Saturday, October 21, 2006

Aidilfitri datang lagi!!!

Takde aper sangat yang aku nak tulis kat sini melainkan...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua sahabat handai ku, dan juga kepada semua pembaca blog ini!! Aku mintak maaf secara zahir dan batin sekiranya ada ayat-ayat aku yang membuatkan korang terkecik hati dan sebagainya lah.

Raya elok-elok yer semua~~~!!!

(lepas raya baru aku update huhuhu)

Friday, October 13, 2006

Bahagian 18: Keluargamu, bukan Keluargaku.

Lagu utk post ni: Hinder - Lips of an Angel (klik untuk download) -mintak maaf lambat update.. sowie semua. bizi sikit lah.

Lama aku lepak dalam kereta. Lebih 45 minit jugak. Menunggu Nana di sebuah restoran mamak terkenal kat KL. Mujurlah aku tau macam mana nak pergi situ, pasal kalau jalan KL ni aku memang lemah sikit. Selalunya makan buah langsat (atau bahasa simple nya: sesat).

Mengimbas kembali macam mana aku boleh terdampar kat KL nih…

Kejadian bertemu dengan Syed dah berlalu hampir seminggu. Dan lepas tu Syed takde dah menghubungi aku, atau apa-apa. Aku pon tak cakap kat Nana pasal apa yang terjadi. Tak mahulah dia rasa risau. Dan aku juga tak call atau sms atau jumpa Nana langsung lepas pertemuan dengan Syed. Sehinggalah bila tiba-tiba Nana call aku satu malam…

“Hello Lan…”

“Hello. Ape kabar?”

“Sihat je. Awak camne?”

“Ok..kot.”

“Sure ok?”

“Hehehe. Ok. Sure.”

“Dah makan?”

“Emm, dah.”

Perbualan aku dan Nana seperti kaku. Seperti berlakon. Dibuat-buat. Tiada intipati. Ataupon mungkin tidak lagi sehangat dulu memandangkan bermacam-macam isu yang timbul, membuatkan aku dan Nana berhati-hati ketika bercakap. Banyak berdiam diri daripada rancak berbual.

“Saya tak selesa lah bila senyap macam ni.” Aku terpaksa beritahu rasa hati aku.

“Sorry.. sorry. Hmm..”

“Awak nak bagitau something ker..?”

“Saya nak jumpa awak.”

“Erk??? Kenapa? Aduh…”

“Saya nak discuss sikit lah pasal masalah saya… ngan awak. Boleh ker??”

“Saya sebenarnye tak kisah sangat.. hmm.. tapi…”

“Tapi??”

“Aiseh. Camne nak cakap ek..”

“Cakap ape???”

“Takde apelah. Abaikan. Awak nak jumpa saya bila?”

“Awak janganlaaa camni. Awak cakap camtu, now I’m curious. You hiding something right?”

“Erk. Saya tak sembunyi ape-ape lah…”

“Saya tak suka orang yang menipu!” keras sekali suara Nana. Dalam kelembutan dan kemanjaan Nana, bila marah, memang terasa bahangnya.

Perlukah aku beritahu? Atau baik aku diamkan saja??? Kalau didesak sekali lagi memang sah-sah aku akan bagitau kat Nana. Mungkin akan memburukkan keadaan. Aku cuba membuat pertimbangan paling praktikal dalam diri sendiri.

“Oklah, awak tak nak citer ape-ape, tak payah jumpa saya. Cancel the discussion.” Hampa bunyi suara Nana, berbaur sedikit suara marah merajuk.

Aku mana tahan kalau perempuan merajuk-merajuk nih!!! ADOI~!

“Ok, ok. Jangan letak dulu fon Nana. Saya bagitau. Hmmmm. Saya dah jumpa dengan Syed minggu lepas…”

“HAH??! You’re not joking right??”

“Nope. Tak caya boleh tanya Syed sendiri…”

“Why… Isk. No wonder…” Nana seperti berbisik, nyaris aku tak dengar apa dia cakap. “So boleh ke saya nak jumpa awak?” sambung Nana lagi.

“Kat mana?”

