Monday, September 15, 2008

Rakan-rakan memang ciptaan yang mengagumkan...

Hai semua. Waaaa, lame giler aku tak ngepost dlm blog nih. Setahun lebih~!!! Bukan blog aku je, blog orang lain pon aku dah tak sempat nk updatekan diri membaca.. n banyak lagi community yg aku join, aku ketinggalan. Aku mintak maaf bebanyak kepada kawan2 semua ke atas perlakuan aku nih.. huhuhu.

Well.. untuk mukadimah sbb lame tak post, biarlah aku update sket pasal diri aku nih. Pada 10/10 (lepas raya 2008), aku akan berangkat ke Kerteh. Menjaga franchise Secret Recipe yg aku dan ayah aku bukak di Kerteh Mall. Tugasan berat, sebab bidang Food & Beverage nih walaupun menguntungkan, tapi bisnes yang agak kejam untuk peniaga.. melayan karenah manusia di tahap mereka tak rational. Yerlah, dah lapar kan, masa tu lah orang akan tunjuk die tu penyabar ker kaki maki ke ape. huhuhu. Bukan aku ckp, tp Business Trainer aku ckp.. Alex name mamat tuh. Seorang cina yang dah 20 tahun terlibat dlm bidang F&B, dan sangat fasih bercakap melayu. Kagum2...

OK, cukuplah pasal aku. Topik post aku kalinih nk menulis pasal rakan-rakan. Macam tajuk post ni, rakan2 mmg ciptaan yg sangat mengagumkan. Sama ada positif dan negatif. Kerana rakan2, seseorang tu mampu utk berjuang, dan kerana rakan2 juga, seseorang tu mampu terpesong. Terpulanglah pada kita utk pilih jalan yang mana.. tapi definitely, apa yg aku nk tulis nih, pasal rakan2 yang mampu menghidupkan semangat aku untuk berjuang supaya hidup lebih cekal. Damn, im impress with my friends. Seriously!

Bebaru nih, aku cukup depress. Actually, aku memang senang depress. Sebab aku suka kumpul semua masalah aku dan fikir dalam satu masa! Kalaulah masalah ni boleh dilihat dengan mata kasar, aku pasti doktor yg membelah otak aku mesti pening kepala dengan keserabutan yg ade. Ada banyak sebab aku mudah depress, mostly sebab aku dah tatau nk handle pressure camne... Pernah dengar 5 stage of grief? Ok2, maybe teori nih byk diguna pakai kalau ada kematian dlm hidup kita, tapi sebenarnya boleh guna bila kita stuck dengan masalah kita. 

Denial, Anger, Bargaining, Depression.. and Acceptance...

Selagi kita tak melalui kelima2 stage, selagi tu kita akan sangkut dan takleh heal drpd apa saja masalah yg kita hadapi. Tak complete. Dan tak semestinya setiap stage tu amik masa yang lama, ada yang kita tak sedar pon kita dah lalui stage tuh. Aku harap.. aku sekarang berada di tahap kelima, kerana dengan Acceptance.. Penerimaan.. aku boleh move on. After all, what doesnt kill you, makes you stronger, rite?

Sepanjang masa aku berada dlm keadaan tertekan, aku memang tak nampak dah hadapan aku. Bukan maksud aku buta atau rabun daaa. Maksudnya, aku tak nampak gambaran sebenar duniawi. Aku terperangkap dalam selirat masalah... dan cuba keluar drpd ikatan2 tu. Makin aku cuba, makin aku terbelit, dan makin aku panik. Ini metafor. Kalu tak paham metafor aku tuh, aku dibelenggu dengan masalah2, dan aku cuba fikir setiap jalan yang aku mampu pikir utk menyelesaikan masalah aku.. yg kadang2 adalah solution yang tidak sihat. Masa ni lah... rakan2 itu penting...

Aku ingin berkongsi nasihat yg aku dpt drpd rakan2 aku.. mungkin korang boleh pakai kalu terbelenggu.. Well, mungkin mereka2 ni bukannya ahli falsafah atau orang kenamaan, tapi still, masing2 ada life experience sendiri yang membuatkan mereka layak untuk memberi nasihat. 

