Sunday, April 19, 2009

Part 5: Kebetulan yang Tak Dijangkakan

Letto - Permintaan Hati

Previously on Part 4...


Dengan perlahan, aku mendongak melihat si empunya kaki... Daripada kaki.... aku nampak peha... then aku nampak pinggang... seterusnya badan... tangan... dan akhir sekali...

"ERK??!"


"HAA???"


Kami berdua terkesima dan terkejut!!!


Now...

"ERK??!"

Jari telunjuk aku menunjuk ke arah gadis itu. "Ini...." aku cuba menyambung ayat tersebut dengan satu nama, tapi malangnya aku dah lupa langsung nama gadis itu. Yang pasti, aku memang kenal dia!

"HAA???" terus saja dia pun seperti terkejut. Tak taulah terkejut sebab aku tetiba je buat macam tadi, atau terkejut sebab lain.

Ok, dalam otak aku, berjuta-juta nama dah aku panggil dalam satu masa yang sangat singkat. Aku cuba mengingati nama gadis ini. Aku yakin sangat aku kenal dia. Tapi bila? Di mana? Apa kaitan dia dengan aku? Kenapa aku terase sangat kenal???? Lagipun aku sebenarnya senang ingat nama orang dan muka orang, dan berupaya untuk recall balik walaupun dah lama tak berhubungan (ini hanya berkesan pada nama panggilan saja, bukan nama penuh). Sambil aku cuba mengingati, aku cuba membayangkan situasi dimanakah gadis ini wujud pada suatu masa dalam hidup aku.

Ah. Akhirnya... aku teringat!

Tapi kalu aku salah macam mana? Malu nanti. Malu seyh. Tetibe kate kenal seorang asing yang baru kupijak kakinya.

"Err... Naliza, kan?" aku cakap saja.. Salah pun salah lah. Kalu salah, aku blah je daripada situ, buat tak tahu.

"Awak siapa? Mana tahu nama saya???" balas gadis itu dengan suara separa tinggi.

SAH!!! Memang betul!!! NALIZA!!

"Waaa... siyes! Lama betul tak jumpa. Tak ingat ke saya?? Nama saya Lan. Tak ingat langsung ke??" aku sedikit excited. Maklumlah, member lama. In fact, sangat lama. 20 tahun yang lepas kot!

"Lan mana... Sorry... saya tak ingat.." gadis itu mula nampak relak sket, sambil memegang dagunya.

"Awak apa kabar? Lan laa... jiran sebelah rumah awak lagi, dan skolah rendah same2 darjah 1 sampai darjah 6? Saya suka kaco awak masa kecik2 dulu? Tak ingat?" aku cuba memberi idea-idea supaya Naliza dapat ingat kembali.

"HAAA!!! Are you serious???"

Erk.. ah sudah.. salah orang ke..............?

"Awak ke??? Ya allah, lamanya tak jumpa... Saya tak cam awak. Nampak sangat... lain..?" balas Naliza. Ah akhirnya dia ingat juga aku... alhamdulillah. Terselamat aku daripada kemaluan yang sangat memalukan lagi mengaibkan. Huhu.

"Yerp. Its me. Well, logik lah kalau awak tak cam saya. Lama sangat dah.. 20 tahun saya rasa. How are you.. ?" tanya aku lagi sekali bila keadaan dah kembali tenang. Sangat jelas di mata Naliza yang dia juga turut terasa seronok.

"Not fine obviously," kata Naliza sambil menunjukkan ke arah kaki dia. Sambil mencebik mulut.

Ah. Aku terlupa kejap insiden tadi.

"Hahahahahaha. Sori Naliza. Sori sangat sangat. Saya btol2 tak perasan ada orang belakang saya..."

"Sorry je mane cukup.."
balas Naliza perlahan sambil membongkokkan sikit badan menggosok2 kaki dia.

"Awak seorang je ke?" tanya aku.

"Aah. Kenape?"

"Then, let me treat you something. Sebagai tanda mintak maaf. Boleh?" Entah kenapa laju ayat tersebut terpacul di bibir aku.

"Ok. Baru la tak terasa sakit sangat.. Hehe..." kata Naliza.

"Awak nak makan, or minum saje?"
tanya aku.

"Minum sajalah. Boleh borak2 tukar cerita..."


