Wednesday, August 30, 2006

Bahagian 14: Bulan Baru, Buku Baru

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat Hari Merdeka yang ke-49 buat semua rakyat Malaysia tak kira di mana anda berada. Lagu tema post kalinih, Syurga - 8 Hari Seminggu.

----------------------------

Satu bulan… aku layan World cup.

Satu bulan… takde contact.

Dan satu bulan jugak… aku tak ketemu dengan idea nak menolong.

Parah.. parah. Aku dah janji nak tolong, tapi sampai habis world cup satu hapak idea pon tak mari. Tak keterlaluan kalau aku cakap, sebenarnya aku terlupa pasal janji aku. Hehehe. Keji sungguh diri ini.

Tapi sebulan World Cup tu terasa sunyi jugaklah. Tiada SMS. Tiada Call. Tiada jumpa -jumpa gurau senda. Kalaulah tak kerana bola, memang kesepian yang amat aku nih. Sedaya upaya aku memfokuskan diri pada bola tiap-tiap hari, supaya aku tak memikirkan sangat masalah ‘kerinduan’. Isk, jiwang la pulak ayat.

Masa sebulan tak berhubung, ramai jugak yang tanya aku…

“Ape citer Nana? Lama tak update.”

Aku diam jer. Balas soklan dengan senyuman.

Yoda pulak masa lepak rumah aku 2 hari tu tanya camni…

“Tak nampak pon hang ligat main SMS. Tak mcm orang bercinta pon.”

Aku senyum jugak. Geleng kepala sikit-sikit. Mana ada aku bercinta bai, jawab aku kat Yoda. Lepas tu aku diam tak menjawab soklan. Biarlah rahsia… (takde lah rahsia mana pon, dah ramai baca kat blog aku ni. Hehehe.)

Jadi kalau orang tanya aku, apa citer selama sebulan?

Jawapannya.. yilek. Totally takde ape. Sungguh-sungguh menyepikan diri.

Banyak kali jugak aku cuba nak SMS atau Call Nana… tapi memandangkan aku sendiri yang kasi idea untuk timeout (cewah macam kapel lak ade timeout-timeout nih), aku batalkan je hasrat aku tuh. Barangkali Nana pon camtu gak. Nak SMS atau Call aku tapi tak jadi. Aku dapat rasakan aura sebegitu… hehehe.

Kenapa aku cakap Nana tak sabar nak contact aku? Haaa. Ingat tak aku pernah post pasal Italy menang dulu? Tengah-tengah menaip post tuh tetiba dapat SMS. Kepada mereka yang tak ingat, atau tak pernah baca, atau nak refresh balik, aku citer balik.

Time tuh tengah seronok dengan kemenangan Italy, dan sebab tu jugak aku buat post khas. Tup-tup handphone aku berbunyi. Ada SMS rupanya…


Geramnye... France kalah.

Hehehe, SMS tu aku dapat daripada seorang peminat France yang setia. Atau boleh kata peminat Thierry Henry lah senang citer. Pompuan... bukannya nak tengok bola kat padang sangat. Bola lain mungkin. Sape lagi kalu bukan... Nana.

Terus aku reply;

Sorilah yer. France kena menang tahun lain. Tahun ni tahun saya. Tahun Italy.

Hehehehe.Beberapa saat lepas tu Nana reply balik;

Yelah. Yelah. Italy main kasar :p . So camne skang?

Aku reply dengan ayat camni.... Camne ape lagi, tunaikanlah janji awak tu yeeeeee. HEHEHE.

Ramai yang tanya aku, “Apa janji korang haa??”. Itulah, janji sapa kalah kena belanja makan. Ntah kenapa aku dalam bab-bab betting dengan pompuan nih untuk dapatkan date free selalu bertuah. Nasib badan, hehehe.

Sambungan daripada SMS tersebut, aku set dengan Nana untuk berjumpa pada hari Ahad. Memandangkan Nana pon dah start kerja, jadi takdelah peluang untuk jumpa dia pada hari-hari biasa. Kena hari minggu jugak baru boleh.

Tak sabar aku nak jumpa dia… sebulan tu, lama beb. Rasa nervous pun ada. Nervous kerana pada hari Ahad aku akan menatap muka comel Nana. Nervous kerana aku tak mempunyai penyelesaian yang patut dipersembahkan padanya. Nervous kerana Nana yang start contact aku balik, sejurus selepas World Cup. Bukannya aku yang mula dulu.

Hari Ahad pon tiba… janji Nana pada aku ialah makan malam. Tapi kebetulan malamnya aku ada hal. Hal keluarga. Aku kena pilih antara dua. Keluarga atau Nana. Hmm. Terpaksalah mintak ubah tarikh…

Aku SMS Nana tengah hari tu.

Nana, saya ada hal malam ni. Rasa macam tak dapat lah kita berdinner. Next time boleh? Saya free kan schedule saya nanti.

Dalam hati, cuak jugak nak hantar mesej tu. Mana lah tau dia merajuk ke. Mana lah tau takde next time untuk aku ke. Lagipon orang nak belanja, aku pulak tak dapat pergi. Aku menunggu penuh sabar reply daripada Nana.

Tapi takde balasan. Senyap je. Aduh. Adakah aku dah termasuk dalam fasa silent treatment? Nana marah ke sampai tak reply balik? Atau dia malas fikir sampai dia malas nak balas. Entahlah. Sampai ke petang aku menunggu. Kalau takde reply jugak, terpaksalah aku call Nana terus.

Pukul 4 petang. Masa yang sesuai kot untuk call dia. Orang tengah siap-siap nak balik kerja. Gamble sajalah. Aku terus dail nombor telefon Nana.

Oh, Nana dah pakai caller ringtone lah pulak. Tiada lagi bunyi trutt-trutt mcm biasa. Lagu sape tah nih. Layan je lah… Bunyi pecah habis. Tu yang aku tak suka pakai caller ringtone, kualiti bunyi macam hampeh. Tapi ramai suka, konon-konon macam cool. Diorang tatau ker si pemanggil yang sakit telinga. Alahai.

Kelecakk! (bunyi telefon berjawab. Aku tatau sound efek apa yang lagi sesuai, so aku tibai je nih.)

“Hello Lan.” Jawab Nana.

“Erk. Hai. Hello. Samekom. Hehehehe.” Jawab aku pulak.

“Malam ni tak jadi ek…?” terus Nana bertanya, nampaknya dia dah baca SMS aku.

“Haa, itulah. Saya SMS awak, tapi takde reply. Takut awak tak perasan dengan SMS saye jer.”

“Dah baca tadi, tapi takde kredit pulak nak reply. Tapi saya tahu kalau tak reply mesti awak call. Betul cakap saya. Hihi.”

“Hish, awak ni buat cuak saya. Ingatkan marah. So camne? Boleh ker..?”

“Boleh ape?”

“Boleh ke tukar date?”

“Oh. Hmmm… hmmm…” panjang la pulak si Nana ni memikir. “Ok... Awak ada hal, takkan saya nak kacau. Tapi…”

Ah sudah. Ada tapi pulak. Tapi-tapi ni yang tak best.

“Tapi…? Isk. Tapi apa?” tanya aku tak bersabar.

“Hehhehe. Tapi… petang ni awak takde hal kan?”

“Awak nak belanja saya makan petang ni ker???”

“Tak tak. Bukan. Saya nak tanya dulu, petang ni awak tak pergi mana kan?”

“Erk.. tak kot.”

“Kalau saya ajak awak keluar petang ni, nak tak?”

“Erk.. boleh kot.”

“Ok. Kalau camtu, jumper dekat Taman Tasik Cempaka Bangi tuh.”

“Hoh???”

“Saya nak ajak awak jogging petang ni. Awak dah lama tak jogging kan?”

Alamak! Ajak jogging? Aku dah cakap aku takde hal. Takkanlah aku nak menolak pulak. Nanti nampak sangat aku macam nak lari, walhal takpon. Tapi kenapa jogging? Ni yang lemah nih. Jogging bersama wanita, yang agak aktif pulak tuh. Sah-sah aku kena tinggal nanti.

“Pukul berapa..?” tanya aku lemah.

“Pukul 5.30 boleh? Jumpa kat tempat kita terserempak dulu.”