"Do something because its useful, not because its right or wrong." - Shaheeran.

Secara spesifiknya... mungkin susah juga nk pakai nasihat nih. Tapi secara general, this is a very good one. Maksud kawan aku nih, jika membuat sesuatu tuh boleh membantu aku teruskan hidup dengan aman, maka buatlah. Asalkan ianya berguna. Asalkan aku tak miserable lagi. Paling penting, ianya berguna utk diri aku! Bukan untuk kepuasan, tapi utk benefit. Dan apa yang kena buat tu, terpulang pada individu masing2. Sebab tu tak kira ianya betul atau salah, sebab kalau kita sendiri memang jenis yang betul.. selalunya kita akan buat sesuatu yg berguna dan dlm masa yang sama ianya tak salah. Dalam hidup nih, tak ada yang betul dan salah.. kecuali yang melanggar batas2 agama lah. So take advantage of that.

"Walapun muka tak lawa atau teruk, kalau personaliti ko best ko akan nampak best di mata sumer org!" - Nora

Hahaha. well.. low self esteem sbbkan aku tak berupa mmg antara keypoint. Aku rase aku dah naikkan banyak dah, tapi rupanya belum lagi. Aku kena mantapkan lagi personaliti aku. Aku kena buat semua orang suka bila aku ada. Aku kena make sure orang tak lupakan aku. Itulah maksud personaliti yg mengagumkan. Memang betul apa yang kawan aku ckp nih, personaliti mmg satu sifat yg kita tak nampak, yet mempengaruhi banyak faktor dalam hidup kita nih. Rupawan tu sekadar faktor tambahan. Orang tak berupa cuma kena kerja lebih sikit jer. Dan yang pastinya, kepuasan tu lebih byk.

"Bagus utk mempunyai ego, tapi, letakkan ego itu di tempat yg betul." - Jo Kapasitor

Bunyi macam senang kan? Tapi percayalah, tak ramai manusia yang sedar, kita selalu letakkan ego kita tu di tempat yang salah. Di tempat yang memakan diri kita sendiri. Ini sebab, ramai antara kita yang sebenarnya tak cukup menyayangi diri kita. Sebab tu bagi aku, kawan aku yg sorang ni mampu berjaya dengan diri sendiri. Sebab dia sentiasa sedar apa yang dia perlu buat untuk protect diri sendiri daripada masalah. Bukan kata lari daripada masalah, tapi deal dengan terbaik. Dan Ego tu antara peranan yang penting. Selalu antara kita ni, tau camne nk selesaikan sesuatu perkara, tetapi bila masuk ego, apa pon tak jalan. Jangan begitu. Kalau idea kita ditolak mentah2, maka gunakanlah ego kita utk perjuangkan idea kita. Bukan dengan melarikan diri tak mahu memberi idea dah sbb ego tercalar. 

"Man cannot be sensitive! A lil bit yes, but just enough." - Farouk

Betul2. Kalau laki sensitif.. maknanya samalah laki ni dengan pompuan. Pernah dengar opposites attracts? Tuhan jadikan ciptaan dia ni berpasang-pasangan. Ada siang, ada malam. Ada laki ada perempuan. Ada panas ada sejuk. Theory of Duality. Dan ditakdirkan perempuan lebih sensitif, kenapa laki nk sensitif plak? Gunakan kelebihan yang lelaki sepatutnya ada itu, bukannya garapkan apa yang lelaki tak perlu ada sangat. Aku mengaku, aku memang sensitif. To the point, aku boleh perasan sama ada seseorang di depan aku tu apa moodnya. Well then... sbb aku dah terima nasihat nih, maka aku kene kontrol sensitiviti aku. Kalaulah dijadikan laki dan perempuan dua2 sensitif.. aku rase, baik perempuan cari perempuan jer utk dijadikan pasangan. Sebabkan laki ni ada sifat2 tersendiri yang membuatkan serasi kewujudannya dengan perempuan...

"Never ever try to change people, u don't do that. let them change by themselves"- Pak Lang aku.

