Wednesday, March 14, 2007

Jam 3.33 pagi... EEEEEEiiieeeeeeee!

Tahun 2005...

Body clock aku dah punah ranah. Orang lain tido malam, aku tido siang. Kalau pun aku berjaya tido waktu malam, pukul 12 malam lebih kurang mesti terjaga. Kalau dah terjaga maknanya susah aku nak tido balik. Dan kalau aku berjaya tido balik, mesti terjaga-jaga. Rosak rosak...

Hari tu, seperti biasa, rutin 'terjaga' tengah malam aku kembali. Pukul 12 malam aku terjaga, kemudian aku cuba tido balik. Mujurlah berjaya. Tapi malangnya pukul 2 pagi aku dah terjaga balik. Bilik panas... Aku pandang roommate aku kat katil sebelah. Cissss syoknyaaa Bebeh tido. Takleh jadi. Aku tarik balik selimut, pejam mata, tak dapat jugak. Aku kira kambing khayalan lompat pagar (macam dalam cite katun tuuu), dah dekat seratus ekor tapi tak dapat lelap jugak. Haih....

Apa laa aku nak buat pepagi buta macam nih. Lagi 2 hari nak puasa dah. Peliknya, hari tu semua tido awal. Yoda pun dah tido. Syuk pun dah tido. Pendek kata semua tido awal, termasuklah aku, kecuali aku boleh terjaga pulak! Ini yang tak syoknya... Selalu diorang tak tido lagi, boleh jadi geng borak sesi pagi hari, takpun main game sama-sama.

Nak tak nak terpaksalah aku bangun, pergi basuh muka, kemudian masuk bilik balik dan bukak monitor komputer. Hmmm. Apa yang menarik nak disurfing? Aku bukak macam-macam website, semua tak ada yang baru. Masih tak update lagi. Chattinglah kalau camni...

Aku bukak mIRC, tengok sape yang ada. Semua nick ada, tapi barangkali semua dah masuk tido. Aku taip 2-3 patah perkataan.. "Sapa belum tido lagi???" tapi takde orang menjawab pulak. Cis... keseoranganlah aku macam nih. Lama aku tenung monitor, nak tengok anime ke siri TV ke, takde mood pulak. Aku pasang headphone aku, dan mainkan mp3. Layan lagu sorang-sorang, peh jiwang rasa.

Eh? Tiba-tiba ada orang private message aku kat mIRC. Hehe, ada lagi orang tak tido rupanya. Ju tak tido lagi, hehehe, bolehlah chatting ngan dia kejap. Memula memang aku ingat nak chatting kejap je ngan Ju, tapi jadi lama pulak. Mungkin pasal 2-2 tak dapat tido. Kami chatting pasal macam-macam. Tak payah lah aku tulis kat sini.

Pukul 3.30 pagi, aku dah mula rasa mengantuk balik. Aku tulis kat Ju, mintak diri nak berundur nak cuba tido balik. Sebelum aku tido, Ju ada send satu mp3 ni, lagu klasik beethoven ke apa tah. Dia kata cuba dengar lagu tu, mana tau boleh buat aku rasa tenang, dan seterusnya boleh pergi tido. Mujarab sungguh, skang aku dah rasa mengantuk balik.

Aku mainkan semula lagu Beethoven tu tadi sebelum tido, saja-saja nak dengar. Tengah relaks layan lagu tiba-tiba aku dengar ada suara perempuan.

Hahhh... heii...

Berdengus-dengus bunyinya. Terkejut aku. Apasal lagu ni ada bunyi pelik. Tadi tak perasan la pulak. Aku fokus pada lagu tu, tapi masih lagi dengar bunyi perempuan mendengus. Cepat-cepat aku stopkan lagu. Hmm, takde dah.

Elok aku nak play balik, dengar lagi! Kalinih lebih terang dan jelas pasal tak ada lagu. Aku dah mula cuak. Aku tanggalkan sikit headphone aku, nak pastikan daripada mana datang bunyi tuh...

BELAKANG!

Ohhh siot sungguh. Aku mendengar bunyi tu betul-betul kat belakang aku. Dan kat belakang aku pulak sebenarnya katil aku. Pendek kata, bunyi tu datang daripada katil aku. Aku cuba bertenang... mungkin aku salah dengar ke apa ke. Tapi malangnya, daripada bunyi mendengus, sekarang bunyi macam orang mengerang sakit.

Ahhhh... arghhh... arghh.. hiss... hiss... arghhh....aaaaaahhh... hummmm..