“Ok.. kot. 5.30 ek. Hmm. Baiklah! Jumpa awak kat sana.”

“See you there then. Bye.”

“Bye…”

Letak je telefon tuh aku terase peluh menitis-nitis. Ni belum pergi jogging lagi. Kalu jogging, mau basah lencun. Apa apa pon aku kena remain cool. Haih, lama tak jumpa, bila nak jumpa, jogging pulak. Memang terasa pelik.

Pukul 5.45… (biasalaa janji melayu)

Nana dah berada kat pondok yang dijanjikan. Daripada jauh aku nampak Nana tengah memanaskan badan, buat stretching sikit. Dengan tshirt warna kuning cair, seluar trek, simple je nampak. Aku pulak, tshirt ala-ala jersi dengan seluar pendek (aku takde seluar trek, lama sangat tak pakai). Malu lah pulak pakai seluar pendek. Nasib baik jenis tak pendek sangat. Tutup betis. Huhuhu.

Semakin aku menghampiri Nana, semakin berdegup jantung aku. Aku cuba menyusun ayat sapaan, tapi serabut sangat otak. Alah, biarlah, nanti pandai-pandai ler aku cakap satgi.

“Hai. Dah sampai pon.” Tegur Nana.

“Hehe. Sori lewat sikit. Tak jumpa carik kasut tadi.”

“Its’kay. So.. Lan. Dah ready?”

“Saya pon nak warming up jugak… tunggu ler.”

“Hihihi. Ok, ok. Nak saya ajar ker?”

“Hahahahaha. Boleh jugak.”

Nana pon ajar aku cara-cara memanaskan badan, padahal aku dah tau. Tertunggang tonggek aku buat stretching. Tengok Nana buat senang jer. Aku buat terase payah. Tapi terasa seronok bila ada awek yang mengajar. Betul tak???

-bersambung dalam masa terdekat, sumpah!-


Sunday, August 20, 2006

Bahagian 13: Antara Aku dan Dia sahaja.

Memandangkan minggu depan aku bizi, dan tak mampu nak update, maka dengan segala sukacitanya aku update. Fuh, berturut-turut bahagian baru keluar! Semuanya demi korang. Aku juga ingin mengucapkan tahniah kepada Aan dan Suria di atas perkahwinan mereka. Semoga bahagia dan aman selalu ke anak cucu.

Lagu tema post nih, 6ixth Sense - Hari Ini dan Semalam.
---

Lagi 2 hari World Cup nak start. Kes dengan Linda tu aku tak setelkan lagi dengan Nana sendiri. Tah kenapa berat sangat rasa nak dail nombor dia. Nak jumpa jangan haraplah, terasa tak seronok. Nana mungkin masih dalam keadaan kelam kabut lagi kot. Kemudian aku dapat message daripada Yoda kata nak datang lepak kat rumah. Hmm, aku tak mahu member-member aku tau konflik nih.

Nak tak nak, terpaksa jugaklah aku call Nana. Mundar mandir aku dalam bilik. Nak call ke taknak? Nak call ke taknak? Haih. Takleh buat keputusan macam ni. Sakit otak aku. Aku letak balik handphone aku, pandang lama-lama, mengharapkan Nana yang call aku dulu.

Badan aku rasa panas, terutamanya part telinga. Semacam je resah nih. Cacing kepanasan kata orang tua-tua. Akhirnya aku buat keputusan, pergi mandi dulu. Kasi cool down sikit. Dekat sejam lebih aku duduk bawah shower air, sambil memikirkan apa yang patut aku cakap dengan Nana bila aku call dia nanti. Sampai berkerut-kerut jari jemari aku.

Lepas mandi, aku belek lagi handphone aku. Takde call. Kalau tunggu jugak, memang macam menunggu kucing tumbuh tanduk laa jawabnya. Tapi katakanlah aku call, kalau dia tengah ada konflik camne? Kalau ayah dia ada dekat situ pulak? Kalau Syed yang angkat??? Kalau..kalau.. arghh.

Tak kire. Aku kena beranikan diri call. Apa nak jadi, jadilah! Kalau aku kene marah, aku terima saje. Yang penting otak aku tak berserabut. Sampai bila aku mesti gembirakan orang lain dulu jika aku sendiri pon pening? Resolusi inilah yang membuatkan aku capai handphone, carik nama Nana, dan terus tekan butang hijau.

Trutt.. trutt…

Truttt… trutt…

Trutt.. trutt…

Alaa, angkatlah Nana. Dengar bunyi ringtone ni lagi buat aku nervous adalah. Lepas beberapa kali bunyi ringtone tak berjawab, masuk voicemail pulak. Aku cuba beberapa kali lagi, tapi semuanya sama. Aduhhh, sakit jiwa macam ni. Karang aku buat miscall sampai 50 kali, ada yang kata aku seorang pendesak pulak.

Aku campak handphone aku atas katil. Pastu aku campak pulak diri aku sendiri atas katil. Takde mood dah nak buat apa-apa. Nak chatting pon aku rasa malas. Nak surfing pulak, otak aku penuh dengan isu ni. Aku tatap siling bilik aku, tengok kipas berpusing. Syok lah pulak.

Titt, titt.

SMS!!!!

Terus aku carik handphone yang aku campak atas katil tadi. Mana lah pulak perginya. Ah.. jumpa pon. Tersorok dalam selimut pulak.

1 New Message.

Klik..klik… dan nama Nana terpampang dalam Inbox aku.

Aku baca SMS tu..

Lan.. I’m sorry. Sorry pasal x dpt dtg that other day, and sorry coz I don’t feel like answering any call. Linda dh cerite kan? About arwah and everthing.

Hmm, aku mengurut dagu. Memang Nana tengah bersedih. At least dia message aku, dapat tau keadaan dia macam mana pon dah ok. Takdelah letak halangan terus.

Yerp, Linda dah story. Sorry to hear about all that. Tak sangka awak tengah tertekan. I’m sorry again. Saya call sebab nak tau awak ok ke tak. Kalau awak tengah tak ok, saya tak kacau lagi.

Memang banyak yang aku nak tanya kat Nana lebih lagi pasal permintaan Linda. Adakah Nana tau apa Linda buat? Adakah Nana yang mencadangkan perkara ni kat Linda atau Linda sendiri memandai? Tapi memandangkan situasi macam tak mengizinkan, itu sajalah yang mampu aku balas.

SMS aku tu tak berbalas. Tak apalah. Sekurang-kurangnya aku tau dia ada. Lega sikit aku. Lalu aku bangun mengadap computer. Apa lah aku nak buat skang…

Tetiba handphone aku mendendangkan lagu Dewa. Eh, itu tandanya ada orang call tuh. Sapa la pulak. Aku tengok nombor, bukan Nana. 03-XXXXXXXX. Hmm..

“Hello.” Jawab aku pendek.

“Assalamualaikum.” terdengar satu suara lemah.

Sapa pulak nih??? Cuak dah aku. Suara pemanggil tu mcm Nana jer. Tadi kate taknak bercakap dengan sape-sape..

“Wsalam. Nana ke?

“Ye saya. Pakai fon rumah…”

“Boleh pulak awak call? Takpe ke nih?”

“Takpe. Tetiba saya terasa nak bercakap dengan awak.”

“Ayah awak tak marah?”

“Dia takde. Oversea.”

“Owh ok.”

Nana diam. Aku pulak tatau nak kata apa. Terasa janggal bila ada lebih kurang 30 saat sunyi tanpa komunikasi.
“Hmm…” aku cuba memecahkan kejanggalan.

“Tanyalah.” Tetiba Nana bersuara tanpa sempat aku cakap apa-apa. Nampak sangat Nana tau yang macam-macam bermain dalam fikiran aku.

Tapi, bila disuruh tanya oleh Nana, taktau pulak aku nak tanya apa. Banyak sangat sampai yang mana satu patut didahulukan pon aku tak pasti. Kalau silap tanya karang, naya je.

“Awak tak bagitau pon saya, awak dah bertunang…”

“Sorry Lan…”

“Erk. Saya tak kisah pasal tunang tu. Cuma risau jugak kalau orang salah anggap. Saya taknak kacau hidup awak.” Aku memulakan bicara. Rasanya OK kot start pasal citer tunang.