Heh. This is a very valueable lesson. Betul lah kata pepatah, kita boleh tarik kuda pergi ke tpt minum air, tapi kita takleh paksa dia minum air. Manusia dijadikan mempunyai will sendiri. Desire sendiri. Kita boleh arah, tapi kita takleh suruh die buat. Ramai orang tak sedar, termasuklah aku. Aku memang suka cuba ubah orang, for the better changes of course. Tapi aku silap. Aku tak patut buat begitu. Aku hanya boleh guide saja. Selebihnya adalah kehendak Tuhan kalu nak jadikan orang itu makin baik atau makin teruk. Dan semestinya kehendak orang itu sendiri.

Ini mengingatkan aku pada satu lagi nasihat...

"Only you can change it.. If u want. Only u can be happy.. if u want. The past is past.. no one can ever change it. But ur future..only u can make it better or not." - Mira

Yes.. kawan aku yg sorang ni, memang btol2 support aku. 200%. Aku sangat kagum. Even when im wiping n whining, die sabar jer dengar. Hari2! Aku sampai naik segan. Banyak sangat nasihat yg dia bagi kat aku... tp biarlah aku simpan sbb itu mmg spesifik utk aku. Aku letak yang general saja. Aku tatau camne nk ucapkan terima kasih.. Memang benar. Hanya diri kita sendiri yang boleh menentukan perjalanan hidup kita. Semuanya dalam mental power kita. Truth is, aku sedar semuanya, cuma aku dah tak kuat drpd segi mental. Willpower aku.. semangat aku.. mmg dah sangat lemah. Sebab tu aku perlu nasihat2 nih. Utk menyedarkan aku yang aku bukan keseorangan dlm dunia fana ni. Yang sememangnya semua orang pon saling membantu sesama kita sendiri, tapi hanya kita yang boleh mereliasasikan. Kita mungkin tatau bila kita akan pergi tinggalkan dunia nih, so kenapa nak fikir tentang itu? Kenapa taknak fikir apa yang kita boleh isi sementara kita masih hidup? Aku fikir panjang tentang persoalan ni, dan jwpn dia sangat mudah. Only i can do this...

Ekceli, mmg banyak lagi nasihat2 yang aku terima. Most of them sangat spesifik to my problem, thats why aku tak tulis. Terima kasih yang tidak terhingga pada kwn2 aku... yong, yoda, syuk, zye, yap, wan, koi, zaeem, zamir, ramai lagi lah. Tak terhingga. Aku tak boleh tulis apa yang diorang cakap kat aku, tapi word of wisdom mereka nih memang aku sangat2 hargai. Ada yang tak reti berkata2, tapi in return, diorang support aku gile2. Diorang jadi pillar dlm hidup aku utk sementara aku berdikari. Diorang cuba distract diri aku daripada terlalu berfikir, diorang cuba mendengar dengan sepenuh hati, diorang buat yg terbaik untuk membayangkan diri diorang dlm situasi aku. Aku tak tau camne nk balas budi mereka nih.. tp insya allah satu hari nanti, akan ku balas...

Itu sajalah yg aku nk tulis. Sebenarnye ade byk lagi nk tulis, tp biasalah, time menulis, byk idea ilang. hehehe. Harap2 aku ada byk citer utk ditulis.. menghidupkan balik blog nih.

Hadiah daripada aku.. Aslyn - Thats when I Love You


18 comments:

cik cah said...

im glad u r writing back~

welcome back snubby =)

Sayuti said...

ingat lagi ko dekat blog ni ye snub. lama betul ko tinggal. welkem back. kalu nak jadi hosmet aku kat kerteh ni sound la. ada ruang kosong lagi.

Snubby, Don of Anime said...

hehehe thanks.

aku dah ade rumah dah kat kerteh. tp for sure akan jumper melepak ler boleh kan?

Anonymous said...

wow.. welcome back...

Johari Rahmad said...

Semoga yg terbaik berlaku kpd ko lan. Dan, hanya diri kite aje yg boleh ubah nasib kite, kawan-kawan kite takkan mampu ubah nasib kite.

Good luck in Kerteh lan ;)

Snubby, Don of Anime said...

tq2. aku nk buat gempar lagi thru blog nih!!!!! nantikannnnnnnnnn korang!

jo. kwn2 takkan mampu ubah nasib, tp kwn2 mampu menpengaruhi kita pilih jalan. sbb tu aku bersyukur ade kwn2 yg mcm korang. gila tp matang. huhuhuhu.

sbb tu jugak, orang tua2 pesan, berkawan kena memilih..

