Friday, May 26, 2006

Bahagian 06: Yang Termalu Sekali.

OST post nih pulak--> M.Nasir - Juwita Citra Terindah (klik untuk download, tunggu 10 saat, then tekan butang download kat bawah. Atau play kalau nak dengar terus)

OH~~!!!

MY~~~~~!!!!!

TUHAN~~~~~~~~!!!!!


Apa yang aku dah buat??? Adoiii malu malu ya rabbi malu nye aku~!!!

Aku tak boleh nak bayangkan betapa merahnya pipi aku, walaupun aku tak cerah, tapi aku yakin, siapa saja yang nampak pasti akan kata “HOI! MERAHNYE!! MERAHNYE!!”. Sungguh!

Pernah tersalah tegur orang, sebab rupa orang tu daripada belakang macam kawan korang?

Ini lagi teruk!

Pernah bertekak dengan cashier pasal barang yang korang tak puas hati, sampai semua orang tengok, di mana akhirnya korang dapat tau, korang yang silap?

Tak boleh lawan. Lagi teruk kemaluannya!!

Atau pernah tak korang jalan tengah-tengah bandar, kemudian tersadung kaki, pastu jatuh tergolek di khayalak ramai??

Aku rasa masih tak boleh lawan.

Takperlah, korang teruskan baca, nanti aku cerita ape yang terjadi.

Flashback… flashback…

Malam yang dijanjikan telah tiba. Mulanya aku ingat nak pergi satu kereta je, tapi kemudian Nana tulis kat SMS berbunyi ‘cya there’. Maknanye dia nak pergi dengan kereta dia lah. Melepas peluang nak berdua-duaan. Tapi aku tak kisah. Asalkan objektif tercapai, pergi dengan kereta siapa pon boleh. Lagipon ini first date (hint di sini, sape cekap, dapat tangkap klu), takkanlah aku nak mengada-ngada paksa Nana kan.

Lebih kurang pukul 8.45 malam, aku dah tercongok kat parking lot Satay Kajang. Aku tak tahu kedai mana yang Nana nak belanja, dan aku terlupa pulak nak tanya. Ikut hati aku, Haji Samuri je lah yang paling terkenal. Tapi sebab ada banyak lagi kedai satay yang lain, mungkin Nana ada kedai feveret yang tersendiri.

Aku masuk ke dalam food court satay kajang, yang dah banyak kali aku datang. Bezanya, selalu pergi ramai-ramai, keluarga atau tidak, tapi kali nih, dengan kawan secara berdua. Hmm, tipulah kalu aku kata tak nervous. Berdebar-debar jugak aku. Terutamanya bila memikirkan soalan-soalan macam…

OK ke baju yang aku pakai ni??
Adakah aku nampak terlalu berusaha keras untuk menjadi seorang lelaki terampil?
Apa yang Nana pakai malam tu? Heeheeehee~~ hins hins.
Apa topik yang patut aku borak??
Macam mana dengan posisi duduk? Diagonal lagi ke? Depan-depan ke?


…dan macam-macam lagilah. Tuhan saja yang tahu betapa bergetarnya aku malam tu.

Aku memanjangkan leher, tercari-cari mana lah si Nana ni duduk. Tak nampak pulak batang hidung Nana yang cumil tu. Aku awal sangat ke? Tapi tadi baru Nana SMS kata dah sampai. Kalu dah sampai, mananya??

Dan aku pon SMS lah…

Mane awak nih? Tak nampak pon?? Saya dlm food court satay kajang. Kedai yg mana?

Haih. Tak terjumpa ni yang buat aku lagi nervous. Jangan-jangan Nana mainkan aku tak? Dia kensel plan last minute, mana boleh kira perempuan ni. Aku pon dah biasa plan dikensel last minute oleh insan bergelar perempuan.

Tak lama lepas tu, aku dapat reply.

Sy kat main building Hj. Samuri. Across the road. Awk tau kan? Bkn dlm food court tu.

Fuh, lega kejap baca SMS reply ni. Maknanya Nana memang datanglah. Terpaksa menapak ke bangunan utama Satay Kajang. Nasib baik lah dekat. Kalau jauh, mesti dah berpeluh-peluh, mesti bau Davidoff yang aku spray macam orang gila tadi tak berbau. Demi awek, jalan sikitlah. No problem punya.

Sesampai je, aku menjenguk-jenguk lagi sekali. Kat dalam ke kat luar? Aku cuba jenguk kat luar dulu. Haaaa, nampak pon. Walaupon daripada belakang, aku yakin sangat itu adalah Nana. Kenapa korang tanya? Pasal cara dia ikat rambut ala-ala ponytail tu memang aku familiarlah sangat-sangat.

Aku menghampiri Nana yang memakai baju warna merah tu. Fulamak, warna merah, fewit. Aku pun pakai baju warna merah yang aku beli masa sales hari raya dulu. Macam dah janji-janji pulak ye. Jarang-jarang lah nak tengok aku pakai warna merah, tapi malam ni, special occasion.

“Lan. Over here.” Terdengar suara Nana kat sebelah aku semasa aku berjalan.

Eh?? Aku pandang belah kiri. Nampak Nana tengah duduk dekat meja paling tepi. Ah! Aku dah salah orang rupanya! Nasib baik aku tak tegur lagi awek kat depan tuh.


“Laju je jalan. Tak nampak saya ke?” tanya Nana sambil tersenyum.

Hmm, pertama-tama sekali, aku nak cakap… PEH!!! KO MEMANG DABOMB LAH NANA! Tapi aku cakap dalam hati je. Tiada ponytail, tapi rambut lepas tak berikat, tapi kemas, melepasi sedikit paras bahu. Memang nampak lain. Sedikit rambut Nana diselit celah belakang telinga, menyerlahkan lagi keanggunan dan keayuan yang sedia ada.

Kedua-duanya, aku sungguh respek pada Nana kerana tidak mengenakan make-up tebal mcm opera cina. Dengan sikit-sikit camtu pon dah nampak gorgeous, marvelous, superb, bombastic, ko memang da bomb! (haih, kali kedua perkataan da bomb keluar..).

Ketiganya, fesyen yang dipakai, nampak simple tapi relevan. Aku ni bukannya jenis ambik tau pasal fesyen sangat, jadi aku tak reti nak kasi nama. Warna pon macam nak pink, tapi sebab kawasan tu tak baper cerah, nampak macam maroon pun ada. Belasahlah labuuu.

Keempat, baunya sungguh sedap…. Ah~

“Saya ingatkan awaklah tu kat depan sana.” Kata aku sambil menuding ke arah awek baju merah pony tail.

“Ye lah tu. Nampak perempuan lain terus cepat-cepat kejar. Hihi.” Aku tau Nana bergurau, tapi bunyi macam jeles pon ada. Boleh jadi paranoid aku camni kalau Nana suka tease dengan ayat-ayat cair. Aku mesti jadi tough!

“Boleh saye duduk?” tanye aku sopan.

Nana tak menjawab, sebaliknya menunjukkan gaya tangan mempersilakan aku. Oh, sambil tersenyum (kene bubuh gak ayat nih).

“Lama ke awak tunggu?” soalan pembuka daripada aku.

“Takdelah lama mana. Hmm, dalam 10 minit kot.”

“Hehehe. Sorry, sorry. Saya dah sampai 10 minit tadi. Tapi saya pergi kat bangunan satu lagi. Kat situ je pon yang saye slalu makan satay kajang.”

“Its’kay. Awak tak biasa makan kat main building ni ke?”

“Pernah sekali je. Dengan member sekolah dulu.”

“Mesti pompuan kan?”

“Takdelah. Lelaki sajeee. 2 orang. Itupon pasal lame tak berjumpe. Awak mesti selalu makan sini, dating kan?” aku cuba serkap jarang.

“Haha. Ade la sekali sekala.” Nana berterus terang. Aduiii. Tak pasal-pasal aku terase sikit cemburulah. Tapi sikit jer, tak efek sangat.

Aku duduk secara depan-depan dengan Nana, untuk menampakkan lagi formaliti ‘ngedate’ dalam definisi hidup aku. Ada jugak aku terpikir nak beli bunga, tapi nanti nampak jiwang sangat bai! Aku mana pernah beli bunga untuk awek. Lagipon bukan senang nak pilih bunga yang betul, silapharibulan, salah tafsir lak. Hehe, lain kali je lah beli bunga.

“Awak dah order ke?”

“Belum lagi. Saya tunggu awak je.”

“Eh, eh, saya tak kisah satay apa pon. Awak yang nak belanja. Karang saya order 40 cucuk, mau ternganga nanti mulut tu.” Aku membuat lawak bodoh. Mana mungkin aku akan order sampai 40 cucuk dengan keadaan camtu. Biarpon nafsu makan aku agak kuat, tapi semuanya kene jaga. Its all bout control dude~!

Nana tergelak dengar lawak bodoh aku. Tak tahulah apa yang dia fikir. Mungkin dia terbayang aku tengah melahap 40 cucuk satay kot. Kebetulan pelayan ada dekat kami, dan cepat-cepat Nana panggil untuk order.

“Iya cik. Satay apa mau cik?” pekat sungguh loghat jawa pelayan satay kajang nih.

“Hmm, Lan?” Nana menjeling ke arah aku.

“Erk, Tak kisah. Hehehehe.” Adoii, aku terase macam pak turut je malam tu. Tak aggresif langsung. Relaks, relaks.. aku cuba tenangkan diri.

“Kasi 20 cucuk ayam, 20 cucuk daging. Ok tak Lan? Cukup?” Nana ingin mendapatkan confirmation daripada aku.

Hoih! Ape ke banyak sangat tuh!!!

“Banyaknya awak! Sape nak makan banyak camtu.”

“Awak lah. Kan saya belanja nih. Rugi tak makan banyak kalau orang belanja tau.”

“Erk, btol tu memang btol, tapi banyak sangat.” Aku memang tak sanggup makan banyak-banyak.

Pelayan tu pandang jer kitorang. Nampak gelisah pon ada. Mesti dia nak cepat, yerlah, ramai lagi orang yang dia nak kena layan selain daripada aku dan Nana yang tetiba banyak songeh.

“Tukarlah. 15 ayam, 15 daging. Saya nak air Mango. Ada kan?”

Pelayan tu mengangguk saja sambil menulis order kat atas kertas kecik dia. Kemudian dipandangnya aku, konon-konon tunggu air apa aku nak. Amboi, kerek sungguh. Tak profesional langsung.

“Mango gak. Hehehehe.” Jawab aku sambil memandang ke Nana. Padahal aku tak suka pon minum air Mango.

“Tiru~~. Tukarlah, saya nak Fresh Orange. Taknak sama dengan dia nih. Hihihi.”

Cis cis cis. Sempat tukar tuh. Kalu aku tukar karang nampak ngade-ngade pulak. Biarlah, aku terima je. Mango, adoi, tak seronoknya. Silap pulak aku cuba tiru air Nana.

Habis je amik pesanan, pelayan tu cepat-cepat berlari ke belakang. Aku pulak tak tahu nak buat apa. Mati akal. Takde idea. Janganlah jadi kaku, tolong~~

“Kenapa botak?” keluar satu soalan daripada Nana.

“Dah aritu suruh potong rambut.”

“Haha. Sampai botak? Awak tak sayang kat rambut ke? Saya tak expect awak terus botak…” kata Nana.

“Botak ni kan, adalah design paling senang untuk kepala macam saya. Tak hensem ke saya botak? Hehehe.”

“OK laa~. Nampak macam askar pon ada. Nampak ganas.”

“Awak tak suka ke nampak ganas?” Ini, kawan-kawanku, adalah soalan perangkap. Hehe.

“Suke gak…”

“Peh, mesti awak ni ganas kan?”

“Haa, nak kene cubit lagi?”

“Erk, taknak, ampun. Hehe. Sakit kene cubit haritu masih terasa lagi. Nak tengok kesan lebam?” Aku cuba mengada-ngadakan diri seboleh mungkin. Bukan senang nak bermanja-manja dengan awek cun yang bukan awek sendiri.

"Takmoh tengok. Biarkan." Elelelelelele. Eiii geramnye aku tengokkkkk.

Kitorang pon sambung berbual macam-macam perkara. Daripada topik satay kajang tu sendiri, pergi ke topik hal-ehwal semasa, kemudian jadi topik biografi (bercerita perihal masing-masing). Tak lama kemudian sampailah satay dan air yang kami order. Dan kami pun makan sambil meneruskan borak.

Tengah-tengah makan, kami berhenti berborak kejap. Aku rase pasal ada kereta racing kat jalanraya, bunyi yang kuat tu membuatkan kitorang terhenti. Kaco sungguh lah depa nih. Nak racing pergilah tempat lain. Lagipon awal sangat kalau nak racing. Kat sini aku nak berkenalan dengan Nana lebih lanjutlah. Hish, tarak sivik sungguh.

Nana tetiba menanyakan aku satu soalan… agak maut.

“So Lan. Awak takde girlfriend ker??”

Serentak dengan itu, aku yang tengah menyucuk satay ayam ke dalam mulut, telah tercucuk lidi yang tajam tu kat lelangit mulut.

Dan, serentak dengan itu, bunyi kereta racing untuk kali kedua kedengaran.

Dan….. serentak dengan ini semua, aku telah melakukan perkara paling memalukan dalam sejarah hidup aku. Seolah-olah aku hilang kawalan diri, mende ni terjadi secara spontan. Aku takleh nak control langsung!