“I’m Sorry…”

Aiseh. Blank sungguh aku bila Nana cuma mampu cakap sorry, sorry dan sorry. Aku mesti lakukan sesuatu.

“Cheer up Nana. Saya tak marah awak pon. Takde ape yang awak kena sorry ngan saya. In fact, saya rasa sayalah yang kena sorry dengan awak.”

“Saya tahu awak tak marah. You’re a very good friend Lan. Walaupon baru kenal. Sebab tu saya mintak maaf. Sebab tak bagitau awal. Saya takut awak tak berani nak kawan dengan saya.”

“Hehe. Saya tak kisah ler. Cuma mungkin saya lagi berhati-hatilah bile treat awak. Karang saya kene kejar ngan parang pulak.” Aku berseloroh, cuba mengembalikan mood Nana.

Ternyata selorohan aku tu menjadi. Dengar jugaklah ketawa kecil Nana. Tapi ketawa tu berbaur kesedihan yang membuak-buak. Lega sikit takperlah kot. Karang kalau ketawa besar, orang kata gila pulak.

“Awak ni… sapa nak kejar awak dengan parang. Mandai je.” Balas Nana. Daripada suara tu, aku dapat bayangkan Nana tengah tersenyum.

“Mana laa tau. Tunang awak ke. Ayah awak ke. Linda ke…”

“Linda? Kenape dia nak kejar awak dengan parang pulak?”

“Erk…” Aiseh. Awal sangat aku tersebut nama Linda. Nak bagitau ke taknak? Aku terase macam mengadu pulak kalau citer kat Nana. Dilema sungguh. Pastu nanti tak pasal je Nana dengan Linda bergaduh. Aku tak nak jadi punca.

“Linda ade bagitau menda lain ke kat awak?”

“Erk.. camne ek nak cakap.”

Cepat wahai aku pikir jalan nak ngelakkan daripada tercerita.

“Linda ada cakap pasal Syed…”

“Oh ye ke. Dia kata apa?”

“Dia kata, Syed tu baik. Alim. Cool.”

“Oh…”

“Linda kata lagi, awak tak suke Syed. Btol ker?”

“Aah. Benci dia.”

Ok, part ni betul. Bukan rekaan.

“Kenapa?” tanya aku pendek.

“Pasal, isk.. segan saya nak citer.”

“Its ok. Kalau awak taknak cite pon takper… tak paksa.” Aku kasi ayat pancing. Padahal nak tau sangat-sangat.

“Hmm, ok ok saya cite. Tak tahu laa awak percaya ke tak. Setakat ni takde orang yang percaya saye.”

“Uiks, macam serius je bunyi.” Aku buat-buat tak tahu. Walhal Linda dah bagitau dah kenapa.

“Memang pon. Awak tau tak ape tu ringan tangan?”

“Erk.. ringan tangan? Maksudnye rajin kan?” Aku berdalih lagi.

“Itu ringan tulang. Saya cakap ringan tangan…. Asyik naik je tangan tu.”

“Pukul?” aku mendapatkan kepastian.

“Tak. Isk, camne nak cakap nih.”

“Ok. Ok. Slow slow. Saya tunggu.”

“Haih… saya nak cerita tapi saya malu.”

“Then let me help you. Dia suka pegang-pegang?”

“Erk. Aaa.. haa…” aku dapat rasakan nada malu daripada suara Nana.

“Linda kate die alim. Takkan lah dia suka buat camtu.”

“Itu lah pasal kenapa orang tak percaya saya… Sebab depan orang lain dia tunjuk baik.”

“Ooo, dia suke berlakon rupenye. Tapi awak selalu keluar dengan Syed kan?”

“Mula-mula dulu. Tapi dia makin menjadi-jadi. Sebab tu kalau boleh taknak keluar dengan dia.”

“Awak dah cakap kat ayah awak?” tanya aku lagi.

Nana terdiam. Tak tahulah diam sebab dia dah cakap, atau diam sebab dia tak pernah cakap.

“Dah..” jawab Nana perlahan.

“Then apa ayah awak buat?”

Lagi sekali Nana diam. Mungkin teringat sesuatu.

“Saya kene marah dengan ayah.”

Pelik aku. Kenapa ayah sendiri taknak percaya cakap anak dara dia? Kawan pulak lagi mementingkan apa yang dia nampak. Tunang perangai macam hampeh. Macam sial. Berderu-deru darah mengalir dalam badan aku, memang marah lah nih.

“Awak rasa kenapa orang tak percaya cakap awak…?”

“Pasal dia pandai berlakon lah.”

“Itu satu sebab. Tapi yang paling penting, pasal diorang rasa awak nak larikan diri. Reka cerita. Sebab tu orang tak percaya…”

“Hmm. Tapi awak percaya?”

“Saya?? Entahlah. Tapinya saya tak percaya dia tu baik sangat macam Linda cakap. Mana ada orang dalam dunia sekarang yang melampau baik, sampai Linda sanggup compare saya dengan Syed tuh.” Kata aku, dalam keadaan mendidih bila terkenang kembali.

“Linda compare awak????”

“ERK.” Terrrrkantoi lagi. Cis.

“Apa dia cakap???”

“Haih. Saya taknak cerita kat awak. Nanti korang bergaduh, jadi salah saya pulak…”

“Bagitau je kat saya. Saya tanggung semua.”

“Betul ni? Tapi saya harap awak tak gaduh dengan Linda.”

“Insya Allah tak. Saya dan Linda pernah gaduh kes lagi besar, tapi kitorang remain best friend.”

“Ok…” aku ragu-ragu, tapi dalam masa yang sama aku nak cerita jugak.

“I’m listening.”

“Linda mintak saya jauhkan diri daripada awak, for your sake. Sebab dia kata Syed tu memang dah cukup bagus. Dia kata pasal saya, awak selalu lari daripada Syed. Dan dia kata jugak, Syed ada report kat ayah awak, lepas tu awak kene marah.”

“Hmm…”

“Jadi, dia taknak awak kene marah dengan ayah awak lagi. Lagipon dia kata awak takleh lupakan arwah, sebab tu awak selalu carik alasan…”

“Hmm…”

“Itu jerlah..”

“Ok. First thing first. Saya dah lari daripada Syed seblom saya kenal awak lagi. Secondly, memang saya kena marah teruk dengan ayah. Kalau saya silap, saya tak kisah. Tapi saya betul. Saya mangsa. Thirdly, saya dah berjaya lupakan arwah sebenarnya. Tapi tak terbukak hati untuk new person in my life. Itu saje. Takkanlah tak boleh nak jadi single kan?”

“I see…Awak tak pernah cuba report polis pasal kelakuan Syed?”

“Tak berani lah…”

“Hmm. Complicated jugak masalah awak nih. Macam mana nak kantoikan orang yang suka buat harassment nih.”

“Itu yang saya pening awak… Bila cakap, orang tak mahu percaya.”

“Mungkin pasal awak selalu ringan-ringan kot dulu.. hihihihi.”

“Hish AWAK! Ape nih. Saya baik tau. Dulu dengan arwah, setakat pegang tangan je. Not more than that. Linda pon tahu. Saya bukannya jenis murahan, kasi pegang sana sini.”

Adeh, tak pasal aku kena marah. Itulah sapa suruh mulut celupar sangat aku nih. Hehehe. Tapi sekurangnya suara Nana dah tak lemah macam tadi. Sudah bertenaga sikit.

“Ok, ok. Saya percaya. Hehee. Sorry, buat lawak je tadi. Gurau-gurau je. Janganlah marah.”

“Tak marahhhh. Huh.”

“Adeh. Berbalik pada kes sekarang, awak kan tunang Syed. Nanti dia dapat jugak awak bila kawin.”

“Tapi Lan, dah kawin dengan belum kawin kan lain. Seblom kawin kene buat cara seblom kawin. Dia takde hak nak buat camtu kat saya. Lagipon, kalu seblom kawin camni, perangai mesti teruk. Berlakon, menipu, harass..”
“Saya paham. Jadi sekarang kenalah buat sesuatu. Memandangkan World Cup dah nak start, saya rasa untuk sebulan ni, baiklah saya tak contact awak sangat. Masa tu awak tunjukkanlah kat Linda, tanpa saya, perkara yang sama pon terjadi. Dan awak cuba slow talk dengan Linda pasal kes awak nih.” Aku memberi cadangan yang panjang lebar.