Soraya Zainal said...

Haaacchummmmm....

ko tau kan aku allergic tempat2 berdebu dan bersawang.. mcm blog ko :P

hehehehe... good to hv u back snubby~

Anonymous said...

lan..

bangkit dan teruskan berlari ok. alhamdulillah!

Snubby, Don of Anime said...

aku dlm proses utk mengemaskan sawang2 dan sampah2 yg ditinggalkan. lame giler tak balik rumah sendiri. wakakakaka.

squal, mane leh bangkit2 tido terus berlari doh! kejang otot sana sini karang, sape nk bayar duit sepital? ko kah?

11th alphabet said...

haha, terkejut aku melihat ada update.

this maybe come a lil bit late, my words to you

"you are not a failure, you just found out thousands of ways that does not work, keep on trying"

i seriously recommend this book for you "la tahzan, dont be sad"

try to read it out.. alim2 la sket ye.. hahaha

dueng said...

hehehe. igtkan dah lupakan blog ko ni. nostalgic siot tempat ni utk ko, never put this down.

hehehe. biasalah ada masalah tu, kalau tak bukan manusia namanya. bagi aku, ko sensitive bagus sebab itu penting utk ko faham perasaan orang. lelaki jadi sensitive tu ok je, at least ko boleh faham apa yang orang lain rasa.

aku rasa masalah ko bila ko terlalu fikirkan problem ko intensely. kadang2 problem ni takleh difikirkan sgt, kalau tak mudarat diri. jangan sampai termimpi2 sudahlah, tidur cukup dan esok pagi bangun dengan tenaga baru utk solvekan problem. well, it's easier said than done but hey, if you don't give it a try, how would you know kan?

if aku leh belajar nak put aside my problem, aku rasa ko pun boleh. just for a while, to ensure that i'm still sane, i need to put aside some of my problem. :)

anyway, glad to have you back. :)

Snubby, Don of Anime said...

Huhuhuh insya allah aku bace buku tuh.

tq mangi tq. be my follower please.. huhuhuhuhu.

Dils said...

Huhu.. aku br buang link2 yg tak apdet.. kena apedet balik :P


well well... jgn lagi setahun plak nk apedet?

Hahaha

Snubby, Don of Anime said...

insya allah, dila. hahahaha.

Farah Wahidda said...

wah..akhirnya penantian smp ke penghujung.

selamat update blog :)

Anonymous said...

"I believe whatever doesn't kill you simply makes you... stranger."

Tuh kawan aku the Joker cakap mase die belakon cite Dark Knight. Last2 die mati pasal overdose makan ubat anti-depression. hahaha

Snubby, Don of Anime said...

kalu Joker kwn ko... adakah ni Penguin? Atau Mr. Freeze?

atau villain baru yg tak femes sbb tak kuat langsung. hahahahaha.

Anonymous said...

Salam snub,

Minta maaf nak menyelit. Cuma nak cakap..bila otak separa sedar dah percaya satu keputusan..susah nak ubah. If every day you say something is difficult to do..it will be forever difficult for you.

Why not we reverse the order. So just maintain positive mind..always say yes or happy and etc. Don't always say negative to your self...for example pressure, hurt, depress..and so forth.

Law of attraction..positive attract positive. Negative attract negative.

Dalam hidup pun kita biasa tengok, kalau tengah marah..macam2 benda buat serba tak kena. Kalau mood ok semua benda jadi.

So it might be not attitude problem but how the way we think.

Memang susah.nak buat.but just try..simple one. Bangun pagi je, syukur dulu kepada Allah SWT dengan ape yang rezeki kita ade, jangan mulakan hari dengan benda negative atau masalah.

Tampal kat cermin, letak sticker "Aku tak depress". Just tengok je hari2 bila nak sikat rambut tuh..

Just share..I'm not perfect but this thing does help me a lot..

and of course "tiang lima waktu" tuh adalah yang terbaik untuk ketenangan hidup.

Just change the way you think..fikir2 kan le..

Wassalam.