Dan Nana pon beritahulah sekian sekian sekian. Aku pon mengiyakan saja. Nak tak nak terpaksa berjumpa dengan Nana, walaupon aku tahu sangat yang sebenarnya kalau aku pergi jumpa dia, macam-macam hal boleh timbul nanti. Kita nak tolong, tapi kalau dah sampai menyakitkan diri sendiri, buat apa lagi lah nak diteruskan. Itulah kadang-kadang aku terpikir, adakah aku ni seorang yang abnormal? Tidak mengikut logic akal? Atau semata-mata bodoh?

Maka, begitulah serba sedikit flashback, macam mana aku boleh terdampar dalam kereta dekat 45 minit di parking sebuah restoran mamak terkemuka KL. Sebab Nana bagitau tadi seblom aku datang, dia akan SMS aku bila dia sampai. Sekarang takde bunyi apa pon. Aku tengok jugak laa fon aku, kot lah abis bateri atau aku tak dengar ke. Nothing. Yilek. Sabar aje lah…

Dalam kereta, aku melayan bermacam-macam lagu yang diputar oleh DJ radio. Kadang lagu best, kadang lagu tak best. Bayangkanlah dah 45 minit aku dalam kereta. Berapa batang rokok tewas kat mulut aku pon dah tak kira. Tak larat aku nak tengok jam lagi.

Ah aku nekad, cukup sejam, takde ape-ape berita, aku balik. Blah. Buat apa nak tunggu lagi. Macam orang bodoh je. Betul tak?

Tapi kemudian aku terima satu SMS daripada Nana, cakap dah nak sampai. Aku terus balas kata aku ada dalam kereta kat parking, menunggu dia. Aku jugak pesan suruh dia cepat sikit, dah lama betul aku menunggu. Naik kematu bontot aku duduk. Siap dah baring-baring dalam kereta lagi haaa.

Tengah aku leka hisap rokok kat dalam kereta, sambil layan lagu dangdut mana tah DJ tu pasang, tingkap kereta aku diketuk. Terkejut aku!

Eh Nana…

Aku terus mematikan radio, dan keluar daripada kereta, sambil menarik muka masam tanda tak puas hati.

“Lambat—“

“Sorry sorry sorry sorry sorry…….. saya minta ampun mintak maaf” Nana menekapkan dua telapak tangan dan menyilangkan jari jemari, kemudian membuat gesture seperti tengah bakar colok. Dipotong terus ayat aku, tak sempat nak cakap apa. Huhuhuhu.

Aku dah kata tadi, kalu pompuan buat camni, konfom cair. ADOI~~!

“Ok.. ok… cepatlah masuk kedai mamak ni, saya dahaga sangat…” Masa ni aku terpikir, kenapa aku tak masuk dan lepak terus je dalam kedai??? Konon-konon dramatic ala jiwang laa tunggu kat kereta. Heh, lucu gak aku ni kadang-kadang yer. Aku campak puntung rokok ke tanah dan memijak-mijak lepas geram, sebab tak dapat nak lepas geram kat Nana, tak sampai hati dohh.

Sambil berjalan menuju masuk dalam kedai…

“Awak memang hisap rokok ker??”

“Aah. Bukan awak tau ker?”

“Saya rasa saya tau, tapi ini first time saya nampak awak hisap rokok depan saya.”

GULP! Terlupa pulak, aku tak pernah nyalakan hatta sebatang pon depan Nana. Hari ini dalam sejarah, sebabkan terlalu lama menunggu, aku tak sempat nak amik kisah hal-hal kecil camtu. Tak sempat nak konon-konon jaga imej diri.

“Takpe, tak penting pon. Sekarang awak dah nampak, hehehehe.” Aku memberi ayat buat tak tahu, walhal dalam hati dah termenyesal. Cis cis cis cis.

“Saya tak kisah sangat, tapi saya harap awak tak merokok sekejap lagi…”

Terkejut aku dengar ayat Nana camtu. Memanglah aku tak menunjuk depan Nana, tapi untuk dia membawa isu itu seperti satu isu yang besar, bukan seperti Nana yang aku kenal. Mesti ada apa-apa nih… cuaknya.

Berdebar-debar bergegar-gegar.

Aku turut saja langkah Nana, tanpa sepatah kata pon keluar daripada mulut kami berdua. Yang kedengaran cumalah hingar bingar suara orang lain dalam kedai itu. Dengan mamak-mamak pekerja yang berlari ke sana sini, sibuk mengalahkan menteri. Tapi masih ada banyak meja kosong, pelik jugak kenapa Nana tak duduk je. Nak duduk kat sudut kedai ke ni? Privacy?