Cuba korang teka apa dia???

Jawapannya… walaupon malu nak tulis, tapi sebab point ni penting, terpakse gak bagitau.

Kentut… sedikit.

Muahahaha. Amcam? Paham dah perasaan yang aku cakap tadi??? Perasaan malu yang melampaui batas norma-norma kehidupan???

Mungkin sebab aku terkejut dengar soalan Nana tu, tambah lagi tercucuk lidi, tambah lagi bunyi yang tetiba kuat, sistem saraf motor aku tak dapat dikawal, mengakibatkan aku melepaskan sesuatu yang jarang jarang jarang aku lepaskan di publik, hatta bersama kawan-kawan lelaki sekalipon.

“Eh, awak ok ker??”

Ah sudah! Oh tuhan, janganlah kasi Nana perasan yang aku telah terkentut di depan dia. Aku tatau camne nak sembunyi air muka nanti. Aku mesti kaver!!

“Adeh, sakit. Tercucuk lidi pulak.” Cubaan mengkaver daripada aku.

“Erk, mesti sakit. Macam mane boleh tercucuk lidi nih. Ingatkan budak je yang senang tercucuk. Orang tua pon 2 kali 5 je ek.” Raut muka Nana yang tadi macam risau dah kembali tenang. Siap buat lawak perli lagi. Ceh.

Mungkin aku boleh kaver bunyi syaiton tuh, tapi aku tau, dalam beberapa saat lagi, bau syaiton akan menjelma. Jadi, seblom bau syaiton tuh dihidu oleh Nana, dan kemungkinan untuk Nana sedar apa yang telah terjadi, aku mesti carik jalan!

“Nana, ada mende kat mulut awak.” Plan kaver pertama; EXECUTED!

“Eh?” Nana menyapu-nyapu mulutnya, sebab bagi seorang perempuan, cebisan makanan yang tertinggal kat mulut boleh dikategori sebagai memalukan.

“Tak hilang lagi. Kiri sikit, eh, kanan sikit. Eh, payah btol nak hilang.” Sambil aku memberi arahan palsu kat Nana, aku berdoa supaya bau syaiton tu tak menjelma lagi.

“Awak pergi lah tempat basuh tangan tu, ada cermin. Senang sikit.” Plan kaver kedua; EXECUTED!

Nana sedikit kecewa sebab tak berjaya buang ‘mende’ yang aku cakap ada tuh. Memanglah sampai bila pon takkan berjaya. Aku tipu. Semuanya semata-mata untuk Plan Ketiga aku iaitu…

Dia cepat-cepat bangun dan menuju ke sinki bercermin tu. Nampak bersungguh-sungguh. Aku terase simpati gak kat Nana sebab bersusah payah, semuanya terima kasih pada plan kaver bau syaiton. Sementara Nana masih kusyuk ‘membuang mende’, aku cepat-cepat kibas kawasan sekeliling aku. Fuh fuh, sambil kibas sambil aku tiup angin, konon kasi lagi efisen laa. Tak tahu menjadi ke tak.

Beberapa minit kemudian (yer, beberapa MINIT, betapa lamanya dia concentrate depan sinki…), Nana kembali ke meja. Aku yakin dah bau syaiton tu tak akan menjelma lagi. Tapi kejadian tadi menyebabkan aku tak selesa dah untuk meneruskan date yang hampir musnah. Shilake shungguh.

Setelah Nana balik ke meja, kami meneruskan perbualan, dan aku rasa danger alert dah turun daripada 100% kepada 20%. Tak risau sangat dah. Aku buat tak tau je. Dan soalan Nana tentang aku ade awek ke tak, terus tak diungkit balik.

Akhirnya, tibalah masa untuk balik. Aku insist untuk membayar semua, walaupon sepatutnye dia yang bayar, kunun-kunun gentleman lah. Tapi Nana cakap camni;

“Kalau awak bayar, nanti saya terikat dengan janji saya lagi.”

“Awak tak nak terikat ker? Hehehehe.”

“Kalau nak terikat, better janji yang baru, kan?”

Haha. Aku dah takleh kata apa. Lagipon mengikut apa yang aku belajar dalam kelas mengorat satu ketika dahulu, kalau kita offer nak bayar, tapi ditolak, dan bila offer sekali lagi, masih ditolak, tak payah lawan dah. Biarkan saja orang tu nak bayar. Kita boleh bayar untuk ‘date’ yang akan datang pulak. The Code of Gentleman. Tak tahulah betul ke tak, boleh pakai tak boleh pakai, sila rujuk pada pakar di kawasan anda.

Lepas setel bayar…

“Kereta awak kat mana?” tanya aku.

“Dekat situ je. Dekat. Awak?” tanya Nana pulak.

“Dekat ngan bangunan satu lagi. Kat situ.” Tunjuk aku. Tak nampak pon mana, tapi cukuplah sekadar memberi idea pada Nana mana aku parking kereta.

“So I guess, we’ll part our way here then.”

“A ah. Makasih yer belanja saya makan.”

“Haha. Sure. Seronok tengok awak makan tadi. Saya pon nak berterima kasih kat awak.” Dia tak tahu padahal aku dah melakukan satu mende keji. Kalu dia tau, mungkin perkataan seronok tuh tak disebut punya.

“Hehe, my pleasure. Hmm, OKlah. See you later. Ape-ape hal nanti contact lah.” Kata aku.

Kami pon berpisah ke kereta masing-masing. Tapi seblom sempat aku melangkah, tetiba Nana tegur aku sekali lagi daripada belakang (macam deja-vu pulak kan? Dia memang suka buat camni lah aku rase. Time jogging pon camni).

“Lan. Saya rasekan..hmm..”

Ah sudah. Takkan aku kantoi lagi sekali kot. Demmit! Aku kene prepare kemaluan yang besar camni.

“Erk..yes..?”

“Saya rase awak tak jawab lagi soalan saya pasal girlfriend tuh. Kan?”

FUH!!! LEGA!!!! NASIB BAIK!!!! AKU TERSELAMAT!!!

“Awak nak tau sekarang ke?” tanya aku dalam nada kelegaan.

“Hmm, maybe later. Nanti-nanti boleh jumper awak lagi. Hihi. Bye Lan.” Kata Nana dan terus dia pergi kat kereta dia. Aku pon tak sempat nak rase ape dah melainkan kelegaan tadi.

Dalam kereta, aku terkenang betapa nyarisnya aku merosakkan malam yang best tuh. Hidupkan enjin kereta, bukak radio, XFresh.fm, keluar pulak lagu M.Nasir, Juwita Citra Terindah. Best pulak lagu nih.

Kau wanita,
Aku lelaki,
Ayuhlah kita, mengikat janji…


Hehehe, teringat aku ayat Nana tadi, untuk buat janji baru pulak.

Wednesday, May 24, 2006

Bahagian 05: Perihal Lelaki Budiman.

OST untuk post nih --> Samson - Naluri Lelaki (klik link utk download lagu. Tunggu 5 saat, dan kendian klik kat button download di bwh page). Makasih Yap pasal kasi aku lagu nih.

Seminggu setengah sudah berlalu lepas kejadian Nana tersalah beli holder. Takde apa yang menarik sangat berlaku, kecuali SMS-SMS, call sikit-sikit, dan kalu ada peluang, aku akan join Nana minum petang lepas kerja. Tapi minum petang tu jarang-jarang. 2 kali jer. Itupon dengan member-member keje kedai kasut dia.

Ada satu hari tu, Nana terpaksa keluar time tengah kerja sebab ada hal. Tapi kereta dia buat hal aper tah. Nasib baik member laki dia ramai, jadi semua orang berebut-rebut nak tolong tengokkan. Hehehe. Dasar geng motor (Luper nak cakap, member laki yg dimaksudkan di sini, ialah rakan sekerja, budak-budak keje kat kedai bersebelahan, dan yang sewaktu dengannya). Tapi kalau semua orang tolong tengok je tak guna kan?

Masa tu aku tak ada kat tempat kejadian, lagipon, kalu aku ada kat situ, bukannya pandai nak godek sangat pun. Setakat basic-basic je. Aku masa tu baru lepas hantar adik aku ke pusat tuisyen berdekatan dengan rumah.

Sambil hantar adik, aku bawak sekali 2 budak kecik, juga adik aku. Sian pulak tengok diorang melangut kat rumah layan CD Ultraman Neo, ulang-ulang mende sama. Tak boring ke bebudak nih? Itu pasal lah aku offer diorang ikut aku. On the way balik nanti boleh singgah gi kedai beli cokelat barang sekupang dua, takpon aiskrim.

Nak dijadikan cerita, selepas aku drop adik aku kat tuisyen, Nana call. Aku taktau lagi pasal kes kereta dia buat hal tuh.

Nana: Hello~ hello~

Amboi cerianya bunyi dia.

Aku: Hello kitty! Hehehe. Yes Nana, apa yang boleh saya bantu?
Nana: Lan kat mana tuh??
Aku: Dalam kereta. Baru lepas hantar adik saya tuisyen lah.
Nana: Oooo. Dah keluar lah ek?
Aku: Kalau dalam kereta tu maknanya bukan kat rumahlah. Kenapa?? Pelik soklan.
Nana: Hehe.
Aku: Macam pelik je awak nih. Mesti ada apa-apa? Kan? Kan?
Nana: Sebenarnya saya nak mintak tolong nih.
Aku: Heh, dah agak dah. Kalau bunyi semacam je mesti ada something. So apekah?
Nana: Can you pick me up?
Aku: Eh? Bukan awak kerja ke? Nak amik kat mana nih?
Nana: Kat tempat keje lah. Saya kene pergi setel something.
Aku: Hmmm, aper nye?
Nana: Nanti, kalau awak amik saya, I’ll story you. Bolehlah ek?
Aku: Kereta awak mana?
Nana: Haa, kereta saya ada masalah sikit. Takleh gerak.
Aku: Hmm, ok… tapi ada pengerasnya. Hehehehe. Mana ada mende free dalam dunia nih kan?
Nana: Whatever you wish! Datang amik Nana skang kay? Boleh kan?
Aku: Boleh saja. I’m coming. Dalam 5 minit saya sampai.
Nana: TQ Lan!

Aku sebenarnye sedikit teruja bila part last tuh dia bahasakan diri menggunakan nama, bukannya ‘saya’. Walaupon aku tahu dia saja buat camtu, konon-konon manja, konon-konon nak kasi aku cair, tapi tak kisahlah. Memang dah perangai si Nana nih suka buat camtu. Nasib baik aku pro. Kalu orang lain mungkin dah layu.

Bila aku sampai kat tempat kerja Nana, aku nampak 3-4 orang lelaki-lelaki budiman tengah godek kereta Nana. Diorang nih, tau ke ape nak kene repair? Karang makin rosak pulak. Biarlah.

Nana masuk dalam kereta sejurus selepas aku sampai sambil menyapa aku. Dan kendian aku nampak mata liar daripada lelaki-lelaki budiman yg jadi mekanik sementara, tepat menuju ke aku. Jeles? Anda jeles? Muahahahaha. Nak je aku cakap camtu kat diorang. Tapi tak eloklah buat camtu. Diorang dah susah payah tolong kan…

“Sorry, kete saye bersepah.” Aku merendah diri. Erk, sebenarnye memang bersepah pon.

“Hehe. Its’kay. Orang bujang memang camtu." Adoi, tepat je die sindir aku. Buat-buat tatau jer dah le, lalalala.

“Hahaha. Hmm. Ramai betul yang nak menolong tu.” Aku meneruskan pemanduan sambil memuncungkan mulut ke arah ‘mekanik-mekanik’ sementara. Topik pemalas tu berjaya aku alihkan. Segan seyh nak ngaku diri sendiri pemalas.

“Tu lah. Ramai pulak yang nak tolong tengokkan. Tapi sebab saya nak cepat, terpaksa tinggalkan diorang kejap.”


”Kenapa tak mintak diorang tolong hantarkan je?” tanya aku.

“Pasal diorang sume naik motor. Segan laa nak naik motor.” Nana menarik seat belt.

“Oh, high class ye. Motor taknak naik~~” Perang tease sudah bermula. Kalinih aku yang mulakan dulu.

“Eiii. Bukan taknak naik motor. Tak pandai bawak motor lah. Lagipon, mesti kene bonceng. Bonceng ngan laki? Haih, tak mau tak mau.” Waah. Perempuan melayu terakhir! Bagus btol.

“Ok, ok, jangan marah. So kemana kita nih?”

“Kita pergi pejabat pos. Saya nak bayar duit lesen. Dah mati dah harituh.”

Oh… padanlah nak cepat. Mesti jenis patuh pada undang-undang. Baru mati lesen 2-3 hari dah kelam kabut nak bayar. Aku pernah dulu sampai sebulan lebih tak renew lesen, relaks je.

“Ayol, Afal, duduk elok-elok kat belakang tuh. Nanti jatuh.” Risau betul aku tengok budak kecik 2 org kat tempat duduk belakang tuh.

“Eh?” Nana macam baru perasan kewujudan diorang. Cepat-cepat dia pandang belakang. “Waaaa, comelnye!”

Hehehe. Macam abang dia gak comel, kan? Kan?

“Saya tak tahu pulak…” tetiba suara Nana macam mendatar. Kenapalah pulak….

“Awak tak tahu ape nih?” cuak kejap aku. Sebab aku pandang kiri, dan nampak Nana pandang tajam.

“Yang awak dah kawin dan ada 2 orang anak. Hmmm, baru saya tau.”