Kemudian kami bersetuju untuk pergi minum di Starbuck yang terletak di tingkat bawah Jusco Cheras Selatan.

Ketika minum, kami bertukar-tukar cerita. Macam-macam cerita! Rupanya Naliza datang ke situ nak amik barang yang dia order bulan lepas. So dia sebenarnye planning nak datang kejap je. Amik barang kemudian terus balik. Tapi entah kenapa dia melencong ke kedai TV beso tu kejap, dan akhirnya dipijak oleh aku. Erk, maksud aku, kakinya dipijak oleh aku.

Dan kemudian Naliza bercerita pasal kehidupan dia selepas sekolah rendah. Sekolah menengah, universiti, dan alam pekerjaan. Seronok betul dia bercerita. Dulu dia tak macam ni. Naliza yang aku kenal masa kecik2 dulu... tak banyak cakap orangnya. Tapi satu yang aku pasti, wajah Naliza tak berubah sangat. Masih kelihatan seperti dulu. Putih gitu, hidung mancung sikit macam tok arab, bulu mata yang melentik. Masa kecik dulu aku suka cakap dia ni macam Princess Jasmine dalam citer Aladdin Disney. Memang sebijik, kecuali Naliza ni putih. Pastu dia akan bengang sebab terasa aku mengutuk dia ni macam watak kartun. Dia tak sedar ke yang aku puji dia sebenarnye? Haha. Dan sekarang dia sangat tinggi, hampir sama tinggi dengan aku. Bagi seorang perempuan melayu, tinggi jugak tu, apatah lagi bila dia slim.

"So.. sekarang awak duduk kat rumah tu lagi?" tanya aku.

"Tak dah. Dah pindah dekat2 area sini." jawab Naliza. No wonder laa... datang sini sebab dekat ngan rumah rupanya. "Awak pun masih di sana?" tanya dia balik pada aku.

"Tak tak. saya dah enam tahun lebih pindah Bangi. Harinih saja datang nak beli barang, window shopping..."

"And you come alone?" tanya Naliza lagi.

"Macamlah awak bukan datang seorang... huhu," aku tergelak.

"Saya lain. Saya datang nak amik barang yang dah dibooking. Tak planning untuk jalan2 dalam ni pun. So, datang sorang2 pon dah cukup."

"Haha. Maknanya, kalau awak nak datang window shopping.. datang berdua laa ye?"

"Nope. Bertiga atau berempat," jawab Naliza pantas dan pendek.

Wah Wah Wah. Satu persoalan memenuhi benakku secara tiba-tiba.

"Oh. Dengan husband dan anak-anak ye?" tanya aku direct.

Naliza yang sedang menghirup Ice-blended Mocha tetibe tersedak. Serentak dengan itu dia menmbeliakkan matanya ke aku seolah-olah tak expect soalan tersebut.

"Saya belum kawin lagilah! Hahaha. Datang dengan adik-adik saya or my mom. Awak ingat kan adik2 saya?"

Ah... adik2 Naliza yang sangat unik. Mana mungkin aku lupa.

Dulu masa kecik2, aku memang suka sakat Naliza ni. Lagi2 bila dia ni jiran aku. Petang hari je, aku akan berada kat halaman rumah konon2 buat aktiviti. Dan dia akan keluar rumah main-main dengan adik-adik dia. Bile dia keluar, aku akan rase seronok. Dan mulalah aku cakap macam2 kat dia. Dia memang tak reti nak balas, kecuali menjeling dan mencebik mulut je. Bila dia buat gitu, aku mmg terasa sangat puas hati sebab mission accomplished! Aku suka sangat tengok die jeling dan cebik tu. Sebabkan dia tak reti nak counter-attack, maka adik dia yg dua orang tu akan tolong. Sorang pompuan tapi macam laki. Tomboi. Muka keras gila!!! Tak taulah camne leh jadi adik beradik... Dan sorang lagi adik kecik lelaki yang hyper aktif yang sanggup kejar aku semata-mata nk protect kakak sulungnya tu. Sanggup panjat pagar yang memisahkan rumah kami nak kejar aku.

Haha.. citer zaman budak-budak memang lucu bila ingat balik.

"Ingat2... sihat ke diorang?"