Suara perempuan tu langsung tak menyetimkan aku!!! Sebab takde nilai-nilai kesedapan, tapi nilai-nilai keseraman je. Aku nak pandang belakang tak berani. Buatnya ada pontianak ke langsuir ke tengah sedap melepak atas katil aku sambil mengerang... kusss semangat! Tapi aku cuba berfikir secara positif.

Heh.. mungkin Bebeh mengigau kot. Melampau betul mengigau buat bunyi camtu!!!

Perlahan-lahan aku telengkan kepala menoleh ke arah katil bebeh di belah kiri belakang. Dengan cara ni, aku masih boleh nampak Bebeh tengah tido, dan mengelakkan daripada nampak katil sendiri. Hmm, normal. Bebeh tak mengigau. Dengkur pun tidak. Tenang je dia tido. Tapi...

Bunyi tu masih ada!!!

Hahhh... Heihh.. Arghhhh... arghhhhhhhh.... aaaahhh... hiss... hisss...

Aiseh.. makin kuat laa bunyi dia. Tadi aku cuma dengar bunyi camtu macam orang berbisik, serak-serak. Sekarang aku dapat dengar bunyi jelas suara perempuan! Memang sah suara tu suara perempuan!!! Aku mati akal. Nak bangun aku tak berani. Sekarang aku duduk tegak depan komputer, ketakutan!

Badan aku membatu, 4 deria aku buntu. Kecuali deria pendengaran saja. Rasa macam kena pukau! Aku duduk depan komputer macam tu selama 2 jam lebih. Badan aku dah mula lenguh pasal duduk tak bergerak walau seinci, tapi takut punya pasal, aku tak buat apa-apa.

Suara tu makin lama makin perlahan... walaupun masih kedengaran, tapi dah tak agresif macam tadi. Aku mula rasa lega. Tapi aku masih tak berani nak pandang belakang. Ada orang pernah cakap, kalau bunyi hantu tu kuat, maknanya dia jauh. Tapi kalau bunyi perlahan, maknanya dah dekat sangat. Oh shitto! Takkan dah dekat gila nih????

Makin lama makin perlahan, dan bulu roma aku meremang serata badan. Aku dapat rasakan macam menda tu bangun daripada katil aku dan merapati belakang aku. Aku memang dah cuak gila masa tu, pening kepala pun ada. Mungkin pasal darah jalan tak stabil.

Tiba-tiba, azan subuh berkumandang daripada surau hostel. LEGAAAAAA!!!! Aku mengambil peluang ni untuk merelakskan badan aku yang macam batu daripada tadi. Mau taknya, 2 jam lebih aku macam tu. Walau bagaimanapun, aku masih lagi tak berani nak pandang belakang...

Lebih kurang 5 minit lepas azan, aku dengar ada di antara housemate aku yang dah bangun menuju ke tandas. Bersiap sedia nak solat subuh. Aku mesti ambil peluang nih!!! Tak kanlah aku nak duduk camni sampai siang kot. Tak larat.

Perlahan-lahan, aku berpaling ke belakang. Suara tu sebenarnya dah hilang masa azan subuh tadi, membuatkan aku jadi lebih berani. Perlahan... perlahan....

Kosong. Takde apa. Yang aku nampak cumalah cahaya koridor rumah yang masuk menembusi ruang bawah pintu bilik aku. Kemudian aku nampak bayang-bayang housemate aku berjalan ke tandas. Lega yang teramat sangat! Aku rasa macam nak pitam sebabkan darah yang terhenti tadi jalan laju. Cepat-cepat aku bangun dan bukak lampu bilik.

Katil aku... cadarnya tertanggal sana sini. Aku bangun tadi tak tertanggal lagi. Yang peliknya sarung bantal aku semua tertanggal gak. Seperti ada orang yang duduk kat katil aku, dan sengaja buat camtu. Aku cepat-cepat gi amik wuduk, dan solat subuh.

Lepas tu aku tido kat lantai jer.. tak berani nak tido atas katil hari tu!!!

-------------------------

Ini merupakan pengalaman sebenar aku ketika menuntut di Universiti dulu. Walaupun aku ada cite kat housemate (tak semua), aku tak pernah sebut dah pasal nih kat sapa-sapa lagi... kerana ada kemungkinan menda ni ada kaitan dengan Saka.

18 comments:

Anonymous said...

woo.. ni pas aku dah kuar la ek? ntah2 bende yg pernah kacau bilik depan tu target ko pulak kot mase tuh.. huhu..

tapi kan.. time aku ade dulu.. bukan sekali dua jer, tapi boleh kata kan tiap kali aku tido lambat jer, mesti ade suare bende mendengus. kuat giler pulak tuh! cuak giler siot..
hari2 pertama jadi macam tuh, mmg tak lelap tido la. asik2 terjaga, ade jugak bunyi tuh. bile dah pagi baru takde. sejak tu aku try tido awal. tapi selalunyer mesti lambat gak aku tido. so kalau terdengar bunyi tu aje, aku paksa la pejam mata, try tido. lama2 tu dah macam terbiase pulak, dah tak berape kisah sangat.. tapi cuak tu ade gak la. sampai skarang aku tatau ape mende tuh. roommate aku, Yap, kata dia tak pernah pulak dengar bunyi2 tuh. misteri sungguh kan?