Amboiiiii. Cubaan tease aku balik yer? Nak kene nih. Pikir Lan, pikir camne nak counter balik.

“Takkan awak tak ingat anak sendiri kot? Tuh anak awak laa 2 orang kat belakang tuh. Ape lah mak nya tak tahu.” Hehehehehehehehehehehe.

“Anak saya ker??? Kalau camtu nanti lepas kerja saya nak bawak balik rumah. Nak bagitau mama, saya dah ada 2 orang anak. Boleh daddy???”

Holy Shytto!!! Mane leh lawan counter tease jenis camni!!! Hampir-hampir hidung aku nak berdarah dengar statement ‘olok-olok-tapi-seronok’ Nana. Kalaulah ianya sebuah realiti, aku sanggup!

“Adeh, adeh. Takleh lawan laa saya bila awak cakap camtu. Sikit lagi nak cair.” Aku mengaku kalah. Sigh.

“Hehehe. Saya menang. Ni adik awak yang paling kecik ke?” tanya Nana.

Aku pon ceritalah serba sedikit pasal keluarga aku, pasal adik aku tuh, datang daripada mak tiri. Itulah 2 orang anak mak tiri aku, tapi adik tetap adik, tak kiralah datang daripada mana. Aku takleh letak perasaan benci mcm dalam drama melayu kat TV tuh. Yang bestnya, budak kecik 2 orang tuh senyap je duduk kat belakang. Baik la pulak. Tadi ganas semacam. Mentang-mentang ade awek cun.

Sampai je kat pejabat pos, aku soh Nana masuk je. Aku tunggu kat luar ngan adik-adik aku. Malas nak keluar kereta sebenarnya. Hari dah le panas. Baik layan aircond kereta. Lagi masyuk.

Lepas setel semua, Nana kene masuk keje balik. Boss tak kasi keluar lama-lama, katanya.

“Sblom tuh, ape pengeras yang awak nak?” tanya Nana.

“Hmm, awak belanja adik saya cokelat atau eskrem. Kire setellah tuh.”

“Itu jer?”

“Yerp, itu jer. Tak gentleman lah kalau laki mintak lebih-lebih kan?”

“Hahahaha. Saya tak kisah pon, jangan awak mintak mende ngarut dah le. Singgah lah kedai mana-mana.”

Nana masuk kedai dan beli 2 eskrem Mat Kool. Seronok gila budak-budak kecik tu dapat hadiah daripada ‘Kak Nana’ diorang. Tak sabar-sabar, terus makan dalam kereta. Aku senyum jer tengok diorang. Masa untuk hantar Nana balik ke keje.

Dalam perjalanan, Nana tanya aku pasal ‘date’ yang dijanjikan. Bila, kat mana, macam-macam dia tanya. Yang sebenar-benarnya, aku sendiri takde idea lagi. Walaupon aku tertunggu-tunggu, tapi siyes aku mati akal. Susah woo nak decide. Tempat takleh lah nak lekeh-lekeh, tapi dalam masa yang sama takleh mahal sangat.

“Saya pon takde idealah Nana.” Aku mengeluh.

“Kalau camtu, saya ada satu tempat.”

“Huik. Kat mana? Saya tak kisah. Lagi bagus kalau awak sendiri yang kasi cadangan. Sebab tukang kuar duit bukan saya, tapi awak kan? Hehehehe.”

“ I’ll SMS you the details nanti. Dah sampai dah… see you later Lan. And thank you very very much.”

“Okeh. No problem. Kalau ada masalah lagi, call je. Tapi jangan lupe pengeras yer.”

“Ngade-ngade.” Halahai, senyum la pulak.

Nana tutup pintu kereta, dan menuju ke arah kereta dia yang masih digodek-godek oleh lelaki-lelaki budiman tadi. Tak tahulah dah siap ke belom. Tapi aku taknak masuk campur pasal ramai sangat. Nanti nampak aku nih lebih-lebih pulak.

Seblom balik… aku bukak cermin tingkap belah penumpang depan.

“NANA!” jerit aku.

Nana berpaling merespon panggilan aku.

“Awak lupa barang! Meh amik nih.” Kata aku.

Nana blur. Muka dia penuh ngan seribu tanda tanya. Nampak sangat blank. Best tengok awek cun blank. Hehehe. Rase nak geget pulak.

Dia datang dekat kat kereta.

“Saya tak bawak apa-apa sangat pon tadi. Saya tertinggal aper?” tanya Nana sambil membongkokkan sedikit badan menjenguk kat tingkap.

“Nih haa. Anak awak 2 orang nih. Daddy nak pergi keje. Mama tolonglah tengokkan. Hahahahaha. Tadi kate nak bawak balik rumah.”

Muahahahahahahahahaha. Seronok syial~~~!

“Eiiiiiii, geramnye. Saya ingat aper laa tadi. Jahat aa awak. Isk.” Bengang kejap Nana. Tapi cepat-cepat disusuli dengan sebuah senyuman.

“Lan…” tetibe suara Nana jadi slow.

Aku dah merasakan something yang tak elok akan berlaku. Hmm..

Nana bukak pintu kereta dan duduk balik. Tapi pintu dia tak tutup. Ape dia nak buat nih??? Cuak lak aku.

“Lan, awak ingat lagi tak janji saya harituh?”

“Hmm, banyak janji awak. Yang mana satu? Hehehe.”

“Tak ingat yer? Takpe. Meh nak ingatkan.”

PIATT~~ ADOI!!!!

“Kan arituh saya cakap nak cubit awak. Baru teringat sbb awak mainkan saya tadi. Sedap tak?” terus Nana keluar daripada kereta sambil tersenyum.

Aku kene cubit kat bahu kiri. Peh, kuat btol dia cubit aku. Ganeh sungguh haih. Sakitnye. Mesti lebam. Hahahaha.

“Sedap tapi sakit. Nih awak taknak amik ke anak awak?”

“Takmoh layan. Bye-bye.” Terus Nana jalan buat tak peduli. Hahahaha. Kunun-kunun marah lah tuh.

Tapi dia sempat pusing dan melambai bila aku nak blah daripada situ. Aku balas je lambaian dia. Aku tau dia tak marah. Tapi taktau lah dia suka ke tak.

Balik tuh, aku cek bahu kiri aku. Nasib baik takde lebam. Tapi terase gak laa sakit. Walaupon tangannya yang mencubit itu dipisahkan dengan baju yang aku pakai, boleh jugak lah rasa kulit tangan Nana yang lembut selembut kulit bayi. Aku mule merancang nak pakai baju jenis tak berlengan pulak pasni, mesti lagi seronok kalu kene cubit kan? Tapi buruk lah pulak rupa aku nanti.

Malam tu aku dapat SMS daripada Nana.

Lan, kite mkn satay kajang ok? Sy dh lama x mkn satay kajang. How bout this coming Saturday?

Satay kajang ker? Menarik gak idea tuh. Aku membalas SMS Nana.

Ok gak tuh. Tapi Saturday ni saya janji ngan kawan nak kuar lah.

Memang aku ade janji ngan budak-budak nih, nak tengok wayang sekali. Tapi plan tu kensel. Cumanya pada waktu itu, aku taktau lagi plan nak tengok wayang tu akan kensel.

Titt, titt. SMS reply drpd Nana. Nyeh-nyeh.

Kalau cmtu, Sunday Nite?

Aku terus reply; Sunday ok. Nanti saya bagitau camne plan ok?

Dan akhirnya set jugaklah date kami. Hari Ahad. Best. Satay Kajang. Ngebest. Malam. Huuhuuu, lagi laa best. Mesti dia kasi cadangan malam pasal dah dapat kebenaran mama dia.

Elok jer aku letak telefon lepas reply SMS, tetibe berbunyi satu lagi. Amboi-amboi, suke yer main SMS. Aku bukak dan baca.

Jgn lupa potong rambut tu. Nampak serabut. Just a suggestion. Hihi. :)

Alamak! Rambut aku serabai! Nana perasan pulak tuh. Malunye aku.

Keesokan harinya, aku pergi kedai gunting mamak dekat kawasan rumah aku. Bila mamak tu tanya “Mau potong macam mana?”

Aku jawab...

“Kasi botak!”


Hehehehe.

Friday, May 19, 2006

Bahagian 04: Bila Nana Memanggil.

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya...
Orang yang pemalu jangan difikir tiada daya…


Semenjak dapat nombor telefon Nana, boleh dikatakan hampir setiap hari aku tunggu SMS daripada dia. Aku taknak lah mulakan hantar SMS, pakcik segan. Lagipon, nanti Nana kata ape lak kat aku. Mesti dia ni nak ngorat, mesti dia ni nak itu, ini. Heh, walaupon mungkin dia tak fikir camtu, tapi aku lebih rela pertimbangkan worst-case scenario.

Tapi dah lebih 4 hari, masih tak ada ape-ape. Aku ingat dia dah lupakan akulah. Maklumlah, picisan saja aku nih. Rakyat jelata. Tak punya harta. Cewah, puitis la pulak. Ceit. Jadi, last-last aku amik keputusan untuk hantar jugak SMS. Terpakse buang ego/malu/prasangka, dan jadi orang pertama yang initiate.

Hello, pekabar?

Pendek jer aku antar. Nak testing market lah konon-konon. Tgk ade reply ker tak. Karang kalu antar SMS panjang, meluat pulak orang tu. Cukup sekadar aku hantar, supaya dia masih ingat kewujudan aku. Dan kewujudan janji Nana nak ganti phone holder aku tuh. Hehehe.

Tapi takde immediate respon. Mungkin dia ade hal lain kot. Janji aku dah start, so nanti Nana takleh blame aku kalu dia kate aku tak contact dia. Kan? Kan?

Dan sejam kemudian, ade SMS masuk AHH! Terima kasih tuhan! Hepi~ Hepi~

Hai Lan! Sorry x sms. Bz 2,3 hari. 2day baru setel. Timing awk baguslah!

Oooooooooo. Kan betol aku cakap, dia sibuk. Agaknya sixth sense aku dah mula memainkan peranan kot. Tapi aku takleh excited sangat, kene maintain cool. Bizi pasal ape pon aku taktau. Perlukah aku tanya? Hmm.

Lepas tu, aku dan Nana pon berbalas sms. Banyak jugaklah. Aku taknak call dia, nanti habis kredit. Kalu dia call aku takper gak. Sekurang-kurangnya, SMS memerlukan kedua-dua belah pihak mengeluarkan modal. Baru adil dan saksama.

Jadi, untuk hari-hari yang seterusnya, takde ape yang menarik sangat dalam SMS-SMS yang berjuta banyaknye tu. Tanye kabar, tanye itu, lawak-lawak sikit, itu-itu sikit, ini-ini sikit. Alah, mcm korang tak biasa main SMS lak. Korang tau ler ape maksud aku kan?

Aku tetap maintain cool. Takmoh jadi gila bayang. Takmoh angau. Kawan-kawan biasa je dahlah.

Sampailah satu hari nih…

Petang tuh aku tengah syiok layan tido. Hari pon tengah hujan. Peh, sedap gile tido. Sejuk. Kene pulak aircond aku rosak, so aku takde peluang nak pasang aircond sangat pada hari biasa (dan aku jarang bukak aircond siang hari, utk jimatkan bil letrik). Jadi bila hari sejuk, sedaplah aku buat taik mata.

Tengah melayan mimpi ala-ala Hindustan, aku dikejutkan dengan bunyi panggilan fon. Kaco sungguh, nak tido nih. Adoi laa… Dengan malas aku gagau carik fon aku. Manelaa aku letak nih. Hah, jumper pon.

Nana, Calling.

Uik??? Nana call? Pelik. Slalunye SMS jer. Apsal dia call nih. Takleh SMS je ke? Emergency ke ape??

Aku amik nafas dalam. Stabilkan diri dulu. Jangan kasi bunyi mamai sangat. Malu gue. Kelipkan mata berkali-kali, raup muka, tampar pipi sikit, kasi segar. Lepas dah 2-3 kali berbunyi tuh, aku pon dengan tenang, jawablah fon.

Aku: Hello…
Nana: Hello Lan..?
Aku: Hmm..?
Nana: Boleh bercakap dengan Lan?
Aku: Yerp. Saye lah ni.
Nana: Erk..
Aku: Erk..? Kenape?
Nana: Suara awak lain.
Aku: Hahaha.
Nana: Btol. Kenape suara awak lain?
Aku: Oh. Ni suara baru bangun tido saya. Hehehe.
Nana: Awak tengah tido ke? Sori-sori, disturb you pulak.
Aku: Nah, no problem at all.
Nana: Tapi suara awak, saya ingat dah salah nombor tadi.
Aku: Kenape suara saya bunyi pelik sangat ke??
Nana: Bunyi husky, serak-serak basah.
Aku: Is that good or not? Huhuh.
Nana: Kinda… macho gak la. Hihi.

Hahahahahahaha. Peh kembang kempis hidung aku. Awek puji suara baru bangun tido aku best woooo. Sape tak kembang. Mungkin dia nak sedapkan hati aku je, tapi pedulik ape. Janji dia dah TERpuji aku cukuplah. Orang melayu kan terkenal dengan sifat sopan santunnya, walaupon mende tu tak best, dicakap best gak.

Ok sambung balik.