“Awak taknak contact saye? Sedihnya…”

“Erk. Bukan takmahu, tapi sekarang kalau saya dan awak je, memang tak cukup untuk buktikan pasal Syed. We need more allies. So perkara pertama yang awak kena buat ialah, dapatkan kembali kepercayaan kawan-kawan awak tuh.”

Memang benar, kalau seorang diri, susah nak buat apa-apa. Tujuan aku memberi cadangan sebegini kat Nana ialah supaya, aku dapat tunjukkan kat Linda, tanpa aku, semuanya masih sama. Aku bukanlah penyebabnya. Syed lah gunting dalam selimut. Lagipon, tanpa aku, mungkin Nana lebih senang mendapatkan kepercayaan Linda.

“Awak bagitaulah Linda, saya dah tak contact awak semenjak Linda jumpa saya. Tapi awak buat-buat tak tahulah apa yang terjadi. Then awak slow talk dengan Linda, pillow talk ke, tak kisahlah ape-ape. Dan jangan lupa bagitau isi hati awak Nana. Biar Linda tau yang awak tak teringatkan arwah dan lain-lain. Awak cuba yakinkan dia. Nanti lepas World Cup, insya allah saya contact awak balik…”

“Ok…”

“Hehehe, itu je lah kot. Nanti sepanjang World Cup, saya cuba fikirkan satu cara untuk tolong awak. Ok?”

“Hmm… ok…” jawab Nana macam sedih.

“Awak nanti sokong mana? I mean World Cup.” Tanya aku memujuk Nana secara indirect.

“France. Awak?”

“Oh, Italy kot. Hehehe.”

“Sapa kalah kena belanja makan. Ok?” Nana memberi cadangan, yang agak bernas.

“OK. Saya tak kisah. Janji awak tak ngelat dah le.”

“Hehehe, tak mainlah ngelat-ngelat nih.”

“Oklah Nana. Lame dah kita bercakap, karang tinggi bil awak. Tak pasal je kena marah dengan ayah nanti. Don’t miss me alright? Hehehe.” Aku terpakse tamatkan perbualan telefon ni. Semuanya sudah jelas. Aku mesti menolong Nana!

“Hihi. But I will. Thank you very much Lan. See ya after World Cup lah. Bye2”

“Bye…”

Sejurus letaknya telefon.. ligat otak aku memikirkan jalan! Takpe, aku ade sebulan masa untuk carik idea.

Dan selama sebulan jugaklah, kami tidak berhubung langsung….

Thursday, August 17, 2006

Bahagian 12: Tangga ke Syurga, atau Lebuhraya ke Neraka?

Lagu tema untuk post ni, Dewa 19 - Perasaanku Tentang Perasaanku Kepadamu.

Linda bersandar pada kerusi plastik kedai mamak. Linda menyedut nafas dalam-dalam, bersedia untuk menceritakan dekat aku satu epik, satu saga yang maha besar. Masihpon begitu, aku tak dapat nak teka langsung apa yang akan diluahkan Linda.

“Ok.. ceritanya…”

“Hmm.” Aku berpeluk tubuh, dan peluh sejuk merembes tak henti-henti.

“Awak mesti tertanya-tanya, Nana tu ada boyfriend ke tak, kan?” tanya Linda. Eh, eh, kata nak cerita, ini bukan cerita, ini pertanyaan.

“Hmm… kadang-kadang, ada gak terpikir.”

“Awak rasa?”

“Saya rasa? Ada. Takkanlah orang macam Nana tu takde.”

“Well, separuh betul separuh salah.”

“Huh? Saya tak paham. Maksud awak ape? Dia ada boyfriend, tapi dalam masa yang sama dia tak ada yang special? Camtu?”

“Hihi. Sabar Lan. Banyak sangat awak tanya ni.”

“Ok.. sorry. Teruskan…” aku menemteramkan diri aku.

“Memang dia ada. Bukan boyfriend, tapi tunang lagi. Diorang jumpa masa belajar dulu.” Terang Linda.

Ayat Linda tu menusuk jantung aku dengan kejam sekali. Aku rasa macam kena tikam berpuluh-puluh kali, tapi tak mati-mati. Kalaulah aku tengah menangis, pasti aku akan menangis sampai keluar air mata darah. Tapi aku rasa ayat Linda tu tak habis lagi.

“Tapi semuanya berakhir tahun lepas.” Sambung Linda pendek. Aku tak puas hati dengan ayat tergantung Linda.

“Maksud awak berakhir tu camne??” tanya aku.

“Tahun lepas, kitorang pergi berjalan dekat Janda Baik. Pergi mandi sungai.”

“Ok….” Aku menunggu ayat sambungan daripada Linda.

“Kitorang pergi naik 2 kete. Nana dengan boyfriend dia, dan saya dengan boyfriend saya. Piknik tu memang best, sebab kitorang baru lepas exam.”

“Tido sana???”

“Taklah. Pergi balik hari je.”

“OK…”

“On the way balik…”

Linda terhenti seketika. Macam menahan sebak. Aku kedepan sikit, sambil merenung muka Linda dengan seribu persoalan.

“Ehem. Sorry. On the way balik, kete Nana dengan boyfriend dia accident. Saya sendiri tak pasti macam mana boleh accident, tapi…”

“Hmm. Take your time Linda.” Kata aku. Semacam dapat mengagak apa yang terjadi.

“Boyfriend Nana, Rahim, meninggal di tempat kejadian.” Kata Linda pendek, menahan sebak.

“Oh. Innalillah…”

“Yang lagi sedih, pasal dia meninggal atas riba Nana sendiri. Nana sempat tarik Rahim keluar, tapi dah parah sangat. Ambulan sampai, Rahim dah pergi dah…”

“Oh…”

Aku terkedu. Tak ada perkataan yang mampu aku ucapkan. Itu baru cerita daripada Linda sendiri. Belum daripada Nana. Kalau Nana yang ada di depan aku, sah-sah aku buntu tak tahu nak buat apa.

Menurut Linda lagi, masa tu hujan lebat. Hari pulak baru lepas senja, diorang bertolak pulang lepas maghrib. Sebabkan keadaan gelap, jalan licin, arwah Rahim hilang kawalan, dan melanggar bukit di bahu jalan. Kereta terbalik dan terseret, menghimpit arwah Rahim. Nana terselamat kerana kereta tu terlebih senget dekat pemandu. Dan Nana terselamat itu pon satu keajaiban. Kereta… total lost kata Linda.

Simpati aku pada Nana melimpah ruah. Kalaulah aku boleh peluk Nana, memang dah lama aku buat. Kalaulah aku boleh pinjamkan bahu aku, dah lama aku kasi. Dan kalaulah Nana ada di depan aku menangis, akan aku kesat air matanya, tak memberi peluang ianya menitis ke tanah langsung.

“Lepas tragedi tu, Nana trauma. Dia tak dapat lupakan Rahim lagi. Sebab tu dia takde special.”

“Saya rasa saya paham…”

“Oh, awak tak paham sebenarnya.”

“Erk.”

“Nana pernah citer kat awak pasal ayah dia?”

“Hmm. Jarang. Ada skali yang saya ingat pasal computer kot.”

“Oh.. ok. Ayah Nana ni garang. Garang sangat. Kadang-kadang tegas melampau dengan anak-anak dia.”

“Padanlaa.. that’s explain kenapa Nana sampai fobia dengan computer.”

“Hmm. 2 bulan lepas accident, ayah Nana buat satu keputusan yang.. agak drastik.”

Aku mengangkat kening. Apalah agaknya keputusan yang drastik sangat tu. “Teruskan.. teruskan..” pinta aku.

“Ayah Nana, saya panggil Uncle, decide nak tunangkan Nana dengan anak kawan dia.” Kata Linda.

“Hoh?? Lepas 2 bulan accident? Nana dah recover ke belom??” tanya aku terkejut banyak.

“Itu lah masalahnya. Memang sah-sah lah Nana tak recover lagi. Physically and Mentally.”

“Tapi kenapa ayah dia buat camtu?”