Hinggalah kami sampai ke sebuah meja, barulah aku tahu jawapan sebenarnya. Kenapa Nana tak kasi aku merokok, kenapa Nana tak berhenti kat meja kosong tadi, dan paling utama… kenapa Nana nak jumpa aku sangat-sangat.

Sebabnya, di meja itu, duduk seorang lelaki dalam 50-an, berpakaian baju melayu biru pekat dan seluar slack hitam. Ada sedikit uban di kepala dan mukanya iras-iras seperti Nana.

Sah… aku rasa aku tahu siapa lelaki ni.

“Lan… Ini ayah saya.” Suara Nana tersangkut-sangkut, semacam takut.

Erk! Tepat sekali jangkaan aku. Aduh, bala apakah yang bakal menimpa aku sekejap lagi. Kena bertenang ni. Walau apa pun terjadi, aku akan pastikan nafsu amarah dan emosi tak menguasai.

“Assalamualaikum.” Tegur ayah Nana, sambil menghulurkan tangan. Daripada nada suaranya saja aku dah tahu lelaki ini tengah bengang, menahan marah. Pandangan meleret melampaui aku itu membuatkan bulu roma aku tegang semacam. CUAK!!!

Aku balas salam ayah Nana, dan menyambut tangan, tapi cepat-cepat ditarik. Terasanya aku… takpelah, nak buat camne kan. Takkan aku nak maki hamun kata kurang ajar pulak. Gilo apo.

“Ok Lan, duduk dulu. Order apa-apa air. Nana, boleh balik dah. Mama tunggu kat rumah.” Mendatar jer suara ayah Nana ni. Siap suruh Nana balik. Waduhhh makin cuak aku. Aku telah kene set up????!! Menyesal datang. Menyesal, menyesal, menyesal!

“Datang asing ke tadi uncle?” aku saja bertanya untuk nampak mesra.

“A ah.”

Pendek gila jawapan. Haih…

Aku pandang Nana yang masih tercongok sebelah ayah dia. Macam taknak balik. Mungkin dia risaukan aku kot.

“Nana, pergi balik. Ini urusan lelaki. Now. Balik.” Tegas sungguh ayah Nana.

Nana mengangguk lemah, dan membuat lambaian kecil kat aku. Aku cuma mampu tersenyum dan mengangguk, tanda paham. Tak berani aku nak balas lambaian Nana depan ayah dia yang tengah panas, panas dan panasss tu. Hish.

Seelok Nana hilang daripada pandangan…

“Ok. Uncle straight to the point. Boleh tak jangan jumpa Nana lagi. You tau dia dah tunang kan?” kata ayah Nana.

“Erk.. saya..” aku memang tak tahu nak balas jawapan apa.

“Syed, tunang Nana, ada jumpa uncle this week. Dia kata you jumpa dia dan maki-maki dia, all that stuff. Kenapa buat camtu?”

Aku tergamam. Bila pulak aku maki dia??? Memang dasar penipu agung!

“Saya tak pernah maki dia uncle..” jawab aku lemah.

“You suka Nana?” tanya ayah Nana semacam tidak menghiraukan jawapan aku.

“Suka kawan, not more than that.”

“Habis tu kenapa kacau hidup dia? Kenapa you insult Syed?”

“Saya cakap dah tadi uncle, saya tak pernah maki dia. Dan tak pernah kacau hidup Nana pun. Kawan-kawan je.” Aku cuba membela diri.

“Kawan mana buat perkara macam ni!”

“Erk.. saya cuma tolong kawan yang dalam kesusahan. Kawan yang datang jumpa saya mintak tolong.”

“You nak tolong apa? Takde perkara yang menjadi masalah sekarang, kecuali you kacau anak I. Right now, im being very considerate, jangan kacau Syed, ataupun Nana.”

“Uncle, masalahnya sekarang, Nana bagitau saya yang Syed buat perkara tak elok kat dia.”

“Nana pernah bagitau Uncle. Tak boleh pakai. Dia tengah unstable. Simple as that.”

“Uncle nak dismiss kata-kata anak uncle sendiri macam tu?”

“Dia anak uncle, so jangan nak bagitau uncle camne nak ajar anak!”

“Sigh…”

“Sekarang, uncle tanya lagi. Boleh atau tidak you jangan kacau diorang?”