Aku: So, kenape awak call yer?
Nana: Takleh call ek?
Aku: Boleh je nak call. Tapi…
Nana: Tapi takleh call? Ganggu awak tido? Sori again…
Aku: Bukan, bukan. Awak tak pernah call, tetiba arinih call. Slalu sms je.
Nana: Memula ingat nak sms je tadi. Then terasa call lagi baik.
Aku: Wah. Mesti ada hal penting sampai awak rase call lagi baik.
Nana: Hahaha.
Aku: Tak mahal ke call? Nanti abis kredit awak.
Nana: Alaa, sama-sama 012, takde lah mahal sangat. Saya nak tanya nih…
Aku: Ok. Akhirnya, sampai jugak soklan maut.
Nana: Hahaha, jahatnye~
Aku: Hehe, sori2. Ape soklannye?
Nana: Saya dekat KL nih—
Aku: Saya dekat rumah, dalam bilik, atas katil, tgh cakap telefon.
Nana: Hei~ janganlah potong cakap saya. Tak habis lagi. Hihi.
Aku: Hahahaha. Sori lagi sekali. Saya memang macam ni bila baru bangun tido.
Nana: Oh, patutlah. Konon nak ngade-ngade dengan suara macho ye.
Aku: Itu yang saya fikir. Hehehe. Haa, ape yang awak nak tanya tadi?
Nana: Yerp, saya kat KL nih. Dah beli awak punye holder.
Aku: Ohhh, pasal tu je ke…
Nana: Awak ingat pasal apa??
Aku: Ingatkan awak nak saya turun KL, ajak ngedate ke ape.
Nana: Ngedate? Ape tuh?
Aku: Erk. Ngedate tuh dating.
Nana: Hahahaha. Kenape jadi ngedate?
Aku: Erk. Saya dah terbiasa pakai perkataan ‘ngedate’. Bunyi BM sikit.
Nana: Kelakar aa awak nih. Saya nak tanya, camne nak pass kat awak holder nih?
Aku: Pass je. Tak kisah bila-bila.
Nana: Sebab tu saya tanye. Bila dan di mana. Ada paham? Hihihi.
Aku: Hmmm.

Chance! Ini peluang aku untuk jumper Nana sekali lagi. Pandai-pandailah aku nak buat camne nanti. Aku sebenarnye byk free time. Sebab tu aku tak kisah. Kalu ikutkan hati, aku turun KL amik pon takper. Tapi orang tua kata, ikut hati rugi, ikut rasa binasa. Ikut apa yang oknya??

Nana: So…?
Aku: Saya nih, bila-bila pon OK. Awaklah kene set. Tak kaco schedule awak yg bizi tu.
Nana: Esok malam boleh?
Aku: Waa, kenapa malam?
Nana: Pasal esok saya keje lah dear…
Aku: Erk…

Tergamam jap aku dengar perkataan ‘dear’ tuh. Bestnyeeeeeeeeeeeeee~!!!

Aku: Lepas keje takleh ke?
Nana: Aik, tadi dia yang suruh kita set. Lepas keje saya nak balik rumah. Mandi-mandi, solat.
Aku: Oh ok. Kat mana?
Nana: Awak set tempat. Saya dah set masa.
Aku: Betol?
Nana: Betul laa. Janganlah tempat mengarut pulak.
Aku: Isk. Nasib baik awak ckp camtu. Baru nak kata jumper kat Hard Rock Café tadi.
Nana: Eeii, ngade. Nasib baik dlm telefon. Kalu tak dah kene.
Aku: Kene ape?
Nana: Cubit.
Aku: Best tuh!
Nana: Ok, nanti time saye pass, saye cubit awak sekali.
Aku: Nyeh, nyeh. Jumper kat kedai Mamak je lah.
Nana: Byk kedai mamak, yang mana satu?
Aku: Emm, kat kedai mamak XYZ, awak tau kan?
Nana: Oh. Tau tau. Jumpe kat sana esok malam ye?
Aku: Jap! Pukul bape malam?
Nana: Pukul 8.30 boleh? Saye takleh lama sangat. Nanti mama marah kuar malam-malam.
Aku: Sebab tu le saye ckp tadi, kenapa malam. Saye takut mama awak marah je.
Nana: Amboi, awak ni fikir macam mama saye ye. So, ok ye nih?
Aku: Ok. Beres. 8.30 malam, kat kedai mamak XYZ, esok.
Nana: Yerp.
Aku: Anything else?
Nana: Emm, nope. See you tomorrow.
Aku: Okay~~
Nana: Got to go. Take care ye. Bye-bye.
Aku: You too, take care & bye.
Nana: Assalamualaikum.
Aku: Waalaikumsalam…

(perbualan telefon di atas adalah 80% yang aku ingat. Mende ni dah jadi lebih kurang 2 minggu lepas, susah maa nak igt exact words.)

Seronoknye aku! Aku tak kisah langsung pasal holder tuh. Janji dapat jumpe Nana. Lelaki sangap dan gersang macam aku ni memang sedih, sebab tu le aku jadi excited bila dapat peluang. Dan perbualan telefon tuh, walaupon sekejap (actually 10 minit jugak lah, aku dah potong-potong supaya memudahkan para pembaca), tapi terase high jugak! Macam baru lepas hidu gam, atau isap dadah. Hahahaha. Erk, aku tak pernah buat tuh, just metaphor saje.

Esok malamnye, TEPAT kol 8.30 malam di restoran mamak XYZ.

Aku memilih sudut yg agak terasing. Saja je, manelah tau Nana nak lepak lama. Lagipon aku segan nak duduk kat tengah, nanti kalu Nana sampai, sure sumer orang dalam kedai akan tengok kat kitorang. Yerlah, awek cun, mata mesti memandang punye. Demi untuk menyelamatkan Nana daripada pandangan mata liar dan pervert, aku pilih meja yang agak tersorok. Amcam? Berfikiran jauh tak aku? Hehehe.

Aku panggil mamak pekerja, dan order teh o ais satu. Air feveret. Ringkas dan mudah. Takde susu. Sesuai untuk orang macam aku.

Dalam 5 minit kemudian, elok-elok je air aku sampai, Nana sampai dengan kereta Kelisa biru beratap hitam dia. Kelisa special edition tuh. Dan kemudian fon aku berbunyi…

Nana: Hello Lan.
Aku: Hello.
Nana: Saye dah sampai. Awak kat mana ye?
Aku: Ada dalam kedai mamak nih. Tengah tengok kat kereta awak.
Nana: Dah sampai ke? Mana awak?

(mase nih Nana dah turun daripada kereta, tapi tercari-cari aku kat mana.)

Aku: Nampak tak saya lambai??
Nana: Oh nampak-nampak.

Pastu Nana berjalan ke arah aku sambil tersenyum, menjinjing sebuah plastik hitam kecik. Mak aih, lawa shial~~. Rambut pony tail, cute. Dengan baju kasual warna macam pink, dan seluar, Nana memang nampak sempoi tapi cantik. Ah, kalulah korang dpt tengok sendiri… Ade satu perbezaan malam nih. Dia pakai cermin mata.

“Saye tak tahu awak pakai cermin mata.” Tanye aku.

“Kabar baik.” Pendek je Nana jawab. Adoilah. Terkene aku.

“Hahahahaha. Sori. Ape kabar?” aku terpakse bertanye kabar selepas termalu.

“Hehehe, kan saye dah kate tadi, kabar baik. Padan muke.” Nampak sangat Nana tersenyum puas mengenakan aku.

“Berbalik pada soalan saya tadi, tak tahu pulak awak pakai cermin mata.”

“Awak baru kenal saya, mesti lah banyak lagi mende awak tak tahu kan?”

Damn. Btol gak tuh. Terkene lagi aku. Malam ni saja, awal-awal dah 2-0. Nana 2, aku 0. Aku mesti counter tease balik! Musti!

Kendian Nana bagitau aku, dia jarang-jarang pakai cermin mata, kecuali time nak driving je. Lagipon power dia tak kuat sangat. Takdelah kronik sampai kene pakai setiap masa. Pelik betol aku, byk dah kes budak perempuan yang aku kenal camni. Diorang lagi rela tak pakai cermin mata. Adakah takut nampak huduh? Bagi aku, pakai cermin mata akan membuatkan seseorang nampak lebih matang. Dan aku lagi suke tgk org pakai cermin mata.

Nana duduk kat kerusi kosong, sebelah kiri aku. Bukan duduk sebelah menyebelah, tapi belah kiri je. Korang tau lah meja mamak kan rupanya petak. Bau haruman mandian Nana memang semerbak. Hampir turn-on aku. Gile best. Isk, ape ko pikir nih Lan. Udah-udah laa jadi pervert.

“Nah.” Nana menghulurkan plastik hitam kecik kat aku.

“Ini holdernye? Janganlah beli yang mahal-mahal. Yang ni pon RM20 jer.” sambil aku menunjukkan holder lama aku.

“Eh tak mahallah. In fact lagi murah. Tapi kualiti dia nampak lagi cantik. Saya hairan jugak kenapa awak beli sampai RM20.”

“Berapa awak beli?” tanye aku kehairanan.

“RM12 je.”

“Kat mana nih? Isk, saye tak terjumpe lak yg murah.”

“Hehe, kat mana tu rahsia.” Nana tersenyum, menampakkan sebaris gigi putih tersusun. Damn nice!

“Ooo, rahsia yer. Nanti saye nak beli lagi, next time terpakselah bawak awak. Boleh?”

“Boleh jer.”

Sambil aku bukak plastik hitam tuh, Nana order fresh oren. Hmm, takmoh minum air biasa-biasa yer? Mahal jugak minah nih.

Aku menumpukan perhatian dengan plastic hitam depan aku nih. Holder ni dlm kotak lagi. Tak berbukak lagi. Tapi apsal rase lain macam je.

“Erk, Nana..” aku memandang Nana. Something happen. Hehehe.

“Kenape? Awak suke tak? Saye amik ni pasal nampak classy. I like the design.”

“Tapi..”

“Tapi…???” Nana menjengilkan mata yang cumil tuh.

“Yang ni kecik laaaa. Tak muat pon. Tgk nih.”

Aku demo kat Nana, betapa keciknya holder tu untuk handphone aku. Apolah dia nih.

“Erk!! Eh, eh!” Nana nampak mcm gelabah sekejap.

“Hahahahaha, takper takper. Haih…keciwa.” Aku saje je buat-buat kecewa. Kata nak lawan-lawan tease kan? Skang dah 2-1. Kasi dia gelabah lagi. Kasi dia tak tentu arah. Kasi dia tak tau nak buat ape. Muahahahahahaha.

“Saye ingatkan handphone awak kecik lagi… sorry Lan..”

“Takper. Kecewa sikit jer. Ehehe. Ingatkan awak tau saye pakai Nokia 6600.” Aku saje mempermainkan hati Nana lagi. Jahat seyh aku.

“Ye ke? Saye dah lupe. Saya ingatkan Nokia yang satu lagi. Yang kecik tu. Alaa, camne nih..”

Yes! Berjaye aku buat Nana rase blank.

“Tell you what.. saye ade idea menarik.”

“Hmm..? Awak nak saya bawak awak pergi tempat saya beli?”

“Tak tak. Awak takyah ganti tapi…”

Nana mendengar dengan penuh perhatian. Mungkin sebab dia rasa serba salah, jadi dia tak berani nak loyar buruk.

“Awak belanje saye makan pon dah cukup. Takyah ganti pon takpe. Amcam?”

Ini adalah plan aku. Aku memang suke buat pompuan terpakse menerima cadangan aku di atas kesilapan/kekalahan mereka sendiri. Dengan cara ni, aku boleh mendekatkan diri dengan lebih banyak lagi. Lagipon belanja makan tak mahal, untuk 2 orang, tak sampai pon RM10. Aku tak makan banyak pon kalu berdua dengan perempuan. Segan maa. Nyeh2.

Aku menekan lagi cadangan aku kat Nana, “So camne?”

“Betul ni awak taknak holder baru?” Nana tanya meminta kepastian.

“Betul. Holder ni selagi boleh pakai, saya pakai. Takde hal sangat. Tapi since awak kata nak ganti gak, baik awak belanja makan je. Puas hati.”

“Habis tuh yang nih?”

“Hmm, awak simpan je lah. Buat kenangan. Nanti bila awak tengok holder baru nih, mesti awak gelak teringat silap awak. Betul. Hehehe.”

“Hehehe. Ok then. It’s a deal.”

Dan berjayalah aku mendapatkan date dengan Nana, awek cun di depan aku nih. Orang yang pemalu jangan disangka tiada daya…

Malam tu kami berborak lebih kurang 45 minit jugaklah, dan kemudian Nana meminta diri. Dah lewat katanya. Aku pon tak kisah, taknaklah kasi Mama risau. Eh2. Mama kepada Nana. Hahahahaha. Lagipon aku tak tahan dengan mata-mata liar kat kedai mamak tuh, semua dok tengok kat meja kitorang.

Aku mengiringi Nana ke kereta dia. Nasib baik dekat. Nana menekan punat kunci kereta.

Titt.

“Eh?? Awak tak kunci pintu ke tadi???” cuak aku tengok. Nasib baik laa Nana parking kete di tempat yang kitorang boleh nampak drpd tempat duduk. Kalu tersorok, tuhan saja yang tau. Silap haribulan kene curi.

“Ish. Saye tak perasan lah. Saye selalu confuse. Mane bukak, mane tutup…”

Kendian Nana menekan sekali lagi. Titt Titt. Baru le bukak.

“Hmm, meh nak ajar awak camne nak tau. Bak sini kunci kete. Tutup pintu tu.”

