku game ni. Tak sangka plak ade guna belajar skill bermain Uno. Siapa sangka daa. Sebenarnye mase kecik2 dulu biasa je main, dah besar nih, nak main dengan sape kan? Rupe2nye skang ni ramai plak yang main. Termasuklah dua orang ni...
"Saya main game Uno ngan korang ni, name pon tak kenal. Sori. Name saya Lan. Kat internet orang panggil snubby," aku memperkenalkan diri aku selepas 30 minit permainan kad. Lame gile nak ambik masa tebalkan muka. Sengal sengal.
"Tu la pasal. Tup tup je terus join main skali. Bukannye nk gi main futsal tu," jawab gadis kecik. Yang tinggi tu sengih2 je kat tepi.
"Alah, futsal tu ramai sangat. Biarla diorang main puas-puas. Kasi can. Saya pun bukannya reti main sangat... eh, namenye ape?" tanya aku. Arghh, sekali lagi kene tebalkan muka. Ingatkan dah introduce diri tadi, diorang pon introduce laa diri sendiri, skali tak plak.
"Nama saya Nur, yang ini kawan saya, nama dia Na."
Oooo... kawan dia ni taknak introduce sendiri ke, mintak org lain plak hehe. Takperlah, yang penting skang dah tau nama, beres dah tu daripada tatau apa2 langsung.
Yang kecik2 tu Nur, petah cakap, tau ape yang nak dicakapkan, mesra alam, dan sangat periang. Yang tinggi2 tu pulak Na, banyak cakap gak, tapi tak sepetah Nur, manja-manja sket style cakap.
"Ooo.. Nur dan Na. Macam Upin ngan Ipin. Adik beradik ke?" bodoh nye soalan aku. Ape punya pikap line aku pakai nih??? Aku kecewa dengan diri sendiri. Tau laa movie Upin Ipin nak keluar wayang..
"Ada rupa adik beradik ke kitorang nih??" balas Na pulak sambil menjengketkan keningnya sikit.
"Hehe.. ntah. Mana saya tau.. skang ni adik beradik pon ramai je yang muka lain2."
"Hehe, ye la tu, memang adik beradik tapi lain mak ayah." Na menjawab. Serentak dengan itu, mereka berdua ketawa mengekek ala2 comey gitu. Takpe2, kasi can... belum kenal lagi siapa aku ya!!! Heh, heh, heh.
Di kesempatan itu, aku cuba mengorek lebih banyak data daripada dua orang ni, Nur dan Na. Laa, dekat ngan aku rupenye diorang ni, area2 Bangi/Kajang/Putrajaya/Cyberjaya/Dengkil/Seri Kembangan/Serdang/Semenyih rupenye.. (yang mane jwpn betol tu, takyah aa korang tau yer hehehehe). Rupenye diorang join futsal ni sbb diajak meramaikan keadaan, tapi tak main pon. Dok lepak tepi main UNO jer. Sape soh main UNO, kan dah kalah dengan aku. Aku terer giler tau main UNO. Tak caya tanye aku.
Aku juga dapat tau yg Nur ni selalu jugak laa join (aku jarang2), tapi Na ni baru pertama kali. Saja jalan2 katanya. Bosan kat rumah. Baguslah.. sekurangnya dapat kenal-kenal dengan aku. Lame dah tak buat kawan perempuan baru. Masanya sudah tiba~~
Sedang aku rancak borak ngan diorang, tetibe member aku panggil.
"Lan, masuk padang, main bola," jerit member aku.
Hmm.. kalu aku masuk, tak dapatlah nak borak-borak. Futsal bile2 leh main. Lagipun semalamnya aku baru pas badminton 2 jam, peluh sakan. So ingat nak relaks2 sket. Hehe, saje cipta alasan utk menyedapkan hati takyah main futsal.
"Korang mainlah. Aku pancet dah nih. Nak lepak2 kat luar jer..." balas aku.
"Haih, ko main bape kali sangat. Jadi keeper je plak tu, bukannya lari2 pon."
"Alaa.. korang main je. Tu tu, ramai lagi baru main sket, kasi diorang dulu. Aku kendian2 pon takpe."
"Yelah2.." kecewa agaknye member aku. Tak dpat pakai aku jadi goalkeeper terbilang laa tu. Maafkan aku kawan, hidup ini kadang-kadang memerlukan pengorbanan. Kau cari sajalah orang lain menggantikan aku untuk menjaga gawang gol itu... lepaskanlah aku untuk.. berborak dengan dua gadis ini. Kasi canlaaa beb! (semua ini dalam hati yer).
Tak banyak yang aku boleh ceritakan saat pertemuan pertama aku. Sebab keadaan tak mengizinkan. Korang tau je lah futsal camne kan. Bukannya boleh borak sangat, lagi2 plak orang baru kenal. Campur lagi bukan aku je ade kat situ, ramai lagi. So perhatian tu tak dapat sangatlah. Itupun aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana memberi aku peluang untuk membuat kawan baru, yang mana aku dah lama tak buat, dan hampir2 tak pandai buat. Huhuhu. So maafkanlah aku..