“Pasal… dia taknak Nana teringatkan arwah Rahim tu lagi. Lagipon, Uncle taknak dengar orang mengata. Rata-rata kawan Uncle dah tau Nana tu dah bertunang. Walaupon arwah Rahim meninggal, tapi Uncle taknak orang tahu Nana dah tak bertunang lagi.”

“Walaupon pertunangan tu tak jadi sebab kematian??”

“Yes. Dan, kalau orang tau pon sebab accident, mesti orang akan tanya Nana. Takpon sekurang-kurangnya ucap takziah. Uncle taknak Nana teringat balik. Sebab tu dia tunangkan saja dengan orang lain.”

“Erk.. ridiculous…”

“Ridiculous pon, itu sebab Uncle sayang kat Nana. Cuma method dia mungkin tak kena.”

“Sebab tu Nana pressure? Tapi masa saya kenal dengan dia, happy-go-lucky je….”

“Awak nampak je camtu.” Balas Linda pendek.

“So maknanya, Nana dah bertunang lah..?” tanya aku meminta kepastian.

“Yes.”

“Hmmm….” Sungguh.. sungguh aku merasa sakit. Tapi apakan daya, ini bukan dunia aku. Aku takleh masuk campur. “Saya teka, anak kawan Uncle tu, mesti Jai.” Aku membuat serkap jarang.

“Oh tak.. tak. Jai tu kawan sekolej kitorang. Satu course. Memang Jai suka kat Nana jugak, tapi dia pon takleh nak buat apa.”

“Oh salah ke.. ok…” Sampai tahap ni, aku macam dah malas dah nak dengar apa yang Linda bakal cerita lepas ni.

“Anak kawan Uncle tu, namanya Syed. Umur dah 28. Saya dah jumpe. Baik orangnya. Alim, pandai agama, relaks.”

“Oh… ok…” Sudahlah tu Linda. Sedih mendengar nih, bisik hati aku.

“Syed ni saya nampak ok orangnya. Tapi Nana tak suka dia.”

“Kenapa?” Tetiba aku menjadi berminat semula. Adakah sebab aku merasakan ada peluang?

“Saya pon tak pasti, tapi bila saya tanya Nana, dia kata, Syed tu ringan tangan.”

“Hoh? Maksud awak kaki pukul?”

“Mungkin. Mungkin jugak ringan as in.. raba? Saya tak sure ape maksud Nana dengan ringan tangan tu. Tapi saya tak percaya langsung. Saya dah jumpa Nana dengan Syed banyak kali. Dia memang layan penuh. Sampai saya sendiri jeles tengok Nana dapat layanan macam tu daripada Syed.”

“Awak tak boleh nak judge orang daripada luarannya Linda…” aku cuba menyokong Nana. Mesti lah kukuh reason Nana sampaikan dia tak suka dekat Syed.

“Tapi awak kena ingat, Nana masih tak recover lagi. Kalau awak tanya saya, apa yang Nana cakap pasal Syed, rekaan saje. Sebab dia taknak terikat.” Linda membalas.

“Saya tak bermaksud nak mengajar awak, tapi awak sebagai kawan Nana, kenalah percaya cakap dia. I mean, awak rapat sangat dengan Nana kan, Linda? Sekurang-kurangnya kasilah peluang kat Nana untuk buktikan yang Syed tu ringan tangan.”

“Awak tak pernah jumpe Syed tu Lan. Kalau awak jumpa, mesti awak setuju cakap saya, dia seorang yang mustahil nak buat mende-mende camtu.” Linda menekankan sedikit suara. Nampak semacam tergugat dengan ayat aku tadi. Aku merasa serba salah.

“Ok.. ok. Tapi kenapa awak cakap saya ada kaitan dengan semua ni??” tanya aku.

“Pasal, semenjak Nana jumpa dengan awak, dia selalu berjaya mengelakkan diri daripada Syed.” Jawab Linda.

“So….?” Sekali lagi kening aku terangkat.

“So… Syed call ayah Nana, bagitau dia rasa macam kena avoid. Dan bila Uncle dapat tahu, awak imagine lah.”

“Oh… Syed bagitau ayah Nana pasal saya?? Mana dia kenal saya.”

“Bukan. Dia bagitau pasal Nana avoid dia je. Uncle taktahu pasal awak.”

“Oh… “ Lega aku mendengar penjelasan Linda tu. Tak pasal je ada bapak orang datang serang aku nanti.

“Sekarang awak dah paham??”

“Hmm… macam tak caya.”

“Itulah kebenarannya…”

Aku mengeluh… keluhan yang sangat berat. Rupanya banyak perkara yang dihadapi Nana, sedangkan aku tak tahu apa-apa langsung. Yang aku tahu, nak berseronok je. Kalaulah Nana sanggup kongsi sikit dengan aku…

“Jadi sekarang, saya nak bagi pandangan saya pulak.” Sambung Linda selepas kami berdua terdiam untuk beberapa ketika.

Aku menyedut air Teh-O-Ais, dan mengangguk.

“Saya mintak awak berhenti jumpa Nana.”

Tersedak aku. Ayat Linda pendek tapi penuh bermakna. Ianya bukan satu permintaan tapi satu arahan buat aku.

“Kenapa awak cakap camtu Linda????”

“Satu, sebab saya suka Nana dan Syed. Saya tak mahu sebab awak, semuanya jadi tak tentu hala. Dua, sebab saya taknak Nana kena marah teruk dengan ayah dia. Sebagai kawan Nana, saya rasa tanggungjawab saya untuk menolong dia, walaupon saya mungkin dibenci awak.” Padat jawapan Linda, macam dia dah bersedia dengan skrip ini untuk dilontarkan pada aku.

Apa yang harus aku cakap? Apa yang harus aku buat? Buntu… pening… keliru…

“Saya cuma berkawan saje dengan Nana. Saya tak mungkin approach dia, lebih lagi bila dapat tau dia dah bertunang macam tu.”

“Saya tau awak ikhlas Lan. Tapi kalau awak ikhlas pon, dan Nana guna awak sebagai alasan, yang sakitnya dia sendiri jugak. Harap awak paham.”

“This.. is not right…” menggeleng kepala aku.

“Then tell me, what will be the right way?” tanya Linda tegas.

Terdiam.

“Awak sendiri patut tahu, lebih daripada orang lain, yang awak tak akan dapat Nana. Kenapa nak jumpa dia lagi? Lagipon saya rasa, kalau awak tak jumpa Nana, awak takkan sakit hati.”

“Tapi saya dah kata tadi, saya berkawan saja dengan dia! Kawan pon salah ke???”

Aku mengeraskan suara, memang rasa tak puas hati. Inilah pertama kali ada orang cakap macam ni dekat aku. Sebijik macam drama swasta melayu. Bezanya, selalu dalam drama, mak bapak yang mintak, tapi ini kawan rapat pulak.

“Sebenarnye… if you try hard enough, tak mustahil Nana akan suka dekat awak.”

Terdiam aku… sekali lagi.

“Maksud awak? Nana suka kat saya?”

“Dia suka berkawan dengan awak. Dia kata dia rasa selesa, happy. Tapi saya tak rasa suka as in fall in love.”

Hehe. Fall in love ke… Berat perkataan tu untuk aku. Rasa macam tak layak je untuk mendengar daripada sesiapa.

“Habis tu, kenapa awak risau sangat saya berkawan dengan dia?” tanya aku, bengang jugak.

“Pasal, kalaulah ditakdirkan Nana betul-betul suka kat awak, dia dengan Syed tak akan jadi apa-apa, padahal Syed tu bagus. Tak keterlaluan lah kalau saya kata Syed tu lagi bagus daripada awak. Saya taknak tengok kawan saya menderita lagi.”

Oh pedasnya ayat Linda. Macam aku ni hampas. Macam aku ni tak berguna langsung. Aku ni haprak ke? Apa ingat aku ni tak tahu agama ke? Dan Nana tak pernah kata aku ringan tangan. Hendak saja aku cakap semua tu dekat Linda, tapi aku tahan saja dalam hati.

“So, itu sajalah. Saya harap awak pikir elok-elok. Demi kebaikan awak jugak. Dan kebaikan Nana. Its so simple, kalau awak tak jumpe die dah, awak takkan heartbroken. Dia pon takde alasan nak ngelak daripada Syed. Dan Syed pon senang hati, automatik Uncle pon tak akan marah Nana. Semua orang happy.”