Nana kasi kunci kete die kat aku.

Aku tekan sekali. Titt.

“Ok. Kalau awak tekan, bunyi Titt tu sekali, maknenye tutup. Kalu bunyi dia dua kali, titt, titt, maknenye bukak.” Ajar aku.

“Tapi itu yang saye slalu confuse.”

“Don’t worry. Awak ingat camni jer. OPEN & CLOSE. O-PEN, 2 suku kata, so 2 bunyi titt. CLOSE, satu suku kata, so sekali titt.”

“Waaah. Betul lah! Bestnye, lepas ni tak confuse dah. Thx Lan!”

Seronok tengok awek cun yang riang nih. High lagi sekali aku.. ah~~ Aku perlu berterima kasih pada Eija pasal dia yang ajar aku dulu. Berguna gak ilmu nih yer.

Dan lepas Nana balik, aku terus merancang apa yang patut aku buat pada hari ngedate nanti. Kat mane ape sume. Nanti bila dah rancang, Nana soh aku sms je details.

Alangkah seronoknya aku!!!


-ur comment is my motivation, hehehehe.-

--------------------

Cool Facts!

1. Medal Nobel Peace Prize menggambarkan 3 lelaki bogel memeluk bahu sesama mereka.
2. Lembu memberikan lebih banyak susu bila mereka mendengar muzik.

Thursday, May 18, 2006

One Rule... DONT LAUGH!!!

Selingan seblom bahagian 4 update. Hehehe. Sikit lagi nak abis taip, so expect dlm mase 24 jam lagi.

So aku ade video youtube yg kelakar gile utk korang. Thx Sab pasal pass url kat aku. Aku jarang sebar2kan stuff dlm internet, tp kalinih terkecuali, pasal ia berjaya buatkan aku gelak mcm orang gila pukul 4 pagi!

http://www.youtube.com/watch?v=plSfKHZZwZ4

Klik Link kat atas utk tengok.

Klip ni dalam bahase jepon, tp korang tak perlu bahase jepon pon takper. Basically, ianya sebuah tv show/ game show, diorang tunjuk video sorang mamat sengal ni belajar English, dan peserta (pelawak dlm kes game nih) tak dibenarkan gelak. Kalu gelak, kene denda. Tapi, aku rase kalu aku jadi peserta, konfom tibai gelak tak ingat dunia. Sah-sah berpuluh2 denda aku kena.

Tak cukup??? Dont worry, ade satu lagi. Silent Library Game!

http://www.youtube.com/watch?v=6wzMJ_RdgHg

Klik Link kat atas utk tengok.

Yg ni klip jepon gak, orang yg same, tapi game yg lain. Rule masih same, Jangan gelak! Kalinih pasal game denda dlm library. Ade 6 kad, satu kad adalah kad denda. Stiap sorang akan amik kad pilihan masing2. Seblom tuh, bentuk denda diberitahu awal2. Bile dah ready, semua akan terbalikkan kad diorang, sape dpt kad denda, kenelah! Tapi lucu giler pasal kene tahan-tahan gelak lagi, nnt kene sound ngan org library lagi. Waduh.. tak tahan aku gelak...

Enjoy the videos (dan aku menyambung tulis bahagian 04, nyeh2).

---------------------

CoolFacts!

1. 91% daripada kita MENIPU selalu.
2. Di Jepun, restoran mereka tidak menerima duit kopi (tipping).

Saturday, May 13, 2006

Bahagian 03: MAX Happiness!

Sidenote: Sblom aku teruskan cerite, aku nak tukar nickname awek kedai kasut daripada Enna kepada Nana. Ini disebabkan beberapa kontroversi yang berlaku menyebabkan aku terpakse tukar. Lagipon, NANA merupakan antara movie jepon feveret aku. So pakai jer lah. Bukan name sebenar pon kalu nak diikutkan. Hahahaha.

Apakah kemungkinan untuk kita, berjumpa dengan seseorang yang baru dikenali di tempat beliau bekerja?

Menghampiri 100 peratus.

Apakah pula kemungkinan untuk berjumpa dengannya, macam kes aku, di tempat jogging, yang mana dia selalu turun??

Melebihi 50 peratus.

Dan apakah kemungkinan untuk terserempak dengan seseorang yang kita baru kenal itu di tempat berbeza terus?

Menghampiri 0 peratus.

Okeh. Persoalan dan statistik dan survey di atas ni jelas sekali menunjukkan yang aku boleh jumpa Nana, tanpa sebarang masalah kat kedai kasut XXXYYY. Walau bagaimanapun, ada satu isu. Buat aper aku nak pergi sana kalu takde sebab kan? Memalukan je. Nanti nampak macam aku ni Desperate Bachelor pulak. Hehehe.

Jadi, tempat kedua paling sesuai untuk aku berjumpe lagi dengan Nana, ialah di tempat jogging. Cuma aku ni mungkin nasib tak berapa bagus. Sakit gak hati bila memikirkannya. Daripada percubaan aku jogging 2-3 kali seminggu, hatta hari yang sama macam hari yang aku jumpa dia waktu haritu, tak sekalipon aku terserempak lagi. Mungkin dia stop jogging dah kot. Mungkin jugak, dia berehat daripada jogging sementara waktu. Tak tahulah. Yang penting, AKU MEMANG TAK JUMPE KAT TEMPAT JOGGING DAH! Ahh… sedih…

Tapi….

Siapa sangka aku akan terjumpa dengan Nana, di tempat yang aku langsung tak sangka. Langsung langsung tak menjangka. Sedangkan kalu ikut ‘Apa Kata Survey’ yang aku buat kat atas, chances 0%. Eh, menghampiri.

San Francisco Pizza…

Satu-satunya kedai Pizza yang bukan Pizza Hut kat area Bangi nih. Ke ade lagi? Aku pon tak sure. Tapi aku bukanlah penggila Pizza Hut. In fact, aku sebenarnye tak suka Pizza Hut langsung. Bagi aku pizza di Pizza Hut tak sedap. Tak macam pizza Dominoes.

Berlainan dengan San Francisco Pizza, bebaru ni aku dapat peluang merasa keenakan pizzanya. Itupon pasal ayah aku bawak balik ke rumah. Woaah, sedap giler. Tak sangka langsung. Itu yang buat aku terase nak makan San Francisco Pizza sekali lagi. Tapi kalinih aku pergi beli sendiri.

Dan kat dalam kedai tu ler aku berjumpe dengan Nana.

Pelik kan? Time aku dok berharap nak jumper, tak de pulak. Time aku tak terpikir boleh terjumpe, time tgh kemaruk nak makan pizza, bolehlah pulak dia ada kat situ.

Bak kate member aku si Taqi, weirdness!

Yang sebenar-benarnye, aku amat gembira sebab dapat terserempak untuk kali ketiga. Semuanya lokasi yang berlainan. Mungkin tak betul lah kenyataan pasal aku ni nasib tak bagus. Malah aku sebenarnye seorang insan yang sangat bernasib baik! Hahahaha.

Tapi menjadi seorang AKU bukanlah senang. Sikap pemalu ni memang payah nak dibuang. Sebab tu walaupon aku nampak Nana ade dalam kedai, aku buat-buat tak tahu. Egoistik sungguh. Ataupon mungkin pemalu yang terlampau.

Jadi aku berjalan ke kaunter, terus saja, tanpa buat peduli keadaan sekeliling. Aku tau aku nampak Nana kat meja hujung sana. Duduk menghadap jalan, membelakangi kaunter. Tapi aku tak amik inisiatif untuk pergi dan tegur langsung. Dan aku rase Nana tak perasan lagi kehadiran aku dalam kedai. Ye, ye, korang leh kutuk aku seorang yang loser. Hehehe. Aku terima kalinih. Sob, sob.

Lepas beli pizza yang aku idam-idamkan tu (takeaway/tapau/bungkus je), terpaksalah aku berpusing dan menghadap meja Nana tu. Masih lagi dia tak perasan. Kusyuk membaca magazine ape tah. Mestilah dia tak perasan aku kalau membelakangi kaunter kan. Dia duduk sorang ke? Peliknya. Lepak sorang-sorang kat San Francisco Pizza siang hari. Mungkin dia loser mcm aku gak. Hehehe.

Berjalanlah aku menuju ke pintu keluar, sambil jeling-jeling sikit kat Nana. Manalah tau die perasan. Sumpah, memang aku berharap dia yang akan nampak aku dan tegur aku dulu. Korang leh kate aku macam-macam, tapi bukanlah perangai aku untuk pergi tegur orang yang baru sekali dua kenal. Sekurang-kurangnya kene rapat sikit baru aku tegur orang dulu. Dia macam tak perasan je… adehlah. Sedihnya.

Last-last, aku buat tatau dan berhenti mengharap bak nyanyian Sheila On 7. Aku teruskan je keluar daripada San Francisco Pizza dan menuju ke arah kereta. Kebetulan pulak, kereta aku parking kat sebelah sana, erk maksud aku, kena lintas depan Nana baru leh sampai kat kete. Bezanya, aku kat luar kedai, dia kat dalam. Yang memisahkan kami cumalah sepasang cermin semi-transparent.

Sambil jalan perlahan-lahan, aku pandang sekali lagi kat Nana. Masih membaca magazine dengan kusyuk. Dengan sebelah tangan menongkat dagu, ayu! Waduh. Betapa bestnya kalau aku dapat duduk kat sebelah dia, borak-borak, gurau senda, cucuk hidung masing-masing dengan straw ke. Hik hik. Lebih-lebih lak aku.

Tetibe Nana mengangkat muka. Ah. Ah. Ah!!! Dia nampak aku!!!

Terus Nana tersenyum. Mata dia memang bersinar-sinar lah. Aku je perasan kot mata dia sinar-sinar, tapi peduli apa. Janji nampak comel. Dan dengan tiba-tiba gak Nana melambai ke arah aku.

Apa yang patut aku buat? Lambai je lah balik. Aku dah kat luar pon. Segan gile kalu masuk dalam dan baru nak tegur.

Dan Nana menggamit aku. Macam suruh aku masuk dalam balik dan jumpa dia. Oh, dia ajak duduk sekali ke? Nak tak nak terpaksalah aku patah balik masuk. Nanti orang kata sombong pulak kan. Takmoh lah cenggitu.

“Hai Lan.” Tegur Nana sejurus aku mendapati tempat duduk dia.

“Erk.. Hai Nana. Hehehe.”

“Sorang? Takeaway je?”

“A ah. Nak tapau takyah bawak ramai-ramai. Awak tuh, kenape sorang je??” tanye aku curious. Aku perlukan confirmation, die mmg duduk sorang atau…

“I’m supposed to meet someone here. Tapi dia tak sampai-sampai lagi. Tak patut lah dia buat perempuan tertunggu-tunggu. Hihihi.”

Amboi… ada sikit nada manja kat situ, manja campur ceria. I like~~

“Oooo. Ade appointment ke.” Kemudian aku terdiam sebentar. Ah, memang nampak pelik aa situasi skang. Very the Awkward. Macam orang kehabisan kata-kata. Takde mende aku boleh cakap untuk meneruskan perbualan.

“Join lah duduk. Sementara nak tunggu orang tu sampai. Ke awak rushing?” tanye Nana.

“Eh eh. Taklah. Ni untuk saya je pizza ni. Takde share ngan sape-sape. Kejap-kejap lagi pun boleh makan.”

“Wow. Satu pizza ni untuk awak saja?? Banyak betul. Larat ke? Taknak share? Hehe.” Ah Nana, sesungguhnya aku memang sanggup bukak kotak pizza itu jam jugaaa. Share boleh. Nak suapkan pon boleh. Hahahaha.

Aku melabuhkan punggungku yang lebar atas kerusi. Duduk secara berdiagonal dengan Nana. Kalu duduk sebelah menyebelah, nanti nampak macam couple. Segan seyh. Kalu duduk depan-depan, nanti nampak intim sangat. Tak tahan aku menahan blushing sebabkan dek menatap muka Nana nanti. So aku pilih posisi diagonal, sesuai untuk kawan-kawan, nak lagi yang baru kenal.

Lagipon aku tanak jatuh cinta ngan awek cun camni. Kelak aku jugak yang merana. So better not get my hopes high in the first place, right?

“Awak tunggu boifren ke Nana?” tanya aku, konon-konon soalan trick lah. Soalan secara tak langsung yang juga membawa maksud “Awak dah ade boifren ke?”. Ini memang aku selalu pakai untuk memancing data sensitif.

“Yerp. Boifren.” Kata Nana sambil menutup magazine, tak salah aku, CLEO. Dia masukkan majalah tu ke dalam beg plastik. Macam baru beli je.

Adoilah, tunggu boifren ke. Kan dah tak pasal-pasal aku tau. Punah harapan. Eh, rasenye tadi aku pikir tanak berharap. Huhuhu. Bertenang, bertenang.

“Tapi Lan pun boifren saya gak kan? Ke Lan nih Girl Friend? Awak lelaki kan?”

ERK…

Sumpah, kalu dia ni laki, dah lama kuar kata-kata makian macam aku slalu dok kutuk-kutuk dengan member laki. Oooo, pandai ye memainkan perasaan aku. Hahahahha, tergelak aku dalam hati pasal kene tease.

“Saya bukan boy dah. Saya Man. Lelaki, bukan budak lelaki. Tapi kalu awak nak saya jadi Girl Friend pon boleh. Hehehe.” Aku cuba counter tease.