"Sihat jer. Ni pun datang pasal--" tetiba ayatnya terhenti sebab telefon Naliza berbunyi. "Ye.. ye. Kakak nak balik dah ni. Kakak jumpa kawan lama jap. Mama tunggu lah, japgi kakak sampai. Ok.. haa.. ok... ok ok... Bye mama."

"Ok Lan, sori.. saya kena balik dah. Mama dah call. Next time bolehlah kita borak2 lagi,"
kata Naliza pada aku selepas meletak telefon.

"Sure.. sure. Tapi camne nk borak-borak kalau saya tatau nak kontek awak camne?" tanya aku. Ni semata-mata ayat sopan utk memberitahu aku nak nombor telefonnya.

"Hahaha. Betul gak kan. Nah amik no saya.." Naliza mencapai kertas dalam beg tangannya dan menulis nombor. "Nanti, sekejap lagi awak SMS lah bagi nombor awak. Saya nak kena cepat."

"Ok ok. No problem. Nice to meet you again. See ya later,"
jawab aku sambil tersenyum. Aku masih lagi duduk kat kerusi Starbuck tu, dan Naliza dah bangun nak balik.

Selepas sesi melambai-lambai... Naliza pon hilang di dalam orang ramai. Aku je masih duduk kat kerusi. Rasa macam malas lak nak bangun. Tapi apepon, balik je lah. Takde mende dah nak buat.

Aih.. nak kaco Nur & Na, diorang bizi periksa la pulak!!! Nampak gaya, aku mengaco Naliza je lah nanti... Hehehehehehehe...

-bersambung-

Letto - Permintaan Hati

77741

Monday, April 13, 2009

Part 4: Tujuan yang Lebih Terbilang


Grey Sky Morning - Cinta Gila


Ah...

Oh...

Minggu selepas berkaroke agak suram. Sebabnya? Nur dan Na ada periksa. Maklumlah student. Dah belajar penat2, banyak2, kenalah diuji pulak kehebatan otak masing2. Aku yakin diorang akan cemerlang.

Dan sebabkan diorang periksa, maka aku tak dapatlah mengacau diorang lagi. Hatta nak berSMS pon susah, inikan pula nak keluar2. Aku kena respek juga hidup diorang sebagai student, bukan setiap masa boleh enjoy.

Oleh sebab itu, kerana kesangapan yang teramat sangap sangat, hari minggu seterusnya (hari kerja takde citer sangat laa bai, name pon kerja. Takkan aku nk tulis pasal ape aku buat kat konti), aku pon berjalan2lah ke Jusco Cheras Selatan. Seorang.

Ye kenape? Tak percaya? Huhuhu. Yer... aku kebetulan nak cari satu barang, dan barang tersebut aku hanya pernah terjumpa di Jusco Cheras Selatan. Walaupun aku jarang berjalan sorang2, aku lagi rela duduk lepak kat bilik, tapi kali itu aku terase nak keluar rumah. Macam ade sesuatu yang memanggil2.

Masuk kete... start engine... dan pandu ke arah Jusco Cheras Selatan kol 3 petang hari Sabtu.

Sesampai di sana, aku terus berjalan ke kedai yang ingin dituju. Aku dah hapal selok belok interior Jusco Cheras Selatan ni sebab satu waktu dahulu, aku memang rajin sangat datang sini. Dan aku juga slalu makan kat kedai Ichiban Ramen tingkat bawah.

Masuk2 kat kedai yang aku tuju tu...

"Hello amoi. Itu barang ******** ada jual lagi ka?" aku tanye.

"Ya, ada ada. You pergi rak itu," balas amoi tu sambil menunjuk satu arah.

"Toche," ucap aku terima kasih dalam bahase cina. Saja je. Amoi tu tergelak sket. Tatau laa sebab aku sebut tak btol ker, atau pasal dia rasa muka aku lucu ketika menyebut ke. Lantaklah. Bukan aku kisah kat ko pon amoi.

Aku membelek2 barang ******* itu. Huhuhu. Tak terjual ke? Rasanya dulu aku datang, macam ni gak rupa. Tapi rupa macam stok baru.. cantik berkilat lagi. Aku tengok harga, pon masih sama. Alah, malas nak pikir panjang2 dah. Aku ni jenis shopping bila aku perlukan sesuatu barang je. Jarang nak window shopping, kecuali kalu meneman orang. Hihi. So bila ada tujuan dan sesuatu utk dibeli, baru aku keluar shopping.