"Preet preettt!!" member aku membuat siulan tanda berakhirnya waktu permainan futsal kami. Abes daa... pasni mesti ade sesi lepak2 minum.
"Saya tak join kot pergi minum. Tapi korang tinggal dekat jer kan? Hmm.. bolehlah kalu nak hangout together-gether. Dah dekat.." Aku memulakan langkah untuk mengenali dengan lebih rapat.
"Boleh.. sure, no problem. Kitorang tak kisah kalu nak berfoya same2 ni," jawab Nur. Na menggangguk-angguk comel tanda setuju.
"Thats great! Hmm.. macam mane saya nk kontek kalu ape2.... eh..?" Heh Heh Heh.
"Haa.. amik nombor kitorang.. nombor sy.. 010-XXXXXXXX" Pantas saja Nur memberikan nombornya.
"Awak nye plak?" tanya aku pada Na.
"Nombor sy ni.. 010-YYYYYYYY," bagitau Na pada aku.
"Maceh... nah.. amiklah nombor saya. Nanti saya call, korang taknak angkat plak sebab tatau sape call.. jap eh saya miscall."
Dengan itu.. berjayalah aku mendapatkan kontek nombor 2 gadis serentak dalam satu malam. Aku berazam akan terus mengontek mereka ini, dan bukannya menjadi pekasam je dalam henfon aku. Dalam otak aku macam2 plan aktiviti dah aku rancang, tapi sebab banyak sangat, aku jadi blur tatau nk start dengan yang mane satu. Hahaha.
Selepas mengucapkan selamat jalan kepada mereka, aku pon pandu pulang ke rumah dengan hati yang gumbira. Sambil2 tu aku terpikir apa idea menarik utk kuar ngan diorang ni lagi skali. Hmm...
Aku capai fon aku, dan terus SMS diorang dua.
This wiken, nak karok tak? Dekat alamanda, member bgtau ada tempat karok best. Tapi tatau lah korang layan ke tak karoke...
HAHAHA. Gile gamble aku ajak karok terus padahal baru je kenal. Sah-sah kene rejek je nnt. Maklumlah, orang pompuan ni mane nak nyanyi sangat lagi2 depan orang laki. Aku pun tatau apsal aku ajak diorang karok. Padahal banyak lagi mende lain boleh buat. Mungkin pasal aku dah lame tak menyanyi kot... atau, mungkin juga pasal aku baru melalak sambil memandu masa pikir idea tu... hehe.
Tuuttt tuttt.. Hehe, ade SMS reply.
Tuutt tutt.. Wah! ade 2 SMS reply!
Aku bace sms tu (dan sambil memandu.. bahaye btol aku nih).
Bleh je, kitorng mmg suka karok pon. Dh bese dh g yg alamanda tu. This wiken sounds nice. Nti gitaulah plan ye~~ Bye2. Message daripada Nur.
Karok? Bestnyee. Saya ok je, lama dah tak nyanyi2. Next week exam, so bolehlah lepaskan stress stadi. Message daripada Na.
Waaalaaa weii~~ tak sangka aku.. siyes tak sangka. Idea aku diterima secara baik sekali. Ini yang buat aku lagi semangat nih!!!
Next agenda: KAROK!!! Kena minum air asam jawa banyak2, takleh kantoi depan gadis, malu nnt. Hehehehe...
-bersambung-
Yuna - Dan Sebenarnya
*Disclaimer - Cerita ini adalah berdasarkan cerita benar, tapi bukan cerita sebenar, hanya berdasarkan cerita sebenar. Mati aku nanti kalu tulis 100% true... huhuhu. Utk menulis cerita ini, aku sudah mendapatkan keizinan daripada orang2 yang berkaitan.. Hehehe. Selamat membaca! (dan mengomen!)

Thursday, March 12, 2009
Part 1: Bila Badai dan Ribut Berlalu
Telus.
Kita mesti telus dalam semua perkara.
Sebenarnye takde kene mengena pon ayat kat atas ni dengan citer baru aku. Saja je aku nak kasi ade tulis something before aku mule merapu mengarang citer seterusnya. Jump start la lebey kurang. EH, tapi walaupun ayat merapu, ceritenye benar woo.
Yang sebenarnye aku pada bulan 12 yang lepas, aku telahpun menjadi seorang yang single mingle balik. Yeah, no big deal. Tp sebelum nk jadi single tuh, all hell break loose woo. Mmg gile btol time tu. Kalah mana2 pilihanraya kat malaysia nih (bg aku la hihi).
Dalam kata lain - Neraka semua memberontak (tak caya klik link ni tgk google translate ape). Eh, aku taknak citer lah ape jadi.. malas nk igt. Tapi....