“Is it? Emm. Macam tak caye.. How old are you by the way? Don’t mind if im asking.”

Tanye umur lah pulak… Nak bagitau ke tak? Nak tipu? Nak exaggerate umur? Emm, aku cuba mensimulasikan apa akan jadi kalu aku tipu umur. Not good… Alah, apa salahnya berterus terang kan?

“Saya 25. Actually 24, tapi kalau ikut tahun, 25. Awak??”

“Kenapa dengan saya?”

“Erk, maksud saye, umur awak pulak?”

“Emm, awak nak tau ke?”

“Isk, tak aci laa saya bagitau, tapi awak tanak bagitau.”

“Hahaha. Awak boleh je kalau tanak bagitau umur awak tadi kan??”

“Alahai…”

“Hihihi. Jokinglah. Awak tua 3 tahun daripada saya.”

“23?”

“25 tolak 3 tahun, bukan jawapannya 22 ke?”

“I know. Saja je teka salah, supaya awak sebut jugak umur awak.”

“Oh… yer la tuh. Nak kenakan saya balik.”

Serentak kami ketawa. Waaaah. Best-best. Adalah satu penghargaan duduk sama ngan awek cun kat kedai makan sambil gelak-gelak. Walaupon sekali imbas orang akan kate Beauty & The Beast.

Ada satu kelainan pasal Nana nih. Maksud aku, takkan dia tak nampak aku nih tak hensem. Kenapa dia sanggup berkawan dengan aku? Ataupon memang dia ni jenis peramah, sape-sape pon dia akan kawan, kalau kene caranya?

Terima je lah rezeki… hehe. Kawan je pon. Kenapa mesti nak kene kapel kan? Kawan-kawan saje pon boleh.

Aku dan Nana meneruskan lagi borak-borak selama lebih kurang 15 minit gitu. Macam-macam laa yang kami borak. Aku dapat tahu yang Nana ni baru je graduate daripada ITM, tapi aku takleh bagitau course ape. Cukuplah sekadar aku sorang je yang tahu. Aku juga dapat tahu yang dia keje kedai kasut tu suka-suka je. Untuk sementara waktu. Dia kata daripada tak buat apa-apa, baik keje.

“Pukul berapa awak sepatutnye jumpa ngan ‘boifren’ awak nih??” aku melihat jam. Dah lama dia tunggu. Sian. Mamat yang buat dia menunggu ni patut dihukum. Ade ke patut buat seorang awek cun tertunggu.

“45 minit yang lepas. Dia kata dia stuck kat tol Sg. Besi tadi. Patutnye dah nak sampai.”

“Kalau camtu, nanti dia sampai, saya kene baliklah.”

“Tapi kalau awak takde hal, join je.”

Nana mencapai telefon aku atas meja. Lupe nak cakap. Aku ni jenis bile keluar makan, aku akan letakkan handphone, kunci kereta dan segala mende dalam poket atas meja. Tak suka lah poket penuh time duduk. Selalunya 2 perkara tu je. Oh kotak rokok skali. Hehehe. Tapi aku tak letak kotak rokok depan Nana kalinih. Respek sikit.

Aku tengok je dia pegang handphone aku. Ape laa yang dia nak buat. Sambil-sambil tu kami masih lagi berborak.

“Awak tak boring ke tunggu lama-lama? Patutnye bila dia nak sampai nanti baru turun.” Aku memberi cadangan. Sungguh memang aku kesian tgk Nana yang daripada tadi menunggu.

Nana keluarkan handphone aku daripada sarungnya. Aku letak handphone aku dalam sarung supaya senang nak sangkut kat pinggang. Nampak eksekutif sikit.

“Emm. Its’kay. Kalau saya tak datang awal tadi, tak mungkin terjumpe ngan awak lagi, kan? You should be grateful.”

Amboi, memang aku bersyukur. Ketahuilah.

Tengah-tengah borak, sambil Nana bermain dengan sarung handphone aku, tiba-tiba…

“Alamak Lan.” Cemas je bunyi Nana.

“Kenape??”

“Erk, your holder nih…” sambil menunjukkan sarung handphone aku.

“Aaa, kenapa? Saya beli kat Petaling Street je. Hehe.”

“Bukan. Magnet dia tercabut lah….”

Pelepekkk aku tepuk dahi secara imaginasi. Takleh tepuk dahi betol-betol, nampak tak senonoh.

“Ye ke? Biarlah. Memang dah nak rosak.”

Alaa, sorry Lan. Tangan saya ni gatal, kan dah tercabut magnet. Camne nih?”

“Takper, abaikan saja. Nanti saya beli baru.” Takkanlah aku nak mintak duit kat awek pulak kan. Kene lah bersikap macho sekali sekala.

“Emm, nanti saya ganti yang baru. Boleh?”

“Erkk..?”

Tak sempat aku nak sambung kata-kata, Nana cepat saje sambar Nokia 6600 aku. Aper die nak buat nih??

“Ok. Saya dah masukkan nombor saya dalam contact awak. Nanti bile dah beli ganti, saya call awak. Boleh kan?”

“Erk, erk, awak ade nombor saye ke?”

“Awak miscall lah.”

Dan di situ berlakulah kejadian di mana aku dapat nombor telefon Nana. Totally Unexpectable. Max Happiness!! Terima kasih magnet kerana tercabut. Walaupun sebenarnye mmg dah lama longgar. Keji sungguh aku.

Dalam pada aku tengah dok bergembira pasal dapat nombor Nana secara tak sengaja, tah bila, sampailah mamat yang ditunggu-tunggu daripada tadi. Waaa, sikit punya handsome. Tak boleh lawan laa aku. Kalu main bola, korang boleh bayangkan aku kalah 100 – 0. Mati woo ini macam.

“Haaa. Sampai pon. You buat I tunggu lama.” Kata Nana, dengan nada separuh, merajuk. Haih…

“So sorry. I sangkut tadi, tak sangka lama sangat. You dah lama tunggu ke???” mamat tuh mintak maaf, tapi, aku perasan dia jeling kat aku. Macam tak puas hati jer. Apa mau gado ka??? Bring it on!! Ewah.

“Lama. Sangat lama. Nasib baik ‘boifren’ I, Lan nih yang teman.” Nana buat muka merajuk, tapi dia pandang aku dengan senyuman. Aku pasrah saja. Takmohlah terlibat kalu kapel gado.

“By the way, Lan, kenalkan ni ‘boifren’ I satu lagi, nama dia Faizal.”

“Faizal, panggil Jai je.”

Jai menghulurkan tangan untuk bersalam. Aku sambut je, dengan gaya penuh sopan santun. Waduh, kemas gile genggaman si Jai nih. Sama ada dia tak puas hati, ataupon memang dia jenis bila salam orang genggam kuat-kuat. Aku dapat rasakan yang pertama tuh. Paranoid sungguh aku nih.

“Lan..” aku memperkenalkan diri. Tak bagitau name penuh. Saja.

Aku melepaskan salam. Tak boleh duduk lama-lama nih. Nanti ada yang jadi lain. Silap haribulan aku kene pukul. Yer lah, kaco awek orang. Bertuah lah aku kalu si Jai ni tak rasa jeles langsung. Which is not the case, I think.

“Hehe. Oklah Nana. Since ur real boifren dah sampai, boifren tipu-tipu ni nak balik dululah.” Aku bangun dan meminta diri.

“Nak balik dah? Tak mau join kami?” tanya Jai.

“Erk, takper-takper. Mesti ade hal penting. Taknak kaco. Hehehe.”

Tersengih je aku macam kerang busuk. Dalam hati tuhan saja yang tahu betapa pilunya hati bila si dia sudah berpunya. Cewah. Tapi sebabkan aku dah biasa dengan perkara camni, dan aku pon dah level 99 dalam bab-bab HeartBroken, aku berlagak pro saja.

Selepas adengan lambai melambai, dan salam kali kedua dengan Jai tanda perpisahan, aku pon berangkat pulang. Nasib baik rumah dekat. Sekurang-kurangnya takdelah harituh bosan sangat, dapat jumper Nana, dapat nombor fon lagi. Aku kene lah bersyukur.

Lagipun aku kene ingat, tak mungkin awek cun macam tuh nak berkapel dengan aku. Sebab tu dapat kenal je pon aku rasa bersyukur gila. Kalu Nana nak kat aku, itu mcm Too Good To Be True. Betul tak? Bukan tahap Beauty & The Beast, tapi The Princess & One Ugly Duckling nih. The Beast kurang-kurang macho la jugak ngan tough, suara garau nya.

Dalam kereta, semua dialog perbualan aku dengan Nana di San Francisco Pizza tuh terngiang-ngiang balik. Oh tolonglah jangan jadi angau. Angau pon sikit-sikit sudahlah. Aku kena sedar sape diri aku nih.

Lampu Trafik menunjukkan kaler merah menandakan aku patut berhenti. Sementara nak tunggu lampu hijau balik, ade laa beberapa kali aku mengeluh. Apsal mengeluh pon aku tak tahu.

Titt titt bunyi SMS kat handphone aku.

Lampu tak hijau lagi, baik aku tgk sape yang sms.

Thx Lan teman Nana td. Klu x, mesti boring. U really saved my day. Nnt bila sy dh beli ganti, I call u ok? TQ. Keep in touch. Bye Again :)


WAaaaaaaaaaaa, aku dapat SMS daripada Nana!!!

PONNN! Erk, lampu sudah hijau, Sori kereta belakang, sori-sori, lalu aku meneruskan pemanduan ngan senyuman gaya angau. Hehehe.

Wednesday, May 10, 2006

Selamat Hari Ibu & Hari Jadi buat Arwah

Harinih merupakan harijadi arwah mak aku yang ke-52, kalau dia masih berada di dunia ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat di alam sana.

Kepada mereka yang mempunyai mak ayah, silelah berbuat baik dengan diorang. Korang takkan tau bile mereka akan pergi meninggalkan kita. Jadi, jgnlah kecewakan hati orang tua anda. Ingat, perkara mungkar yang kita buat, dosa turut diterima oleh mereka..

Al-fatihah.

Monday, May 08, 2006

Bahagian 02: Jogging Konon

Halo ape kabar? Sekali lagi aku lame tak update. Macam2 hal berlaku sepanjang minggu nih, macam2 masalah. Sampai terbakar network card. Tapi seperti yg dijanjikan, aku tulis gak bahagian kedua cerita nih.

Sebelom tuh, ramai gak yang tanye, sape awek kedai kasut nih? Kedai kasut mane? Macam2 name kedai kasut kuar. Tapi sorilah, aku takleh bagitau utk keselamatan dan kepentingan sejagat. Macam aku ckp seblom nih, kalau bagitau karang, ade yang pergi amik gambar mcm dulu. Susahnye aku jugak…

Sebut pasal gambar, erk.. gambar di bwh ni adalah gambar… bukan awek kedai kasut. Mintak maaf. Hahaha. Tapi menghampiri lah utk kebanyakan part wajah tuh. So korang leh guna gambar di bwh nih untuk reference korang semasa membaca cerita aku, sambil bace sambil imagine, nice kan? Huhuhu. Dan untuk pengetahuan korang, gambar inilah yang membuatkan aku rase macam kenal awek kedai kasut tuh, tapi rupanya sbb aku tengok gambar nih je.





(DISCLAIMER: Gambar di atas sesungguhnya aku tak kenal sape. Dan aku jumper dlm internet. So kepada sesiapa yang kenal tuan punya gambar nih, sudi-sudikanlah bagitahu aku secara private, jgn di komen, atau di shoutbox. Nanti sumer org tau, tak bestlah tak dapat makan sorang. Muahaha. YM atau email amat dialu-alukan. Sekian terima kasih)

So skang, korang dah paham maksud aku tentang hidung yang sedikit mancung, bibir yang berisi, dan mate separa bulat? Bagus. Mari kite teruskan sesi bercerite…

Nak dipendekkan cerita, takdelah aku sampai pergi ke kedai kasut tuh tiap-tiap hari. Malah, aku tak pergi dah pon selepas hari tersebut. Gile aper, bukannye nak gi beli kasut tiap2 hari. Ini bukan stesen minyak. Aaa, by the way, kepada mereka yang offer nak beli kasut, dan mintak aku teman, maaf, permintaan anda terpakse ditolak. Aku kalinih akan bersikap perahsia. Hehe.

Oh melalut. Sambung balik.

Nak dipendekkan cerita (terpakse ulang pasal tadi aku melalut), sekarang nih ade jugaklah 2-3 kali aku pergi jogging. Tapi bukan laluan jalan rumah aku ke stesen minyak Petronas dah. Kalinih aku pergi jogging kat Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi (btol ker name tasik nih? Ah pedulilah, aku slalu pergi jogging mane amik kisah pasal name tasik tu sgt pon).

Kenape aku pergi jogging? Pasal masalah kesihatan aku ni makin meruncing. Slalu jugak demam, tapi jenis sekejap2. Sehari sehari je. Tension laa jugak. Kata dah duduk rumah, memang aku buat lemak mcm tiada esok hari. Jadi aku pon pergilah jogging. Erk, bukanlah jogging sgt pon, lari-lari anak saje. Kebanyakkannya berjalan. Huhuh. Dan aku bukan pergi tiap-tiap hari. 2 kali seminggu lebih kurang.