“Uncle…”

“No no no. You jawab boleh atau tak saja. Uncle taknak buang masa. Banyak kerja lain lagi.”

“Erk..”

“So sekarang camne? Uncle taknak you contact Nana lagi.”

“Kalau dia yang contact saya?”

“Then you kena ignore dia.”

“Sigh…”

Ayah Nana merenung tajam ke muka aku. Terasa bahang panas kat seluruh wajah, terutamanya part telinga. Merah jer. Kalau dengan Syed mungkin aku boleh berbahasa lagi, tapi dengan orang tua, sebabkan rasa hormat, memang aku terkedu.

Sekarang, apa yang perlu aku buat kawan-kawan pembaca sekalian???

Adakah aku perlu menurut kata ayah Nana? Ataupon adakah aku perlu bertegas dengan pendirian aku? Adakah berbaloi kalau aku mempertahankan prinsip aku untuk menolong kawan? Pikiran aku berkocak-kocak!
Lama jugak aku berfikir. Dan terdiam. Dua-dua senyap. Cuma bezanya, aku kena kasi jawapan, tetapi ayah Nana hanya perlu dengar jawapan. Tak pernah lagi dalam hidup aku, konflik sampai ke tahap melibatkan ayah atau mak ni.

“Saya tak boleh buat macam tu uncle…” Entah kenapa aku terjawab camni. Mungkin terasa diri ini masih susah nak melepaskan Nana begitu saja.

“Expected. Ok. Uncle tak nak pakai kekerasan, so uncle buat camni.”

Dikeluarkan satu buku check. Hahh????

“Baper you nak?”

“Uncle! Saya bukan nak duit.”

“Uncle tahu. Tapi duit ni catalyst. Cepat sikit kerja.”

Aku menggeleng kepala. Terase macam nak nangis bila tengok keadaan camni. Memang terdesak sungguh ayah Nana untuk menyingkirkan aku dalam hal ni. Terasa hina sangat aku ni pada pandangan ayah Nana. Kalau lah aku ni mata duitan, aku kasi amount yang gile-gile!

“Oklah uncle. Saya back off. Kalau sampai camni uncle tak nak saya tolong Nana.”

“Baguslah kalau you sedar sendiri. Nobody needs your help.” Pedih betul dengar ayat ni. Ayah Nana menyambung, “So, mulai esok, no Nana in your life. Understood? Uncle puji you satu perkara, sebab you tak ambik duit ni.”

Aku merenung, kesedihan. Tiada kata yang dapat aku luahkan masa nih, hanya kedengaran bunyi nafas aku saja. Aku cuba nak berkata…

“Saya—“

“Ok, eh, apa nama you tadi? Anyway, uncle balik dulu. Ada hal lain. Nice to meet you. Hope I will not ever see you again.” Dan bingkas ayah Nana bangun menghulurkan tangan ke aku. Nak tak nak, terpaksalah sambut dengan hati yang berat.

Berlalulah ayah Nana tanpa sebarang perasaan, dan tinggallah aku kepasrahan. Aku terpaksa telan semuanya, lagipon aku sendiri yang buat keputusan macam tu. Dah tak mampu nak buat apa dah… Semuanya berlalu dalam waktu yang singkat sangat dan semudah itu pula ayah Nana berjaya mensaikokan aku.

Perjalanan pulang aku hari tu terasa sangat jauh dan memeritkan. Dalam hati pulak, aku terjerit-jerit macam orang gila, tapi di mulut terkunci tiada kata.

Haram sungguh!!!

Monday, October 09, 2006

Dialog Hati Aku pada Hati Dia...

Huhuhuhuhuhu, mintak maaf laaa sesangat geng2 semua! Sebenarnya, aku dah pon menaip citer Nana sampai ke bahagian 20. Sungguh! Kemudian masa aku nak post bahagian 18 (rasanya), ade satu virus weng telah masuk ke pc, dan merosakkan microsoft word aku. Habis berterabur semua wording dalam word tuh. Terpaksalah aku susun balik satu-satu ayat, kutip balik mana yang telah bersepah... haih. Bayangkan word yang bersepah setelah 20 bahagian, 100 lebih page, mau tak pening. Sekarang ni, dalam sehari, aku berjaya susun balik 2 perenggan.. itu yang amik masa yang lama. Nak tulis balik, takde mood. Huhuhuhu. Apepon, dah nak siap dah... so korang terpaksalah bersabar sikittt jer lagi. Boleh yer? Makasih...