“Kecuali sorang…” balas aku perlahan, masih tak puas hati.

“Siapa lagi?”

“Nana. Dia takkan gembira langsung. Daripada awak soh saya pikir, awak pikir lah elok-elok. Saya cuma berkawan dengan dia, semasa dia tengah tak happy. Kalau dia kenal saya dan happy, saya tak kisah kalau tak bercouple dengan Nana pon. I’m a very flexible guy.”

Linda separuh senyum, separuh mencemik bibir. Nampak sangat ayat aku tu diperlekehkan, seolah-olah aku dapat baca apa yang bermain dalam pikiran Linda. Lelaki semua camtu, cakap je bolehlah. Mungkin itu kot.

Digamitnya mamak yang berdekatan. Linda meminta mamak mengira air. Aku mengeluarkan dompet siap-siap untuk bayar bahagian aku.

“Takpe. Saya belanja.” Kata Linda sambil menghulurkan duit cukup-cukup dekat mamak tu.

“Thanks..” kata aku.

Linda bangun daripada kerusi. Dipandangnya aku sekali lagi lama-lama, mungkin ada lagi yang nak disampaikan untuk kali terakhir sebelum berpisah petang tu.

“Lan. Saya tak kisah kalau awak benci saya. Tapi saya minta tolong sangat-sangat. I hope you’ll consider it. Oklah Lan. Saya balik dulu. Bye.”

Dan beredarlah Linda daripada situ meninggalkan aku keseorangan dekat meja mamak tu. Aku mengurut ubun-ubun kepala, tak paham kenapa perkara pelik-pelik mesti terjadi kat aku. Yang aku paling tak paham, apa rasionalnya mintak aku berhenti jumpa Nana, untuk kegembiraan dia sendiri. Kalau Nana sendiri taknak jumpe Syed, kenapa tak disiasat je yang tu? Kenapa aku yang menjadi kambing hitam?

Aku perlu call Nana. Tapi aku rasa macam tak sesuai call pada waktu itu. Sebab aku sendiri pon tengah panas lagi. Mungkin bila aku dah tenang sikit. Mungkin esok lusa aku call.

“Mamak!”

“Yess boss.” Sahut mamak tersebut.

“Kasi saya teh tarik kaw-kaw punya.” Aku terasa takde mood nak balik lagi.

“Ok boss. You punya girlfriend sudah balik, you duduk sorang sorang kaa?”

“Pala hotak mu girlfriend. Itu kawan saja. Banyak tanya pulak. Bawak sini teh tarik tu.” Tak pasal-pasal mamak tu kena marah dengan aku. Nasib baik aku tak maki dia berbakul-bakul.

“Ok sori boss. Tanya saja. Hehehe.” Mamak tu pon beredar...

Masa duduk sorang-sorang, ayat Linda tadi terngiang-ngiang kat telinga aku. Daripada seorang yang cantik, sekarang aku nampak Linda tu macam seorang… Nenek Kebayan!

-bersambung-

Tuesday, August 15, 2006

Bahagian 11: Cempedak jadi Nangka

Lewat sikit bubuh lagu tema. Samsons - Bukan Diriku.

Semuanya berjalan dengan lancar. Malah, terlalu lancar sampai aku terase tak best pulak. Pergi tengok wayang diapit 2 orang perempuan ayu, lepas tu pergi makan, sambil sesi suaikenal dengan cik Linda yang aku baru kenal. Takde kejadian menarik berlaku. Takde kentut mengentut keluar. Pendek cerita, lepas tengok wayang tu, semuanya normal belaka.

Oh mungkin ada satu lah kot. Dapat nombor telepon Linda. Yippee~~

Lepas tengok wayang arituh, hidup berjalan seperti biasa. Tapi mungkin kurang sikit berkomunikasi dengan Nana pasal dia kata dia bizi. Jadi aku pon malas nak kacau. Lagipon kalu ade acara keluar dengan Nana pon, semuanya macam biasa, macam orang lain selalu buat. Tak ada yang istimewa.

Kemudian, satu hari, lebih kurang seminggu sebelum world cup, aku perasan yang Nana tak contact aku lame dah. Ada dekat seminggu jugak. Membuatkan aku tertanya-tanya, apa yang berlaku. Aku memang tak akan contact Nana lah, pasal awal-awal lagi dia kata dia akan bizi. Hanya akan balas sms kalau dia sms aku dulu. Tapi ini dah seminggu senyap.

So bak kata orang putih, ingin tahu membunuh kucing itu. Hahaha. Maaf, direct translation pulak. Maksud aku, curiosity killed the cat. Jadi aku mengambil inisiatif untuk call terus Nana…

“Hello.. Nana?”

“Hello. Hai Lan..”

“Erk. Hai. Apasal lemah je suara ni? Penat kerja ke?”

“Hihi. Tak kerja dah.”

“Hoh?? Siyess?? Dah berenti ker?”

“Isk awak ni Lan. Kalu tak kerja dah mesti laa berenti…”

“Mana tau kene pecat ke.”

“Mulut… takmoh kawan ah.”

“Alololo. Sorry, sorry. So bila awak berhenti ni?”

“Hihi, tau cuak. 2 hari lepas.”

“Kenapa berhenti???”


“Pasal saya dapat offer kerja dah.”

“Oh. Dah nak start kerja betul-betul ker… bestnya.”

“Itu lah. Lan..”

“Yerp? Kenape? Awak ni saya dengar lemah je bunyi. Sakit ke ape???”

“Huhu. Sakit gak.”

“Sakit ape??? Dah gi jumper doktor??”

“Sakit hmm.. sakit orang pompuan. Takde doktor leh rawat pon…”

“Ye ke? Hmm. Meh sini, Doc Lan power. Ok cik, sile bagitau cik sakit kat mana.”

“Hihihi. Memain yer? Sakit kat hati. Boleh tolong ke doc???”

“Erk. Insya Allah. So kenapa cik Nana sakit hati??”

“Hmm.. takmoh cakap kat teleponlah.”

“Kalau camtu, cik Nana boleh set appointment dengan saya.”

“Ooo ye ke? Doc Lan tak bizi dengan patient lain?”

“Sekarang ni tak ramai patient. Jadi masa utk cik banyak.”

“Ok. Kalu camtu kite jumpe petang ni? Banyak mende nak cakap kat awak.”

Terkejut aku dengar ayat Nana tuh. Banyak mende? Aku rase macam luahan hati, tapi entah kenapa, perasaan tak seronok tu membuak-buak. Walaumacammanapun, sebagai seorang kawan yang sejati, aku mesti bersedia untuk meminjamkan telinga. Bagi pinjam part lain pon aku sedia kasi. Hehehe.

“Kalau camtu..hmm.. oklah. Kat tempat biasa kan?”

“Taknak tempat biasa. Nanti bebudak tempat saya kerja tu ada. Awak ada cadangan lain?”

“Hahaha. Kalau awak tanya saya, mamak dekat rumah saya ni atau dekat seksyen 15. Awak sanggup ke datang?”

“Tak kisah. Kite jumpe dekat Petronas Seksyen 15, boleh?”

“Jumper kat Petronas buat ape. Bukannya boleh minum pon.”

“Isk. Jumper lepas tu kite pergi laa minum. Awak ni….”

“Hehehehe Ok, ok. Jangan marah.”

“Its’kay. Oklah, petang ni kol 5. Bye.”

“Erk.. ok… bye.”

Tak sempat aku nak bergayut panjang dengan Nana, dia dah bye dulu. Memang kedengaran suaranya macam banyak masalah. Aku tak dapat nak mengagak masalah apa, mungkin masalah keluarga. Mungkin masalah kawan-kawan. Kalau masalah cinta camna??? Aduh…. Tetiba terasa perut aku tak sedap. Kepala pon pening. Redha je lah…

Petang tu, seperti yang dijanjikan, aku tunggu dekat Petronas seksyen 15. Resah menunggu. Kejap-kejap aku tengok skrin telefon aku. Takde call. Hmm. Lupe ke Nana?? Aku nak hisap rokok pon susah ni, dekat stesen minyak. Terpaksalah aku melangut sorang-sorang sambil menunggu.