Meh sini.. dekat sikit. Aku ade citer baru. Huhuhuhu.
Selepas single, boleh kata aku weng sekejap. Tapi kemudian aku sedar yang dunia ni masih luas. Banyak lagi perkara yang boleh aku terokai. Banyak lagi agenda yang perlu aku penuhi. Kenapa nak pening-pening lagi, yang sudah tu sudahlah. So dengan drastiknya, aku pun mintak izin utk tidak menjaga kedai di Kerteh, dan pulang semula ke rumah.. untuk memulakan hidup baru yang lebih positif. Nasib baik ada orang jaga kedai kat sana... Takleh blah lah, masa tengah pening-pening, duduk sana sorang2, lagi sakit jiwa. Baik aku balik je. Boleh jumpe kawan2, sanak saudara, dan skandal mendel.
Skandal mendel??? Hehehehehehe.
So antara aktiviti yang aku lakukan ialah, join satu kelas aikido bersama-sama ayah dan adik aku sendiri. Walaupun pada mulanya aku agak keberatan, tapi lepas tu rasa sangat best. Masa aku terisi dengan ilmu yang berguna. Kalu ade orang nak ragut aku nnt, beranilah diorang. Aku humban aje jauh2! Rapat rapat kalu berani!
Lagi, aku mula aktif dalam sukan badminton, tiap2 minggu mesti mau main. Bersama rakan2 subang a.k.a budak2 tanjung (tanjung tu name kedai mamak, pelik kan? mcm name kedai melayu je). Mula2 tu dalam 5-6 orang je, pastu makin lama makin ramai, plg ramai 16 orang!!! Mendapat sambutan yang hangat. N jumpe jugaklah member2 baru...
Oh, tapi belum sampai lagi pada citer yg sebenar2nye aku nak cerite. Sabar yer, sabar yer.
Ada satu hari, aku mendapat jemputan bermain futsal di subang. Waduh2. Lame tak main futsal. Ade la dekat beberapa tahun. Semenjak kawan2 ramai yg dah kawin, kerja, dan bermacam2 lagi alasan duniawi, susah nk kumpul orang. Aku pulak memang berancang nak memenuhi aktiviti2 sihat dlm jadual aku. Dengan senang hatinya, aku pon terima jemputan tersebut.
Sesampai nya aku di futsal tersebut.. terpandanglah aku pada 2 gadis cilik yang memang betul2 menarik perhatian aku!!!
Sorang kecik molek.
Sorang lagi tinggi melampai.
Wah2, tak kenal lagi diorang nih. Nak kenal ke tak.. bisik aku dalam hati. Aku berkira-kira sama ada aku masih mempunyai skill set penting bagi seorang lelaki iaitu - Menebalkan muka. Secara automatik mood aku untuk bermain futsal terus hilang, yang ada ialah mood lain. Main futsal pon aku tak kusyuk, tengah pikir camne laa nak break the ice. Susah.. susah... dah bape lame aku tak menyorongkan pipi.
Tetibe aku mendapat satu peluang.. yang sangat dan super best!!!!
-bersambung hehehehe-
The Rock ft Ahmad Dhani - Munajat Cinta
(kalau korang ade suggestion lagu2 menarik, bolehlah send kat email aku snubnosse@gmail.com utk disertakan dlm nih)

Update la sengal!!! bak kate effi.
Jawapan drpd aku:
Hahaha. aku nk update la nih. kasi can aku bernafas dlm udara segar setelah sekian lama bernafas dalam lumpur. Apepon skang aku dah tak berada di terengganu, bisnes still running, tp aku tak jage kat sana dah. sudah letak orang jaga kedai~~ jiwa aku belum sesuai lagi dengan terengganu, maap!
Kini aku dah kembali duduk bangi semula, dan dah kerja di bangi juga. Bidang I.T, kire tak sia-sia gak laa aku belajar kat UTP dulu. Alhamdulillah...
Antara update terkini pasal aku:-
1. Sudah single!! (penting ni, sbb tu letak jd point first hehehehehehe, so kamon gals, chase me ah~~ poyo la plak)
2. Aktif menyihatkan diri (di samping menguruskan badan hahaha. Effi!! ko takleh kutuk perut aku lagi laa pasni. Tunggu laa kau.)
3. Berkecimpung dlm bidang Aikido. Walaupun tak mungkin jd Steven Seagal, tp aku tak kire. Syok woo.. dah 2 orang aku berjaye tarik join (kalu Multi Level Marketing nih, aku dah boleh kaya hahaha, sibbaik bukan).
4. Menambah kenalan baru, fewitt.
dan paling penting...
5. Bersiap sedia utk cerita seterusnya~~ nantikan Part 1: Bila Taufan dan Ribut sudah berlalu~
amcam? amcam? hehehe...

Subscribe to:
Posts (Atom)