Jadi sementara korang menunggu bahagian 19 (yang akan dipost tak lama lagi, insya allah!), terimalah sebuah sajak yang aku cipta tatkala kebosanan (yer ker kebosanan? hmmm, mengurut dagu...).


Dialog Hati Aku pada Hati Dia.

Hati Aku, tenung Hati Dia,
Lalu Hati Aku bertanya,
Dikau kesedihankah dinda?
Lalu Hati Dia mengangguk tak bermaya,
Dan Hati Aku memujuk seraya berkata,
Hati Aku kan ada...

Hati Aku, pandang Hati Dia,
Lama Hati Aku pandang tanpa batasnya,
Dan Hati Dia pula berkata,
Janganlah resah kerana dinda,
Hati Aku terus bersuara,
Masakan tiada gundah gulana!
Kerana Hati Dia satu sifat yang cukup bermakna...
Hati Aku kan ada...

Hati Aku, merenung Hati Dia,
Ternampak titisan air mata,
Suci bersih naifnya berganda,
Langsung Hati Aku mengusap pipi Hati Dia,
Keluarkan sahaja air mata itu wahai dinda,
Janganlah bersedih lagi kerana sang angkara,
Hati Aku kan ada...

Hati Dia, senyum pada Hati Aku,
Apa yang difikirkannya, Hati Aku tidak tahu,
Hati Dia seperti ingin berkata sesuatu,
Pantas saja Hati Aku menutup mulutnya yang gebu,
Tak perlu... tak perlu...
Yang penting, Hati Dia sudah hilang sendu,
Kerana ingatlah perkara yang satu,

Hati Aku kan ada... untukmu.

Nukilan,
Snubnosse,
3.30 pagi.
Di dalam bilik menunggu waktu sahur.

Sajak ini sesuai untuk mereka yang ingin menenangkan sesiapa yang gusar, ada masalah, jiwa kacau dan sebagainya. Huhuhuhuhu.

Wednesday, October 04, 2006

Dialog Aku pada Aku...

Sebenarnye ini adalah sajak yang aku tulis untuk forum Aseana.org tu, dan memandangkan ada orang request suruh letak dlm blog aku, maka aku pon bubuhlah. Harap korang dapat hayati sajak ini, sementara menunggu aku nak update cerita Nana nanti....

Lagu tema sajak ini: Mika Nakashima - Ai Shiteru (Love You) - klik link untuk download.


Dialog Aku pada Aku...

Aku campak sebiji batu...
Dan aku tenung semahu-mahu,
Bertanyalah aku pada diriku,
Apakah aku dalam rindu???
Mungkin, Tuhan sahaja yang tahu.

Aku campak sebiji batu...
Dan aku cermin diriku,
Adakah aku layak menjadi perindu???
Aku tidak tahu,
Mungkin, Hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Aku campak sebiji batu...
Terkena dua batu yang diam di situ,
Maka berseleraklah batu itu,
Adakah aku sanggup jadi begitu???
Aku tidak mahu!
Tetapi, Tuhan sahaja yang tahu.

Bangkitlah aku daripada dudukku,
Menyusun batu-batu yang tidak tahu menahu,
Bertanyalah aku pada batu-batu itu,
Sang Batu! Bolehkah cinta aku menjadi seperti dirimu???
Teguh dan keras, tidak mudah dimakan waktu,
Dan jikalau batu itu boleh bersuara berdayu,
Aku harapkan jawapannya hanyalah satu,
"Kau lebih layak menjadi seteguh dan sekeras itu,"
"Walaupon kami dikumpul seribu."
Mungkin begitu, Tetapi hanya Tuhan sahaja yang tahu...

Aku campak sebiji batu...
Aku pinta batu-batu itu mendoakanku,
Dan sajak ini kutujukan pada dirimu,
Walaupun apa yang aku buat hanyalah.....

Mencampak sebiji batu.

Nukilan,
Snubnosse, 4 Oktober 2006, 3.00 pagi.
Tepi Highway Besraya.

Sajak ini sesuai untuk korang yang merindui seseorang, biarlah pada sesiapa pon. Rindu pada Tuhan, keluarga, suami/isteri, kawan-kawan, mahupon yang tercinta...