Tukk tukk. Cermin tingkap aku diketuk. Terbantut kejap lamunan aku. Hehe, dia sudah datang~~~ Lama tak nampak muka, ada sikit rindu lah. Kihkih.

Eh?? EHHHH??? What the…???

Kat luar kereta, aku nampak Linda tersenyum memandang aku. Aik, Nana yang janji nak datang, takkan Linda yang sampai? Ke secara kebetulan je Linda berada dekat situ? Oh, pening-pening. Kantoi aku tengah tunggu nak jumpa Nana.

Aku matikan enjin kereta, dan cepat-cepat keluar untuk bersapa dengan Linda. Lagipon tingkap kereta sebelah driver takleh pakai. Nak tak nak memang kena keluar jugak.

“Assalamualaikum Lan…” Linda beri salam.

“Waalaikumussalam. Tak sangka jumpa kat sini ye.”

“Hehehe. Sebenarnye memang dah dijangka.”

“Hoh? Maksud awak?”

“Apa kata kita pergi minum dulu. Awak takyah tunggu Nana dah.”

Otak aku kosong. Mata aku taktau nak pandang mana. 5 Deria aku berterabur. Deria keenam aku langsung takleh pakai. Aku sesungguhnya tak paham apa yang Linda cakap nih. Tapi aku mengangguk jer dengan muka penuh kebuntuan.

Kami pergi minum dekat restoran Farees, berdekatan dengan stesen minyak Petronas nih. Lepas dah pesan air apa semua, aku pandang Linda dengan rasa tak puas hati. Apa yang berlaku sebenarnya? Mulalah perkara-perkara buruk bermain dalam otak. Nana eksiden lah, Nana lari daripada rumahlah, Nana itulah inilah. Haih… rasa gemuruh macam aku ni salah seorang pelajar Akademi Fantasia pulak. Cool man, cool..

“Saya tak paham ni Linda.”

“Relaks, relaks. Takde apa yang buruk berlaku kat Nana tu pon.” Tenang je Linda jawab.

“Oh, ok. That’s good to hear. Saya dah pikir macam-macam.”

“Hahaha. Saya paham. Mesti awak suka kat dia kan?”

“Erk. Too obvious ke? Hahaha. Suka pon apa saya leh buat.”

“Well, that is exactly why I’m here to see you Lan.”

“Hoh?? Maksud awak??”

“Memula skali biar saya sampaikan pesan Nana. Dia mintak maaf pasal tak dapat datang, sebab something comes up. So Nana mintak saya datang jumpa awak.”

“Tapi.. dia nak jumpa saya pasal kata nak cite banyak mende.”

“Saya tahu. Nana suruh saya ceritakan kat awak dulu. Briefly. Mungkin nanti dia citer kat awak yang panjang punye.”

“Oh.. ok. Bunyi macam serius je.”

Linda memandang aku tepat ke mata. Sampai aku rasa tak selesa. Memang daripada riak wajah Linda nampak serius. Aku tak berani nak buat lawak apa-apa.

“Ok.. Mula-mula, saya cite dulu apa yang Nana nak suruh saya cite kat awak.”

“Ok…”

“Kemudian, saya akan cite pulak daripada pandangan saya.”

“Erk? Ok… satu soalan.”

“Ye?”

“Ada kene mengena dengan saya ke? Sebab saya ingatkan Nana just nak cerita2 je.”

“Hmm.. ade…”

“Erk!!!”

“Ok.. ceritanya…”

Aku mendengar dengan penuh minat. Cerita yang dikatakan ada kaitan dengan aku. Cerita yang dikatakan sangat serius. Jangan lah kata aku telah termengandungkan Nana pulak. Itu ada yang nak kena sebar fitnah nanti.

Linda asyik bercerita dekat aku. Patah demi patah keluar daripada mulut Linda. Dan semakin banyak Linda bercerita, semakin ternganga aku. Memang aku tak terfikir langsung mende camni boleh terjadi! Aku menggeleng-geleng kepala…

Dan daripada citer Linda juga, aku rasa banyak persoalan aku tentang Nana terjawab.

“Sekarang awak dah paham??”

“Hmm… macam tak caya.”

“Itulah kebenarannya…”

Aku mengeluh… keluhan yang sangat berat.

-bersambung lah lagi lah-


Tuesday, August 01, 2006

Bahagian 10: Qada' dan Qadar (part 2/2)

Daniel Powter - Bad Day (klik link utk download)

“Saya pegang tangan awak boleh?” tanya Nana.

“Erk. Kenapa awak nak pegang tangan saya????” jawab aku dengan pertanyaan jugak.

“Pasal, dalam wayang ni sejuk. Saya kerja harinih, tak bawak sweater…” selamba je Nana kasi sebab.

Kalau diikutkan hati, aku memang segan. Sentuh menyentuh walaupon luas permukaan yang kecik ni, memang bukan bidang aku. Aku lebih kepada seorang lelaki naïf dalam bab-bab camni.

Tapi setan dalam otak aku cakap….

Weh, dia yang kasi cadangan, bukannya ko yang memandai mintak. OK kan saja laaa.

Serba salah aku dibuatnya. Ape aku nak cakap nih… memang tak pandai sungguh. Nanti ada yang ternaik dalam wayang nih. Iskkkkkkkk.

Aku memandang muka Nana. Kusyuk jugak dia tengok wayang kat depan. Nana perasan aku pandang dia, lalu membalas pandangan aku dengan senyuman menanti sebuah jawapan. Oklah…

Zzaap. Tak sempat aku nak bukak mulut, terasa ada current elektrik menjalar tangan kiri aku. Kuat jugak sentapan current nih, nasib baik aku takde sakit jantung. Aku menoleh ke tangan kiri aku secepat mungkin.

Tangan Nana menggenggam tangan aku. Padanlaa terase current. Ahhh……..

Terbuai-buai aku dengan keindahan yang maha jarang sekali berlaku dalam hidup aku. Tak terkata ape dah. Peluh sejuk mula menitis. Tu diaa, dalam kesejukan aircond yang menyengat tulang nih, aku masih mampu berpeluh macam orang baru lepas jogging 100KM!!

Aku buat taktau saja, dan pandang ke depan. Nak tengok citer pon jadi tak kusyuk dah. Dalam otak aku macam-macam mende bermain. Naluri dan Waras dalam diri aku berperang, masing-masing kasi idea, sorang kata positif, sorang kata negatif.

“Lan..”

Aku hanyut…

Semakin kuat genggaman tangan Nana.

“Abang Lan….”

Hanyut lagi, makin jauh. Tangan aku dikocak-kocak.

“Abang….”

Yes my darling…??

Dan aku rasa tangan aku dipukul-pukul keras. Ape ke hal pulak nih?

“ABANG!!! BANGUN!”

Serentak dengan itu aku terjaga daripada tido. Aku kemamaian. Ke mana menghilangnya Nana? Ke mana perginya wayang kat depan? Kenapa aku kat sini..? Atas katil?

Alamak.. aku mimpi ke? Mimpi lagi.. citpoorah.

Yang ada depan aku cumalah Achik, mengejutkan aku daripada bangun tido. Rupanya dialah yang mengocak-gocakkan tangan aku. Dalam mimpi, otak aku telah mentafsirkan orang lain. Jahanam sungguh alahai.

“Huh? Huh?? Kenape? Apsal?” Masih lagi lembap untuk kembali ke dunia realiti.

“Abang bangun. Nah tefon abang bunyi.” Achik menghulurkan handphone aku yang masih rancak lagi mendendangkan ringtone lagu Dewa itu.

“Oh.. ok.. ok…” Jawab aku sambil melepaskan keluh kecil. Sigh……..

“Hello~!” suara riang itu menyapa aku dalam telefon.

“Erk. Hello. Sape nih?” tanya aku.

“Isk. Nana lah. Takkan tak save nombor saya?”

“Hehe, saya terjaga daripada tido. Main angkat je. Tak perasan nama lak. Sori sori.”

“Bila saya call je mesti tido. Awak ni kuat tido lah. Saya nak tanya, petang ni camne? Jadi ke?”