Ape kene mengene jogging dengan awek kasut? Gini, satu hari yang bertuah, ketika aku berjogging dan kebetulan harituh semangat kuat untuk berlari lebih jauh (Erk maksud aku berlari anak lebih jauh, seblom berjalan santai), aku telah dipotong oleh seorang awek yang dengan selambenye jogging tanpa menunjukkan rasa penat. Peh, kirenye berdesup jugaklah. Macam kura-kura dengan arnab.

Aku tak nampak sape awek nih awalnye. Sbb die potong aku, cuma nampak belakang saje. Emm.. macam kenal. Tapi sebab aku punya semangat jogging tengah kuat, aku pon buatlah tak peduli. Tapi…

Tah camne, aku terase nak kejar minah tuh. Huahuahua.

Sebenarnye aku ade satu ability yang dipanggil, Short Dash. Hahaha. Short Dash nih maksudnye, memecut dengan cepat untuk jarak yang dekat dan masa yang singkat. Untuk memudahkan korang, bayangkan Bull Fighting di Sepanyol tuh. Oh jgn bayangkan aku Matador yang memegang kain merah, dan jugak jangan bayangkan aku badut-badut dlm arena tuh. Aku adalah seekor seladang yang rakus mengejar kain merah! Aaa.. itulah Short Dash.



Bezanya, lepas Short Dash, habis semua stamina aku. Habis sehabisnya. Pancet gile. Kalu lah aku seladang dlm bull fighting, dah lama kene buang kerja, kene sembelih jadi lauk untuk makan malam, pasal pancet cepat sangat. Begitulah halnya dalam situasi jogging aku tadi. Aku cubalah Short Dash nih untuk mengejar awek jogging yang dah potong aku, tapi malangnya dia terlalu jauh. Kalu dekat sikit confirm aku leh potong dia.

Sia-sia je aku Short Dash. Tak pasal-pasal dah penat.

Lalu aku pon berehat kejap kat pondok tepi tasik, yang dibuat khas untuk pasangan-pasangan bercinta melepaskan halwa nafsu mereka. Hampeh. Tapi sebab Mastika dah kantoikan banyak pasangan dengan bantuan Biro Surau Bangi, dah kurang lah aktiviti-aktiviti panas. Bermakne, kosonglah pondok tadi, maka bolehlah aku berehat dengan tenang, tanpa perlu tengok org bercium dekat publik. Malu nanti aku, blushing. Hik hik.

Mulanya aku ingat nak berehat sekejap saje. Tapi tah kenapa, terase penat gila. Pancet, Flat, Penat, Tak Larat… semua lah! Mungkin pasal objektif tak tercapai, jadi rasa penat tu bertambah tambah.

Daripada 5 minit, jadi 10 minit. Daripada 10 minit jadi 15 minit. Hish, betul punye penat aku nih. Disebabkan ini, aku akhirnya mengambil keputusan untuk balik je. Sumpah dah tak larat nak berlari lagi. Ade laa sikit-sikit dalam hati aku menyumpah awek jogging tu tadi, pasal dia, aku penat. Huhu. Tapi aku terpakse berjalan ke seberang nun di sana jugak, sebab kereta aku parking sana (nampak tak aku tuding arah sana tuh?? Tak nampak kalu, 3 jumaat saja lagi tinggal untuk korang. Huhuh).

Dalam letih-letih berjalan, tetiba aku nampak awek yang aku gagal untuk potong tadi, tengah berehat kat pondok yang lagi satu. Aku cam laa jugak daripada jauh pasal baju dia colorful. Rase-rase aku, semua kaler ade. Hijau kuning merah ungu biru.. huhu. Macam baju Hawaii lak. Pelik kan? Pada firasat aku, awek yang pakai baju colorful gini mesti awek Rasta.

Bila dah dekat ngan awek tuh, pandangan kami bertembung. Alah, macam korang tak biasa lak. Staring staring ni normal lah. Lagipon masa tu, hanya ada aku dan awek tu saja. Orang-orang lain yang turut jogging petang tu semua jauh lagi. Mestilah mata bertentang mata kan?

Eh.. betol ke mata bertentang mata? Aku pon tak sure. Mungkin mata bertentang.. hehehe.

Dan… macam yang korang boleh agak, pasal cerita ni mengenai kisah awek kedai kasut tuh pon, memanglah betol. Itulah dia, awek kedai kasut tengah duduk berehat kat pondok kepenatan. Aku agak terkedu jugaklah masa tuh. Macam telah set-set pulak yer. Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Dan sekarang tuhan telah menentukan yang aku akan berjumpa awek kedai kasut nih kat Taman Tasik Cempaka. Fewitt!

Ramai-ramai orang pasti akan mulakan langkah dulu. Oh tidak bagi aku. Aku nih memang agak pengecut dalam hal dan bab perempuan. Apatah lagi bila aku tak kenal. Tengok lah apa jadi dengan Awek Petronas tuh. Sampai sudah tak jadi ape. Sian aku.

Dan bila aku dah nak melintas awek kedai kasut nih, tetibe terdengar satu suara menegur.

“Haih, buat-buat tak kenal ke?”

ERKK!! Malunye aku! Malunyaaaa! Masa tuh aku terase macam dibogelkan oleh 100 orang perempuan di khalayak ramai! Sampai tahap tu aku terase malu. Apa mesti aku buat skang. Terhenti kejap langkah aku.

“Erk. Yer? Saye kenal awak ke??”

Satu cubaan mengkaver daripada aku. Harap-harap dia rasa dia silap orang lah. Nanti dia akan mintak maaf, pastu aku akan berjalan ke kereta tanpa rasa serba salah. Walaupon ini adalah chance aku, tapi, sungguh aku cakap, aku betul-betul rasa malas nak pikir pasal perempuan.

“Kedai Kasut? Kedai XXXYYY?? Yang haritu datang nak beli kasut untuk adik? Tak ingat?”

Ingat… ingat… Tapi saja buat-buat tak ingat. Aku kan akan menggeletar depan perempuan. Kalu aku duduk kat situ lagi lama, tuhan saja tau apa yang akan jadi. Silap haribulan aku pengsan pasal terlebih menggeletar. Dah laa awek cun!!!

“Emm…”

Itu saje yang aku mampu buat. Aku saja nak kasi reasonable doubt kat minah nih, supaya dia tak kacau aku dah.

“Tak ingat ke? Teruknya memori awak nih. Hmm. Haa, yang awak sound kata jangan tinggalkan kedai takde orang. Ingat?”

Shyte lah!! Aku ingatlaaaa. Tapi camne nak buat nih supaya kasi dia pikir dia salah orang???? Katil kat rumah betul-betul memanggil aku, meh laa tido, penat kan? Aku kene loloskan diri secepat mungkin.

“Saya tak berapa sure lah. Awak betul ke tak silap orang nih?? Kalau salah nanti malu. Hehe.”

Saja je aku kasi ayat gitu, supaya dia boleh fikir efek silap orang. Kemaluan yang Besar~.

“Harituh awak kata, macam kenal saya. Siap bersungguh-sungguh tanya sekolah lah, kolejlah. Mana boleh lupa muka orang yang tanya macam tu, kan?”

Tepat sekali! Aku kalah. Terpakse mengaku kalah. Terpakse mengaku aku kenal dia. Maaf sang katil, maaf air mandian, maaf segala perkara yang best selepas jogging, aku terpakse lupakan korang utk sementara waktu. Nantikan kepulanganku ye wahai barang-barang.

“Ohh!!! Baru saya teringat! Sorilah, tadi tak cam. Mungkin pasal penat jogging. Sori-sori.” Kata aku.

“Nah, its’kay. So dah tau ke kat mana awak jumpe saya?”

“Seblom tuh, boleh duduk sini?” aku memang penat. Kaki pon dah lenguh. Terpakse gak mintak izin untuk duduk. Untuk menunjukkan kesopanan saje.

“Duduklah. Bukannya tempat saya nak larang orang duduk.” Minah tuh mengalihkan botol air mineral.

“Hehe, makasih.”

Lepas duduk, aku pon cakaplah, sebenarnye tak pernah berjumpa. Tapi ada satu gambar kat internet nih yang macam muka dia (sila rujuk gambar di atas). Sebab tu lah aku kate aku macam pernah nampak. Dan aku jugak mintak maaf pasal tetiba bertanya macam-macam perkara personal.

“Mana awak tau gambar tu bukan gambar saya?”

Btol jugak kan? Tapi aku 100% sure itu bukan gambar dia.

“Pasal rupa dia lain sikit. Build muka dia cenggini dan cenggini, awak lain sikit. Confirm bukan. Iras-iras saja. Jangan risau. Sori lagi sekali.. hehe.” Bersungguh-sungguh jugaklah aku nak menyakinkan minah nih.

“Ooo. Hmm. Nama saya *****. Awak panggil Na je ok.”

Tetiba dia mengenalkan diri. Aiseh, camne lak boleh lupa nak bagitau nama sepanjang masa berborak. How rude of me! Isk2. Aku seharusnya memperbanyakkan lagi tatatertib aku.

“Sori Na. Saya lupe nak introduce nama sendiri. Nama saya Lan. Hmm, *****, panggil Na. Saya panggil Enna boleh?”

Ok, stop kejap. Part nama dia Na tuh adalah betul. Nama sebenar sekali lagi aku terpaksa mintak maaf, kene rahsiakan. Jangan tanyalah nanti, aku dah bagitau siap-siap. Nak tanya hal lain boleh. Part nama dia Enna tu pulak, tak betul. Ini adalah nama cikgu English aku kat MRSM dulu. Aku saja letak nama Enna sebab dua-dua pon cun. Cikgu English aku tu siap dapat nama jolokan ‘Walking Barbie Doll’ kat skolah dulu.

Dan satu lagi, panggil Na saja memang tak berapa seronok. Terlalu pendek dan terhenti kat situ je sebutan. Sebab tu aku kasi nama samaran.

“Enna? Wow. Pelik nye nama tuh. Boleh jer.” balas Enna. Nampak jugak lah riak muka yang seronok pasal dapat nama baru. Hehehe.

Dan kami pon berborak kat pondok tepi tasik tuh lepas jogging. Hilang sikitlah penat aku. Akhirnya aku pon menjadi salah sorang yang berendek kat pondok tepi tasik. Hehe. Cuak gak mana tau tetiba ada Biro Surau dan Mastika tengah skodeng amik gambar kitorang, pastu tak pasal-pasal aku kene tangkap basah. Tapi petang-petang camtu, mungkin tak kot. Lagipon aku duduk dengan jarak yang boleh dipanggil, safe distance. Tak menimbulkan rasa curiga dan syak wasangka. Aku rasa lah… Hehe.

Hari pon beransur gelap. Dah nak dekat Maghrib. Aku pon kenelah balik. Malam-malam dok berborak camtu, tak manis dipandang orang.

“Saya rasa saya kene balik dulu lah Enna.”

“Same here. Saya pon nak balik. Kereta awak kat mana?” tanya Enna.

“Kat situ.” Sambil menuding jari ke arah situ. Hehe.

“Saya kat sana. So, emm, esok jogging lagi??” Enna memandang tepat ke mata aku. Macam mahukan kepastian. Minah nih.. isk. Janganlah stare cenggitu. Cair tau tak!

“Saye pon tak sure. Tgklah. Kalu larat. Saya bukannye fit macam awak.”

“Hihi. Its’kay. Kalau ada rezeki, jumper lagi kan?”

“A ah. Macam harinih terjumpe.”

“Yerp. Oklah. Saya nak balik dulu. Nice to meet ya. Bye bye.” Enna akhirnya memintak diri untuk balik.

Lepas adengan lambai melambai (biasalah pompuan, mesti nak ade lambai tanda bye tuh), aku pon berjalan lah dengan langkah lemah keletihan ke arah kereta. Tapi baru 2-3 tapak..

“Lan!” terdengar suara Enna memanggil daripada belakang.

Aku pon pusinglah nak tau ape ke halnya. Manelah tau ade orang jahat tengah kacau Enna ke, ikat dia ke, ala macam citer Hindustan tu.

Nasib baik takde ape. Enna berdiri je kat jauh nuh (dalam 10 tapak kehadapan).

“Last question…”

Dungu kejap aku. Soalan terakhir ape lak nih??

“Awak sebenarnye, ingat siapa saya tadi tapi buat-buat tak ingat kan? Betul kan?”

Haaaa hadoi lahhh. Obvious sangatkah aku tadi? Adakah lakonan aku tak menjadi??? Malu seyh.

“Err… aaa… “ Aku sebenarnye nak menipu dan mengkaver tapi tah camna takde idea dan tak terkeluar lak apa-apa ayat.

“Its’kay. Hihi.” Enna tersenyum jer, sambil berjalan secara membelakang, menghadap aku.

“Mana awak tau??” tanya aku macam orang bodoh.

“Well, pernah dengar ayat, women are the best lie detector? Bye-bye. Hihihi.” Dan Enna pon pusing menuju ke kereta.

Aku, memang takleh cakap apa dah. Pernah dengar kot ayat tuh. Kat mana aku tatau. Tak pernah amik peduli. Tapi akhirnya kene kat diri sendiri balik. Waduh, untuk seketika aku terasa tak berani nak berlakon depan pompuan lagi. Huhuhuh. Berdiri tercegat aku kat situ. Kedu.

Dan di kejauhan, aku nampak Enna pusing sikit badan dan melambai sekali lagi. Peh… menarik sungguh dia ni!!!

Monday, May 01, 2006

Bahagian 01: Kasut Bola

Haih! Minta maaf lah kawan-kawan sekalian pasal lama tak update blog aku. Tak tahulah ade lagi ke tak org nak membaca kat sini, tapi aku rase aku dah berehat cukup lama. Tibalah masanya untuk aku update cerita-cerita ngam ho lagi sensasi, yer tak?