"Ini berape diskaun you boleh kasi?" tanya aku lagi pada amoi tu setelah meletakkan barang atas kaunter bayaran.

"No diskaun maa..." cebik amoi tu.

"Aih, kamon lah. I slalu datang kedai you la beli macam2. Regular customer maa. No diskaun ka? Dulu I datang sini, ini barang ada. Sekarang pon ada, macam tak jual," aku cuba menggunakan skil negotiation aku yang sememangnya dah berada di tahap kesepuluh powernye. Yang sebetulnya, bukan regular pon! Hahaha.

"Erk, betul ka you regular customer? I tak pernah nampak pon," kata amoi tu.

"Thats why you kena buat loyalty customer card. Mana you nak tau sapa slalu datang. So diskaun meh.." nego aku lagi. Pandai2 je aku, loyalty kad ler plak. Hahahaha. Kena kencing baek punya amoi tu dengan aku. Apepon, dapat kurang sikit pon jadilah. Barang *********** tu takdelah mahal sangat. Saja je aku nak jadi Haji Bakhil.

"Oklah, oklah. You tak tipu ya regular customer?" tanya amoi tu sambil menekan pepunat mesin daftar wang (cash register). "RM######" ujar amoi tu lagi. Yeah, dapat diskaun. Haha. Berjaya juga aku mengayat amoi nih. Aku gelak dalam hati macam orang jahat dapat culik bini hero.

"Ala, semua customer pon regular maa. Tq, tq. Nah.." aku menghulurkan sekeping not duit.

Selepas selesai shopping (itu satu barang je aku nk shopping pon), aku terpikir alangkah ruginya kalu aku balik rumah terus. Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai lengan jadi masam. Ye dak? Memanglah aku ni jenis jarang window shopping, tapi sekali sekala tak ape, tak akan melukakan aku pun. Entah kenapa, aku rase tujuan aku datang ke Jusco tu bukan setakat nak beli barang ******, tapi utk ada something yang lebih besar menunggu aku. Hehe. Kuat betul imaginasiku.

Sedang aku berjalan menyusuri kedai2 yang ada, aku berhenti untuk tengok satu kedai yang jual TV besor. Bestnye kalu dapat... Aku dah berangan2, nak gantung TV ni kat dinding. Pastu sambil baring sambil layan movie. Dah le cantik, resolusi tinggi, kaler die pon sharp. Fuh fuh fuh. Meleleh2 aku. Bile laa dapat beli TV... yang kat bilik aku tu dah agak usang.

Ok ok... takleh berangan lebih2. Nanti diri sendiri tertekan. Haha. Aku pon melangkah ke belakang untuk menjauhi TV besor tersebut. Satu langkah.. dua langkah.. tiga langkah.. selamat tinggal TV be---

"Aduh!"

"Adeh opocot!" aku terlatah cikit. Sikit jer...

Nyaris2 aku nak tergolek jatuh atas lantai kedai. Aku tatau ape yang terjadi, sbb aku sibuk mengimbangi diri aku daripada mencium lantai. Ntahlah bagaimana rupa aku masa tu, mesti kalut sangat.

"Tgk orang sikit jalan tu... adeh.." aku terdengar suara halus milik seorang wanita. Masa tu aku dah separa bongkok, so aku tak nampak siapa ada depan aku. Yang aku nampak, hanyalah sepasang kaki yang panjang disarungi seluar jeans biru pekat. Kaki kanan empunya itu, terjengket2 kesakitan.

Astagaaa.. aku terpijak kaki orang la plak!!!! SIANNYA! Dah le aku ni besar. Berat berKG-KG aku nih menimpa kaki mulus seorang wanita pulak. Adeh.....

Dengan perlahan, aku mendongak melihat si empunya kaki...

Daripada kaki.... aku nampak peha... then aku nampak pinggang... seterusnya badan... tangan... dan akhir sekali...

"ERK??!"

"HAA???"

Kami berdua terkesima dan terkejut!!!

-bersambung lah lagi-

-nota penulis: maaflaa tak update dengan kadar segera. Minggu lepas sangat2lah bizi, manjang kat luar opis. huhuhu. walaupun citer dah ade dlm notepad, tapi aku still perlukan masa utk mengadjust2 ayat. Huhuhuhu.-

Grey Sky Morning - Cinta Gila