“Tido tu biasalaa. Lagipon nak balas dendam kat awak. Petang ni jadilaa. Pukul berapa dah skang?” tanya aku kat Nana.

“Pukul… 5.30 petang.” Pendek je dibalasnya.

“Erk. Ye ke?? Ok-ok. Saya datang amik awak skang. Tunggu yer? Nak mandi kejap.”

“Ok. Saya tunggu kat sini. Bye.”


Aku pantas bangun daripada katil. Mak aih, berpeluh-peluh aku tido. Mesti tadi cuaca panas. Dah lah tu, bilik aku pulak sememangnya panas. Macam tido dalam sauna rasanye. Ah, dalam mimpi pon aku berpeluh gak. Hihihi. Kan best kalu mimpi tadi betul.

Isk, takde masa dah nih. Lambat pulak karang. Aku menampar-nampar kedua pipi aku konon dapat segarkan diri ler. Alaa, macam yang selalu tengok dalam kartun tu. Gitulaa.

Dan aku pon pergi mandi.. takyah citer laa ye camne aku mandi.

Lepas siap-siap, hensem apa semua, aku melihat jam tangan. Kol 6 suku. Hadoii, lambat dah aku nih. Nasib baik dekat jer nak gi jumpe Nana. Kalu jauh, mau kene cerai nanti.

Masuk kete, start engine, masuk gear reverse, kendian.. ah tak payah citer jugaklah bab nih. Huhuuhuhu (ini adalah cubaan untuk memanjangkan post).

Sesampai saja aku di tempat kerja Nana, dia dah tertunggu-tunggu. Muka ada sedikit kerut. Hehehe, sebab aku lewatlah ni. Konfom kene marah kejap lagi. Takpe, sabar je. Aku melemparkan senyuman paling poyo daripada dalam kereta konon-konon buat tak bersalah. Nana pulak melemparkan senyuman bengkek. Hahahaha.

Petang itu, Nana memakai baju t-shirt biasa warna cream, dengan seluar jeans. Nampak simple tapi kasual. Bukannya nak pergi mana pon, nak tengok wayang je pon. Rindunye lama tak jumpe… Hihihihihi.

Belum sempat Nana bukak mulut sejurus masuk ke dalam kereta…

“OK. Jom cepat, dah lewat nih.” Aku terus bersuara.

“Erk Lan—“

“Ye ye. Saya mintak maaf. Lambat. Hehehe. Jangan laa marah.” Pujuk aku cepat-cepat.

“Tapi Lan—“

“Haa camne cuti kat kampung? Citerlaaa.” Terus menerus aku menyampuk taknak kasi peluang untuk Nana marah. Hehehe. Taktik beb, taktik…

Kemudian Nana pon ceritalah serba sedikit. Sampailah kami sampai ke Warta.

Lepas dah parking apa semua…

“Lan. Kenapa datang Warta?”

“Tengok wayanglah.”

“Erk. Awak dah beli tiket ker?”

“Lom lagi. Tapi tadi dah survey, ada tiket.”

“Hihihi. Kelakarlaa awak ni Lan. Siap pergi survey.”

“Hehehe. Preparation kene power. Jom lah cepat. Nanti tak sempat.”

“Tapikan Lan, saya taknak tengok kat Warta…”

Terkedu kejap aku. Kenapa tetibe Nana demand nih? Adakah ini yang dikatakan dengan fenomena Songeh Perempuan??

“Ape salahnye tengok kat Warta. Tak best ke? Sebab murah ke? Lagipon kalu kat Warta, takyah le belanje saye yg mahal-mahal kan?”

“Emm…” Nana merenung aku. Aiseh, macam tak puas hati je nampak.

“Erk.. ala-kadar je. Hehehe. Wayang je pon..” Aku tatau nak cakap ape dah.

Nana memuncungkan mulut. Uik. Gaya comel ke ape nih? Kami berdua terdiam, terpaku dalam parking lot Warta nih. 10 saat… 20 saat… 30 saat….

Tetibe Nana gelak. Ah sudah. Something fishy and crabby telah berlaku. Aku hilang arah pasal dah lame tercegat kat situ tatau nak buat ape. Takut jugak kalu tetiba Nana jadi tak siuman pasal tetiba gelak.

“Ape laa awak ni Lan. Saya tunggu je awak pujuk. Sekali awak lost pulak. Hihihi.” Dan akhirnya Nana bersuara.

Aik. Aku kene test ke tadi? Oh cis natang demit. Wahai rakan-rakan ku sekalian, kalu koranglah, ape yg korang akan buat dalam masa 1 minit tercegat kosong tadi?

“Erk.. aa..hm.. so.. camne? Jadi tak nak tengok kat Warta? Kalu awak nak tukar takpe.” Aku tergagap kejap.

“Baru nak pujuk ke. Hehehe. Sebenarnye kan, saya dah book tiket kat Mines.” Kata Nana.

“Laaaaaa. Apsal tak cakap tadi. Isk isk isk…”

“Dah nak cakap, tapi awak asyik menyampuk je. Last-last saye diam, nak tengok awak bawak ke mana. Hihihi.”

“Hahaha, padan laa daripada tadi dok Lan, Lan. Rupanya awak nak bagitau dah book tiket ker. Kol berapa punye?” tanya aku menyesali dengan tindakan menyampuk tak senonoh aku.

“Kol 6.50. Ada lagi 30 minit. Hihihi.”

“Iskk. Sempat ker? Kalu sempat pon, nak amik tiket booking kene amik setengah jam awal.”

“Tiket dah amik dah.”

“Uik? Sape amikkan?”

“Kawan saya sorang join skali. Die tunggu kat sana. Cepatlah.”

“Ok2.” Aku menghidupkan enjin kereta. “By the way, member awak laki ke perempuan?” tanya aku.

“Kenape? Tak kisahlah laki ke perempuan kan??”

“Erk.. ok…”

Dan memandulah aku ke Mines macam orang gila!!!

***

Kami tiba di Mines dalam pukul 7 camtu. Bayangkanlah betapa lajunya aku bawak semata-mata nak sampai ngam-ngam kol 6.50. Tapi sebabkan petang, orang semua balik daripada kerja, maka jalan yang sesak itu menidakkan objektif aku. Aku cakap kat Nana, wayang selalunya start lambat 10 ke 15 minit daripada waktu tayangan asal. Kira nak pujuk diri laa nih.

Bergegas kami lari naik ke TGV Mines. Nasib baik aku dah datang sini banyak kali, parking pon tempat yang sama je. Jadi aku tau ler shortcut ke TGV. Sampai je depan TGV, aku menoleh ke sekeliling, mencarik kawan Nana yang dah amik tiket tu.

Mesti si Jai. Aduh… rosak plan nak berdua-duaan tengok wayang. Biarlah…

Nana berlari ke satu arah. Aku mengekori Nana, tapi tak nampak pulak kelibat si Jai nih. Mana laa pulak pergi mamat tu. Wayang dah start, tiket takde dalam tangan lagi. Mesti terlepas scene awal.

“Nana. Awak pergi amik tiket. Saya nak beli popcorn. Nak pesan ape-ape?”

“Awak belikan saya air coke je boleh?”

“Ok.”

Aku terus beratur di kaunter popcorn. Tak ramai orang. Senang keje aku. Lepas membayar harga satu Large PopCorn dengan 2 air coke, aku mencari Nana.

Haa tu dia. Eh sape kat sebelah dia?

“Lan. Kenalkan, ni Linda. Dia dah amikkan tiket.”

“Hai. Linda.” Katanya sambil mengangkat sedikit tangan tanda melambai.

Woah~! Comel jugak si Linda nih. Lagi tinggi daripada Nana. Macam model. Cumanya Linda pakai tudung, dan Nana tak. Mungkin kawan Nana masa belajar dulu kot.

Linda memang nampak menarik. Dengan baju kurung warna pink, tudung pink, dan serba serbi pink, ketinggian seorang model, kulit yang tak cerah sangat menonjolkan lagi ciri-ciri wanita melayu. Aku terpikir, adakah perempuan cantik ni berkawan dengan perempuan cantik saje???

Malam itu, aku tengok wayang ditemani oleh 2 orang awek yang bukan awek aku. Buy 1 free 1? Hehehe. Seronoknye!!