Sebelom aku mulakan lipurlara ni, sudi-sudikanlah check column kat bawah shoutbox tuh, iaitu Rekemen Pilihan Anime/Manga/J-Movie. Citer2 tuh aku sangat suka tengok/baca sampai meleleh2 air liur. Jadi aku pon nak kongsi ngan korang. Klik untuk bace synopsis ye.

Okeh. Skang mau citer pasal apa ye. Emm.. Haaa. Sebenarnye ade satu citer best. Tapi dalam masa 2 minggu nih, aku dok pikir, patutkah tidak aku tulis kat sini. Timbang punya timbang, last2 aku rase bolehlah kongsi. Mane tau ngetop. Citernye bermula gini…

4 hari lepas...

Nazwan, salah seorang kawan universiti aku, datang melawat Bangi. Dan alang-alang die dah datang, kami pon lepak2 lah minum kat kedai mamak. Saje tukar2 cerita, tanya khabar. Ah, itu tak penting. Yang penting, satu soklan drpd Nazwan membuatkan aku teringat balik satu kisah nih.

Nazwan: Aper cite awek petronas ko??

Aku : Heh, aku dah ‘dump’ dia. Hahahaha.
Nazwan: Hoh! Dump apenye.. kapel pon tidak, dah nak dump. Hahahaha.
Aku : Salah tuh. Kenal pon tidak, dah nak dump. Keji tak aku?
Nazwan: Mmg keji! Hahahahaha.
Aku : Aku malas aa nak pursuit. Siap kuar gambar ape sume. Jadi tak seronok.
Nazwan: Alaa, ko pedulikkan je lah ape org nak cakap.
Aku : Kalu aku boleh buat gitu, dah senang hidup aku. Ko tau la aku ni camne kan.
Nazwan: Hehe, takpe. Stay single. Seronok ape.
Aku : Hahahahaha.

Balik daripada melepak, aku teringat kisah yg berlaku sejurus selepas kisah awek petronas ni reda.

Flashback 2 minggu seblom..

Adik aku yang darjah 6 tu, Achik, sibuk mintak aku bwk die gi beli kasut bola. Penat gak aa nak melayan. Bukan takleh pergi, tapi saje aku malas nak bawak. Lagipon mane aku ade duit nak belikan kasut bola utk dia.

“Ayah dah kasi duit laaa. Abang bawak je pergi kedai.”

Eh, ye ke? Still aku malas lagi nak pergi. Harituh mmg aku malas gile nak pergi mana. Aku cakap kat adik aku, esok-esok je lah. Takkan lari nye kedai kasut tuh.

“Tak boleh. Achik dapat masuk pasukan bola sekolah. Tapi takde kasut bola. Cikgu suruh beli. Esok nak pakai untuk training.”

Pakai kasut sekolah je takleh ker?? Hadoi laa… baru igt nak memalaskan diri arinih.

“Kalu takde kasut bola, nanti cikgu tak kasi masuk team sekolah. Tolonglah Abang..”

Aiseh. Tak sampai hati aku nak korbankan impian adik aku main bola untuk sekolah, semata-mata kerana aku nak memalaskan diri. Memang aku tak layak dipanggil abang sulung lah kalu aku berperangai keji gini.

“Okeh.. okeh. Gi siap2.” Arah aku. Cepat2 aku capai kunci kereta, pakai seluar jeans, tukar baju bersih sikit. Takkan le aku nak gi ngan pakai selekeh2. Jatuh standard maa buat gitu.

Pastu aku bawaklah adik aku gi kedai sukan terdekat ngan rumah aku. Malas lah nak gi jauh2. Tak cukup duit kang, aku topup le sikit mane yang mampu. Kalu mahal sangat, pergi kedai lain je. Tapi aku yakin kedai sukan aku pergi nih, tak mahal. Maaf, aku takleh bagitau name kedai sukan tuh, demi kepentingan manusia sejagat. Hahahaha.

Dalam kedai, aku soh adik aku usha kasut pilihan hati. Carik yang bagus2 tp jangan mahal sangat, pesan aku kat Achik. Sementara tuh, aku sendiri pon usha kasut bola untuk futsal. Walaupon aku dah ade kasut, tapi saje je nak tgk. Manelah tau ade yang murah dan seronok untuk dipakai dan dibanggakan depan kawan2 nanti. Hehehe.

Lalu aku capai satu kasut nih. Jenama Nike. Mak aih! Mahal woo. Sampai RM150. Beli mahal2, pastu pakai kat kaki gak. Sepak bola jugak. Lunyai jugak nanti. Rugi jer. Siapalah agak2 yang beli kasut mahal2 gini.. mesti orang2 kaya je.

“Haa, yang tu sesuai dengan abang.”

Tetibe ade suara perempuan menyapa aku daripada belakang. Sebabkan masa tu posisi duduk aku ialah posisi tgh test kasut, aku hanya menoleh sedikit je. Oh, pekerja kedai ni rupenye. Ingat awek mane laa yang tetibe tegur aku. Tak perasan muka pon.

“Awak memang lah cakap bagus. Awak yang jual.” Kerek je aku balas. Selamba lah. Kate arinih aku malas2 sikit. Mood pon so-so saja.

“Tapi kaler kasut tu masuk ngan abang. Design die pon nampak funky.”

Eh, eh! Minah nih. Bersungguh2 nampak nak jual aku kasut tuh.

“Mahal sangatlah. Saye nak tengok2 je. Terima kasih ye.”

Elok je aku bangun, si Achik datang bawak kasut yang dia pilih. Harga pon tak mahal. Bagus. Design pon OK. Bagus, bagus.
“Achik nak yang ni ke?” tanye aku kat adik aku.

“Aah. Nah duit.”

“Saiz? Ni besar sangat. Nanti tercabut time main bola.” Hehehe. Aku pernah ade pengalaman, sepak je bola, dengan kasut-kasut terbang. Malu gile. Yang masuk dlm gol bukannye bola, tapi kasut. Jadi taknaklah adik aku mengalami pengalaman yang memalukan macam abang dia nih.

“Tak tahu saiz. 7 kot.”

“Hish. Ape nih, dah besar pon tatau saiz kaki. Kasut sekolah baper?”

“Kasut sekolah bukannye kasut bola.”

Aku memandang sekeliling, mane pulak pergi minah promoter kedai nih. Tadi iyo-iyo promote kasut Nike mahal bapak, skang dah hilang pulak. Emm. Cis. Sumer org hilang?? Tinggal aku dengan adik aku je dalam kedai?? Ape diorang buat nih. Nak berniaga tapi tinggal kedai gitu. Kalu ade orang datang curik tak ke naya. Nasib baik aku bukan jenis panjang tangan.

“Halo~! Halo~~?? Mane pergi orang nih. Helo helo, tuan punya kedai~~” aku separa menjerit untuk mendapatkan perhatian. Agaknye diorang kat belakang kot. Lepak2. Haih, bahaya sungguh kalu jenis berniaga gini.

Dan akhirnya muncul minah yg dok promo-promo kat aku td. Barulah aku dapat tgk muke die dengan dekat. Eh…????

“Yer bang? Dah pilih kasut?”

“Erk.. kasut nih..eerr… kasi saiz tujuh ngan lapan. Nak test dulu.”

Minah tuh mengangguk sambil melemparkan senyuman. Adehlah. Macam kenal je. Kat mana aku pernah tgk ye?? Sekolah? Asrama dulu?? Satu universiti??? Hish. Aku cuba membayangkan muka minah nih, dan bandingkan ngan memori-memori silam aku. Cube mengenalpasti dengan lebih tepat.

Kulit sawo matang. Tak cerah, tapi tak gelap. Emm, bolehlah dikatakan cerah jugaklah, tapi tak putih gile2. Sbg perbandingan, korang boleh bayangkan warna kulit Nasha Aziz, versi gelap sikit. Dengan rambutnye yang diikat tocang, ponytail, nampak cute lah pulak. Orangnye tak tinggi mana, lebih kurang paras bahu aku, mungkin 168-170cm je.

Gemuk? Kurus? Aku boleh kate minah ni mempunyai bentuk badan yang ideal bagi seorang wanita asia. Ngam-ngam je. Huhuhuh. Hoih2. Mule dah pemikiran pervert aku kuar. Jangan begini wahai aku… kat public nih kenelah behave sikit.


“Bang. Ni saiznye. Cube try. Kalu tak muat, saye amik saiz besar lagi. Tapi rasa macam ok dah tu.”

Memancar-mancar sinar cahaya ceria daripada mata awek tuh. Oh luper. Meh aku describe sikit rupe minah nih. Paling senang, korang kenal Sofea Jane tak?? Pelakon wanita melayu dulu2. Aaa. Minah ni takde rupe die pon. Hahahaha. Tapi die ade hidung Sofea Jane. Kecik dan sedikit mancung. Comel-comel laa kirenye. Mata dia, macam biasa, bulat-bulat tapi tak terlalu besar. Pipi die paling menarik, sebab macam pipi seorang baby. Tak chubby sangat tp cukup chubby utk seorang dewasa. Mulut? Memang sesuai utk hidungnya yang comel, iaitu jenis kecik2 comel. Aku panggil mulut camni, mulut ikan. Tebal sedikit dan nampak penuh dengan air. Huhuhuh.

Aku amik kasut yg diberi tu kat Achik. Soh die cuba try test. Sambil tuh aku dok mikir-mikir lagi, kat mane aku pernah jumper minah nih… Emm. Susah-susah, aku tanye jelah.

“Sori ye. Awak skolah kat mana dulu?”

Aiseh. Aku rase silap soklan nih. Mampos aku. Patutnye soklan yang nak ditanya; Macam pernah nampak tp tatau kat mane. Apsal aku tanye dia skolah mana?? Buduh me.

“Erk?? Saya skolah asrama. Kenapa?”

“Shah Alam?? Muar??” aku tanye lagi. Memang tak puas ati lah bile rase mcm kenal, tp tak dapat nak recall kat mana korang kenal. Btol tak??

“Tak. Kat Johor.”

Haaaaa. Silap lah aku. Kan dah tak pasal2 malu. Tension ah gini.

“Kenape? Awak skolah kat mana?” Aik!? Minah ni pulak tanye aku skolah kat mana. Ade ke patut. Huhuhuh.

“Sori. Saya rase mcm pernah jumper tapi tak igt kat mana. Itu yang tanya, mane tau skolah sama ke dulu. Junior ke. Salah pulak. Kolej?”

Aku memang mengharap kalu dia kate universiti yang sama ngan aku. Supaya otak aku boleh berehat dengan tenang, takyah pikir kat mana aku jumpe minah nih. Banyak kali aku jumpe balik member2 lama kat mana-mana tah, tapi tak igt kat mana kenal. Selalunya aku sebut semua tempat, last2 mesti ada persamaan. Tapi kalinih blank. Mungkin aku yg paranoid kot.

“ITM je. So same tak? Tapi saya tak pernah nampak awak.”

Tetibe adik aku nyampuk..

“Abang, ok dah ni. Yg ini.” Adik aku tunjuk kasut saiz yang sesuai. Aiseh. Baru igt nak setelkan masalah aku.

Aku amik kasut tuh, pastu berpaling kat minah tu tadi.

“Emm, tak sama gak. Tah lah kat mane saye pernah nampak. Sori-sori. Ok, saye amik yg ini.” Minah tu menyambut kasut yg dah sesuai daripada tangan aku, lalu menuju ke kaunter pembayaran. Aku tgk je drpd belakang, baju merah, seluar hitam, uniform kedai tu.

“Satu lagi, jangan biarkan kedai kosong takde orang tengok. Bahaya.” Hehe, aku cuba memberi nasihat bisnes. Saje je, ikhlas tuh nasihat aku.

“Erk. Sori2. Tak sengaja tadi. Haa, semuanya RM75.” Siap dengan kotak, minah tu kasi kat aku kasut yg telah pon diisi dlm beg plastik.

Aku kasi duit cukup2 je utk harga kasut tuh. Pastu aku amik beg plastik tuh, dan kasi kat adik aku soh die bawak. Sukelah tu dapat kasut baru.

“Emm, kalu tak pernah jumper pon takpe. Kalau ade rezeki, boleh je terjumpe lagi kat mana2. Takpon abang datang je kedai ni beli kasut lagi. Nanti jumpelah saya.” Tetibe minah tuh kate kat aku. Terkejut kejap aku dengar. Huhuhuhu. Aku pulak gugup bile ade pompuan kate camtu kat aku.

“Aaa..err.. ok2. Insya Allah. Makasih ye.”

“Makasih kerana membeli di kedai kami. Datang lagi.”

Dalam kete aku terpikir2 lagi… kat mana aku jumper minah tuh. Kalau bukan kat tempat belajar, mungkin aku pernah tgk gambar dia kat mana-mana. Tapi puas dah fikir, tak jugak jumper jawapan. Lama-lama aku fedup.

Malam tuh, aku gelisah. Tak sedap hati. Sebab aku tak berjaya selesaikan masalah. Aku ni jenis, sekali dah berfikir, kecik camne pon, akan ku fikir sampailah penat atau selesai masalah. Last-last aku tertido…

So agak-agak korang, ape akan jadi pasni? Hehehehe. Aku dah ade citer sambungannye, tapi nak gak tau ape korang akan buat kalu jadi aku.