Snubby, Don of Anime said...

hehehe, yap mmg tak dengar pasal bunyi tu bunyi vtec die. dengkur mcm haram! hahahahahahaha. tp percayalah, rumet aku tak berdengkur mcm tuh.. ini kisah benar wooo.

(lame giler tak update blog)

Anonymous said...

hoho.. siot.. updet dgn cite antu..

nape ade kaitan dgn saka? aku tatau pape psl saka.. citer sket..

Anonymous said...

oh damn you, 2 hari sebelum puasa 2005 and nko tka bukak cite. eh, bukan zaman tu zaman rumah gile dota ape? meriah samapi subuh salu nyer.

wah, borak ngan awek.. hendak aku kata apa lagi. enche snubnosse sentiasa ada saja perempuan sudi menemani yakni yg mmg betul org mahupun yg bukan org. haha..

naga, i see black ppl nowdays in ur area. tak tau plak aku nko duduk ghetto@bronx sekarang. dulu ceras putih. hahahahaha

Snubby, Don of Anime said...

rearrange: orite, next post aku citer psl saka! hehehe

k: tu yg peliknye. time tuh sumer tgh giler main dota tp arituh jer ramai tido awal...

Anonymous said...

k: "Word, nigga!"

oops! off topic!

Obefiend Weiland said...

itu hantu succubus.cuba merembeskan jus cinta pada kamu.rengekan hantu ketika senggama memang tidak erotis.dah hantu.nak buat manja dia tak reti!! HAHAHA. tapi walaubagaimanapun (skema babi) aku ingat lagi masa aku chat ngan ko dulu. siap antu bodo tu boleh main fly by 2 3 kali.shilaker

Snubby, Don of Anime said...

hahahahahaha!!! halo effi! glad to have u back... siyesli im glad..... sob2 (nangis kerinduan, shilake ghey plak aku).

antu yg main2 ngan ko tu aku rase hantu jenis layang2... sape nk tau citer? nanti....~~ (kalu rajin aku tulis).

فيصل said...

"Hahhh... heii...
Ahhhh... arghhh... arghh.. hiss... hiss... arghhh....aaaaaahhh... hummmm..
Hahhh... Heihh.. Arghhhh... arghhhhhhhh.... aaaahhh... hiss... hisss..."

aku x nampak plak cam antu... lain macam aje... bila aku ulang ulang. ke ada org tgk cta blue.. atau. em em kat tempat tu

Snubby, Don of Anime said...

wakakaka, wallahualam ler kalu ade orang tgk citer blue pasang sound kuat giler. bak kate effi kat atas, kalu hantu tgh mengawan, bukannya bunyi stim, tp seram adelah. gitulah kire2nye.

kalu btol blu konfom aku tau bunyi die camne laaaaa hehehehe (oops kantoi).

Anonymous said...

kebala butoh die.. village mane ni lan oi.. mampos aku karang.. takutnye~~~

Hani said...

haah be di skali antu tuh pnjm katil jap.

hehe.

apela. kt padang luas2 tuh kan ade.

*ops terbukak topik GV kahkah*

Snubby, Don of Anime said...

dee: hahahahahahah hoi jgn termencarut kat sini laaaa. hahahahahhahahahaha. kat village 3 laa mane lagi cik dee oi.

hani: rase die pinjam katil tu utk bermesra kot... kat padang tu kotor, berlumpur. hehe.

circleinspoon said...

snubby!!!lama gler kau xupdate. Akhirnya kau kembali!yay!!

cter antu eh...cterla lagi. kalo bab2 cter seram ni mmg aku suka seh..(tapi nyorok belakang tv biler tgk starting trailer "jgn pandang belakang":p)

Glad to have u back!

HafizChan said...

hmm, lama x singgah kat blog ni, sejak nana dah 'takde' huhuhu...cite antu pun ok gak bro.

Snubby, Don of Anime said...

tq2. biasalaa kebizian... korang bukannye tatau. aku mmg nk update, tp ade je mende nk kene buat (lalalalallalalala alasan)

Anonymous said...

yg korang dgr tu bunyi citer blue dari bilik aku...

Farah Wahidda said...

nape tak update lg??? lama ni tgu